unit integriti, universiti sains malaysia 1. latar...
TRANSCRIPT
UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
1. Latar Belakang
Pada 15 Januari 2014, Unit Integriti USM telah ditubuhkan di bawah Pejabat Perundangan
Universiti Sains Malaysia. Penubuhan Unit ini adalah selaras dengan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 agar semua agensi awam menubuhkan Unit Integriti
bagi menguruskan urusan berkaitan integriti di dalam agensi masing-masing. Unit Integriti
USM diketuai oleh Penasihat Undang-Undang Universiti Sains Malaysia yang juga bertindak
sebagai Pegawai Integriti Bertauliah yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia.
Peranan Unit Integriti di dalam Universiti Sains Malaysia adalah seperti berikut:
(1) Memantapkan nilai integriti di kalangan pekerja dan pelajar Universiti melalui
inisiatif mengadakan program yang berstrukturkan integriti untuk
meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya berintegriti di dalam Kampus.
(2) Bekerjasama dengan Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang telah dikenal pasti
untuk memperkasakan prinsip integriti serta akauntabiliti di dalam
penyampaian perkhidmatan Universiti yang cekap, jujur, bersih dan
cemerlang.
(3) Membantu PTJ dalam mengkaji, membangunkan serta melaksanakan dasar,
prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan etika,
perkhidmatan dan penyelidikan yang amanah.
(4) Menjalankan program penasihatan kepada pihak pengurusan Universiti
berkaitan potensi mengurangkan risiko penipuan, salah guna kuasa serta
kedudukan selain menimbulkan kesedaran ke arah sifar rasuah dan sifar
salah guna kuasa.
2. Laporan Integriti Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)
Berikut adalah senarai ringkas pencapaian Unit Integriti di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa dalam kategori jemputan oleh pihak luar Universiti.
(1) Peringkat Kebangsaan
Bil.
Aktiviti
Tarikh
1.
Perkongsian Amalan Terbaik CeIO, jemputan sebagai Tenaga Pengajar
Program Pegawai Integriti Bertauliah Siri 10 Bil. 2/2015
12 Jun 2015
2.
Perkongsian Amalan Terbaik CeIO, jemputan sebagai Tenaga Pengajar
Program Pegawai Integriti Bertauliah, Institut Integriti Malaysia
22 Ogos 2015
3.
Seminar Kelestarian Integriti: “Integriti: Cabaran Penguatkuasaan dan
Realiti di Malaysia” Sempena Kelestarian Integriti dan Majlis Penutup
Program Pegawai Integriti Bertauliah 11 Bil. 3/2015
13 September 2015
4.
Kelestarian Integriti dan Majlis Penutup Program Pegawai Integriti
Bertauliah 11 Bil. 3/2015
13 Oktober 2015
5.
Konvensyen Integriti Nasional, Institut Integriti Malaysia
12 November 2015
(2) Peringkat Antarabangsa
Bil.
Aktiviti
Tarikh
1.
Policy Forum on Planning Higher Education Integrity, International
Institute for Educational Planning (IIEP) ETICO UNESCO, Paris
16-21 Mac 2015
2.
“16th IACC Workshop – Engaging Tomorrow’s Professionals in Leading
Anti-Corruption Activities”, Putrajaya
2-4 September 2015
3.
“Asean Integrity Dialogue 2015”, Auditorium Institut Integriti Malaysia,
Kuala Lumpur
10 Disember 2015
4.
Integrity in Ombudsman (IOA 2016 Conference), Regional Ombudsman
for LAC, United Nations, Ombudsman & Mediation Services, Seattle,
Amerika
10-13 April 2016
Pada tahun 2014, sebanyak 38 program telah dijalankan oleh Unit Integriti. Bagi tahun
2015, Unit Integriti telah merangka Perancangan Program Tahun 2015 sebagai
perancangan awal aktiviti integriti. Perancangan ini termasuk penglibatan Unit Integriti
dengan masyarakat luar kampus.
NO.
TAJUK
JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
JULA
I
OGOS
SEPT
OKT
NOV
DIS
1 Ikrar Integriti, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar
23
R a m
a d h
a n
2 USMku Gemilang: Perundangan, Integriti dan Whistleblower
13
3 Perbincangan Program Anjuran Bersama Bagi Tahun 2015 dengan Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM
26
4 Kursus Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan Universiti anjuran Unit Integriti bersama Institut Integriti Malaysia dan Pusat Transformasi Insan
3
5 Integrity Tea Talk Bersama Majlis Tertinggi (Presiden) Sekretariat Rakan Integriti: Pandangan Mengenai Integriti di Kalangan Pelajar 5
Kursus USMku Gemilang: Perundangan, Integriti & Whistleblower
6
6 Sukan Futsal Integriti anjuran bersama Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM
21
7 Pengertian Integriti dan Kepentingan Berintegriti dalam Perkhidmatan
26
8 Lawatan & Perbincangan ke Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.
14
9 Integriti Dalam Perkhidmatan di Universiti 23
10 Taklimat Integriti Bersama Penghuni Desasiswa
27 11 Memperkasakan Integriti Dalam Perkhidmatan di Universiti
27
12 Akauntabiliti dan Integriti Dalam Organisasi 24
13 Pengertian Integriti dan Kepentingan Berintegriti dalam Perkhidmatan 28
14 Akauntabiliti dan Integriti Dalam Organisasi
26
15 Sambutan Hari Integriti USM 5
16 Pemantapan Integriti dalam Pekerjaan
18
NO.
TAJUK
JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
JULA
I
OGOS
SEPT
OKT
NOV
DIS
1 Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan di Universiti
28
R a m
a d n
a n
2 Integriti Dalam Perkhidmatan di Universiti
28
3 Akauntabiliti dan Integriti Dalam Organisasi 25
4 Pengertian Integriti dan Kepentingan Berintegriti dalam Perkhidmatan 29
5 Akauntabiliti dan Integriti Dalam Organisasi
27
Unit Integriti, Pejabat Perundangan Perancangan Program Tahun 2015
“Membuat perkara yang betul, walaupun tiada sesiapa yang melihat” (C.S. Lewis)
K A M P U S I N D U K
K A M P U S K E J U R U T E R A A N
Walau bagaimanapun, terdapat pertambahan aktiviti integriti yang telah dijalankan pada
tahun 2015 iaitu sejumlah 60 aktiviti telah dilaksanakan di bawah pengkelasan terma-terma
utama iaitu Pendidikan, Pencegahan, Pelaksanaan, Pengukuhan dan Kesedaran kepada
warga Kampus. Pengembangan aktiviti integriti pada kali ini bukan sahaja bertumpu kepada
warga kampus tetapi telah berkembang kepada masyarakat luar kampus. Jadual berikut
menunjukkan senarai aktiviti yang telah berlangsung pada tahun 2015.
NO.
TAJUK
JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
OGOS
SEPT
OKT
NOV
DIS
1 Integriti Dalam Perkhidmatan di Universiti
6
R a m
a d h
a n
2 Integriti Dalam Perkhidmatan di Universiti
20
3 Pemantapan Integriti Dalam Pekerjaan
8
4 Pengertian Integriti dan Kepentingan Berintegriti dalam Perkhidmatan
10
5 Akauntabiliti dan Integriti Dalam Organisasi
7
6 Pengertian Integriti dan Kepentingan Berintegriti dalam Perkhidmatan
12
7 Akauntabiliti dan Integriti Dalam Organisasi
16
8 Pemantapan Integriti dalam Pekerjaan
14
NO.
TAJUK
JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
JULA
I
OGOS
SEPT
OKT
NOV
DIS
1
Policy Forum on Planning Higher-Education Integrity, Paris (UNESCO)
181920
R a m
a d h
a n
2 Ceramah Pelajar Berintegriti Wawasan Pertiwi dan “Integrity Games”, di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul
20
3 International Conference on Multidisciplinary Research, Pulau Pinang (Presenter)
19 21
4
Initiating Integrity Programme in Neighbouring Country (Chulalongkorn University/ Universitas Padjadjaran, Bandung)
24 25
K E M A S Y A R A K A T A N & A N T A R A B A N G S A
K A M P U S K E S I H A T A N
NO.
TAJUK PROGRAM (PENDIDIKAN)
1 USMku Gemilang: Perundangan, Integriti dan Whistleblower, 13 Februari 2015 2 Membina Nilai-Nilai Akauntabiliti dan Integriti, Pusat Islam, USM, 7 April 2015
3 Program Anjuran Bersama Integriti Bersama Masyarakat – Anak-anak Yatim di Ranau, Sabah, 17-18 April 2015
4 Peserta (Pemerhati) Program Kejurulatihan RINTIS & Seminar Integriti Khas Anggota Pelaksana, 10-14 Mei 2015
5 Lawatan Belajar Universiti Teknologi Malaysia, Johor, 26 Mei 2015 6 Program Integriti Kemasyarakatan di Sek. Keb. Sg. Salleh, Serdang, Kedah, 28 Mei 2015
7 Perkongsian Amalan Terbaik CeIO, jemputan sebagai Tenaga Pengajar Program Pegawai Integriti Bertauliah Siri 10 Bil. 2/2015, 12 Jun 2015
8 USMku Gemilang – Nilai-Nilai Pengukuhan Integriti Siri-2, 6-7 Ogos 2015
9 Perkongsian Amalan Terbaik CeIO, jemputan sebagai Tenaga Pengajar Program Pegawai Integriti Bertauliah, Institut Integriti Malaysia, 22 Ogos 2015
10 Seminar Kelestarian Integriti: “Integriti: Cabaran Penguatkuasaan dan Realiti di Malaysia” Sempena Kelestarian Integriti dan Majlis Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah 11 Bil. 3/2015, 13 September 2015
11 Program Staf Pusat Racun Negara - Taklimat Integriti Dalam Pekerjaan, Bilik Latihan Pusat Racun Negara, 3 November 2015
NO.
TAJUK PROGRAM (PENCEGAHAN)
1 Ikrar Integriti & Taklimat Integriti Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, 23 Januari 2015
2 Roadshow Integriti & Tatatertib, Kampus Kesihatan, 21 Mei 2015 3 Ikrar Integriti Pusat Pengajian Sains Pergigian, Kampus Kesihatan, 16 Jun 2015
4 “Integrity Desk” di Kampus Kesihatan, Dewan Persidangan, Kompleks Pejabat Pengarah Kampus, 27 Julai 2015
5 Bengkel Integriti & Kecemerlangan Pusat Rancangan Ko-Kurikulum, 5 Ogos 2015
6 Forum Integriti Program Siswa Lestari, Dewan Utama Kampus Kesihatan, HEPA Kampus Kesihatan, 1 September 2015
7 Taklimat Integriti dan Pencegahan Salah Laku kepada ASPERA (Alumni Sekretariat Pencegahan Rasuah UA), SPR USM & SPR UPSI, 1 Mei 2015
8 Program Integriti PTJ - Penyerahan Banner & Streamer Integriti kepada Jabatan Pembangunan, 2 Julai 2015
9 Program Integriti PTJ – Taklimat Integriti Pusat Racun, Bilik Latihan Pusat Racun Negara, 3 November 2015
10 NEON Run, anjuran Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM dengan kerjasama Unit Integriti, 28 November 2015
NO.
TAJUK PROGRAM (KESEDARAN)
1 Kursus Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan Universiti anjuran Unit Integriti bersama Institut Integriti Malaysia dan Pusat Transformasi Insan, 3 Mac 2015
2 Penyertaan Forum ke-9 ‘Crime and Policing in Malaysia’, Dewan Tuanku Syed Putra, USM, 12 Mac 2015 3 Taklimat Integriti di Kampus Kesihatan, Kelantan & Roadshow Integriti & Tatatertib, 20 Mei 2015 4 Program Integriti – Rasuah & Kisah di Sebalik Birai Besi, Kampus Kejuruteraan, 12 Jun 2015
5 Taklimat Integriti dan Peraturan Perundangan di Dalam Perkhidmatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Kampus Kesihatan, 16 Jun 2015
6 Program Integriti Kampus Kesihatan “Pengukuhan Nilai Integriti Dalam Pengurusan Organisasi: Impak, Isu dan Masalah, Dewan Persidangan, Kompleks Pejabat Pengarah Kampus, 27 Julai 2015
7 Program Integriti PTJ – Jabatan Pembangunan, Dewan Kuliah A, 31 Julai 2015
8 Program Integriti PTJ “Jari Telujuk, Kelingking Berkait & Pengkisahan di Sebalik Tirai Besi”– Jabatan Keselamatan, Pusat Perkhidmatan Analitikal & Toksilogi Termaju dan Pusat Sukan dan Rekreasi, Dewan Budaya, 25 Ogos 2015
9 Program Integriti Jabatan Pembangunan & Jabatan Keselamatan, Kampus Kesihatan, “Pembudayaan Integriti & Akauntabiliti Asas Kecemerlangan Bersama – Telunjuk Lurus, Kelingking Berkait & Pengkisahan di Sebalik Tirai Besi”, Auditorium Hospital USM, 6 September 2015
10 Syarahan Perdana Tan Sri Hasmy Agam “Relationship Between Human Rights and Nation Building”, Dewan Budaya, 6 November 2015
11 Pengukuhan Integriti di Dalam Perkhidmatan anjuran bersama Pusat Transformasi Insan, IPPT, 26 November 2015
12 Pengukuhan Integriti di Dalam Perkhidmatan anjuran bersama Pusat Transformasi Insan, Kampus Induk, 27 November 2015
13 Program Integriti Jabatan Pembangunan & Jabatan Keselamatan, Kampus Kesihatan, “Pembudayaan Integriti & Akauntabiliti Asas Kecemerlangan Bersama – Telunjuk Lurus, Kelingking Berkait & Pengkisahan di Sebalik Tirai Besi”, Auditorium Hospital USM, 29 November 2015
NO.
TAJUK PROGRAM (PELAKSANAAN)
1 Rundingan Program Anjuran Bersama dengan Majlis Tertinggi Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM bagi Tahun 2015, 25 Februari 2015
2 Rundingan Program Integriti Kemasyarakatan Peringkat Sekolah Bersama Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM dan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul, Pulau Pinang, 5 Mac 2015
3 Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus Peringkat Universiti Sains Malaysia, 3 April 2015
4 Rundingan Program Integriti Sekolah Menengah MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang (Rundingan Bersama Timbalan Pengetua & Guru Disiplin), 13 April 2015
5 Mesyuarat Polisi Hadiah dan Sumbangan dengan Pegawai-pegawai Kanan Universiti, 16 April 2015 6 Lawatan dan perbincangan dengan Sektor Swasta, Institut Integriti Malaysia, 22 April 2015
7 Mesyuarat Seminar “Integrity in Medico Legal” bersama Pusat Perubatan Universiti Malaya dan wakil Kampus Kesihatan USM di PPUM, 22 April 2015
8 Mesyuarat/Perbincangan “Rebranding Jabatan Pembangunan”, 15 Mei 2015 9 Forum Integriti (Program Siswa Lestari), Kampus Kesihatan, 1 September 2015
10 Bengkel Statut dan Kaedah Tatatertib Pelajar USM, 19-21 September 2015
11 “16th IACC Workshop – Engaging Tomorrow’s Professionals in Leading Anti-Corruption Activities”, Putrajaya, 2-4 September 2015
12 Kelestarian Integriti dan Majlis Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah 11 Bil. 3/2015, 13 Oktober 2015
13 Syarahan Perdana Y.Bhg. Tan Sri Hasmy Agam, “Relationship Between Human Rights and Nation Building”, sempena Sambutan Hari Integriti USM, 5 November 2015
14 Konvensyen Integriti Nasional, Institut Integriti Malaysia, 12 November 2015 15 CISM Lab oleh SPRM, Pusat Latihan Kemahiran Perindustrian, Nibong Tebal, 26 November 2015
Pelbagai bentuk aktiviti dan program telah dijalankan pada tahun 2015 termasuk program-
program khas yang bertumpu kepada PTJ tertentu. Aktiviti dan program yang dijalankan
telah mendapat perhatian oleh beberapa agensi luar.
Program Pengukuhan Tadbir Urus dan Peningkatan Integriti Jabatan Pembangunan dan
Jabatan Keselamatan di Kampus Kesihatan Penganjuran aktiviti integriti oleh Unit Integriti telah menjadikan USM sebagai rujukan oleh
beberapa Unit Integriti Universiti Awam yang lain. Penglibatan jaringan Unit Integriti di
peringkat kebangsaan dengan Institut Integriti Malaysia, Institut Integriti Negeri Pulau
Pinang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Akademi Pencegahan Rasuah
Malaysia, Yayasan Anti-Rasuah Malaysia, Unit Integriti Kementerian Pendidikan Tinggi, dan
NO.
TAJUK PROGRAM (PENGUKUHAN)
1 Conference on Integrity in Education, UNESCO, Paris, 17-19 Mac 2015
2 Taklimat Kepentingan Berintegriti di Dalam Perkhidmatan dan Penyelidikan, Kampus Kesihatan, 6 April 2015
3 Kursus Pembangunan Individu Organisasi Berintegriti (PIOB) Staf Unit Integriti, 4-7 Mei 2015
4 “Pekerja Sihat, Produktiviti Meningkat”, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Dewan Perdana PICC, jemputan oleh Institut Integriti Malaysia, 7 Mei 2015
5 Majlis Makan Malam Bersama Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM (anjuran Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM bersama Unit Integriti), 27 Mei 2015
6 “Penghayatan Ramadhan ke Arah Pembentukan Jatidiri Budaya Kerja Cemerlang”, Auditorium Murad Mohd Noor, USAINS, jemputan oleh Institut Integriti Negeri Pulau Pinang, 24 Jun 2015
7 Sesi Perkongsian Integriti Individu Dalam Organisasi, Program Latihan Pejabat oleh Dr. Faizal Kamarudin, Timbalan Pengarah, Pejabat Tanah dan Galian, 3 Julai 2015
8 Corporate Integrity Pledge Monitoring Workshop, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 14-16 Oktober 2015
9 Taklimat Pengukuhan Integriti Dalam Perkhidmatan, Pusat Racun Negara, 3 November 2015 10 Taklimat Integriti, Pusat Pembangunan Siswa, 9 Disember 2015 11 Taklimat AUKU, Pusat Pembangunan Siswa, 9 Disember 2015 12 “Asean Integrity Dialogue 2015”, Auditorium Institut Integriti Malaysia, 10 Disember 2015
lain-lain badan serta agensi adalah titik permulaan langkah meneraju ke peringkat yang
lebih tinggi. Unit Integriti USM sering dijemput sebagai Pembentang di dalam Forum Alumni
Pegawai-pegawai Integriti Bertauliah. Pembentangan ini memuatkan perkongsian ilmu
pengetahuan mengenai pengendalian aktiviti Unit Integriti di USM yang telah dikongsi
bersama semua para Pegawai Integriti Bertauliah daripada seluruh Malaysia.
Jemputan sebagai Penceramah Forum Pegawai-pegawai Integriti Bertauliah oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Institut Integriti Malaysia pada 22 Ogos 2015
Selain daripada itu, Unit Integriti USM juga menjadi Universiti pertama di Malaysia sebagai
ahli International Centre for Academic Integrity (ICAI). ICAI adalah satu badan
antarabangsa yang menanggani isu-isu berkaitan integriti akademik secara global.
Jaringan kerja Unit Integriti pada tahun 2015
Tahun 2015 telah menyaksikan Unit Integriti USM meluaskan jaringannya ke persada
antarabangsa apabila Ketua Unit Integriti USM dijemput sebagai pembentang kertas kerja di
dalam “Policy Forum on Planning Higher Education Integrity” yang diadakan oleh
JITU
SPRM
IIM/ IINPP
SRIMUSM
SPRUSM
Jawatan kuasa
Plagiarism
ICAI
IIEP/ UNESCO
IACC
International Institute for Educational Planning (IIEP) ETICO UNESCO di Paris, Perancis
pada 16-21 Mac 2015. Daripada penglibatan jaringan antarabangsa ini juga, Unit Integriti
USM adalah satu-satunya Unit Integriti Universiti Awam yang telah dijemput
membentangkan kertaskerja di dalam “16th IACC Workshop – Engaging Tomorrow’s
Professionals in Leading Anti-Corruption Activities” yang telah berlangsung pada 2-4
September 2015 di Putrajaya. Persidangan ini dihadiri oleh 1200 orang wakil daripada 130
buah negara.
Penasihat Undang-Undang USM selaku Ketua Unit Integriti dijemput sebagai penceramah di “16th IACC Workshop – Engaging Tomorrow’s Professionals in Leading Anti-Corruption Activities”
Persidangan antarabangsa tersebut melibatkan para pegawai tertinggi di dalam dan luar
negara. Ianya adalah satu penghormatan kepada Ketua Unit Integriti USM kerana dijemput
sebagai penceramah di dalam persidangan antarabangsa yang unggul itu. Persidangan
telah membincangkan isu berkaitan kepimpinan global dan isu menangani rasuah di dalam
negara terutamanya negara-negara membangun. Pada penghujung tahun 2015 pula, Ketua
Unit Integriti telah dijemput membentangkan kertas kerja di dalam “Asean Integrity Dialogue
2015” yang telah diadakan di Institut Integriti Malaysia.
Setakat ini, program-program integriti yang dijalankan dalam beberapa kaedah iaitu secara
persendirian oleh Unit Integriti, secara anjuran bersama dengan PTJ lain serta Sekretariat
Rakan Integriti Mahasiswa USM dan Sekretariat Pencegah Rasuah USM. Selain daripada
itu, terdapat juga program-program atas jemputan khas oleh PTJ tertentu seperti taklimat
khas integriti dan tatatertib kepada Penggawa dan Penolong-Penolong Penggawa
Desasiswa Universiti dan lain-lain program integriti dan tatatertib PTJ.
Bagi program integriti di dalam Kampus pada tahun 2015, selain mengadakan taklimat
integriti oleh Ketua Unit Integriti USM, beberapa penceramah daripada dalam dan luar
kampus turut dijemput untuk memberikan penekanan yang berbeza mengenai kepentingan
berintegriti di dalam menjalankan tugas. Ini termasuklah jemputan penceramah daripada
Institut Integriti Malaysia (IIM), penceramah bertauliah oleh IIM dan penceramah bebas.
Di dalam konteks kesedaran integriti oleh penceramah bebas yang dijemput bertajuk
‘Pengkisahan Daripada di Sebalik Tirai Besi’ dan ‘Tumbuk Rusuk, Telunjuk Lurus Kelingking
Berkait’, pekerja Universiti diingatkan supaya mempunyai integriti yang kukuh dengan
pegangan agama. Perkongsian ceramah itu menyentuh secara menyeluruh mengenai
kesalahan jenayah rasuah dan telah memberikan pendedahan secara nyata mengenai
kehidupan di dalam penjara akibat daripada mengamalkan rasuah. Sebagai pesanan,
semua pekerja diingatkan agar sentiasa bijak menguruskan perbelanjaan kewangan
bulanan agar hidup selesa dalam keadaan serba adanya dan tidak dihimpit oleh dorongan
kemahuan di luar kemampuan sehingga perlu mengamalkan rasuah untuk menampung
kehidupan. Integriti yang kukuh di dalam setiap individu akan melahirkan kehidupan yang
tenang dan jauh daripada masalah sekaligus dapat membantu setiap individu ke arah
peribadi murni yang berkualiti.
Penceramah jemputan memberikan ceramah mengenai bahaya rasuah dalam Seminar Integriti
yang diadakan pada 25 Ogos 2015
Mengorak langkah memperkasakan nilai integriti kepada setiap pekerja di dalam Universiti,
sebanyak empat buah PTJ telahpun mengadakan Program Ikrar Integriti pada tahun 2015.
Program ini mengandungi elemen taklimat integriti oleh Ketua Unit Integriti mengenai
perkhidmatan yang bersih, cekap dan telus serta majlis mengangkat ikrar PTJ. Ketua Unit
Integriti USM juga telah memberikan maklumat dan pendedahan kepada warga kampus
mengenai kesalahan yang perlu dijauhi oleh pekerja di dalam menjalankan perkhidmatan di
Universiti.
Isu yang diberi penekanan ialah yang menjerumus ke arah kesalahan penerimaan rasuah
atau kesalahan meminta serta menerima wang kopi, tidak tepati masa, salah guna kuasa
dan lain-lain kesalahan yang harus dijauhi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang
tidak diingini kepada pekerja itu sendiri mahupun Universiti secara amnya.
Program Ikrar Integriti Jabatan Pendaftar (Bahagian Akademik) dan
Program Integriti Dalam Perkhidmatan di Pusat Sejahtera
Taklimat Integriti dan Tatatertib di Pusat Rancangan Ko-Kurikulum
Selain daripada kesedaran berintegriti kepada pekerja, aktiviti integriti bersama pelajar baru
juga tidak ketinggalan diadakan untuk memberikan maklumat dan pendedahan mengenai
kesalahan-kesalahan yang harus dijauhi sepanjang pengajian di dalam Universiti.
Taklimat Integriti dan Tatatertib kepada pelajar baru di Dewan Tuanku Syed Putra dan Forum Integriti dalam
Program Siswa Lestari bersama pelajar baru di Kampus Kesihatan
Taklimat Pengenalan Integriti kepada ahli baru Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM dan Penglibatan Unit Integriti dalam pembukaan ‘Larian Neon’ anjuran Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM
Penglibatan Unit Integriti dengan program integriti pelajar adalah berterusan. Selain
daripada itu, Unit Integriti juga menjalankan program integriti khas untuk beberapa PTJ. Kain
rentang dan ‘streamer’ yang berkaitan dengan integriti telah direntangkan untuk kegunaan di
PTJ yang terlibat.
Kain rentang ‘Amalan Berintegriti’ yang ditempatkan di PTJ yang menjalani program integriti
Sebagai satu kelainan, Unit Integriti bersama Pejabat Perundangan turut mengadakan
kaunter bergerak mengenai Integriti dan Tatatertib. Kaunter ini diadakan di Kampus Induk,
Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan untuk mendekati staf dengan lebih dekat di
dalam konteks pengertian integriti dan salah laku yang boleh disabitkan dengan kes
tatatertib.
Kaunter integriti bersama pelanggan di Universiti Sains Malaysia
Selain daripada usaha memberikan kesedaran integriti kepada warga kampus, tahun 2015
telah mengorak langkah Unit Integriti untuk meluaskan skop integriti kepada masyarakat di
luar kampus seperti persatuan pelajar, rumah anak yatim dan sekolah.
Taklimat integriti kepada Persatuan ASPERA
Program integriti bersama anak-anak yatim Rumah Permata Kasih, Permatang Pauh
Aktiviti kemasyarakatan integriti termasuk mengadakan permainan bercorak integriti
bersama anak-anak yatim serta aktiviti mengecat manakala aktiviti gotong-royong integriti di
sekolah membabitkan lukisan mural di dinding-dinding sekolah termasuk memberikan
taklimat integriti kepada guru-guru. Program ini diadakan bersama Sekretariat Rakan
Integriti Mahasiswa USM.
Program integriti di Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh, Kedah
Di peringkat tadbir urus Universiti, Unit ini bertindak sebagai Sekretariat kepada
Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) yang dipengerusikan oleh Naib Canselor
USM. JITU adalah satu jawatankuasa yang dibentuk Kerajaan bagi mengenal pasti isu,
permasalahan serta memantau inisiatif dan langkah-langkah penambahbaikan integriti
berdasarkan terma-terma rujukan yang ditetapkan. Selain daripada itu, Unit Integriti USM
juga terlibat di dalam Jawatankuasa Plagiarisme Universiti.
Plak integriti telah dikeluarkan oleh Unit Integriti untuk diedarkan kepada semua PTJ di
dalam Universiti untuk memperingatkan tentang amalan budaya berintegriti di dalam
kampus.
Plak Integriti diedarkan kepada semua PTJ
Unit Integriti telah menerima lawatan daripada dua Universiti Awam yang berhasrat untuk
mendapat pengetahuan serta selok belok pengendalian aktiviti integriti di dalam Kampus.
Lawatan daripada Universiti Teknologi Malaysia termasuk seorang Pegawai Unit Integriti daripada Universiti tersebut
Selain daripada lawatan oleh Universiti Awam, Unit ini juga dihubungi oleh agensi kerajaan
lain untuk mendapat maklumat mengenai pendekatan pengendalian aktiviti integriti dengan
lebih terperinci. Pada tahun 2015, Unit Integriti juga buat pertama kalinya telah menerima
seorang pelajar di bawah Program Latihan Industri daripada Pusat Pengajian Bahasa,
Literasi dan Terjemahan.
Dalam tahun 2015 juga, Unit ini bersama Yayasan Tun Sardon telah menganjurkan satu siri
Syarahan Perdana oleh Tan Sri Hasmy Agam bertajuk “Relationship Between Human Rights
and Nation Building” pada 6 November 2015 bertempat di Dewan Budaya.
Syarahan Perdana oleh Tan Sri Hasmy Agam,“Relationship Between Human Rights and Nation Building”
Terdapat lebih 7 jenis bahan cetakan telah dikeluarkan oleh Unit Integriti pada tahun 2015.
Kebanyakan hasil cetakan ini digunakan di dalam aktiviti-aktiviti integriti untuk pekerja dan
pelajar di kampus induk serta kampus-kampus cawangan.
Informasi di dalam brosur dan cetakan ini memuatkan penekanan kepada amalan budaya
kerja berintegriti di dalam kampus untuk menjauhi rasuah, salahguna kuasa, cara-cara
meningkatkan integriti ke arah nilai etika yang baik serta pematuhan kepada perundangan
Universiti. Polisi Pemberi Maklumat Universiti pula mengandungi maklumat bagaimana
seseorang pelapor sebagai pemberi maklumat, boleh dilindungi di bawah Polisi Pemberi
Maklumat Universiti apabila memberikan pelaporan mengenai mana-mana kesalahan jika
didapati berlaku di dalam Universiti. Selain daripada inisiatif yang bersifat program, Unit ini
juga turut membantu beberapa urusan inkuiri berkaitan dengan integriti. Secara rumusan,
berikut adalah statistik aktiviti Unit Integriti USM bagi tahun 2015 mengikut 5 pengkelasan
terma iaitu Pendidikan, Pencegahan, Pelaksanaan, Pengukuhan dan Kesedaran.
Statistik aktiviti integriti mengikut pengkelasan utama
0
5
10
15
20142015
Pada tahun hadapan, Unit Integriti USM bercadang untuk menambah bilangan aktiviti
integriti sejajar dengan keperluan warga kampus selain mengembangkan penglibatan
integritinya yang lebih kreatif dalam pelbagai bentuk kepada warga kampus.
Lonjakan paradigma di dalam konteks memupuk kesedaran integriti di dalam Universiti dan
kepada masyarakat akan digerakkan dengan lebih meluas ke persada antarabangsa.
Mengurus dan mengkordinasikan program integriti. Urusetia tetap Jawatankuasa
Integriti dan Tadbir Urus Universiti
38 aktiviti integriti
kepada staf dan pelajar.
Jaringan peringkat
negeri dan kebangsaan
APEX FASA I APEX FASA II
Konsultansi integriti kepada Universiti, agensi luar dan masyarakat
2014 2015 2016 2018 2020 2019 2017
60 aktiviti Integriti
kepada staf, pelajar dan masyarakat.
Jaringan peringkat
kebangsaan dan antara-
bangsa
Pertambahan program integriti dalam pelbagai bentuk aktiviti bertujuan untuk penerapan nilai integriti
Kajian berterusan terhadap program integriti di dalam dan luar kampus (Penglibatan semua kampus)