undang-undang perlawanan

2
1 UNDANG-UNDANG KEJOHANAN BOLA SEPAK 5 SEBELAH ANTARA RUMAH SUKAN 2015 ANJURAN KELAB BOLA SEPAK SMK BANDAR SIBU SEMPENA KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN 1 MALAYSIA 31 JANUARI 2015 1. Jenis Pertandingan a. Pertandingan berpasukan antara Rumah Sukan:- i. Perempuan Kategori A [Tingkatan Peralihan hingga Dua] ii. Perempuan Kategori B [Tingkatan Tiga dan Empat] iii. Perempuan Kategori C [Tingkatan Lima dan Enam] 2. Tempoh Permainan a. Masa bermain adalah 25 minit. Masa bagi separuh masa pertama dan separuh masa kedua ialah 10 minit dengan masa rehat 5 minit sahaja. 3. Pendaftaran pemain / pembentukan pasukan a. Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 8 orang pemain. b. Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat kategorinya. 4. Sistem permainan Pertandingan dijalankan secara sistem liga. Pasukan yang mendapat mata tertinggi diisytiharkan sebagai Johan dan kedudukan seterusnya. 5. Cara memutuskan keputusan a. Cara Liga i. Cara beri mata - Menang : 3 mata - Seri : 1 mata - Kalah : 0 mata ii. Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut: - Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang. - Jika seri, pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak akan dikira menang. - Jika masih seri, kemenangan akan dijalankan melalui sepakan penalti. 6. Pakaian/alatan permainan a. Pemain-pemain diwajibkan memakai T-shirt rumah sukan masing-masing. b. Tiap-tiap pasukan hanya dibenarkan memakai seluar pendek di bawah paras lutut. c. Pemain-permain perlu memakai stoking, shinguard dan kasut bola sepak.

Upload: elvis-mike-ak-asing

Post on 02-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

2

UNDANG-UNDANG KEJOHANAN BOLA SEPAK 5 SEBELAH ANTARA RUMAH SUKAN 2015ANJURAN KELAB BOLA SEPAK SMK BANDAR SIBUSEMPENA KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN 1 MALAYSIA31 JANUARI 2015

1. Jenis Pertandingana. Pertandingan berpasukan antara Rumah Sukan:-i. Perempuan Kategori A [Tingkatan Peralihan hingga Dua]ii. Perempuan Kategori B [Tingkatan Tiga dan Empat]iii. Perempuan Kategori C [Tingkatan Lima dan Enam]

2. Tempoh Permainana. Masa bermain adalah 25 minit. Masa bagi separuh masa pertama dan separuh masa kedua ialah 10 minit dengan masa rehat 5 minit sahaja.

3. Pendaftaran pemain / pembentukan pasukana. Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 8 orang pemain.b. Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat kategorinya.

4. Sistem permainanPertandingan dijalankan secara sistem liga. Pasukan yang mendapat mata tertinggi diisytiharkan sebagai Johan dan kedudukan seterusnya.

5. Cara memutuskan keputusana. Cara Ligai. Cara beri mata Menang: 3 mata Seri: 1 mata Kalah: 0 mata

ii. Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut: Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang. Jika seri, pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak akan dikira menang. Jika masih seri, kemenangan akan dijalankan melalui sepakan penalti.

6. Pakaian/alatan permainana. Pemain-pemain diwajibkan memakai T-shirt rumah sukan masing-masing.b. Tiap-tiap pasukan hanya dibenarkan memakai seluar pendek di bawah paras lutut.c. Pemain-permain perlu memakai stoking, shinguard dan kasut bola sepak.

7. Padang permainani. Panjang:Minimum 25 mMaksimum 42 mii. Lebar:Minimum 15mMaksimum 25 m

8. BolaBentuk: SferaBahan: KulitLilitan: 62-64 cmBerat: 400-440 g pada permulaan permainanTekanan Angin: 0.4-0.6 atmosfera

9. KelewatanSepuluh [10] minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas masa itu sesuatu pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya 5 pemain, pasukan dikira menyerah kalah dengan sengaja.

10. PengadilPengadil utama mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang permainan berkaitan dengan perlawanan. Pengadil kedua menggunakan wisel dan membantu pengadil utama untuk mengawal perlawanan.

11. KesalahanPemain yang melakukan kekasaran kepada pmain yang lain akan dikenakan kad kuning dan seterusnya kad merah apabila kekasaran dilakukan sebanyak dua kali. Mana-mana pasukan yang tidak lengkap dengan pakaian dan alatan permainan, pasukan dikira menyerah kalah dengan sengaja.