ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

30
EKONOMI KEBAJIKAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Upload: muhammad-izzuddin

Post on 26-Jul-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

EKONOMI KEBAJIKAN DALAM PERSPEKTIF

ISLAM

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM 

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 2: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

PENDAHULUANDefinisi ekonomi• Definisi ekonomi menurut kamus dewan adalah ditakrifkan seperti berikut :

• Politik iaitu ilmu yang berkaitan dengan asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang, dan perkhitmatan serta masalah yang bersangkutan .

• Sistem atau cara pengeluaran (pembahagian dan penggunaan) harta atau barang-barang serta perkhidmatan .

• Keadaan kekayaan atau kebendaan

• Urusan atau hal-hal berkaitan rumahtangga

• Penjimatan iaitu cabang ekonomi yang berkaitan dengan asas-asas ekonomi dari segi   kebajikan .

Bahasa arab• Dalam bahasa arab, ekonomi diambil daripada istilah “iqtisad” yang berasal dari “qasad” 

yang membawa maksud kesederhanaan atau pertengahan. Imam Al’lz al salam menyatakan perkataan ini sebagai pertengahan antara kedekut dan membazir .

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 3: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

KONSEP KEBAJIKAN

• Maksud ‘Al falah’ di dalam Al – Quran adalah seerti dengan perkataan “keredhaan Allah” .Islam mengajar umatnya agar semua kegiatan mereka diarahkan kepada alfalah iaitu kejayaan. Hal ini adalah merujuk kepada matlamat komprehensif iaitu meliputi kebajikan di dunia dan di akhirat. 

• Kedua – dua perkara ini perlu diselaraskan supaya tidak berlaku pertembungan dan pertentangan kesejahteraan di dunia iaitu dijadikan alat untuk mencapai kesejahteraan di akhirat.

PERBANDINGAN ANTARA KEBAJIKAN DAN KONSEP AL FALAH

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 4: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

• Kebajikan boleh disamaertikan dengan al-falah jika pencapaian kebajikan kebendaan di dunia selaras dengan pencapaian kebajikan di akhirat.i) Kebajikan di dunia 

  Lebih bersifat kepada kebajikan sosial dimana perlu mengambil kira kebajikan orang lain supaya tiada yang tertindas. Setiap individu saling berhubung dengan yang lain dalam konteks bermasyarakat kerana tiada individu yang tidak bermasyarakat.ii) Kebajikan di akhiratKehidupan di akhirat adalah secara nafsi – nafsi iaitu sendiri –sendiri . Segala usaha kita di dunia akan menentukan keadaan kita di akhirat.

Prinsip Islam dan perlakuan ekonomi • Terdapat banyak prinsip – prinsip Islam yang relevan dengan perlakuan ekonomi . 

Antaranya ialah : 1. Tuhan ialah pemilik2. Satu tujuan hidup : untuk menguji manusia 

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 5: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

Bagaimana Islam menjaga keperluan asas dan kebajikan setiap individu

i) Keperluan asas manusia (untuk setiap individu) adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Sebagaimana yang tercantum dalam banyak nas antaranya, -“Dan kewajipan ayahnya memberikan makan dan pakaian kepada para ibunya” [TMQ al-Baqarah (2):233], -“Berilah mereka nafkah (makanan) dan pakaian” [TMQ al-Ma’idah (5):5]

ii) Keperluan asas untuk rakyat, berdasarkan nas adalah keselamatan, kesihatan dan pendidikan. Hadis Rasulullah “Siapa sahaja yang pada waktu paginya merasakan aman pada kelompoknya, sihat tubuh badannya dan tersedia makanan rujinya pada hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki dunia” meletakkan bahawa keamanan, dan kesihatan sama tarafnya dengan makanan. Ini menunjukkan bahawa keduanya menjadi keperluan asas untuk rakyat. Manakala pendidikan merupakan keperluan asas untuk rakyat berasaskan hadis,  -“Perumpamaan petunjuk dan ilmu seperti hujan lebat yang menyirami bumi dan ada tanah yang subur...” [HR Riwayat Bukhari],

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 6: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

Bagaimana Islam Menjamin Kebajikan Asas Rakyat• Sebagaimana telah disebutkan, Negara adalah bertanggung jawab ke atas 

Keselamatan, Kesihatan dan Pendidikan rakyatnya, ini berdasarkan hukum-hakam berkaitan dengan ri’ayah (pemeliharaan) rakyatnya. Sabda Rasulullah, -“Imam itu pemelihara dan dialah yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya” [HR Mutafaq Alaih].

• Bersangkutan dengan perkara keselamatan dari ancaman musuh luar negeri, pembelaan negara dari ancaman musuh sudah diketahui dengan masyhur dari perbuatan Rasulullah dan ayat-ayat tentang jihad. Sedangkan keamanan dalam negeri pula dijamin dengan hukum-hakam terhadap orang-orang yang merampas hak-hak manusia sebagaimana. 

• Dalam aspek pendidikan pula terdapat Ijmak Sahabat tentang pembahagian gaji guru dari Baitul Mal. Ibnu Syaibah meriwayatkan bahawa Ibnu Atha’ berkata “Di Madinah terdapat tiga orang guru yang mengajar anak-anak, Umar memberikan mereka 15 dinar setiap bulan”. Di samping itu dalam kes tebusan perang Badar Rasulullah telah menentukan tebusan untuk mereka dengan mengajar 10 anak-anak kaum Muslimin. 

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 7: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

• Ekonomi Islam berteraskan keadilan dan seimbang, tidak ada jurang yang begitu jauh antara orang miskin dengan orang kaya. Persaudaraan yang dipupuk oleh Islam akan berhasil sekiranya perseimbangan dan agihan kekayaan adalah saksama dikalangan masyarakat. Pendapatan dan pengagihan yang ketidaksamaan yang berleluasan sudah tentu akan merosakkan persaudaraan umat Islam. Islam amat menekankan keadilan sosial dan perseimbangan ekonomi supaya setiap individu dijamin dapat menikmati taraf hidup yang sempurna sejajar dengan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. 

• Firman Allah yang bermaksud “Supaya harta itu jangan hanya beredar diantara orang-orang kaya sahaja dikalangan kamu” (al-Hasyr 7)

KEBAJIKAN PERSENDIRIAN DALAM EKONOMI ISLAM

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 8: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

• Bahawa matlamat ekonomi Islam adalah untuk melahirkan kehidupan yang makmur dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Ciri kemanusiaan dalam ekonomi ini adalah berseiringan dengan ciri rabbani yang telah diterangkan sebelum ini. Antara ciri-ciri kemanusiaan iaitu kebebasan dan kemuliaan manusia, melaksanakan keadilan sesama manusia, persaudaraan dan pertolongan, belas-kasihan terhadap setiap manusia terutama orang miskin, fakir, anak yatim, orang yang dalam perjalanan dan janda-janda yang kematian suami dan sesiapa yang kurang bernasib baik untuk menyara keluarganya.

• Dari sini Islam mengakui hak kebebasan seseorang  itu untuk memikul harta, memeliharanya dari diceroboh dan dirampas orang lain. Islam sering menyeru umatnya sentiasa bekerja dan berusaha bagi menjamin kebahagian hidup. Makna kemanusiaan dalam ekonomi ini adalah untuk melahirkan kehidupan yang bahagia dan makmur. Pekerjaan dan usaha yang dilakukan itu dianggap sebagai ibadat dan jihad dalam Islam.

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 9: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

Unsur kebendaan dalam kehidupan bahagia• Islam mengharuskan umatNya menikmati segala perkara yang ada di dunia ini dari 

perkara-perkara  yang baik. Ini bertentangan dengan setengah agama yang mengharamkan segala perkara baik yang dikurniakan oleh Allah untuk dinikmati oleh manusia.

• Firman Allah yang bermaksud : “Wahai manusia sekalian, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata”. (al-Baqarah 168)

• Allah yang menghalalkan perkara yang baik dan mengharamkan perkara yang keji seperti firman Allah yang bermaksud: “Mereka menanyakan kepada kamu, apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah : “Dihalalkan bagi kamu yang baik-baik”.(al-Maidah 4)

• Allah menggambarkan sifat para rasul dan keistimewaan risalahNya yang dikenali oleh ahli taurat dan injil. Firman Allah yang bermaksud: “Iaitu orang yang mengikut rasul, nabi-nabi yang ummi yang nama mereka didapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di /’;[p-0sisi mereka, menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk”. (al- ‘Araaf 157)

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 10: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

• Kebajikan sosial adalah jumlah kesejahteraan seluruh masyarakat. Kebajikan sosial tidak boleh diukur kerana ia melibatkan kedua-dua objektif dan pertimbangan nilai. Ia tidak sama seperti taraf hidup tetapi adalah lebih seperti kualiti hidup yang merangkumi faktor-faktor seperti kualiti alam sekitar (udara, tanah, air), tahap jenayah, tahap penyalahgunaan dadah, ketersediaan perkhidmatan sosial yang penting, seperti keagamaan dan kerohanian dalam aspek kehidupan.

• Kebajikan sosial adalah tentang bagaimana orang ramai, masyarakat dan institusi dalam masyarakat mengambil tindakan untuk menyediakan piawaian minimum tertentu dan peluang tertentu.

• Dalam kebajikan sosial atau awam, peruntukan diberikan seperti bantuan pendidikan, kebudayaan, perubatan, dan kewangan kepada mereka yang memerlukan. Langkah-langkah kebajikan sosial  termasuk mana-mana yang berikut: rawatan pesakit mental; pemulihan penjenayah; kanak-kanak yang bermasalah, penjagaan  sakit atau cacat; bantuan keluarga miskin, dan aktiviti penyeliaan, pendidikan, dan membina, terutama bagi golongan muda.

KEBAJIKAN SOSIAL DALAM ISLAM

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 11: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

Tujuan Kebajikan Sosial Dalam Islam• Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk 

meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.

• Banyak agensi-agensi yang berfungsi untuk menghulurkan bantuan dari segi moral, nasihat dan keupayaan hidup. Ini termasuklah yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan organisasi bukan untung (non-profit organisation) yang dikendalikan oleh sukarelawan.

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 12: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

Unsur kebendaan dalam kehidupan bahagia• Islam mengharuskan umatNya menikmati segala perkara yang ada di 

dunia ini dari perkara-perkara  yang baik. Ini bertentangan dengan setengah agama yang mengharamkan segala perkara baik yang dikurniakan oleh Allah untuk dinikmati oleh manusia.

Konsep kebajikan masyarakat• Haris Abd Wahab (2003) menjelaskan konsep kebajikan sosial telah mula 

dibincangkan semenjak tahun 1960an lagi. Walau bagaimanapun konsep ini masih lagi kabur. Ini kerana konsep kebajikan sosial yang ada, membawa makna yang berbeza (Migley, 1995, 1997). Secara umumnya kebajikan sosial mengandungi dua pengertian:

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 13: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

  i. Kebajikan sosial dilihat sebagai satu sistem kegiatan yang teratur bagi berbagai perkhidmatan sosial yang tujuannya untuk membantu individu dan kelompok mencapai kualiti hidup yang lebih memuaskan (Friedlander, 1961).  ii. Kebajikan sosial dilihat sebagai satu keadaan yang sejahtera mencakupi aspek fizikal, mental dan sosial (United Nation, 1960). Berdasarkan kepada keduadua pengertian tersebut, Skidmore (1971) telah mendefinisikan kebajikan sosial sebagai sat usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan yang sejahtera, baik dari segi fizikal, mental dan sosial.

Fungsi kebajikan sosial dalam Islam• Konsep fungsi kebajikan sosial yang sukar di tentukan dengan tepat dan 

memang dicari-cari oleh ahli ekonomi moden,pada asalnya telah dirumuskan oleh dua orang ahli fikir dan ulama Islam: al-Ghazali (meninggal dunia 505H) dan al-Shatibi (meninggal dunia 790H), lebih kurang 800 tahun yang lalu.Al-Ghazali telah membuat rumusan yang asal, manakala al-Shatibi telah mengembangkan dan memperbaiki konsep tersebut.

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 14: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

• Al-Ghazali dan kemudiannya al-Shatibi dengan meninjau ajaran dan hukum Islam yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis, telah membuat kesimpulan bahawa utiliti sosial dalam Islam boleh dibahagikan kepada satu hirarki tiga tingkat iaitu keperluan, kemudahan dan kemewahan.1. Keperluan: Keperluan mengandungi semua kegiatan dan barang yang perlu 

bagi menjaga lima asas kehidupan bagi individu dan sosial yang baik mengikut pandangan Islam: Agama,Nyawa,Akal Fikiran,Zuriat dan Harta Kekayaan.Matlamat pertama agama Islam ialah untuk menjaga asas yang lima ini.

2. Kemudahan: Kemudahan terdiri daripada semua kegiatan dan barang-barang yang tidak penting bagi menjaga kelima-lima asas tadi tetapi diperlukan untuk meringankan ataupun menghapuskan halangan dan kesukaran hidup.

3. Kemewahan: Kategori ini termasuk kegiatan dan benda yang melebihi batas kemudahan. Khususnya, ia termasuk hal yang tidak mengelakkan atau mengurangkan kesukaran tetapi hal yang mencerahkan dan menghiasi kehidupan ini.Ia juga termasuk dalam perkara yang memberi keselesaan dan termasuk dalam kategori mengikut nafsu yang dianggap oleh Islam sebagai perkara yang tidak berfaedah dan ditegah oleh Islam. 

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 15: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

Cabaran kebajikan sosial• Sebenarnya, konsep kebajikan adalah menyeluruh dan merangkumi 

seluruh maksud kerja yang baik. Kerja baik itu terhad kepada menujukan sesuatu kerja itu kepada orang yang lemah dan yang memerlukan sahaja. Kebajikan adalah untuk semua bagi dijadikan alat untuk membentuk masyarakat penyayang, prihatin, mesra dan masyarakat padu.Dengan perkataan lain kebajikan adalah nilai yang sepatutnya ada pada diri individu mahkluk sosial. 

• Nilai inilah yang sepatutnya mengikat tatahidup bermasyarakat dan bernegara. Masyarakat yang berpegang pada nilai ini akan menyanjung budaya baik iaitu budaya pemurah dan budaya penyanyang yang menjadi nilai teras kebajikan.

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 16: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

•  Antara cabaran dalam kebajikan sosial ialah:1. Mereka yang menerima bantuan janganlah terlalu bersandar kepada 

bantuan-bantuan berkenaan sahaja.2. Penekanan harus diberikan bahawa bantuan, terutama bagi 

memenuhi keperluan asas tidak akan diberi selama-lamanya.3. Strategi bantuan yang hanya berbentuk kebendaan dan untuk jangka 

pendek kurang berkesan.

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 17: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

• Konsep negara kebajikan semakin hari semakin bertapak di sesetengah negara baru terutamanya bagi negara-negara Islam. Negara kebajikan Islam (NKI) bertanggungjawab memastikan dan menyediakan kesejahteraan kebendaan dan kerohanian rakyatnya. Semangat perlaksanaan Islam bukan hanya setakat halal dan haram semata-mata, tetapi kesan baik dan buruk amalan tersebut di dunia dan akhirat juga diambil kira. Kebajikan dalam Islam bukanlah hanya kebajikan individu dan bukan juga hanya kebajikan sosial, malah keduanya sekali.

– Kebajikan individu bukan dengan membaiki dan mempertingkatkan iman dan amalan sendiri sahaja,tetapi sebaliknya bagi agama Islam mereka juga perlu menyebarkan dan menyedarkan orang lain supaya sama-sama dapat meningkatkan iman dan mengerjakan amalan yang mendapat keredaan Allah. Dengan ini, tidak akan timbul perasaan dengki dan serong terhadap mereka yang berjaya meningkatkan iman dan amal.

KEBAJIKAN UMAT

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 18: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

– Kebajikan sosial dari pandangan Islam pula kesannya adalah terbatas iaitu hanya dalam bentuk keduniaan. Konsep kebajikan umat dalam islam bukan hanya menghendaki setiap anggota umat memikirkan kepentingan dunia bersama, tetapi juga perlu sentiasa memikirkan dan mengusahakan supaya setiap anggota umat dapat menjalani hidup ini menurut keredaan Allah, contohnya melalui dakwah. 

– Konsep kebajikan dalam Islam yang menyeluruh bukan sahaja berdasarkan kebajikan ekonomi, sosial dan individu tetapi ia juga berlandaskan nilai-nilai islam yang berhubung dengan kerohanian, sosial, politik dan ekonomi.

– Nilai kerohanian. Setiap individu bertanggungjawab terhadap individu lain dalam setiap aspek keagamaan. Islam dilahirkan untuk rahmat seluruh alam. Oleh sebab itu, setiap penganutnya bertanggungjawab menyebarkan nikmat ini kepada seluruh alam. Di sinilah timbul peranan dakwah. Dakwah kepada orang bukan muslim adalah satu kemestian, manakala berdakwah kepada orang muslim adalah lebih utama.

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 19: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

– Nilai sosial. Nilai ini membentuk dan mengatur kelakuan individu dalam keluarga, antara jiran, terhadap golongan miskin dan seterusnya. Perbezaan kulit, bangsa, kekayaan dan sebagainya tidak menjadikan seseorang lebih tinggi atau rendah daripada orang lain di sisi Allah kerana mereka adalah sama,bersaudara dan satu keturunan.

– Nilai politik. Kekuasaan dan kedaulatan hanyalah terdapat pada Allah. Walaupun manusia sebagai khalifah, namun kedaulatan manusia adalah terbatas setakat yang diizinkan Allah.

– Nilai ekonomi. Segala kegiatan ekonomi hendaklah dijiwai dengan hukum al-Quran dan as-sunnah , halal dan haram, dari aspek penggunaan, pengeluaran, peruntukan pengagihan, pemilikan dan sebagainya.

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 20: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

Fungsi Kebajikan Umat• Islam bukanlah hanya agama individu atau hanya agama sosial tetapi merangkumi 

keduanya. Terdapat ruang bagi membolehkan individu dan masyarakat dapat berfungsi dengan baik bersama. Islam menganjurkan setiap individu memenuhi keperluan diri melalui kerja dan usaha, pada masa yang sama individu itu bertanggungjawab memastikan keperluan individu lain. Maksud firman Allah:  -“Supaya jangan harta itu beredar di kalangan yang kaya di antara kamu sahaja” (al-Quran 59 : 7)

• Maksud ayat di atas telah menguatkan hujah di mana setiap individu perlu memastikan keperluan individu lain dengan membahagikan harta kepada masyarakat contohnya melalui zakat, sedekah dan sebagainya.

• Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh. Menganuti dan mengamalkan agama Islam secara langsung akan memberi kebajikan kepada diri sendiri dan orang lain, baik di dunia mahupun di akhirat. Islamlah satu-satunya cara kesejahteraan hakiki dapat direalisasikan kerana Islam bukan hanya mengutamakan keperluan kehidupan di dunia dan di akhirat, malah bagi kepentingan individu dan masyarakat.

• Itulah kebajikan umat yang memastikan kebendaan dan kerohanian seluruh masyarakat melalui kerjasama berasaskan kerjasama dan tanggungjawab bersama.

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 21: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

• Bermula dari zaman khalifah umar Bin Al Khattab r.a apabila Abu Hurairah telah tiba di Madinah dari Bahrain dengan membawa harta benda dan wang yang banyak.Oleh kerana,jumlah harta yang dibawa oleh Abu Hurairah terlalu banyak,maka Khalid bin Al walid mengemukakan cadangan supaya ditubuhkan sebuah diwan. 

• Dengan adanya sistem ini, tiada siapa pun yang akan mengetahui sesuatu barang yang hilang daripada simpanan kerana orang yang tidak hadir dalam majlis itu tidak mengetahui mengenai masalah itu dan hanya dengan menulis dan mencatat jumlah keseluruhannya,barulah semua wang dan harta itu dapat dijaga dengan betul. 

• Sistem akaun turut berkait dengan wang kutipan cukai kharaj dan cukai-cukai lain. Sistem akaun di Iraq menggunakan bahasa parsi dan di syam menggunakan bahasa rumawi. Semua pegawai pada masa itu terdiri daripada orang rom dan parsi.

• Pada zaman Abbasiyah, jawatan menulis dan mengurus akaun-akaun itu diserahkan kepada pegawai yang bertugas dalam bidang itu.Menteri diberi hak dan kuasa untuk mengambil tanggungjawab menjaga dan mengawasi urusan Jabatan Perangkaan mengikut perancangan yang dilakukan untuk dapat membayar gaji dan sara hidup anggota tentera. Semasa di bawah pemerintahan kerajaan Muwahhidin,kuasa untuk menetukan masalah diserahkan kepada seorang pembesar Negara daripada kalangan puak Muwahhidin yang diberi kuasa mnyelenggarakan urusan mengutip,mengumpulkan dan membelanjakan wang.

SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 22: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

Sistem Islam dan pemilikan Perseorangan.• Di bawah undang-undang islam, hak pemilikan tidak hanya terletak pada 

lelaki malah boelh juga dimilikkan kepada wanita , kanak-kanak dan sebagainya.Jika Muzari’at dilarang,maka hak pemilikkan keatas mereka menjadi tidak relevan..

• Berdasarkan kepada undang-undang jual beli islam,tidak mengikat seseorang untuk berjual beli selagi ia tidak bercanggah syariat.

• Islam menyuruh kita melakukan kebaikan dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai umat islam. Contohnya ialah,mengeluarkan zakat pada setiap tahun. Hal ini kerana,dengan mengeluarkan zakat,kita dapat membantu orang yang miskin dan seterusnya dapat mengurangkan jurang kemiskinan antara penduduk sesebuah negara.

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 23: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

Pengagihan pendapatan dan kekayaan.• Kebajikan ekonomi masyarakat sangat berganutng kepada kaedah 

pengagihan pendapatan Negara di kalangan rakyat. Sudah menjadi kelaziman di kalngan ahli-ahli ekonomi moden untuk mengkaji masalah pengagihan bukan sebagai masalah pengagihan di kalangan orang-orang perseorangan tetapi sebagai masalah pengagihan fungsian. 

• Teori pengagihan dalam ekonomi moden ialah satu teori penetuan harga perkhidmatan yang produktif. Teori pengagihan faktor atau pun pengagihan fungsian membantu kita menetukan harga-harga ke atas perkhidmatan yang disumbangkan oleh pelbagai faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan.

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 24: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

Sistem upah dalam Islam• Sistem tanah yang tetap dan berkekalan telah dirasakan perlu semasa 

pemerintahan Khalifah Umar akibat daripada penaklukan ke atas Iraq, Syria, Iran dan Mesir. Tindakan Umar yang melarang pembelian tanah oleh orang-orang islam di kawasan tanah-tanah jajahan tetapi juga dari tindakannya yang memberhentikan amalan pembahagian tanah-tanah jajahan di kalangan orang  islam. Maka,dengan itu membolehkan pengusaha asalnya bercucuk tanam di atas tanah masing-masing denagn membayar Kharaj dan Jizyah.

 Konsep Ekonomi Moden• Menurut Ricardo, sewa adalah sebahagian hasil tanah yang dibayar kepada tuan 

tanah kerana menggunakan sifat-sifat asli tanah tersebut yang tidak boleh dimusnahkan.Sewa boleh juga wujud akibat dari kekurangan dalam penwaran tanah berbanding dengan permintaannya. Sewa yang dinikmati oleh sebidang tanah boleh dianggap sebagai sewa bezaan sekiranya dibandingkan dengan hasil keluarannya dengan hasil hasil sebidang tanah yang kurang subur ataupun tanah marginal bila kedua-dua bidang tanah tersebut diusahakan dengan alat-alat perkakas yang sama.

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 25: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

• Sewa yang dinikmati oleh tanah yang sama boleh juga dianggap sebagai “sewa kekurangan” yang muncul kerana kekurangan dalam penawaran berbanding dengan permintaan terhadap tanah seperti ini.

• Dari sudut sejarah dan sudut istilah, konsep sewa ini berkait rapat dengan idea “anugerah alam semulajadi yang percuma” atau pun dikenali sebagai tanah. Oleh kerana kewujudan tanah tidak bergantung kepada usaha-usaha manusia,maka seluruh pendapatan dari tanah boleh diistilahkan sebagai “sewa”. Hal ini adalah kerana, kurniaan alam semulajadi yang percuma tidak memerlukan apa-apa bayaran untuk wujud.

Sewa dan Bunga• Sewa adalah hasil dari inisiatif , dayausaha dan kecekapan. Ia terhasil dari 

proses penciptaan nilai yang tertentu kerana pemilik harta atau asset masih terus terlibat dan mengambil berat tentang kegunaan aset. 

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 26: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

Upah dalam Islam.• Upah bermaksud, sejumlah wang yang diterima oleh buruh satu jangka masa. 

Upah benar buruh bergantung pada jumlah upah wang, kuasa beli dan macam-macam lagi. Menurut adam Smith, Buruh itu kaya atau miskin,menerima ganjaran yang setimpal atau tidak bergantung kepada upah benar dan bukannya upah wang pekerjaannya.

Bunga dan Kapitalisme•  Ia menodai kehidupan social dengan menjadikan manusia itu sombong dan 

riak kerana setiap aktiviti adalah didorong oleh wang semata-mata. Malah,kehidupan ekonomi turut ternoda kerana dengan mengawal ‘punca-punca’ pengeluaran di dalam tangan mereka,pihak kapitalis mencipta permintaan luar biasa terhadap barangan yang merbahaya seperti arak,rokok dan lain-lain.Akhirnya, system ekonomi kapitalis akan menguasai ekonomi sesebuah Negara melalui kawalan ‘kuku besi’. Maka, ekonomi yang bebas dari bunga/faedah seperti yang disokong islam adalah satu-satunya penyelesaian bagi mengurangkan kesengsaraan di dalam system ekonomi kapitalis yang kian luntur cirri kemanusiaannya.

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 27: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

• Seperti yang tertulis dalam Al-Quran sebagai kesejahteraan masa lalu adalah “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur ”. Ketiga-tiga istilah itu semuanya berasal dari Bahasa Arab. Sebagaimana yang tertulis dalam Al-Quran, “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur ” adalah sebagai gambaran suatu kemakmuran suatu bangsa.

• Dalam Al-Quran terdapat lima ayat yang menyebut kalimah “Baldatun”, iaitu pada surah Al -Furqan 39, Al- Namal 91, Al - Zukhruf 12, dan Qaf 11 .Kita kutip secara lengkap (ertinya) “Sesungguhnya bagi kaum Saba, ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka, iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan kiri, (kepada mereka dikatakan), ” Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu, dan bersyukurlah kamu kepadaNya, Negerimu adalah negeri yang baik, dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.

• Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir besar, dan Kami ganti kedua kebun mereka, dengan kebun yang ditumbuhi pohon –pohon yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr” (QS.34 :15-16).

KONSEP BALDATUN TAYYIBAH WARABBUN GHAFUR

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 28: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

Pengagihan pendapatan dan kekayaan.• Kebajikan ekonomi masyarakat sangat berganutng kepada kaedah 

pengagihan pendapatan Negara di kalangan rakyat. Sudah menjadi kelaziman di kalngan ahli-ahli ekonomi moden untuk mengkaji masalah pengagihan bukan sebagai masalah pengagihan di kalangan orang-orang perseorangan tetapi sebagai masalah pengagihan fungsian. 

• Teori pengagihan dalam ekonomi moden ialah satu teori penetuan harga perkhidmatan yang produktif. Teori pengagihan faktor atau pun pengagihan fungsian membantu kita menetukan harga-harga ke atas perkhidmatan yang disumbangkan oleh pelbagai faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan.

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 29: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

• Secara teorinya, terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan ekonomi kebajikan dari segi perspektif Islam. Di bawah sub topik ini, kita akan meringkaskan dan membincangkan tentang bagaimana negara kita, Malaysia mengambil contoh dan mengaplikasikan ciri-ciri ekonomi kebajikan dalam perspektif islam ke dalam negara kita. Di bawah sub topik ini juga kita akan melihat bagaimana negara kita mengaplikasikan ciri-ciri yang terdapat di dalam ekonomi kebajikan dari perspektif Islam secara lebih dekat lagi.

• Oleh itu, di dalam kajian ini, kita akan merujuk kepada pelan penbangunan “Bajet 2013” sebagai rujukan utama bagi melihat kelebihan dan kekurangan yang dipraktikkan pada masa kini. Bajet 2013 dipilih sebagai rujukan praktikal yang utama kerana di sini kita akan melihat bagaimana pelan pembangunan terbaru yang akan memberikan nilai kebajikan yang tinggi kepada rakyat.

PERBANDINGAN DI ANTARA TEORI EKONOMI KEBAJIKAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM  DENGAN 

PRAKTIKAL YANG DIAMALKAN PADA MASA SEKARANG

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Page 30: Ekonomikebajikandalamperspektifislamslideshow 121209075634-phpapp01

TERIMA KASIH

BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM