unit 10

30
ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 1 Unit 10-1 10 Unit ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK OBJEKTIF AM Memahami isu-isu yang terdapat di politeknik OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : menerangkan beberapa akta yang terdapat di dalam akta 174 menjelaskan peraturan-peraturan bengkel, kelas, makmal dan asrama menerangkan berkenaan jata, logo, wawasan dan misi politeknik mencetuskan idea dalam menyelesaikan masalah-masalah moral UNIT 10 INPUT

Upload: balamurali

Post on 11-Jun-2015

520 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 1

Unit 10-1

10Unit

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK

OBJEKTIF AM

Memahami isu-isu yang terdapat di politeknik

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

menerangkan beberapa akta yang terdapat di dalam akta 174 menjelaskan peraturan-peraturan bengkel, kelas, makmal dan asramamenerangkan berkenaan jata, logo, wawasan dan misi politeknikmencetuskan idea dalam menyelesaikan masalah-masalah moral

UNIT 10UNIT 10

Page 2: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 2

10.1 AKTA 174

Akta 174 ialah akta yang digunapakai untuk institusi-institusi pengajian tinggi yang terdiri daripada peraturan tatatertib am, tatatertib kamsis / asrama dan tatatertib lalulintas jalan.

P.U. (A) 537.

AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN(TATATERTIB) 1976

PERINTAH KAEDAH-KAEDAH INSTITUSI PELAJARAN(TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) (PINDAAN) 1997

Akta 174.

Nama dan mula berkuat kuasa

Pindaan Jadual Kedua

PADA menjalankan kuasa yang berikan oleh subseksyen 22 (2) Akta Institusi-Institussi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Menteri membuat perintah yang berikut:

1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) (Pindaan) 1997.

(2) Perintah ini hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998.

2. Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar), 1976 yang terdapat dalam Jadual Kedua kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, yang disebut “Kaedah-Kaedah Ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, adalah dipinda dalam kaedah 2 -

(a) dalam takrif “dadah” -

dengan menggantikan perkataan “Ordinan Dadah Berbahaya,” dengan perkataan “Akta Dadah Berbahaya”; dan

dengan menggantikan nota birai dengan nota birai yang berikut:

Unit 10-2

INPUTINPUT

Page 3: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 3

“Akta 234.”;

(b) dengan memotong taktif “Institusi”;

dengan memasukkan selepas takrif “kesalahan tatatertib” takrif yang berikut:

‘ “Ketua Jabatan’ bagi maksud -

jabatan kerajaan ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu jabatan, bahagian atau unit dalam jabatan itu dan termasuklah seseorang pegawai lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi jabatan, bahagian atau unit jabatan itu untuk bertindak bagi pihaknya;

institusi ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu institusi, bahagian atau unit dalam institusi itu dan termasuk seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi institusi, bahagian atau unit dalam institusi itu untuk bertindak bagi pihaknya; dan

agensi swasta ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu agensi, bahagian atau unit dalam agensi itu dan termasuklah seseorang diberi kuasa secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi agensi, bahagian atau unit dalam agensi itu untuk bertindak bagi pihaknya;”;

dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Jabatan” takrif yang berikut:

‘ “kursus” ertinya apa-apa bentuk bidang pengajian yang dikendalikan oleh Institusi bagi

Unit 10-3

Page 4: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 4

sesuatu tempoh yang ditentukan oleh Lembaga Kurikulum Kursus Pengajian Dan Program Latihan;’;

dengan memasukkan selepas takrif “kursus” takrif yang berikut:

‘ “Latihan amali” ertinya sesuatu latihan praktikal yang perlu dilakukan oleh pelajar berkaitan dengan kursusnya bagi suatu tempoh tertentu sama ada di dalam atau di luar Institusi;’;

Pindaan kaedah 4.

dengan memasukkan selepas takrif “pembicaraan tatatertib” takrif yang berikut:

‘ “peperiksaan” ertinya apa-apa bentuk penilaian atau pengukuran atau ujian atau sebahagian daripadanya yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau sebahagian daripada kursus’;’ dan

dalam takrif “Warden” dengan menggantikan perkataan “pegawai utama” dengan perkataaan “pegawai”.

Kaedah 4 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda -

dengan memasukkan selepas perkataan “melainkan jika iamendapat kebenaran” perkataan “secara bertulis”;

dengan menggantikkan perkataan “kakitangan yang menjaganya” dengan perkataan “Ketua Jabatan”;

dengan memasukkan selepas perkataan “memberitahu” perkataan “secara bertulis”;

dengan menggantikan perkataan “kakitangan itu” dengan perkataan “Ketua Jabatan’ ; dan

dengan memasukkan selepas perkataan “mendapatkan kelulusan” perkataan “secara bertulis”.

Unit 10-4

Page 5: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 5

Kaedah baru 5 dan 6.

Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 4 kaedah-kaedah yang berikut:“Latihan Amali 5. (1) Jika seseorang pelajar dikehendaki

menghadiri latihan amali atau pengajaran-pengajaran lain berhubungan dengan kursus pengajiannya, pelajar itu hendaklah menghadiri latihan amali atau pengajaran-pengajaran itu, melainkan jika dia mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan di mana latihan itu dijalankan dan melainkan jika hal keadaan tidak mengizinkan pelajar itu untuk mendapatkan kebenaran itu terlebih dahulu dan ada sebab atau alasan yang

Pakaian dan penampilan diri

munasabah kerana tidak hadir dan dalam hal yang demikian dia hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh kemudiannya memberikan secara bertulis kepada Ketua Jabatan itu dengan memuaskan hati Ketua Jbatan itu, sebab-sebab dia tidak hadir dan mendapatkan kelulusan secara bertulus mengenainya.

(2) Semasa menjalani latihan amali, seseorang pelajar adalah tetakluk kepada peraturan-peraturan atau arahan-arahan tempat di mana latihan itu dijalankan dan juga peraturan-peraturan dan arahan-arahan Institusi.

(3) Jika sekiranya ada apa-apa yang berlawanan atau bercanggahan antara peraturan-peraturan Institusi dengan peraturan-peraturan tempat di mana latihan dijalankan, maka peraturan-peraturan Institusi hendaklah terpakai.

6. Seseorang pelajar hendaklah berpakaian secara sopan atau bersesuaian ketika menghadiri kuliah, tutorial, peperiksaan, kelas, bengkel atau ketika melibatkan diri atau menghadiri apa-apa aktiviti sama ada di dalam atau di luar kampus atau semasa berasa di mana-mana bahagian di dalam kampus.”.

Kaedah 5 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda -

(a) dengan menomborkannya semula sebagai kaedah

Pindaan Kaedah 5.

Unit 10-5

Page 6: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 6

7;

dengan memasukkan selepas perkataan “melainkan jika ia mendaapt kebenaran” perkataan “secara bertulis”;

dengan memasukkan selepas perkataan “kemudiannya, memberitahu” perkataan “secara beertulis; dan

dengan memasukkan selepas perkataan “masuk peperiksaan itu dan mendapatkan” perkataan “secara bertulis”.

Kaedah 6, 7, 8, 9 dan 10 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda dengan menomborkannya semula masing-masing sebagai kaedah 8, 9, 10, 11 dan 12.

Pindaan kaedah 6, 7, 8, 9 dan 10.

Pindaan kaedah 18.

Kaedah 11 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda -

dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 13;

dengan menggantikan noktah bertindih dengan noktah; dan

dengan memotong proviso

Kaedah 12 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 14.

Kaedah 12 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda -

dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 15; dan

dengan memasukkan selepas perkataan “kumpulan pelajar, boleh” perkataan “kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Eksekutif”.

Kaedah 14, 15, 16 dan 17 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda dengan menomborkannya semula masing-masing sebagai kaedah 16, 17, 18 dan 19.

Pindaan kaedah 11.

Pindaan kaedah 12.

Pindaan kaedah 13.

Pindaan kaedah 14, 15, 16 dan 17.

Unit 10-6

Page 7: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 7

Pindaan kaedah 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27 dan 28.

Kaedah 18 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda -

dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 20; dan

dalam subkaedah (6) dengan menggantikan perkataan “di bawah pengaruh” dengan perkataan “menggunakan atau mengambil atau menyalahgunakan atau menagih”.

Kaedah 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27 dan 28 Kaedah-Kaeddah ibu adalah dipinda dengan menomborkannya semula masing-masing sebagai kaedah 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29 dan 30.

Pindaan kaedah 30, 31 dan 32.

Pindaan kaedah 33.

Kaedah 29 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda -

dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 31;

dengan menggantikan nota birai dengan nota birai yang berikut:

“Cermat pada menggunakan premis asrama dan larangan-larangan.”; dan

dengan memasukkan selepas subkaedah *2) subkaedah-subkaedah yang berikut:

“ (3) Seseorang pelajar menetap sama sekali dilarang memasak dalam biliknya kecuali dalam bilik yang disediakan.

“ (4) Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa jenis binatang di dalam biliknya atau premis asrama.”.

Kaedah 30, 31 dan 32 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda dengan menomborkannya semula masing-masing sebagai kaedah 32, 33 dan 34.

Kaedah 33 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda -

dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 35; dan

Unit 10-7

Page 8: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 8

Pindaan kaedah 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40 dan 41.

dalam teks bahasa kebangsaan dalam subkaedah (5) dengan menggantikan perkataan “memang” dengan perkataan “memegang”.

Kaedah 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40 dan 41 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda dengan menomborkannya semula masing-masing sebagai kaedah 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42 dan 43.

Kaedah 42 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda -

dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 44;

dengan menggantikan perkataan “Ordinan Lalulintas Jalan, 1958” dengan perkataan “Akta Pengangkutan Jalan 1987”;

Pindaa kaedah 42.

dengan memotong perkataan “atau, di Sabah atau Sarawak, di bawah undang-undang yang bersamaan yang dipakai dalamnya”; dan

dengan menggantikan nota birai dengan nota birai yang berikut:

“Mengemukakan lesen memandu dan Kad Pelajar apabila diminta.

Akta 333.”.

18. Kaedah 43 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 45.

Kaedah 44 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda -

dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 46;

dalam subkaedah (1) -

dengan menggantikan perkataan “Ordinan Lalulintas Jalan, 1958’ dengan perkataan “Akta Pengangkutan Jalan 1987”

dengan menggantikan perkataan

Pindaan kaedah 43.

Pindaan kaedah 44.

Unit 10-8

Page 9: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 9

“Ordinan” dengan perkataan “Akta”; dan

dengan menggantikan nota birai dengan nota birai yang berikut:

“Pemakaian Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam kampus.

Akta 333.”; dan

dalam subkaedah (2) -

dengan menggantikan perkataan “Ordinan Lalulintas Jalan, 1958” dengan perkataan “Akta Pengangkutan Jalan 1987”;

Pindaan kaedah 45.

dengan menggantikan koma yang terdapat selepas perkataan “atau mana-mana perundangan kecil yang dibuat di bawahnya” dengan noktah;

dengan memotong perkataan “atau, di Sabah atau Sarawak, di bawah undang-undang yang bersamaan yang dipakai dalamnya.”; dan

dengan menggantikan nota birai dengan nota birai yang berikut:

“Akta 333.”.

20. Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda dengan menggantikan kaedah 46 dengan kaedah yang berikut:

“Hukuman tatatertib.

46. Seseorang pelajar yang dapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana daua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali:

(a) amaran;

dengan tidak lebih daripada lima ratus ringgit;

Unit 10-9

Page 10: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 10

penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-kemudahan Institusi selama tempoh yang ditentukan;

penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang ditentukan;

penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di Institusi;

penyikiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh yang ditentukan;

pembuangan daripada Institusi,

oleh pihak berkuasa tatatertib.”.

Pindaan kaedah 47.

Kaedah 47 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda-

dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 49; dan

dengan memotong perkataan “sama ada secara lisan atau”.

23. Kaedah 48, 49 dan 50 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda dengan menomborkannya semula masing-masing sebagai kaedah 50, 51 dan 52.

24. Kaedah 51 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda -

dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 53; dan

dengan menggantikan perkataan “diminta” dengan perkataan “diberi peluang”.

Kaedah 52 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda -

Pindaan kaedah 48, 49 dan 50.

Pindaan kaedah 51.

Pindaan kaedah 52.

Unit 10-10

Page 11: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 11

dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 53; dan

dengan menggantikan perkataan “diminta” dengan perkataan “diberi peluang”.

Kaedah 53, 54, 55, 56, 57, 58 dan 59 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda dengan menomborkannya semula masing-masing sebagai kaedah 55, 56, 57, 58, 59, 60 dan 61.

Kaedah 60 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda -

dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 62;

dalam subkaedah (1) -

Pindaan kaedah 53, 54, 55, 56, 57,, 58, dan 59.

Pindaan kaedah 60.

Pindaan kaedah 65.

dengan menggantikan perkataan “suatu laporan berkenaan dengan” dengan perkataan “keputusan”

dengan memasukkan selepas perkataan “kepada Menteri” perkataan “jika Menteri berkehendakan”; dan

dengan memasukkan selepas perkataan “badan penaja atau pemberi biasiswa itu” perkataan “dan penjamin-penjaminnya”; dan

dalam subkaedah (2) -

dengan memasukkan selepas perkataan “Ibubapa atau penjaga pelajar itu” perkataan “atau penjamin-penjaminnya”; dan

dengan menggantikan perkataan “lima puluh” dengan perkataan “satu ratus”.

Kaedah 61, 62, 63 dan 64 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda dengan menomborkannya semula masing-masing sebagai kaedah 63, 64, 65 dan 66.

Kaedah 65 Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda -

Pindaan kaedah 61, 62, 63 dan 64.

Unit 10-11

Page 12: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 12

dengan menomborkannya semula sebagai kaedah 67;

dengan menggantikan nota birai dengan nota birai yang berikut:

“Rayuan.”; dan

dengan menggantikan subkaedah (1) dengan subkaedah yang berikut:

“ (1) Jika seseorang pelajar tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan pihak berkuasa tatatertib, pelajar itu boleh mengemukakan secara bertulis dalam dua salinan tentang cadangannya hendak merayu terhadap keputusan itu melalui Pegawai Hal Ehwal Pelajar dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan itu telah diberi.”.

Kaedah baru 75 32. Kaedah-Kaedah ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 74 kaedah yang berikut:

“Penyampaian notis, dokumen, dsb.

75. (1) Tiap-tiap pelajar hendaklah memberi kepada Ketua Eksekutif alamat kediamannya atau apa-apa perubahan alamat itu yang akan menjadi alamatnya bagi maksud menyampaikan kepadanya apa-apa notis atau dokumen yang dikehendaki disampaikan di bawah Kaedah-Kaedah ini atau bagi maksud memberitahunya mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan Kaedah-Kaedah ini.

(2) Apa-apa dokumen, notis atau apa-apa komunikasi yang ditinggalkan di, atau diposkan melalui pos biasa ke alamat bagi penyampaian yang diberikan di bawah subkaedah (1) hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu dengan sewajarnya kepada pelajar itu.”.

Dibuat 30 Disember 1997.[KP (PPU) S 10075/07/10; PN. (PU2) 365.]

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK,Menteri Pendidikan

Unit 10-12

Page 13: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 13

P.U. (A) 538.

AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN(TATATERTIB) 1976

PERINTAH KAEDAH-KAEDAH INSTITUSI PELAJARAN(TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) (PINDAAN) 1997

Akta 174

Nama dan mula berkuat kuasa.

Pindaan Jadual Ketiga.

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 22(2) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Menteri membuat perintah yang berikut:

1. (1) perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Jadual Ketiga) (Pindaan) 1997.

(2) Perintah ini hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998.

2. Jadual Ketiga kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 adalah dipinda -

dalam subperenggan 1 (1) -

dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “lapangan” dimana-mana jua terdapat dengan perkataan “bidang”; dan

dalam subsubperenggan (b) dengan menggantikan perkataan “kertas undi rahsia, yang dijalankan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar” dengan perkataan “kertas undi rahsia atau apa-apa cara lain yang ditentukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar”;

dalam perenggan 6 -

dengan menomborkan semula subperenggan (1) swbagai peranggan 6; dan

dengan memotong subperenggan (2); dan

Unit 10-13

Page 14: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 14

dalam perenggan 7 -

dengan memotong perkataan “dan” yang terdapat dihujung subsubperenggan (b);

dalam subsubperenggan (c) dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; dan

dengan memasukkan selepas subsubperenggan (c) subsubperenggan yang berikut:

untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu persatuan dikalangan pelajar-pelajar Institusi; dan

membantu pihak berkuasa Institusi memelihara disiplin pelajar.”.

Dibuat 30 Disember 1997.[KP (PPU) S 10075/07/10; PN. (PU2) 365.]

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK,Menteri Pendidikan

MAS/hbb/akta institusi-institusi pelajaran (tatatertib 1976)Nor Isna

Unit 10-14

Ni akta ni .. jangan dok baca saja, ikut peraturan tau...

Page 15: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 15

10.2 PERATURAN KELAS, BENGKEL, MAKMAL DAN ASRAMA

PERATURAN KELAS / MAKMAL / BENGKEL

Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam digalakkan berpakaian menutup aurat.

1. Rupa diri pelajar lelaki

1.1 Pakaian ke kelas / bengkel / makmal

a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendekb. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang berunsur

lucah, negatif dan berunsur politikc. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurnad. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in)e. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi mestilah lengkapf. Berseluar ‘slack’g. Berkasut dan berstokinh. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya tidak dibenarkani. Sebarang bentuk perhiasan tidak dibenarkan.

1.2 Rambut

a. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju.

b. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan

2. Rupa diri pelajar perempuan

2.1 Pakaian ke kelas / bengkel / makmal

a. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan memdedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan

b. Pelajar tidak dibenarkan memakai ‘skirt’ yang lebih pendek dari paras lututc. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar seperti liar, negatif,

lucah atau berunsur politikd. Berseluar tidak ketate. Selipar, terompah, capal kasut bertumit tinggi (runcing), kasut berladam yang

berbunyi dan seumpamanya tidak dibenarkan

Unit 10-15

Page 16: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 16

2.2 Rambut

a. Rambut hendaklah kemas dan bersihb. Rambut berfesyen sepeeti berwarna dan berekor tidak dibenarkanc. Pelajar Islam digalakkan memakai tudung

2.3 Perhiasan

a. Memakai barang kemas yang berlebihan tidak digalakkan

PERATURAN TAMBAHAN MAKMAL

1. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam makmal tanpa kehadiran dan kebenaran pensyarah atau juru teknik makmal

2. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau memakai selipar di dalam makmal3. Sebarang kerosakan atau kehilangan barangan yang ada di dalam makmal

hendaklah dilaporkan kepada pensyarah atau juruteknik makmal dengan segera4. Sebelum meninggalkan makmal , pelajar hendaklah memastikan bahawa tempat

kerja masing-masing bersih dari sebarang sampah dan tiada contengan pada dinding dan sebagainya

5. Pelajar tidak dibenarkan membuat uji kaji atau bancuhan alat-alat kimia tanpa kebenaran atau panduan daripada pensyarah atau juruteknik

6. Pelajar hendaklah meletakkan beg, fail dan peralatan lain (barangan tidak berkenaan) pada sudut makmal yang ditetapkan

7. Pelajar hendaklah mematuhi sebarang peraturan yang disarankan dari semasa ke semasa.

8. Pelajar dikehendaki menjaga keselamatan peralatan makmal daripada berlaku kerosakan atau kemusnahan.

9. Pelajar dikehendaki memakai pakaian atau peralatan keselamatan jika dikehendaki berbuat demikian.

PERATURAN TAMBAHAN BENGKEL

1. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam makmal tanpa kehadiran dan kebenaran pensyarah atau juru teknik makmal

2. Pelajar dikehendaki mengambil peralatan yang hendak digunakan dan pulangkan semula ke tempat asal selepas digunakan

3. Pelajar dikehendaki menjaga keselamatan peralatan makmal daripada berlaku kerosakan atau kemusnahan

4. Pelajar hendaklah mematuhi sebarang peraturan yang disarankan dari semasa ke semasa.

5. Pelajar (jika secara berkumpulan) dikehendaki melantik seorang wakil untuk berurusan dengan pensyarah atau juru teknik

6. Pelajar tidak dibenarkan berbuat bising di dalam bengkel

Unit 10-16

Page 17: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 17

7. Pelajar tidak dibenarkan bergurau di dalam bengkel8. Pelajar tidak dibenarkan menganggu pelajar lain di dalam bengkel9. Pelajar dikehendaki memakai pakaian atau peralatan keselamatan jika

dikehendaki berbuat demikian.10. Pelajar dikehendaki membersihkan peralatan yang telah digunakan 11. Pelajar dikehendaki meletak atau menyusun semula peralatan yang telah

digunakan/dibersihkan.

PERATURAN AM ASRAMA

1. Penghuni hendaklah memastikan semua peralatan dan perabut di dalam biliknya lengkap dan sempurna

2. Penghuni hendaklah berkelakuan baik serta berhemah tinggi dan hendaklah sentiasa memelihara suasana harmoni di asrama

3. Hanya penghuni yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik asrama4. Semua peralatan yang terdapat dibilik asrama tidak boleh diubah kedudukannya

atau diubah suai tanpa kebenaran pengarah atau wakilnya5. Kebersihan bilik adalah tanggung jawab penghuninya6. Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab sendiri7. Bertukar bilik tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan8. Semua penghuni bertanggungjawab ke atas bilik aras dan blok mereka secara

berkumpulan9. Penghuni tidak dibenarkan membawa sebarang jenis senjata ke dalam asrama10. Sebarang bentuk ‘ragging’ tidak dibenarkan11. Pelajar lelaki dilarang memasuki kawasan asrama perempuan atay sebaliknya12. Seorang penghuni tidak boleh melakukan sesuatu untuk menghalang atau

menahan seseorang pegawai, pekerja atau wakil politeknik dari memasuki bilik penghuni menetap itu untuk menjalankan tugas dan kewajipannya

13. Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengarah penghuni mengosongkan tempat tinggalnya pada bila-bila masa

14. Selepas jam 11.00 malam, hanya penghuni asrama sahaja yang boleh berada dalam kawasan asrama

15. Penghuni tidak dibenarkan menghadiri atau mengelolakan apa-apa jenis perjumpaan atau perhimpunan di kawasan asrama melainkan dengan kebenaran

16. Penghuni hendaklah ada di bawah kawalannya kad asrama semasa berada di asrama

17. Penggunaan peralatan elektrik di dalam bilik asrama hendaklah mendapat kebenaran pihak berkuasa asrama terlebih dahulu

18. Pengarah atau wakilnya boleh, dari semasa ke semasa, memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah atau arahan yang difikirkan perlu untuk memelihara ketenteraman asrama

19. Sebarang bentuk pendawaian/penyambungan elektrik di dalam asrama adalah dilarang

20. Penghuni dilarang memasuki kawasan kediaman kakitangan kecuali dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya.

Unit 10-17

Page 18: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 18

AKTIVITI 10A

1. Di dalam peraturan kelas, bengkel dan makmal, para pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sopan.Nyatakan 5 daripada cara berpakaian kemas dan sopan bagi rupa diri seorang pelajar lelaki mengikut peraturan di politeknik.

2. Akta 174 ialah akta yang telah diguna pakai oleh semua politeknik Malaysia yang merangkumi akta lalulintas, akta cara berpakaian dan peraturan menduduki asrama.Bilakah akta 174 dilaksanakan ?

Unit 10-18

Eh, cepat.. cepat tengok jam tuu.. apa lama sangat ni, masa..masa !

Eh, cepat.. cepat tengok jam tuu.. apa lama sangat ni, masa..masa !

Page 19: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 19

MAKLUMBALAS 9A

1. Pakaian ke kelas / bengkel / makmal bagi pelajar lelaki ialah :

a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendekb. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang berunsur

lucah, negatif dan berunsur politikc. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurnad. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in)e. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi mestilah lengkap

2. Akta 174 dilaksanakan pada tahun 1976

Unit 10-19

Steady juga aku ni.. itulah kalau ingatan kuat, kurang maksiat gerenti dapat.

Steady juga aku ni.. itulah kalau ingatan kuat, kurang maksiat gerenti dapat.

Page 20: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 20

10.3 MENGETAHUI WAWASAN DAN MISI POLITEKNIK

VISI POLITEKNIK

Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia berazanm untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti serta azam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI POLITEKNIK

Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan perindustrian di Malaysia serta membantu negara ke arah pencapaian Wawasan 2020.

10.4 MASALAH MORAL DI POLITEKNIK

i. PONTENG

Ponteng ialah sebahagian daripada masalah moral yang acapkali dilakukan oleh pelajar Politeknik. Mengikut peraturan politeknik kehadiran yang tidak mencapai ke tahap 80% tidak layak menduduki peperiksaan akhir semester. Namun begitu masalah ini tetap berlaku kerana beberapa faktor utama antaranya ialah :

a. malas datang ke kuliahb. selalu tidur lewat malamc. pengaruh dari rakan serumahd. pengajaran tidak menarik minat pelajare. mengutamakan aktiviti lain daripada pelajaranf. berfoya-foyag. suka melepak di tempat awamh. akibat daripada tidak faham sesuatu mata pelajarani. belajar kerana terpaksa

Unit 10-20

Ini amaran terakhir ! lepas ni kalau berlaku juga, muka cuka awak tu saya ubah jadi muka belacan, faham !

Ini amaran terakhir ! lepas ni kalau berlaku juga, muka cuka awak tu saya ubah jadi muka belacan, faham !

Page 21: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 21

j. menjadi sebahagian daripada hobi pelajar

ii. SIKAP DAN TINGKAHLAKU NEGATIF

Masalah moral yang kerap dihadapi oleh pelajar politeknik meliputi berbagai masalah sosial antaranya mempunyai sikap dan tingkahlaku negatif iaitu :

a. suka menangguhkan kerjab. tidak ada pendirianc. belajar sambil lewad. mengabaikan kelas dan pelajarane. tidak menghormati pensyarahf. datang lewat ke kelasg. bercakap kasar dan biadaph. bercakap bohongi. tidak bersemangat semasa belajarj. tidur di dalam kelas

iii. PENGURUSAN MASA YANG TIDAK BAIK

Masa adalah satu aset yang sangat penting, sebab itulah pepatah Melayu ada mengatakan ‘masa itu seperti emas’. Maka pelajar yang sentiasa mengejar masa haruslah peka dalam menggunakan masa yang ada padanya. Tetapi masalahnya pelajar-pelajar sentiasa menghadapi masalah masa kerana mereka tidak menguruskan masa dengan baik. Di antara masalah-masalah yang selalu dihadapi di dalam pengurusan masa ini ialah :

a) mengutamakan masa kepada perkara lain daripada pelajaranb) menunda, menangguh dan membelakangkan hal pelajaran c) tidak melaksanakan tugas pada masa yang ditetapkand) tidak menjadualkan masa dengan bijake) membazirkan masa dengan banyak berborak dan melakukan perkara yang tidak

berfaedahf) berbincang dengan rakan /kumpulan dengan mengambil masa yang lama

Unit 10-21

Page 22: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 22

g) menggunakan masa pada ketika yang kurang produktifh) tidak berwaspada dengan masai) Cuba lari daripada masaj) tidak mempraktikkan masa yang dijadualkan

iv. MENIRU

Masalah meniru selalu kedengaran di mana-mana sahaja sama ada di sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi. Tabiat ini merupakan satu aktiviti yang tidak baik dan menyalahi etika pelajaran walaupun hal ini diketahui oleh pelajar, ianya tetap dilakukan kerana sebab-sebab berikut :

a. tidak bersedia untuk menghadapi ujian/peperiksaan b. tidak percaya kepada diri sendiric. tidak faham soaland. tidak ingat kaedah/formulae. lemah ingatanf. salah ramalan soalang. belajar ‘last minute’h. tabiat suka menirui. berani menanggung risikoj. tidak jujur dengan ilmu

v. TIDAK AMANAH

Pelajar politeknik tidak dapat lari daripada masalah sosial berkaitan ‘tidak amanah’ ini. Kebanyakan pelajar ini cenderung kepada masalah ini kerana :

a. kurangnya asas pendidikan dan penghayatan agamab. kepentingan diric. kesan daripada banyak melakukan kesalahand. tabiat daripada suka berbohonge. tidak bertanggung jawab

Unit 10-22

Muthu ! Kamu meniru yee..

Muthu ! Kamu meniru yee..

Tak ade lah.. saya cuma tengok-tengok saja Encik !

Tak ade lah.. saya cuma tengok-tengok saja Encik !

Mat ! kita asyik dengar lagu saja.. bila nak belajarMat ! kita asyik dengar

lagu saja.. bila nak belajar

Ni pun belajar juga.. belajar nyanyi ! he .. hee..

Ni pun belajar juga.. belajar nyanyi ! he .. hee..

Page 23: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 23

f. pengaruh persekitarang. kesempitan hiduph. mengejar kemewahan hidupi. mengejar pangkat dan kedudukanj. mendapat sanjungan masyarakat

vi. PERLUMBAAN HARAM

Masalah ini sering kedengaran di mana-mana walaupun ia bernama haram tetapi menjadi kegilaan segelintir pelajar politeknik. Ini berlaku disebabkan :

a. pengaruh rakan dan persekitaranb. cabaran rakan sebayac. hadiahd. menunjukkan kehebatan dirie. kepuasan dirif. menunjukkan kenderaannya adalah yang terbaikg. mendapat tajaanh. keberanian tidak kena pada tempatnyai. lupa pada bahaya diri, harta dan orang lainj. suka melawan undang-undang

vii. PERGADUHAN

Pergaduhan merupakan satu perkara yang sangat merbahaya kerana ia melibatkan nyawa dan kecederaan tubuh badan tidak kira kepada sesiapa sahaja, apatah lagi terhadap manusia yang bernama pelajar. Kebanyakan pelajar tahu tentang kebahayaan dan menyalahi undang-undang namun ia tetap dilakukan kerana beberapa faktor utama antaranya :

a. memasuki ahli kumpulan tidak sihatb. cabaran rakan sebayac. ekoran dari berjumpa ahli kumpulan lama d. balas dendame. semangat kedaerahanf. kejutan budaya

Unit 10-23

Maaflah kopral ! Saya tak sengaja tadi.. saya ingat lumba halal, rupanya jadi haram !

Maaflah kopral ! Saya tak sengaja tadi.. saya ingat lumba halal, rupanya jadi haram !

Page 24: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 24

g. menunjuk kehebatan dirih. ingin dikenali dan ditakutii. berebut kekasihj. tidak membayar hutang

viii. PERJUDIAN

Mengikut peraturan politeknik perjudian adalah satu kesalahan yang besar yang mesti dikenakan tindakan. Kesalahan ini berlaku kerana perkara berikut :

a. keseronokanb. hadiah kemenanganc. kepuasand. ketagihane. memenuhi masa lapangf. pengaruh rakang. terima cabaranh. mengasyikkani. tidak ada larangan/peraturan terhadap perjudianj. tidak ada kesedaran terhadap akibat keburukan berjudi

ix. MENCURI

Mencuri didefinisikan sebagai mengambil harta orang tanpa pengetahuan tuannya atau di belakang tuannya. Ia menjadi kesalahan dan berdosa sekiranya dilakukan. Di antara faktor penyebabnya ialah :

a. kurang pendidikan dan penghayatan agamab. kemiskinan dan kesempitan hidupc. malas berusahad. memenuhi kehendak diri walaupun tidak mampue. ada peluang untuk mencurif. penguatkuasaan peraturan yang longgarg. kebiasaan mencurih. mengejar kemewahan hidup

Unit 10-24

Satu untuk kau.. dua untuk aku.. dua untuk kau.. tiga untuk aku..

Satu untuk kau.. dua untuk aku.. dua untuk kau.. tiga untuk aku..

Page 25: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 25

i. didikan yang kurang sempurna dari ibu bapaj. kurang kawalan dari masyarakatk. memandang remeh terhadap kecurian kecil-kecilan

x. KHALWAT

Berkhalwat ialah bersunyi-sunyian di tempat yang boleh mendatangkan syak wasangka seperti berada di dalam rumah, bilik atau di tempat sunyi sama ada seorang lelaki dengan seorang perempuan atau lebih, dan sebaliknya. Perkara seperti ini sangat banyak berlaku di persekitaran politeknik seperti di rumah-rumah sewa, taman reakrasi dan di tempat sunyi daripada pandangan masyarakat khususnya sesama pelajar politeknik itu sendiri. Masalah ini sangat menghairankan masyarakat di persekitaran ini kerana amat susah untuk membendungnya, malahan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Inilah yang dikata pelajar politeknik walaupun tidak semua namun tetap dapat membusukkan nama politeknik itu sendiri. Perkara ini perlu sangat diambil perhatian oleh pihak-pihak berkenaan kerana ia melibatkan maruah diri, keluarga dan politeknik itu sendiri. Sebenarnya banyak faktor perkara ini semakin menjadi-jadi antaranya :

a. kurang pendidikan dan penghayatan agamab. godaan syaitanc. dorongan nafsu serakahd. berjauhan dari kawalan keluargae. pengaruh rakan sebayaf. pengaruh filem dan aksi lucahg. ada peluang berkhalwath. denda yang rendah / tidak setimpal dengan kesalahani. tidak menjaga maruah dirij. ingin mencubak. mendapat keseronokan / kenikmatan secara tidak sah

Unit 10-25

Ooi ! tengok ni, tak nampak ke.. poket kosong dah, gara-gara khalwat la ni

Ooi ! tengok ni, tak nampak ke.. poket kosong dah, gara-gara khalwat la ni

Tau pula malu ! Tadi masa kat pokok ketapang tak malu pun, habih semua kawasan hang teroka !

Tau pula malu ! Tadi masa kat pokok ketapang tak malu pun, habih semua kawasan hang teroka !

Page 26: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 26

AKTIVITI 10B

1. Berkhalwat adalah salah satu daripada masalah-masalah moral di politeknik. Apakah yang anda faham tentang maksud berkhalwat ?

2. Ramai di kalangan pelajar politeknik tidak dapat menguruskan masa mereka dengan baik dan cemerlang.Cuba anda berikan 4 faktor penyebab kenapa pelajar politeknik ini tidak dapat menguruskan masa dengan baik

Unit 10-26

Perhatian untuk brader.. jangan khalwat tau.. maksiat tu !

Perhatian untuk brader.. jangan khalwat tau.. maksiat tu !

Page 27: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 27

MAKLUMBALAS 10B

1. Berkhalwat ialah bersunyi-sunyian di tempat yang boleh mendatangkan syak wasangka seperti berada di dalam rumah, bilik atau di tempat sunyi sama ada seorang lelaki dengan seorang perempuan atau lebih, dan sebaliknya.

2. Faktor-faktor pengurusan masa yang tidak baik :a) mengutamakan masa kepada perkara lain daripada pelajaranb) menunda, menangguh dan membelakangkan hal pelajaran c) tidak melaksanakan tugas pada masa yang ditetapkand) tidak menjadualkan masa dengan bijake) membazirkan masa dengan banyak berborak dan melakukan perkara yang tidak

berfaedah

3. Sebab-sebab pelajar ponteng kelas :a) malas datang ke kuliahb) selalu tidur lewat malamc) pengaruh dari rakan serumahd) pengajaran tidak menarik minat pelajare) mengutamakan aktiviti lain daripada pelajaranf) berfoya-foyag) suka melepak di tempat awamh) akibat daripada tidak faham sesuatu mata pelajaran

4. Faktor-faktor pelajar meniru :a) tidak bersedia untuk menghadapi ujian/peperiksaan b) tidak percaya kepada diri sendiric) tidak faham soaland) tidak ingat kaedah/formulae) lemah ingatan

Unit 10-27

Page 28: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 28

PENILAIAN KENDIRI

1. Berikan 5 perbezaan di antara rupa diri berkaitan pakaian pelajar lelaki dan perempuan

2. Akta 174 ialah satu akta / peraturan yang diguna pakai bertujuan untuk menjaga kepentingan pensyarah, kakitangan dan seterusnya pelajar itu sendiri.Sebutkan 5 kepentingan akta 174 yang telah dilaksanakan di politeknik-politeknik Malaysia.

3. Semua pelajar telahpun maklum bahawa kehadiran kurang daripada 80% menyebabkan seseorang pelajar tidak dapat memasuki peperiksaan akhir. Namun begitu perkara ini tetap juga berlaku kerana beberapa sebab. Senaraikan sebab-sebab mengapa pelajar selalu ponteng kelas.

4. Ada di kalangan pelajar politeknik telah ditangkap kerana didapati meniru di dalam dewan peperiksaan.Jelaskan 5 faktor mengapa pelajar didapati meniru di dalam peperiksaan.

Unit 10-28

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

Page 29: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 29

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

1.

Rupa diri pelajar lelaki Rupa diri pelajar perempuan

a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek

b. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang berunsur lucah, negatif dan berunsur politik

c. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna

d. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in)

e. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi mestilah lengkap

a. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan memdedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan

b. Pelajar tidak dibenarkan memakai ‘skirt’ yang lebih pendek dari paras lutut

c. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar seperti liar, negatif, lucah atau berunsur politik

d. Berseluar tidak ketate. Selipar, terompah, capal kasut

bertumit tinggi (runcing), kasut berladam yang berbunyi dan seumpamanya tidak dibenarkan

2. Lima kepentingan akta 174 ialah :

a. melicinkan perjalanan peraturan di politeknik

Unit 10-29

Page 30: Unit 10

ISU-ISU MORAL DI POLITEKNIK A 1002 / Unit10/ halaman 30

b. melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin

c. menjaga keharmonian dan kesejahteraan warga politeknik

d. mencegah daripada berlaku perbalahan kaum

e. melahirkan graduan yang terlatih, berdisiplin tinggi dan berwawasan.

Unit 10-30