unit tabung darah uum 2

2
Unit Tabung Darah UUM dilengkapi dengan 4 buah katil dan boleh ditambah bilangannya pada bila-bila masa jika diperlukan. Purata pungutan darah bulanan adalah di antara 200 hingga 300 unit manakala purata kegunaan darah biasanya melebihi dari pungutan. Kategori penderma darah yang kerap datang menderma darah adalah terdiri dari golongan mahasiswa/i, pensyarah dan orang awam. Unit Tabung Darah UUM bertanggungjawab mencari sumber bekalan darah, membuat promosi kepada mahasiswa/i dan orang awam serta mengadakan kempen derma darah. Unit Tabung Darah UUM akan bergerak dari satu destinasi ke destinasi mengikut jadual yang telah diprogramkan dengan kerjasama badan-badan sukarela. Kempen derma darah diadakan setiap minggu di Perkarangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Ini bertujuan untuk memastikan stok darah sentiasa mencukupi untuk dibekalkan kepada Hospital Tuanku Fauziah dan Hospital Sultanah Bahiyah. Masa operasi perkhidmatan derma darah adalah seperti berikut: Ahad-Rabu: 9.00 pagi - 5.00 petang Khamis: 9.00 pagi - 3.00 petang Selain daripada pendermaan darah utuh (whole blood), penderma darah secara tetap adalah digalakkan untuk menjadi penderma aferesis. Proses aferesis ini hanya dijalankan di Unit Tabung Darah di mana prosedurnya mengambil masa lebih kurang satu jam demi mendapatkan plasma dan platelet. Pihak kami amat bersyukur kerana terdapat banyak penderma yang aktif melibatkan diri dalam kempen derma darah demi membantu Unit Tabung Darah Universiti Utara Malaysia untuk memastikan stok darah sentiasa mencukupi. Ribuan terima kasih, pihak kami ingin berikan kepada mereka. Kami berharap aktiviti program derma darah akan diteruskan, juga menarik minat lebih banyak mahasiswa/ pertubuhan/ persatuan dalam menganjurkan program derma darah terutamanya semasa pihak kami mengalami kekurangan stok darah. 2 UNIT TABUNG DARAH UUM UNIV ERSIT I UT ARA MALAY SIA (UUM) Unit Tabung Darah, Universiti Utara Malaysia adalah badan bukan kerajaan yang bergerak secara bebas. Unit Tabung Darah UUM adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab merancang dan memperkembangkan perkhidmatan trasfusi darah di dalam Universiti Utara Malaysia. Unit Tabung Darah UUM juga bertanggungjawab mengumpul, memproses dan membekalkan darah untuk kegunaan pesakit di hospital-hospital yang terletak di wilayah Utara Semenanjung Malaysia terutamanya Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. UNIT TABUNG DARAH

Upload: orn-phatthayaphan

Post on 09-Jul-2016

236 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Unit Tabung Darah UUM 2

TRANSCRIPT

Page 1: Unit Tabung Darah UUM 2

Unit Tabung Darah UUM dilengkapi dengan 4 buah katil dan boleh ditambah bilangannya pada bila-bila masa jika diperlukan. Purata pungutan darah bulanan adalah di antara 200 hingga 300 unit manakala purata kegunaan darah biasanya melebihi dari pungutan. Kategori penderma darah yang kerap datang menderma darah adalah terdiri dari golongan mahasiswa/i, pensyarah dan orang awam.

Unit Tabung Darah UUM bertanggungjawab mencari sumber bekalan darah, membuat promosi kepada mahasiswa/i dan orang awam serta mengadakan kempen derma darah. Unit Tabung Darah UUM akan bergerak dari satu destinasi ke destinasi mengikut jadual yang telah

diprogramkan dengan kerjasama badan-badan sukarela. Kempen derma darah diadakan setiap minggu di Perkarangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Ini bertujuan untuk memastikan stok darah sentiasa mencukupi untuk dibekalkan kepada Hospital Tuanku Fauziah dan Hospital Sultanah Bahiyah.

Masa operasi perkhidmatan derma darah adalah seperti berikut:       

Ahad-Rabu: 9.00 pagi - 5.00 petang

Khamis: 9.00 pagi - 3.00 petang

Selain daripada pendermaan darah utuh (whole blood), penderma darah secara tetap adalah digalakkan untuk menjadi penderma aferesis. Proses aferesis ini hanya dijalankan di Unit Tabung

Darah di mana prosedurnya mengambil masa lebih kurang satu jam demi mendapatkan plasma dan platelet.

Pihak kami amat bersyukur kerana terdapat banyak penderma yang aktif melibatkan diri dalam kempen derma darah demi membantu Unit Tabung Darah Universiti Utara Malaysia untuk memastikan stok darah sentiasa mencukupi. Ribuan terima kasih, pihak kami ingin berikan kepada mereka. Kami berharap aktiviti program derma darah akan diteruskan, juga menarik minat lebih banyak mahasiswa/ pertubuhan/ persatuan dalam menganjurkan program derma darah terutamanya semasa pihak kami mengalami kekurangan stok darah.

2 UNIT TABUNG DARAH UUM

UNIV ERSIT I UT ARA MALAY SIA (UUM)

Unit Tabung Darah, Universiti Utara Malaysia adalah badan bukan kerajaan yang bergerak secara

bebas. Unit Tabung Darah UUM adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab merancang dan

memperkembangkan perkhidmatan trasfusi darah di dalam Universiti Utara Malaysia. Unit Tabung

Darah UUM juga bertanggungjawab mengumpul, memproses dan membekalkan darah untuk

kegunaan pesakit di hospital-hospital yang terletak di wilayah Utara Semenanjung Malaysia

terutamanya Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

U N I T T A B U N G D A R A H

Page 2: Unit Tabung Darah UUM 2

Setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa. Darah mungkin diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau merawat pesakit leukimia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemofilia. Sumbangan anda boleh menyelamatkan nyawa.

Ya, anda layak menderma darah jika anda berumur antara 18 hingga 60 tahun dan mempunyai berat badan 45kg atau lebih. Mereka yang berumur 17 tahun boleh menderma darah dengan mendapat kebenaran daripada ibubapa.

Ya, setelah anda diperakui oleh pegawai perubatan yang bertugas bahawa anda adalah layak untuk menderma. Pada amnya, pengambilan ubat tidak menjadi halangan untuk menderma darah kerana penerimaan dan penolakan adalah berdasarkan laporan perubatan. Bagaimanapun, sekiranya anda mengambil sebarang ubatan, sila beritahu sebelum menderma darah.

Tidak, anda perlu makan sebelum menderma darah.

Proses menderma darah akan mengambil masa di antara 7-15 minit , tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma lebih kurang satu jam.

Darah anda akan diambil mengikut berat badan anda. Contohnya: jika berat badan anda 45kg hingga 50kg, sebanyak 350ml dan 50kg ke atas sebanyak 450ml sahaja.

Plasma digantikan semula dalam masa 24 jam. Darah merah memerlukan jangka masa 8-12 minggu untuk digantikan dan anda boleh menderma semula selepas itu.

Darah akan diuji untuk virus Siflis, Hepatitis B & C dan AIDS (HIV). Darah juga boleh diasingkan kepada beberapa komponen darah dan boleh digunakan untuk merawati lebih dari seorang pesakit.

PERT AMA KALI MENDERMA DARAH

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI OLEH ANDA

M ENGAPA SAYA PERLU M ENDERM A DARAH?

3 UNIT TABUNG DARAH UUM

ADAKAH SAYA PERLU BERPUASA SEBELUM M ENDERM A DARAH?

ADAKAH SAYA CUKUP SIHAT UNTUK M ENDERM A DARAH?

BERAPA LAM AKAH M ASA DIAM BIL UNTUK M ENDERM A DARAH?

BERAPA BANYAK DARAH YANG AKAN DIAM BIL?

APAKAH YANG AKAN DIBUAT KEPADA DARAH YANG TELAH DIDERM AKAN ITU?

BERAPA LAM A M ASA YANG DIAM BIL UNTUK M ENGGANTIKAN DARAH YANG TELAH DIDERM A ITU?

ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK M ENDERM A DARAH?