ulasan buku singapura duri dalam dagingdocx

5
Buku Duri Dalam Daging Singapura dalam Malaysia yang ditulis oleh Nik Anuar Nik Mahmud. Penerbit buku ini ialah Persatuan Sejarah Malaysia : Kuala Lumpur, 2001. Jumlah muka surat 173 . ISBN 983-2140- 05-6 . Jenis Penulisan: Sejarah. Harga RM 25.00. Buku ini amat sesuai dibaca oleh mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan, ahli akademik seperti pelajar Universiti, Institusi dan Kolej, serta para pengkaji sejarah khususnya mereka yang ingin mendalami Sejarah Negara Singapura dan hubungan antara negara Malaysia dan Singapura. Penulis kepada buku ini iaitu Prof. Dato’ Dr. Nik Anuar Nik Mahmud merupakan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia pengkuhsusan sejarah Malaysia. Beliau banyak menulis buku sejarah mengenai sejarah Melayu Petani, politik dan diplomasi serta konflik sempadan dan pemisahan. Berdasarkan kelayakkan penulis buku ini maka tidak hairan sekiranya penulisan buku ini berbentuk fakta yang tepat dan sumber yang dikaji oleh beliau kebanyakkan daripada sumber pertama seperti surat-surat rasmi, laporan rasmi serta akhbar yang diterbitkan pada tahun peritiwa itu berlaku.Malah beliau juga mampu mengulas dan mengemukakan fakta-fakta tersebut yang berdasarkan sumber pertama dengan penuh tersesun dan mudah difahami Penulisan buku ini juga berbentuk ringkas tetapi padat. Laras bahasa yang digunakan oleh beliau juga sederhana, oleh itu ianya agak mudah untuk pelajar-pelajar memahami penulisan beliau. Secara ringkasnya buku ini memaparkan sejarah Singapura sebelum kedatagan British kemudian memaparkan kemajuan Singapura semasa pemerintahan British. Selepas perang dunia kedua, pada tahun 1950-an telah bersedia dengan pemberian pemerintahan sendiri kepada Singapura.

Upload: nurhidayahmostaffa

Post on 24-Sep-2015

64 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Tugasan ini adalah membuat ulasan daripada Buku Singapura Duri Dalam Daging Penulis Buku Ini Nik Anuar Nik Mahmud

TRANSCRIPT

Buku Duri Dalam Daging Singapura dalam Malaysia yang ditulis oleh Nik Anuar Nik Mahmud. Penerbit buku ini ialah Persatuan Sejarah Malaysia : Kuala Lumpur, 2001. Jumlah muka surat 173 . ISBN 983-2140-05-6 . Jenis Penulisan: Sejarah. Harga RM 25.00.Buku ini amat sesuai dibaca oleh mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan, ahli akademik seperti pelajar Universiti, Institusi dan Kolej, serta para pengkaji sejarah khususnya mereka yang ingin mendalami Sejarah Negara Singapura dan hubungan antara negara Malaysia dan Singapura. Penulis kepada buku ini iaitu Prof. Dato Dr. Nik Anuar Nik Mahmud merupakan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia pengkuhsusan sejarah Malaysia. Beliau banyak menulis buku sejarah mengenai sejarah Melayu Petani, politik dan diplomasi serta konflik sempadan dan pemisahan. Berdasarkan kelayakkan penulis buku ini maka tidak hairan sekiranya penulisan buku ini berbentuk fakta yang tepat dan sumber yang dikaji oleh beliau kebanyakkan daripada sumber pertama seperti surat-surat rasmi, laporan rasmi serta akhbar yang diterbitkan pada tahun peritiwa itu berlaku.Malah beliau juga mampu mengulas dan mengemukakan fakta-fakta tersebut yang berdasarkan sumber pertama dengan penuh tersesun dan mudah difahami Penulisan buku ini juga berbentuk ringkas tetapi padat. Laras bahasa yang digunakan oleh beliau juga sederhana, oleh itu ianya agak mudah untuk pelajar-pelajar memahami penulisan beliau. Secara ringkasnya buku ini memaparkan sejarah Singapura sebelum kedatagan British kemudian memaparkan kemajuan Singapura semasa pemerintahan British. Selepas perang dunia kedua, pada tahun 1950-an telah bersedia dengan pemberian pemerintahan sendiri kepada Singapura. Pilihan Raya telah dilaksanakan pada mei 1959. Antara parti yang bertanding dalam pilihan raya tersebut ialah SAP yang bersifat anti komunis dan PAP yang merupakan parti yang dianggap menjadi kuda tunggangan Komunis. PAP iaitu Lee Kuan Yew telah menjadikan isu pembebasan tahanan politik iaitu yang kebanyakan komunis dan kemerdekaan melalui percantuman Persekutuan Tanah Melayu sebagai agenda utama dalam pilihan raya bagi mendapat sokongan daripada masyarakat Cina. Masyarakat Cina di Singapura kebanyakkan bersetuju dan menyokong Lee Kuan Yew dan kemenangan pilihan raya berpihak kepada parti PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Pada Jun 1959, Lee Kuan Yew telah menjadi Perdana Menteri dan Lee Kuan Yew berjaya membebaskan lapan orang tahanan politik antara pemimpin itu ialah Lim Chin Siong. Walaubagaimanpun, pembebasan lapan orang tahanan politik tidak memberi kepuasan kepada rakyat dan mendesak Lee Kuan Yew untuk membebaskan lebih ramai tahanan Politik. Namun, Perseketuan tanah Melayu tidak bersetuju dengan tindakan Lee Kuan Yew atas alasan keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Namun, British telah terpengaruh dengan padagan Lee Kuan Yew untuk membebaskan tahanan politik komunis sebagai sala satu pendekatan yang berbeza dalam menangani komunis. Malangnya, pendekatan Lee KuanYew terbukti gagal untuk membendung komunis. Lee Kuan Yew telah terperangkap dalam desakan-desakan ahli PAP yang berkefahaman komunis. Bagi menangani masalah ini, Lee KuanYew berpendapat beliau perlu memperoleh kemerdekaan melalui percantuman Singapura dan persekutuan Tanah Melayu. Pada mulanya, Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju dengan percantuman Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura. Walaubagaimanapun, tekanan komunis di Singapura terlalu kuat dan ianyan akan menjejaskan keselamatan Perseketuan Tanah Melayu maka Tunku Abdul Rahman bersetuju dengan percantuman Singapura dan Perseketuan Tanah Melayu tetapi melalui gagasan Malaysia iaitu percantuman antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Gagasan ini telah memberi pelbagai reaksi. Bagi orang komunis di Singapura mereka tidak mempersetujui percantuman ini. Malahan, masih ada beberapa pegawai British yang juga tidak mempersetujui percantuman ini seperti Mac Millan inginkan percantuman antara Singapura dan persekutuan Tanah Melayu sahaja. Pelabagai usaha yang telah dilakukan oleh Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura bagi menghadapi tentagan ini. Salah satu caranya ilah rundingan London. Pada 16 September 1963, maka rasmilah percantuman antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Seltelah Lee Kuan Yew berjaya memenuhi agenda politiknya, Lee Kuan Yew berusaha pula untuk mengukuhkan kedudukannya di Singapura dan mengembangkan pengaruhnya ke Semenanjung Malaysia. Untuk mencapai matlamat tersebut Lee Kuan Yew telah menggunakan cogan kata Malaysian Malaysia. Pada bulan Mei 1965 Lee telah menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Serawak untuk menyertai PAP dalam konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang mendokong konsep Malaysian Malaysia. Lee Kuan Yew bertindak dengan beraninya dengan menentang UMNO dan parti perikatan dengan mencabar hak ketuanan Melayu sebagai melampau dan Lee Kuan Yew telah mengatakan bahawa orang Melayu di sini bukan anak jati negeri ini. Oleh sebab sikap Lee Kuan Yew dilihat telah melampau satu mesyuarat tertutup mengenai Singapura. Dalam mesyuarat tersebut Tunku terpaksa memilih dua pilihan iaitu menggunakan kuasa darurat dengan mengambil tindakan secara kekerasan terhadap pemimpim PAP ataupun memberi kemerdekaan kepada Singapura. Pada 9 Ogos 1965, Tunku telah membawa usul Pemisahan ke Parlimen. Dalam sausana tegang, Tunku berucap di Parlimen dan sambil mengiystiharkan perpisahan Singapura. Seterunya, bagi plot kandungan buku ini kita dapat melihat, permulaan adalah tekanan daripada orang komunis terhadap Lee Kuan Yew. Tekanan ini telah membawa kepada persetujuan Tunku Abdul Rahman untuk menerima percantuman Perseketuan Tanah Melayu dan Singapura. Perkembangan cerita pula apabila tentagan pihak-pihak lain yang tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia dan cara mengatasinya. Kemuncak kepada plot kandungan cerita ini pula ialah apabila Lee Kuan Yew bertindak sepeerti inigin menguasai politik singapura dan semenanjung Malaysia dengan memperkenalkan gagasan Malaysian Malaysia. Daripada itu, muncul hubungan yang tegang antara parti perikatan terutamanya UMNO dan PAP. Ahir sekali penamat bagi kandungan cerita ini ialah apabila Tunku Abdul Rahman mengistiharkan pemsahan Malaysia dan Singapura. Penulis juga banyak mengetengahkan kepada aspek politik daripada aspek sosial dan ekonomi yang merupakan faktor kepada pemisahan Singapura. Penulis juga, seperti meletakkan bahawa Lee Kuan Yew banyak bersalah, di mana beliau menggambarkan Lee Kuan Yew sebagai seorang yang tidak begitu pandai mentadbir Singapura dan bersikap tamak dalam meluaskan pengaruhnya. Kekurangan, daripada buku ini ialah, beliau tidak meletakkan keadaan yang sebenar daripada pihak yang dituduh iaitu Lee Kuan Yew. Dengan penulisannya ini kemungkinan ianya akan menimbulkan sikap amarah daripada pembaca orang Singapura sendiri. Penulis sepatutnya meletakkan unsur yang mendorong Lee Kuan Yew untuk mempertahankan gagasan Malaysian Malaysia.Rumusannya, Buku Duri Dalam Daging Singapura dalam Malaysia ini telah berjaya untuk mempengaruhi pembaca bahawa Singapura merupakan duri dalam daging yang perlu dihapuskan bagi menjamin keharmonian Malaysia ketika itu dengan menyusul fakta-fakta yang tersusun mengikut kronologi dan penjelasan yang mendalam.