ujian april 012

8
NAMA KELAS UJIAN BULANAN BAHASA MELAYU PENULISAN 012 APRIL 2015 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian : Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian . 3. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3. 4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. Helaian tambahan ( jika ada ) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama kertas soalan. Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak Bahagian A [Masa dicadangkan : 15 Minit] (10 Markah) % Kod Pemeriksa: Bahagian No.Soala n Markah A B C JUMLAH 60

Upload: yan-azian

Post on 16-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Bm TH6

TRANSCRIPT

Page 1: Ujian April 012

NAMA

KELAS

UJIAN BULANANBAHASA MELAYU – PENULISAN 012 APRIL 2015

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian : Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian .

3. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. Helaian tambahan ( jika ada ) hendaklah diikat dan

dihantar bersama-sama kertas soalan.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

%

Kod Pemeriksa:

Bahagian No.Soalan Markah

A

B

C

JUMLAH 60

Page 2: Ujian April 012

SULIT 012

Bahagian A

[Masa dicadangkan : 15 Minit]

(10 Markah)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Ms | 2

Page 3: Ujian April 012

SULIT 012

Jawapan Bahagian A

Bahagian B

Ms | 3

/10

Page 4: Ujian April 012

SULIT 012

[Masa dicadangkan : 40 minit]

(30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak

kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kegiatan kokurikulum banyak manfaatnya kepada murid-murid. Terangkan faedah-

faedah menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah.

.

ATAU

2. Ibu bapa kamu telah menziarahi saudara kamu yang sakit di kampung. Mereka tidak dapat

balik ke rumah oleh sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, kamu tidak dapat

hadir ke sekolah kerana terpaksa menjaga adik-adik kamu.

Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk menyatakan sebab-sebab tidak dapat

hadir ke sekolah pada hari itu.

ATAU

3. Ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, anda terdengar suara wanita menjerit. Rupa-

rupanya, beg tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Ceritakan

tindakan anda seterusnya.

Ms | 4

Page 5: Ujian April 012

SULIT 012

No. Soalan

Ms | 5

Page 6: Ujian April 012

SULIT 012

Bahagian C

[Masa dicadangkan : 20 minit]

Ms | 6

/30

Page 7: Ujian April 012

SULIT 012

(20 markah)

Tulis lima nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh yang sesuai berdasarkan petikan tersebut.Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ms | 7

Arif terbangun daripada tidur apabila jam loceng berbunyi. Dia melakukan tugas yang perlu dilakukannya setiap pagi selepas solat subuh. Dia tidak menunggu ibunya. Arif simpati akan ibunya yang pergi ke pasar pada awal pagi untuk menjual kuih.

Itik-itik peliharaannya perlu diberi makan. Dia mengambil dedak yang disimpan di dalam kotak kayu di bawah rumah. Dedak itu ditaburkan di segenap penjuru kandang itik. Kemudian, dia masuk ke dalam kandang untuk mengutip telur-telur itik. Dia berhati-hati supaya tidak ada telur yang pecah,. Selepas menyiapkan tugasnya, Arif bersiap untuk ke sekolah. Pada minggu ini, dia akan menduduki peperiksan semester pertama.

Arif bercita-cita hendak menjadi doktor. Dia mahu membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban sejak kematian ayahnya. Arif sentiasa bertanya kepada guru dan berbincang dengan rakan-rakannya tentang hal pelajaran yang tidak difahami. Arif sentiasa menggunakan masa terluangnya untuk membuat kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran

Page 8: Ujian April 012

SULIT 012

KERTAS SOALAN TAMAT

Ms | 8

/20