universiti kebangsaan malaysia - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... setiap kali...

13
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KURSUS HHHC 9301-KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT NAMA : FELICIA LOH EE LIN A144398 FAKULTI : FARMASI TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 1 PROGRAM : BENGKEL INTERAKSI KEBUDAYAAN PELAJAR MALAYSIA-CHINA KOD : LN 00182/2013 JAWATAN : PESERTA

Upload: phungthu

Post on 28-May-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... Setiap kali saya menonton drama China, ... Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KURSUS HHHC 9301-KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG

HAYAT

NAMA : FELICIA LOH EE LIN A144398

FAKULTI : FARMASI

TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 1

PROGRAM : BENGKEL INTERAKSI KEBUDAYAAN PELAJAR MALAYSIA-CHINA

KOD : LN 00182/2013 JAWATAN : PESERTA

Page 2: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... Setiap kali saya menonton drama China, ... Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod

KURSUS HHHC 9301- KEMAHIRAN PENGURUSAN

MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 1. PERANCANGAN

1.1 Kehadiran (Pertemuan dan mesyuarat kumpulan)

Bukti 1:Pada pukul 1 petang, 22 Mei 2014, pertemuan pertama dengan penyelaras kita, Dr.

Dayang Fredalina Bt. Basri telah diadakan di pejabat beliau.

Bukti 2: Pada 27 November 2013, mesyuarat pertama antara pengarah dengan semua peserta

telah diadakan melalui facebook group.

Bukti 3:Pada 11 December 2013, tugas- tugas telah dibahagikan kepada semua peserta oleh pengarah melalui facebook group.

Bukti 4 : Gambar ini menunjukkan saya telah mengumpulkan maklumat tentang suhu di China.

Page 3: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... Setiap kali saya menonton drama China, ... Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod

Bukti 5: Saya juga telah mengumpulkan sumber maklumat tentang pemakaian baju mengikut suhu

Bukti 6: Saya telah meminjam buku yang menceritakan sejarah China daripada kawan saya untuk dibaca.

Page 4: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... Setiap kali saya menonton drama China, ... Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod

Bukti 7: Saya telah mengumpul maklumat tentang informasi kawan yang diberi melalui Facebook Group.

Page 5: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... Setiap kali saya menonton drama China, ... Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod

Bukti 8: Saya telah mengumpulkan maklumat yang diberi oleh kawan saya tentang suhu di China melalui Facebook Group.

Bukti 9: Saya telah mengumpulkan maklumat tentang tempat bersejarah di China melalui internet.

Page 6: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... Setiap kali saya menonton drama China, ... Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod

Bukti 10: Saya telah membaca blog tentang perlancongan ke China.

Bukti 11: Saya telah membaca blog tentang tips perlancongan ke China

Page 7: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... Setiap kali saya menonton drama China, ... Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod

2.0 PELAKSANAAN Perjalanan Program

Bukti 1: Saya telah menguruskan semua maklumat yang diperoleh di dalam sebuah file yang bernama “preparation to China ^^”

Bukti 2: Gambar ini menunjukkan progress program Bengkel Interaksi Kebudayaan Pelajar

Malaysia-China

Page 8: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... Setiap kali saya menonton drama China, ... Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod

Bukti 3: Kami telah mempunyai peluang untuk belajar Tai-Chi dalam program Bengkel Interaksi Kebudayaan Pelajar Malaysia-China. Hal ini membolehkan kami mengetahui cara untuk menjaga keselamatan sendiri dan ini amat berguna sepanjang hayat.

Bukti 4:Kami telah mempunyai peluang untuk mencuba pakaian tradisional China. Hal ini membolehkan saya untuk mengetahui cara memakai pakaian tradisional mereka dan ini mungkin merupakan satu-satunya peluang untuk mencuba baju tradisional China. Ini boleh dijadikan kenangan sepanjang hayat.

Page 9: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... Setiap kali saya menonton drama China, ... Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod

Bukti 5: Saya telah mempunyai peluang untuk mempamerkan baju tradisional Malaysia kepada orang China. Hal ini membolehkan saya untuk mempelajari cara mempamerkan baju tradisional kepada orang luar Negara dan ini dikira sebagai pembelajaran sepanjang hayat juga.

Bukti 6: Kami telah melawat ke tempat bersejarah, iaitu Muzium ‘sanxing’. Tempat ini telah mempamerkan pelbagai barang pada masa azam. Semua sejarah ini tidak boleh dipelajari di dalam buku teks dan amat berguna.

Page 10: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... Setiap kali saya menonton drama China, ... Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod

Bukti 7: Kami telah melawat ke Tempat Penyelidikan Panda di Chengdu. Kami telah mempunyai pengetahuan tentang panda dan pengetahuan ini boleh disimpan sepanjang hayat.

Bukti 8: Kami telah melawat ke tempat yang telah mengalami Gempa Bumi. Melalui peluang ini, kami telah belajar untuk menghargai nyawa kami dan orang di sekeliling kami. Selain itu, saya telah mengetahui tentang kekuatan dan kebahayaan bencana alam. Saya juga telah mempelajari cara untuk menyelamatkan diri semasa berlaku bencana alam dan ini sangat berguna sepanjang hayat.

Page 11: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... Setiap kali saya menonton drama China, ... Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod

Bukti 9: Saya telah mempunyai peluang merasai musim sejuk dan memakai baju sejuk. Hal ini boleh disimpan sebagai kenangan sepanjang hayat.

Bukti 10: Kami telah mempunyai peluang untuk mencuba makanan China. Kami tidak pernah mencuba makanan China sebelum ini dan peluang ini akan dijadikan kenangan sepanjang hayat.

3.0 LAPORAN

Page 12: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... Setiap kali saya menonton drama China, ... Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod

LAPORAN AKHIR BENGKEL INTERAKSI KEBUDAYAAN PELAJAR MALAYSIA-

CHINA 2014

Pada 10 November 2013, kawan saya telah mengajak saya untuk menyertai Bengkel

Interaksi Kebudayaan Pelajar Malaysia-China. Setelah mengetahui semua informasi tentang

bengkel tersebut, saya pun telah bercadang untuk menyertai bengkel tersebut. Bengkel tersebut

diadakan di Chengdu, China selama 9 hari 8 malam dari 23 Februari sampai 2 Mac 2014.

Terdapat 16 peserta yang menyertai bengkel ini.Bengkel ini telah membolehkan saya untuk

mempelajari cara menguruskan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.

Sebelum pergi ke Chengdu, saya telah membuat persediaan awal. Saya telah

mengumpulkan maklumat tentang suhu dan sejarah Chengdu melalui internet. Bukan itu sahaja,

saya juga meminjam buku-buku yang berkaitan dengan sejarah China daripada kawan saya untuk

dibaca supaya lebih memahami sejarah Chengdu. Saya juga membaca blog orang lain tentang

perlancongan ke China untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan semasa berada di negara

orang lain. Saya juga sentiasa update informasi di Facebook group untuk mendapatkan maklumat

dari kawan saya yang telah pergi ke Chengdu tentang situasi di sana dan suhu. Selepas bengkel

ini, saya tidak memadamkan semua maklumat yang saya peroleh dalam laptop saya. Sebaliknya,

saya telah menguruskan dan menyimpan semua maklumat dengan baik kerana semua maklumat

ini amat penting dan saya mungkin memerlukan maklumat-maklumat ini lagi pada masa depan.

Semasa di Chengdu, saya telah mempunyai peluang yang banyak untuk mencuba perkara

yang baru seperti mencuba makanan di sana, memakai baju tradisional China dan mempelajari

Taichi. Makanan di Chengdu dikenali dengan kepedasan. Semasa musim sejuk, orang China

akan makan steamboat untuk memanaskan badan mereka. Namun, steamboat di China berbeza

dengan steamboat di Malaysia. Saya juga telah mencuba beberapa baju tradisional China.

Sebelum ini, saya sentiasa ingin mempunyai peluang untuk memakai baju tradisional China.

Setiap kali saya menonton drama China, saya akan mempunyai niat untuk memakai baju

tradisional China yang cantik itu. Sekarang, saya telah mempunyai peluang untuk memakai baju

tradisional mereka. Saya amat gembira dan ini akan dijadikan kenangan yang termanis saya.

Selain itu, saya juga telah mempelajari Taichi daripada seorang pelajar China. Dia telah

mempelajari Taichi sejak kecil. Dia juga telah memberitahu kami bahawa Taichi bukan sahaja

dapat menyihatkan badan, tetapi juga mempunyai kekuatan untuk mencederakan orang

lain,kemungkinan juga dapat menyebabkan kematian. Jadi, Taichi dapat menyelamatkan diri jika

ada orang jahat cuba mencederakan kami. Pengetahuan tentang Taichi ini amat berguna dan

dapat disimpan sepanjang hayat. Jadi, semua peluang ini boleh dijadikan pengalaman yang amat

dihargai dan boleh disimpan sepanjang hayat. Pengalaman-pengalaman ini juga tidak boleh

diperoleh melalui buku teks.

Selain itu, kami juga telah berpeluang untuk melawat ke tempat-tempat yang bersejarah.

Sebelum ini, pada pendapat saya, sejarah amat membosankan. Namun, selepas bengkel ini, saya

telah mendapat tahu bahawa sejarah sebenarnya amat menarik. Kami telah melawat ke beberapa

tempat bersejarah yang terletak di Chengdu seperti Muzium ‘san xing’ dan Kuil ‘Wu Hou’.

Page 13: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - ifolio.ukm.my · dalam buku teks dan amat berguna. ... Setiap kali saya menonton drama China, ... Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod

Muzium san xing telah mempamerkan pelbagai barang pada masa zaman seperti barang buatan

lombong dan bekas-bekas. Sejarah Chengdu amat misteri kerana tiada rekod bertulis tentang

masa zaman tersebut. Saya berasa amat kagum dengan sejarah China dan juga orang zaman

dahulu kerana mampu menghasilkan barangan lombong dengan teknik yang amat

mengagumkan. Saya juga telah melawat ke Kuil Wu Hou. Kuil tersebut adalah untuk mengingati

jeneral-jeneral pada zaman dahulu dan kami telah mendengar cerita-cerita tentang peperangan

masa zaman. Cerita-cerita tersebut amat menarik dan pengetahuan tambahan ini amat berguna.

Sebelum menyertai bengkel ini, saya kurang mempunyai kemahiran untuk merancang

strategi dan juga mengurus maklumat. Setelah bengkel ini berjalan, saya telah mendapat banyak

pengetahuan dan pengalaman dengan bertanya soalan pada orang yang lebih berpengalaman

tentang program ini. Saya telah meneroka banyak masalah yang perlu saya selesaikan secara

kendiri seperti baju yang perlu dipakai pada musim sejuk dan perkara yang boleh dan tidak boleh

dibuat semasa berada di luar negara. Akhirnya, masalah telah berjaya diselesaikan apabila saya

mengumpul maklumat yang cukup daripada Internet dan jua mendapatkan idea yang berguna

daripada orang yang lebih berpengalaman. Saya telah lebih mempunyai kemahiran untuk

mengumpul dan mengurus maklumat setelah saya menyertai bengkel ini.