ulasanjurnalkajiantindakan-110821112952-phpapp01

6
PENDAHULUAN Jurnal Pendidikan yang bertajuk “Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Mengikut Jantina Di Luar Kelas” telah dikaji oleh Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. Artikel ini berkenaan dengan kepelbagaian strategi belajar yang digunakan oleh pelajar lelaki dan perempuan ketika belajar bahasa Melayu di luar kelas berdasarkan kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Strategi pembelajaran merupakan satu cara untuk membantu seseorang menguasai sesuatu pelajaran. Dalam konteks Pendidikan BM, pelajar yang menggunakan pelbagai strategi akan Berjaya dalam pelajaran bahasa. PENYATAAN MASALAH Masalah yang telah dikenalpasti dari artikel ini adalah perbezaan teknik yang digunakan oleh pelajar iaitu antara pelajar cemerlang lelaki, pelajar lemah lelaki, pelajar cemerlang perempuan dan pelajar lemah perempuan. Malah teknik-teknik ini telah mempengaruhi penguasaan BM pelajar sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. OBJEKTIF KAJIAN Secara umumnya objektif kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kepelbagaian strategi pembelajaran bahasa Melayu mengikut jantina di luar kelas berdasarkan kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seramai lapan orang pelajar Tingkatan 4 telah dijadikan sampel dalam kajian ini, terdiri daripada empat orang pelajar cemerlang dan empat orang pelajar lemah yang mewakili kedua-dua jantina. Objektif khusus kajian adalah untuk: - Mengenalpasti strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh peserta kajian ketika mempelajari BM DLK (Di Luar Kelas) berdasarkan jantina.

Upload: eda-muryanti

Post on 31-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian tindakan penyelidikan

TRANSCRIPT

Page 1: ulasanjurnalkajiantindakan-110821112952-phpapp01

PENDAHULUAN

Jurnal Pendidikan yang bertajuk “Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Mengikut Jantina Di Luar Kelas” telah dikaji oleh Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. Artikel ini berkenaan dengan kepelbagaian strategi belajar yang digunakan oleh pelajar lelaki dan perempuan ketika belajar bahasa Melayu di luar kelas berdasarkan kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Strategi pembelajaran merupakan satu cara untuk membantu seseorang menguasai sesuatu pelajaran. Dalam konteks Pendidikan BM, pelajar yang menggunakan pelbagai strategi akan Berjaya dalam pelajaran bahasa.

PENYATAAN MASALAH

Masalah yang telah dikenalpasti dari artikel ini adalah perbezaan teknik yang digunakan oleh pelajar iaitu antara pelajar cemerlang lelaki, pelajar lemah lelaki, pelajar cemerlang perempuan dan pelajar lemah perempuan. Malah teknik-teknik ini telah mempengaruhi penguasaan BM pelajar sama ada di dalam kelas atau di luar kelas.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya objektif kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kepelbagaian strategi pembelajaran bahasa Melayu mengikut jantina di luar kelas berdasarkan kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seramai lapan orang pelajar Tingkatan 4 telah dijadikan sampel dalam kajian ini, terdiri daripada empat orang pelajar cemerlang dan empat orang pelajar lemah yang mewakili kedua-dua jantina.

Objektif khusus kajian adalah untuk:

- Mengenalpasti strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh peserta kajian ketika mempelajari BM DLK (Di Luar Kelas) berdasarkan jantina.

- Mengenalpasti strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh peserta kajian untuk menulis mempelajari BM dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis DLK.

-

SOALAN KAJIAN

1. Apakah strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh peserta kajian ketika mempelajari BM DLK (Di Luar Kelas) berdasarkan jantina?

2. Apakah strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh peserta kajian untuk menulis mempelajari BM dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis DLK?

Page 2: ulasanjurnalkajiantindakan-110821112952-phpapp01

KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah penting kerana dapat membantu Penyelidik dan Pendidik bahasa untuk mengetahui strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar lelaki dan perempuan semasa DLK. Di samping itu, guru-guru dapat merancang proses pengajaran mereka dengan baik berdasarkan kemampuan pelajar mereka dalam sesuatu kemahiran bahasa. Tambahan lagi, bagi pelajar mereka dapat memanfaatkan hasil kajian ini dengan menguasai sebanyak mungkin strategi pembelajaran bahasa yang tersenarai dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta dapat mempratikkan kemahiran yang ada dalam pembelajaran bahasa dan juga subjek yang lain.

METADOLOGI

Kajian tindakan ini dijalankan mengikut Model Stringer, (2004):

1. Merekabentuk Pelajar yang dipilih terdiri daripada empat orang pelajar cemerlang dan empat orang pelajar yang lemah dalam pelajaran BM berdasarkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Dimana pelajar cemerlang mendapat gred A, manakala pelajar lemah mendapat gred D atau E. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah menengah kebangsaan di sebuah daerah di negeri Selangor. Pelajar dipilih dengan bantuan guru matapelajaran BM, guru kelas dan Ketua Panitia BM.

1. Mereka bentuk

2. Mengumpul Data

3. Menganalisis Data

4. Menyampai Data

5. Mengambil Tindakan

Page 3: ulasanjurnalkajiantindakan-110821112952-phpapp01

2. Mengumpul DataKajian ini menggunakan kaedah temu bual berstuktur yang melibatkan pengumpulan dan penganalisaan secara kualitatif dengan adanya interaksi secara bersemuka antara pengkaji dengan pelajar cemerlang dan lemah untuk mendapatkan maklumat tentang pengalaman atau situasi pelajar tersebut. Kaedah temubual berstuktur ini meliputi beberapa aras atau peringkat soalan yang dicadangkan oleh Kvale (1996). Sebagai contoh pengkaji telah mengambil dua orang pelajar cemerlang lelaki dan perempuan untuk menjawab beberapa soalan yang telah disediakan. Walaubagaimanapun, untuk soalan temubual yang sukar dijawab akan dibaiki atau dibuang bagi memudahkan pelajar menjawab soalan yang diberi.

3. Menganalisis DataData temubual yang diperolehi daripada kajian ini dianalisis dengan mencari tema atau pola yang kerap ditemui dalam temubual. Setelah tema dikenalpasti proses mengkod dilakukan menggunakan Perisian NUD*IST (Non Numerical Unstructured Data and Indexing Searching Theorizing) yang telah diadaptasi secara manual bagi memberi gambaran yang lebih seragam dan mudah difahami. Setiap tema dianalisi menggunakan analisis Cohen Kappa untuk mengenalpasti samaada tema yang dikumpul boleh dipercayai ataupun tidak.

4. Menyampai HasilJadual telah digunakan untuk melihat perbezaan teknik-teknik yang digunakan oleh pelajar. Setelah masalah dapat dikenal pasti maka wujudlah beberapa teknik yang boleh digunakan oleh pelajar cemerlang lelaki untuk memudahkan mereka untuk mempelajari BM dengan mudah iaitu dengan mewujudkan kumpulan perbincangan, melihat cara guru bertutur, banyak bertutur dengan keluarga dan rakan, mengunakan pelbagai alat bantuan ketika bertutur, memberi tumpuan ketika bertutur dan sebagainya. Oleh itu, dengan adanya teknik-teknik ini, pelajar akan dapat bertutur dengan yakin terutamanya ketika bertutur dengan keluarga di rumah mahupun rakan-rakan di luar. Manakala bagi pelajar lemah lelaki, mereka menggunakan teknik yang berbeza iaitu, bertutur menggunakan bahasa formal, banyak merujuk kamus dan membaca pelbagai bahan bacaan.

Manakala bagi pelajar perempuan terdapat persamaan dan perbezaan antara pelajar cemerlang perempuan dengan pelajar lemah perempuan dimana dari teknik pertuturan mereka akan bertutur dengan keluarga dan ini dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran bertutur mereka. Malah kedua-duanya menggunakan teknik membaca yang sama iaitu dengan membaca buku rujukan dan surat khabar, kemudian berkongsi dengan keluarga apa yang dibaca oleh mereka. Berbeza

Page 4: ulasanjurnalkajiantindakan-110821112952-phpapp01

dengan alat bantuan yang digunakan oleh pelajar cemerlang perempuan dan pelajar lemah perempuan dimana pelajar cemerlang perempuan banyak menggunakan alat bantuan elektronik berbanding dengan pelajar lemah perempuan yang banyak menggunakan alat bantuan bercetak abgi meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa melayu.

5. Mengambil TindakanSetelah melihat dari semua aspek, terdapat tindakan yang perlu dilakukan bagi mendapat strategi pembelajaran berdasarkan kemahiran bahasa yang berkesan iaitu Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Dimana disebalik strategi-strategi ini pelajar akan dapat memperbaiki penggunaan bahasa melayu di luar kelas dan sekali gus dapat menggunakannya di dalam peperiksaan matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang telah dibuat dapat disimpulkan bahawa terdapat pelbagai kaedah, teknik atau strategi yang boleh digunakan oleh pelajar dalam menambahbaik penggunakan BM dalam pertuturan harian sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Ini akan memberi kesan yang positif kepada pelajar dalam diri mereka dengan adanya keyakinan apabila berkomunikasi dengan orang lain. Malah guru akan dapat menggunakan hasil kajian ini untuk melihat sejauh mana kemampuan para pelajar dalam menguasai penggunaan BM di sekolah dan ini akan dapat membantu guru dalam persediaan mengajar dan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan menjadi lancar.