unit pembangunan sosioekonomi masyarakat · pdf file5.4 bilangan isi rumah ib40 yang...

7
___________________________________________________________________________________ SEDIC/SCP/2017/POV/01 SKOP CADANGAN PROGRAM (SCP) NAMA PROGRAM : MEMENUHI KEPERLUAN ASAS SKOP PROGRAM : PEMBASMIAN KEMISKINAN BAHAGIAN I 1.0 PENGENALAN 1.1 Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) merupakan pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersifat pelbagai dimensi yang dirangka oleh Kerajaan untuk menangani isu-isu yang berkaitan serta mengurangkan jurang antara masyarakat India Malaysia dengan kumpulan etnik yang lain. Pelan Tindakan ini berpandukan prinsip-prinsip berikut: 1.1.1 Untuk menangani kelemahan semasa serta mobiliti sosial merentasi generasi; 1.1.2 Memastikan usaha meningkatkan penyertaan kaum India dalam dasar kerajaan, program dan inisiatif secara ketara, di samping memperkenalkan inisiatif baru mengikut keperluan dan berkesan; 1.1.3 Memastikan usaha diambil untuk merapatkan jurang antara masyarakat India Malaysia dengan purata nasional dijadikan saluran utama dalam sasaran semua kementerian serta agensi Kerajaan yang berkaitan dalam jangka masa panjang; dan 1.1.4 Berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan yang berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam berpaksikan rakyat yang berkesan, iaitu dengan membangunkan pangkalan ilmu berlandaskan data melaksanakan inisiatif berinovatif dan berkesan dan meningkatkan amalan terbaik dalam kaedah penyampaian. 1.2 Pelan Tindakan ini bertujuan mencapai hasil-hasil yang berikut bagi masyarakat India di Malaysia: UNIT PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA Jabatan Perdana Menteri SOCIOECONOMIC DEVELOPMENT OF INDIAN COMMUNITY UNIT (SEDIC) Prime Minister’s Department Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan Tel : 03-8880 5186 Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya Faks : 03-8880 5188

Upload: dominh

Post on 11-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT  · PDF file5.4 Bilangan isi rumah IB40 yang menyertai program memupuk amalan menabung dan peningkatan purata simpanan keluarga; 5.5

___________________________________________________________________________________

SEDIC/SCP/2017/POV/01

SKOP CADANGAN PROGRAM (SCP)

NAMA PROGRAM : MEMENUHI KEPERLUAN ASAS

SKOP PROGRAM : PEMBASMIAN KEMISKINAN

BAHAGIAN I

1.0 PENGENALAN

1.1 Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) merupakan pendekatan yang lebih

menyeluruh dan bersifat pelbagai dimensi yang dirangka oleh Kerajaan untuk menangani

isu-isu yang berkaitan serta mengurangkan jurang antara masyarakat India Malaysia

dengan kumpulan etnik yang lain. Pelan Tindakan ini berpandukan prinsip-prinsip berikut:

1.1.1 Untuk menangani kelemahan semasa serta mobiliti sosial merentasi generasi;

1.1.2 Memastikan usaha meningkatkan penyertaan kaum India dalam dasar

kerajaan, program dan inisiatif secara ketara, di samping memperkenalkan

inisiatif baru mengikut keperluan dan berkesan;

1.1.3 Memastikan usaha diambil untuk merapatkan jurang antara masyarakat India

Malaysia dengan purata nasional dijadikan saluran utama dalam sasaran

semua kementerian serta agensi Kerajaan yang berkaitan dalam jangka masa

panjang; dan

1.1.4 Berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan yang

berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam berpaksikan rakyat yang

berkesan, iaitu dengan membangunkan pangkalan ilmu berlandaskan data

melaksanakan inisiatif berinovatif dan berkesan dan meningkatkan amalan

terbaik dalam kaedah penyampaian.

1.2 Pelan Tindakan ini bertujuan mencapai hasil-hasil yang berikut bagi masyarakat India di

Malaysia:

UNIT PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA

Jabatan Perdana Menteri

SOCIOECONOMIC DEVELOPMENT OF INDIAN COMMUNITY UNIT (SEDIC) Prime Minister’s Department

Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan Tel : 03-8880 5186 Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya Faks : 03-8880 5188

Page 2: UNIT PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT  · PDF file5.4 Bilangan isi rumah IB40 yang menyertai program memupuk amalan menabung dan peningkatan purata simpanan keluarga; 5.5

1.2.1 Peningkatan pendapatan dan tahap kekayaan yang lebih baik, dari segi nilai

sebenar dan relatif terutamanya dalam kalangan masyarakat India Malaysia,

terutama yang berada dalam kategori bawah 40% (IB40);

1.2.2 Peningkatan pendidikan yang lebih ketara tanpa jurang antara kumpulan etnik

yang ketara; dan

1.2.3 Peningkatan kesedaran penyertaan dalam fabrik sosial berkaitan

dengan rangkuman atau keterlibatan sepenuhnya dalam asas sosial Malaysia

di kalangan masyarakat India Malaysia.

1.3 Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) telah ditugaskan sebagai

entiti pelaksana Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia. SEDIC telah distruktur

semula, selaras dengan bidang fokus dan inisiatif-inisiatif yang telah ditetapkan dalam

Pelan Tindakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India terutamanya

kumpulan B40.

1.4 Permohonan dan Pemprosesan Geran

1.4.1 Permohonan geran hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan atas

talian di laman web www.sedic.my;

1.4.2 Borang Pengesahan dan Senarai Semak Dokumen hendaklah dicetak, diisi dan

disertakan dengan dokumen-dokumen wajib dan dimasukkan ke dalam Peti SCP

di pejabat SEDIC beralamat;

UNIT PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA

ARAS 4, BLOK PODIUM, MENARA USAHAWAN

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2

62652 PUTRAJAYA

1.4.3 Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada SEDIC pada atau

sebelum jam 5.00 petang, 18 Julai 2017.

1.5 Penilaian Permohonan

Semua permohonan akan melalui 3 peringkat penilaian:

1.5.1 Penilaian Peringkat Pengarah Bahagian

Cadangan program ditapis dan disenarai pendek berdasarkan kriteria-kriteria yang

telah ditetapkan.

1.5.2 Penilaian Peringkat Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah

Cadangan program dinilai dari segi keperluan program termasuk kumpulan

sasaran dan masyarakat di lokasi yang dicadangkan seiring dengan Pelan

Tindakan Masyarakat India Malaysia.

Page 3: UNIT PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT  · PDF file5.4 Bilangan isi rumah IB40 yang menyertai program memupuk amalan menabung dan peningkatan purata simpanan keluarga; 5.5

Pemohon yang disenarai pendek akan dijemput untuk membuat

pembentangan pada panel penilai.

1.5.3 Penilaian Peringkat Jawatankuasa Penilaian Program

Penilaian keseluruhan cadangan program oleh Jawatankuasa yang dianggotai

oleh antara lain wakil daripada Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana

Menteri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan agensi-agensi lain

mengikut keperluan.

BAHAGIAN II

2.0 KETERANGAN PROGRAM

2.1 Kemiskinan ditakrifkan sebagai kekurangan keupayaan kewangan untuk memenuhi

keperluan asas manusia seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan lain.

Dalam konteks kehidupan moden, keperluan asas meliputi pendidikan, kesihatan,

pengangkutan dan komunikasi. Pada masa ini, Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) di

Malaysia adalah pada RM950 sebulan. Had pendapatan bagi golongan miskin bandar

adalah lebih tinggi sedikit kepada RM960 manakala miskin luar bandar merupakan

mereka yang berpendapatan di bawah RM910 sebulan. Isi rumah di bawah PLI adalah

dianggap miskin dan layak mendapat bantuan kebajikan yang termasuk sokongan tunai,

perumahan dan lain-lain bergantung kepada jenis dan tahap keperluan.

2.2 Kira-kira 3,500 isi rumah masyarakat India Malaysia ditakrifkan sebagai miskin. Masalah

kemiskinan masyarakat India Malaysia kebanyakannya merupakan masalah di bandar;

80% daripada isi rumah masyarakat India Malaysia yang berpendapatan kurang daripada

Pendapatan Garis Kemiskinan tinggal dan bekerja di kawasan bandar. Kombinasi taraf

pendidikan yang rendah, kekurangan kemahiran, penghijrahan dari estet dan

keterpinggiran adalah asas kewujudan isi rumah miskin masyarakat India Malaysia yang

berterusan.

2.3 Bagi memastikan isi rumah miskin dapat memenuhi keperluan asas mereka, adalah

penting agar golongan ini dikenal pasti dan diperuntukkan bantuan kebajikan. Usaha

perlu ditingkatkan untuk menyelaraskan segala bentuk intervensi dan memantau kadar

penyertaan masyarakat India Malaysia dalam program-program Kerajaan yang

mensasarkan isi rumah miskin.

3.0 MATLAMAT PROGRAM

3.1 Matlamat program ini adalah untuk:

3.1.1 Memastikan semua isi rumah IB40 di bawah garis kemiskinan telah didaftarkan

dalam pangkalan data eKasih dan menerima bantuan kebajikan, bantuan

kewangan, perumahan dan yang lain-lain bergantung pada jenis dan tahap

keperluan;

Page 4: UNIT PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT  · PDF file5.4 Bilangan isi rumah IB40 yang menyertai program memupuk amalan menabung dan peningkatan purata simpanan keluarga; 5.5

3.1.2 Memastikan purata pendapatan bulanan isi rumah masyarakat India Malaysia

yang miskin meningkat dua kali ganda daripada PLI kebangsaan semasa

(RM950) menjelang tahun 2020;

3.1.3 Memastikan sekurang-kurangnya 50% daripada isi rumah miskin yang

berdaftar dapat meningkatkan simpanan mereka dalam masa 5 tahun

pelaksanaan MIB;

3.1.4 Selain memenuhi keperluan asas yang minimum, membantu IB40 yang

mempunyai kapasiti menjana pendapatan untuk meningkatkan keupayaan diri

supaya dapat keluar daripada belenggu kemiskinan secara mampan;

3.1.5 Mendidik dan meningkatkan kemahiran pengurusan wang oleh keluarga

berpendapatan rendah;

3.1.6 Intervensi mata pencarian bagi keluarga berkepimpinan wanita (ibu tunggal,

suami OKU dan sebagainya); dan

3.1.7 Program lain yang bersesuaian dan berkaitan untuk pertimbangan SEDIC.

3.2 SCP ini WAJIB memberi tumpuan kepada isi rumah berpendapatan RM2,000 dan ke

bawah sebulan sebagai salah satu kumpulan sasaran yang khusus bagi memastikan

transformasi holistik kumpulan IB40 Malaysia.

4.0 SKOP DAN KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 Kempen pendaftaran eKasih dan bantuan kebajikan

4.1.1 Mengenal pasti dan mendaftarkan isi rumah masyarakat India miskin ke dalam

daftar eKasih, disusuli dengan tindakan memberi bantuan kebajikan

berdasarkan keperluan dan keutamaan. Langkah-langkah tersebut

termasuklah:

4.1.1.1 Menggalakkan rujukan komuniti melalui talian hotline, media sosial,

media Tamil dan sebagainya;

4.1.1.2 Bekerjasama dengan KR1M dan rakan kongsi lain mengenai

perincian kempen untuk mencetak senarai makanan keperluan;

4.1.1.3 Meningkatkan pencarian, pengenalpastian dan pengesahan

bersama-sama sukarelawan terlatih dan penganjur komuniti; dan

4.1.1.4 Program mendekati kejiranan yang disasarkan bersama-sama rakan

kongsi seperti sekolah dan kuil.

Page 5: UNIT PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT  · PDF file5.4 Bilangan isi rumah IB40 yang menyertai program memupuk amalan menabung dan peningkatan purata simpanan keluarga; 5.5

4.1.2 Kempen outreach perlu dirancang dan disasarkan dengan lebih baik agar

komuniti yang terlibat lebih mengetahui mengenai eKasih dan mampu merujuk

padanya untuk keperluan diri sendiri ataupun dalam membantu mendaftarkan

isi rumah miskin lain yang diketahui.

4.2 Mereka bentuk dan melaksanakan program-program penjanaan pendapatan

4.2.1 Mereka bentuk semula, menguji dan menghalusi inisiatif penjanaan

pendapatan di kejiranan masyarakat India miskin atau IB40 yang berkepadatan

tinggi serta juga bagi golongan keluarga berkepimpinan wanita terutamanya ibu

tunggal:

4.2.1.1 Mengenalpasti dan mendampingi isi rumah atau individu yang layak,

dengan memanfaatkan pengaruh pemimpin/personaliti komuniti

yang dipercayai;

4.2.1.2 Memadankan kewajipan rumah tangga semasa dengan minat dan

kemahiran peserta dalam merancang kandungan program;

4.2.1.3 Pelaksanaan program di peringkat tempatan dilakukan atau disokong

oleh kakitangan yang dapat berkomunikasi dan mewujudkan

kepercayaan sesama peserta program;

4.2.1.4 Membangunkan modul yang lengkap dalam pengurusan kewangan;

dan

4.2.1.5 Pembentukan kumpulan sokongan dan rangkaian di kalangan

peserta semasa dan setelah tamat program untuk motivasi dan

galakan secara berterusan dalam usaha meningkatkan pendapatan

isi rumah.

4.3 Memupuk dan mendorong tabiat menabung

4.3.1 Program inovatif yang dapat menambah simpanan / pendapatan bagi isi rumah

B40, terutamanya mereka yang berada di bawah garis kemiskinan:

4.3.1.1 Program pembaharuan boleh melibatkan kemudahan simpanan

mikro melalui penggunaan teknologi mudah alih;

4.3.1.2 Kefahaman mendalam tentang tingkah laku pengguna IB40

terutamanya dalam pengurusan kewangan dan amalan

perbelanjaan; dan

4.3.1.3 Menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling untuk membantu

keluarga yang tidak mampu untuk membayar utiliti, sewa serta

pinjaman perumahan.

Page 6: UNIT PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT  · PDF file5.4 Bilangan isi rumah IB40 yang menyertai program memupuk amalan menabung dan peningkatan purata simpanan keluarga; 5.5

4.4 Memandangkan program ini merangkumi pelbagai bidang keutamaan, semua kertas

cadangan yang selaras dengan bidang keutamaan yang disebut di para 3.0 akan

dipertimbangkan dengan syarat skop program yang ditawarkan tersebut memenuhi

kriteria-kriteria berikut:

4.4.1 Program yang dicadangkan mempunyai matlamat yang jelas, khusus dan

memberi tumpuan kepada hasil;

4.4.2 Setiap aktiviti dalam program telah dirancang dengan teliti, adalah bermakna dan

mencerminkan usaha oleh pihak penganjur untuk berjimat cermat;

4.4.3 Program yang dicadangkan melibatkan kumpulan sasaran dalam perancangan

dan perlaksanaan program;

4.4.4 Pencadang program boleh berganding bahu dengan institusi dan organisasi lain;

dan

4.4.5 Organisasi mempamerkan komitmennya terhadap kesinambungan program

menjangkaui tempoh geran.

4.5 Kapasiti dan kelayakan pencadang program

4.5.1 Kelayakan dan pengalaman pihak pencadang program merupakan antara kriteria

utama dalam menentukan kejayaan pelaksanaan program ini:

4.5.1.1 Merupakan suatu organisasi/pertubuhan yang berdaftar;

4.5.1.2 Mempunyai kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan dan

bimbingan kepada kumpulan sasaran dalam bidang-bidang keutamaan;

4.5.1.3 Mempunyai kefahaman mengenai isu dan kumpulan sasaran yang

sedang ditangani;

4.5.1.4 Mempunyai hubungan yang baik dengan pihak berkepentingan mengikut

bidang keutamaan;

4.5.1.5 Mempunyai pengaruh kukuh di peringkat kebangsaan, negeri atau

tempatan (mengikut kehendak keadaan), dan memahami kehendak

komuniti sasaran secara lebih mendalam;

4.5.1.6 Membina dan mengekalkan hubungan baik dengan pihak

berkepentingan yang lain; dan

4.5.1.7 Mempunyai visi dan kepimpinan organisasi yang menyokong untuk

beroperasi dalam program bidang keutamaan.

Page 7: UNIT PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT  · PDF file5.4 Bilangan isi rumah IB40 yang menyertai program memupuk amalan menabung dan peningkatan purata simpanan keluarga; 5.5

5.0 HASIL YANG DIJANGKAKAN (OUTPUT)

5.1 Bilangan isi rumah masyarakat India yang berjaya didaftarkan di dalam pangkalan data

e-Kasih;

5.2 Bilangan isi rumah IB40 yang ditakrifkan sebagai miskin, iaitu pendapatan pada atau di

bawah garis kemiskinan negara, menerima bantuan yang mencukupi untuk menampung

keperluan asas mereka;

5.3 Bilangan isi rumah IB40 dilengkapi dengan ilmu yang diperlukan untuk melindungi

mereka daripada kejutan ekonomi; antaranya dalam membina jaringan selamat dan cara

mengurus kos sara hidup;

5.4 Bilangan isi rumah IB40 yang menyertai program memupuk amalan menabung dan

peningkatan purata simpanan keluarga;

5.5 Bilangan isi rumah IB40 yang menyertai program penjanaan pendapatan dan purata

peningkatan pendapatan isi rumah B40 selepas mengikuti latihan atau program

kemahiran berkenaan;

5.6 Peratus pengurangan bilangan isi rumah IB40 yang mempunyai masalah membayar

utiliti, sewa serta pinjaman perumahan; dan

5.7 Peratus tahap kepuasan peserta program mengikut bidang keutamaan.

6.0 INDIKATOR IMPAK PROGRAM (OUTCOME)

6.1 Semua isi rumah IB40 di bawah garis kemiskinan mendaftar dalam pangkalan data

eKasih dan menerima bantuan kebajikan yang sewajarnya;

6.2 Purata pendapatan bulanan isi rumah masyarakat India Malaysia yang miskin meningkat

dua kali ganda daripada PLI kebangsaan semasa (RM950);

6.3 Sekurang-kurangnya 50% daripada isi rumah miskin yang berdaftar dapat meningkatkan

simpanan mereka dalam masa 5 tahun pelaksanaan MIB; dan

6.4 Peningkatan pendapatan isi rumah keluarga yang diketuai ibu tunggal dapat menampung

kos perbelanjaan harian melalui insiatif-inisiatif penjanaan pendapatan sampingan.