undang-undang tort

11
1 1.0 Pengenalan Undang-undang adalah satu cara mengawal masyarakat iaitu ia digunakan sebagai alat untuk mengawal tindakan ahli- ahlinya. Kawalan yang dijalankan dilaksanakan dengan cara-cara yang jelas. Undang-undang jenayah bertindak sebagai mengawal tindakan anti sosial. Jika berlaku sesuatu perkara yang melanggar undang-undang jenayah, orang itu akan dihukum. Apabila kita menyebut undang-undang, melanggarinya akan menjadi satu kesalahan besar yang bersamanya hukuman dijatuhkan kepada si pesalah. Perlakuan masyarakat dalam sesebuah negara itu dikawal undang-undang negara yang ditegakkan mengikut undang-undang perlembagaan negara. Undang-undang inilah yang mengawal setiap perlakuan masyarakat, institusi dan sebagainya agar keamanan, hak dan tanggungjawab dapat ditegakkan. Dalam konteks antarabangsa, perhubungan di antara negara dikawal oleh satu undang-undang antarabangsa. Undang-undang itu memiliki matlamat sama dengan undang-undang dalam sesebuah negara itu untuk menjamin agar keadilan dapat ditegakkan. Inilah hakikat yang diterima pakai dalam kehidupan manusia bertamadun. Dalam konteks diri manusia, ada peraturan dalaman yang dinamakan etika yang sifatnya mengawal pemikiran dan tingkah laku manusia.

Upload: mahyuddin-ibrahim

Post on 06-Aug-2015

1.010 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

law

TRANSCRIPT

Page 1: undang-undang tort

1

1.0 Pengenalan

Undang-undang adalah satu cara mengawal masyarakat iaitu ia digunakan sebagai alat

untuk mengawal tindakan ahli-ahlinya. Kawalan yang dijalankan dilaksanakan dengan cara-cara

yang jelas. Undang-undang jenayah bertindak sebagai mengawal tindakan anti sosial. Jika

berlaku sesuatu perkara yang melanggar undang-undang jenayah, orang itu akan dihukum.

Apabila kita menyebut undang-undang, melanggarinya akan menjadi satu kesalahan besar yang

bersamanya hukuman dijatuhkan kepada si pesalah. Perlakuan masyarakat dalam sesebuah

negara itu dikawal undang-undang negara yang ditegakkan mengikut undang-undang

perlembagaan negara. Undang-undang inilah yang mengawal setiap perlakuan masyarakat,

institusi dan sebagainya agar keamanan, hak dan tanggungjawab dapat ditegakkan. Dalam

konteks antarabangsa, perhubungan di antara negara dikawal oleh satu undang-undang

antarabangsa. Undang-undang itu memiliki matlamat sama dengan undang-undang dalam

sesebuah negara itu untuk menjamin agar keadilan dapat ditegakkan. Inilah hakikat yang

diterima pakai dalam kehidupan manusia bertamadun. Dalam konteks diri manusia, ada

peraturan dalaman yang dinamakan etika yang sifatnya mengawal pemikiran dan tingkah laku

manusia.

Page 2: undang-undang tort

2

1.1 Makna Tort.

Perkataan Tort berasal daripada bahasa Latin dan maknanya ialah berpulas atau salah.Secara

ringkasnya,perkataan tort itu bermakna suatu kesalahan yang mana tindakan undang-undang

boleh diambil terhadapnya.

Menurut makna Tort yang lain pula,dari segi bahasa,Tort bermakna

kesalahan.Namun,perkataan kesalahan mempunyai maksud yang lebih luas daripada apa yang

dikehendaki oleh perkataan Tort.Dapat dikatakan juga,semua tort adalah kesalahan,tetapi tidak

semua kesalahan adalah tort.Ini kerana semua kesalahan itu terletak di bawah undang-undng

kontrak,jenayah,keluarga,amanah dan sebagainya.(Norchaya:1)

Dalam Bahasa Inggeris,perkataan tort adalah sinonim dengan perkataan wrong,dan ia

berasal dari perkataan dalam bahasa Perancis yang digunakan bagi maksud wrong.Selain

itu,dikatakan juga bahawa perkataan tort yang berasal dari perkataan Latin,iaitu tortum atau

tortus,adalah sama dengan perkataan wrong yang asalnya ialah wrung.Selain daripada kedua-dua

perkataan tersebut member erti salah atau kesalahan,ia juga bererti curang,tipu,tidak

jujur,berbelit-belit,tidak lurus,bengkang-bengkok,berliku-liku dan memutar belit,sebagai lawan

kepada lurus dan betul.(Abdul Basir:1)

Dalam tritisnya yang terkenal, Handbook of the Law of Torts, William Prosser mentakrifkan

"tort" sebagai "satu istilah yang diaplikasikan kepada satu kumpulan kesalahan sivil yang tidak

tentu dan tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi tidak sama sekali berkait dengan satu

perlanggaran kontrak dimasa satu mahkamah undang-undang mampu memberi satu pampasan

dalam satu bentuk tindakan tuntutan ganti rugi."( http://ms.wikipedia.org/wiki/Tort)

Selain pampasan, dalam sesetengah kes berhad, undang-undang tort membenarkan tindakan

sendiri, seperti menggunakan kekerasan yang wajar untuk membuang penceroboh. Tambahan

pula dalam satu kes tort yang berlarutan, dimana gangguan terus-menerus, mahkamah pada

sesetengah masanya akan memberi gran injunksi untuk menghalang daripada gangguan itu terus

berlaku, sebagai contoh, satu kes pengaduan tentang bunyi yang terlalu kuat di sebuah tapak

pembinaan sebelah memungkinkan mahkamah mengarahkan pembinaan itu diberhentikan

sementara kes masih berlangsung.

Page 3: undang-undang tort

3

1.2 Tort di bezakan daripada Jenayah.

Berbanding dengan undang-undang jenayah,misalnya di mana suatu janayah itu merupakan

suatu kesalahan terhadap ahli-ahli masyarakat secara umumnya,suatu tort itu merupakan suatu

kesalahan kepada individu tertentu dalam sesebuah masyarakat.

Orang yang menjadi mangsa kepada sesuatu perbuatan jenayah tidak akan mengambil

tindakan undang-undang berbenruk jenayah terhadap penjenayah tersebut.Sebaliknya,tindakan

akan diambil terhadap pihak yang dikatakan melakukan jenayah itu oleh pendakwa raya bagi

pihak masyarakat secara keseluruhannya.Sekirannya jenayah itu dibuktikan di sisi undang-

undang,maka sidituduh itu akan dikenakan hukuman,sama ada dalam bentuk hukuman

mati,penjara,denda ataupun dirotan.

Berbeza keadaannya dengan orang yang mana kesalahan yang dilakukan terhadapnya

ialah suatu tort.Pihak pendakwa raya misalnya,tidak terlibat dalam sebarang tindakan terhadap

pelaku tort atau defenden tersebut.Orang yang mengalami tort itu,yakni plaintif,yang perlu

mengambil tindakan terhadap defenden itu.Sekirannya plaintif Berjaya membuktikan di

mahkamah bahawa defenden itu sememangnnya telah melakukan suatu tort terhadapnya,maka

plaintif boleh mendapat pampas an yang biasanya dalam bentuk kewangan,daripada

defenden.Pampasan ini dirujuk sebagai ganti rugi.(Norchaya:2)

1.3 Jenis-Jenis Tort.

Prinsip-prinsip undang-undang tort pada asasnya member perlindungan kepada diri serta

hartabenda individu-individu dalam masyarakat.Dalam memberikan perlindungan ini,jenis-jenis

tort yang sesuai bagi mana-mana situasi dan keadaan kes mungkin berbeza.Tort utama ialah tort

kecuaian,diman tanggungan defenden bergantung kepada tahap berhati-hati yang dikenakan oleh

undang-undang terhadap seseorang yang bertindak seperti defenden dalam keadaan yang

sama.Skop tort kecuaian ini amat luas dan tidak semestinnya terbatas.Tort kacau-ganggu

melibatkan pengimbangan hak-hak tuan tanah yang berbeza dan kayu pengukurnya ialah

kemunasabahan aktiviti defenden dan kesanya ke atas plaintif.

Tort tanggungan tegas misalnya tidak berlandaskan konsep kemunasabahan seperti tort

kecuaian dan kacau-ganggu.Tanggungan bagi tanggungan tegas bergantung kepada factor-faktor

Page 4: undang-undang tort

4

lain yang apabila dapat dibuktikan oleh plaintif,memadai untuknya Berjaya dalam tindakannya

terhadap defenden.

Tort berniat pula memerlukan niat dibuktikan di pihak defendan sebelum tuntutan plaintif

dibenarkan.Walaupun pada dasarnya factor niat ini lebih sukar untuk dibuktikan berbanding

dengan tahap kemunasabahan yang defenden perlu capai dalam apa jua aktivitinya,bagi tort

berniat,plaintif tidak perlu untuk membuktikan kerosakan di pihaknya untuk tuntutannya itu

dibenarkan oleh mahkamah.

Tort fitnah agak istimewa kerana ianya member perlindungan kepada maruah dan

reputasi seseorang.Keperluan tort ini berbeza daripada tort lain.Dalihan yang diperuntukkan oleh

undang-undang juga berbeza.

Pendek kata,kesemua jenis tort yang ada,secara keseluruhannya bertujuan untuk member

perlindungan kepada kesejahteraan kehidupan individu.Maka ini bermakna,sekiranya hak atau

kepentingan yang baru dicipta atau ditemui,dan kemudiannya ia dicabar oleh individu lain di

dalam masyarakat tersebut,hak ini boleh diberi perlindungan melalui prinsip-prinsip asas

undang-undang tort.(Norchaya 2003:2-4)

1.4 Tanggungan Berasaskan Kesalahan.

Salah satu daripada objektif utama undang-undag tort ialah pemberian pampas an iaitu

‘compensation’.Walaubagaimanapun,pampas an diberi hanya di dalam keadaan di mana plaintif

dapat membuktikan bahawa sememangnya defendan bersalah.Maka tort memerlukan

pembuktian kesalahan.Ini sering dirujuk sebagai ‘fault liability’.

Ringkasnya,pembuktian kesalahan ini bukannya merupakan suatu proses yang mudah

untuk plaintf yang membuat tuntutan di mahkamah.Ini bermakna,terdapat kes-kes di mana

plaintif gagal membuktikan bahawa defendan telah dengan jelasnya,melakukan suatu tort

terhadapnya,dan plaintif terpaksa menanggung suatu tort terhadapnya,dan plaintif terpaksa

menanggung kerugiannya sendiri.Disebabkan timbulnya ketidakadilan dalam keadaan di mana

plaintif sememangnya tidak bersalah,tetapi beliau tidak dapat membuktikan kesalahan di pihak

defendan menurut keperluan undang-undang,terdapat system alternative yang dipanggil ‘no-foult

Page 5: undang-undang tort

5

liability’ di negara-negara barat misalnya,di mana plaintif tidak perlu untuk membuktikan

kesalahan defenden untuk menerima pampasan.

Tanggungan tanpa pembuktian kesalahan ini tidak dipraktikan di Malaysia setakat

ini.Tanggungan tort masih berlandaskan pembuktian kesalahan sebelum defendan dikenakan

liability.(Norchaya 2006:4-5)

1.5 Konsep ‘Orang Yang Munasabah’ Dalam Undang-Undang Tort.

Bagi menentukan sama ada tindakan itu mewujudkan suatu tanggunjawab tort,ujian asas yang

digunakan ialah sama ada orang yang munasabah,sekirannya dia berada dalam situasi

defendan,adakah dia juga akan bertindak dengan cara yang sama?.Ujian ‘orang yang munasabah’

ini menyelubungi dan merupakan sesuatu yang fokal dalam undang-undang tort.

Tetapi ujian ini hanyalah suatu kayu ukur sahaja.Orang yang munasabah itu tidak

wujud,Ia merupakan suatu bayangan yang sentiasa diawasi dan diberikaan perhatian untuk

mencapai keputusan sama ada tindakan defendan boleh dipersalahkan atau tidak di sisi undang-

undang.Dalam konteks ini,undang-undang tort tidak static dan boleh berubah dari segi penentuan

dan penetapan apakah tindakan yang dikira sebagai tidak munasabah.

1.6 Peranan Undang-Undang Tort dalam Konteks Masyarakat.

Tanggungan tort timbul akibat daripada tugas yang dikenakan ke atas seseorang defenden oleh

undang-undang.

Salah satu daripada fungsi undang-undang ialah pengimbangan hak-hak dan kepentingan-

kepentingan yang berbeza di dalam masyarakat.Misalnya,seseorang itu suka mendengar muzik

dengan nada yang kuat sehingga lewat malam.Mendengan muzik merupakan cara individu

tersebut beristirehat setelah berkerja sepanjang hari.Jirannya pula memerlukan keadaan

persekitaran yang senyap dan sunyi kerana beliau ialah pelukis yang perlu yang perlu mencari

keterangan untuk mendapatkan ilham untuk melukis.Ini wujud di antara dua jiran

ini.Kepentingan siapakah yang harus diberi keutamaan?Apakah panduan atau ukuran untuk

memutuskan kepentingan siapakah yang patut direalisasikan?

Page 6: undang-undang tort

6

Tort yang berkaitan dalam penyelesaian masalah ini ialah tort kacau-ganggu.Maka

undang-undang tort memainkan peranan sebagai suatu kaedah mengatur kehidupan social

ataupun ‘social engineering’ dalam sesebuah masyarakat itu.

Seperti yang telah disebut kan di atas seseorang defendan yang didapati bertanggungan

bagi sesuatu tort akan diarah oleh mahkamah untuk membayar pampas an yang biasanya dalam

bentuk gantirugi,kepada plaintif.Tujuan pembayaran gantirugi ini ialah supaya plaintif

dikembalikan kepada keadaab asalnya,sebelum tort itu berlaku ke atas diri atau

hartabendanya.Perpindahan ekonomi ini daripada defenden ke plaintif secara amnya merupakan

apa yang dipanggil pengagihan kerugian ataupun ‘loss distribution’.

Undang-undang tort memainkan peranan dalam pengagihan kerugian ini melalui proses

pemberian ganti rugi,yang bertujuan dan diharapkan dapat mencapai imbangan dalam kehidupan

bermasyarakat,Pengagihan kerugian ini juga diharapkan dapat mewujudkan suatu penghindaran

atau ‘deterrence’ kepada ahli-ahli masyarakat yang lain.Maksudnya.orang lain akan merasa

khuatir dan tidak berkeinginan untuk melakukan sebarang tort kerana mereka tidak sanggup

untuk membayar gantirugi sebagai pampasan.

1.7 Peranan Polisi Dalam Undang-Undang Tort.

Polisi memainkan peranan penting di dalam undang-undang tort.Cara dalam mana polisi

memainkan peranan ialah misalnya di dalam undang-undang kecuaian,di mana untuk

menentukan sama ada wujud atau tidak tugas berhati-hati di pihak defendan terhadap

plaintif,salah satu elemen yang perlu dipertimbangkan ialah sama ada ianya ke atas

defendan.Konsep ‘adil dan munasabah’ ini bukannya sesuatu yang tetap,malahan ia boleh

berubah dan di sinilah polisi dalam isu yang dibicarakan itu boleh diambilkira oleh mahkamah

dalam mencapai keputusannya.(Norchaya 2006:6)

Page 7: undang-undang tort

7

1.8 Kesimpulan.

Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana sifat manusia

itu yang lemah mengawal kehendak nafsunya. Wujudnya undang-undang adalah berasaskan

kepada amalan, persetujuan, perjanjian, norma prinsip dan injunksi mahkamah. Apabila semua

perlakuan ini diformalkan, terbentuk satu peraturan yang dinamakan undang-undang. Undang-

undang juga menyediakan struktur peraturan yang membolehkan seseorang menjalankan

perniagaan. Misalnya undang-undang syarikat memastikan orang yang hendak berniaga

mengasingkan dirinya dari perniagaannya itu kerana jika perniagaan itu tidak menghasilkan

keuntungan atau menjadi bankrap, syarikat itu sahaja yang bertanggungjawab menjelaskan

hutang dan bukan individu-individu dalam syarikat tersebut. Undang-undang juga dilihat

sebagai alat mengawal atau mengatur masyarakat. Ini dapat dilihat dalam undang-undang

perlembagaan yang mana ia mengatur dan menentukan fungsi institusi-institusi atau organ-organ

kerajaan dalam sesebuah negara. Ia mempengaruhi perbuatan atau tindakan masyarakat dengan

memperuntukkan peraturan pembayaran cukai. Dengan cukai ini dapat pula memperuntukkan

bantuan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan melalui undang-undang kebajikan. Para

sarjana Kontra-Reformasi dari abad ke 16 berpendapat bahawa kegiatan manusia memang

terbatas menurut kuasa alam. Oleh sebab itu undang-undang positif boleh dan harus

membatasinya untuk kepentingan kegiatan orang lain. Ini adalah kerana semua orang

mempunyai kebebasan kehendak dan kesanggupan untuk membimbing diri sendiri ke arah

tujuan yang disedari.

Page 8: undang-undang tort

8

Rujukan.

Norchaya Talib. 2006;Prinsip-Prinsip Asas Tort

Norchaya Talib.2003;Law of Torts in Malaysia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tort

Abdul Basir Mohamad.2009; Undang-Undang Tort Islam.