unit bayaran - tatacara mengisi format

2
TATACARA MENGISI FORMAT SIJIL AP58(a) YANG BETUL : 1. Isikan maklumat kod Jabatan, kod vot, kod PTJ dan kod Program/Aktiviti yang berkaitan dengan maklumat pada baucar bayaran yang hendak dibayar. 2. Maklumat Tuntutan/Bil bulan, no. Faks, tarikh dan no baucar perlu dilengkapkan. ( Bagi PTJ eSPKB, isikan no. baucar yang disediakan setelah mendapat kelulusan AP58(a) dari JANM Pahang ) 3. Kod objek sebagai hendaklah diisi dengan kod objek sebagai yang terlibat seperti dalam baucar ( contoh 11000, 21000, 26000 dll ). Pengecualian HANYA bagi PTJ di bawah Kementerian Kesihatan di mana kod objek dicatat sebagai kod objek AM ( contoh 10000, 20000, 30000 dll) 4. Lengkapkan ruangan baki peruntukan Tahun Perbelanjaan dan Tahun Semasa. Sila ambil perhatian kepada perkara berikut : 4.1 Baki Peruntukan di ruangan Tahun Perbelanjaan hendaklah merupakan Baki Peruntukan yang ada pada tahun perbelanjaan setelah mengambil kira semua baucar-baucar yang telah dibayar di bawah AP58(a) bagi vot/aktiviti/ objek yang sama. (Baki Peruntukan di ruangan Tahun Perbelanjaan hendaklah merupakan Baki Baru di Sijil AP58(a) bagi pembayaran baucar sebelumnya) 4.2 Baki Peruntukan di ruangan Tahun Semasa hendaklah merupakan Baki Peruntukan Kemaskini di buku vot pada tarikh Sijil AP58(a) disediakan. 4.3 Amaun Dalam Baucar di ruangan Tahun Perbelanjaan dan Tahun Semasa hendaklah sama dengan amaun baucar bagi pembayaran AP58(a) tersebut mengikut objek yang berkenaan. 4.4 Baki Baru = Baki Peruntukan – Amaun Dalam Baucar Baki Baru di ruangan Tahun Perbelanjaan ini hendaklah di bawa ke Sijil AP58(a) pembayaran berikutnya bagi vot/program/aktiviti/objek yang sama di ruangan Baki PeruntukanTahun Perbelanjaan ms1/2

Upload: mrleehb

Post on 18-Jun-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tatacara Mengisi Format

TRANSCRIPT

Page 1: Unit Bayaran - Tatacara Mengisi Format

TATACARA MENGISI FORMAT SIJIL AP58(a) YANG BETUL :

1. Isikan maklumat kod Jabatan, kod vot, kod PTJ dan kod Program/Aktiviti yang berkaitan dengan maklumat pada baucar bayaran yang hendak dibayar.

2. Maklumat Tuntutan/Bil bulan, no. Faks, tarikh dan no baucar perlu dilengkapkan. ( Bagi PTJ eSPKB, isikan no. baucar yang disediakan setelah mendapat kelulusan AP58(a) dari JANM Pahang )

3. Kod objek sebagai hendaklah diisi dengan kod objek sebagai yang terlibat seperti dalam baucar ( contoh 11000, 21000, 26000 dll ). Pengecualian HANYA bagi PTJ di bawah Kementerian Kesihatan di mana kod objek dicatat sebagai kod objek AM ( contoh 10000, 20000, 30000 dll)

4. Lengkapkan ruangan baki peruntukan Tahun Perbelanjaan dan Tahun Semasa. Sila ambil perhatian kepada perkara berikut :

4.1 Baki Peruntukan di ruangan Tahun Perbelanjaan hendaklah merupakan Baki Peruntukan yang ada pada tahun perbelanjaan setelah mengambil kira semua baucar-baucar yang telah dibayar di bawah AP58(a) bagi vot/aktiviti/ objek yang sama. (Baki Peruntukan di ruangan Tahun Perbelanjaan hendaklah merupakan Baki Baru di Sijil AP58(a) bagi pembayaran baucar sebelumnya)

4.2 Baki Peruntukan di ruangan Tahun Semasa hendaklah merupakan Baki Peruntukan Kemaskini di buku vot pada tarikh Sijil AP58(a) disediakan.

4.3 Amaun Dalam Baucar di ruangan Tahun Perbelanjaan dan Tahun Semasa hendaklah sama dengan amaun baucar bagi pembayaran AP58(a) tersebut mengikut objek yang berkenaan.

4.4 Baki Baru = Baki Peruntukan – Amaun Dalam Baucar Baki Baru di ruangan Tahun Perbelanjaan ini hendaklah di bawa ke Sijil AP58(a) pembayaran berikutnya bagi vot/program/aktiviti/objek yang sama di ruangan Baki PeruntukanTahun Perbelanjaan

5. Pengesahan hendaklah dibuat oleh Ketua Jabatan / Ketua PTJ SAHAJA.

6. Sila pastikan format Sijil AP58(a) dilengkapkan berpandukan tatacara di atas. Sijil AP58(a) yang tidak mematuhi tatacara di atas akan ditolak dan baucar akan dikuiri.

7. Tatacara pembayaran AP58(a) bagi PTJ eSPKB, sila rujuk Lampiran A dan bagi PTJ Manual, sila rujuk Lampiran B.

ms1/1