ujian pemahaman bahasa malaysia tahun 4 sjk

8
1 BAHAGIAN A (20 markah) Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A,B,C dan D.Bagi setiap soalan,pilih satu jawapan sahaja.Kemudian,tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga soalan 20 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. Yi Xuan, _______________ mesti pulang ke rumah sebelum waktu petang,” pesan ibu kepada Yi Xuan. A kamu B kami C dia D kalian 2. _____________ akan pastikan negeri Melaka ini sentiasa aman dan damai,” kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmud. A Patik B Beta C Hamba D Tuan hamba 3. _______________ Vijay telah dijemput untuk merasmikan Majlis Bantuan Rakyat 1 Malaysia. A Cik B Datuk C Datin D Tuan Inspektor 4. Kita perlu _______________ alam sekitar dengan menanam pokok- pokok di kawasan perumahan. A menanam B membersihkan C menghormati D mencintai 5. Buah durian belanda mempunyai isi yang berwarna putih dan mempunyai biji yang ____________. A lembut B keras C tajam D manis Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah. 6. Siew Min yang _________________ menjerit apabila menonton filem yang seram itu. A pintar seperti Sang Kancil B garang seperti harimau C berani seperti singa D takut seperti tikus SJK ( C ) CHOONG HUA 1, BIDOR, PERAK. PKSR 2 2015 Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia ( Pemahaman ) Tahun : 4 Masa : 1 jam 15 minit Disediakan oleh : ............................ ( Cik Nur Zurainie Mohd Fauzi - Ketua Panitia Bahasa Malaysia ) Disemak oleh : ........................... ( Encik Lee Hun Koon - Guru Penolong Kanan 1 ) Disahkan oleh : ........................... ( Puan Chan Sow Yeng - Guru Besar ) Nama : ..................................................... Tahun : 4 ................. Markah : .........................%

Upload: pohon-hijau

Post on 14-Feb-2016

101 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ujian Pemahaman Bahasa Malaysia Tahun 4 SJK mengikut format baharu UPSR 2016

TRANSCRIPT

Page 1: Ujian Pemahaman Bahasa Malaysia Tahun 4 SJK

1

PROGRAM PERMATA DIGILAP GEMILANG DICARI

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PAPAR

UJIAN PRA UPSR 6 (OGOS)

BAHASA MALAYSIA

MASA : 50 MINIT NAMA : ..................................

KOD KERTAS : 021 KELAS : ..................................

BAHAGIAN A (20 markah)

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A,B,C dan D.Bagi setiap soalan,pilih satu

jawapan sahaja.Kemudian,tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas

jawapan.

Soalan 1 hingga soalan 20 Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. “Yi Xuan, _______________ mesti

pulang ke rumah sebelum waktu

petang,” pesan ibu kepada Yi Xuan.

A kamu

B kami

C dia

D kalian

2. “_____________ akan pastikan negeri

Melaka ini sentiasa aman dan damai,”

kata Laksamana Hang Tuah kepada

Sultan Mahmud.

A Patik

B Beta

C Hamba

D Tuan hamba

3. _______________ Vijay telah

dijemput untuk merasmikan Majlis

Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

A Cik

B Datuk

C Datin

D Tuan Inspektor

4. Kita perlu _______________ alam

sekitar dengan menanam pokok-

pokok di kawasan perumahan.

A menanam

B membersihkan

C menghormati

D mencintai

5. Buah durian belanda mempunyai isi

yang berwarna putih dan mempunyai

biji yang ____________.

A lembut

B keras

C tajam

D manis

Soalan 6 berdasarkan gambar di

bawah.

6. Siew Min yang _________________

menjerit apabila menonton filem

yang seram itu.

A pintar seperti Sang Kancil

B garang seperti harimau

C berani seperti singa

D takut seperti tikus

SJK ( C ) CHOONG HUA 1, BIDOR, PERAK.

PKSR 2 2015

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia ( Pemahaman ) Tahun : 4 Masa : 1 jam 15 minit

Disediakan oleh : ............................ ( Cik Nur Zurainie Mohd Fauzi - Ketua Panitia Bahasa Malaysia )

Disemak oleh : ........................... ( Encik Lee Hun Koon - Guru Penolong Kanan 1 )

Disahkan oleh : ........................... ( Puan Chan Sow Yeng - Guru Besar )

Nama : ..................................................... Tahun : 4 ................. Markah : .........................%

Page 2: Ujian Pemahaman Bahasa Malaysia Tahun 4 SJK

2

Soalan 7 berdasarkan gambar di

bawah.

7. Zi Hui terjun ke dalam sungai

________________ terlihat seorang

budak lemas di dalam sungai.

A apabila

B jika

C walaupun

D supaya

8. “______________ cari maklumat

tambuhan tentang tokoh bahasa di

Internet,” kata Cikgu Zue.

A Sila

B J angan

C Tolong

D Harap

9. _______________ Inspektor Sabrina

bertugas?

A Mengapakah

B Bagaimanakah

C Di manakah

D Apakah

Soalan 10 berdasarkan gambar di

bawah.

10. “______________, sakitnya kakiku

ini!” kata seorang anggota tentera

yang cedera semasa bertugas.

A Oh

B Amboi

C Aduhai

D Aduh

11. Kaki Yong Bin luka dan berdarah

kerana dia ______________ duri

pokok bunga mawar di hadapan

rumah.

A memijak

B terpijak

C dipijak

D berpijak

Soalan 12 berdasarkan gambar di

bawah.

12. Feng Chieng berlari _____________

kerana dikejar oleh anjing semasa

pulang dari sekolah.

A kelam-kabut

B bengkang-bengkok

C lintang-pukang

D huyung-hayang

13. Khuan Pei membeli _____________

untuk rakannya sebelum pulang dari

Cameron Highlands.

A buku cerita

B tudung saji

C kraf tangan

D kaca mata

Page 3: Ujian Pemahaman Bahasa Malaysia Tahun 4 SJK

3

14. Pemain bola baling yang hebat itu

_______________ bola ke arah pintu

gol dengan kuat.

A merejam

B menangkap

C melantun

D melambung

15. Weng Jun menerima sepucuk surat

___________ sahabatnya, Carolin

yang kini berada _________ Kuala

Lumpur.

A kepada, dari

B kepada, daripada

C dari, di

D daripada, di

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat

yang diberi.

16. Si Pari-Pari memberi kapak emas

kepada Pak Tua kerana sikapnya

yang jujur.

A Pak Tua yang jujur memberi

kapak emas kepada Si Pari-

pari.

B Kapak emas yang jujur diberi

oleh Si Pari-pari kepada Pak

Tua.

C Sikap Pak Tua yang jujur

menyebabkan Si Pari-pari

diberi kapak emas.

D Oleh sebab sikapnya yang jujur,

kapak emas diberi kepada Pak

Tua oleh Si Pari-pari.

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lim Wei Eng,

9, Taman Maju Jaya,

35500 Bidor,

Perak.

1 Oktober 2015.

Menemui sahabatku, Herina yang berada di Melaka. Semoga sihat sejahtera di

samping keluarga tersayang.

Sahabatku,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya

bercuti di Air Terjun Lata Kinjang pada cuti sekolah yang lalu. Perjalanan menuju

ke sana mengambil masa lebih kurang satu jam dari tempat tinggal saya.

Untuk pengetahuan saudari, pemandangan Air Terjun Lata Kinjang ini sangat

menarik. Hal ini kerana tempat ini juga merupakan tempat perkelahan. Di samping

dapat mandi-manda, saya juga dapat meluncur air menggunakan gelongsor yang

disediakan.

Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan pengunjung. Ada

gerai makanan, pondok rehat, tempat mandi dan tempat meletak kenderaan yang

selamat.

Sampai di sini dahulu coretan saya pada kali ini. Saya berharap dapat

membawa saudari ke sini satu hari nanti.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu, Lim Wei Eng

Page 4: Ujian Pemahaman Bahasa Malaysia Tahun 4 SJK

4

17. Siapakah sahabatku dalam surat di atas?

A Jiran

B Herina

C Lim Wei Eng

D Kawan sekelas

18. Apakah tujuan penulis menulis surat kepada sahabatnya?

A menceritakan pengalaman bercuti di Air Terjun Lata Kinjang

B menceritakan perjalanan ke Air Terjun Lata Kinjang

C bertanyakan kesihatan Aina dan keluarga

D menyatakan pemandangan Air Terjun Lata Kinjang

19. Apakah kemudahan yang ada di Air Terjun Lata Kinjang?

A pelampung dan jaket

B bilik air dan gerai buah

C pondok rehat dan kedai makanan

D tempat mandi dan kedai mainan

20. Perkataan coretan dalam petikan bermaksud

A nasihat

B cerita

C tulisan

D bebelan

BAHAGIAN B (30 markah)

Soalan 21-Soalan 25

Soalan 21 [4 markah]

Garisi kata kerja yang paling sesuai dalam ayat yang di bawah.

1. Wen Jing ( menuang, mengisi ) jus tembikai ke dalam gelas sebelum dihidangkan kepada

tetamu.

2. Puan Lee ( memotong, membelah ) sayur sawi menggunakan pisau baharunya.

3. Paramveer ( memanjat, menaiki ) pokok kelapa yang tinggi itu dengan menggunakan

tangga dan tali.

4. Novel yang terkenal itu ( dikarang, disampaikan ) oleh seorang penulis baharu yang

sangat berbakat.

Page 5: Ujian Pemahaman Bahasa Malaysia Tahun 4 SJK

5

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. [2 markah]

Ayat tanya:

Jawapan: Nama saya ialah Yan Ying Ying.

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah. [2 markah]

c. Padankan kata dengan gambar yang sesuai untuk membentuk bandingan semacam. [2 markah]

Rajin macam

Garang seperti

Bulat macam

Besar macam

Tahniah, kamu telah

berjaya mendapat

tempat pertama dalam

pertandingan

bercerita!

Page 6: Ujian Pemahaman Bahasa Malaysia Tahun 4 SJK

6

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Faedah membaca dalam petikan di atas ialah kita akan mendapat __________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[2 markah]

b. Mengapakah seseorang itu rajin membaca namun masih tidak pandai?

Seseorang yang rajin membaca tetapi masih tidak pandai kerana ___________ ____

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[2 markah]

c. Perkataan rendah diri bermaksud ________________________________________.

[2 markah]

Mengapakah kita membaca? Kita akan mendapat pengetahuan dalam pelbagai

aspek dengan membaca. Membaca juga menjadikan kita seorang yang berilmu dan

tidak mudah diperbodohkan oleh orang lain. Melalui pembacaan yang luas, kita boleh

bercakap tentang pelbagai topik dan tidak akan wujud rasa rendah diri.

Pendapat umum mengatakan bahawa orang yang banyak membaca itu pandai

dan tahu tentang banyak perkara. Walau bagaimanapun, pendapat ini tidak semestinya

diguna pakai oleh semua orang. Memang ada orang yang rajin belajar tetapi tidak

pandai. Ini berlaku kerana mereka membaca bahan-bahan yang tidak bermutu dan

tidak mengandungi ilmu pengetahuan.

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang yang berilmu, kita mesti banyak belajar

dan membaca. Semasa belajar dan membaca, kita harus berfikir sama ada pengetahuan

tersebut dapat digunakan dalam kehidupan seharian atau tidak.

Page 7: Ujian Pemahaman Bahasa Malaysia Tahun 4 SJK

7

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Bilakah SJK (C) Nan Ya mengadakan hari sukan?

SJK (C) Nan Ya mengadakan hari sukan pada ________________________________.

[2 markah]

b. Apakah tujuan hari sukan tersebut diadakan?

Tujuan hari sukan tersebut diadakan adalah untuk ______________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[2 markah]

c. Siapakah yang dinobatkan sebagai olahragawati sekolah?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[2 markah]

d. Perkataan mengungguli dalam petikan bermaksud

[2 markah]

SJK(C) Nan Ya, Johor telah mengadakan hari sukan pada 12 April 2014 yang

lalu. Hari sukan ini diadakan untuk menyemai semangat kesukanan dalam diri setiap

murid di samping menyatupadukan warga sekolah. Hari sukan ini telah dirasmikan

oleh Yang Berhormat Datuk Ong Ka Chuan tepat pukul 9.00 pagi. Temasya sukan kali

ini bertambah meriah dengan warna-warni rumah sukan yang terdiri daripada Rumah

Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.

Pelbagai acara dipertandingkan seperti acara lompatjauh, lontar peluru, lompat

tinggi dan acara balapan. Acara kemuncak ialah acara tarik tali antara rumah sukan.

Majlis penyampaian hadiah berlangsung dengan meriah. Lai Wei Xian telah

dinobatkan sebagai olahragawan, manakala olahragawati pula disandang oleh Loh Yu

Ki. Pasukan Rumah Biru pula berjaya mengungguli secara keseluruhan.

Page 8: Ujian Pemahaman Bahasa Malaysia Tahun 4 SJK

8

Soalan 25

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KERTAS SOALAN TAMAT

hmkkkkkk

a. Di manakah ahli Persatuan Bahasa Malaysia SJK (C) Choong Hua 1 perlu berkumpul

sebelum melawat Rumah Orang Tua Tapah?

Ahli Persatuan Bahasa Malaysia SJK (C) Choong Hua 1 perlu berkumpul di ____________

__________________________________________________________________________

[2 markah]

b. Apakah perkara yang dilakukan setelah aktiviti mengedar sarapan kepada penghuni

dilakukan?

Perkara yang dilakukan setelah aktiviti mengedar sarapan kepada penghuni dilakukan

ialah ________________________________________________________________

[2 markah]

c. Apakah maksud cenderamata dalam atur cara di atas?

Maksud cenderahati ialah _______________________________________________

[2 markah]

LAWATAN KE RUMAH ORANG TUA TAPAH

Anjuran : Persatuan Bahasa Malaysia SJK (C) Choong Hua 1

Tarikh : 18 April 2015 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat berkumpul : Dewan SJK(C) Choong Hua 1

Atur Cara

8.45 pagi : Tiba di pusat jagaan dan rawatan

8.50 pagi : Taklimat oleh pengasas pusat, Puan Muji

9.00 pagi : Menolong membersihkan penghuni di situ

9.30 pagi Mengedarkan sarapan kepada penghuni

10.00 pagi : Gotong-royong membersihkan kawasan pusat

12.30 tengah hari : Makan tengah hari bersama dengan penghuni

1.30 petang : Persembahan

2.30 petang : Penyampaian cenderamata kepada penghuni

3.30 petang : Minum petang

4.15 petang : Bertolak pulang