undang-undang 99 perak

7
Undang-undang 99 Perak Oleh : Muhammad Syakirin Bin Ariffin Pensejarahan Malaysia

Upload: hamdan-syakirin-hamdan-sobirin

Post on 03-Jan-2016

551 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Undang-undang 99 Perak

Undang-undang 99 Perak

Oleh :

Muhammad Syakirin Bin Ariffin

Pensejarahan Malaysia

Page 2: Undang-undang 99 Perak

Pengenalan

Undang-undang Sembilan Puloh Sembilan atau dalam

bahasa Inggerisnya ‘Ninety Nine Laws of Perak’ adalah

undang-undang yang tertua dalam negeri Perak.

Dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana

mengandungi 99 perkara undang-undang dalam

pelbagai aspek.

Undang-undang dikatakan berasal daripada

Parsi sebelum dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-17.

Undang-undang ini telah dikanunkan pada tahun 1878.

Page 3: Undang-undang 99 Perak

Antara perkara yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak ialah:-

1.Tugas serta tanggungjawab pemerintah : merangkumi

peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-

Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan serta para-

para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam

tampuk pemerintahan.

Contohnya : Fasal 92

"Undang-undang orang menjadi Raja di-dalam negeri

itu apa-apa yang jadi aman pada negeri itu?" Maka

sembah Menteri, " Pertama-tama adil hukum-nya,

kedua murah makan di-dalam negeri itu, jadi aman-lah

negeri itu.

Page 4: Undang-undang 99 Perak

2. Peraturan Adat Istiadat : sebagai contoh Adat

menghadap Raja, Adat perlantikan Raja, Adat

Berbahasa semasa berada dalam istana dan

sebagainya.

Contohnya : Fasal 24

" Undang-undang orang mengadap raja-raja atau orang

besar-besar: maka titah Raja Nasruan Adil, "Apa hukum-

nya ? " Maka sembah Menteri, " Tatkala dudok di-balai itu

mau-lah tundokkan kepala dan tiada boleh di- liarkan mata

dan jangan memandang muka-nya dan suara jangan di-

besarkan, tetapkan diri seperti dudok diam di-dalam adat."

Page 5: Undang-undang 99 Perak

3. Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah :

contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan

sebagainya.

Contoh : Fasal 1

Undang-undang orang mengadir: maka titah Raja Nasruan

Adil, "Apa-lah hukum-nya bilang-bilang hari orang datang

mengadukan orang menchuri harta orang ?'* Maka sembah

Menteri, " Ya tuan-ku, jika sa-kali boleh di-muafakatkan, suroh

ganti barang itu ; jika sampai dua kali di-potong jari-nya; jika

sarapai tiga kali di-buang orang itu daripada mukim itu."

Page 6: Undang-undang 99 Perak

4. Perkara-perkara yang berkaitan dengan

hal kekeluargaan : contohnya; perkahwinan,

penceraian, pemahagian harta dan sebagainya.

Contoh : Fasal 54

"Undang-undang orang perempuan mengadu

hendak cherai apa hukum-nya?" Maka sembah

Menteri, " Pertama-tama tiada nafkah batin,

kedua tiada nafkah dzahir, boleh-lah cherai."

Page 7: Undang-undang 99 Perak

Rujukan Papers on Malay Subjects. 

Law: Part II, The 99 laws of Perak. ed. Rigby J. FMS Government Press, Kuala Lumpur. 1908

Sekian, terima kasih.