ukiran

31
UKIRAN

Upload: nur-atiyah

Post on 22-Oct-2015

161 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ukiran

TRANSCRIPT

Page 1: ukiran

UKIRAN

Page 2: ukiran

• PENGENALAN

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.

• Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi.

• Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

Page 3: ukiran

UNSUR MOTIF UKIRAN KAYU

UNSUR ASAL MOTIF UKIRAN KAYU

CONTOH

BENDA BERNYAWA Motif ayam berlaga, badak mudik, itik pulang petang, kepala cicak, dan lebah bergantung

KOSMOS Motif yang berkaitan dengan alam semester seperti matahari, bintang, bulan, dan awan.Contoh: motif awan boyan, motif matahari, motif bintang

GEOMETRI Motif yang terbentuk daripada bentuk2 geometriKALIGRAFI Motif yang terdiri dari rekaan huruf-huruf tulisan jawi

Page 4: ukiran

BENTUK-BENTUK SILATSILAT CIRI-CIRI

SILAT BELAH ROTAN Bahagian tepi tebukan ukiran kayu silat ini dibulatkan separuh.

SILAT DADA TUMA Terdapat dua lengkungan separuh bulat, dan lengkungan pada silat ini kelihatan lebih hidup dan bergaya.

SILAT LEPER Silat hampir sama dengan silat belah rotan tetapi lebih lebar dan rendah.

SILAT SERONG Terdapat juring atau penjuru tajam pada tepi silat kerana silatnya serong.

SILAT MINANGKABAU

Bahagian tengah silat tinggi dan tajam manakala kedua-kedua bahagian tepi silat ini direndahkan.

Page 5: ukiran
Page 6: ukiran

POLA UKIRAN KAYU TRADISIONAL

POLA UKIRAN CIRI-CIRIPOLA BUJANG Pola tunggal yang mempunyai corak sendiri dan tidak

kesambungan.POLA PEMIDANG

Pola yang biasanya mempunyai corak berbingkai.

POLA LENGKAP Pola dengan corak yang lengkap dan mempunyai tempat permulaan dan tempat berakhir.

Page 7: ukiran

BUNGA UKIR TRADISIONALBENTUK BUNGA UKIR CIRI-CIRI

AWAN LARAT Bentuknya adalah seperti awan yang sedang bergerak. Awan larat terbahagi kepada:a)Awan larat melayu asli (awan larat Jawi)b)Awan larat Jawa (bunga besar dan jarang)

AWAN BENTUK HURUF Corak awan yang terdapat pada huruf-huruf dalam ukiran yang berdasarkan ajaran agama. Bunga ukir bentuk ini jarang disilatkan.

AWAN BENTUK SILANG ATAU KERAWANG

Bunga ukir merupakan garisan-garisan yang bulat, berlingkar, dan bersimpang-siur.

AWAN BENTUK LARIK Awan bentuk larik dikenali juga sebagai Awan silang. Awan pada hujung rod atau batang yang berbentuk bulat atau gelang seperti tiang, ulu keris, dan tongkat.

AWAN BENTUK SIMETRI Corak awan yang berbentuk simetri biasanya terdapat pada mimbar masjid, mimbar masjid, cucuran atap, kisi-kisi rumah.

Page 8: ukiran

ALAT DAN BAHAN UNTUK MENGUKIRALAT/BAHAN UKIRAN KAYU FUNGSI

GERGAJI BERHALANG Untuk memotong dan membentuk lengkungan pada kepingan kayu dan membuat lubang terutama pada ukiran kayu jenis tembus terus,

GETAR Membentuk kayu secara kasar sebelum diukir.

KETAM KAYU Melurah, membuat koma dan melicinkan permukaan kayu sebelum diukir.

GERGAJI KECIL Memotong bahagian-bahagian yang tidak diingini dalam corak ukiran.

KIKIR PARI, KERTAS PASIR, ATAU DAUN MEMPELAS

Melicinkan corak ukiran kayu.

PAHAT KUKU DAN TUKUL KAYU Membuang bahagian latar belakang ukiran supaya ukiran terbenam ke dalam.

MESIN ‘ROTO’ (ROUTER) Alat model yang menggunakan arus elektrik untuk mendalamkan latar ukiran kayu.

PISAU WALI ATAU PISAU UKIR Alat mengukir yang digunakan untuk membuat silat, mengikis, membuat corak dan melicinkan permukaan kayu.

BAHAN KEMASAN DAN PEWARNA KAYU

Untuk membolehkan hasil ukiran kayu kelihatan lebih cantik dan kemas, penutup kayu(putty filler) digunakan untuk menutup lubang atau bahagian permukaan kayu yang cacat atau kurang rata. Pewarna kayu( wood stain) disembur ke atas ukiran kayu yang mencantikkan atau mengubah warna kayu.

Page 9: ukiran

UKIRAN

UKIRAN TEBUK TEMBUS

LARIK

UKIRAN BUNGA TIMBUL

UKIRAN KAYU HANYUT

Page 10: ukiran

UKIRAN TEBUK TEMBUS• Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau

beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak.

• Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

• Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri.

Page 11: ukiran

• Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan.

• silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

Page 12: ukiran
Page 13: ukiran

UKIRAN BUNGA TIMBUL• Ukiran ini tidak tembus. Ia

mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

Page 14: ukiran

UKIRAN ARCA

• Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

Page 15: ukiran
Page 16: ukiran

LARIK

• Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

Page 17: ukiran
Page 18: ukiran

UKIRAN KAYU HANYUT

• Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

Page 19: ukiran
Page 20: ukiran

PERHIASAN DIRI(ORNAMEN)

Page 21: ukiran

PENGENALAN

• Perhiasan pakaian kepala pula merupakan jenis-jenis pakaian kepala seperti tengkolok, selendang, songkok dan semutar. Perhiasan diri pula merupakan barang-barang kemas yang terdiri dari rantai, gelang tangan, gelang kaki, subang dan cincin. Kasut pula terdiri daripada terompah kayu, kasut-kasut yang bertekat dan ditaburi dengan manik.

Page 22: ukiran

TENGKOLOK

• Diperbuat daripada sekeping kain songket yang berbentuk empat segi sama. Kain songket tersebut dilipat menjadi tiga segi mengikut rekaan yang diingini.

Page 23: ukiran

CUCUK SANGGUL

• Cucuk Sangggul Goyang berbentuk sekuntum bunga yang berlapis. Cucuk sanggul ini dihiaskan dengan batu permata intan untuk memberikan kilauan apabila dipancar cahaya.

Page 24: ukiran

SONGKOK

• Songkok adalah pakaian kepala yang berbentuk bujur/lonjong dengan permukaan atas yang rata diperbuat daripada kain baldu.

Page 25: ukiran

PERHIASAN KEPALA

• Perhiasan kepala ini diperbuat daripada kain baldu berwarna hitam. Terdapat sembilan ukiran patung yang dijahit pada kain itu. Kegunaannya ialah ia diikatkan kepada kepala.

Page 26: ukiran

CUCUK SANGGUL JURAI

• Biasanya dipakai oleh pengantin.

Page 27: ukiran

SISIR

• Sisir ini dibentuk daripada kulit karah. Pemidangnya diperbuat daripada emas dan diukir dengan motif daun. Ditengah-tengahnya diukir sebuah mahkota sebagai lambang utama.

Page 28: ukiran

RANTAI TANGAN

• Rantai Tangan yang dihiasi kepingan yang berbentuk haiwan (singa). Biji-bijian diisikan ke dalam kepingan itu supaya dapat mengeluarkan bunyi apabila tangan digerakkan.

Page 29: ukiran

CONTOH-CONTOH PERHIASAN DIRI YANG LAIN

Page 30: ukiran
Page 31: ukiran