unit 9 - penjualan barangan

35
PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 1 PENJUALAN BARANGAN OBJEKTIF Objektif Am : Mempelajari dan memahami konsep undang-undang jualan barang Objektif Khusus a. Menerangkan maksud kontrak jualan barangan dan menjelaskan definisi barang-barang POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UNIT 9

Upload: faizahblue

Post on 14-Jun-2015

3.780 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 1

PENJUALAN BARANGAN

OBJEKTIF

Objektif Am :

Mempelajari dan memahami konsep undang-

undang jualan barang

Objektif Khusus

a. Menerangkan maksud kontrak jualan barangan dan menjelaskan definisi barang-barang

b. Menerangkan pemindahan hak milik barangan

c. Menjelaskan terma-terma di dalam kontrak jualan barangan

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIT 9UNIT 9

Page 2: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 2

9.1 TAKRIFAN KONTRAK JUALAN BARANG

9.1.1 PENGENALAN

Undang-undang jualan Barang ;_

i. Malaysia Barat ~ Akta Jualan Barangan 1957 (AJB 1957).

ii. Sabah dan Sarawak ~ penguatkuasaan Seksyen 5(2) Akta Undang-

undang Sivil 1956 yang membenarkan

penerimaan prinsip undang-undang Inggeris

yang berdasarkan kepada Akta Jualan

Barangan (Sales of Goods Act) 1893.

Peraturan dan prinsip undang-undang kontrak seperti yang terkandung dalam

Akta Kontrak, 1950 akan turut diterima pakai dan ini adalah tertakluk kepada

peruntukan Seksyen 3 AJB 1957.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 3: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 3

9.1.1 DEFINISI KONTRAK JUALAN BARANGAN

Seksyen 4(1) AJB 1957 mentakrifkannya sebagai kontrak yang mana penjual

memindah milik, atau bersetuju untuk memindah milik hak terhadap barangan itu

kepada pembeli dengan balasan yang disebut sebagai harga.

‘Harga’ pula ditakrifkan di dalam Seksyen 2 AJB 1957 sebagai balasan wang bagi

jualan barang-barang,.

Kesimpulan daripada definisi di atas, dapatlah diketahui bahawa matlamat utama

kontrak jualan barang-barang adalah untuk memindah milikan hak terhadap

sesuatu barangan itu dengan balasan wang.

Penentuan Harga

Penentuan harga yang berbentuk wang tersebut boleh ditentukan di dalam

beberapa cara. Mengikut Seksyen 9 AJB 1957, cara-cara tersebut sama ada ;-

i) ditetapkan oleh kontrak itu sendiri; atau

ii) ditentukan mengikut cara yang dipersetujui dalam kontrak;atau

iii) ditentukan melalui perjalanan urusan antara pihak-pihak yang

berkontrak.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 4: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 4

Sekiranya harga gagal ditentukan, pembeli dikehendaki membayar pada harga

yang berpatutan bergantung kepada keadaan sesuatu kes itu.

Seksyen 10 AJB 1957 pula memperuntukkan sekiranya harga itu akan ditentukan

oleh pihak ketiga, tetapi pihak ketiga itu gagal berbuat demikian, kontrak jualan

barang-barang akan menjadi tidak sah melainkan jika barangan itu telahpun

diserahkan kepada pembeli.

Dalam keadaan demikian, pembeli dikehendaki membayar pada harga yang

berpatutan. Namun, seandainya kegagalan pihak ketiga itu disebabkan halangan

oleh mana-mana penjual atau pembeli, pihak yang terkilan berhak menuntut

gantirugi daripada pihak yang telah menyebabkan halangan tersebut.

Kontrak Mutlak Atau Bersyarat

Seksyen 4(1) AJB 1957 menyatakan kontrak jualan boleh secara mutlak atau

bersyarat. Ia boleh dibuat di dalam bentuk “jualan” atau “perjanjian untuk

menjual”. Mengikut Seksyen 4(3) AJB 1957, “jualan” berlaku apabila hak milik

ke atas barangan dipindahkan daripada penjual kepada pembeli tetapi “perjanjian

untuk menjual” berlaku apabila hak milik ke atas barangan hanya akan berpindah

pada suatu masa hadapan atau setelah sesuatu syarat dipenuhi. Berdasarkan

Seksyen 4(4) AJB 1957 pula, “persetujuan untuk menjual” akan menjadi “jualan”

apabila masa yang ditentukan telahpun luput atau syarat-syarat telahpun dipatuhi.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 5: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 5

9.1.2 DEFINISI BARANG-BARANG

Seksyen 2 AJB 1957 mentakrifkannya sebagai jenis harta alih selain daripada

tuntutan boleh dakwa dan wang. Ini termasuklah stok dan saham, tanaman yang

hidup, rumput dan benda-benda yang bercantum kepada tanah atau membentuk

sebahagian daripada tanah yang dipersetujui untuk diasingkan sebelum jualan

atau di bawah kontrak jualan.

Ini bermakna;

Harta alih ~ barang

Hak untuk mendakwa ~ bukan barang

Wang ~ bukan barang

Jenis Barang-Barang

Seksyen 6(1) AJB 1957 memperuntukkan klasifikasi barang-barang bagi tujuan

kontrak jualan iaitu;-

i) barangan sedia ada;

~ maksud: barang yang sudahpun dimiliki atau disimpan oleh penjual

~ Jenis: i. Barang tertentu; (Sek. 2 AJB 1957) atau

ii. Barang yang belum ditentukan

ii) barangan yang dimiliki oleh penjual; atau

iii) barangan masa depan

~ maksud : barang untuk dikilangkan atau dihasilkan atau diperolehi oleh

penjual selepas kontrak jualan dibuat (Sek 2 AJB 1957)

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 6: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 6

9.1.3 PERBEZAAN ANTARA KONTRAK JUALAN BARANG DAN

KONTRAK LAIN

Kontrak jualan barang barang perlu dibezakan daripada;-

i. kontrak pertukaran barang dengan barang (barter)

ii. kontrak sewaan

iii. kontrak sewa beli

iv. kontrak upah

v. cagaran

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 7: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 7

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

1. Kontrak jualan barang ialah kontrak yang mana penjual …………………atau

bersetuju memindahmilik …………. terhadap barangan itu kepada ……………….

dengan …………… yang disebut sebagai harga.

2. Barang-barang merupakan jenis harta .…………………. selain daripada ……………

dan ……………………

3. Barangan di bawah seksyen 6(1) AJB 1957 boleh dikelaskan kepada;

i.

ii.

iii.

4.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kontrak jualan barang boleh dibuat dalam bentuk

a.

AKTIVITI 9aAKTIVITI 9a

Page 8: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 8

5. Selain daripada Akta Jualan Barang 1957, kontrak jualan barang juga tertakluk

kepada ………………. .

1. memindah milik; hak; pembeli; balasan

2. alih; tuntutan boleh dakwa; wang

3. i. Barangan sedia ada

ii. Barangan yang dimiliki oleh penjual

iii. Barangan masa depan

4. a. Jualan

b. Perjanjian untuk jualan

5. Akta Kontrak 1950

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

b.

MAKLUM BALAS 9aMAKLUM BALAS 9a

Page 9: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 9

9.2 PINDAH MILIKAN BARANGAN

Hak kepunyaan bagi barang-barang iaitu hak milik atau pemunyaan mestilah

dibezakan daripada pemilikan. Seseorang mungkin mendapat pemilikan barang-

barang tetapi hak miliknya masih kekal dengan tuan punya barangan tersebut.

Contoh : Di dalam kes sewa beli barangan, penyewa mempunyai pemilikan ke

atas barang yang disewa tetapi tidak mempunyai hak milik ke atas barang

tersebut.

Adalah penting untuk memastikan saat dan ketika hak milik barangan itu

berpindah daripada penjual kepada pembeli. Ini kerana risiko terhadap barangan

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 10: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 10

itu berpindah pada saat yang sama dengan pemindahan hak milik. Namun begitu,

sebelum saat pemindahan hak milik ini dapat ditentukan, adalah perlu bagi kita

mengetahui jenis barangan yang terlibat terlebih dahulu. Ini kerana saat

berlakunya pemindahan hak milik adalah berbeza bagi barangan yang belum

dikenal pasti dan barangan yang sudah dikenalpasti.

Rajah 9.1 menunjukkan kesan jenis barangan akan mempengaruhi hak milik

Rajah 9.1

9.2.1 Pemindahan Hak Milik Dalam Barangan Yang Belum Dikenal Pasti

Seksyen 18 AJB 1957 memperuntukkan, bagi kontrak jualan barangan yang

belum dikenal pasti, hak milik dalam barangan itu tidak akan berpindah kepada

pembeli kecuali apabila barangan itu telah dikenalpasti.

Contoh kes Re RC Goldcorp Exchange Ltd (1994),

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PINDAH MILIKAN BARANG

Barangan Belum Dikenal

Barangan boleh dihantar

Barangan Telah

Dikenal

Barangan tidak boleh

dihantar serah

Page 11: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 11

Fakta : Pembeli membeli sejumlah kuantiti jongkong emas daripada RC Goldcorp

Exchange Ltd (RCG) untuk diserah hantar pada masa akan datang. Telah

dipersetujui bahawa jongkong-jongkong emas itu hendaklah disimpan

dengan baik oleh RCG. Jongkong-jongkong itu disimpan bersama-sama

dengan jongkong-jongkong emas yang dibeli oleh lain-lain pembeli.

Pembeli dalam kes ini diberi hak untuk mengarahkan RCG membuat

hantar serahan pada bila-bila masa yang dikehendaki pembeli. RCG

kemudiannya diisytiharkan bankrap dan pembeli menuntut jongkong-

jongkong emas yang telah dibeli itu.

Mahkamah : pembeli gagal dalam tuntutannya kerana ia masih belum

diasingkan daripada longgokan jongkong emas yang terdapat

dalam stor RCG. Justeru, hak milik ke atas jongkong emas itu

masih belum berpindah kepada pembeli.

9.2.2 Pemindahan Hak Milik Dalam Barangan Yang Telah Dikenal Pasti

Berdasarkan Seksyen 19 AJB 1957, pemindahan hak milik bagi barangan yang

telah dikenal pasti berlaku pada masa dan ketika yang dihasratkan oleh kedua-dua

pihak yang berkontrak. Hasrat pihak-pihak ini ditentukan dengan melihat kepada

terma-terma kontrak yang telah dipersetujui, kelakuan pihak-pihak dan hal

keadaan sesuatu kes itu.

Contoh : A bersetuju untuk membekalkan B 10,000 kg gandum cap Tajmurah

pada harga RM1 sekilo. Kedua-dua pihak bersetuju dalam perjanjian mereka

bahawa pemindahan hak milik hanya akan berlaku apabila keseluruhan harga

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 12: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 12

gandum itu dibayar. Maka, selagi harga gandum itu tidak habis dibayar, hak milik

tidak akan berpindah kepada B walaupun hantar serahan telah dilakukan.

Sekiranya tiada peruntukan yang menyatakan sedemikian, Seksyen 20 hingga

Seksyen 22 AJB 1957 akan terpakai.

a. Barangan yang telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan boleh hantar

serah

Seksyen 20 AJB 1957 menyatakan, jika kontrak itu adalah suatu kontrak jualan

barangan yang telah dikenalpasti dan berada dalam keadaan boleh dihantar serah,

hak milik dalam barangan itu berpindah kepada pembeli semasa kontrak dibuat,

tidak kira sama ada masa pembayaran harganya atau masa untuk

penghantarserahan atau kedua-duanya ditangguhkan.

Barangan dikatakan sebagai berada dalam keadaan boleh dihantar serah apabila

tiada apa-apa lagi perlu dilakukan ke atas barangan tersebut bagi tujuan

menyediakannya dalam keadaan terserah, dan mengikut Seksyen 2 AJB 1957,

pembeli adalah terikat untuk menerima penyerahan atau mengambil milikan di

bawah kontrak jualan berkenaan.

Contoh: X telah membeli satu set bilik tidur di Syarikat Perabot Y pada harga

RM2,800. X meminta supaya penjual berkenaan menghantar set tersebut ke

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 13: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 13

rumahnya dan berjanji akan membayar baki harga perabot berkenaan selepas

barangan dihantar. Tiada sebarang peruntukan dalam perjanjian antara mereka

yang menyatakan secara khusus mengenai saat berlakunya pemindahan hak milik

ke atas set bilik tidur itu. Set bilik tidur itu pula merupakan barangan yang telah

dikenal pasti dan berada dalam keadaan boleh hantar serah. Justeru, hak milik

berpindah kepada X semasa kontrak jualan berlaku walaupun harga masih belum

dibayar sepenuhnya dan hantar serahan masih belum dilakukan.

Contoh kes Underwood Ltd lwn Burgh Castle Brick and Cement Syndicate

(1922),

Fakta : Penjual menjual jentera seberat 30 tan yang melekat secara tetap di lantai

kilangnya. Bagi tujuan penyerahan, jentera itu perlu ditanggalkan dari lantai

kilang dan dinaikkan ke atas gerabak keretapi. Jentera itu rosak sewaktu kerja-

kerja ini dilakukan. Pembeli enggan menerima penyerahan. Penjual mendakwa

atas alasan hak milik ke atas jentera tersebut telahpun berpindah dan pembeli

mestilah menjelaskan harga jentera itu.

Mahkamah : Memutuskan, oleh kerana jentera itu telahpun rosak apabila tiba ke

tangan pembeli, jentera itu tidak berada dalam keadaan boleh hantar serah.

Justeru, hak milik tidak berpindah kepada pembeli dan masih kekal kepada

penjual.

b. Barangan yang telah dikenal pasti tetapi tidak berada dalam keadaan boleh

hantar serah

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 14: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 14

Apabila berlaku kontrak jualan barangan yang telah dikenal pasti tetapi penjual

perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan barangan itu berada dalam keadaan

boleh dihantar serah, mengikut Seksyen 21 Akta Jualan Barangan, hak milik

dalam barangan itu tidak akan berpindah kecuali sesuatu itu dilakukan dan

pembeli mengetahui tentangnya.

Contoh : S bersetuju untuk membeli sebuah kereta Perodua Kelisa terpakai

daripada T pada harga RM36,000. Walau bagaimanapun, S telah meminta T

supaya membetulkan terlebih dahulu penyaman udara yang rosak sebelum beliau

mengambil serahan. Dalam kes ini, pemindahan hak milik hanya akan berlaku

setelah T membetulkan ekzos berkenaan dan memberitahu S mengenainya.

Contoh kes Chop Why Joo Hak Lee lwn Official Assignee (1928-41),

Fakta : Pihak apellan menjual 102 beg lada pada harga 99.25 sen sepikul. Beg-beg

lada itu telah disimpan di gudang X setelah diturunkan dari kapal apellan.

Malangnya, X telah dijatuhkan hukuman bankrap dan hartanya termasuklah beg-

beg lada apellan yang berada di gudangnya telah diambil alih oleh Official

Assignee. Apellan menuntut beg-beg lada itu diserahkan kepadanya semula atas

alasan hak milik masih kekal padanya kerana lada-lada itu belum diperiksa oleh

merinyu kerajaan bagi tujuan menentukan tahap kelembapannya sebelum satu sijil

pengesahan boleh dikeluarkan.

Mahkamah : Memandangkan pemeriksaan itu belum dilakukan, hak milik tidak

perpindah kepada pembeli. Justeru, apellan berhak mendapatkan kembali beg-beg

lada berkenaan.

c. Barangan yang telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan boleh hantar serah

tetapi harga belum ditentukan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 15: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 15

Seksyen 22 AJB 1957 pula memperuntukkan, sekiranya berlaku kontrak jualan

barangan yang telah dikenal pasti dan sedia boleh dihantar serah tetapi pihak

penjual harus menimbang, menyukat, menguji atau melakukan perbuatan-

perbuatan lain bagi maksud menentukan harganya, hak milik dalam barangan itu

tidak akan berpindah kecuali perbuatan-perbuatan itu telah dilakukan dan pembeli

diberitahu mengenainya.

Contoh Kes : Chop Why Joo Hak Lee lwn Official Assignee (1928-41),

Mahkamah : Disebabkan lada-lada tersebut tidak boleh ditimbang dan harganya

tidak dapat ditentukan selagi pemeriksaan merinyu tidak dilakukan,

maka hak milik tidak berpindah selagi semua perkara itu belum

dilakukan.

9.2.3 Pemindahan hak milik dalam barangan yang dihantar atas

persetujuan atau “untuk dijual atau dikembalikan”

Berdasarkan Seksyen 24(a) AJB 1957, jika barangan dihantar serah kepada

pembeli atas persetujuan atau “untuk dijual atau dikembalikan” , hak milik hanya

akan berpindah kepada pembeli apabila pembeli menyatakan persetujuannya atau

penerimaannya atau melakukan apa-apa tindakan yang melambangkan

penerimaannya.

Contoh kes Kirkham lwn Attenborough (1897),

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Contoh 9.1

Jika gula dijual dengan harga RM1.40 sekilo dan pembeli mahu

membeli sebanyak 50 kg, sudah tentu gula itu perlu ditimbang dan

dikira semula untuk menentukan bayaran yang kena dibayar oleh

pembeli. Di sini, selagi penjual tidak menimbang dan mengira harga

sebenar gula berkenaan dan pembeli masih belum diberitahu

tentangnya, tiada perpindahan hak milik berlaku.

Page 16: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 16

Fakta : Plaintif telah menyerahkan barangan kemas kepada X atas urusniaga

“untuk dijual atau dikembalikan.” X, walaupun tidak menyatakan

penerimaannya, telah menggadaikan barangan kemas tersebut kepada

defenden.

Mahkamah : Perbuatan menggadaikan barangan kemas itu oleh X menunjukkan

bahawa X bersetuju untuk membelinya. Justeru, hak milik berpindah

kepada X dan kemudiannya berpindah kepada defenden.

Menurut Seksyen 24(b) AJB 1957, hak milik juga akan berpindah kepada pembeli

jika dia tidak menunjukkan persetujuan atau penerimaannya tetapi menyimpan

barangan tersebut tanpa memberi sebarang notis penolakan, maka jika suatu masa

telah ditetapkan bagi pemulangan barangan itu, atas keluputan masa itu dan jika

tiada masa ditetapkan, atas luputnya masa yang munasabah.

Contoh kes Poole lwn Smith’s Car Sales (Balham) Ltd (1962),

Fakta : Pada Ogos 1960, P seorang jurujual kereta, telah menjual sebuah kereta

Vauxhall terpakai kepada Smith’s Car Sales (Balham) Ltd (SCSB) atas

dasar ‘jual atau dikembalikan. SCSB tidak menyatakan penerimaannya

atau penolakannya tetapi kereta itu tidak dikembalikan sehingga Oktober

1960. P menulis surat kepada SCSB menyatakan, jika SCSB tidak

menyatakan persetujuannya untuk membeli atau mengembalikan kereta

itu sehingga 10 November, SCSB dianggap membeli kereta tersebut.

Kereta berkenaan tidak dipulangkan sehinggalah penghujung bulan

November.

Mahkamah : SCSB dianggap membeli kereta tersebut dan justeru, hak milik

kereta itu berpindah kepada SCSB disebabkan kegagalan SCSB

memulangkannya pada masa yang telah ditetapkan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 17: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 17

1. Apakah yang anda faham mengenai perkataan berikut

i. Hak milik

ii. Pemilikan

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTIVITI 9bAKTIVITI 9b

Page 18: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 18

2. Bilakah risiko barangan berpindah daripada penjual kepada pembeli?

3. Caca membeli sebuah komputer dari kedai komputer Seng Kek dan bersetuju

membayar harganya sebaik sahaja komputer itu dihantar kepadanya. Tiada

sebarang perjanjian bertulis berkenaan penjualan tersebut. Apabila Caca

menerima komputer tersebut, beliau mendapati komputer tersebut tidak berfungsi.

i. Bilakah risiko dipindahkan kepada Caca ?

ii. Adakah Caca boleh memulangkan kembali komputer tersebut?

1. i. Hak milik merupakan pemunyaan sesuatu barangan

ii. Pemilikan adalah sesuatu yang perlu dibezakan daripada hak milik kerana

seseorang yang mempunyai pemilikan tidak semestinya mempunyai hak milik

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS 9bMAKLUM BALAS 9b

Page 19: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 19

barangan tersebut.

2. Risiko berpindah daripada penjual kepada pembeli pada saat yang sama dengan

pemindahan hak milik barangan tersebut.

3. i. Risiko berpindah daripada Kedai Komputer Seng Kek kepada Caca pada

waktu yang sama komputer itu dihantar serah kepada Caca.

ii. Caca boleh memulangkan kembali komputer tersebut kerana komputer itu

tidak berada di dalam keadaan yang boleh dihantar serah. Kes yang berkaitan

ialah Underwood Ltd. Lwn Burgh Castle Brick and Cement Syndicate (1922).

9.3 TERMA-TERMA KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

Terma-terma yang terdapat di dalam kontrak jualan barang-barang adalah sama

dengan kontrak-kontrak yang lain, iaitu, syarat dan waranti.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 20: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 20

Seksyen 12(2) AJB 1957 menyatakan suatu syarat adalah penentuan yang perlu

kepada maksud utama kontrak, di mana kemungkirannya akan memberikan hak

untuk menganggap kontrak itu sebagai di tolak.

Seksyen 12(3) AJB 1957 pula menyatakan suatu waranti adalah suatu janji kolateral

(penentuan sandaran) kepada maksud utama kontrak, di mana kemungkirannya

membolehkan tuntutan untuk mendapatkan gantirugi tetapi bukan hak untuk

menolak barangan dan memperlakukan kontrak itu sebagai ditolak.

Merujuk kepada penerangan seksyen-seksyen di atas, secara dasarnya kemungkiran

syarat itu memberi hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk menolak kontrak dan

seterusnya menuntut gantirugi tetapi ada ketikanya ini tidak berlaku. Ini

diperuntukkan oleh seksyen 13(1) AJB 1957, pihak yang terkilan boleh memilih

untuk menanggap kemungkiran syarat sebagai suatu kemungkiran waranti. Di dalam

situasi itu, kontrak akan terus berkuatkuasa dan pihak yang terkilan hanya berhak

menuntut gantirugi sahaja.

Contoh kes Tham Cheow Toh lwn Associated Metal Smelter (1971)

Fakta kes: Defendan (AMS) gagal menyediakan relau pelebur logam mengikut

spesifikasi yang ditetapkan. Ini merupakan satu perlanggaran syarat

perjanjian dan ia boleh memberi hak kepada plaintif untuk menamatkan

kontrak .

Mahkamah: memutuskan bahawa plaintif boleh menganggap pelanggaran syarat

tersebut sebagai pelanggaran waranti sahaja. Oleh itu kontrak perlu

diteruskan dan hanya gantirugi sahaja yang boleh dituntut.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 21: unit 9 - penjualan barangan

TERMA-TERMA KONTRAKTERMA-TERMA KONTRAK

WARANTIWARANTI

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 21

Rajah 9.2

**Nyata bermaksud terma yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak yang berkontrak

* Tersirat bermaksud satu bahagian integral kontrak yang tidak secara nyata disediakan

atau dipersetujui oleh pihak-pihak yang berkontrak

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kalau nak lebih jelas lagi, sila tengok Rajah 9.2 di bawah

SYARATSYARAT

TERSIRAT**TERSIRAT**

NYATA*NYATA*

TERSIRAT**TERSIRAT**

NYATA*NYATA*

Page 22: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 22

Sila isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1.

2. Pelanggaran syarat memberi hak kepada ______________ untuk

membatalkan ______________ tersebut.

3. Pelanggaran waranti hanya membolehkan pihak yang terkilan untuk

menuntut _______________ sahaja.

4. Pelanggaran syarat boleh dianggap sebagai pelanggaran waranti

sahaja dan ini membolehkan ______________________________

___________________ sahaja.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TERMA-TERMA KONTRAKi. ii.

AKTIVITI 9cAKTIVITI 9c

Page 23: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 23

1. i. Syarat

ii. Waranti

2. pihak yang terkilan ; kontrak

3. gantirugi

4. pihak yang terkilan menuntut gantirugi

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS 9cMAKLUM BALAS 9c

Page 24: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 24

PENILAIAN KENDIRI

1. Adakah item –item berikut merupakan “barang” di bawah definisi Akta Jualan

Barangan 1957? Sila jawab YA atau TIDAK.

i) stok dan saham ______

ii) tanah ______

iii) kenderaan ______

iv) cek ______

v) bahan makanan ______

2. Adakah situasi ini merupakan kontrak jualan barang?

Nyatakan YA atau TIDAK dan ALASAN.

i) Ami memberi Ani sekilo gula dan sebagai balasan Ani memberi Ami

sekilo beras.

ii) Baba menyerahkan seguni mangga kepada Bibi dan Bibi membayar

RM10 kepada Baba.

iii) Aman membeli sebuah motosikal Jaguh daripada Amin dan

penghantaran hanya dibuat oleh Amin pada bulan hadapan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 25: unit 9 - penjualan barangan

PENJUALAN BARANG P2114 / UNIT 9 / 25

MAKLUM BALAS

PENILAIAN KENDIRI

1. i. YA

ii TIDAK

iii. YA

iv. TIDAK

v. YA

2. i. TIDAK ~ kerana ini merupakan kontrak pertukaran barang.

ii. YA ~ kerana mangga merupakan barang di bawah AJB 1957

dan adanya balasan wang

iii. YA ~ kerana ini merupakan perjanjian untuk menjual

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA