hubungan antara menonton televisyen dengan kelangsangan kanak kanak prasekolah

Upload: laila-miw

Post on 15-Jul-2015

78 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Hubungan Antara Menonton Televisyen dengan Kelangsangan Kanak-Kanak Prasekolah Menurut Persepsi Ibu BapaOleh : Harumi Aishah Prijono P 31866

Pernyataan MasalahTelevisyen merupakan sumber pembelajaran yang berpengaruh bagi kanak-kanak (Gunter & McAller, 1997). Televisyen juga merupakan jendela untuk melihat dunia serta sekolah pertama yang membolehkan kanak-kanak melihat masyarakat sekeliling mereka (Murray, 1973). Banyak kajian yang telah dilakukan mengenai kesan rancangan televisyen kepada kanak-kanak. Kajian ini meliputi pengamatan atau pun kajian eksperimental untuk melihat perbezaan kanak-kanak yang menonton rancangan televisyen yang mengandungi keganasan dengan yang tidak menonton rancangan yang mengandungi keganasan

Pernyataan MasalahKajian eksperimental yang lain menyatakan bahawa kanak-kanak menonton rancangan televisyen yang mengandungi keganasan akan menunjukkan kelangsangan dalam perhubungan dengan rakanrakan sebaya, di mana kanak-kanak yang menonton rancangan kartun yang tidak mengandung keganasan tidak menunjukkan perubahan kelangsangan interpersonal (Steuer, Applefield, and Smith, 1971).

Tujuan KajianUntuk melihat hubungan antara penontonan rancangan televisyen dengan tingkah laku kelangsangan kanak-kanak prasekolah di 9 buah tadika di Jakarta, Indonesia.

Objektif Kajian1. 2. 3. 4. 5. Mengenal pasti rancangan televisyen yang digemari oleh kanak-kanak prasekolah. Mengkaji hubungan masa menonton televisyen dengan tingkah laku kelangsangan kanak-kanak prasekolah yang menonton televisyen. Mengkaji perbezaan aras kelangsangan kanak-kanak prasekolah yang menonton televisyen dengan jumlah masa yang diluangkan untuk menonton televisyen. Mengkaji perbezaan aras kelangsangan kanak-kanak prasekolah yang menonton televisyen berdasarkan jantina. Mengkaji perbezaan aras kelangsangan kanak-kanak prasekolah yang menonton televisyen berdasarkan umur.

Hipotesis KajianHo1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara aras kelangsangan dengan jumlah masa yang diluangkan oleh kanak-kanak prasekolah untuk menonton televisyen. Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dari masa yang diluangkan kanak-kanak prasekolah untuk menonton televisyen terhadap aras kelangsangan mereka. Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan aras kelangsangan kanak-kanak prasekolah yang menonton televisyen berdasarkan jantina. Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan aras kelangsangan kanak-kanak prasekolah yang menonton televisyen berdasarkan umur.

Kerangka KonseptualJantina :Lelaki PerempuanK E L A N G S A N G A N

Aras Kelangsangantinggi sederhana rendah

Jumlah masa :< 14 jam 14-28 jam > 28 jam

Pola Penontonan Televisyen

Jenis Kelangsangan:Kelangsangan fizik Kelangsangan lisan Kemarahan Sikap permusuhan

Umur :< 4 tahun 4 -5 tahun 5-6 tahun

Tinjauan LiteraturHasil penyelidikan Bandura dan kawan-kawan, (1965 dalam Gunarsa, 1987:189) melaporkan bahawa pengaruh filem dan televisyen yang dilihat kanak-kanak sangat besar. Tingkah laku para tokoh dalam filem dan televisyen menjadi model untuk ditiru. Kajian yang dilakukan oleh Charles Madsen (1968) terhadap 40 orang kanak-kanak prasekolah (20 orang lelaki dan 20 orang perempuan ) didapati bahawa kanak-kanak lelaki lebih mempunyai sifat kelangsangan berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Hal ini disebabkan adanya kemiripan antara model yang melakukan tingkah laku kelangsangan dengan kanakkanak. Kanak-kanak lelaki menunjukkan peniruan dalam bentuk kelangsangan yang tinggi, sedangkan kanak-kanak perempuan lebih menunjukkan kepada bentuk kelangsangan yang tidak melalui proses peniruan

Tinjauan LiteraturKajian yang dilakukan oleh Lynette Kohn Friedrich, Aletha Huston Stein (1973) kepada 93 kanak-kanak prasekolah dengan cara mempertontonkan tiga jenis rancangan televisyen setiap hari selama empat minggu. Rancangan-rancangan tersebut ialah filem kartun yang mengandungi keganasan ( Batman dan Superman ), rancangan yang pro-sosial ( Misterogers Neighborhood ) dan filem yang bersifat neutral. Pengamatan terhadap perilaku kelangsangan dilakukan selama masa free-play di sekolah. Dapatan kajiannya ialah kanak-kanak yang menonton rancangan yang mengandungi kelangsangan menunjukkan penurunan pada (1) sikap toleransi terhadap kelambatan dan (2) peraturan yang harus dipatuhi. Bagi kanak-kanak tersebut, kumpulan yang menonton rancangan yang mengandungi keganasan menunjukkan kelangsangan yang bersifat interpersonal dibandingkan dengan kanak-kanak yang menonton rancangan yang bersifat neutral.

Metodologi KajianReka bentuk kajian : Kajian Tinjauan Pembolehubah Kajian - pembolehubah bebas : jantina, umur, masa menonton rancangan televisyen - pembolehubah bersandar : tingkat kelangsangan dan jenis kelangsangan Sampel : 390 orang ibu bapa di 9 buah tadika di Jakarta, Indonesia

Metodologi KajianInstrumen Kajian : - Soal selidik terdiri dari 4 bahagian iaitu latar belakang ibu bapa, latar belakang kanak-kanak, pola penontonan televisyen (Nobuka Shiraishi,1998 ), dan Skala Kelangsangan (Perry & Bush,1992) Analisis Data : 1. Statistik Deskriptif profil responden 2. Statistik Inferensi Korelasi Spearmann (hubungan), Ujian t dan Anova Dua Hala (perbezaan)

Dapatan KajianProfil Responden (n = 390)Latar BelakangUmur 21 - 30 tahun 31 40 tahun 41 50 tahun Lebih daripada 51 tahun Kelulusan Akademik Universiti / Kolej Sekolah Menengah Atas Sekolah Menengah Bawah Sekolah Rendah

Kekerapan88 250 48 4 238 193 40 9

Peratusan (%)22.6 64.1 12.3 1.0 61.0 26.4 10.3 2.3

Dapatan KajianLatar BelakangJantina Lelaki Perempuan Lokasi Jakarta Jakarta Jakarta Jakarta Jakarta Timur Selatan Barat Pusat Utara

Kekerapan150 240 78 78 78 78 78

Peratusan (%)38.5 61.5 20 20 20 20 20

n = 390

Latar Belakang Kanak-KanakLatar Belakang Kanak-KanakJantina Lelaki Perempuan Umur Dibawah 4 tahun 4 hingga 5 tahun 5 6 tahun

Kekerapan

Peratusan (%)50 50

195 195

128 131 131

32.8 33.6 33.6

n = 390

Pola Penontonan TelevisyenSumber Jumlah Masa dalam Seminggu Kurang daripada 14 jam 14 28 jam Lebih daripada 28 jam Rancangan Program Spongebob Squarepants Dora the Explorer Filem Kartun n = 390 Kekerapan 142 237 11 163 130 97 Peratus 36.4 60.8 2.8 41.8 33.3 24.9

KelangsanganAras Kelangsangan Rendah Sederhana Tinggi Kekerapan 108 276 6 Peratus 27.7 70.8 1.5

Hipotesis Nol Kajian Pertama : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara aras kelangsangan dengan jumlah masa yang diluangkan oleh kanak-kanak prasekolah untuk menonton televisyen.

Pemboleh ubah

Nilai Korelasi (r)

Tahap Signifikan

Masa Menonton

0.082

0.071

Aras Kelangsangan

0.082

0.071

Korelasi SpearmannNilai p = 0.071, p > 0.05 Oleh kerana itu Hipotesis diterima, iaitu tidak ada hubungan yang signifikan antara aras kelangsangan kanak-kanak prasekolah dengan masa yang diluangkan untuk menonton televisyen Korelasi Spearmann 0.082, ertinya kekuatan hubungan antara aras kelangsangan kanak-kanak dengan jumlah masa yang diluangkan untuk menonton televisyen ialah perhubungan yang positif dan boleh diabaikan kerana hampir tidak ada perkaitan.

Hipotesis Nol Kajian Kedua: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dari masa yang diluangkan kanak-kanak prasekolah untuk menonton televisyen terhadap aras kelangsangan mereka.Anova Satu Hala Aras Kelangsangan dan MasaJumlah Kuasa Dua Antara Kumpulan .96212 dK Min Kuasa Dua .481 F Sign.

2

1.535

.170

Dalam Kumpulan Total

1.2101

387

.313

22.171

389

Anova Satu Hala terhadap Kelangsangan dan MasaAspek KelangsanganKelangangan fizikal

Sumber VariasiAnt Kump Dlm Kump Ant Kump Dlm Kump Ant Kump Dlm Kump Ant Kump Dlm Kump

Jumlah Kuasa Dua1.003 155.020 .663 170.394 1.575 143.357 1.385 157.502

dK2 387 2 387 2 387 2 387

Min Kuasa Dua.501 .401 .331 .440 .787 .370 .693 .407

F1.252

Sign..070

Kemarahan

0.753

0.072

Kelangsangan Lisan

2.125

0.121

Sikap Permusuhan

1.702

0.184

Hasil Anova Satu HalaSignifikansi untuk aras kelangsangan 0.170 > 0.05, maka Ho2 diterima. Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan lamanya menonton televisyen dengan aras kelangsangan kanak-kanak prasekolah Huraian Data :1. Masa menonton dengan kelangsangan fizik ialah 0.070 > 0.05, maka tidak terdapat perbezaan antara masa menonton filem dengan kelangsangan fizik. 2. Masa menonton dengan kemarahan ialah 0.072 > 0.05, maka tidak terdapat perbezaan. 3. Masa menonton dengan kelangsangan lisan ialah 0.121 > 0.05, maka tidak terdapat perbezaan. 4. Masa menonton dengan sikap permusuhan ialah 0.184 < 0.05, maka tidak terdapat perbezaan

Hipotesis Nol Kajian Ketiga : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan aras kelangsangan kanak-kanak prasekolah yang menonton televisyen berdasarkan jantina.Aspek KelangsanganKelangsangan fizikal Kemarahan

JantinaLelaki Perempua n Lelaki Perempua n Lelaki Perempua n Lelaki Perempua n Lelaki Perempua n

N195 195 195 195 195 195 195 195 195 195

Min2.01 1.82 2.33 2.34 2.09 2.02 2.16 2.11 2.15 2.07

Sisihan Piawai.607 .647 .672 .656 .619 .601 .625 .654 .558 .562

Nilai t2.897

Sign.0.004

-0.136

0.092

Kelangsangan Lisan

1.162

0.146

Sikap Permusuhan

0.818

0.140

Aras Kelangsangan

1.642

0.101

Hasil Analisa Ujian tAras Kelangsangan : 0.101 > 0.05, tidak terdapat perbezaan. Hipotesis Tiga diterima, tidak terdapat perbezaan min yang signifikan aras kelangsangan kanak-kanak prasekolah yang menonton televisyen berdasarkan jantina. Kelangsangan fizik : 0.004 < 0.05, terdapat perbezaan kelangsangan fizik antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan Kemarahan : 0.092 > 0.05, tidak terdapat perbezaan. Kelangsangan lisan : 0.146 > 0.05, tidak terdapat perbezaan Sikap permusuhan : 0.140 > 0.05, tidak terdapat perbezaan

Hipotesis Nol Keempat : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan aras kelangsangan kanak-kanak prasekolah yang menonton televisyen berdasarkan umur.Kelangsangan Kelangsangan fizikal Kemarahan Sumber Variasi Ant Kump Dlm Kump Ant Kump Dlm Kump Ant Kump Dlm Kump Ant Kump Dlm Kump Ant Kump Dlm Kump Jumlah Kuasa Dua 2.934 153.089 .211 170.846 .659 144.274 .466 158.421 .311 121.840 dK 2 387 2 387 2 387 2 387 2 387 Min Kuasa Dua 1.467 .396 .105 .441 .883 .414 .233 .409 .165 .315 F 3.709 Sign. 0.025

0.239

0.088

Kelangsangan Lisan Sikap Permusuhan

0.883

0.114

0.569

0.067

Aras Kelangsangan

0.631

0.133

Hasil Analisa Anova Satu HalaAras Kelangsangan : 0.133 > 0.05, tidak terdapat perbezaan. Hipotesis 4 diterima, Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan aras kelangsangan kanak-kanak prasekolah yang menonton televisyen berdasarkan umur. Umur dengan kelangsangan fizik ialah 0.025 < 0.05, terdapat perbezaan antara umur dengan kelangsangan fizik Kemarahan : 0.088 > 0.05, tidak terdapat perbezaan Kelangsangan lisan : 0.114 > 0.05, tidak terdapat perbezaan Sikap permusuhan : 0.067 > 0.05, tidak terdapat perbezaan.

Perbincangan KajianRancangan yang paling ramai ditonton oleh kanakkanak dalam kajian ini, ialah Spongebob squarepant sebanyak 163 orang (41.8%). Dapatan kajian ini sesuai dengan hasil kajian daripada Steuer, Applefield, and Smith (1971), dimana aras kelangsangan kanak-kanak dipengaruhi oleh jenis rancangan yang mereka tonton.Kanak-kanak dalam kajian ini lebih banyak menonton rancangan yang tidak mengandungi unsur keganasan.

Perbincangan KajianTidak nampaknya perbezaan aras kelangsangan dengan masa yang diluangkan dapat disebabkan kerana televisyen bukan merupakan faktor utama dalam pembentukan kelangsangan (Bryant, 2004). Walsh (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak yang menonton televisyen dalam masa yang lebih sedikit dan didampingi ibu bapa akan menunjukkan kefahaman mengenai kesan dari media massa dan mencuba melakukan aktiviti lain selain meniru apa yang dilihat di televisyen.

Perbincangan KajianHasil kajian bersesuaian dengan kajian yang dilakukan oleh Lynette Kohn Friedrich, Aletha Huston Stein (1973) bahawa dapatan kajiannya ialah kanak-kanak yang menonton rancangan yang mengandungi kelangsangan menunjukkan penurunan pada (1) sikap toleransi terhadap kelambatan dan (2) peraturan yang harus dipatuhi. Kajian ini menunjukkan perbezaan masa dengan aspek kelangsangan yang terlihat adalah melalui aspek kemarahan, dimana salah satu itemnya menyebutkan kanak-kanak menjadi mudah marah apabila tidak dipenuhi apa yang dia inginkan. Item lain juga menyebutkan anak menjadi tidak sabar dalam melakukan suatu aktiviti.

Perbincangan KajianDapatan kajian secara keseluruhan tidak menunjukkan perbezaan aras kelangsangan diantara jantina. Tetapi pada kelangsangan fizikal, ditunjukkan perbezaan min antar jantina.Hasil kajian bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh Whiting dan Edwards (1973) menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih tinggi aras kelangsangannya daripada kanakkanak perempuan. Ini disebabkan lebih banyak tokoh idola lelaki dibandingkan perempuan dalam rancangan televisyen.

Perbincangan KajianDalam aspek umur bersesuaian dengan kajian yang dilakukan oleh Davies, 1997; McKenna & Ossoff, 1998, Kanak-kanak kecil juga mempunyai masalah dalam membezakan kenyataan dan fantasi kerana semuanya terlihat nyata bagi mereka sehingga mereka lebih terbabit dengan perilaku kelangsangan. Hasil dapatan hanya menunjukkan perbezaan kelangsangan fizik dari segi umur kerana menurut kajian yang dilakukan oleh Rosenblith (1959), pengukuran imtasi dari kelangsangan pada umumnya terjadi dalam bentuk fizikal.

Implikasi Kajianibu bapa adalah individu yang memainkan peranan yang paling penting dalam usaha membimbing kanak-kanak supaya mengamalkan tabiat menonton televisyen di rumah yang bermanfaat Ibu bapa dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan amalan menonton yang baik. Dengan cara merekodkan jumlah masa menonton televisyen kanakkanak dan program yang ditonton oleh mereka. Dicadangkan bahawa mereka dihadkan menonton selama dua atau kurang daripada dua jam sehari, walaupun boleh mengecualikan program-program khas Pihak kerajaan dan pihak media sepatutnya menggalakkan orang awam membincangkan isu berkaitan dengan pengaruh televisyen kepada kanak-kanak

Cadangan Kajian1. 2. 3. 4. Melihat pola asuh ibu dan perkaitannya dengan aras kelangsangan. Melihat perbandingan aras kelangsangan antara kanakkanak bandar dan luar bandar. Melihat pengaruh rakan sebaya terhadap kelangsangan kanak-kanak yang menonton televisyen. Melibatkan kaedah lain seperti temu bual, permerhatian langsung tingkah laku kanak-kanak dan kajian eksperimental untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Kajian pemerhatian persepsi pembinaan tingkah laku kelangsangan berdasarkan teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

5.

Sekian, Terima Kasih