j1003_teknologi worksyop 1

246
 MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MOHAMAD SOM A HMAD (PKM) BA SRI BIN SENIN (PKM) ZAHARI BIN MAAROF (PKM)  http://modul2poli.blogspot.com/

Upload: hillme87

Post on 11-Oct-2015

362 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

modul teknologi worksyop 1 politeknik malaysia

TRANSCRIPT

  • MODUL

    POLITEKNIK

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    MOHAMAD SOM AHMAD (PKM) BASRI BIN SENIN (PKM) ZAHARI BIN MAAROF (PKM)

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • BIODATA PENULIS MODUL

    Nama : MOHAMAD SOM BIN AHMAD Alamat : Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

    Politeknik Kota Melaka No. 2 Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka.

    No. Tel : 07 3376020 / 3376010 / 3376011 Kelulusan : Diploma Pendidikan ( MPTKL )

    Ijazah Kejuruteraan Mekanikal ( UTM ) Sijil Metalurgi ( South Korea ) Sijil Jurutera Kimpalan IWE ( Japan )

    Jawatan : Pensyarah Teknikal

    Nama : ZAHARI BIN MAAROF Alamat : Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

    Politeknik Kota Melaka No. 2 Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka.

    No. Tel : 07 3376020 / 3376010 / 3376011 Kelulusan : Diploma Pendidikan ( MPTKL )

    Diploma TIG/MIG ( Germany Jawatan : Pensyarah Teknikal

    Nama : BASRI BIN SENIN Alamat : Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

    Politeknik Kota Melaka No. 2 Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka.

    No. Tel : 07 3376020 / 3376010 / 3376011 Kelulusan : Diploma Kejuruteraan Mekanikal Serta

    Pendidikan ( KUiTTHO) Jawatan : Pensyarah Teknikal

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • GRID KURIKULUM MODUL TEKNOLOGI WOKSYOP (J1003)

    Grid kurikulum modul ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang digunakan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

    TOPIK UNIT

    MENCEGAH KEMALANGAN 1ALAT-ALAT TANGAN 2 3PENGUKURAN 4GERUDI 5 MESIN LARIK 6KIMPALAN GAS 7 8KILMPALAN ARKA 9

    UNIT 1 : MENCEGAH KEMALANGAN(2 JAM)

    Peraturan dan amalan keselamatan didalam woksyop kejuruteraan am. 1.1 Langkah-langkah mencegah

    kemalangan am 1.2 Kepentingan menggunakan alat

    keselamatan dan menjaga kebersihan woksyop.

    1.3 Akibat salah penggunaan alat keselamatan

    1.4 Perbezaan diantara keselamatan diri,alat,mesin,perkakasan memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas.

    UNIT 2 : ALAT-ALAT TANGAN(2 JAM)

    Alat-alat tangan dalam kerja menggegas 2.1 Menanda dan menyusun tanda 2.2 Takrifan meyusun tanda 2.3 Langkah menyusun tanda dan

    penyediaan bahan kerja 2.4 Kebaikan menggunakan alat/cecair

    penanda 2.5 Kegunaan alat-alat menyusun

    tanda 2.6 Cara-cara menggunakan alat

    menyusun tanda Alatan Pengujian 2.7 Jenis-jenis alat menguji 2.8 Cara menggunakan alat-alat

    menguji seperti sesiku L dan bar selari

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Gergaji besi 2.9 Bahagian-bahagian gergaji besi 2.10 Cara menggunakan gergaji besi 2.11 Jenis bahan mata gergaji besi,

    istilah G.S.I, jarak gigi dan kuak mata bilah gergaji.

    2.12 Sebab mata gergaji patah. 2.13 Langkah keselamatan semasa

    menggergaji

    Kikir dan Kerja Mengikir

    2.14 Bahagian-bahagian kikir 2.15 Definasi potongsn(cut), gred mata

    dan tepian selamat 2.16 Jenis, bentuk dan kegunaan kikir 2.17 Lejang memotong dan cara-cara

    mengikir 2.18 Celah mata gigi kikir

    tersumbat(Pining) 2.19 Langkah keselamatan semasa

    mengikir

    UNIT 3 : Tukul(3 JAM)

    3.1 Jenis dan kegunaan tukul 3.2 Bahagian-bahagian tukul bongkol

    bulat 3.3 Langkah keselamatan semasa

    menggunakan bongkol bulat Pahat

    3.4 Jenis-jenis pahat 3.5 Bahgian Pahat rata 3.6 Pahat rata 3.7 Keburukan kepala pahat berbentuk

    cendawan 3.8 Cara menggunakan pahat 3.9 Langkah keselamatan semasa

    memahat

    Pengulir luar dan pengulir dalam

    3.10 Bahagian-bahagian pengulir dalam 3.11 Jenis pengulir dalam dan cara

    menggunakan urutan 3 jenis pengulir dalam

    3.12 Terminologi asas ulir skru, spesifikasi dan bentuk ulir V

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • 3.13 Istilah saiz gerudi mengulir dalam dan kepentinganya

    3.14 Pengiraan saiz gerudi mengulir dalam

    3.15 Langkah-langkah mengulir dalam 3.16 Langkah mengulir lubang buta,

    sebab pengulir dalam patah dan cara mengatasinya.

    3.17 Jenis-jenis Pengulir luar 3.18 Lengkah-langkah pengulir luar

    UNIT 4 : PENGUKURAN ( 2 JAM) 4.1 Alat-alat pengukur asas pembaaris

    keluli, tali pita, angkup dalam dan luar.

    4.2 Jenis dan saiz micrometer. 4.3 Nama dan lakaran bahagian-

    bahagian micrometer luar. 4.4 Prinsip asas micrometer. 4.5 Bacaan dan lakaran pada

    micrometer (metrik dan imperial). 4.6 Cara penggunaan micrometer. 4.7 Lakaran dan nama bahagian-

    bahagian angkup vernier. 4.8 Prinsip asas vernier. 4.9 Cara penggunaan angkup vernier. 4.10 Bacaan dan lakaran angkup vernier

    (metrik dan imperial). 4.11 Alat pengukur yang menggunakan

    prinsip vernier (jangkasudut serong vernier dan tolok tinggi vernier).

    UNIT 5 : GERUDI ( 3 JAM)

    Mata Gerudi dan Mesin Gerudi 5.1 Bahagian utama dan fungsi gerudi

    pintal. 5.2 Cara menentukan saiz gerudi. 5.3 Bahan membuat gerudi. 5.4 Kaedah menanda sebelum

    menggerudi. 5.5 Cara memasang mata gerudi dan

    benda kerja sebelum menggerudi. 5.6 Perbezaaan jenis mata gerudi

    (gerudi pusat, gerudi lurah lurus, gerudi lubang senggat, gerudi hujung rata).

    5.7 Cara mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • 5.8 Kesan pada lubang jika mata gerudi tidak dicanai dengan betul.

    5.9 Nama bahagian-bahagian mesin gerudi.

    5.10 Pengiraan kelajuan pusingan pengumpar (PPM), kadar suapan dan factor pemilihan kelajuan pemotongan.

    5.11 Jenis-jenis penyejuk, fungsi dan kegunaannya.

    5.12 Langkah menjaga mata gerudi dan mesin gerudi.

    5.13 Langkah keselamatan semasa menggerudi.

    CARA MEMEGANG BENDA KERJA DAN MENGGERUDI

    5.14 Mengapa benda kerja perlu

    dipegang dengan kemas semasa proses menggerudi.

    5.15 Jenis pemegang benda kerja pada mesin gerudi (ragum mesin, ragum tukang alat, bungkah V dan lain- lain).

    5.16 Kaedah menggerudi lubang besar. 5.17 Kepentingan menggerudi pusat dan

    menggerudi lubang pandu. 5.18 Contoh jigs. 5.19 Kegunaan jigs pada mesin gerudi. 5.20 Langkah yang perlu diberi perhatian

    semasa menggerudi.

    UNIT 6 : MESIN LARIK ( 1 JAM) 6.1 Jenis-jenis mesin larik. 6.2 Fungsi bahagian mesin larik

    tetengah. 6.3 Lakaran bagaimana benda kerja

    dipegang pada mesin larik. 6.4 Lakaran bentuk mata alat dan

    fungsinya. 6.5 Lakaran sudut-sudut pada mata

    alat. 6.6 Bahan dan kegunaan mata alat. 6.7 Proses-proses lain dimesin larik

    (menggerek, menggerud, melorek, melarik tirus, memotong ulir skru dan melarik tak sepusat).

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • UNIT 7 : KIMPALAN GAS ( 2 JAM)

    Pengenalan

    7.1 Definasikan kimpalan gas. 7.2 Kimpalan gas tekanan tinggi dan

    kimpalan gas tekanan rendah. 7.3 Kegunaan kimpalan gas dalam

    industri.

    Gas

    7.4 Jenis-jenis gas untuk kegunaan kimpalan gas.

    7.5 Sifat gas oksigen, cara pengeluaran dan silinder oksigen.

    7.6 Sifat-sifat gas asetilina ,cara pengeluaran dan silinder asetlina.

    7.7 Jenis-jenis gas sebagai bahan bakar. 7.8 Kelengkapan kimpalan gas oksi-asetilina. 7.9 Alat kelengkapan kimpalan oksi-asetilina

    Serta kendaliannya 7.10 Tugas serta prinsip-prinsip alatur satu

    peringkat dan dua peringkat. 7.11 Jenis-jenis hos untuk kimplan oksi-

    asetilina. 7.12 Prinsip serta jenis-jenis sumpitan api. 7.13 Sistem pancarongga dan sistem stesen

    tunggal kimpalan oksi-asetilina.

    UNIT 8 : PEMASANGAN KELENGKAPAN OKSI- ASETILINA ( 2 JAM)

    Pemasangan

    8.1 Prosedur pemasangan kelengkapan

    kimpalan oksi-asetilina. 8.2 Cara-cara menguji kebocoran. 8.3 Nyalaan oksi-asetilina. 8.4 Jenis-jenis nyalaan oksi-asetilina dan

    kegunaannya. 8.5 Kaedah pelarasan nyalaan. 8.6 Ciri-ciri nyalaan dan suhu nyalaan. 8.7 Langkah-langkah menyalakan dan

    memadamkan nyalaan. 8.8 Sebab-sebab berlakunya letup padam dan

    nyalabalas serta langkah-langkah mengatasinya.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Teknik mengimpal oksi-asetilina.

    8.9 Teknik mengimpal bagi kimpalan oksi- asetilina.

    8.10 Teknik mengimpal ke hadapan dan teknik mengimpal mengundur.

    8.11 Pengawalan kelajuan, jarak nyalaan sudut, serta pergerakan ketika mengimpal.

    Sambungan dan persediaan tepi.

    8.12 Jenis-jenis sambungan asas dalam kerja

    kimpalan. 8.13 Langkah-langkah membuat persediaan

    tepi.

    UNIT 9 : KIMPALAN ARKA 9.1 Mesin kimpalan arka. 9.2 Funsi alat ubah. 9.3 Komponen-komponen asas mesin

    kimpalan arka. 9.4 Jenis-jenis mesin kimpalan arka. 9.5 Melukis litar skematik bagi sebuah mesin

    kimpalan arka.

    Kekutuban mesin kimpalan arka.

    9.6 Kekutuban lurusdan kekutuban berbalik. 9.7 Ciri-ciri kekutuban dan kelebihan diantara

    kedua-dua kekutuban. 9.8 Faktor-faktor pemilihan kekutuban.

    Teknik-teknik dalam kimpalan arka.

    9.9 Namakan bahagian-bahagian arka 9.10 Kesan jarak, sudut arka dan kelajuan ke

    atas hasil kimpalan 9.11 Kaedah memulakan arka

    Elektrod

    9.12 Penghasilan elektrod 9.13 Bahan pancalogam dalam teras elektrod 9.14 Fungsi salutan eletrod 9.15 Pengkelasan elektrod 9.16 Fungsi jermang

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

    1. Modul ini dibahagikan kepada 9 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang sama.

    2. Muka surat dinomborkan berdasar kepada kod subjek, unit dan

    halaman.

    J1003 / UNIT 1 / 5

    Subjek Unit 1

    Halaman 5

    3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan.

    4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut:-

    OBJEKTIF

    Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap pembelajaran.

    INPUT

    Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari.

    AKTIVITI

    Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secaraaktif untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikutidengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI

    Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan- soalan yang dikemukakan dalam aktiviti.

    PENILAIAN KENDIRI

    Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.

    MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

    Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soala yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.

    n

    5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan.

    6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • PERNYATAAN TUJUAN

    Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar Semester 1 yang mengikuti kursus Sijil di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit kearah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan daripada pensyarah.

    PRA-SYARAT KEMAHIRAN & PENGETAHUAN

    Pra-syarat untuk mengikuti modul ini mempunyai pengetahuan asas peralatan dalam woksyop.

    OBJEKTIF AM MODUL

    Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat:-

    Memahami Kaedah menggunakan alat-alat tangan. Memahami Kaedah menggunakan mesin larik dengan betul dan

    selamat. Dapat menggunakan serta mengendalikan kelengkapan kimpalan gas

    dan kimpalan arka dengan betul dan selamat.

    PERALATAN & SUMBER YANG DIPERLUKAN BERSAMA MODUL

    Alatulis dan buku catatan

    RUJUKAN

    1. Steve F, Krar and Albert F. Check, Tecnology of Machine Tools, McGraw-Hill, 1998

    2. Ibrahim Che Muda dan N. Ramudaram,Teknologi Bengkel Mesin, Dewan Bahasa & Pustaka, 2000

    3. N. Ramudaram, Teknologi Bengkel Kejuruteraan, Tukang Larik, Fajar Bakti, 1993

    4. Larry Jeffus, Welding Principle and Applications,Delmar Publishers, 1999

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 1

    Unit 1-1

    Memahami kepentingan peraturan-peraturan dan amalan keselamatan di dalam worksyop kejuruteraan am (memesin, kimpalan, menggegas dan foundri)

    Di akhir unit ini anda dapat :

    Menyatakan langkah-langkah mencegah kemalangan am yang bersabit dengan keselamatan diri semasa mengendalikan alat- alat mesin, peralatan, bahan-bahan dan alatan pencegahan kebakaran. Menerangkan kepentingan menggunakan gogal, cermin keselamatan dan pengawal roda pencanai serta menjaga kebersihan woksyop.

    Menerangkan bahaya mengenai salah penggunaan sarung tangan, kain pengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan memakai pakaian tidak sempurna.

    Membezakan diantara keselamatan diri,alat,mesin,perkakasan memesin,mesin kimpalan arka dan peralatan kimpalan gas oksi asitelina.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 2

    Unit 1-1

    INPUT

    1.0 PENGENALAN

    Para pengguna peralatan worksyop kejuruteraan am (memesin, kimpalan, menggegas dan foundri) sentiasa terdedah kepada berbagai-bagai bahaya sekiranya peralatan tersebut disalahgunakan ataupun pelajar cuai semasa mengendalikan kerja-

    kerja di dalam worksyop. Peraturan keselamatan dan undang-undang keselamatan woksyop wajib diketahui, dipelajari dandipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawabsetiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalambengkel sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa ataupencaindera, kerosakan terhadap alat, mesin akan dapat dihindari.

    1.1

    LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN AM

    Terdapat empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah sebarang kemalangan di dalam woksyop berlaku:

    i. ii.

    Tabiat bekerja Keselamatan diri sendiri

    iii. iv.

    Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin Kekemasan tempat bekerja atau worsyop

    1.2

    Tabiat Berkerja

    Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik semasa di dalam woksyop bagi mencegah kemalangan dianataranya:

    i. Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian ii. Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri iii. Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas iv. Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja v. Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 3

    Unit 1-1

    1.3 Keselamatan Diri Sendiri

    Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat aspek keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:

    i.

    Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja dan aktiviti amali yang dilakukan (Lihat Gambar 1.1 & 1.2). Pakaian

    keselamatan didalam bengkel kimpalan arka tidak sama denganpakaian keselamatan di dalam bengkel mesin larik.

    ii. Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yangpanjang boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat

    ii.

    lain. Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan

    peralatan woksyop ataupun tidak.Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan seperti jam

    tangan, cincin, rantai kerana barang-barang tersebut bolehtersangkut pada mesin dan alat-alat lain.

    Gambar 1.3.1 Pakaian keselamatan

    1.4 Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin

    Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin akan diterangkan pada unit-unit seterusnya walaubagaimanapun secara umumnya kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:

    i) Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang

    sempurna bagi mengelak bahaya elektrik. ii) Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam

    seperti mata pengisar, hujung mata penggarit.

    Gambar 1.4.1 Penghadang Tali Sawat

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 4

    Unit 1-1

    1.5 Kekemasan Tempat Bekerja Atau Woksyop kekemasan dan kebersihan tempat kerja bukan sahaja dapat mencegah daripada kemalangan tetapi juga meningkatkan kecekapan bekerja. Oleh itu perkara berikut hendaklah diambil kira:

    i) Jangan biarkan alatan bersepah diatas lantai. ii) Elakan daripada minyak atau gris tertumpah diatas lantai.

    Lap sehingga tiada kesan licin diatas lantai jika terdapat minyak atau gris diatas lantai woksyop.

    iii) Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas lantai dan disekeliling mesin.

    iv) Ruang woksyop hendaklah mempunyai pengedaran udara yang baik. Mempunyai tanda garis keselamatan kawasan bekerja dan laluan berjalan.

    v) Woksyop hendaklah sentiasa mempunyai laluan serta pintu kecemasan.

    vi) Alatan pencegahan kebakaran juga hendaklah diletakkan ditempatkan yang sesuai, mudah dilihat dan dicapai jika berlaku kebakaran.

    Gambar 1. 5.1 Tergelincir disebabkan lantai yang berminyak

    1.6. Kepentingan Menggunakan Alat Keselamatan Dan Menjaga Kebersihan Woksyop.

    Menggunakan alat keselamatan seperti gogal, cermin keselamatan, pengawal roda pencanai serta menjaga kebersihan woksyop amat penting bagi mengelakan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti berikut:

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 5

    Unit 1-1

    AKTIVITI 1A

    1.1. Terangkan mengapakah keselamatan itu penting dan perlu diambil perhatian yang serius ketika berada di dalam bengkel?

    1.2. Apakah yang dimaksudkan dengan keselamatan diri dan

    keselamatan alat?

    1.3 Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil ketika melangkah masuk ke dalam satu-satu bengkel?

    1.4. Jika anda dapati sesebuah mesin yang hendak digunakan itu

    didapati tidak berfungsi dengan baik , apakah langkah pertama yang perlu di ambil?

    1.5. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya tiba-tiba rakan

    anda mendapat kecederaan ketika menggunakan ssebuah mesin yang berputar?

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 6

    Unit 1-1

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 7

    Unit 1-1

    MAKLUM BALAS 1A

    1.1. Keselamatan adalah satu perkara yang penting dan perlu diambil perhatian yang serius kerana untuk mengelakkan berlakunya kecederaan yang serius dan kerugian yang besar serta mungkin boleh menyebabkan kematian.

    1.2. Keselamatan diri adalah perkara yang berkaitan dengan sesuatu yang boleh menyebabkan kecederaan berlaku keatas diri sendiri manakala keselamatan alat pula adalah sesuatu perkara yang boleh menyebabkan alat atau mesin mengalami kerosakan.

    1.2 Langkah pertama yang perlu diambil ialah mematuhi langkah-langkah

    keselamatan yang diberikan dalam bengkel berkenaan.

    1.4. Jika sesuatu mesin yang hendak digunakan itu didapati tidak berfungsi dengan baik, langkah awal yang perlu diambil ialah berhentikan kerja serta-merta dan laporkan kepada pensyarah atau juruteknik yang bertugas.

    1.5. Sekiranya seorang daripada rakan mengalami kecederaan ketika

    menggunakan mesin yang berputar. Langkah pertama ialah matikan suis mesin berkenaan dan jauhkan rakan anda itu dari mesin berkenaan dan segera laporkan kepada pensyarah bertugas.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 8

    Unit 1-1

    Gogal

    Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting diantaranya: Melindungi mata daripada terkena percikan bunga api ketika kimpalan gas dilakukan.

    Gambar 1.7.1 Pengunaan goggle

    i) Mengelakan daripada kerosakan mata akibat daripada pancaran cahaya yang terang ketika melakukan kimpalan gas.

    ii) Mengelakan daripada terkena tatal tajam ketika operasi mesin larik.

    iii) Menyelamatkan mata daripada kecederaan jika sesuatu alat atau peralatan tajam terpelanting kearah mata.

    1.8 Cermin Keselamatan

    i. Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin

    sebagai alat keselamatan yang berkesan terhadap diri

    ii .Cermin keselamatan pada CNC mesin akan dapat mengelakan diri daripada terkena tatal atau serpihan tajam.

    iii. Cermin keselamatan pada mesin gerudi akan menghindarkan diri daripada terkena percikan tatal bahan kerja yang digerudi.

    iv. Cermin keselamatan pada mesin roda pencanai akan menghadang serpihan bunga api atau bahan kerja yang terpelanting kearah pengguna.

    1.9 Pengawal Roda Pencanai

    Pengawal roda pencanai akan menghalang pengguna daripada kecederaan yang lebih teruk jika roda pencanai

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 9

    Unit 1-1

    pecah. Disamping ini ianya sebagai penghadang roda pencanai ketika ianya sedang berputar dan mengurangkan kawasan bahaya pada roda pencanai.

    1.10.0 Menjaga Kebersihan Woksyop

    Keadaan persekitaran woksyop yang bersih dan kemas akan memberi situasi bekerja yang lebih selesa yang selamat. Sebagai contoh jika lantai woksyop penuh dengan tompokan minyak ianya sudah pastinya mengundang bahaya tergelincir dan sebagainya. Dengan situasi yang bersih alat-alat tajam dan merbahaya dapat dilihat dengan mudah dan ini sudah pastinya dapat mengelakan daripada bahaya.

    1.11.0 Akibat salah penggunaan alat keselamatan

    Pakaian dan alat-alat keselamatan hendaklah digunakan dengan betul dan sesuai dengan keadaan kerja ayang dilakukan. Jika salah menggunakan sarung tangan, kain pengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan memakai pakaian keselamatan yang tidak sempurna akan mengebabkan bahaya kepada diri sendiri atau rakan sekerja.

    1.12.0 Sarung Tangan Keselamatan

    Sarung tangan keselamatan mempunyai berbagai bentuk, saiz dan jenis bahan yang berbeza-beza mengikut penggunaan (Lihat Gambar 1.12.1.). Sebagai contoh sarung tangan keselamatan kimpalan gas diperbuat daripada kain kasar atau kulit tetapi saiznya agak kecil dan nipis. Sementara sarung tangan keselamatan bagi kimpalan arka diperbuat daripada kulit keras dan bersaiz panjang dan besar. Sarung tangan kerja-kerja umum pula diperbuat daripada benang kasar. Oleh itu seseorang yang menggunakan sarung tangan kimpalan gas untuk kerja kimpalan arka kemungkinan besar akan menyebabkan kecederaan. Perkara ini boleh berlaku kerana sarung tangan keselamatan tersebut tidak cukup panjang untuk menahan percikan api dari masuk kedalam pergelangan tangan. Sarung tangan yang tidak sesuai boleh terbakar dengan mudah ketika aktiviti kimpalan gas atau memegang bahan kerja panas ketika di woksyop foundri. Sarung tangan boleh tersangkut pada roda pencanai dan akan meyebabkan

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/

    Unit 1-1

    kemalangan jika mengasah mata alat dengan menggunakan sarung tangan.

    Gambar 1.12.1.

    Sarung tangan kuklit yang digunakan untuk kimpalan arka

    1.13.0 Kain Pengesat

    Kain pengesan sepatutnya digunakan ditempat yang sesuai seperti membersihkan minyak, lap tangan yang basah dan sebagainya. Adakalanya jika menggunakan kain Pengesat ditempat yang tidak sesuai kecederaan atau bahaya akan berlaku. Sebagai contoh menggunakan kain pengesat untuk membersihkan tatal pada mesin larik atau gerudi akan meyebabkan tatal yang tajam tersebut akan tersangkut pada kain pengesat dan boleh melukakan tangan. Mengesat bahan kerja ketika bindu mesin larik atau mesin gerudi sedang berputar boleh mengundang bahaya, kerana kain pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.

    1.14.0 Roda Pencanai Tanpa Pengadang

    Pengadang roda pencanai digunakan untuk mengelakan percikan bunga api yang keluar daripada pelelas mengenai pengguna. Disamping itu ianya digunakan sebagai penghalang jika bahan kerja yang dicanai terpelanting. Jika menggunakan roda pencanai tanpa pengadang ianya adalah sangat berbahaya.

    1.15.0 Pakaian Keselamatan Yang Tidak Sempurna

    Pakaian keselamatan hendaklah dipakai dalam keadaan kemas dan sempurna. Ini bagi memastikan persediaan keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara yang tidak

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Unit 1-1

    KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 10

    diingini berlaku. Jika memakai pakaian keselamatan dalam keadaan tidak sempurna kecederaan boleh berlaku. Sebagai contoh jika kita memakai apron kimpalan arka tanpa mengikat tali pengikat pada pinggang akan menyebabkan tali bersebut tersangkut pada mesin ayang berputar dan sebagainya.

    1.16.1 Perbezaan diantara keselamatan diri alat,mesin,perkakasan memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas.

    Perbezaan diantara keselamatan diri, alat, mesin, perkakasan memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas adalah seperti berikut:

    Diri

    Perkakasan Memesin/ Mesin/Alat Mesin Kimpalan Arka

    PeralatanKimpalan

    Gas 1.

    Bagi menghidari

    daripada Kecederaan fizikal

    Bagi menghidari daripada Kerosakan

    Bagi menghidari

    daripada Kerosakan

    Bagi menghidari daripada

    Letupan atauKebakaran

    2.

    Pakaian hendaklah kemas dan sesuai

    Pastikan dalam keadaan baik

    Pastikan dalam keadaan baik

    Pastikan dalam

    keadaan baik

    3.

    Pakai pakaian Keselamatan

    Pastikan dalam keadaan baik

    Sistem pengudaraan yang baik bagi

    mengelak dari terhidu gas beracun

    Sistem pengudaraan

    yang baik 4.

    Pakaian keselamatan yang dipakai

    hendaklah sesuai dengan jenis kerja

    yang dilakukan

    Tidak Rosak/ Penghadang

    keselamatan ditempat yang betul

    Mempunyai pembumian

    yang sempurna bagi mengelak bahaya

    elektrik

    Periksa peralatan sebelum

    digunakan dan pastikan

    tiada kebocoran

    gas

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Unit 1-1

    KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 11

    AKTIVITI 1B

    1.6 Apakah empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah sebarang kemalangan di dalam woksyop berlaku

    1.7 Apakah tabiat bekerja yang baik untuk keselamatan pelajar?

    1.8 Apakah langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan peralatan mesin?

    1.9 Apakah kegunaan gogal?

    1.10 Apakah kegunaan cermin keselamatan?

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Unit 1-1

    KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 12

    MAKLUM BALAS 1B

    1.6

    1)

    Tabiat bekerja 2) Keselamatan diri sendiri 3) Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin 4) Kekemasan tempat bekerja atau worsyop

    1.7 Tabiat bekerja yang baik untuk menjamin keselamatan ialah: 1) Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian 2) Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri 3) Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas 4) Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja 5) Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali

    1.8 langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan

    peralatan mesin 1) Pastikan mana-mana bahagian mesin yang merbahaya dipasang alat pelindung (Lihat Gambar 1.3). 2) Mesin mestilah mempunyai suis keselamatan. 3) Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik. 4) Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam seperti mata pengisar, hujung mata penggarit.

    1.9 Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting untuk

    keselamatan.

    1.10 Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin sebagai penghadang atau alat keselamatan yang berkesan terhadap pengguna.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Unit 1-1

    KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 13

    PENILAIAN KENDIRI 1

    1.1 Mengapakah keselamatan amat penting di dalam woksyop kejuruteraan am(memesin, Kimpalan, Menggegas dan Foundri)?

    1.2 Apakah tanggungjawab anda sebagai pelajar ketika berada di

    dalam woksyop berkaiatan dengan keselamatan?

    1.2 Nyatakan langkah-langkah mencegah kemalangan am yang bersabit dengan keselamatan diri semasa mengendalikan alat-alat mesin, peralatan, bahan-bahan dan alatan pencegahan kebakaran.

    1.3 Apakah kepentingan menggunakan gogal?

    1.4 Apakah kepentingan menggunakan cermin keselamatan?

    1.5 Apakah kepentingan menggunakan pengawal roda pencanai?

    1.7 Apakah kepentingan menjaga kebersihan woksyop?

    1.8 Apakah bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan sarung

    tangan?

    1.9 Apakah bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan kain pengesat?

    1.10 Apakah bahaya yang akan menimpa jika menggunakan roda

    pencanai tanda penghadang?

    1.11 Apakah bahaya yang akan menimpa jika memakai pakaian tidak sempurna ketika berada didalam woksyop?

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Unit 1-1

    KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 14

    MAKLUM BALAS 1

    1.1 Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa atau pencaindera, kerosakan terhadap alat, mesin akan dapat dihindari.

    1.2 Menjadi tanggungjawab setiap pelajar mengetahui, mempelajari,

    mematuhi peraturan keselamatan dan undang-undang keselamatan woksyop bagi menjaga keselamatan.

    1.2 Langkah keselamatan am bersabit dengan keselamatan diri

    terbahagi kepada dua iaitu:

    i) Tabiat Berkerja

    Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik semasa di dalam woksyop bagi mencegah kemalangan diantaranya:

    i) Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian ii) Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri iii) Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas iv) Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja v) Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali

    ii ) Keselamatan Diri Sendiri

    Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat aspek keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:

    i) Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat

    bekerja dan aktiviti amali yang dilakukan (Lihat Gambar 1.1 & 1.2). Pakaian keselamatan didalam bengkel kimpalan arka tidak sama dengan pakaian keselamatan di dalam bengkel mesin larik.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Unit 1-1

    KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 15

    ii) Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yang panjang boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat lain.

    iii) Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan peralatan woksyop ataupun tidak.

    iv) Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan seperti jam tangan, cincin, rantai kerana barang-barang tersebut boleh tersangkut pada mesin dan alat-alat lain.

    1.3 Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting diantaranya:

    i) Melindungi mata daripada terkena percikan bunga api ketika

    kimpalan gas dilakukan. ii) Mengelakan daripada kerosakan mata akibat daripada

    pancaran cahaya yang terang ketika melakukan kimpalan gas.

    iii) Mengelakan daripada terkena tatal tajam ketika operasi mesin larik.

    iv) Menyelamatkan mata daripada kecederaan jika sesuatu alat atau peralatan tajam terpelanting kearah mata.

    1.5 Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin sebagai alat

    keselamatan yang berkesan terhadap diri diantaranya:

    i) Cermin keselamatan pada CNC mesin akan dapat mengelakan diri daripada terkena tatal atau serpihan tajam.

    ii) Cermin keselamatan pada mesin gerudi akan menghindarkan diri daripada terkena percikan tatal bahan kerja yang digerudi.

    iii) Cermin keselamatan pada mesin roda pencanai akan menghadang serpihan bunga api atau bahan kerja yang terpelanting kearah pengguna.

    1.6 Pengawal roda pencanai akan menghalang pengguna daripada

    kecederaan yang lebih teruk jika roda pencanai pecah. Disamping ini ianya sebagai penghadang roda pencanai ketika ianya sedang berputar dan mengurangkan kawasan bahaya pada roda pencanai.

    1.7 Keadaan persekitaran woksyop yang bersih dan kemas akan

    memberi situasi bekerja yang lebih selesa yang selamat. Sebagai contoh jika lantai woksyop penuh dengan tompokan minyak ianya sudah pastinya mengundang bahaya tergelincir dan sebagainya. Dengan situasi yang bersih alat-alat tajam dan merbahaya dapat dilihat dengan mudah dan ini sudah pastinya dapat mengelakan daripada bahaya.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Unit 1-1

    KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 16

    1.8 Bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan sarung tangan seperti berikut:

    i) Sarung tangan boleh tersangkut pada roda pencanai dan

    akan meyebabkan kemalangan jika mengasah mata alat dengan menggunakan sarung tangan.

    ii) Percikan api boleh masuk kedalam pergelangan tangan jika menggunakan sarung tangan yang tidak sesuai ketika kimpalan gas atau arka dilakukan.

    iii) Tangan boleh melecur jika memegang bahan kerja panas dengan memakai sarung tangan yang tidak sesuai.

    1.9 Jika menggunakan kain Pengesat ditempat yang tidak sesuai

    kecederaan atau bahaya akan berlaku. Sebagai contoh menggunakan kain pengesat untuk membersihkan tatal pada mesin larik atau gerudi akan meyebabkan tatal yang tajam tersebut akan tersangkut pada kain pengesat dan boleh melukakan tangan. Mengesat bahan kerja ketika bindu mesin larik atau mesin gerudi sedang berputar boleh mengundang bahaya, kerana kain pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.

    1.10 Jika menggunakan roda pencanai tanpa penghadang kemungkinan

    percikan bunga api yang keluar daripada pelelas dan bahan kerja yang dicanai terpelanting akan mengenai pancaindera pengguna.

    1.11 Pakaian keselamatan dipakai bagi memastikan persediaan

    keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Jika memakai pakaian keselamatan dalam keadaan tidak sempurna kecederaan boleh berlaku. Sebagai contoh jika kita memakai apron kimpalan arka tanpa mengikat tali pengikat pada pinggang akan menyebabkan tali bersebut tersangkut pada mesin yang berputar dan sebagainya.

    1.9 Akibat salah penggunaan alat keselamatan

    Pakaian dan alat-alat keselamatan hendaklah digunakan dengan betul dan sesuai dengan keadaan kerja ayang dilakukan. Jika salah menggunakan sarung tangan, kain pengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan memakai pakaian keselamatan yang tidak sempurna akan mengebabkan bahaya kepada diri sendiri atau rakan sekerja.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Unit 1-1

    KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 17

    1.3.1 Sarung Tangan Keselamatan

    ii) Sarung tangan keselamatan mempunyai berbagai bentuk, saiz dan jenis bahan yang berbeza-beza mengikut penggunaan. Sebagai contoh sarung tangan keselamatan kimpalan gas diperbuat daripada kain kasar atau kulit tetapi saiznya agak kecil dan nipis. Sementara sarung tangan keselamatan bagi kimpalan arka diperbuat daripada kulit keras dan bersaiz panjang dan besar. Sarung tangan kerja-kerja umum pula diperbuat daripada benang kasar. Oleh itu seseorang yang menggunakan sarung tangan kimpalan gas untuk kerja kimpalan arka kemungkinan besar akan menyebabkan kecederaan. Perkara ini boleh berlaku kerana sarung tangan keselamatan tersebut tidak cukup panjang untuk menahan percikan api dari masuk kedalam pergelangan tangan. Sarung tangan yang tidak sesuai boleh terbakar dengan mudah ketika aktiviti kimpalan gas atau memegang bahan kerja panas ketika di woksyop foundri. Sarung tangan boleh tersangkut pada roda pencanai dan akan meyebabkan kemalangan jika mengasah mata alat dengan menggunakan sarung tangan.

    1.3.2 Kain Pengesat

    Kain pengesan sepatutnya digunakan ditempat yang sesuai seperti membersihkan minyak, lap tangan yang basah dan sebagainya. Adakalanya jika menggunakan kain Pengesat ditempat yang tidak sesuai kecederaan atau bahaya akan berlaku. Sebagai contoh menggunakan kain pengesat untuk membersihkan tatal pada mesin larik atau gerudi akan meyebabkan tatal yang tajam tersebut akan tersangkut pada kain pengesat dan boleh melukakan tangan. Mengesat bahan kerja ketika bindu mesin larik atau mesin gerudi sedang berputar boleh mengundang bahaya, kerana kain pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.

    1.3.3 Roda Pencanai Tanpa Pengadang

    Pengadang roda pencanai digunakan untuk mengelakan percikan bunga api yang keluar daripada pelelas mengenai pengguna. Disamping itu ianya digunakan sebagai penghalang jika bahan kerja yang dicanai terpelanting. Jika menggunakan roda pencanai tanpa pengadang ianya adalah sangat berbahaya.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Unit 1-1

    KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 18

    1.3.4 Pakaian Keselamatan Yang Tidak Sempurna

    Pakaian keselamatan hendaklah dipakai dalam keadaan kemas dan sempurna. Ini bagi memastikan persediaan keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Jika memakai pakaian keselamatan dalam keadaan tidak sempurna kecederaan boleh berlaku. Sebagai contoh jika kita memakai apron kimpalan arka tanpa mengikat tali pengikat pada pinggang akan menyebabkan tali bersebut tersangkut pada mesin ayang berputar dan sebagainya.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Unit 1-1

    KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 19

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 1

    UNIT 2-1

    UNIT 2

    Memahami Kepentingan menggunakan alat-alat tangan dalam kerja mengegas.

    Di akhir unit ini anda dapat :

    Menanda/menyusun tanda(marking out/layout).

    Menyatakan penakrifan menyusun tanda.

    Menyatakan langkah langkah menyusun tanda termasuk penyediaan bahan kerja.

    Menerangkan kebaikan mengunakan pelbagai

    alat/cecair menanda.

    Menerangkan kegunaan alat-alat menyusun tanda saperti penggarit, penebuk pusat , tolok pembahagi, plat permukaan dan sebagainya

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 2

    UNIT 2-2

    Menerangkan cara-cara menggunakan alat-alat menyusun tanda untuk mendapakan kepersegian tepat dan keratan, menggarit bulatan dan garisan lengkuk, garisan tengah dan mencari pusat sebatang bongkah bulat.

    Menamakan jenis-jenis alat menguji Menggunaakan alat-alat menguji saperti sesiku

    L dan bar selari Melakar dan menamakan bahagianbahagian

    gergaji besi. Menyatakan tujuan menggunakan gergaji besi,

    lejang pemotong, hulu gergaji besi dan cara menggunakan gergaji besi.

    Menyatakan jenis bahan gergaji besi, istilah G.S.I. (t.p.i.), jarak gigi dan kuak mata bilah gergaji besi.

    Menerangkan cara-cara mengantikan bilah mata gergaji.

    Menyatakan sebab-sebab mata gergaji patah Menyatakan langkah-langkah keselamatan dan

    mencegah kemalangan semasa menggergaji. Melakar dan menamakan bahagian-bahagian

    kikir Mendifinasi istilah potongan(cut) gred mata

    tepian selamat Menerangkan berbagai jenis dan bentuk kikir

    serta kegunaannya. Menyatakan lejang memotong,cara memegang

    kikir, cara mengikir,mengikir lintang dan mengikir tarik serta kebaikannya.

    Menyatakan istilah pinning(celah mata gergaji tersumbat)dan keburukan menggunakan kikir berpinning. Juga cara mengelak pinningpada kikir

    Menyatakan langkah-langkah kesselamatan semasa mengikir

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 3

    UNIT 2-3

    INPUT

    ALAT-ALAT TANGAN

    2.O PENGENALAN:

    Dalam kerja mengegas pelajar mestilah faham dan mahir mengunakan

    peralatan tangan untuk menghasikan kerja yang bermutu dan ukuran

    yang tepat

    2.1 MENANDA DAN MENYUSUN TANDA

    Dalam memilih alat-alat menanda dan mengukur ditentukan kepada

    ketepatan yang di kehendaki. Sekiranya ukuran-ukuran dalam lukisan

    tidak di beri dalam titik perpuluhan maka bolihlah dianggap bahawa

    penandaan tidak memerlukan alat yang gitu.

    2.2 TAKRIFAN MENYUSUN TANDA

    Dalam bidang kejuruteraan, istilah menanda bermaksud membuat

    tanda di atas permukaan logam yang akan dimesin atau digegas ini

    termasuklah menanda garisan, bulatan lengkok, jarak dan juga pusat.

    Tanda yang dibuat digunakan sebagai panduan hendak memesin atau

    mengegas. Dengan menanda kita kita dapat mengetahui berapa banyak

    kerja yang perlu dibuang atau dipotong. Butir-butir dan spesifikasi

    tandaan biasanya didapati dan dipindakan daipada lukisan atau cetakan

    biru keatas permukaan bendakerja dengan menggunakan berbagai alat

    mengukur atau menguji.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 4

    UNIT 2-4

    2.2 LANGKAH MENYUSUN TANDA DAN PEYEDIAN BAHAN KERJA Dalam menjalankan kerja menyusun tanda dan penyedian bahan

    kerja, alat pengukur dan penanda hendaklah di guanakan dengan

    betul :

    2.3.1 . PENGGARIT:

    i. Mata penggarit mestilah di

    condongkan berhampiran dengan

    tepi pembaris (Raj.2.1a dan2.1b)

    ii. Penggarit mestilah dicondongkan

    mengikut arah garisan saperti yang

    di tunjukan oleh anak panah dalam

    rajah yang sama.

    iii. Gariskan dengan teguh bagi

    mendapatkan garisan yang jelas

    2.3.2 Jenis-jenis penebuk pusat

    i. Penebuk pusat biasa (Raj.2.2)

    ii. Penebuk pusat automatik (Raj.2.3)

    Raj.2.2. (Penebuk Pusat Biasa)

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 5

    UNIT 2-5

    Raj.2.4(Penebuk Pusat Automatik)

    2.3.3 PENEBUK PUSAT.

    Membuat tanda tekan(cucuk) yang halus pada garisan

    tandaan(raj.2.4)supaya tandaan tidak hilang walau pun garisan yang

    dibuat itu terpadam. Penebuk pusat juga digunakan sebagai

    penanda lubang pusat gerudi. Apabila hendak membuat lubang.

    pusat yang di tandakan perlu di ketuk perlahan lahan terlebih

    dahulu, apabila telah pasti kedudukan nya tepat bolihlah diketuk

    lebih kuat supaya lubang nya lebih dalam. Lihat ( Raj 2.4a)

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 6

    UNIT 2-6

    Raj. 2.4a

    2.3.4 PENEBUK CEMAT

    Penebuk cemat berbeza daripada penebuk

    cucuk atau penebuk pusat dari segi bentuk

    hujungnya, iaitu ada yang berbentuk tirus

    dan ada yang berbentuk selari lurus.(Raj.2.5)

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 7

    UNIT 2-7

    Rajah 2.5 Perbezaan antara penebuk cemat dan penebuk cucuk

    2. 3.5. SESIKU L

    Sesiku L merupakan satu tolok yang digunakan untuk memasang

    dan mengukur sudut 90 darjah sama ada di dalam atau di luar.

    Bahagian badan sesiku lebih tebal dan pendek daripada bahagian

    mata.

    Penggunaan sesiku L

    i. Menguji ketepatan sudut tepat

    iaitu 90 darjah pada sebelah luar atau dalam (Raj.2.6)

    ii.Membuat garisan tegak dan selari

    pada tepi benda kerja yang rata (Raj.27)

    iii Mengeset benda kerja supaya tegak untuk kerja melulas

    ataupun untuk mengulir benang sekeru. (Raj.2.8)

    Rajah 2.6. Mengukur ketepatan Sudut.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 8

    UNIT 2-8

    Rajah 2.8. Meneset benda kerja supaya tegak

    2.3.6 JANGKA TOLOK

    Jangka tolok mempunyai dua batang penggarit keluli yang di

    keraskan. Hujung matanya tajam dan pada pangkalnya pula

    terdapat pegas yang disangga dengan tuas untuk membolihkan

    ianya dilaraskan dengan mudah

    Kegunaan Jangka tolok

    i. membuat lengkok dan bulatan

    ii. mengukur dan menguji jarak

    Jenis-jenis tolok

    i. Jangka tolok bercantum pegas

    Jangka tolok ini lazim digunakan (Raj.2.9)

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 9

    UNIT 2-9

    2.3.6 . JANGKA TOLOK SUKU BULAT Jangka tolok ini lebih tegap.

    Digunakan untuk kerja-kerja

    kepingan logam (Raj.2.10)

    Rajah 2.10 Jangka tolok suku bulat

    2.3.8 JANGKA TOLOK BERGABUNG

    Bentuk nya hampir sama dengan jangka tolok kecuali pada bahagian

    hujung kakinya terdapat cuk kecil yang membolehkan ianya

    dipasangkan dengan berbagai-bagai bentuk mata yang betujuan

    untuk mempelbagaikan lagi pengunaannya (Raj.2.11)

    Batu asah halus digunakan untuk menajamkan mata yang sudah

    tumpul (Raj. 2.12)

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 10

    UNIT 2-10

    Raj.2.11 (Jangka tolok Bergagung)

    Raj. 2.12( Menajamkan mata jangka tolok)

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 11

    UNIT 2-11

    2.3.9. JANGKARIT

    Terdiri dari satu batang lurus dan panjang. Dua kepala penggarit

    yang boleh digerakanpada batang rusuk memegang matanya. Salah

    satu daripada kepala dilengkapkan dengan nat halus supaya mudah

    dianjakan (Raj.2.13)

    Raj.2.13 Jangkarit

    Kegunaan Jangkarit

    i. Menanda bulatan atau lengkok yang besar (Raj. 2.13)

    ii. Membahagi garisan dan menanda garisan selari.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 12

    UNIT 2-12

    2.3.10. SESIKU BERGABUNG

    Sesiku bergabung merupakan kombinasi empat alat yang

    dipasangkan pada pembaris (Raj. 2.15)

    i. Pembaris keluli

    ii. Kepala sesiku

    iii. Kepala jangka sudut

    iv. Kepala Pusat

    Rajah 2..15 Seaiku Bergabung

    2.3.11. PLAT SUDUT

    Plat sudut berbentuk L diperbuat daripada besi tuangan atau keluli

    yang dikeraskan (Raj 2.16) Saiznya 75mm-300mm panjang.

    Kegunaannya

    Untuk menyokong benda kerja supaya kedudukannya kukuh

    Semasa menanda. Benda kerja biasanya diikat atau diapit pada

    Plat sudut ini (Raj. 2.17)

    (Raj.2.18)menunjukan bagaimana plat sudut digunakan pada piring

    pelarik.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 13

    UNIT 2-13

    Rajah2.16 Plat sudut

    Raj. 218. Plat sudut digunakan Raj.217. Plat sudut digunakan

    di piring larek. Memegang benda kerja.

    2.3.12. TOLOK PERMUKAAN

    Tolok permukaan digunakan bersama-sama dengan plat permukaan

    untuk menandakan garisan. Iaterdiri daripada tiga bahagian

    (Raj.2.19)

    a. Tapak

    b. Turus

    c. Penggarit

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 14

    UNIT 2-14

    Rajah 2.9 Tolok Permukaan

    Kegunaan Tolok permukaan

    i. Menanda garisn selari di atas plat permukaan atau meja

    penanda(Raj.2.20)

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 15

    UNIT 2-15

    i.Rajah 2.20 Membuat garisan selari

    ii. Rajah 2.22 Menguji kesejajaran atau penjajaran.

    iii. Rajah 2.23.M enguji atau melaras benda kerja bulat

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 16

    UNIT 2-16

    Rajah 2.23 Mencari pusat bulatan dihujung bendakerja

    2.3.14. SESIKU SERONG

    Dibuat daripada keluli berkarbon semua permukaan serta tepinya

    dicanai.,matanya boleh dikilas

    Kegunaan sesiku serong

    Untuk menanda garisan bersudut dan menguji ketepatan tepi serong

    (Rajah 2.24)

    Rajah 2.24. Sesiku Serong

    2.3.14. TOLOK JEJARI DAN TOLOK KEMBI

    Terdiri daripada kepingan keluli yangmempunyai jejari dan terdapat

    dalam berbagai-bagai saiz. Kepingan-kepingan tolok ini terdapat

    dalam berbagai bagai saiz (Gambar Foto 2.1)

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 17

    UNIT 2-17

    Gambar foto 2.1. Tolok Jejari dan tolok Kembi

    Raj.2.25 menunjukan permukaan melengkong di uji dengan tolok

    jejari

    2.3.15. TOLOK PERENGGANG

    Merupakan bilah-bilah keluli nipis yang di-jambak dalam

    rumah(Raj.2.26)

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 18

    UNIT 2-18

    Kegunaan Tolok Perenggang

    i. mengambil ukuran yang kecil pada lurah

    ii. Untuk menetukan gegas dalam pemasangan komponen-

    komponen mesin

    iii. Di-dalam bengkel auto, ia digunakan untuk menentukan telusan

    pada injap dan pada palam pencucuh

    iv. Untuk menetukan ruang kecil diantara mata peraut dengan

    bendakerja

    2. 3.17 BONGKAH VEE

    Diperbuat dari besi tuangan atau keluli yang di keraskan. Terdiri dari

    dua jenis: (Raj. 2.28)

    i. Bongkah Vee kecil

    ii . Bongkah Vee Besar

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 19

    UNIT 2-19

    Rajah 2.28 . Bongkah Vee

    Kegunaan Bongkah Vee dan Pengapit. Untuk memegang dan meyokong serta menanda benda kerja bulat

    semasa menanda atau meggerudi (Raj.2.27, Raj.2.28 dan

    Rajah 2.27. da 2.28 Kegunaan bongkah Vee

    dengan pengapit

    2.3.18. PENGAPIT ALAT TUKANG

    Terdiri dari dua penganpitn yang di pegang duasekeru

    pelaras.Kegunaannya sama dengan pengapit.(Raj.2.30)

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 20

    UNIT 2-20

    Rajah 2.30. . Pengapit Alat Tukang

    2.3.19 BILAH SELARI Untuk menyokong dan melapek benda kerja supaya rata kedudukan-

    nya di- atas meja atau mesin.(Raj. 2.31)

    Rajah 2.31. Bilah selari

    2.3.20 MEDIA PENANDA

    Ia-lah bahan yang disapukan diatas permukaan benda kerja sama

    ada kasar atau pun licin yang telah di tandakan

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 21

    UNIT 2-21

    Kegunaan dan jenis Media Penanda.

    i. Kapor tulis - sesuai untuk di gosokkan di atas permukaan benda

    kerja yang kasar

    ii Larutan kuprik sulfik - merupakan media terbaik, ia menghasilkan

    satu lapisan berwarna kuning tembaga dan larutan ini tidak

    menjadikan permukaan logam berkarat

    iv. Plumbum putih dan turpentine

    v Kapur cair dicampur dengan air - Sprit bermetil bolih

    mempercepatkan larutan ini menjadi kering

    vi Warana-warna penanda - Bolih di dapati dengan mudah di kedai,

    digunakan dengan cara di sapu atau di sembur

    vii. Varnish - sesuai disapukan ddi atas permukaan logam kilat atau

    di mesin. Varnish boleh kering dengan cepat

    2.3.21 MEJA PENANDA

    Meja penanda (Raj.2.32) diperbuat daripada besi tuang saiznya

    antara 300mm x 1m hingga 6mmx1m.Permukaan nya dicanai rata.

    Kegunaannya

    i. Untuk menguji keselarian dan jajaran komponen yang telah

    dimesin.

    ii. Untuk menanda bendakerja yang besar seperti kelongsong engkol.

    Meja mesin, turus dan barangan fabrikasi yang lain

    Rajah 2.32 Meja penanda

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 22

    UNIT 2-22

    2.3.22 PLAT PERMUKAAN

    Plat ini diperbuat dari besi tuang , granik atau seramik

    Yang bermutu tinggi

    Kegunaan nya untuk kerja-kerja penandaan yang gitu . Bahagian bawah plat permukaan adalah bertulang untuk mengelakan daripada

    meleding (Raj.2.33a & 2.33b)

    Rajah 2.33a dan Rajah 2.3b. Plat permukaan

    2.3.23 JANGKA SUDUT VERNIAR (Raj.2.34)

    Kegunaannya:

    i. Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan bolih di baca

    sehingga kepada 5 darjah atau

    ii Untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 23

    UNIT 2-23

    Rajah 2.34. Jangka sudt Veniar

    2.3.24. TOLOK DAIL

    Tolok dail mempunyai senggatan-senggatan tentukuran(calibration)

    untuk menujukkan jumlah ralat bagi sesuatu saiz atau penjajat yang

    di uji. Tolok dail terdapat dalam ukuran metric dan Imperial . Bacaan

    boleh di buat dalam dua arah.

    Kegunaan tolok dail

    i. Menguji penjajaran sesuatu komponen dengan tepat

    ii. Menempatkan benda kerja yang hendak dimesin dengan tepat

    iii. Menguji dengan pantas benda-kerja yang berukuran serba sama

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 24

    UNIT 2-24

    Gunanya untuk mengukur sudut dengan tepat dan untuk menanda dan mengukur sudut

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 25

    UNIT 2-25

    AKTIVITI 2A

    2.1 Nyatakan takrifan menyusun tanda.

    2.2 Lukiskan gambarajah Sesiku bergabung dan namakan bahagian- bahagiannya.

    2.3

    Alat Menyusun tanda/menguji Kegunaan

    1. Sesiku L

    .i.

    ii.

    2. Jangka tolok

    i.

    ii..

    3. Tolok Perenggang

    i.

    ii.

    2.4 Namakan 2 (Dua) jenis media penanda.

    2.5 Apakah jenis tolok yang biasa di gunakan dalam kerja kepingan logam.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 26

    UNIT 2-26

    MAKLUMBALAS 2A

    2.1 Menyusun tanda bermaksud membuat tanda di atas permukaan

    logam yang akan dimesin atau digegas ini termasuklah menanda

    garisan, bulatan. lengkok, jarak dan juga pusat .

    2.2

    Alat menyusun

    tanda/menguji Kegunaan

    1. Sesiku L i. Menguji ketepatan sudut iaitu 90 darjah

    pada sebelah luar atau dalam

    ii. Membuat garisan tegak dan selari pada

    tepi bendakerja yang rata 2) Jangka tolok i. Membuat lengkong atau bulatan

    ii. Mengukur dan menguji jarak 3) Tolok Perenggang i. Mengambil ukuran yang kecil pada lurah

    ii. Untuk menentukan ruang mata peraut

    dengan benda kerja

    2.3 i. Kapor tulis :

    ii. Larutan Kuprik Asid

    2.4 Tolok Suku bulat

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 27

    UNIT 2-27

    INPUT

    2.4.0 GERGAJI BESI

    Apakah kegunaan Gergaji Besi?

    Gunanya untuk memotong logam.

    Rajah. 2.4.0 Bahagian-bahagian Gergaji Besi

    i. Bingkai

    ii. Hulu

    iii. Nat pelaras

    iv. Mata

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 28

    UNIT 2-28

    2.4.1 Bingkai.

    Terdapat 2 jenis

    i. Bingkai tetap

    ii. Bingkai boleh laras

    2.4.2 Hulu

    Terdapat dua jenis

    i. Hulu pistol

    ii Hulu lurus

    2.4.3 Nat pelaras

    Nat pelaras membolehkan mata gergaji boleh ditegangkan

    2.4.4 Mata gergaji

    Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi,keluli tahan lasak, keluli

    aloy tungsten dan keluli aloi molidenum. Pemiliham mata gergaji

    tertakluk kepada jenis bahan yang hendak di potong dan ketebalan

    logam. G.S.I.ialah bilangan mata gergaji dalam seinci.Mata gergaji

    terkuak kiri dan kanan bertujuan supaya mata gergaji tidak tersepit

    semasa kerja memotong dijalankan.Rajah dibawah menunjukan jenis

    kuak mata gergaji(Raj. 2.3.1, 2.3.2 dan 2.3.4)

    Rajah 2.3.1, .2.3.2 dan 2.3.4. Kuak mata Gergaji

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 29

    UNIT 2-29

    Bahan yang

    hendak

    dipotong

    Jarak gigi

    (mm)

    Lebar

    gigi(mm)

    Tebal gigi(mm)

    Keluli lembut 1.8 13-16 0.63-0.80

    Besi tuang 1.4 13 0.63

    Tembaga paip 1.2 13 0.63

    Kepingan

    logam

    0.8 13 0.63

    Jadual 2.3.1. Kesesuaian dan jarak gigi(mata)gergaji untuk memotong

    bahan-bahan tertentu

    2.4.5 Pengunaan Gergaji

    Perkara yang berikut perlu diberi perhatian semasa memotong

    logam dengan menggunakan gergaji besi.

    i. Pasangkan mata gergaji dengan betul. Arah mata gergaji

    mestilah menghadap ke arah pemotongan (Raj. 2.4.1)

    ii. Pegang logam yang hendak dipotong dengan betul (Raj. 2.4.2)

    iii. Mula-mula potong dengan perlahan-lahan( Raj.2.4.3) Gunakan

    ibu jari sebagai panduan dan mulakan untuk memotong, apabila

    sudah kelihatan tanda, lakukan sorongan yang panjang dan tetap.

    Kelajuan memotong untuk gergaji lebih kurang 40 sorongan seminit.

    iv. Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang

    tergantung dengan sebelah tangan.

    v. Semasa memotong, tekan dan tolak pada bingkai. Apabila

    berundur, angkat gergaji sedikit tetapi jangan ditarik ini akan

    menumpulkan mata gergaji.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 30

    UNIT 2-30

    2.4.6. Penjagaan gergaji

    i. Pilih mata gergaji yang sesuai untuk logan yang tertentu ii.logam yang hendak dipotong hendak lah di pegang dengan kuat. iii.Gunakan mata boleh lentur pada bahagian-bahagian yang rumit iv. Kelajuan memotong mestilah sesuai. Kelajuan pemotongan yang salah boleh menyebabkan gergaji patah. v. Semasa mengergaji tekanan pada benda kerja mestilah sesuai dengan bahan yang dipotong. Mata gergaji boleh patah jika tekanan terlalu kuat digunakan semasa memotong. vi. Semasa memasang mata gergaji tegangkan mata gergaji dengan betul, jangan terlalu tegang atau terlalu kendur, tegangan yang salah boleh juga menyebabkan mata gergaji patah.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 31

    UNIT 2-31

    AKTIVITI 2B

    2.5 Nyatakan Kegunaan gergaji besi.

    2.6 Lukiskan gambarajah gegaji besi da namakan bahagian-bahabian nyai.

    2.7 Nyatakan dua jenis bingkai gergaji besi

    2.8 Isikan tempat kosong dengan maklumat yang betul

    Bahan yang

    dipotong

    Jarak gigi(mm) Lebar gigi (mm) Tebal gigi (mm)

    Keluli lembut 13-16

    Besi tuangan 0.63

    Tembaga

    paip

    1.2

    Kepimgam

    logam

    0.8 0.63

    2.9 Nyatakan 2 (Dua) sebab mengapa mata gergaji boleh patah

    2.10 Nyatakan 3 (Tiga) jenis kuak mata gergaji.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 32

    UNIT 2-32

    MAKLUMBALAS 2B

    2.5 Nyatakan Kegunaan gergaji besi.

    Gergaji besi di gunakan untuk memotong logam kepada saiz

    tertentu dan juga memotong bahagian bahagin logam yang nipis

    2.6 Lukiskan gambarajah gergaji besi dan namakan bahagian-

    bahabian nya.

    2.7 Nyatakan dua jenis bingkai gergaji besi i. Bingkai tetap

    ii.Bingkai boleh laras

    2.8 Isikan tempat kosong dengan maklumat yang betul

    2.9

    Bahan

    yang

    dipotong

    Jarak gigi(mm) Lebar gigi

    (mm)

    Tebal gigi

    (mm)

    Keluli

    lembut

    1.8 13-16 0.63-0.80

    Besi

    tuangan

    1.4 13 0.63

    Tembaga

    paip

    1.2 13 0.63

    Kepingam

    logam

    0.8 13 0.63

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 33

    UNIT 2-33

    2.10 Nyatakan 2 (Dua) sebab mengapa mata gergaji boleh patah i.Kelajuan memotong yang salah

    ii.Benda kerja yang dipotong tidak di ikat dengan kuat

    2.11 Nyatakan 3 (Tiga) jenis kuak mata gergaji.

    i.Kuak pencakar ii. Kuak berombak iii. Kuak berselang

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 34

    UNIT 2-34

    INPUT

    2.5.0 KIKIR DAN KERJA MENGIKIR

    2.5.1. Pengkelasan Kikir

    Kikir berbeza dari segi panjang. Bentuk, jenis potongan gigi dan

    kasar atau halus matanya

    Panjang kikir - diukur dari hujung hingga ke bahunya(Raj.2.4.1)

    Bentuk kikir - Kikir yang biasa digunakan berbentuk

    segiempat sama, segitiga tirus, separuh bulat dan bulat.

    2.5.2 Bahagian-bahagian kikir Rajah 2.4.1

    Bahagian-bahagian kikir Rajah 2.4.1

    2.5.2 Jenis potongan gigi (Raj.2.4.2)

    i. Gigi selari http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 35

    UNIT 2-35

    ii. Gigi bersilang

    iii.Gigi lengkong

    iv.Gigi Parut

    i. Kasar atau halusnya gigi bergantung pada berapa rapat gigi

    tersebut dipotong pada permukaan kikir. Gred kehalusan gigi kikir

    boleh dikelaskan paling kasar, kasar, sederhana halus dan sangat

    halus.

    Gred

    Panjang Kikir(mm)

    2.5.3. Jenis-kikir kikir

    Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dengan

    permukaan yang licin pemilihan kikir mestilah dibuat dengan cermat..

    Kikir yang biasa digunakan didalam bengkel kejuruteraan:

    i. Kikr pipih tirus viii. Kikir bentuk pisau

    ii. Kikir pipih kasar

    iii. Kikir belah rotan

    iv. Kikir bulat

    v. Kikir segiempat sama

    vi. Kikir segitiga

    vii. Kikir pipih nipis

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 36

    UNIT 2-36

    2.5.4. Kikir pipih tirus (Raj. 2.4.2)

    Kegunaan nya untuk kerja am. Giginya terdiri dari kasar,

    serderhana, halus dan sangat halus. Pada satu permukaan kikir,

    giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus dikedua-dua

    tepi kikir Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan

    satu pertiga panjangnya ke hujung berbentuk tirus

    Rajah 2.4.2. Kikir pipih tirus

    2.5.5. Kikir pipih kasar (Raj. 2.4.3)

    Digunakan untuk penyudahan rata.Salah satu daripada tepinya tidak

    ada gigi dan di sebut sebagai tepi selamat Tepi selamat digunakan semasa mengikir penjuru dalam. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar

    hingga tersangat halus

    Rajah 2.4.3. Kikir pipih Kasar

    2.5.6. Kikir belah rotan (Raj. 2.4.4.)

    Digunakan untuk meyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap..

    Gigi pada permukaan rata bentuk silang wajik dan gigi pada

    permukaan melengkong berbentuk silang. Gred gigi kikir ini terdiri

    dari kasar, halus dan sangat halus

    Rajah 2.4.4. Kikir belah rotan

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 37

    UNIT 2-37

    2.5.7 Kikir bulat (Raj. 2.4.5.)

    kikir ini juga disebut kikir ekor tikus digunakan untuk membesarkan

    lubang yang berbentuk bulat dan melengkong. Gred gigi kikir ini

    terdiri dari kasar hingga sangat halus

    Rajah 2.4.5. Kikir Bulat

    2.5.8. Kikir Segiempatsama (Raj. 2.4.6.)

    Digunakan untuk membesarkan lubang segiempatsama secara

    kasar. Kikir ini boleh mengikir lurah atau alur. Gred gigi kikir ini

    terdiri dari kasar dan sangat halus

    Rajah 2.4.6. Kikir Segiempat sama

    2.5.9 Kikir segitiga (Raj. 2.4.6.)

    Kikir ini digunakan untuk mengikir segitiga yang tajam. Ianya

    digunakan juga untuk membersihkan penpenjuru yang bersudut.

    Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingg sangat halus

    Rajah 2.4.6. Kikir segitiga

    2.5.10 Kikir Pipih Nipis (Raj. 2.4.7.)

    Digunakan untuk mengikir di celah-celah yang nipis saperti untuk

    memotong celah alur kunci. Tirus dihujung, tebalnya sama pada

    keseluruhan panjangnya. Kikir ini terdapat pada panjang yang terhad

    iaitu 100mm, 150mm dan 200mm.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 38

    UNIT 2-38

    Rajah 2.4.7. Kikir Pipih nipis

    2.5.11 .Kikir bentuk pisau (Raj. 2.4.8)

    Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang

    terdapat mata gergaji dan alat-alat pemotong. Bentuknya sama

    saperti pisau dengan bersudut 15 darjah. Grednya pula terdiri

    daripada kasar hingga sangat halus

    Rajah 2.4.8. Kikir bentuk pisau

    2.5.12 Kikir Jarum ( Gambar foto 2.4.1)

    Kikir ini terdapat dalam satu set. Satu set biasanya mengandungi

    antara 4 hingga 12 jenis kikir. Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-

    kerja penyudahan selepas sesautu benda kerja siap dimesin. Ianya

    juga digunakan oleh tukang pembuat jam dan tukan pembuat

    acuanGrednya dikelaskan daripada 00., 0, 1, 2 hingga 6. Gred no.6

    ialah yang paling halus. Saiznya iaitu 100mm, 140mm dan 160mm

    Gambar foto 2.4.1 Kikir Jarum

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 39

    UNIT 2-39

    Gaya mengikir

    M engikir memerlukan kemahiran yang tinggi. Seseorang jurugegas

    bukan sahaja boleh mengikir dengan tepat tetapi boleh membuat

    pemasangan benda kerja dengan menggunakan alat tangan. Semasa

    mengikir , perkara berikut perlu diambil perhatian:

    i. Gaya mengikir yang betul adalah penting semasa mengikir.

    Semasa berdiri kaki mestilah renggang. Kaki kiri kehadapandan kaki

    kanan terletak lebih kurang 45 cm hingga 50cm kebelakang (Gambar

    foto 2.6.1)

    ii. Tinggi bendakerja mestilah sesuai supaya kerja mengikir dapat

    dilakukan dengan berkesan.

    iii. Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dari gerakkan tangan dan badan saperti dalam (gambar foto 2.4.1). Tekanan dikenakan keatas kikir semasa kikir itu disorong kehadapan. semasa kikir ditarik kebelakang tekanan tidak diperlukan. Gigi kikir dibentuk hanya untuk memotong kehadapan sahaja. Jika tekanan dikenakan semasa kikir ditarik kebelakang, mata kikir akan jadi tumpul.

    v. Gaya mengikir juga boleh disesuaikan mengikut kedudukan benda kerja serta jenis benda kerja . Gambar foto 2.4.1 adalah menunjukan cara dan gaya memegang kikir.

    Gambar foto 2.4.1. Cara dan gaya memegang kikir

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 40

    UNIT 2-40

    Rajah kaedah-kedah mengikir

    2.6.1 Mengikir Rata (Raj. 2.6.1) Semasa mengikir permukaan yang dikikir hendaklah sentiasa dilitupi kikir. Dengan cara ini bendakerja dapat dikikir dengan rata Rajah 2.6.1. Mengikir rata

    Rajah 2.6.1. Mengikir rata

    2.6.2 Mengikir Melintang ( Raj. 2.6.2) Mengikir melintang dilakukan sekali sekala untuk menentukan permukaan yang dikikir itu rata atau tidak.

    Rajah 2.6.2. Mengikir melintang

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 41

    UNIT 2-41

    2.6.3 Mengikir tarik (Raj. 2.6.3)

    Cara ini digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya

    kelihatan licin dan cantik. Cara ini juga digunakan untuk mengikir

    logam yang nipis. Semasa mengikir tekanan pada kedua-dua tangan

    hendaklah sama dan stabil.

    Rajah 2.6.3. Mengikir Tarik

    2.6.4 Mengikir penjuru bulat (2.6.3)

    Penjuru bulat boleh dikikir berpadukan langkah-langkah yang

    ditujukkan dalam rajah 2.6.3. Mula-mula kikir kasar melintang dan

    kemudian kikir bahagian pepenjuru yang bulat pula

    Rajah 2.6.3. Mengikir penjuru bulat

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 42

    UNIT 2-42

    2.6.5. Mengikir permukaan melengkong (Raj.2.6.4)

    Permukaan yang melenkong boleh dikikir dengan kikir separoh bulat

    Rajah 2.6.4 Mengikir permukaan melengkong

    2.7.0 Langkah Keselamatan /penjagaan kikir

    i. Sebelum mengikir pastikan hulu kikir dipasang dengan hulu yang

    sesuai

    ii. Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi

    yang melekat dicelah mata kikir boleh merosakan mata kikir dan

    bendakerja jika dibiarkan tanpa dibersihkan

    iii. Selepas mengunakkan kikir, kikir hendaklah dibersihkan dan

    diletakkan dirak yang khas setiap satu di simpan berasingan

    iv. Jangan gunakan kikir selain mengikir

    v. Gunakan kikir yang bersesuai dengan bahan yang hendak dikikir.

    Kikir yang lebih halus digunakan untuk bahan yang lebih keras

    vi. Elakkan kikir dari terkena air atau minyak . Jika terkena air ia

    mudah berkarat dan jika terkena minyak ia akan mudah tergelinjir

    semasa mengikir

    vii. Gunakan berus kikir untuk membersihkan kikir

    viii. Gunakan kikir yang kasar terlebih dahulu dan siapkan dengan

    kikir yang halus

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 43

    UNIT 2-43

    2.7.1 Pinning bermaksud gigi kikir yang tersumbat oleh habuk besi jika tidak dibersihkan, bukan saja kelancaran mengikir tergangu tetapi

    akan mencalarkan permukaan logam yang dikikir.Untuk mengelakan

    gigi kikir tersumbat, sapukan kapor pada kikir itu atau turpentine

    tetapi kaedah ini tidak sesuai apabila hendak mengikir besi tuangan

    atau loyang kerana gigi kikir tidak boleh mengigit bahan kerja itu

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 44

    UNIT 2-44

    AKTIVITI 2C

    2.12 Nyatakan 5 jenis kikir

    2.13 Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagiannya

    2.13 Lukis dan namakan(4) jenis mata kikir

    2.15 Apakah kegunaan kikir pipih kasar

    2.16 Apakah yang dimaksudkan dengan mengikir tarek.

    2.17. Isikan ruangan yang kosong

    Cara dan gaya mengikir Kerja yang dijalankan

    1. Mengikir berat

    2.

    2. untuk mengikir kerja-kerja dengan jitu

    3. Mengikir rata

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 45

    UNIT 2-45

    MAKLUM BALAS 2C

    2.12 Nyatakan 5 jenis kikir

    i. Kikir pipih kasar ii. Kikirsegiempat sama iii. kikirSegitiga iv.kikir

    bulat v. kikir bentuk pisau

    2.13 Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagiannya

    2.14. Lukis dan namakan(4) jenis mata kikir

    Kikir Bulat

    Kikir Segitiga

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 46

    UNIT 2-46

    Kikir mata

    Kikir Segiempat

    2.15 Apakah kegunaan kikir pipih kasar

    Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata

    2.16 Apakah yang dimaksudkan dengan mengikir tarek.

    Mengikir tarek ialah mengikir untuk kerja penyudaahan untuk

    mendapatkan permukaan yang licin

    2.17. Isikan ruangan yang kosong

    Cara dan gaya mengikir Kerja yang dijalankan

    1. Mengikir berat 1.Untuk membuang logam yang

    banyak daripada benda kerja

    2.Mengikir Jitu 2. Untuk mengikir kerja-kerja dengan jitu

    4. Mengikir rata 3Untuk mengikir rata

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 47

    UNIT 2-47

    PENILAIAN KENDIRI

    UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

    1. Nyatakan 2 (DUA) Jenis media penada yang di gunakan dalam bengkel

    kejuruteraan.

    2 . Apakah alat yang digunakan untuk membuat bulatan yang besar

    3 . Padankan jenis alat didalam jadual ini dengan kegunaannya.

    Jenis Alat Kegunaan

    1) Tolok Jejari i. Mengambil ukuran yang kecil pada lurah

    ii.Untuk menentukan Gegas dalam

    pemasangan mesin 2) Sesiku Serong Digunakan untuk menguji permukaan

    melengkong 3)Tolok Perenggang Untuk menguji ketepatan tepi serong dan

    garisan bersudut.

    4. Dengan bantuan gambarajah terangkan secara ringkas apakah alat-alat

    dibawah dan kegunaannya :

    i. Tolok permukaan

    ii. Plat sudut

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 48

    UNIT 2-48

    5. Apakah perbezaan antara penebuk pusat dan penebuk cemat

    6. Terangkan 2 kegunaan sesiku L

    7. Lukiskan gambarajah jangka sudut Vanier namakan bahagiannya

    8. Namakan 3 bahagian tolok bergabung

    9. Apakah kelebihan hulu gergaji jenis pistol jika dibandingkan dengan hulu

    gergaji berbentuk lurus

    10. Lakar dan namakan tiga jenis bentuk dan kuak mata gergaji

    11. Terangkan 3 perkara yang perlu diingat semasa mengunakan gergaji besi

    12. Berikan 3 sebab mata gergaji patah.

    13. Bagaimanakah kikir dikelaskan

    14. Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagiannya

    15. Sebutkan empat jenis gigi kikir

    16. Apakah jenis kikir yang sesuai untuk mengasah mata gergaji

    17. Dengan bantuan gambarajah terangakan cara untuk megikir penjuru bulat

    18. Apakah kikir yang sesuai digunakan untuk mengikir permukaan yang

    melengkong

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 49

    UNIT 2-49

    19. Apakah yang dimaksudkan dengan pinning

    20. Sebutkan lima langkah penjagaan kikir

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 50

    UNIT 2-50

    MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

    1. Nyatakan 2 (DUA) Jenis media penada yang di gunakan dalam bengkel

    kejuruteraan.

    i. Plumbum puteh dan turpentine

    ii. Kapor tulis

    2. Apakah alat yang digunakan untuk membuat bulatan yang besar

    Jangkarit

    3. Padankan jenis alat di dalam jadual ini dengan kegunaannya.

    Jenis Alat Kegunaan

    1) Tolok Jejari i. Mengambil ukuran yang kecil pada lurah

    ii.Untuk menetukan Gegas dalam

    pemasangan mesin 2) Sesiku Serong Digunakan untuk menguji permukaan

    melengkong 3)Tolok Perenggang Untuk menuji ketepata tepi serong dan

    garisan bersudut.

    4. Dengan bantuan gambarajah terangkan alat-alat dibawah dan

    kegunaannya :

    Plat permukaan

    Plat sudut

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 51

    UNIT 2-51

    i. Plat permukaan sebuah meja yang digunakan dalam kerja-kerja

    pengukuran

    ii.Plat sudut ialah satu alat berbentuk L yang digunakan untuk

    menyokong bendakerja dalam kerja-kerja pengukuran/menanda.

    5. Apakah perbezaan antara penebuk pusat dan penebuk cemat

    Penebuk pusat ialah satu alat yang digunakan untuk membuat

    tanda sementara penebuk cemat untuk mengeluarkan cemat dan

    menaggalkan ribet

    6. Terangkan 2 kegunaan sesiku L

    i. Menguji ketepatan sudut

    ii. Melaras benda kerja supaya tegak

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 52

    UNIT 2-52

    7. Lukiskan gambarajah Jangka sudut venier dan namakan bahagiannya

    8. Namakan 3 bahagian tolok bergabung

    i. Tapak.

    ii. Turus

    iii. Penggarit

    9. Apakah kelebihan hulu gergaji jenis pistol jika dibandingkan dengan

    hulu gergaji berbentuk lurus.

    Hulu gergaji besi jenis pistol lebih kuat jika dibandingkan dengan

    hulu jenis lurus

    10. Lakar dan namakan tiga jenis bentuk dan kuak mata gergaji

    11. Terangkan 3 perkara yang perlu diingat semasa mengunakan gergaji besi

    i.Ikat mata gergaji dengan ketegangan yang sesuai

    ii. Logam yang hendak digergaji hendaklah diikat dengan kuat

    iii. Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang tergantung

    sebelah tangan

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 53

    UNIT 2-53

    12. Berikan 3 sebab mata gergaji patah.

    i. Mata gergaji diikat terlalu kuat

    ii.Pemilihan mata gergaji yang salah

    iii.Mengenakan tekanan yang kuat semasa memotong

    13. Bagaimanakah kikir dikelaskan

    Pengkelasan kikir dibuat dengan menentukan panjang, bentuk, jenis

    potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi.

    14. Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagian nya

    15. Sebutkan empat jenis gigi kikir

    16. Apakah jenis kikir yang sesuai untuk mengasah mata gergaji

    Kikir yang sesuai untuk mengasah mata gergaji ialah kikir bentuk

    pisau

    17. Dengan bantuan gambarajah terangakan cara untuk megikir penjuru bulat

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 54

    UNIT 2-54

    18. Apakah kikir yang sesuai digunakan untuk mengikir permukaan yang

    Melengkung.

    Kikir yang digunakan untuk mengikir permukaan melengkong

    ialah kikir separuh bulat

    19. Apakah yang dimaksudkan dengan pinning

    Pinning ialah gigi kikir yang tersumbat disebabkan oleh

    habuk besi

    20. Sebutkan lima langkah penjagaan kikir

    i.Gunakan kikir yang kasar dahulu dan habiskan dengan kikir

    yang halus

    ii. Buangkan semua serpihan logan yang terlekat pada

    permukaan kikir dengan menggunakan berus kikir

    iii. Elakkan kikir dari terjatuh kerana ini akan merosakkan gigi

    kikir

    iv. Jangan gunakan kikir sebagai pengumpel untuk membuka

    tin atau digunakkan sebagai pengetuk

    v. Bersihkan kikir sebelum dan selepas menggunakannya

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SKRU J1003/3/ 1

    Mengetahui danMemahami perkara-perkara mengenai tukul, pahat dan pengulir skru

    Di akhir unit ini anda dapat:

    # menerangkan jenis-jenis tukul dan kegunaannya

    # melakarkan dan menamakan bahagian bahagian tukul bulat

    # mentakrifkan langkah keselamatan semasa menggunakan tukul

    # menamakan dan dapat membezakan jenis- jenis sudut mata pahat

    # membezakan jenis-jenis pahat dan kegunaannya

    # mengenal pengulir luar dan dalam

    # menghuraikan terminologi ulir skru

    # mengira saiz gerudi untuk mengulir skru

    # melakar dan melebelkan berbagai bagai jenis pengulir luar

    # menerangkan langkah keselamatan semasa menggunakan pengulir skru

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SKRU J1003/3/ 2

    INPUT

    3.0 TUKUL

    Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel

    kejuruteraan . Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul

    besi dan tukul Lembut

    3.1 TUKUL BESI

    Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan

    bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah

    sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher

    dibiarkan lembut . Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted

    gum. Berat tukul besi ialah antara .25 kg. hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja

    am, tukul seberat 0.5kg hingga 1 kg. digunakan. Tukul yang ringan d gunakan

    untuk kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera

    selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.

    3.2 JENIS-JENIS TUKUL BESI

    i. Tukul bongkol bulat

    ii. Tukul bongkul lurus

    iii.Tukul bongkol tirus

    3.2.1 Tukul bongkol bulat

    Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata

    digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul

    kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk

    meribet.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SKRU J1003/3/ 3

    3.2.2 Tukul bongkol lurus.

    Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk

    menukul bahagian bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala

    bulat.

    3.2.3 Tukul bongkol tirus.

    Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan

    tukul bongkol lurus. Kecuali sudut penggunaan nya berbedza. Tukul ini

    digunakan jika tukul kepala lurus tidak bolih digunakan.

    3.3 TUKUL LEMBUT

    Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya

    permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada

    tiga jenis. Iaitu:

    i. Tukul bongkol kulit

    ii. Tukul bongkol plastik

    iii.Tukul bongkol gangsa

    3.3.1 Tukul bongkol Kulit

    Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia

    tidak akan meninggalkan kesan pada bendakerja. .

    3.3.2 Tukul bongkol plastik pada logam yang biasa digunakan dalam

    bengkel. Tetapi apabila ia digunakan pada logan yang lebih lembut,

    hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.

    3.3.3 Tukul bongkol gangsa

    Apabila tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis

    tukul diatas. Hentakan yang kuat bolih dilakukan tetapi haruslah berhati-hati

    terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa

    kerja kerja pemasangan.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SKRU J1003/3/ 4

    3.4 Langkah keselamatan semasa menggunakan tukul

    i. Pastikan bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul.

    ii. Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak

    iii. Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang

    kelancaran untuk menukul.

    iv. Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul.

    v. Gunakan ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga

    sendiri.

    Jika anda tidak faham sila bertanya pensyarah anda

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SKRU J1003/3/ 5

    AKTIVITI 3A

    3.1 Pada amnya tukul bolih dibahagikan kepada berapa jenis. Namakan dua jenis tukul .

    3.2 Lukiskan gambarajah tukul bongkol lurus

    3.3 Isikan Tempat kosong

    Bil. Jenis Tukul Kegunaan nya

    1. Tukul Bongkol tirus

    2 Tukul jenis ini digunakan untuk menukul

    bahagian-bahagian yang tidak bolih dilakukan

    Oleh tukul kepala bulat

    3 Tukul bongkol kulit

    4 Tukul bongkol gangsa

    5 Tukul jenis ini digunakan untuk pada logam

    yang biasa digunakan dalam bengkel.Tetapi

    bila digunakan pada logam yang lebih lembut

    hendaklah berhati supaya tidak meninggalkan

    kesan

    3.4. Apakah perlu dilakukan ke atas kepala tukul supaya ianya boleh tahan

    hentaman dan tahan lama?

    3.5. Nyatakan 3 langkah keselamatan semasa mengunakan tukul

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SKRU J1003/3/ 6

    MAKLUM BALAS 3A

    3.1 Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada berapa jenis .

    Tukul dibahagikan kepada dua jenis

    i. Tukul Besi

    ii. Tukul Lembut

    3.2 Lukiskan gambarajah tukul bongkol lurus

    3.3 Isikan Tempat kosong

    Bil. Jenis Tukul Kegunaannya

    1. Tukul Bongkol tirus

    2 Tukul jenis ini digunakan untuk menukul

    bahagian-bahagian yang tidak bolih dilakukan

    Oleh tukul kepala bulat

    3 Tukul bongkol kulit

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SKRU J1003/3/ 7

    4 Tukul bongkol gangsa

    5 Tukul jenis ini digunakan untuk pada logam

    yang biasa digunakan dalam bengkel.Tetapi

    bila digunakan pada logam yang lebih lembut

    hendaklah berhati supaya tidak meninggalkan

    kesan

    3.4 Apakah perlu dilakukan ke atas kepala tukul supaya ianya boleh tahan

    hentaman dan tahan lama?

    Kepala tukul perlulah dikeraskan dengan cara ianya dibaja dengan baik

    supaya tidak mudah pecah atau sumbing dan tahan lama.

    3.5 Nyatakan 3 langkah keselamatan semasa mengunakan tukul.

    Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan tukul

    diantaranya ialah:

    i. Pastikan tangkai tukul melekat kuat dengan kepala tukul.

    ii. Kepala tukul hendaklah dalam keadaan yang baik yakni tidak

    sumbing atau sompek.

    iii. Pastikan jenis tukul yang hendak digunakan bersesuaian dengan

    bendakerja yang hendak ditukul.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SKRU J1003/3/ 8

    3.5 PAHAT

    Pahat ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu sebagaimana kikir

    pahat juga merupakan alat tangan yang di perbuat dari keluli bermutu tinggi

    yang dikeraskan dan di baja. Pahat adalah alat tangan yang digunakan untuk

    memotong, menatal atau membuang logam. Pahat mestilah digunakan

    dengan tukul biasa atau tukul peumatik.

    3.5.1. Sudut mata pahat : Apabila hendak memahat sesuatu bahan bahan

    sudut-sudut yang berikut perlu diberi perhatian supaya kerja tersebut dapaat

    dilakukan dengan berkesan. Sudutpahat dipegang antara 35% hingga 40%.

    Jika keluar daripada lingkungan tersebut pemotongan yang tidak sempurna.

    Sudut pemotongan mata pahat bergantung kepada kekerasan bahan yang

    hendak dipotong.

    LOGAM SUDUT

    Keluli 70%

    Besi tuanganI 60%

    Keluli serderhana 60%-70%

    Loyang 45%-60%

    Tembaga 45%

    Aluminium 30% 3.4.1 Jadual sudut mata pahat

    3.6. Bahagian-Bahagian Pahat.

    Mata pahat

    Batang pahat

    Kepala pahat

    Sudut mata pemotong

    Rajah: 3.44 : Nama Bahagian Pahat.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SKRU J1003/3/ 9

    3.7 Jenis-jenis pahat

    Terdapat empat jenis pahat yang biasa digunakan didalam bengkel

    kejuruteraan iaitu:

    3. . Pahat mata rata

    . ii. Pahat mata bulat

    iii Pahat mata bentuk intan

    . iv. Pahat mata lintang

    3.7.1. Pahat mata rata

    Pahat ini biasa nya digunakan untuk kerja-kerja am Saiz pahat yang sesuai

    untuk kerja-kerja am iaitu 25mm lebar dan 200mm panjang sudut mata pahat

    ini di canai mengikut kekerasan bahan yang hendak dipotong.

    3.7.2. Pahat mata melintang

    Pahat ini digunakan untuk memotong celah yang tidak dapat dipotong

    dengan pahat rata, memotong alur-alur pada permukaan yang lebar,

    memotong alur kunci pada shaft dan takal. Pahat ini berukuran lebih kurang

    200mm panjang dan 6-12mm lebar.

    3.7.3. Pahat mata bulat

    Pahat ini digunakan untuk memotong alur-alur minyak, membetulkan

    penjuru bulat pada lubang yang dalam.

    3.7.4. Pahat mata bentuk intan

    Pahat ini digunakan untuk membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak

    pusatnya semasa hendak mengerudi, memotong penjuru yang tajam. Pahat

    mata bentuk intan ini bolih digunakan untuk memotong kepingan logam.

    http://modul2poli.blogspot.com/

  • TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SKRU J1003/3/ 10

    3.7.5. Pahat berkepala cendawan

    Kepala pahat akan menjadi bercendawan jika ia digunakan selalu. Ini amat

    merbahaya kerana serpihan dari kepala bercendawan boleh terkena angota

    badan kita. Oleh itu jika terdapat kepala pahat berbentuk cendawan ianya

    hendaklah dicanai kebentuk asal.

    Bahagian belakang pahat yang telah berbentuk seperti cendawan akibat hentaman tukul besi.

    Batang pahat

    Raj.3.45 Pahat berkepala cendawan

    3.8. Gaya memahat.

    Gaya memahat amatlah penting . Pahat hendaklah dipegang dibahagian

    kepala dan tukul pula hendaklah di pegang dihujung batangnya. Fokuskan

    mata pada garisan pemotong supaya dapat memahat dengan tepat

    3.9. Langkah keselamatan semasa memahat.

    i. Jangan mengunakan pahat berkepala cendawan kerana serpihan

    nya mungkin akan melayang dan mengenai mata

    ii. Jangan memegang pahat dengan tangan yang berminyak.

    Bersihkan tangan daripada minyak sebelum meme