unit2 blog

Upload: ibrahima

Post on 30-May-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 UNIT2 Blog

    1/11

  • 8/14/2019 UNIT2 Blog

    2/11

    TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/2

    Manakala yang kedua melibatkan dari hasil yang dikeluarkan oleh alat itu.

    Misalnya tiada ayunan di keluaran penjana isyarat, tiada suara dari speaker

    radio, tiada gambar dari layar TV. Inilah yang kita panggilsimpton.

    Dari sini, barulah kita tentukan bahagian mana dalam litar itu yang dijangkatidak berfungsi. Kita tidak akan membuang masa jika jangkaan kita tepat. Kita

    hanya boleh membayangkan litar dan fungsinya jika kita tahu bahagian yang

    rosak, tetapi litar yang sebenar belum pasti. Oleh itu kita memerlukan litar

    skematik. Dari litar skematik kita boleh menumpukan perhatian kepada

    komponen yang dijangka rosak.

    2.1 TEKNIK MENGESAN DAN MENGANALISA KEROSAKAN

    Cara mengesan alat elektronik biasanya berpandukan pada kegunaan alat

    tersebut. Sebelum mencari kerosakan kita harus mengetahui fungsi asas

    sesuatu alat yang akan dirawat. Dari sini, kita akan dapat menganalisa apakahkerosakan atau simpton. Setiap teknik yang dilakukan ada hubungan antara

    satu sama lain atau sebagai pilihan lain agar tidak membuang masa.

    Teknik-teknik mengesan bolehlah kita susunkan seperti berikut:-

    i. Mengesan simpton

    ii. Teknik surihan dan suntikan isyarat

    iii. Mengukur voltan

    iv. Mengukur kerintangan kerintangan atau sambungan dalam litar

    v. Mengesan dengan cara fizikal

    2.1.1 Simpton

    Setiap alat yang rosak tentunya ada simpton yang boleh memberikan panduan

    kepada kita menentukan kerosakan bahagian, penyambungan atau komponen.

    Di sini seorang perawat harus mempunyai pengetahuan tentang operasi dan

    fungsi sesuatu alat. Contohnya bagi seorang pengguna, kerosakan alat terima

    radio hanya dapat dikesan jika bunyi tidak normal, atau tiada bunyi langsung.

    Bagi seorang mekanik apabila alat itu tiada bunyi, dia boleh mengagak di

    bahagian mana yang rosak. Di bawah adalah satu contoh rajah menunjukkan

    simpton yang diperolehi dan fungsi sesebuah alat.

    Alat Simpton dari fungsi

    1 TV Warna Gambar warna dan suara

    2 Radio Suara stereo

    3 Osiloskop Paparan

    4 Penjana Audio Keluaran isyarat audio

    2.1.2 Teknik Surihan dan Suntikan Isyarat

    Contoh

  • 8/14/2019 UNIT2 Blog

    3/11

    TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/3

    Setiap simpton kerosakan yang diketahui oleh sesuatu alat, kita boleh

    membuat perangkaian di bahagian mana yang rosak. Sebagai contohnya alat

    terima radio yang tiada suara atau bunyi tidak kedengaran di speaker tetapi

    penunjuk bekalan ada. Kita boleh mengagak bahagian mana yang rosak atau

    tempat di mana kita perlu periksa dahulu. Disini kita boleh katakan bahawaspeaker atau penguat kuasa atau kawalan tone atau kawalan bahan (volume

    control).

    Jika litar skematik tidak ada, pilihan lain adalah dengan menyurih litar di

    bahagian tersebut. Litar skematik adalah sangat penting untuk menunjukkan

    nombor komponen dan sambungannya. Ini akan mempercepatkan proses

    surihan litar atau mengesan kerosakan pada komponen.

    Setelah kita tahu bahagian mana dan jenis kerosakan litar, kita harus

    memikirkan apakah teknik yang harus kita lakukan. Mekanik yang

    berpengalaman biasanya menggunakan teknik ringkas iaitu meneliti litar

    skematik dan terus kepada simpton.

    2.1.2.1 Surihan litar tercetak

    Sebelum kita membincangkan tentang teknik mencari kerosakan, kita

    seharusnya boleh membuat surihan papan litar tercetak. Ini adalah penting

    kerana walaupun kita mempunyai litar skematik, kerja-kerja mencari

    komponen adalah berasaskan surihan litar.

    Beberapa peraturan harus ditentukan sebelum surihan litar dibuat:-

    i. Tentukan punca masukan dan keluaran

    ii. Tentukan punca bekalan dan bumi

    iii. Tentukan nombor komponen

    Surihan boleh dimulakan dari titik masukan. Jika sukar ditemui kerana lebih

    dari satu masukan, kita boleh memulakan dari bahagian keluaran. Contohnya

    pada litar di bawah

    Rajah 2.2: Litar pesungan pugak sebuah TV

  • 8/14/2019 UNIT2 Blog

    4/11

    TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/4

    Rajah 2.3: Litar pesongan pugak sebuah TV (sambungan)

    Kita boleh mencari wayar yang disambung ke gelung pesongan di yoke TV

    sebagai rujukan keluaran, kemudian sureh ke dalam sehingga bertemu dengan

    litar penguat.

    Jika litar mudah seperti penguat audio, pra-penguat, litar tone dan sebagainya,

    surihan keseluruhan perlu. Oleh itu surihan dari punca bekalan kuasa juga

    boleh dilakukan. Contohnya litar penguat suapbalik pada rajah 2.4 di bawah :

    Rajah 2.4: Penguat suapbalik pada PCB

  • 8/14/2019 UNIT2 Blog

    5/11

    TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/5

    Rajah 2.5: Litar penguat suapbalik

    Nombor komponen pada papan litar tercetak, juga boleh menunjukkan

    bahagian mana tempat permulaan litar, contohnya C1 danR1 adalah komponen

    yang mula-mula dalam litar. Jika nombor besar, angka yang mula

    menunjukkan bahagian yang sama. Contohnya C447 dan C440. Nombor yang

    mempunyai nombor siri 4 adalah dari bahagian yang sama misalnya nombor

    siri 400 adalah bahagian pugak dalam litar TV.

    2.1.2.2 Suntikan Isyarat

    Rajah 2.6: Blok penguat audio dalam TV

    Apabila kita pastikan bahagian penguat kuasa keluaran rosak , kita tidak perlu

    lagi membuat semakan di kawasan penerima RF dan IF. Teruskan dengan

    menyemak kawasan penguat audio.

    Untuk lebih dekat kepada tempat (bahagian) yang rosak, teknik surihan /suntikan isyarat adalah cara yang tepat. Setengah mekanik menggunakan jari

  • 8/14/2019 UNIT2 Blog

    6/11

    TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/6

    atau pengalir sebagai penjana gelombang dan disuntik di bahagian yang

    dijangka rosak. Cara ini kurang baik kerana isyarat mempunyai hingar dan

    susah menentukan keluaran tanpa erutan

    Untuk melakukan teknik surihan dan suntikan kita harus menyediakan alat-alat penguji seperti osiloskop, penjana audio dan bekalan kuasa arus terus (a.t)

    boleh ubah.

    Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan teknik surihan

    1. Tentukan bahagian-bahagian dalam kawasan penguat seperti dalam rajah

    di bawah

    2. Tentukan bekalan voltan pada nilai yang betul dan bekalkan kepada litar.

    Perhatikan arus bekalan tidak menunjukkan arus lampau.

    3. Tentukan keluaran penjana pada aras yang sesuai dan frekuensi 1kHz atau

    400 Hz

    Kemudian kita boleh mulakan dengan menyemak di bahagian keluaran iaitu

    bermula dari speaker (jika ada) atau gunakan skop sebagai alat pengesan

    keluaran

    Rajah 2.7 : Rajah blok alat pengesan keluaran

    1. Semak kefungsian speaker boleh dibuta dengan menggunakan meter

    ohm atau penjana isyarat

    Rajah 2.8 : Gambarajah menguji pembesar suara (speaker)

    2. Jika speaker berfungsi baik, suntikan boleh dimulakan denganmemasukkan penguat kuasa (keluaran pemacu)

  • 8/14/2019 UNIT2 Blog

    7/11

    TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/7

    Rajah 2.9: Litar Penguat Tolak Tarik

    3. Jika normal, alihkan prob penjana audio ke masukan pemacu iaitu sebelum

    atau selepas C3. Perhatikan keluaran

    4. Jika isyarat normal, kita boleh terus menyemak pada masukan litar tone.

    Litar ini terdiri daripada litar penapis. Keluaran mungkin ada sedikit

    susutan jika pelaras tone diubah. Jika litar ini rosak keluaran menjadi

    rendah atau tone tidak boleh dilaras.

    Rajah 2.10: Litar Pra Penguat

    5. Jika litar ini normal. Suntikan isyarat ke masukan pra penguat boleh terus

    dilakukan. Untuk mendapat keluaran tanpa erutan, level keluaran penjana

    harus diturunkan kerana jika litar ini normal, isyarat keluaran jadi

    maksimum. Titik uji boleh dikenakan selepas itu sebelum pemuat C5.

    Perhatian perlu diambil bila menyelaras kawalan bahan kerana ia akan

    memberi kesan kepada isyarat suntikan. Kerja-kerja surihan isyarat ini

    sebenarnya cepat dan tidak perlu mengambil masa yang lama kerana jika

    kita telah mengetahui atau kenalpasti kawasan-kawasan penguat yang

    perlu diuji dalam litar cetak. Kita teruskan suntikan berulang kali adalahlebih baik dan kita boleh membandingkan isyarat serta menganalisa.

  • 8/14/2019 UNIT2 Blog

    8/11

    TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/8

    Langkah-langkah ini boleh kita ringkaskan melalui carta aliran seperti di

    rajah 2.11 di bawah

    Rajah 2.11: Rajah blok bagi carta mengesan kerosakan

    2.1.3 Teknik Ukuran Voltan

    Teknik mengukur voltan dibuat sesudah kita mengetahui bahagian kerosakan.

    Voltan yang mula-mula sekali yang perlu diketahui ialah bekalan ke bahagian

    tersebut. Contohnya seperti dalam litar rajah 10, bekalan +12V seharusnya ada di

    sambungan R1 dan R3. Jika rendah atau tiada , ini bermakna bekalan tidak normal

    Jika voltan bekalan normal, langkah-langkah seterusnya bersekitar pada

    komponen aktif iaitu transistor Q1.

    O.K

    Tidak normal

    Tiada keluaran

    Tidak normal

    Tiada normal

    Speaker

    Penguat kuasa

    keluaran

    Pemacu

    Litar Tone

    Pra penguat

    Uji Voltan

    Baikpulih

    Uji Kerintangan

    Dalam Litar

    Baik

    Mula

    O.K

    O.K

    O.K

    Tiada bunyi

  • 8/14/2019 UNIT2 Blog

    9/11

    TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/9

    Rajah 2.12: contoh litar penguat

    Untuk menganalisa voltan yang diukur, kita harus tahu voltan normal (tanpa

    kerosakan ) litar tersebut. Sebagai contoh, litar di atas , voltan normal di

    Pemungut C (Vc) = 5.5V

    Tapak B ( VB) = 2.5V

    Pengeluar E (VE) = 1.7V

    Di sini kita boleh menganalisa kerosakan sekitar komponen sekitar dan jenis

    kerosakan .Sila lihat contoh di bawah:

    Contoh 1

    Jika voltan C = 0.1V, komponen mana dan apakah jenis kerosakannya?

    Jawapan : R3 terbuka (tiada bekalan sampai ke pemungut)

    Contoh 2

    Jika voltan C = 11.8V, apakah kerosakan yang berlaku?Jawapan :

    i. R1 terbuka atau

    ii. CE Q1 terbuka atauiii. R4 terbuka

    Contoh 3

    Jika voltan B 0.1V

    Jawapan :

    i. BE Q1 pintas atauii. R1 terbuka

    Contoh 4

    Jika voltan E = 0V

    Jawapan :i. C2 pintas atau

    ii. E Q1 terbuka

    Bagi bahagian litar sepadu sukatan voltan sangat penting jika bahagian ini

    dijangka rosak kerana dalam litar sepadu tidak semestinya pintas atau terbuka.

    Sebelum mengesaki kerosakan litar sepadu, jika voltan pada kakinya didapati tidaknormal, kita harus menyemak komponen-komponen pasif disekitarnya.

  • 8/14/2019 UNIT2 Blog

    10/11

    TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/10

    2.1.4 Mengukur Kerintangan dalam litar

    Cara ini dibuat untuk komponen yang boleh ditentukan kerintangannya seperti

    rintangan, diod, transistor dan sebagainya. Beberapa ketentuan harus diperhatikanapabila membuat pengukuran kerintangan dalam litar.

    2.1.4.1 Rintangan

    Apabila mengukur nilai rintangan dalam litar tentukan tiada rintangan rendah,

    aruhan dan pengubah dalam sambungan yang berkaitan. Untuk menentukan rintangan

    terbuka, pastikan nilainya yang tercatit bermakna rintangan itu terbuka atau berubah

    nilai tinggi. Ukuran sekurang-kurangnya dibuat dua kali iaitu dengan menukar-nukar

    polarity.

    2.1.4.2 Diod

    Seperti juga rintangan ketentuan komponen berintangan rendah harus diperhatikan,

    kemudian ukur pincang depan dan balikan. Sekiranya didapati bacaan seperti diod

    biasa (di luar litar), maka diod itu boleh dianggap berkeadaan baik.

    2.1.4.3 Transistor

    Ukuran kerintangan transistor dibuat seperti mengukur di luar litar. Kita harus

    menentukan jenis transistor sama ada NPN atau PNP, tiada komponen rintangan

    bersambung di antara kaki. Jika pengukuran didapati normal bermakna transistor

    berkeadaan baik.

    Dalam transistor kuasa , masukan di tapak disuap oleh pengubah pacu, seperti

    keluaran ufuk (TV), litar bekalan kuasa jenis pensuisan (switching power supply).

    Dari rajah 11, jika mengukur kerintangan TR501 kita dapati rintangan antara tapak

    dan pengeluar adalah rintangan rendah. Ketentuan boleh dibuat dengan hanya

    mengukur kerintangan antara pemungut dan tapak sahaja.

    Rajah 2.13: Litar keluaran ufuk

  • 8/14/2019 UNIT2 Blog

    11/11

    TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/11

    2.1.5 Teknik mengesan cara fizikal

    Mengesan cara fizikal melibatkan beberapa jenis deria yang kita gunakan, di

    antaranya ialah deria pandang/lihat , dengar, hidu, dan rasa/sentuh.

    a. Pandang

    Apabila kawasan atau bahagian yang disyaki telah rosak diketahui, sebelum

    membuat ujian-ujian lain, kita kesan dengan memerhatikan komponen atau papan

    litar tercetak sekitar bahagian sama ada baik atau terbakar, longgar, patah dan

    sebagainya. Contohnya : fius yang terputus boleh dilihat secara fizikal semasa

    sesuatu alat dihidupkan, kita juga boleh memerhatikan jika ada kesan berasap,

    sparkling atau terbakar.

    b. Dengar dan Hidu

    Kadang-kadang komponen yang terbakar atau sparkling tidak dapat dilihat

    dengan mata kasar, tetapi ia kedengaran atau terbau. Contohnya pengubah voltantinggi sering ada sparkling jika penebatnya retak tetapi tidak boleh kelihatan

    hanya terdengar bunyi hiss atau pengubah yang terlampau panas hanya

    mengeluarkan bau hangit.

    c. Rasa

    Ini bukan bermakna kita harus kita harus merasakan gegaran atau operasi

    komponen, kita boleh mengesan dengan rasa komponen yang lampau panas tetapi

    pengesanan dibuat harus mengambil kira keselamatan. Misalnya komponen yang

    hampir kepada voltan tinggi, voltan bekalan a.u, pemuat nilai besar bercas dan

    sebagainya. Selain dari pandang, kita juga boleh menggunakan deria rasa untuk

    mengetahui sama ada komponen yang terpatah, longgar pateri, tercabut, terputus

    dan sebagainya.