ulasan peta minda

3
1.1 ULASAN PETA MINDA Berdasarkan video yang telah saya tonton, saya dapati terdapat tiga jenis kaedah penilaian Bahasa yang telah digunakan oleh Cikgu Jamie. Antaranya ialah Soal Jawab, Projek dan Pemerhatian. Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar. Cikgu Jamie bersoal jawab dengan muridnya untuk menilai kemahiran mambaca dan bertutur. Contoh yang saya dapat lihat pada video tersebut adalah pada minit ke 20, apabila Cikgu Jamie bersoal jawab dengan murid mengenai perkataan imbuhan awalan yang terdapat pada lirik lagu Budi Bahasa Budaya Kita . Murid menjawab secara lisan setelah berbincang dan mencari jawapan pada kertas yang telah diberikan. Penilaian lisan ini membolehkan guru untuk memdapatkan maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. Untuk sistem bahasa, Cikgu Jamie menggunakan kemahiran tatabahasa adalah proses pembentukan kata iaitu imbuhan (imbuhan awalan). Kaedah ini saya dapati sangat berkesan kerana Cikgu Jamie memberikan penerangan yang jelas dan menggunakan peta pemikiran untuk menyenaraikan imbuhan-imbuhan yang terdapat pada lirik lagu tersebut lalu membantu murid untuk membina pengetahuan dan berfikir pada aras tinggi. Seterusnya, Cikgu Jamie telah menggunakan kaedah penilaian melalui pemerhatian. Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Kaedah pemerhatian ini digunakan untuk menilai kemahiran membaca dan menulis. Hal ini dapat dibuktikan pada minit ke 32:04 , murid diberi tugasan untuk membina ayat berdasarkan nilai murni berimbuhan awalan yang terdapat pada lirik lagu tersebut. Cikgu Jamie memerhati anak muridnya melaksanakan tugasan tersebut untuk menilai sama ada mereka faham atau tidak konsep imbuhan dan diaplikasikan ke dalam bentuk

Upload: ahmad-fawwaz-danial

Post on 14-Jul-2016

51 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

AFD

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Peta Minda

1.1 ULASAN PETA MINDA

Berdasarkan video yang telah saya tonton, saya dapati terdapat tiga jenis kaedah

penilaian Bahasa yang telah digunakan oleh Cikgu Jamie. Antaranya ialah Soal Jawab, Projek

dan Pemerhatian. Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular

digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara

berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep konsep,

kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri

dalam kalangan pelajar. Cikgu Jamie bersoal jawab dengan muridnya untuk menilai kemahiran

mambaca dan bertutur. Contoh yang saya dapat lihat pada video tersebut adalah pada minit ke

20, apabila Cikgu Jamie bersoal jawab dengan murid mengenai perkataan imbuhan awalan

yang terdapat pada lirik lagu ‘Budi Bahasa Budaya Kita’. Murid menjawab secara lisan setelah

berbincang dan mencari jawapan pada kertas yang telah diberikan. Penilaian lisan ini

membolehkan guru untuk memdapatkan maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan

kefahaman murid. Untuk sistem bahasa, Cikgu Jamie menggunakan kemahiran tatabahasa

adalah proses pembentukan kata iaitu imbuhan (imbuhan awalan). Kaedah ini saya dapati

sangat berkesan kerana Cikgu Jamie memberikan penerangan yang jelas dan menggunakan

peta pemikiran untuk menyenaraikan imbuhan-imbuhan yang terdapat pada lirik lagu tersebut

lalu membantu murid untuk membina pengetahuan dan berfikir pada aras tinggi.

Seterusnya, Cikgu Jamie telah menggunakan kaedah penilaian melalui pemerhatian.

Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang

ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif, afektif dan

psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Kaedah pemerhatian ini

digunakan untuk menilai kemahiran membaca dan menulis. Hal ini dapat dibuktikan pada minit

ke 32:04 , murid diberi tugasan untuk membina ayat berdasarkan nilai murni berimbuhan

awalan yang terdapat pada lirik lagu tersebut. Cikgu Jamie memerhati anak muridnya

melaksanakan tugasan tersebut untuk menilai sama ada mereka faham atau tidak konsep

imbuhan dan diaplikasikan ke dalam bentuk ayat. Cikgu Jamie juga menilai kemahiran

membaca murid dengan memanggil muridnya untuk membaca ayat yang telah dibina lalu

memberi respon kepada jawapan sama ada betul atau perlu diperbaiki. Kaedah yang digunakan

ini amat berkesan kerana guru dapat mengenal pasti murid mana yang memerlukan bantuan

dengan pemulihan serta murid yang memerlukan pengukuhan. Sistem bahasa yang Cikgu

Page 2: Ulasan Peta Minda

Jamie gunakan adalah tatabahasa (sintaksis) iaitu proses pembinaan ayat dan juga hukum-

hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ini bermaksud, murid

membina ayat berdasarkan nilai murni daripada perkataan imbuhan awalan yang terdapat pada

lirik.

Akhir sekali,Cikgu Jamie menggunakan kaedah penilaian secara projek. Kemahiran

yang dinilai melalui kaedah ini adalah kemahiran bertutur. Projek ialah satu aktiviti

pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan

kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum

sekolah, projek bermaksud secara amali. Berdasarkan video, pada minit ke 28:15 murid diminta

untuk mencipta lirik dan membuat persembahan di hadapan kelas secara berkumpulan

berdasarkan melodi lagu ‘Kalau Rasa Gembira’. Projek ini guru dapat menilai sebutan dan

kreativti murid dalam mencipta lirik yang berunsurkan nilai murni. Kaedah penilaian yang

dijalankan oleh Cikgu Jamie ini berkesan kerana guru telah menyediakan pangkal ayat dalam

lirik tersebut untuk membantu murid dalam menciptakan lirik lagu sebagai

sambungan.Tambahan pula, Cikgu Jamie menggunakan teknik demonstrasi dengan

menyanyikan lagu tersebut beserta contoh lirik lagu sebelum meminta murid menjalankan

projek itu untuk memberikan meraka gambaran mengenai projek yang akan dilaksanakan.

Selain itu, sistem bahasa yang difokuskan dalam kaedah penilaian ini adalah sebutan. Ia

diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami

intonasi dan jeda untuk menyampaikan maksud dengan tepat.

Kesimpulannya, penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat

membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat

awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan

susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam

pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang. Penilaian juga membantu

guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.