undang-undang malaysia · “ahli farmasi berdaftar” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam...

27
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 158 AKTA AHLI KIMIA 1975 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

Upload: nguyendiep

Post on 03-Aug-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 158

AKTA AHLI KIMIA 1975Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Undang-Undang Malaysia AKTA 1582

AKTA AHLI KIMIA 1975

Tarikh Perkenan Diraja … … … … ... 15 Mei 1975

Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... … 22 Mei 1975

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1998

Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 2001

Ahli Kimia 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 158

AKTA AHLI KIMIA 1975

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa2. Tafsiran

BAHAGIAN II

INSTITUT

3. Institut dan kuasanya4. Keanggotaan Institut5. Pejabat Institut6. Kumpulan wang Institut7. Fungsi Institut8. Kaedah-kaedah Institut

BAHAGIAN III

MAJLIS

9. Penubuhan Majlis10. Kuasa am Majlis11. Kuasa tertentu Majlis11A. Anggota Majlis, Jawatankuasa, dsb., mestilah warganegara12. Kuasa Majlis pertama untuk membuat kaedah-kaedah13. Arahan Menteri

Undang-Undang Malaysia AKTA 1584

BAHAGIAN IV

KEANGGOTAAN INSTITUT

Seksyen

14. Pendaftar dan Setiausaha

15. Daftar anggota

16. Keanggotaan Institut

17. Gred keanggotaan

18. Hak

19. Larangan

BAHAGIAN V

AM

20. Pelantikan Jawatankuasa Penyiasatan dan Jawatankuasa Tatatertib

21. Fungsi Jawatankuasa Penyiasatan dan Jawatankuasa Tatatertib

22. Rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib

23. Pengemukaan sebagai seorang ahli kimia berdaftar dan sekatan berhubungdengan cerakinan kimia

23A. Kebenaran berhubung dengan cerakinan kimia

24. Kecualian

25. Amalan fraud

26. Kesalahan oleh firma

27. Pelantikan dan kuasa Pemeriksa

28. Mendapatkan wang oleh Majlis

29. Keberhentian Pertubuhan dan pemindahmilikan harta, hak dan tanggungan

JADUAL PERTAMA

JADUAL KEDUA

Ahli Kimia 5

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 158

AKTA AHLI KIMIA 1975

Suatu Akta untuk memperbadankan Institut Kimia Malaysia danuntuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungandengannya dan perkara bersampingan lain.

[1 November 1977, P.U. (B) 627/1977;kecuali subseksyen 23(2): 1 Oktober 1978,

P.U. (B) 516/1978]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ahli Kimia 1975.

(2) Akta ini hendaklah terpakai bagi seluruh Malaysia dan, kecualisebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), hendaklahmula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melaluipemberitahuan dalam Warta.

(3) Subseksyen 23(2) hendaklah mula berkuat kuasa padatarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuandalam Warta, iaitu suatu tarikh yang tidak lebih awal dariempat bulan kalendar selepas tarikh yang ditetapkan di bawahsubseksyen (2).

Undang-Undang Malaysia AKTA 1586

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maknayang lain—

“ahli farmasi berdaftar” mempunyai erti yang diberi kepadanyadalam Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 [Akta 371];

“anggota” atau “anggota Institut” atau “ahli kimia berdaftar”ertinya seseorang yang pada masa ini didaftarkan di bawah Aktaini sebagai seorang anggota Institut;

“daftar” ertinya daftar anggota yang disenggarakan di bawahseksyen 15;

“Institut” ertinya Institut Kimia Malaysia yang ditubuhkan dibawah seksyen 3;

“Jawatankuasa” ertinya mana-mana Jawatankuasa yang dilantikdi bawah Akta ini;

“kaedah-kaedah” dan “undang-undang kecil” ertinya kaedah-kaedah dan undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini;

“Majlis” ertinya Majlis Institut;“Pendaftar” ertinya Pendaftar Institut yang dinyatakan oleh

subseksyen 14(1);“Pertubuhan” ertinya badan yang dikenali sebagai Institut Kimia

Malaysia yang didaftarkan sebagai suatu pertubuhan pada 13 Oktober1967 [P.W. 4647 tahun 1967] di bawah Akta Pertubuhan 1966[Akta 335];

“Setiausaha” ertinya Setiausaha Majlis yang dilantik di bawahsubseksyen 14(2);

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawahsubseksyen 1(2) bagi permulaan kuat kuasa Akta ini.

BAHAGIAN II

INSTITUT

Institut dan kuasanya

3. (1) Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Institut KimiaMalaysia” hendaklah ditubuhkan yang kekal turun-temurun danmempunyai suatu meterai dan yang boleh, tertakluk kepada Aktaini, membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya,

Ahli Kimia 7

membuat kontrak, memperoleh, membeli, mengambil, memegangdan menikmati harta alih dan harta tak alih atau apa-apa hakmengenainya, dan memindah hak, menyerah hak, menyerahkan,menggadai, menggadai janji, menyerah hak semula, memindahmilik, melupuskan atau dengan cara lain membuat apa-apa urusanmengenainya.

(2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), Institut bolehmelakukan segala perkara yang perlu bagi maksud Institut dankhususnya boleh, tertakluk kepada subseksyen (3)—

(a) membeli atau memajak apa-apa tanah yang dikehendakibagi maksud Institut;

(b) mengambil dan melanggan atau selainnya memperolehsaham dan syer dalam mana-mana syarikat, jikakeanggotaan syarikat itu mustahak atau berfaedah kepadaInstitut bagi maksud memperoleh dan memegang apa-apa pajakan atau sewaan tanah daripada syarikat itu yangdikehendaki bagi maksud Institut;

(c) kecuali dalam hal pajakan dari bulan ke bulan, menjual,menyerahkan, memajak, menukarkan atau menggadai janjimana-mana tanah atau bangunan yang terletak hak padanya,mengikut apa-apa cara yang didapatinya paling sesuaiatau berfaedah;

(d) meminjam wang sama ada dengan cara overdraf bankatau selainnya bagi apa-apa maksud Institut yang difikirkanperlu dari semasa ke semasa oleh Majlis;

(e) menjamin apa-apa kontrak dengan mana-mana syarikatyang daripadanya Institut ada memegang atau bercadanghendak memegang sesuatu pajakan atau sewaan mengikutperenggan (b) dan apa-apa kontrak lain yang baginyaInstitut mungkin mempunyai sesuatu kepentingan kewangandan kepadanya ia boleh menjadi suatu pihak yang sah dibawah seksyen ini; dan

(f) menerima pemberian, derma dan pemberian wasiat daripadaorang perseorangan, syarikat, yayasan atau punca lain.

(3) Penjalanan kuasa di bawah perenggan (2)(a), (b), (c), (d)dan (e) hendaklah dengan kelulusan Menteri.

Undang-Undang Malaysia AKTA 1588

Keanggotaan Institut

4. Institut hendaklah terdiri daripada orang yang pada masa inididaftarkan sebagai anggotanya di bawah Akta ini.

Pejabat Institut

5. Institut hendaklah sentiasa mempunyai dan menyenggara suatupejabat, dan alamat pejabat itu dan apa-apa perubahan mengenainyahendaklah disiarkan oleh Pendaftar dalam Warta.

Kumpulan wang Institut

6. Institut hendaklah menubuh dan mentadbir suatu kumpulanwang yang ke dalamnya hendaklah dibayar dan daripadanyahendaklah dibayar semua wang yang diterima dan semua perbelanjaanyang dilakukan dengan sepatutnya oleh Institut pada menjalankanfungsinya di bawah Akta ini.

Fungsi Institut

7. Fungsi Institut hendaklah—

(a) menentukan kelulusan bagi orang untuk diterima masuksebagai anggota;

(b) mengadakan latihan, pendidikan dan peperiksaan olehInstitut atau mana-mana badan lain, bagi orang yangbercadang hendak menjadi anggota dan bagi anggota yangmengamalkan atau bercadang hendak mengamalkanprofesion kimia di Malaysia;

(c) mengawal selia pengamalan, oleh anggota, profesion kimiadi Malaysia;

(d) memajukan kepentingan profesion kimia di Malaysia;dan

(e) memberi apa-apa bantuan wang atau bantuan lain kepadaanggota atau orang tanggungan mereka sebagaimana yangdifikirkannya patut dengan tujuan hendak melindungi ataumemajukan kebajikan anggota.

Ahli Kimia 9

Kaedah-kaedah Institut

8. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Institut boleh dalam mana-mana mesyuarat agung membuat apa-apa kaedah yang perlu atausuai manfaat bagi menguatkuasakan peruntukan Akta ini dan bagimentadbirkannya dengan sempurna dan kaedah-kaedah itu bolehmengadakan peruntukan bagi mana-mana perkara yang berikut:

(a) peraturan mengenai pengamalan, oleh anggota, akanprofesion kimia di Malaysia;

(b) penerimaan masuk anggota, bayaran yang kena dibayarapabila diterima masuk dan cara yang baginya keanggotaanboleh terhenti;

(c) kelayakan bagi orang untuk diterima masuk sebagaianggota;

(d) latihan, pendidikan atau peperiksaan bagi orang untukditerima masuk sebagai anggota dan bayaran yang kenadibayar baginya;

(e) pengalaman praktikal yang dikehendaki untuk diterimamasuk sebagai anggota dan kuasa bagi Majlis atau mana-mana Jawatankuasa untuk meluluskan tempat pekerjaanyang mana pengalaman praktik itu boleh diperoleh;

(f) pengelasan anggota dari semasa ke semasa;(g) pemilihan, pelantikan, peletakan jawatan dan pemecatan

anggota Majlis;(h) pemilihan, pelantikan, peletakan jawatan, dan pemecatan

Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua dan SetiausahaMajlis;

(i) mengadakan mesyuarat bagi Majlis dan anggota;(j) cara mengundi dalam mana-mana mesyuarat Majlis atau

mesyuarat anggota;(k) tatacara bagi Jawatankuasa Penyiasatan dan Jawatankuasa

Tatatertib dan tatacara yang berhubungan dengan apa-apa aduan kepada mana-mana Jawatankuasa itu;

(l) penyiaran dalam Warta, akhbar dan lain-lain mengenaiprosiding dan keputusan Jawatankuasa Tatatertib;

(m) penggunaan dan jagaan meterai perbadanan Institut;(n) jagaan, pelaburan dan perbelanjaan kumpulan wang dan

harta Institut;

Undang-Undang Malaysia AKTA 15810

(o) peraturan dan pentadbiran Institut dalam segala perkaradi dalam bidang kuasanya; dan

(p) apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendakiditetapkan di bawah Akta ini.

(2) Segala kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklahtertakluk kepada kelulusan Menteri dan, jika diluluskan oleh Menteri,hendaklah disiarkan dalam Warta.

BAHAGIAN III

MAJLIS

Penubuhan Majlis

9. (1) Bagi maksud Akta ini suatu Majlis bagi Institut hendaklahditubuhkan yang terdiri daripada Ketua Pengarah Kimia dan, tertaklukkepada subseksyen (2), tiga belas orang anggota Institut yangdipilih oleh anggota Institut.

(2) Anggota Majlis yang dipilih itu hendaklah pada setiap masatermasuk tidak kurang daripada tiga orang Fellows dan tidak lebihdaripada tiga orang Licentiates.

(3) Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua Institut hendaklahdipilih oleh Majlis daripada kalangan anggotanya dan sekiranyaberlaku sesuatu kekosongan luar jangka dalam jawatan Yang Dipertuaatau Naib Yang Dipertua, Majlis hendaklah memilih dalammesyuaratnya yang berikutnya atau dengan seberapa segera yangboleh kemudian daripadanya seorang daripada anggotanya untukmengisi kekosongan itu.

(4) Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Majlis.

Kuasa am Majlis

10. (1) Institut dan kumpulan wangnya hendaklah diuruskan olehMajlis dan segala kuasa, perbuatan atau perkara yang boleh dijalankanatau dilakukan oleh Institut yang tidak diarahkan atau dikehendakidengan nyatanya oleh Akta ini supaya dijalankan atau dilakukanoleh Institut dalam mesyuarat agung boleh dijalankan atau dilakukanoleh Majlis tertakluk kepada Akta ini atau kepada kaedah-kaedahatau apa-apa ketetapan yang diluluskan dari semasa ke semasaoleh Institut dalam mesyuarat agung.

Ahli Kimia 11

(2) Tiada ketetapan Institut boleh membatalkan penjalanan apa-apa kuasa atau pelakuan apa-apa perbuatan atau perkara oleh Majlissebelum ini, yang tetap sah jika ketetapan itu tidak diluluskan.

Kuasa tertentu Majlis

11. Tanpa menyentuh seksyen 10 dan tertakluk kepada kaedah-kaedah, Majlis boleh—

(a) membuat undang-undang kecil bagi mengadakanperuntukan mengenai semua perkara yang tidak dikhaskandengan nyata bagi Institut dalam mesyuarat agung, samaada perkara itu dinyatakan antara kuasanya atau tidak,dan membuat undang-undang kecil bagi menggesa anggotasupaya mengamalkan profesion kimia dengan sempurna,bagi mencegah amalan yang menyalahi undang-undangdan yang keji dalam profesion itu di kalangan anggotadan bagi memajukan kepentingan profesion itu;

(b) melantik pegawai, kerani, ejen dan pekhidmat bagiperkhidmatan tetap, sementara atau khas, yang difikirkannyapatut dan menetapkan kewajipan dan terma dan syaratperkhidmatan mereka;

(c) mengambil perhatian tentang apa-apa jua yang menyentuhInstitut atau kelakuan anggotanya dari segi profesion danmembawa dalam mana-mana mesyuarat agung Institutapa-apa perkara yang difikirkannya material bagi Institutatau bagi kepentingan profesion dan membuat apa-apasyor dan mengambil apa-apa tindakan yang difikirkannyapatut yang berhubungan dengannya;

(d) berhubung dengan badan lain yang seumpamanya dandengan anggota profesion itu di tempat lain bagi maksudmendapatkan dan memberi maklumat mengenai segalaperkara yang mungkin terbukti berfaedah atau menarikperhatian anggota dan membuat rundingan dan perkiraandengan badan itu bagi saling mengiktiraf taraf anggotaInstitut;

(e) menubuhkan cawangan Institut yang difikirkannya patut;(f) mewakilkan apa-apa kuasa, keistimewaan dan budi

bicaranya, kecuali kuasa tatatertibnya, kepada mana-manacawangan Institut atas apa-apa syarat dan bagi apa-apatempoh sebagaimana yang difikirkannya patut;

Undang-Undang Malaysia AKTA 15812

(g) melantik Jawatankuasa Institut bagi apa-apa maksud dandengan apa-apa kuasa yang ditetapkannya;

(h) menjalankan segala kuasa, keistimewaan dan budi bicarayang tidak dikehendaki dengan nyata dan eksklusif olehAkta ini supaya dijalankan oleh anggota Institut dalammesyuarat agung; dan

(i) menggunakan meterai perbadanan Institut.

Anggota Majlis, Jawatankuasa, dsb., mestilah warganegara

11A. Tiada seorang pun boleh menjadi anggota Majlis, atau mana-mana Jawatankuasa, bagi Institut atau sesuatu jawatankuasa bagimana-mana cawangan Institut melainkan jika dia seorang warganegaraMalaysia.

Kuasa Majlis pertama untuk membuat kaedah-kaedah

12. (1) Walau apa pun seksyen 8, dan tanpa menyentuh seksyen10 dan 11, Majlis pertama yang ditubuhkan itu boleh membuatkaedah-kaedah bagi mengadakan peruntukan mengenai segala ataumana-mana perkara yang tersebut dalam subseksyen 8(1).

(2) Segala kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (1) tertaklukkepada kelulusan Menteri dan, jika diluluskan oleh Menteri,hendaklah disiarkan dalam Warta, dan hendaklah terus berkuatkuasa sehingga dipinda atau dibatalkan oleh kaedah-kaedah yangdibuat di bawah seksyen 8.

Arahan Menteri

13. Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi Majlis arahanbersifat am yang konsisten dengan peruntukan Akta ini dan Majlishendaklah menguatkuasakan arahan itu.

BAHAGIAN IV

KEANGGOTAAN INSTITUT

Pendaftar dan Setiausaha

14. (1) Ketua Pengarah Kimia hendaklah menjadi Pendaftar Institut.

(2) Majlis hendaklah, dengan kelulusan Menteri, melantik seorangSetiausaha bagi Majlis daripada kalangan anggota Majlis.

(3) Pendaftar boleh mewakilkan mana-mana fungsinya di bawahAkta ini atau kaedah-kaedah atau undang-undang kecil kepadaSetiausaha.*CATATAN—Seksyen 11A masih belum berkuat kuasa–lihat Akta A1032.

Ahli Kimia 13

(4) Pada menjalankan fungsinya, Setiausaha hendaklah tertaklukkepada kawalan, pengawasan dan arahan Pendaftar.

(5) Majlis hendaklah memberi kepada Pendaftar dan Setiausahakemudahan untuk membolehkan mereka menjalankan fungsi merekaitu.

Daftar anggota

15. (1) Pendaftar hendaklah menyenggara suatu daftar anggotayang dalamnya anggota hendaklah dikelaskan sebagai Fellows,Associates dan Licentiates.

(2) Pendaftar hendaklah mengadakan daftar itu untuk pemeriksaanpada waktu yang munasabah apabila membayar fi yang ditetapkan.

(3) Pendaftar hendaklah mengarahkan supaya disiarkan dalamWarta suatu salinan daftar itu sekurang-kurangnya sekali dalamtiap-tiap tahun.

Keanggotaan Institut

16. (1) Tiap-tiap orang yang telah menjadi anggota Pertubuhansebelum sahaja tarikh yang ditetapkan layak, apabila membayar fiyang ditetapkan, menjadi anggota Institut dalam gred yang samaseperti yang dipegang olehnya dalam Pertubuhan.

(2) Tanpa menyentuh subseksyen (1), dan tertakluk kepadasubseksyen (3) dan (4), tiap-tiap orang berhak, apabila membayarfi yang ditetapkan, diterima masuk oleh Majlis sebagai seoranganggota Institut jika dia mempunyai syarat yang dikehendaki olehsubseksyen 17(2), (3) atau (4).

(3) Tiada seorang pun boleh diterima masuk oleh Majlis sebagaiseorang anggota Institut jika dia berumur kurang daripada duapuluh satu tahun atau jika pada pendapat Majlis dia bukan seorangyang layak dan wajar untuk diterima masuk sebagai seorang anggota.

(4) Sesuatu pertubuhan perbadanan adalah tidak layak untukmenjadi anggota Institut.

(5) Seseorang yang tidak puas hati dengan keputusan Majlis dibawah subseksyen (3) boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi.

Undang-Undang Malaysia AKTA 15814

(6) Tatacara berkenaan dengan rayuan di bawah subseksyen (5)pada asasnya sama seperti rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadapkeputusan sesuatu mahkamah rendah dalam perkara sivil.

(7) Menteri boleh dari semasa ke semasa, selepas mendapatnasihat Institut, meminda Jadual Kedua melalui perintah yangdisiarkan dalam Warta.

Gred keanggotaan

17. (1) Keanggotaan Institut adalah satu daripada tiga gred, iaituFellowship, Associateship dan Licentiateship.

(2) Sebelum diterima masuk sebagai seorang Fellow, seseoranghendaklah memuaskan hati Majlis bahawa dia—

(a) mempunyai ijazah lulus atau ijazah kepujian atau apa-apa kelulusan akademik yang setaraf, dalam kimia ataudalam apa-apa disiplin yang khas yang dikaitkan dengankimia daripada salah satu peperiksaan yang disenaraikandalam Jadual Kedua;

(b) mempunyai pengalaman praktikal dalam kimia tidak kurangdari sepuluh tahun;

(c) telah memberi sesuatu sumbangan besar kepada kimia;dan

(d) telah mencapai umur tiga puluh tiga tahun atau umuryang kurang dari itu sebagaimana yang dibenarkan olehMajlis dalam sesuatu hal yang khas.

(3) Sebelum diterima masuk sebagai seorang Associate, seseoranghendaklah memuaskan hati Majlis bahawa dia—

(a) mempunyai ijazah lulus atau ijazah kepujian atau apa-apa kelulusan akademik yang setaraf, dalam kimia ataudalam apa-apa disiplin yang khas yang dikaitkan dengankimia daripada salah satu peperiksaan yang disenaraikandalam Jadual Kedua;

(b) mempunyai pengalaman praktikal dalam kimia tidak kurangdari sepuluh tahun bagi ijazah lulus atau yang setarafdengannya atau tidak kurang dari dua tahun bagi ijazahkepujian atau yang setaraf dengannya; dan

(c) telah mencapai umur dua puluh satu tahun.

Ahli Kimia 15

(4) Sebelum diterima masuk sebagai seorang Licentiate, seseoranghendaklah memuaskan hati Majlis bahawa dia—

(a) mempunyai ijazah lulus atau ijazah kepujian atau apa-apa kelulusan akademik yang setaraf, dalam kimia ataudalam apa-apa disiplin yang khas yang dikaitkan dengankimia daripada salah satu peperiksaan yang disenaraikandalam Jadual Kedua;

(b) mempunyai pengalaman praktikal dalam kimia tidak kurangdari dua tahun bagi ijazah lulus atau yang setaraf dengannyaatau tidak kurang dari satu tahun bagi ijazah kepujianatau yang setaraf dengannya; dan

(c) telah mencapai umur dua puluh satu tahun.

Hak

18. (1) Seseorang yang telah didaftarkan sebagai seorang Fellowbagi Institut boleh, selagi dia didaftarkan sedemikian, memperihalkandirinya dengan perkataan “Fellow bagi Institut Kimia Malaysia”atau apa-apa perkataan yang seumpamanya dalam apa-apa bahasalain dan boleh menggunakan huruf parap bagi perkataan itu dihadapan namanya.

(2) Seseorang yang telah didaftarkan sebagai seorang Associatebagi Institut boleh, selagi dia didaftarkan sedemikian, memperihalkandirinya dengan perkataan “Associate bagi Institut Kimia Malaysia”atau apa-apa perkataan yang seumpamanya dalam apa-apa bahasalain dan boleh menggunakan huruf parap bagi perkataan itu dihadapan namanya.

(3) Seseorang yang telah didaftarkan sebagai seorang Licentiatebagi Institut boleh, selagi dia didaftarkan sedemikian, memperihalkandirinya dengan perkataan “Licentiate bagi Institut Kimia Malaysia”atau apa-apa perkataan yang seumpamanya dalam apa-apa bahasalain dan boleh menggunakan huruf parap bagi perkataan itu dihadapan namanya.

Larangan

19. (1) Tanpa menyentuh mana-mana peruntukan lain Akta iniatau kaedah-kaedah atau undang-undang kecil, tiada seorang punanggota boleh—

(a) membenarkan seseorang yang bukan seorang anggotamenjalankan amalan atas nama anggota itu sebagai seorangahli kimia berdaftar;

Undang-Undang Malaysia AKTA 15816

(b) menjalankan dengan apa-apa cara amalan sebagai seorangahli kimia berdaftar selain—

(i) atas namanya sendiri;

(ii) atas nama pekongsinya yang ialah ahli kimiaberdaftar; atau

(iii) atas nama sesuatu firma yang sedia ada pada tarikhyang ditetapkan atau firma yang ditubuhkankemudian daripadanya, yang pekongsinya diMalaysia layak untuk didaftarkan di bawah Aktaini; atau

(c) mengiklankan melalui apa-apa kaedah atau dengan apa-apa cara sebagai menjalankan amalan sebagai seorangahli kimia berdaftar.

(2) Seseorang anggota yang melanggar mana-mana peruntukansubseksyen (1) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh dikenakandenda sebanyak lima ratus ringgit.

BAHAGIAN V

AM

Pelantikan Jawatankuasa Penyiasatan dan JawatankuasaTatatertib

20. Pada mesyuarat pertama Majlis yang diadakan selepasmesyuarat agung pertama, dan selepas setiap mesyuarat agungtahunan Institut, Majlis hendaklah melantik Jawatankuasa yangberikut:

(a) suatu Jawatankuasa Penyiasatan terdiri daripada tiga oranganggota Majlis, dua orang daripadanya hendaklahmembentuk kuorum; dan

(b) suatu Jawatankuasa Tatatertib terdiri daripada lima oranganggota Majlis, yang bukan anggota JawatankuasaPenyiasatan, tiga orang daripadanya hendaklah membentukkuorum.

Ahli Kimia 17

Fungsi Jawatankuasa Penyiasatan dan Jawatankuasa Tatatertib

21. (1) Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah menyiasat apa-apaaduan yang dibuat terhadap seseorang anggota mengikut cara yangditetapkan dalam kaedah-kaedah dan, jika dianggap bahawa aduanitu berpatutan, hendaklah merujukkan aduan itu kepada JawatankuasaTatatertib.

(2) Jawatankuasa Tatatertib hendaklah, jika difikirkannya patut,menjalankan berkenaan dengan anggota itu apa-apa kuasa tatatertibyang diberi kepadanya oleh kaedah-kaedah.

Rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib

22. (1) Seseorang anggota yang terkilan dengan apa-apa keputusanJawatankuasa Tatatertib boleh merayu kepada Mahkamah Tinggidalam tempoh dua puluh satu hari selepas keputusan itu disampaikankepadanya.

(2) Tatacara yang menentukan rayuan di bawah subseksyen (1)hendaklah pada asasnya sama seperti rayuan kepada MahkamahTinggi terhadap keputusan sesuatu mahkamah rendah dalam perkarasivil.

Pengemukaan sebagai seorang ahli kimia berdaftar dan sekatanberhubung dengan cerakinan kimia

23. (1) Tiada seorang pun yang tidak didaftarkan di bawah Aktaini boleh—

(a) menjalankan amalan atau mengemukakan dirinya sebagaiseorang ahli kimia berdaftar atau sebagai seseorang daripadaapa-apa perihalan lain yang serupa;

(b) mengiklankan melalui apa-apa kaedah atau dengan apa-apa cara sebagai menjalankan amalan sebagai seorangahli kimia berdaftar; atau

(c) menerima pakai, mengguna atau menunjukkan istilah “ahlikimia berdaftar” atau apa-apa perkataan yang seumpamanyadalam apa-apa bahasa lain atau apa-apa istilah lain daripadaperihalan yang serupa dalam hal keadaan yang menunjukkanatau mungkin menyebabkan orang memahami bahawadia ialah seorang ahli kimia berdaftar.

Undang-Undang Malaysia AKTA 15818

(2) Tiada seorang pun boleh memberi atau mengadakan atasapa-apa keupayaan penentu, atau memperakui atau mengisytiharkansecara bertulis, keputusan apa-apa cerakinan kimia bagi maksudmenentukan kandungan atau spesifikasi sesuatu benda atau keluaranyang dimakan atau digunakan, atau yang dicadang untuk dimakanatau digunakan, oleh orang awam atau mana-mana golongannya,melainkan jika—

(a) dia ialah seorang ahli kimia berdaftar;

(b) dia ialah seorang ahli farmasi berdaftar dan cerakinankimia yang keputusannya diberi atau diadakan, ataudiperakui atau diisytiharkannya secara bertulis itu adalahbagi maksud menentukan kandungan atau spesifikasisesuatu makanan, benda atau keluaran perubatan ataufarmasi termasuk alat solek dan kelengkapan dandanandiri, atau apa-apa bahagian atau komponennya;

(ba) dia ialah seorang yang dibenarkan di bawah seksyen 23A

bagi maksud subseksyen ini dan memberi atau mengadakan,atau memperakui atau mengisytiharkan secara bertuliskeputusan cerakinan kimia bagi maksud dan dalampenjalanan pekerjaannya; atau

(c) dia ialah seorang pekerja yang bekerja di bawah penyeliaanseorang ahli kimia berdaftar atau ahli farmasi berdaftaratau seseorang yang dibenarkan di bawah seksyen 23A

dan memberi atau mengadakan, atau memperakui ataumengisytiharkan secara bertulis keputusan cerakinan kimiabagi maksud dan dalam penjalanan pekerjaannya dan,dalam hal seseorang pekerja yang bekerja di bawahpenyeliaan seorang ahli farmasi berdaftar, cerakinan kimiaitu ialah bagi maksud menentukan kandungan atauspesifikasi sesuatu makanan, benda atau keluaran perubatanatau farmasi termasuk alat solek dan kelengkapan dandanandiri, atau apa-apa bahagian atau komponennya.

(3) Seseorang yang melanggar mana-mana subseksyen (1) dan(2) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, bagi kesalahan pertama,didenda sebanyak satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama satutahun dan, bagi kesalahan yang berikutnya, didenda sebanyak duaribu ringgit atau penjara selama dua tahun.

Ahli Kimia 19

Kebenaran berhubung dengan cerakinan kimia

23A. (1) Majlis boleh membenarkan seseorang bagi maksudsubseksyen 23(2) jika dia memohon kebenaran Majlis dalam masatiga bulan kalendar dari tarikh yang ditetapkan dan memuaskanhati Majlis—

(a) bahawa, sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, dia—(i) mempunyai ijazah lulus atau ijazah kepujian atau

apa-apa kelulusan akademik yang setaraf, dalamkimia atau dalam apa-apa disiplin yang khas yangdikaitkan dengan kimia daripada apa-apapeperiksaan mana-mana institusi pelajaran tinggidalam mana-mana negeri, selain daripadapeperiksaan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua;atau

(ii) mempunyai kelulusan atau sesuatu bentukpengiktirafan formal yang diberi oleh Kerajaanatau sesuatu pertubuhan perbadanan yangditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan, iaitusuatu kelulusan atau pengiktirafan yang pada amnyatelah diterima sebagai melayakkan penerimanyamelakukan cerakinan kimia;

(b) bahawa, sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, dia telahdiambil kerja oleh seorang majikan dalam sesuatu pekerjaanyang melibatkan dia menjalankan cerakinan kimia; dan

(c) bahawa, pada tarikh Majlis membuat keputusan mengenaipermohonannya—

(i) dia masih bekerja dengan majikan yang sama dalamsesuatu pekerjaan yang melibatkan dia menjalankancerakinan kimia; atau

(ii) dia bekerja dengan seorang majikan lain iaituseorang majikan yang kepadanya dia telah memohonuntuk bekerja sebelum tarikh yang ditetapkan, dalamsesuatu pekerjaan yang melibatkan dia menjalankancerakinan kimia.

(2) Dalam memberi kebenarannya di bawah subseksyen (1),Majlis boleh mengenakan apa-apa sekatan atau syarat yang difikirkanpatut oleh Majlis dan Majlis boleh pada bila-bila masa kemudiannyamengenakan sekatan atau syarat tambahan atau menghapuskanapa-apa sekatan atau syarat yang telahpun dikenakan.

Undang-Undang Malaysia AKTA 15820

(3) Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa sekatan atau syaratyang dikenakan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan kebenaranyang diberi kepadanya di bawah subseksyen (1) adalah bersalahatas suatu kesalahan dan boleh didenda sebanyak seribu ringgit.

(4) Majlis boleh membatalkan kebenaran yang diberi kepadaseseorang di bawah subseksyen (1) jika Majlis berpuas hati, selepasmemberi peluang kepada orang itu untuk didengar, bahawa orangitu tidak mematuhi sesuatu sekatan atau syarat yang dikenakan dibawah subseksyen (2) berkenaan dengan kebenaran itu, walaupuntiada pendakwaan yang berbangkit daripada kemungkirannya itutelah dibawa di bawah subseksyen (3) dan, jika apa-apa pendakwaantelah dibawa, walau apa pun keputusan pendakwaan itu.

(5) Seseorang yang terkilan dengan—

(a) keengganan Majlis memberi kepadanya kebenaran di bawahsubseksyen (1);

(b) sesuatu sekatan atau syarat yang dikenakan di bawahsubseksyen (2) berkenaan dengan kebenaran yang diberikepadanya; atau

(c) pembatalan oleh Majlis di bawah subseksyen (4) tentangkebenaran yang diberi kepadanya,

boleh, dalam masa empat belas hari selepas diberitahu tentangkeputusan Majlis itu atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimanayang dibenarkan oleh Menteri, merayu kepada Menteri.

(6) Dalam rayuan di bawah subseksyen (5), Menteri bolehmembuat apa-apa keputusan yang difikirkannya patut dan selarasdengan Akta ini; dan keputusan Menteri itu muktamad, tidakboleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah, dan hendaklahdipatuhi oleh Majlis.

(7) Pembatalan sesuatu kebenaran di bawah subseksyen (1) tidakboleh berkuat kuasa sehingga tempoh rayuan yang diperuntukkanoleh subseksyen (5) telah habis tempoh atau, jika rayuan telahdibuat dalam tempoh tersebut, sehingga pembatalan itu disahkanoleh Menteri atas rayuan.

Ahli Kimia 21

(8) Melainkan jika dibatalkan dengan sepenuhnya lebih awal dibawah subseksyen (4) dan (7), kebenaran yang diberi kepadaseseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terhenti daripadaberkuat kuasa apabila orang itu tidak lagi bekerja dengan orangyang telah mengambilnya bekerja pada masa kebenaran itu diberikepadanya.

Kecualian

24. (1) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen 23(1) boleh menyentuhhak seseorang atau sesuatu pertubuhan perbadanan untuk mengambilatau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalanyang orang atau pertubuhan perbadanan itu berhak mengambilatau menggunakan di bawah Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951.

(2) Walau apa pun Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, seseoranganggota boleh mengambil atau menggunakan nama atau gelaran“ahli kimia” atau apa-apa perkataan yang seumpamanya dalamapa-apa bahasa lain berkenaan dengan penjualan barang-barangsecara runcit.

Amalan fraud

25. Seseorang yang—(a) memperoleh atau cuba memperoleh pendaftaran atau

sesuatu perakuan keanggotaan di bawah Akta ini dengandisedarinya membuat atau mengemukakan ataumenyebabkan dibuat atau dikemukakan sesuatuperisytiharaan, perakuan, permohonan atau pernyataanpalsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya;

(b) secara sengaja membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa pemalsuan dalam daftar;

(c) memalsukan, mengubah atau melancung sesuatu perakuankeanggotaan yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

(d) menggunakan sesuatu perakuan keanggotaan di bawahAkta ini yang telah dipalsukan, diubah atau dilancungdengan menyedarinya sebagai telah dipalsukan, diubahatau dilancung; atau

Undang-Undang Malaysia AKTA 15822

(e) menyamar sebagai seorang anggota Institut, atau membeli,menjual atau secara fraud memperoleh sesuatu perakuankeanggotaan yang dikeluarkan di bawah Akta ini,

bersalah atas suatu kesalahan dan boleh didenda sebanyak saturibu ringgit atau dipenjarakan selama satu tahun.

Kesalahan oleh firma

26. Jika sesuatu firma melakukan sesuatu perbuatan yang, jikadilakukan oleh orang sebenar, akan menjadi suatu kesalahan dibawah mana-mana peruntukan Akta ini, tiap-tiap anggota firma ituhendaklah disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan itu melainkanjika anggota itu membuktikan bahawa dia tidak tahu mengenaipelakuan kesalahan itu.

Pelantikan dan kuasa Pemeriksa

27. (1) Menteri boleh melantik beberapa orang ahli kimia berdaftardalam perkhidmatan awam yang difikirkannya perlu untuk menjadiPemeriksa bagi maksud Akta ini.

(2) Jika seseorang Pemeriksa ada sebab yang munasabah untukmempercayai bahawa sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telahatau sedang dilakukan di mana-mana premis atau yang berhubungandengan sesuatu perniagaan yang dijalankan di mana-mana premis,dia boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki, menggeledahdan memeriksa premis itu dan boleh memeriksa, memindahkandan menahan apa-apa buku, dokumen atau barang lain yang dijumpaidi dalamnya yang, pada pendapatnya, boleh memberi keterangantentang pelakuan kesalahan itu.

(3) Seseorang yang menghalang atau menggalang seseorangPemeriksa dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (2)bersalah atas suatu kesalahan dan boleh didenda sebanyak saturibu ringgit atau dipenjarakan selama satu tahun.

Mendapatkan wang oleh Majlis

28. Apa-apa wang yang kena dibayar kepada Institut di bawahAkta ini atau kaedah-kaedah boleh didapatkan oleh Majlis sebagaisuatu hutang yang kena dibayar kepada Majlis dalam mana-manamahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa.

Ahli Kimia 23

Keberhentian Pertubuhan dan pemindahmilikan harta, hakdan tanggungan

29. (1) Pada dan mulai dari tarikh yang ditetapkan, Pertubuhanhendaklah disifatkan sebagai telah terhenti daripada wujud.

(2) Semua harta, alih atau tak alih, yang sebelum sahaja tarikhyang ditetapkan itu, telah diletak hak pada atau telah dipegangoleh atau untuk Pertubuhan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkanitu, dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan ataupemindahmilikan, terletak hak atau berpindah kepada Institut dalamkeadaan dan mengikut syarat dan maksud sebagaimana harta itutelah diletak hak atau dipegang sebelum sahaja dari tarikh yangditetapkan itu; dan segala hak dan tanggungan yang, sebelum sahajadari tarikh yang ditetapkan itu, adalah hak dan tanggungan Pertubuhanhendaklah, pada tarikh yang ditetapkan itu, menjadi hak dantanggungan Institut.

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 9(4)]

PERUNTUKAN TAMBAHAN YANG BERHUBUNGANDENGAN MAJLIS

Pengerusi

1. (1) Yang Dipertua Institut hendaklah menjadi Pengerusi Majlis dan hendaklahmempengerusikan semua mesyuarat Majlis yang dia hadir.

(2) Jika Yang Dipertua tidak hadir, Naib Yang Dipertua hendaklahmempengerusikan mesyuarat itu dan jika Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertuatidak hadir, Majlis hendaklah memilih seorang daripada anggotanya untukmempengerusikan mesyuarat itu.

Majlis pertama dan yang berikutnya

2. (1) Walau apa pun peruntukan seksyen 9, Majlis pertama, selain daripadaKetua Pengarah Kimia, hendaklah dalam suatu mesyuarat agung yang diadakanbagi maksud ini dipilih oleh dan daripada orang yang, sebelum sahaja tarikhyang ditetapkan itu, adalah anggota Pertubuhan.

Undang-Undang Malaysia AKTA 15824

(2) Pada setiap mesyuarat agung tahunan Institut yang berikutnya, empatkekosongan dalam keanggotaan Majlis, selain daripada keanggotaan Ketua PengarahKimia, hendaklah diwujudkan dengan persaraan empat orang anggota secarasukarela atau, jika tidak demikian, melalui pilihan sulit, dan kekosongan yangdiwujudkan itu hendaklah diisi melalui pilihan baru.

(3) Anggota Majlis yang bersara di bawah subperenggan (2) adalah layakdipilih semula jika mereka tidak hilang kelayakan daripada memegang jawatandalam Majlis kerana mana-mana daripada alasan dalam subsubperenggan 3(b)hingga 3(g).

Apabila anggota Majlis hendaklah mengosongkan Jawatan

3. Seseorang anggota Majlis, selain daripada Ketua Pengarah Kimia, hendaklahmengosongkan jawatannya jika—

(a) dia meletak jawatannya;

(b) dia telah tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turuttanpa kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada PengerusiMajlis;

(c) dia menjadi bankrap atau tidak berkemampuan atau dia membuatsesuatu komposisi dengan mana-mana pemiutang atau mengambilpeluang atau cuba mengambil peluang daripada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis untuk melikuidasikan aset atau halehwalnya;

(d) dia menjadi tidak sempurna akal;

(e) yurannya telah tertunggak selama enam bulan;

(f) dia tidak lagi layak memegang jawatan; atau

(g) dia disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecuranganatau keburukan akhlak atau suatu kesalahan yang boleh dihukumdengan pemenjaraan, sama ada secara mutlak atau sebagai tambahankepada atau sebagai ganti denda, selama tempoh dua tahun atau lebih.

Kekosongan luar jangka

4. Apa-apa kekosongan luar jangka yang berbangkit daripada keanggotaanMajlis boleh diisi oleh seseorang anggota Institut yang dipilih oleh Yang Dipertuadan anggota itu hendaklah memegang jawatan sehingga mesyuarat agung tahunanyang berikutnya.

Mesyuarat Majlis

5. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap suku tahun bagi setiap tahun pada masa dan tempat yang ditetapkan olehnya.

(2) Tujuh orang anggota yang hadir sendiri di sesuatu mesyuarat Majlishendaklah membentuk kuorum.

Ahli Kimia 25

(3) Sesuatu keputusan lebih suara anggota Majlis yang hadir dan mengundidi sesuatu mesyuarat Majlis hendaklah disifatkan sebagai suatu keputusan Majlis.

(4) Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan sesuatu mesyuarat Majlishendaklah mempunyai undi asal dan pemutus.

(5) Tertakluk kepada kaedah-kaedah, Majlis boleh membuat peraturan mengenaitatacaranya sendiri.

Anggota Majlis tidak dibayar saraan

6. Tiada apa-apa saraan kena dibayar kepada seseorang anggota kerana memegangjawatan.

Tahun kewangan

7. Tahun kewangan bagi Institut hendaklah berakhir pada 31hb Disember.

Mesyuarat agung

8. (1) Tertakluk kepada subperenggan (2), mesyuarat agung Institut boleh diadakanseberapa kerap yang difikirkan perlu oleh Majlis, tetapi Majlis hendaklah memanggilsuatu mesyuarat agung tahunan yang hendaklah diadakan di Malaysia dalammasa tiga bulan selepas berakhir tahun kewangan.

(2) Majlis hendaklah mengadakan suatu mesyuarat agung Institut dalammasa enam minggu selepas menerima permintaan bertulis untuk berbuat demikian,yang menyatakan tujuan mesyuarat itu dan yang ditandatangani oleh tidakkurang dari dua puluh lima orang anggota Institut.

(3) Tatacara di mesyuarat agung dan bagi penyampaian notis hendaklahmengikut kaedah-kaedah.

JADUAL KEDUA

[Seksyen 17]

PEPERIKSAAN KELAYAKAN

1. Peperiksaan akhir Institut.

2. Apa-apa peperiksaan di mana-mana jua atau bahagiannya yang diiktirafoleh Kerajaan, setelah berunding dengan Institut, sebagai setaraf dengan ataulebih tinggi daripada peperiksaan akhir Institut.

Undang-Undang Malaysia AKTA 15826

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 158

AKTA AHLI KIMIA 1975

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasayang meminda dari

Akta 160 Akta Matawang Malaysia (Ringgit) 29-08-19751975

Akta A415 Akta Ahli Kimia (Pindaan) 1977 30-09-1977

Akta A1032 Akta Ahli Kimia (Pindaan) 1998 Belumberkuat kuasa

Ahli Kimia 27

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 158

AKTA AHLI KIMIA 1975

SENARAI SEKSYEN YANG PINDAAN

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari

1 Akta A415 30-09-1977

2 Akta A415 30-09-1977

11A Akta A1032 Belum berkuatkuasa

16 Akta A415 30-09-1977

17 Akta A415 30-09-1977

23 Akta A415 30-09-1977

23A Akta A415 30-09-1977

Jadual Kedua Akta A415 30-09-1977