unit5_teknologi worksyop 1

38
GERUDI J1003 / Unit 5 / 1 Unit 5-1 Dapat mengetahui jenis-jenis mata gerudi dan berkebolehan mengendalikan mesin gerudi. Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat : Mengenali bahagian utama dan fungsi gerudi pintal. Mengetahui cara menentukan saiz gerudi. Mengenali bahan membuat gerudi. Mengetahui kaedah menanda sebelum menggerudi. Memahami cara memasang mata gerudi dan benda kerja sebelum menggerudi. Membezakan jenis-jenis mata gerudi. Mengetahui cara mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal. Mengetahui kesan pada lubang jika mata gerudi tidak dicanai dengan betul. Menamakan bahagian-bahagian mesin gerudi. Mengira kelajuan pusingan pengumpar(PPM),kadar suapan dan factor pemilihan kelajuan pemotongan. Mengenali jenis-jenis penyejuk, fungsi dan kegunaannya. Mengetahui langkah penjagaan mata gerudi dan mesin gerudi. Mengetahui langkah keselamatan semasa menggerudi. Memahami kepentingan memegang benda kerja dengan kemas semasa menggerudi. Mengenali jenis pemegang benda kerja pada mesin gerudi. Mengetahui kaedah menggerudi lubang besar. Memahami kepentingan menggerudi pusat dan lubang pandu. Mengetahui kegunaan jigs dan langkah yang perlu diberi perhatian semasa menggerudi.

Upload: apechranger

Post on 28-Jun-2015

1.070 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 1

Unit 5-1

�������

�������

���������

Dapat mengetahui jenis-jenis mata gerudi dan berkebolehan mengendalikan mesin gerudi.

���������� � �

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

� Mengenali bahagian utama dan fungsi gerudi pintal.

� Mengetahui cara menentukan saiz gerudi. � Mengenali bahan membuat gerudi. � Mengetahui kaedah menanda sebelum

menggerudi. � Memahami cara memasang mata gerudi dan

benda kerja sebelum menggerudi. � Membezakan jenis-jenis mata gerudi. � Mengetahui cara mencanai dan mengasah

sebatang gerudi pintal. � Mengetahui kesan pada lubang jika mata gerudi

tidak dicanai dengan betul. � Menamakan bahagian-bahagian mesin gerudi. � Mengira kelajuan pusingan

pengumpar(PPM),kadar suapan dan factor pemilihan kelajuan pemotongan.

� Mengenali jenis-jenis penyejuk, fungsi dan kegunaannya.

� Mengetahui langkah penjagaan mata gerudi dan mesin gerudi.

� Mengetahui langkah keselamatan semasa menggerudi.

� Memahami kepentingan memegang benda kerja dengan kemas semasa menggerudi.

� Mengenali jenis pemegang benda kerja pada mesin gerudi.

� Mengetahui kaedah menggerudi lubang besar. � Memahami kepentingan menggerudi pusat dan

lubang pandu. � Mengetahui kegunaan jigs dan langkah yang

perlu diberi perhatian semasa menggerudi.

Page 2: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 2

Unit 5-2

5.0 PENGENALAN

Gerudi ialah yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam.

Proses menggerudi lubang biasanya dibyat dengan menggunakan mesin gerudi

atau mesin larik. Gerudi diperbuat daripada keluli taha lasak dan tungsten karbida

MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI

5.1 Bahagian utama dan fungsi gerudi pintal.

Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel

mesin untuk kerja-kerja am. Ia mempunyai dua lurah

heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada

garis pusatnya. Hujung matanya berbentuk kon dan

dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong

dan sudut kelegaan (lihat rajah 5.1(a)). Terdapat juga

gerudi pintal yang digunakan untuk kerja-kerja khas

iaitu:

RAJAH 5.1(A)

INPUT

Page 3: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 3

Unit 5-3

(a) Gerudi pintal tiga lurah atau empat lurah

(b) Gerudi pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi

Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliknya sama

ada lebih kecil atau lebih besar daripada sudut heliks biasa. Sudut heliks

biasa ialah 30º. Keistimewaannya ialah ia sesuai untuk menggerudi logam

tempawan dan logam liat. Selain, itu gerudi ini juga menghasilkan lubang

yang dalam. Gerudi pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk

menggerudi bahan-bahan plastik, gentian (fiber), asbestos, bakelit dan

logam-logam tiruan yang lain.(Lihat Rajah 5.1(g) dan 5.1(h)).

Page 4: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 4

Unit 5-4

BAHAGIAN-BAHAGIAN GERUDI PINTAL

BADAN

Badan terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada :

(a) Hujung mata

Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai dengan

sudut kandung 118º, bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini dengan

masing-masing membentuk sudut 59º dari paksi. Panjang hujung mata biasanya

1/3 daripada garis pusat gerudi.

(b) Pusat mata

Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan

bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan

memudahkan gerudi masuk kedalam permukaan logam.

(c) Bibir pemotong

Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk

daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir

pemotong ini dibuat sama panjang.

(d) Lurah

Lurah terdapat disepanjang bahagian badan.fungsinya ialah:

(i) Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung

berbentuk kon.

(ii) Untuk membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar.

(iii) Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata.

(iv) Untuk memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.

(e) Lengkang lurah

Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai

tulang belakang gerudi ldan lebih tebal dibahagian pangkal supaya gerudi menjadi

lebih tegap.

Page 5: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 5

Unit 5-5

(f) Jidar

Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah. Gunanya ialah

untuk memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak

bergesel. Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan

menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit.

BATANG

Bahagian gerudi yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang

sendi yang dinamakan batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

(a) Batang Lurus

Batang lurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang

(Rajah 5.8 (a)). Biasanya ia dipegang dalam cuk gerudi (Rajah 5.9).

(b) Batang Tirus

Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mempunkyai saiz lebih

daripada 13 mm (Rajah 5.8(b)). Batang jenis ini boleh menetapkan

kedudukannya sendiri. Ia boleh ;dipasang pada spindal mesin melalui

liang sendi (Rajah 5.10) atau soket (Rajah 5.11) bagi menyesuaikan saiz.

Page 6: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 6

Unit 5-6

Batang gerudi dan lubang spindal mesin serta lubang liang sendi masing-

masing mempunyai tirusan Morse.

PUTING

Puting berbentuk nipis, etrletak dibahagian pangkal gerudi. Puting terdapat pada

gerudi batang titus sahaja. Fungsi puting ialah untuk memudahkan gerudi diputar

kerana puting boleh masuk kedalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal

mesin atau soket (Rajah 5.12) atau liang sendi. Gerudi batang tirus boleh

ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat perenggang (Lihat

Rajah 5.13).

Page 7: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 7

Unit 5-7

5.2 CARA MENENTUKAN SAIZ GERUDI

Saiz gerudi terdapat dalam empat sistem ukuran iaitu:

A) Saiz Dalam Sistem Metrik

Bagi gerudi jenis kecil, saiznya ialah daripada 0.04 mm hingga 0.09 mm dalam

langkauan 0.01 mm. Sementara saiz gerudi biasa ialah daripada 0.5 mm hingga

20mm bagi jenis batang lurus dan 8 mm hingga 80 mm bagi jenis batang tirus.

B) Saiz Dalam Sistem Pecahan

Gerudi mempunyai julat saiz daripada 1/64 inci hingga 3 ¼ inci dalam langkauan

1/64 inci atau 1/32 inci.

C) Saiz Dalam Sistem Angka

Dalam sistem ini, saiz diberi dengan angka 1 atau bersamaan dengan 0.228 inci

hingga angka 97 atau 0.0059 inci.

D) Saiz Dalam Sistem Huruf

Gerudi juga mempunyai saiz daripada huruf A hingga Z. Gerudi yang bersaiz A

merupakan saiz yang paling kecil dalam set gerudi iaitu 0.234 inci manakala saiz

Z pula merupakan saiz yang paling besar iaitu 0.413 inci.

E) Cara Menguji Saiz Gerudi

Saiz gerudi boleh diuji atau diukur dengan tolok gerudi (Gambar foto 5.1). tolok

ini juga boleh didapati dalam semua sistem saiz gerudi. Saiz gerudi juga boleh

diukur dengan mikrometer (Rajah 5.23). ukuran hendaklah dibuat merentasi jidar

gerudi. Selain menguji ataupun mengukur saiz gerudi dengan menggunakan alat

yang disebutkan tadi,saiz gerudi juga ditandakan pada bahagian batangnya.

Bagaimanapun, tanda ini selalunya hilang apabila gerudi itu selalu digunakan.

Page 8: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 8

Unit 5-8

5.3 BAHAN MEMBUAT GERUDI

Gerudi digunakan untuk menebuk lubang bulat pada permukaan benda kerja yang

mempunyai jenis bahan yang berbeza. Oleh itu saiz dan bahan mata gerudi dibuat

bebeza-beza untuk membuat berbagai jenis proses, dimana kebiasaannya saiz

gerudi kecil diperbuat daripada keluli tahan lasak (high speed steel) manakala

bagi gerudi yang besar bahannya diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi (high

karbon steel) atau tungsten karbida.

5.4 KAEDAH MENANDA SEBELUM MENGGERUDI

Langkah-langkah yang berikut perlu diikut bagi mendapatkan kedudukan lubang

yang tepat.

i) Tandakan pusat lubang dengan penebuk cucuk.

ii) Buat dua bulatan, satu daripadanya mengipkut saiz lubang dan lyang satu

lagi kecil sedikit (Rajah 5.32). tujuannya ialah supaya pemotongan yang

dibuat oleh mata gerudi dapat dilihat dengan mudah.

iii) Tebuk pusat lubang tadi dengan penebuk pusat.

iv) Hidupkan mesin dan pastikan ;mata gerudi betul-betul diatas pusat

lubang.

v) Periksa sama ada gerudi berputar sepusat atau tidak sepusat. Cara

mengujinya ialah dengan melihat kesan mata gerudi, sama ada diatas pusat

lubang atau terkeluar dari pusat lubang (Lihat Rajah 5.33).

vi) Sekiranya pemotongan terkeluar dari pusat lubang, maka pusat lubang

hendaklah diperbetulkan dengan cara membuat satu l;engkang lurah atau

alur dengan menggunakan pahat mata bulat (Rajah 5.34). ini bermakna

kedudukan pusat diubah.

Page 9: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 9

Unit 5-9

5.5 CARA MEMASANG MATA GERUDI DAN BENDA KERJA SEBELUM

MENGGERUDI

Untuk mendapatkan satu proses menggerudi yang baik dan kerja-kerja yang

berkaitan dengan mesin gerudi, salah satu factor ialah mata gerudi dan benda

kerja mestilah diikat atau dipasang dengan betul.berbagai bentuk dan jenis alatan

tambahan yang digunakan untuk mengikat, dibuat bersesuaian dengan benda

kerja.

Bagi memasang gerudi batang lurus yang bersaiz kecil khususnya yang bersaiiz

13 mm atau lebih kecil darinya, biasanya dipegang dalam cuk gerudi (Lihat Rajah

5.8 dan Rajah 5.9). Manakala gerudi batang tirus khususnya untuk gerudi besar

yang mempunyai saiz lebih daripada 13 mm, ia boleh dipasang terus pada spindal

mesin melalui liang sendi (Rajah 5.10) atau soket (Rajah 5.11). Gerudi batang

tirus boleh ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat

perenggang (Lihat Rajah 5.13).

Penggunaan ragum atau pengikat yang sesuai dengan proses kerja menggerudi

adalah salah satu faktor menghasilkan proses kerja yang baik, dan mengikat benda

kerja dengan baik juga salah satu factor untuk mendapatkan hasil kerja yang baik.

Berikut adalah kaedah mengikat benda kerja pada ragum gerudi :

Page 10: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 10

Unit 5-10

1. Bersihkan ragum mesin dengan kain dan pastikan tidak ada kekotoran atau

tatal melekat pada ragum.

2. Pilih sepasang bilah selari yang sesuai tingginya dan bersihkannya.

3. Kikir tipi bahan kerja yang tajam sebelum memasang di dalam ragum.

4. Letakkan bahan kerja diatas bilah selari dan pastikan bahagian yang

hendak hendak digerudi atau yang bertanda berada disebelah atas.

5. Ikat rgum kuat dengan tangan. Jangan guna pengetuk untuk mengikat

ragum.

6. Dengan menggunakan pengetuk lembut atau gandin, ketuk dengan

perlahan-lahan keempat-empat penjuru sehingga bilah selari tidak

bergerak.

7. Sekarang operasi menggerudi boleh dijalankan tetapi pastikan ragum

diikat pada meja mesin gerudi supaya benda kerja tidak bergerak semasa

proses menggerudi dijalankan.

Page 11: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 11

Unit 5-11

5.1 Senaraikan empat jenis gerudi pintal

5.2 Bagaimana saiz sebatang gerudi diuji

5.3 Senaraikan dua jenis bahan membuat gerudi

5.4 Terangkan dua kesan pada benda kerja sudut mata gerudi tidak dicanai

denagn betul

a. ________________________________________________

b. ________________________________________________

AKTIVITI 5 A

Page 12: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 12

Unit 5-12

5.1 i. Gerudi pintal

ii. Gerudi pintal tiga lurah

iii. Gerudi pintal empat lurah

iv. Gerudi pintal lubang minyak

5.2 Tolok Gerudi

5.3 i. Keluli tahan lasak

ii. Keluli berkarbon tinggi

iii. Tungsten karbida

5.4

a. Gerudi cepat tumpul

b. Hasil permukaan benda kerja kurang baik

c. Hasil kerja tidak tepat.

MAKLUM BALAS 5A

Page 13: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 13

Unit 5-13

5.6 PERBEZAAN JENIS-JENIS GERUDI

Gerudi dibuat berbagai-bagai jenis dan bentuk supaya bersesuaian dengan kerja

yang dilakukan dan mempercepatkan lagi kerja-kerja diindustri pengeluaran.

Diantara jenis-jenis gerudi yang biasa digunakan ialah :

1. GERUDI PINTAL (TWIST DRILL)

Bentuknya seakan-akan suatu benda yang dipintal. Pintalan ini adalah dari dua

laluan lurah yang berbentuk helik melalui sepanjang badan gerudi. Gerudi ini

digunakan dalam kerja-kerja umum.

2. GERUDI BERGABUNG/GERUDI PUSAT (COMBINATION &

COUNTERSINK/CENTRE DRILL)

Mempunyai dua hujung dan dua pembenam yang bersudut kandung 60º dan

hujung 118º. Digunakan untuk menggerudi hujung bahan pada mesin pelarik

supaya dapat disokong oleh tetengah pelarik dan untuk membuat lubang benam

yang kecil serta boleh juga membuang tajam pada hujung lubang yang telah

digerudi. Gerudi ini dibuat dalam dua arah , arah kiri dan arah kanan.

3. GERUDI HUJUNG RATA

Bentuk hujung yang rata pada gerudi ini digunakan untuk meratakan bahagian

dalam lubang buntu supaya berbentuk tepat 90º.

4. GERUDI PIPIH (FLAT DRILL)

Bentuk hujung gerudi ini pipih dan bersudut 45º. Digunakan untuk menebuk

lubang yang besar dalam kerja-kerja melarik.

5. GERUDI LUBANG BENAM (COUNTERSINK DRILL)

Gerudi ini berukuran besar pada hujung dan kecil pada batang. Hujung gerudi ini

bersudut 60º. Digunakan untuk membuat lubang benam bagi membenamkan skru

kepala benam dan rivet kepala benam. Ia juga boleh digunakan untuk membuang

segi pada hujung lubang yang telah digerudi.

6. GERUDI LUBANG SENGGAT (COUNTERBORE DRILL)

Gerudi ini mempunyai dua tingkat garispusat. Satu bagi pemotong dan dihujung

terdapat satu batang pemandu untuk menahan batang gerudi semasa menggerudi.

Digunakan untuk melubang tingkat bagi membenamkan kepala nat atau kepala

pasak.

Page 14: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 14

Unit 5-14

7. GERUDI LURAH LURUS (STRIGHT FLUTED DRILL)

Bentuk lurah gerudi ini lurus sahaja. Digunakan untuk melubang pada bahan yang

lembut seperti aluminium dan juga bahan yang nipis.

8. GERUDI LUBANG MINKYAK (OIL HOLE DRILL)

Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal. Pada bahagian badan gerudi ini

terdapat saluran ;minyak yang terus keluar ke bahagian hujung, ini bertujuan

minyak dapat disalurkan terus kedalam permukaan lubang. Ini dapat mengelakan

kepanasan pada benda kerja. Gerudi ini digunakan dalam perindustrian yang

berat.

9. GERUDI LURAH BANYAK (MULTIPLE FLUTE DRILL)

Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal tetapi lurah yang memintal pada

badan gerudi ini adalah lebih dari dua. Digunakan dalam kerja-kerja berat.

10. GERUDI BERTANGGA (STEP DRILL)

Benktuk gerudi ini sama seperti gerudi pintal tetapi ianya mempunyai dua ukuran

garispusat. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja besar dan pengeluaran.

GAMBAR N10

5.7 CARA MENCANAI DAN MENGASAH SEBATANG GERUDI PINTAL

Untuk mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal faktor penting yang perlu

diambil kira ialah sudut-sudut yang hendak dicanai. Terdapat tiga jenis sudut yang

harus diberi perhatian iaitu :

1. Sudut Pemotong

2. Sudut Kelegaan Bibir Pemotong

3. sudut Heliks.

1. SUDUT PEMOTONG

Sudut pemotong bagi gerudi biasa ialah 59º dari paksi iaitu membahagi dua sudut

kandung mata gerudi. Jika sudut ini dicanai dengan betul maka, dengan

sendirinya bibir pemotong menjadi sama panjang, jika tidak, lubang yang

dihasilkan menjadi besar. Bukaan sudut pemotong ini boleh diuji dengan tolok

Page 15: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 15

Unit 5-15

sudut gerudi (Lihat Rajah 5.14).

RAJAH 5.14

Bukaan sudut pemotong adalah berbeza-beza iaitu bergantung pada jenis logam

yang hendak digerudi. Sudut yang lazim digunakan ditunjukan dalam rajah 5.15.

Bagi logam keras, sudut pemotongannya lebih besar, tetapi bagi logam lembut

sudutnya lebih kecil. (Lihat Jadual 5.1).

RAJAH 5.15

2. SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG

Sudut kelegaan bibir pemotong tebentuk dengan mencanaikan permukaan

belakang hingga ke tumit tepi pemotong. Fungsi sudut kelegaan ini ialah supaya

permukaan hujung mata tidak bergesel dengan benda kerja. Sebagaimana sudut

pemotong, sudut kelegaan bibir pemotong juga berbeza-beza, bergantung pada

Page 16: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 16

Unit 5-16

jenis bahan yang hendak digerudi (Lihat Jadual 5.1).

Untuk jerja-kerja am, sudut kelegaan dicanai antara 8º hingga 12º. Bukaan sudut

yang terlalu besar boleh menyebabkan hujung mata gerudi patah kerana tidak

cukup sokongan.(Lihat Rajah 5.16).

3. SUDUT HELIKS

Sudut heliks adalah tetap dan tidak dapat diubah dengan cara

mencanai kerana ia telah sedia dibentuk semasa membuat gerudi. Sudut

heliks tinggi digunakan untuk menggerudi logam keras dan teguh,

Page 17: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 17

Unit 5-17

sementara sudut heliks rendah digunakan untuk menggerudi logam

lembut. Sudut heliks biasanya 30º.

Page 18: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 18

Unit 5-18

5.8 KESAN PADA LUBANG JIKA MATA GERUDI TIDAK DICANAI DENGAN

BETUL

Pembentukan hujung mata gerudi yang betul adalah perkara penting yang perlu

diberi perhatian semasa mencanai mata gerudi. Ini termasuklah mencanai sudut

pemotong yang sama besar bukaan dari paksi, bibir pemotong yang sama panjang,

;sudut kelegaan bibir pemotong yang munasabah serta menipiskan lengkang lurah

dengan betul. Keempat-empat faktor diatas boleh mempengaruhi kerja

menggerudi serta hasilnya dari segi :

1. Mengawal saiz dan mutu sudahan lubang

2. Mengawal tatal atau saiz dan pembentukannya

3. Mengawal cara tatal keluar

4. Menguatkan tepi pemotong supaya tidak cepat haus

5. Mengurangkan geseran dan kepanasan

Berikut ini diterangkan lima jenis kesilapan yang sering berlaku semasa mencanai

bibir pemotong serta kesan daripada kesilapan tersebut, iaitu :

(a) SUDUT PEMOTONG SAMA BESAR TETAPI PANJANG BIBIR

PEMOTONG BERBEZA

Pusat mata sama letaknya dengan paksi tetapi hanya satu lurah sahaja yang boleh

memotong bahan. Akibatnya lubang lakan menjadi besar (Rajah 5.17).

(b) PANJANG BIBIR PEMOTONG SAMA TETAPI BUKAAN SUDUT

PEMOTONG BERBEZA

Ini mengakibatkan pusat mata terkeluar dari paksi, hanya satu lurah yang bekerja

dan lubang menjadi besar akibat putaran hanya pada pusat mata. Seterusnya

gerudi akan bergoncang dan ini boleh mengakibatkannya patah (Rajah 5.18).

(c) KEDUA-DUA SUDUT DAN PANJANG BIBIR PEMOTONG TIDAK

SAMA

Pusat mata terkeluar dari paksi, hanya lurah yang bekerja, gerudi berputar pada

pusat mata dan ini menyebabkan lubang menjadi besar (Rajah 5.19).

Page 19: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 19

Unit 5-19

(d) SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG YANG TERLALU BESAR

DAN TERLALU KECIL

Hujung mata boleh patah sekiranya sudut kelegaan terlalu besar kerana tidak

cukup sokongan, sebaliknya jika sudut kelegaan terlalu kecil, geseran akan

berlaku, ini mengakibatkan permukaan hujung mata menjadi cepat panas, beban

gerudi bertambah kerana gerudi sukar masuk kedalam benda kerja. Ini akan

Page 20: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 20

Unit 5-20

menghasilkan penyudahan kerja yang tidak memuaskan dan kemungkinan juga

gerudi akan patah. (Rajah 5.20 dan 5.21).

(e) LENGKANG LURAH YANG DINIPISKAN TIDAK SEIMBANG

TEBALNYA DARI PAKSI GERUDI

Lengkang lurah harus dinipiskan sekiranya gerudi semakin pendek, ini adalah

kerana lengkang lurah semakin tebal arah ke pangkal. Jika lengkang lurah dicanai

tebal sebelah (Rajah 5.22), ia boleh menyebabkan kesepusatan lengkang lurah dan

garis pusat luar gerudi tidak tepat. Pusat mata yang tidak beranjak dari paksi

mungkin menyebabkan gerudi berputar belong/gelong.

Page 21: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 21

Unit 5-21

5.9 NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN GERUDI

Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini yang biasa digunakan

dibengkel mesin dimana kebanyakannya menggunakan kuasa letrik samaada

ianya jenis mudah alih atau jenis tetep, diantaranya ialah :

1. Mesin gerudi tangan (hand drill)

2. Mesin gerudi tangan mudahalih (protable electric drill)

3. Mesin gerudi meja (bench drilling machine)

4. Mesin gerudi jenis tiang (biliar drilling machine)

5. Mesin gerudi jenis turus (column type drilling machine)

6. Mesin gerudi jejarian (radial arm drilling machine)

7. Mesin gerudi gandar berkumpulan (gang spindle drilling machine)

8. Mesin gerudi banyak gandar (multi spindle machine)

Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini nanum

konsep asas dan bahagian-bahagian utama mesin gerudi adalah sama. Gambarajah

mesin gerudi dibawah menunjukkan nama-nama bahagian pada sesebuah mesin

gerudi.

Page 22: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 22

Unit 5-22

5.10 PENGIRAAN KELAJUAN PUSINGAN PENGUMPAR (PPM), KADAR

SUAPAN DAN FAKTOR PEMILIHAN KELAJUAN PEMOTONGAN

Kelajuan pemotongan ialah pangjang ukuran lilitan mata gerudi dalam ukuran

meter yang dikira apabila ia berputar dalam masa satu minit.

Sebagai contoh, keluli lembut mempunyai kelajuan pemotongan 30 meter per

minit, ini bermakna spindal mesin perlu berputar supaya ukuran lilitan mata

gerudi itu 30 meter dalam masa satu minit. Oleh sebab mata gerudi terdiri

daripada berbagai-bagai saiz, maka spindal juga mempunyai berbagai-bagai

tingkat kelajuan.

Bilangan putaran spindal yang perlu untuk mendapatkan kelajuan memotong yang

betul disebut putaran per minit (PPM). Pada amnya gerudi kecil memerlukan

bilangan putaran yang lebih banyak dalam satu minit berbanding dengan gerudi

besar. Untuk menghitung kelajuan spindal, perkara-perkara berikut perlu

diketahui :

1. Kelajuan memotong bahan

2. Garis pusat mata gerudi

Formula

Untuk menghitug putaran per minit

Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong (meter per minit)

� X Garis pusat (milimeter)

Unit meter perlu ditukarkan kepada unit milimeter, oleh itu

Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong X 1000

� X Garis pusat

iaitu, (PPM) = KP X 1000

�D

Contoh 5.1

Hitung kelajunan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi

lubang yang bergaris pusat 15 milimeter diatas sekeping keluli lembut dengan

menggunakan gerudi tahan lasak. Kelajuan memotong yang digunakan ialah 30

meter per minit.

PPM = KP X 1000

Page 23: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 23

Unit 5-23

�D

PPM = 30 X 1000

3.142 X 15

= 636

Contoh 5.2

Hitung kelajuan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi

lubang yang bergaris pusat 35 milimeter pada sekeping keluli lembut dengan

kelajuan memotong 25 meter seminit. Mata gerudi yang digunakan ialah sejenis

keluli tahan lasak.

PPM = KP X 1000

�D

PPM = 25 X 1000

3.142 X 35

= 227.2

HANTARAN

Hantaran ialah panjang juluran mata gerudi yang masuk ke dalam benda kerja

pada tiap-tiap satu putaran penuh spindal.

Kadar hantaran adalah penting untuk menentukan hayat mata gerudi. Jika terlalu

laju, mungkin tepi pemotongnya pecah, sebaliknya jika terlalu perlahan, hujung

mata bergesel dan cepat menjadi panas.

Formula

Untuk menghitung anggaran masa menggerudi

Anggaran masa menggerudi = P

H X PPM

Dimana, d = Dalam lubang

P = Panjang juluran mata gerudi ( Dalam lubang + panjang hujung

mata )

= d + ( 0.3 X D )

D = Garis pusat gerudi dalam milimeter

PPM = Putaran per minit

H = Hantaran pemotong mata gerudi dalam mm per putaran

Page 24: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 24

Unit 5-24

Contoh 5.3

Kira masa yang diambil untuk menggerudi satu lubang yang bergaris pusat 15

mm dan 52 mm dalam. Kadar hantaran pemotong ialah 0.23 mm dan kelajuan

spindal ialah 320.

Anggaran masa menggerudi = P

H X PPM

= 52 + ( 0.3 X 15 )

0.23 X 320

= 56.5

0.23 X 320

= 56.5

73.6

= 0.77 minit atau 46 saat

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN HANTARAN DAN KELAJUAN

Berikut ialah beberap faktor pemilihan kelajuan spindal :

1. Jenis dan keadaan mesin.

2. Ketepatan dan penyudahan kerja.

3. Kuatnya atau tegapnya benda kerja dipegang dalam mesin.

4. Penggunaan bendalir pemotong.

5. Jenis bahan

6. Bahan mata gerudi

5.11 JENIS-JENIS PENYEJUK, FUNGSI DAN KEGUNAANNYA

Bendalir pemotong menjadi unsur yang sangat penting dalam operasi pemesinan

seperti melarik, mencanai, meraut, menggerudi, menggerudi, melulas,

membenang ( dalam dan luar ), memotong bahan, kerja-kerja tekan dan

sebagainya.

Sebab utama bendalir pemotong digunakan dalam kerja menggerudi ialah untuk

membebaskan haba daripada gerudi dan benda kerja. Tindakan geseran antara

mata pemotong dengan tatal yang dirincih menghasilkan haba yang boleh

menyebabkan tepi mata pemotong melekat seterusnya boleh memecah atau

Page 25: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 25

Unit 5-25

mematahkan gerudi tersebut. Keadaan ini menghasilkan permukaan lubang yang

tidak baik dn kerja yang tidak tepat.

Bendalir pemotong boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah :

1. Minyak pemotong atau minyak galian.

Tiga jenis minyak galian yang aktif :

(a) Minyak galian bersulfur

(b) Minyak galian sulfur berklorin

(c) Minyak galian berlemak

Tiga jenis minyak galian yang tak aktif :

(a) Minyak galian biasa.

(b) Minyak galian lelemak.

(c) Minyak galian lelemak bersulfur.

2. Minyak boleh larut.

Tiga jenis minyak boleh larut :

(a) Minyak galian boleh larut.

(b) Minyak boleh larut lelemak tinggi.

(c) Minyak boleh larut tekanan lampau.

3. Bendalir pemotong tiruan atau kimia.

4. Penyejuk khas.

FUNGSI BENDALIR PEMOTONG

Terdapat berbagai-bagai fungsi bendalir pemotong antaranya ialah :

1. Untuk menyejukkan tepi mata pemotong.

2. Untuk menyejukkan benda kerja.

3. Mengurangkan geseran yang berlaku antara gerudi denlgan gerudi.

4. Membantu memecahkan tatal.

5. menghindar tatal dari melekat ditepi jidar atau bibir pemotong.

6. Untuk mengeluarkan serpihan-serpihan tatal.

Page 26: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 26

Unit 5-26

KEBAIKAN MENGGUNAKAN BENDALIR PEMOTONG

1. Menjimatkan kos gerudi. Penggunaan bendalir pemotong menyebabkan

gerudi lambat haus dan tahan lama, dan dapat menjimatkan masa mengasah

gerudi.

2. Meningkatkan produktiviti. Penggunaan bendalir pemotong membolehkan

kelajuan mesin yang tinggi digunakan, dan kerja-kerja dapat dijalankan

dengan lebih pantas lagi.

3. Menjimatkan tenaga. Disebabkan geseran dapat dikurangkan, mesin-mesin

tidak menggunakan tenaga yang berlebihan.

4. Meningkatkan mutu. Gerudi dapat melakukan pemotongan dengan baik dan

berkesan dan boleh menghasilkan sudahan kerja yang baik dan kerja yang

tepat.

5. Menjimatkan tenaga buruh. Kerja-kerja menukar alat, dan mengasah mata alat

dapat dikurangkan.

5.12 LANGKAH MENJAGA MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI

i. Mata gerudi hendaklah disimpan dalam kotak penyimpan mata gerudi setiap

kali selepas ianya digunakan.

ii. Mata gerudi hendaklah sentiasa diminyakan untuk mengelakkan ianya berkarat.

iii. Gunakan kelajuan yang betul mengikut jenis-jenis logam yang hendak digerudi.

iv.Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada ‘chuck’ dan jangan sekali-

kali mencengkam terlalu hampir dengan hujung lurah. Ini boleh menyebabkan

mata gerudi mudah patah.

5.13 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGGERUDI

Mesin gerudi perlu dikendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang

kemalangan yang boleh berlaku semasa mengendalikan proses menggerudi.

Berikut adalah beberapa panduan yang perlu diikuti semasa menggunakan mesin

gerudi.

Page 27: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 27

Unit 5-27

1. gunakan pakaian yang selamat dan sentiasa menggunakan cermin mata

keselamatan.

2. pastikan kawasan sekeliling mesin bersih dan tidak menyebabkan jurumesin

terjatuh. Bersihkan minyak, bendalir pemotong dan tatal pada lantai.

3. pastikan hanya seorang jurumesin yang bekerja sewaktu mesin beroperasi.

4. gunakan berus dan bukannya kain untuk membersihkan tatal selepas mata

gerudi berhenti.

5. pastikan mata gerudi dengan benda kerja mempunyai ruang kelegaan sebelum

memulakan kerja.

6. pastikan spindal tidak berputar semasa kerja pengukuran atau pengujian

dilakukan

7. matikan suis ketika menukar mata gerudi dan selepas operasi menggerudi

dilakukan.

Page 28: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 28

Unit 5-28

AKTIVITI 5B

5.5 Senaraikan empat jenis mesin gerudi

5.6 Senaraikan lima jenis kerja uyang boleh dilakukan dimesin gerudi

5.7 Senaraikan lima bahagian utama mesin gerudi

5.8 Nyatakan tiga kesan keatas gerudi dan bahan kerja sekiranya tidak

menggunakan bahan penyejuk

5.9 Nyatakan tiga langkah keselamatan ketika membuka mata gerudi.

Page 29: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 29

Unit 5-29

5.5 Empat jenis mesin gerudi

a. Mesin gerudi tangan

b. Mesin gerudi meja

c. Mesin gerudi jejarian

d. Mesin gerudi jenis turus

5.6 Lima jenis kerja yang boleh dijalankan dimesin gerudi

a. Menggerudi

b. Melulas

c. Melubang senggat

d. Melubang benam

e. Membenang skru

5.6 Lima bahagian utama mesin gerudi

a. Tapak

b. Meja

c. Spindal

d. Motor kuasa

e. Takal tirus

5.8 Tiga kesan :

a. Mata gerudi cepat tumpul atau haus

b. Gerudi boleh patah

c. Bahan kerja panas menyebabkan mata gerudi menyepit dengan bahan

kerja

5.9 Tiga langkah keselamatan

a. Pastikan spindal tidak berputar

MAKLUM BALAS 5 B

Page 30: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 30

Unit 5-30

b. Gunakan kain ketika memegang gerudi

c. Bersihkan tatal yang ada pada gerudi dengan menggunakan berus

5.14 MENGAPA BENDA KERJA PERLU DIPEGANG DENGAN KEMAS

SEMASA PROSES MENGGERUDI

Salah satu daripada operasi yang sering dilakukan dimesin gerudi ialah

menggerudi lubang, dimana setiap operasi yang dijalankan melibatkan spindal

yang berputar untuk menggerakkan mata gerudi. Gurudi yang berputar akan

bertemu permukaan benda kerja yang diikat pada ragum ataupun pada pengapit

benda kerja yang lain. Sekiranya benda kerja tidak dipegang dengan kemas

semasa proses banyak kesan buruk yang akan berlaku diantaranya ialah :

2. Benda kerja akan tertanggal dari pengikat atau ragum.

3. Lubang yang digerudi menjadi besar.

4. Gerudi akan patah.

5. Tidak mendapat ketepatan kerja.

6. Membazir bahan dan gerudi

7. Membazir waktu untuk menukar bahan atau gerudi baru.

5.15 JENIS PEMEGANG BENDA KERJA PADA MESIN GERUDI

Penggunaan ragum atau pengikat yang sesuai dengan proses kerja

menggerudi adalah salah satu faktor menghasilkan proses kerja yang baik, antara

pengikat-pengikat yang biasa digunakan ialah :

1. RAGUM MESIN BIASA(PLAIN MACHINE VICE)

Dengan menggunakan alat ini benda kerja yang berbentuk bersegi dan kecil

sahaja yang sesuai diikat kerana ini mengikut luasnya rahang ragum itu boleh

dibuka. Untuk ketepatan semasa mengikat dan mendapatkan hasil kerja yang tepat

bilah selari perlu diletakan dibahagian bawah benda kerja sebagai pengalas. Ini

bertujuan lubang yang digerudi akan dapat ketepatan 90º dari paras muka benda

kerja dan mengelakkan batang gerudi yang tembus menyentuh ke permukaan

ragum.

Page 31: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 31

Unit 5-31

2. RAGUM MESIN GERUDI(DRILL MACHINE VICE)

Ianya sesuai untuk mengikat benda kerja yang kecil tetapi mempunyai bentuk segi

atau bulat. Besar bahan yang dicengkam adalah bergantung pada luas rahang

ragum itu boleh dibuka. Keistimewaan menggunakan ragum ini ialah terdapat

tetangga dan lurah V mengufuk dan menegak pada rahang ragum dan pada

permukaan dalam ragum berlubang tembus. Tetangga digunakan untuk

mencengkam bahan yang tipis dipermukaan dan lurah V untuk mencengkam

benda kerja yang bulat.

3. PENGAPIT C( C-CLAMP)

Ia digunakan untuk kerja-kerja yang lebar dan patut diikat terus pada muka meja

mesin gerudi. Alat ini membantu pada penggunaan cara itu dan pada penggunaan

plat sudut.

4. BUNGKAH ‘V’(V-BLOCK)

Alat ini dibuat berbentuk V dan yang disediakan pencengkam adalah leih baik,

kerana dapat mengikat benda kerja yang bulat dengan mudah tanpa berputar

semasa digerudi dan denagan pencengkam kedudukan bendakerja boleh dialih

kesudut 90º.

5. BUNGKAH TETANGGA(STEP BLOCK)

Alat ini ini mempunyai dua bentuk tetangga, jenis biasa dan jenis membulat

spairal. Digunakan sebagai penyokong kepada pencengkam supaya berkedudukan

selaras.digunakan untuk mengikat bendakerja yang besar dan berbagai bentuk.

6. PASAK ‘T’ & NAT( T-BOLT & NUT)

Digunakan untuk mengikat bendakerja yang besar, berbagai bentuk dan

membantu semasa mengikat pencengkam pada meja mesin gerudi. Kepala T

dimasukkan kedalam alur T dipermukaan meja.

7. BILAH SELARI (PARALLEL STRIP)

Digunakan untuk mengalas bendakerja dan membantu pada pencengkam supaya

benda kerja dan muka pencengkam selaras serta rata dengan ini cengkaman

menjadi teguh.

Page 32: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 32

Unit 5-32

8. PENCENGKAM ( CLAMP)

Digunakan untuk mencengkam bendakerja yang besar dan berbagai bentuk.

Pencengkam yang sesuai boleh digunakan pada bentuk dan kedudukan yang tepat.

Antara jenis-jenis pencengkam ialah :

(b) Bulat dua hujung (figer-double end)

(c) Bulat satu hujung (figer-single end)

(d) Bentuk U ( U-pattern)

(e) Bentuk rata ( plair flat)

(f) Bentuk bolehlaras (adjustable step)

(g) Bentuk cangkuk (goose neck)

5.16 KAEDAH MENGGERUDI LUBANG BESAR

Kaedah menggerudi lubang besar memerlukan beberapa proses, ia berbeza

dengan menggerudi lubang yang kecil, dimana untuk menggerudi lubang yang

besar perlu menjalankan proses meggerudi pusat dan lubang pandu. Sekiranya

saiz lubang yang hendak digerudi itu terlalu besar maka, gerudi lubang pandu

terpaksa dilakukan banyak kali. Menggerudi lubang besar tidak boleh dilakukan

terus kerana ini akan menyebabkan mata pemotong cepat tumpul dan batang

gerudi akan menyepit ditengah lubang semasa proses menggerudi dilakukan.

Semakin besar saiz gerudi semakin perlahan hantaran dan pusingan spindal.

5.17 KEPENTINGAN MENGGERUDI PUSAT DAN MENGGERUDI LUBANG

PANDU

Kepentingan menggerudi pusat pada benda kerja biasanya dijalankan dimesin

pelarik, dimana lubang yang digerudi pusat akan disokong dengan tetengah pada

latan belakang dimesin pelarik. Tanpa menggerudi pusat proses melarik yang

seterusnya sukar dan mungkin tidak dapat dilakukan. Manakala menggerudi

lubang pandu adalah untuk mengelakkan mata gerudi cepat tumpul atau batang

gerudi akan menyepit didalam lubang ketika proses menggerudi lubang besar

dilakukan.

5.18 CONTOH ‘JIGS’

Terdapat beberapa jjenis jig yang direka dan digunakan dengan meluasnya.

Berikut adalah jenis-jenis jig:

Page 33: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 33

Unit 5-33

1. Jig Plat

Untuk bekerja dimana satu sahaja permukaan yang perlu dibuat lubang.

2. Jig Selak

Berbentuk kota atau separuh kota. Selak digunakan sebagai ragum dan tempat

memasang beberapa sesendal gerudi untuk membuat kerja menebuk pada

permukaan benda kerja yang runit.

3. Jig Saluran

Sama seperti jig plat, digunakan untuk membuat lubang pada permukaan

sahaja.

4. Jig Balikan

Jig ini buka dimana benda kerja dicengkam pada sesendal gerudi berkaki,

kemudian diterbalikan untuk proses menebuk. Proses ini menyebabkan ragum

menerima tekanan alat pemotong dengan kuat dan tepat. Bagi mengatasi

masalah ini jig hendaklah mempunyai kekuatan yang cukup.

5. Jig Kotak

Fungsi jig ini sama dengan jig selak dimana ia boleh benda kerja yang

berbentuk lebih kompleks.

5.19 KEGUNAAN JIGS PADA MESIN GERUDI

Jig ialah alat untuk menempatkan dan memegang benda kerja yang membimbing

dan menentukan arah mata alat pemotong semasa operasi menebuk dan

pemotongan dijalankan. Dimesin gerudi jig digunakan untuk memegang benda

kerja semasa kerja menggerudi, melulas, membenam, stapping dan lain-lain

dengan lain perkataan ialah alat ini digunakan untuk membantu berbagai proses

bagi meningkatkan dan mempercepatkan pengeluaran dengan mudah.

5.20 LANGKAH YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENGGERUDI

1. Pastikan benda kerja dikat dengan kuat pada ragum mahupun jig.

2. Hanya seorang operator yang mengendalikan mesin tersebut.

3. jangan menggunakan sarung tangan dan barang-barang perhiasan diri semasa

mengendalikan mesin.

4. Pastikan minyak dan bendalir penyejuk tidak tumpah diluar kawasan kerja.

5. Sentiasa menggunakan pelindung mata dan kasut keselamatan.

Page 34: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 34

Unit 5-34

5.1 Senaraikan empat langakh keselamatan semasa menggerudi

5.2 Senaraikan lima jenis pemegang benda-benda kerja yang boleh digunakan

dimesin gerudi

5.3 Apakah kesannya menggerudi lubang besar tanpa menggerudi lubang

pandunyatakan tiga kesan sekiranya benda kerja tidak dipegang dengan

kemas.

5.4 Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi pemilihan kelajuan

pemotongan.

AKTIVITI 5 C

Page 35: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 35

Unit 5-35

5.1 Langkah keselamatan semasa menggerudi

a. Pastikan kawasan kerja bersih dan selamat

b. Jangan membersihkan gerudi ketika bindu sedang berputar

c. Pastikan spindal tidak berputar ketika membuat pengujian atau

pengukuran

d. Pastikan hanya seorang operator yang mengendalikan mesin

5.2 Lima jenis pemegang benda kerja yang boleh digunakan dimesin.

a. Ragum mesin biasa

b. Ragum mesin gerudi

c. Pengapit C

d. Pencengkam ( Clamp )

e. Pasak T dan Nat

5.3 Gerudi boleh menyepit dengan benda kerja dan menyebabkan gerudi patah

dan menyebabkan hasil kerja yang dilakukan tidak begitu baik.

5.4 Tiga kesannya :

a. Permukaan benda yang digerudi tidak elok

b. Ukuran tempat yang digerudi tidak tepat

c. Benda kerja boleh tercabut dari pengapit atau ragum

5.5 Empat faktor :

a. Jenis dan keadaan mesin

b. Ketepatan dan penyudahan kerja

c. Kuatnya atau tegapnya benda kerja di pegang pada mesin

d. Penggunaan bendalir pemotong.

MAKLUM BALAS 5C

Page 36: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 36

Unit 5-36

1. Salah satu bahagian utama pada mesin gerudi ialah badan. Oleh itu anda

dikehendaki menyatakan 6 bahagian pada badan mesin gerudi tersebut berserta

penerangan.

2. Penggunaan ragum adalah amat penting untuk menghasilkan kerja menggerudi

yang baik. Terangkan kaedah mengikat benda kerja pada ragum gerudi.

3. Selesaikan masalah dibawah

a. Berapakah kelajuan spindal yang diperlukan untuk menggerudi lubang

yang bergaris pusat 22.5 mm pada sekeping keluli karbon dengan kelajuan

memotong 30 mm/min. Mata yang digunakan ialah sejenis keluli tahan

lasak.

b. Masa untuk menggerudi satu lubang yang bergaris pusat 15mm dan 52mm

dengan kelajuan spindal 320 ialah selama 46 saat. Kirakan kadar hantaran

pemotong mata gerudi tersebut.

4. a. Nyatakan dua fungsi JIG dan

b. Tugas-tugas jig gerudi.

PENILAIAN KENDIRI

Page 37: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 37

Unit 5-37

1. Badan terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada :

(a) Hujung mata

Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai

dengan sudut kandung 118º, bibir pemotong membahagi dua sudut

kandung ini dengan masing-masing membentuk sudut 59º dari paksi.

Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garis pusat gerudi.

(b) Pusat mata

Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada

pertemuan bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk

mencungkil dan memudahkan gerudi masuk kedalam permukaan logam.

(c) Bibir pemotong

Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia

terbentuk daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan

berbentuk kon. Bibir pemotong ini dibuat sama panjang.

(d) Lurah

Lurah terdapat disepanjang bahagian badan..

(e) Lengkang lurah

Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap

sebagai tulang belakang gerudi ldan lebih tebal dibahagian pangkal supaya

gerudi menjadi lebih tegap.

(f) Jidar

Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah. Gunanya

ialah untuk memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu

gerudi tidak bergesel. Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang

MAKLUM BALAS

Page 38: unit5_Teknologi Worksyop 1

GERUDI J1003 / Unit 5 / 38

Unit 5-38

cepat dan menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi

tersepit.

2. Berikut adalah kaedah mengikat benda kerja pada ragum gerudi :

a. Bersihkan ragum mesin dengan kain dan pastikan tidak ada kekotoran atau

tatal melekat pada ragum.

b. Pilih sepasang bilah selari yang sesuai tingginya dan bersihkannya.

c. Kikir tipi bahan kerja yang tajam sebelum memasang di dalam ragum.

d. Letakkan bahan kerja diatas bilah selari dan pastikan bahagian yang

hendak hendak digerudi atau yang bertanda berada disebelah atas.

e. Ikat rgum kuat dengan tangan. Jangan guna pengetuk untuk mengikat

ragum.

f. Dengan menggunakan pengetuk lembut atau gandin, ketuk dengan

perlahan-lahan keempat-empat penjuru sehingga bilah selari tidak

bergerak.

g. Sekarang operasi menggerudi boleh dijalankan tetapi pastikan ragum

diikat pada meja mesin gerudi supaya benda kerja tidak bergerak semasa

proses menggerudi dijalankan.

3. a. 238.7

b. 0.23 mm

4. a. -Menempat dan memegang benda kerja

-Membimbing dan menentukan arah mata alat pemotong semasa operasi

menebuk dan pemotongan dijalankan.

b. –Jig gerudi digunakan untuk memegang benda kerja semasa kerja menggerudi,

melulas, membenam, stapping dan lain-lain.