undang-undang resmi ptq.2[1]

27
UNDANG-UNDANG RASMI PERMAINAN PETANQUE (Undang-undang berikut telah diluluskan oleh World Congress, FIPJP dengan pindaan-pindaan yang dilakukan di Dakar, Senegal pada 14 November 2008) ------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------ PERATURAN AM ARTIKEL 1 – KOMPOSISI PASUKAN Petanque adalah sukan di mana - 3 pemain melawan 3 pemain (Triples) Sukan ini boleh juga dimainkan dengan: - 2 pemain melawan 2 pemain (Doubles) - 1 pemain melawan 1 pemain (Singles) Dalam Triples seorang pemain menggunakan 2 biji boule. Dalam Doubles dan Singles seorang pemain menggunakan 3 biji boule. Tidak ada formula yang lain dibenarkan. ARTIKEL 2 – SYARAT-SYARAT BOULES YANG DILULUSKAN. Petanque dimainkan dengan boule yang diiktiraf oleh FIPJP dan memenuhi criteria berikut:- 1) Diperbuat daripada logam. 2) Mempunyai diameter (garispusat) antara 7.05 cm (minimum) dan 8.0 cm (maksimum) 3) Mempunyai berat antara 650 gm (minimum) dan 800 gm (maksimum). Jenama pengeluar dan berat boule hendaklah tertera pada boule dan sentiasa dapat dilihat dengan jelas. 1

Upload: ku2laut2930

Post on 06-Dec-2015

428 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Syarat Permainan Petanque

TRANSCRIPT

Page 1: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

UNDANG-UNDANG RASMI PERMAINAN PETANQUE (Undang-undang berikut telah diluluskan oleh World Congress, FIPJP dengan pindaan-pindaan yang dilakukan di Dakar, Senegal pada 14 November 2008)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------PERATURAN AM

ARTIKEL 1 – KOMPOSISI PASUKAN

Petanque adalah sukan di mana- 3 pemain melawan 3 pemain (Triples)

Sukan ini boleh juga dimainkan dengan:- 2 pemain melawan 2 pemain (Doubles)- 1 pemain melawan 1 pemain (Singles)

Dalam Triples seorang pemain menggunakan 2 biji boule. Dalam Doubles dan Singles seorang pemain menggunakan 3 biji boule.

Tidak ada formula yang lain dibenarkan.

ARTIKEL 2 – SYARAT-SYARAT BOULES YANG DILULUSKAN.

Petanque dimainkan dengan boule yang diiktiraf oleh FIPJP dan memenuhi criteria berikut:-

1) Diperbuat daripada logam.2) Mempunyai diameter (garispusat) antara 7.05 cm (minimum) dan 8.0 cm

(maksimum)3) Mempunyai berat antara 650 gm (minimum) dan 800 gm (maksimum).

Jenama pengeluar dan berat boule hendaklah tertera pada boule dan sentiasa dapat dilihat dengan jelas.

Bagi pertandingan yang melibatkan pemain-pemain berumur 11 tahun atau kurang, pemain-pemain boleh menggunakan boule yang mempunyai berat 600 gm dan diameter 65 mm dengan syarat boule berkaitan dibuat oleh pengeluar yang sah.

4) Boule tidak boleh diberatkan atau disumbat pasir (atau bahan-bahan asing) ke dalamnya. Secara umumnya boule tidak boleh diaduk-aduk (tamper) dengan apa jua cara atau diubah-ubah (alter) atau diubahsuai (modify) selepas pembuatan pengeluar yang sah.Menempa semula (re-tempering) boule dengan tujuan mengubah kekerasan boule yang sediakala adalah dilarang.

Walau bagaimanapun, pemain dibenarkan mengukir nama lengkap, nama ringkas, initial, akronim atau pelbagai logo di atas boule mengikut spesifikasi pengeluarnya.

1

Page 2: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

ARTIKEL 2a – DENDAAN (PENALTIES) BAGI BOULE YANG TIDAK MEMENUHI SYARAT.

Pemain yang melanggar peruntukan (4) di atas akan dibatalkan daripada menyertai pertandingan, dengan serta merta, bersekali dengan rakan atau rakan-rakan pasukannya.

Sekiranya boule tidak diaduk-aduk tetapi lusuh atau cacat semasa pengeluaran dan tidak diluluskan oleh satu badan pengawal atau tidak memenuhi ciri-ciri (1), (2) dan (3) di atas, pemain berkaitan hendaklah menukar boulenya. Dia dibenarkan menukar keseluruhan set boulenya.

Dakwaan yang merujuk kepada perkara (1), (2) atau (3) yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah dibuat sebelum permainan dimulakan. Semua pemain hendaklah mempastikan bahawa ke semua boule mereka dan bouole pihak lawan mematuhi peraturan di atas.

Dakwaan yang merujuk kepada perkara (4) boleh dibuat pada bila-bila masa semasa pertandingan antara dua ‘end’. Bagaimanapun dakwaan terhadap boule lawan yang dibuat dari ‘end’ ketiga dan seterusnya dan sekiranya dakwaan itu di dapati tidak berasas, pemain berkenaan atau pasukannya akan dikenakan denda 3 mata yang akan ditambah kepada skor pasukan lawannnya.

Pengadil atau Juri boleh pada bila-bila masa, memeriksa boule mana-mana pemain.

ARTIKEL 3 – JACK YANG DILULUSKAN.

Jack adalah diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik, mempunyai tanda pengeluar dan mendapat pengesahan daripada FIPJP. Jack berkenaan perlu memenuhi segala spesifikasi yang releven.

Mempunyai diameter (garispusat) 30mm (tolerensi: + atau – 1mm).

Jack boleh diwarnai dengan apa jua warna tetapi tidak boleh pada bila-bila masa jack tersebut mudah diangkat dengan mengguna besi berani (magnet).

ARTIKEL 4 – LESEN.

Sebelum pertandingan dimulakan setiap pemain perlu mengemukakan lesennya. Pemain perlu mengeluarkan lesen apabila diminta oleh Pengadil atau lawannya melainkan lesen-lesen tersebut telah dikumpul dan berada dalam simpanan pihak penganjur.

2

Page 3: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

TATACARA PERMAINAN

ARTIKEL 5 – PERATURAN GELANGGANG

Petanque boleh dimainkan di atas gelanggang pelbagai permukaan. Jawatankuasa pengelolaan pertandingan boleh mengarahkan pasukan-pasukan bermain di atas gelanggang yang tetap (marked terrain). Dalam keadaan ini, untuk Kejohanan Kebangsaan dan Antarabangsa, ukuran minimum gelanggang hendaklah berukuran: 4 meter lebar dan 15 meter panjang.

Untuk lain-lain Kejohanan, Persatuan boleh mempelbagai ukuran sehingga 12 meter panjang dan 3 meter lebar.

Apabila satu gelanggang tetap ditemukan dengan satu gelanggang lain dihujungnya, garisan yang bertemu ini adalah garisan bola mati.

Sekiranya satu-satu gelanggang dilingkungi dengan satu sempadan kekal, sempadan ini hendaklah dijarakkan minimum 1 meter dari ‘garisan bola mati.’

Permainan ini dimainkan sehingga 13 mata. Dalam acara liga dan pusingan kelayakan mata penamat boleh ditetapkan kepada 11 mata.

Ada pertandingan yang boleh dijalankan mengikut masa. (Masa permainan ditetapkan oleh pihak penganjur)

ARTIKEL 6 – MEMULAKAN PERMAINAN DAN PERATURAN BERKAITAN BULATAN MEMBALING.

Pemain-pemain perlu melakukan undian untuk menentukan pasukan yang akan memilih gelanggang dan melontar jack.

Sekiranya gelanggang telah diperuntukkan oleh pengelola pertandingan, jack hendaklah dilontar dalam gelanggang yang berkenaan. Pasukan tidak dibenarkan bermain di gelanggang berlainan kecuali dengan kebenaran Pengadil.

Mana-mana ahli pasukan yang memenangi undian akan memilih tapak mula dan melekar atau menyediakan satu bulatan membaling yang saiznya cukup untuk seorang pemain berdiri dengan kedua-dua kaki di dalamnya. Bagaimanapun ukuran diameternya tidak boleh kurang daripada 35 cm dan tidak lebih dari 50 cm. Apabila gelung disediakan (prefabricated circle), ia hendaklah mempunyai diameter di sebelahan dalam 50 cm (tolenrasi: + atau -2mm).

Kegunaan gelung (prefabricated circle) adalah ditetapkan oleh pihak penganjur yang akan menyediakannya.

3

Page 4: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

Bulatan membaling sah untuk 3 lontaran yang diberikan kepada satu-satu pasukan hendaklah dilakar atau ditempatkan sekurang-kurangnya 1 meter dari sebarang halangan dan 1meter dari kawasan larangan bermain (out of bounds area). Sekiranya permainan diadakan di kawasan terbuka, bulatan membaling hendaklah berada dalam jarak 2 meter dari bulatan membaling yang berhampiran.

Pasukan yang melontar jack perlu memadam semua bulatan berhampiran yang tidak berkaitan. (Nota: Tidak ada halangan bagi pasukan lawan untuk memadamnya.)

Kawasan dalam bulatan boleh dibersihkan sepenuhnya daripada batu-batu dan sebagainya semasa end berjalan tetapi perlu dikembalikan kepada keadaaan asal selepas end tamat.

Bulatan membaling tidak dianggap sebagai kawasan larangan.

Kedua-dua kaki pemain hendaklah berada di dalam bulatan tanpa menyentuh garisan. Kaki tidak boleh dikeluarkan atau diangkat sehingga boule yang dilontar mencecah gelanggang.

Tidak ada mana-mana bahagian anggota dibenarkan menyentuh gelanggang di luar bulatan. Pemain yang cacat anggota kakinya boleh berdiri dengan sebelah kaki berada di dalam bulatan.

Pemain yang melontar dari kerusi roda, sekurang-kurangnya satu roda (bersebelahan dengan tangan membaling) perlu berada di dalam bulatan.

Pemain yang melontar jack tidak semestinya pemain pertama yang akan melontar boule.

ARTIKEL 7 – JARAK SAH UNTUK LONTARAN JACK.

Jack yang telah dilontar akan dikira sah sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:-

1) Jaraknya dari garisan sebelahan dalam bulatan mestilah antara :

4 meter minimum dan 8 meter maksimum untuk kanak-kanak (Minors)5 meter minimum dan 9 meter maksimum untuk anak-anak muda (Cadets)6 meter minimum dan 10 meter maksimum untuk remaja dan dewasa.(Nota: Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun. Anak-anak muda berumur 13 – 15 tahun. Remaja berumur 16 – 18 tahun dan dewasa berumur 18 tahun ke atas.

2) Bulatan membaling berada dalam jarak minimum 1 meter dari sebarang halangan.

3) Jack berada dalam jarak minimum 1 meter dari sebarang halangan dan sempadan pemainan yang paling hampir.

4

Page 5: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

4) Jack hendaklah boleh dilihat oleh pemain dalam keadaan kedua-dua kakinya berada dalam bulatan dan berdiri tegak. Sekiranya terdapat keraguan pengadil akan memberi kata putus dan keputusan yang dibuat sama ada jack itu kelihatan atau sebaliknya adalah muktamad.

Untuk end berikutnya, jack akan dilontar dari bulatan yang dibuat atau disediakan di kedudukan terakhir jack pada end sebelumnya kecuali dalam kes-kes di bawah ini:

i ) – Bulatan akan berada kurang 1 meter daripada halangan.ii) – Lontaran jack tidak dapat dilakukan sejauh jarak permainan yang sah.

Dalam keadaan pertama, pemain akan membuat atau menyediakan bulatan dalam jarak yang sah bersetentangan dengan halangan.

Dalam kes kedua, pemain boleh melangkah ke belakang mengikut garisan arus permainan pada end sebelumnya supaya dapat melontar jack dalam apa jua jarak yang sah sehingga kepada jarak maksimum yang dibenarkan dan tidak lebih dari itu. Tindakan ini dilakukan apabila jack tidak dapat dilontar ke mana-mana arah sehingga kepada jarak yang maksimum.

Sekiranya jack tidak berjaya dilontar dengan betul selepas tiga lontaran oleh pasukan yang sama, pasukan lawan akan mengambil alih lontaran dan dia juga mempunyai peluang tiga kali lontaran. Dia juga dibenarkan mengubah kedudukan bulatan ke belakang tertakluk kepada syarat-syarat tersebut di atas. Selepas ini, kedudukan bulatan tidak boleh diubah lagi sekiranya pasukan ini juga gagal dalam tiga kali lontarannya.

Masa maksimum untuk membuat ketiga-tiga lontaran ini adalah satu minit.

Apa jua keadaan, pasukan yang kehilangan hak melontar jack pada awalnya masih mengekalkan hak melontar boule pertama. ARTIKEL 8 – LONTARAN JACK YANG SAH.

Apabila jack yang dilontar tertampan oleh pengadil, pemain, penonton, binatang atau apa jua objek yang bergerak, jack itu dianggap tidak sah dan perlu dilontar semula. Lontaran ini tidak dikira sebagai salah satu daripada tiga lontaran yang dibenarkan.

Selepas jack dan boule yang pertama dilontar pihak lawan masih boleh mencabar kesahihan kedudukan jack. Apabila bantahannya didapati benar, kedua-dua jack dan boule akan dilontar semula.

Untuk membolehkan jack dilontar semula kedua-dua pasukan perlu bersetuju jack yang dilontar adalah tidak sah atau pengadil menentukannya tidak sah. Mana-mana pasukan yang meneruskan permainan akan kehilagan hak melontar jack.

5

Page 6: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

Sekiranya pihak lawan telah memainkan boulenya, kedudukan jack adalah sah dan apa jua bantahan tidak akan diterima.

ARTIKEL 9 – JACK MATI SEMASA DALAM END.

Jack dikira mati dalam enam situasi berikut:

1) Apabila dalam satu-satu end, jack digerakkan keluar sempadan permainan tanpa mengambil kira jack berkenaan kembali semula ke gelanggang permainan. Jack di atas garisan sempadan adalah sah. Jack hanya akan mati apabila keseluruhan fizikalnya telah melintasi garisan sempadan apabila dilihat tegak dari atas. Jack yang terapung dalam lopak air dikira berada dalam kawawsan larangan.

2) Jack yang berada dalam gelanggang permainan tidak kelihatan dari bulatan membaling seperti ditetapkan di bawah Artikel 7. Jack yang dilindungi oleh boule tidak dikira mati. Pengadil boleh mengangkat boule berkaitan untuk seketika untuk mengesahkan samada ianya boleh kelihatan atau tidak.

3) Apabila jack digerakkan dalam jarak melampaui 20 meter bagi pemain remaja dan dewasa atau melebihi 15 meter bagi pemain kanak-kanak (Minors) dan anak-anak muda (Cadets) atau kurang dari 3 meter dari bulatan lontaran.

4) Apabila jack yang berada di gelanggang tetap digerakkan merentasi lebih daripada satu gelanggang bersebelahan, jack berkenaan dianggap mati.

4a) Dalam pertandingan yang menggunakan masa, jack yang berada di gelanggang tetap (marked terrain) digerakkan merentasi gelanggang bersebelahan, jack berkenaan dianggap mati.

5) Apabila jack yang digerakkan hilang atau tidak ditemui selepas di beri peruntukan masa maksimum 5 minit mencarinya.

6) Apabila terdapat kawasan larangan di antara jack dan bulatan membaling.

ARTIKEL 10 – MENGUBAH HALANGAN

Adalah ditegah sama sekali bagi mana-mana pemain memindah, mengalih atau menginjak-injak halangan yang terdapat di permukaan gelanggang. Walau bagaimanapun, pemain yang hendak melontar jack boleh menguji tempat jatuhan dengan menepuk-nepuk permukaan gelanggang tidak melebihi 3 kali dengan salah satu boulenya. Seterusnya pemain yang hendak memainkan boulenya, seorang pemain pasukannya boleh menutup satu lubang kesan daripada lontaran boule yang dimainkan sebelumnya.

Pemain pasukan yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan ‘Disiplin’ – Artikel 34.

6

Page 7: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

ARTIKEL 1Oa – MENUKAR JACK ATAU BOULE.

Pemain-pemain adalah ditegah daripada menukar jack atau boule semasa permainan dijalankan kecuali dalam keadaan-keadaan berikut:

1) Boule atau jack hilang atau tidak ditemui selepas dicari dalam masa 5 minit.

2) Boule atau jack pecah dan dalam keadaan demikian, pecahan yang terbesar akan menentukan kedudukan. Sekiranya boule masih ada untuk dimain, bahagian-bahagian boule atau jack yang pecah hendaklah diganti dengan serta merta selepas pengukuran dibuat, sekiranya perlu. Jack atau boule yang hendak ditukar perlu mempunyai keserupaan dan kesamaan diameter dengan yang pecah. Dalam end berikutnya pemain berkenaan boleh mengguna satu set boule yang baru.

JACK

ARTIKEL 11 – JACK TERLINDUNG ATAU TERGERAK.

Sekiranya dalam satu-satu end, jack terlindung oleh daun atau kertas, objek berkenaan boleh dibuang.

Apabila jack yang berkedudukan tetap digerak oleh angin atau curaman gelanggang, jack berkaitan hendaklah dikembalikan ke tempat asal sekiranya kedudukan jack itu telah ditanda.

Kaedah yang sama boleh dipakai apabila jack dengan tidak sengaja digerak oleh pengadil, pemain, penonton, boule atau jack dari gelanggang bersebelahan, binatang atau apa jua objek yang bergerak.

Bagi mengelak sebarang pertelingkahan, pemain-pemain hendaklah menanda kedudukan jack. Tidak ada sebarang tuntutan boleh diterima sekiranya kedudukan jack atau boule tidak dibuat tanda.

Sekiraya jack digerak oleh boule di dalam permainan yang sama perubahan kepada kedudukannya adalah sah.

7

Page 8: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

ARTIKEL 12 – JACK BERGERAK KE GELANGGANG LAIN.

Apabila dalam satu-satu end, jack bergerak ke kawasan permainan lain, samada gelanggang terbuka atau tetap, jack berkaitan adalah sah tertakluk kepada Artikel 9.

Sekiranya perlu, pemain-pemain yang menggunakan jack berkaitan hendaklah menunggu sekiranya ada ruang bagi pemain-pemain dari gelanggang bersebelahan menamatkan permainan mereka. Pemain-pemain berkaitan perlu bersikap sabar dan hormat.

Untuk end selanjutnya, permainan perlu kembali ke gelanggang asal, yang telah ditetapkan kepada mereka dan jack akan dilontar dari tempat kedudukannya yang sebelumnya ia dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat Artikel 7.

ARTIKEL 13 – TINDAKAN-TINDAKAN UNTUK JACK YANG TERBATAL.

Sekiranya dalam satu-satu end, jack terbatal (mati), salah satu daripada tiga tindakan berikut akan digunakan:

1) Sekiranya kedua-dua pasukan masih mempunyai boule untuk dimainkan, end berkaitan adalah batal.

2) Sekiranya hanya satu pasukan sahaja yang mempunyai boule untuk dimainkan, pasukan itu memperolehi mata bersamaan dengan bilangan boule yang masih belum dimainkan.

3) Sekiranya kedua-dua pasukan tidak mempunyai boule untuk dimainkan, end berkaitan adalah batal.

ARTIKEL 14 – MENEMPATKAN JACK YANG KENA TAMPAN.

1) Sekiranya jack yang dipukul, ditampan atau dipesongkan oleh penonton atau pengadil, jack itu akan kekal di tempat ia terhenti.

2) Sekiranya jack selepas dipukul, ditampan oleh pemain dalam kawasan permainan, pihak lawan boleh buat pilihan:

a) membenarkan jack itu di tempat baru.b) tempatkan jack berkenaan di kedudukan asalc) tempatkan jack itu di mana-mana batas garisan lanjutan

menghubungi tempat asalnya dengan tempat baru sehingga ke jarak maksimum 20 meter dari bulatan dengan syarat jack itu dapat dilihat. Untuk kanak-kanak dan anak-anak muda jaraknya adal;ah 15 meter.

Para (b) dan (c) boleh diguna pakai sekiranya kedudukan jack telah ditanda sebelumnya. Sekiranya tidak ditanda, jack dikekalkan di kedudukan baru.

8

Page 9: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

Sekiranya selepas dipukul jack melantun keluar ke kawasan larangan dan akhirnya kembali semula ke kawasan permainan, jack itu dianggap batal dan keadaan ini membabitkan penggunaan peruntukan Artikel 13.

PERGERAKAN BOULE

ARTIKEL 15 – LONTARAN BOULE PERTAMA DAN BOULE BERIKUTNYA.

Boule pertama akan dilontar oleh pemain dari pasukan yang menang dalam undian atau yang memenangi satu-satu end. Balingan berikutnya akan dimainkan oleh pasukan yang tidak menguasai mata dalam end berkaitan.

Pemain ditegah daripada menggunakan sebarang objek atau membuat garisan di atas gelanggang yang boleh membantu mainan boule atau membuat tanda tempat jatuhan boule. Seorang pemain yang akan memainkan boule terakhir tidak dibolehkan membawa boule lain di tangannya yang sebelah lagi.

Boule hendaklah dimainkan satu persatu.

Boule tidak boleh dimainkan semula setelah dilontar. Walau bagaimana pun boule mesti dimainkan semula apabila pergerakanya dari bulatan membaling ke arah jack dihentikan atau dipesongkan dengan tidak sengaja oleh jack atau boule dari gelanggang berhampiran atau oleh binatang atau apa-apa objek (bola sepak dll) yang bergerak dan merujuk sama kepada kes di bawah Artikel 8 (para 2).

Pemain adalah dilarang melembabkan boule atau jack.

Sebelum melontar sesuatu boule, pemain hendaklah terlebih dahulu membersihkan boulenya daripada tempelan tanah atau apa-apa elemen yang melekat di boule tersebut. Jika tidak denda atau penalti dikenakan di bawah Artikel 34.

Sekiranya boule pertama yang dimainkan terkeluar gelanggang, pemain lawan akan memainkan boulenya dan seterusnya giliran di selangseli selagi tidak ada boule di atas gelanggang.

Sekiranya selepas ‘shooting’ atau ‘pointing’ tidak terdapat boule di atas gelanggang, peraturan yang merujuk kepada kedudukan ‘stalemate’ akan dipakai sebagaimana ditakrifkan di bawah Artikel 28.

9

Page 10: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

ARTIKEL 16 – TINGKAH LAKU PEMAIN DAN PENONTON SEMASA PERMAINAN.

Dalam masa yang dibenarkan untuk seseorang pemain memainkan boulenya, penonton dan lain-lain pemain hendalah berada dalam keadaan senyap.

Pemain lawan tidak boleh berjalan-jalan, membuat isyarat atau melakukan sesuatu yang boleh mengganggu pemain yang hendak melakukan balingan. Hanya pemain yang akan membuat lontaran dan rakan sepasukannya sahaja boleh berada di antara bulatan membaling dan jack.

Pemain-pemain pihak lawan hendaklah berada jauh dari kedudukan jack atau di belakang pemain yang hendak membaling boule. Dalam kedua-dua kes ini, mereka hendaklah berada di antara sama satu sekurang-kurangnya dalam jarak 2 meter .

Pemain-pemain yang tidak mematuhi peraturan ini akan diberi amaran oleh Pengadil dan seterusnya boleh dibatalkan dari menyertai pertandingan kalau salah laku masih berterusan.

ARTIKEL 17 – MELONTAR BOULE DAN BOULE KELUAR GELANGGANG.

Pemain-pemain tidak dibenarkan melakukan latihan membaling semasa permainan dijalankan dan pemain yang tidak mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan di bawah peruntukan ‘Disiplin’, Artikel 34.

Dalam masa end berjalan, boule yang terkeluar dari gelanggang tetap (marked terrain) adalah sah kecuali ditetapkan sebaliknya oleh Artikel 18.

ARTIKEL 18 – BOULE MATI.

Boule dianggap mati sebaik sahaja boule memasuki kawasan larangan bermain. Boule yang tercelapak atas garisan sempadan dikira hidup. Boule dikira mati selepas keseluruhan fizikalnya melintasi garisan tersebut atau garisan boule mati sekiranya dilihat tegak dari atas. Interpretasi yang sama juga dibuat tatkala bermain di gelanggang yang ditetapkan (marked terrain), boule bergerak merentasi lebih dari satu sempadan permainan yang bersebelahan.

Dalam pertandingan yang menggunakan masa, boule dikira mati sebaik sahaja ia merentasi gelanggang di sebelah.

Sekiranya boule telah terkeluar tetapi kembali semula ke gelanggang permainan atas sebab-sebab kecuraman gelanggang atau melatun dari satu objek sama ada bergerak atau kekal, boule berkaitan hendaklah dikeluarkan dari kawasan permainan dan apa jua yang telah digerak olehnya di tempatkan semula pada kedudukan asal.

10

Page 11: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

Mana-mana boule yang mati mesti dikeluarkan dari kawasan permainan dengan serta merta dan sekiranya tidak, boule itu akan dikira hidup sebaik sahaja boule lain dimainkan oleh pasukan lawan.

ARTIKEL 19 – BOULE YANG DIHENTIKAN.

Mana-mana boule yang dimain, terhenti atau dipesongkan oleh penonton atau pengadil akan kekal di tempat boule itu terhenti.

Mana-mana boule yang dimain, terhenti atau dipesongkan dengan tidak sengaja oleh pemain dari pasukan yang sama, dikira mati.

Mana-mana boule yang dibuat ‘pointing’ terhenti atau dipesongkan dengan tidak sengaja oleh pihak lawan, boleh mengikut kehendak pemain sama ada dimainkan semula atau dikekalkan di tempat boule itu berhenti.

Apabila boule yang ‘dibedil’ atau dipukul (shooting), terhenti atau dipesongkan dengan tidak sengaja oleh pemain, pemain pihak lawan boleh memilih untuk:

1) Kekalkan di tempat boule berhenti.

2) Tempatkan boule itu atas satu garisan lanjutan yang menghubungi tempat asal boule dengan tempat baru tetapi hanya di kawasan yang boleh bermain dan sekiranya tempat asal boule telah ditanda.

3) Pemain yang dengan secara sengaja menghentikan boule yang sedang bergerak akan dibatalkan daripada menyertai permainan yang sedang berlangsung bersekali dengan pasukannya.

ARTIKEL 20 – MASA UNTUK BERMAIN.

Apabila jack telah dilontar, tiap-tiap pemain diberi masa maksimum 1 minit untuk memainkan boulenya. Masa ini dikira dari ketika boule sebelumnya atau jack telah berhenti atau selepas pengukuran dibuast jika perlu dan keputusannya diketahui.

Peraturan ini diguna pakai juga semasa membaling jack iaitu untuk 3 kali lontaran jack.

Semua pemain yang tidak mematuhi perarturan ini akan dikenakan tindakan di bawah peruntukan ‘Disiplin’ – Artikel 34.

11

Page 12: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

ARTIKEL 21 - BOULE BERPINDAH KEDUDUKAN.

Sekiranya boule yang berkedudukan tetap bergerak oleh tiupan angin atau kecuraman gelanggang, boule itu dikembalikan semula pada kedudukan asalnya. Tindakan yang sama juga dilakukan apabila sesuatu boule tergerak secara tidak sengaja oleh seorang pemain, pengadil, penonton, binatang atau objek yang bergerak.

Untuk menghindari sebarang perselisihan, pemain-pemain hendaklah menanda kedudukan boule masing-masing. Tidak ada tuntutan yang boleh diterima sekiranya keputusan berdasarkan kepada kedudukan boule yang sedia nyata di atas gelanggang.

Walau bagaimana pun apabila satu-satu boule digerakkan oleh boule yang dimainkan dalam permainan yang sama adalah sah.

ARTIKEL 22 - MELONTAR BOULE SELAIN DARIPADA BOULE SENDIRI.

Seorang pemain yang memainkan boule selain daripada boulenya akan diberi amaran. Boule yang telah dimainkan adalah sah tetapi boule berkaitan hendaklah ditukar dengan serta merta dan sekiranya perlu selepas ukuran dibuat.

Sekiranya keadaan yang sama berulang dalam permainan, boule pemain yang melakukan kesalahan adalah batal dan apa jua yang telah tergerak dikembalikan ke tempat asal.

ARTIKEL 23 - MELONTAR BOULE DARI BULATAN YANG SALAH.

Mana-mana boule yang dilontar selain dari bulatan yang membaling jack adalah batal. Jika bertanda, apa jua yang telah digerak olehnya ditempatkan semula pada kedudukan asal.

Walau bagaimana pun, pemain lawan boleh menggunakan ‘advantage rule’ dengan mengiktiraf boule yang dilontar itu sah. Dalam keadaan demikian, boule yang dibuat ‘pointing’ atau boule yang dipukul atau bedil (shooting) adalah sah dan apa jua yang telah tergerak dibiarkan di tempat baru.

MATA DAN PENGUKURAN UNTUK MATA

ARTIKEL 24 - MENGALIH BOULE SEMENTARA

Untuk mengukur mata adalah dibenarkan mengalih boule seketika dan juga lain-lain objek halangan yang terdapat antara boule dan jack yang hendak diukur selepas ditanda kedudukan tiap-tiap satunya.

12

Page 13: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

Selepas pengukuran dibuat, boule yang berkenaan dan objek halangan tersebut hendaklah diletak balik ke tempat asal. Sekirangnya objek halangan tidak dapat dialihkan, pengukuran boleh dibuat dengan menggunakan’callipers’.

ARTIKEL 25 - MENGUKUR UNTUK MATA.

Pengukuran mata dilakukan oleh pemain yang terakhir melontar atau salah seorang rakan pasukannya. Pihak lawan mempunyai hak membuat pengukuran semula. Di mana jua kedudukan boule dan dalam peringkat mana jua permainan, nasihat Pengadil boleh diminta dan keputusannya adalah muktamad.

Pengukuran hendaklah dibuat dengan alat yang sesuai yang mana tiap-tiap pasukan perlu ada. Adalah ditegah sama sekali membuat pengukuran menggunakan kaki. Pemain yang tidak mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan di bawah peruntukan ‘Disiplin’ – Artikel 34.

ARTIKEL 26 - BOULE YANG DIAMBIL SEBELUM PENGESAHAN MATA.

Pemain-pemain dilarang mengutip boule yang telah dimainkan sebelum satu-satu end tamat.

Setelah selesai satu-satu end, mana-mana boule yang diambil sebelum kiraan mata dipersetujui adalah batal (mati). Sebarang tuntutan berkaitan dengannya tidak boleh diterima.

ARTIKEL 27 - MENGERAK BOULE ATAU JACK.

Pasukan yang menggerakkan jack atau mana-mana boule yang dipertikaikan semasa membuat pengukuran akan kehilangan mata.

Sekiranya Pengadil tersentuh atau tergerak jack atau boule semasa melakukan pengukuran, beliau hendaklah membuat satu keputusan yang adil dan saksama.

ARTIKEL 28 - BOULE YANG SAMA JARAK DENGAN JACK.

Sekiranya ada dua boule kepunyaan pasukan yang berlainan didapati sama jarak dengan jack, tindakan hendaklah dibuat berdasarkan kepada 3 situasi berikut:

1) Sekiranya kedua-dua pasukan tidak mempunyai boule untuk dimainkan, end berkenaan adalah terbatal dan jack akan dilontar oleh pasukan yang membaling jack pada end tadi.

13

Page 14: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

2) Sekiranya hanya satu pasukan sahaja yang mempunyai boule untuk dimain, pasukan ini akan memainkan boule yang ada dan mendapat seberapa banyak mata berdasarkan boule yang hampir dengan jack berbanding dengan boule lawan yang terdekat sekali.

3) Sekiranya kedua-dua pasukan masih mempunyai boule untuk dimainkan, pasukan yang terakhir melontar boule akan meneruskan lontaran diikuti pasukan lawan dan terus diselang seli sehingga mata boleh diperolehi oleh salah satu pasukan tersebut. Apabila satu pasukan sahaja yang mempunyai boule berbaki, pasukan berkenaan akan memainkan semua boulenya mengikut tatacara yang telah digariskan di atas.

Sekiranya selepas end tamat, tidak ada boule didapati berada di atas gelanggang, end berkenaan terbatal.

ARTIKEL 29 - BAHAN-BAHAN ASING TERTEMPEL PADA BOULE ATAU JACK.Bahan-bahan asing yang didapati melekat pada boule atau jack hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum pengukuran untuk mata dibuat.

ARTIKEL 30 - TUNTUTAN-TUNTUTAN

Untuk diterima apa jua tuntutan hendaklah dikemukakan kepada Pengadil. Tuntutan yang dibuat selepas keputusan diumumkan tidak boleh diterima.

Tiap-tiap pasukan mempunyai tanggungjawab memeriksa pasukan lawannya dalam perkara-perkara berkaitan lesen, kategori, gelanggang, boule dan sebagainya.

DISIPLIN

ARTIKEL 31 - PASUKAN ATAU PEMAIN YANG TIDAK HADIR.

Semasa pengundian dan selepas pengumuman keputusannya dimaklumkan, pemain-pemain hendaklah berada di kawasan kawalan. Pasukan yang tidak berada di gelanggang lima belas minit selepas pengumuman keputusan pengundian, akan didenda 1 mata yang akan diberi kepada pasukan lawan. Untuk pertandingan yang mengguna masa, masa yang diberi adalah 5 minit.

Selepas itu dan pasukan tidak hadir juga, dendaan 1 mata akan dikenakan bagi setiap 5 minit yang berikut.

Hukuman yang sama juga akan dikenakan semasa pertandingan, setiap kali undian dilakukan dan juga dalam kes permainan tertangguh, atas apa jua sebab yang hendak dimainkan semula.

14

Page 15: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

Pasukan yang gagal menghadirkan diri di gelanggang permainan dalam satu jam permainan dimulakan atau dimulakan semula akan diisytiharkan terkeluar daripada pertandingan.

Pasukan yang tidak cukup bilangan ahlinya mempunyai hak untuk memulakan permainan tanpa rakannya tetapi tidak boleh menggunakan boule rakannya yang tidak hadir.

Pemain tidak dibenarkan meninggalkan permainan atau gelanggang permainan tanpa kebenaran daripada Pengadil. Sekiranya kebenaran ini tidak diperolehi, pemain berkenaan adalah tertakluk kepada peruntukan Artikel 31 dan 32..

ARTIKEL 32 – KEHADIRAN PEMAIN YANG LEWAT.

Kehadiran pemain yang ketinggalan, sebaik sahaja satu-satu end dimulakan, tidak dibenarkan menyertai end yang sedang berjalan tetapi akan dibenarkan mengambil bahagian dalam end berikutnya.

Sekiranya pemain yang ketinggalan hadir lebih dari satu jam selepas permainan dimulakan pemain berkenaan akan kehilangan hak untuk menyertai permainan.

Sekiranya pasangan atau rakan sepasukannya menang dalam permainan yang sedang berjalan, dia dibenarkan mengikuti permainan seterusnya dengan syarat dia telah didaftarkan dengan pasukan berkaitan pada awalnya.

Sekiranya pertandingan dijalankan secara liga, dia dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan kedua walau apa jua keputusan permainan pertama.

Satu-satu end dikira telah bermula apabila jack telah ditempatkan atas gelanggang permainan seperti dikehendaki undang-undang permainan.

ARTIKEL 33 - PENGGANTIAN PEMAIN

Penggantian seorang pemain dalam Doubles atau seorang atau dua pemain dalam Triples dibenarkan sehingga ke masa penguman rasmi permulaan pertandingan sama ada melalui hebahan, wisel, siren, letupan atau sebagainya dengan syarat pengganti tidak pernah didaftarkan dengan pasukan lain dalam kejohanan yang sama.

ARTIKEL 34 - DENDA (PENALTIES)

Pemain yang tidak mematuhi undang-undang permainan akan dikenakan denda (penalties) seperti berikut:

1) Amaran2) Dibatalkan boule yang telah dimainkan atau yang hendak dimainkan.

15

Page 16: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

3) Dibatalkan boule yang telah dimainkan atau yang hendak dimainkan dan boule yang berikutnya.

4) Mengeluarkan pemain yang bersalah daripada permainan.5) Membatalkan penyertaan pasukan yang bersalah.6) Membatalkan penyertaan kedua-dua pasukan yang didapati berpakat

melakukan kesalahan.

ARTIKEL 35 - CUACA BURUK

Sekiranya hujan, mana-mana end yang sedang berjalan hendaklah terus dihabiskan melainkan ada keputusan sebaliknya dibuat oleh pengadil yang mempunyai kuasa penuh bersama dengan Juri, menggantung atau membatalkan permainan atas sebab keadaan buruk (force majeure).

ARTIKEL 36 - FASA BARU PERMAINAN.

Sekiranya selepas diumumkan permainan pusingan yang baru (pusingan kedua, ketiga atau seterusnya), ada permainan pusingan sebelumnya yang belum ditamatkan, Pengadil boleh membuat keputusan yang sewajarnya selepas mendapat pandangan daripada Jawatankluasa Pengelola Pertandingan bagi mempastikan pertandingan berjalan dengan lancar.

ARTIKEL 37 - KURANG SEMANGAT KESUKANAN (Lack Of Sportsmanship)

Mana-mana pasukan yang berbalah semasa permainan dan tidak menunjukkan semangat kesukanan atau tidak menghormati orang awam, pegawai-pegawai atau Pengadil akan dibatalkan daripada pertandingan. Pembatalan ini akan melibatkan kedudukan keseluruhan pasukan dalam keputusan akhir dan juga mengakibatkan tindakan diambil di bawah peruntukan Artikel 38.

ARTIKEL 38 - KELAKUAN KURANG SOPAN.

Pemain yang bersikap kurang sopan, bersikap buruk, menunjuk kekasaran terhadap pegawai, pengadil, lain-lain pemain atau penonton akan mengakibatkan satu atau beberapa tindakan yang berikut diambil bergantung kepada bagaimana serius kelakuan yang ditunjukkan:

1) Disingkir dari pertandingan.2) Ditarik balik lesen.3) Dirampas atau ditarik balik hadiah-hadiah dan anugerah.

Hukuman yang dikenakan ke atas pemain yang bersalah boleh juga dikenakan ke atas rakan sepasukannya.

Hukuman 1 dikenakan oleh Pengadil.

Hukuman 2 dikenakan oleh Juri

16

Page 17: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

Hukuman 3 dikenakan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang juga akan menghantar laporan bersama dengan hadiah dan anugerah kepada Persatuan yang dianggotai oleh pemain yang berkenaan yang kemudiannya akan memutuskan ke mana hadiah dan anugerah harus diserahkan.

Dalam ke semua kes tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Persatuan berkaitan akan membuat keputusan muktamad.

Berpakaian sopan adalah dituntut daripada setiap pemain. Mana-mana pemain yang tidak mematuhi undang-undang ini akan dibatalkan daripada pertandingan selepas diberi satu amaran oleh Pengadil.

ARTIKEL 39 - TUGAS-TUGAS PENGADIL

Pengadil yang dilantik untuk mengawasi pertandingan diberi kuasa penuh untuk mempastikan Undang-Undang Permainan dan Peraturan Pertandingan dipatuhi sepenuhnya. Pengadil berkuasa membatalkan penyertaan pemain atau mana-mana pasukan yang tidak menerima keputusannya.

Penonton yang mempunyai lesen yang sah atau yang telah digantung dan dengan sebab kelakuannya timbul kekacauan di gelanggang boleh mendorongkan Pengadil menghantar laporan kepada Persatuan yang berkaitan. Persatuan akan memanggil pihak yang melakukan kesalahan ke hadapan Jawatankuasa Disiplin yang bertauliah yang akan memutuskan bentuk-bentuk hukuman.

ARTIKEL 40 - KEANGGOTAAN LEMBAGA JURI DAN KEPUTUSANNYA.

Apa jua kes yang tidak diperuntukan oleh Undang-Undang akan dikemukakan kepada Pengadil dan kemudiannya merujuk kes berkaitan kepada Juri Pertandingan. Juri akan mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang ahli dan tidak lebih daripada 5 orang. Keputusan yang dibuat oleh Juri dalam kes-kes yang dikemukakan adalah muktamad. Dalam kes di manna selepas pengundian keputusan Juri tergantung, Pengerusi Lembaga Juri akan menggunakan undi pemutusnya.

17

Page 18: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

KOD TATA ADAB PEMAIN-PEMAIN

Semasa keseluruhan pertandingan pemain-pemain adalah diharapkan:

1. Patuh kepada keperluan pakaian yang seragam untuk pertandingan.

2. Menghindari penggunaan kata-kata kesat dan kasar terhadap pemain-pemain, pegawai-pegawai dan penonton.

3. Menerima tanpa bantahan keputusan Pengadil.

4. Menjauhi minuman keras semasa pertandingan.

5. Mempastikan tidak ada bekas makanan, minuman dan lain-lain barang seperti beg bola ditempatkan di atas gelanggang semasa bermain.

6. Tidak merokok di kawasan permainan.

7. Bermain dan patuhi kepada peraturan pertandingan seperti yang diarah oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Pengadil.

8. Mempastikan penyokong, keluarga atau sahabat handai tidak mencerobohi kawasan permainan atau membiarkan binatang kesayangan memasuki kawasan permainan.

Tambahan:

MENGHORMAT SERTA MEMBERI LALUAN KEPADA SETIAP SERUAN AZAN YANG BERKUMANDANG.

Mana-mana pemain yang didapati melanggar Kod Etika tersebut akan ditakrifkan sebagai berkelakuan kurang sopan dan boleh dikenakan hukuman-hukuman di bawah peruntukan Artikel 38 Undang-Undang Permainan Petanque.

Undang-Undang Permainan Petanque ini telah dialih bahasa dari teks Bahasa Inggeris oleh:

Haji Jamaludin Bin Ali PJKSetiausaha KehormatPersekutuan Petanque Malaysia(2001 – 2006).

dan dibantu oleh:

Haji Zainal Abidin Bin Mohd Tahir PJKAhli MajlisPersekutuan Petanque Malaysia(2001-2009)

18

Page 19: Undang-undang Resmi Ptq.2[1]

19