ulasan kritis video

3
ULASAN KRITIS VIDEO Berdasarkan video yang telah saya muat turun daripada Youtube, pemain tersebut menggunakan style chord-soloing sepanjang lagu. Permainan gitar jazz tidak terhad kepada hanya satu not improvisasi. Walaupun hanya memainkan iringan, chord solo-ing diaplikasikan dengan mengimprovisasikan kord (harmony) dengan melodi serentak dengan menggunakan 4 tali atas gitar iaitu tali 1 hingga 4. Ini dapat memberi perasaan jazz kepada lagu tersebut sebagaimana yang dimainkan oleh pemain gitar jazz dalam video tersebut. Contohnya dapat dilihat di dalam Skor lagu Cry Me A River di bawah. Selain itu, pemain tersebut juga menggunakan pergerakan kord yang paling asas yang digunakan oleh pemain gitar jazz iringan iaitu II-V-I. Selain itu, dia juga menggunakan banyak kord

Upload: michelle-hew

Post on 12-Apr-2016

270 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

hk

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Kritis Video

ULASAN KRITIS VIDEO

Berdasarkan video yang telah saya muat turun daripada Youtube, pemain

tersebut menggunakan style chord-soloing sepanjang lagu. Permainan gitar jazz tidak

terhad kepada hanya satu not improvisasi. Walaupun hanya memainkan iringan, chord

solo-ing diaplikasikan dengan mengimprovisasikan kord (harmony) dengan melodi

serentak dengan menggunakan 4 tali atas gitar iaitu tali 1 hingga 4. Ini dapat memberi

perasaan jazz kepada lagu tersebut sebagaimana yang dimainkan oleh pemain gitar

jazz dalam video tersebut. Contohnya dapat dilihat di dalam Skor lagu Cry Me A River di

bawah.

Selain itu, pemain tersebut juga menggunakan pergerakan kord yang paling asas

yang digunakan oleh pemain gitar jazz iringan iaitu II-V-I. Selain itu, dia juga

menggunakan banyak kord ketujuh. Kord ketujuh ini biasanya akan dimainkan dalam

posisi major, minor, dominant dan diminished (penuh dan setengah). Fungsi kord

ketujuh ini adalah untuk mewujudkan satu pergerakan kord yang bunyinya lebih

kompleks dan penuh. Ia juga digunakan sebagai ‘bridge’ daripada satu kord ke kord

yang seterusnya. Contoh penggunaan kord II-V-I dan kord ketujuh dapat dilihat di

bawah.

Page 2: Ulasan Kritis Video

Seterusnya ialah stail swing. Pemain gitar memainkan lagu Cry Me A river dalam

style swing. Dalam jazz, swing digunakan untuk menggambarkan corak irama ‘groove’.

Swing mula digunakan secara meluas pada tahun 1930s. Secara umum, muzik swing

sering dimainkan dengan up-tempo, dalam mud gembira, dan dengan ritma sinkopasi.

Muzik swing biasanya berada dalam meter 4/4 atau 4/8 dan banyak mempunyi triplet.

Lagu ini berada dalam meter 4/4 dan juga mempunyai banyak triplet. Muzik swing

merupakan platform yang mampu menyerlahkan kreativiti seseorang pemain gitar jazz

kerana stail ini amat bebas permainannya dan membolehkan pemain melakukan

pelbagai improvisasi.

Akhir sekali, pemain video juga menggunakan teknik fingerstyle. Fingerstyle ialah

satu teknik bermain gitar dengan cara memetik secara langsung senar-senar gitar

menggunakan hujung jari, kuku, ataupun (fingerpick) yang di pasang pada jari-jari

kanan. Dalam video tersebut, pemain gitar tersebut telahpun memetik tali-tali gitar

dengan menggunakan hujung jarinya untuk keseluruhan lagu.