bahasa melayu sk 012.pdf

33

Upload: amri-mat-saaid

Post on 11-Jan-2016

194 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU SK 012.pdf
Page 2: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

012 BAHASA MELAYU SK

Bahasa Melayu SK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 012 (SK), 022 (SJKC), 032 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 60 Masa : 1 jam 15 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukkan ialah 10. Bahagian B terdiri daripada tiga (3) soalan pilihan soalan berbentuk respons terbuka dan perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukkan ialah 30. Bahagian C terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukkan ialah 20. Konstruk yang diukur ialah: a) Keupayaan membina ayat b) Keupayaan menggunakan kata c) Keupayaan menggunakan kosa kata d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea e) Keupayaan menggunakan ejaan dan tanda baca PRESTASI CALON SECARA KESELURUHAN Secara keseluruhan, prestasi calon 2013 menunjukkan peningkatan yang lebih baik dari aspek penghasilan jawapan yang menepati kehendak tugasan. Soalan pada tahun ini lebih menjurus kepada pengalaman dan pengetahuan sedia ada calon. Antara ketiga-tiga bahagian, Bahagian B menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang memberikan cabaran kepada calon untuk menjawab. Calon berjaya mengemukakan isi dan mengolahnya dengan ayat yang gramatis. Selain itu, calon dapat menguasai aspek bahasa seperti penggunaan kosa kata, imbuhan, kata majmuk dan kata ganda yang meluas termasuklah penguasaan ejaan dan tanda baca. Hasil penulisan calon tepat dan mantap seperti kehendak soalan. Namun begitu, terdapat segelintir calon yang belum menguasai kemahiran menulis dan banyak melakukan kesalahan tatabahasa.

Page 3: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini dapat menjawab ketiga-tiga bahagian dengan cemerlang. Calon dapat menggunakan ayat yang gramatis. Penggunaan kata dan kosa kata yang dibina oleh calon sangat meluas serta sesuai. Calon dapat mengemukakan isi serta dapat menyampaikan jawapan yang menarik. Calon memahami kehendak soalan, menguasai kemahiran menulis dan dapat menjawab soalan dengan isi yang tepat. Di samping itu, calon mempunyai pengetahuan yang luas dalam aspek bahasa. Pengolahan isi jelas, terancang serta menarik. Pengetahuan sedia ada calon banyak membantu dalam penghasilan jawapan yang cemerlang. Kumpulan Sederhana Calon dalam kumpulan ini dapat menguasai kemahiran yang diuji serta mampu mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari dengan baik. Calon dapat mengeluarkan isi dengan gaya bahasa dan penyampaian yang sederhana. Ada juga calon yang tidak dapat mengemukakan isi yang betul-betul mantap. Calon tahu dan faham aspek yang diuji, tetapi apa-apa yang disampaikan kurang menarik dan terdapat beberapa kesalahan yang ketara dalam aspek pengolahan ayat, penggunaan kosa kata dan penggunaan ejaan serta tanda baca. Kumpulan Rendah Calon dalam kumpulan ini merupakan kelompok calon yang memperoleh pencapaian yang rendah. Pada dasarnya, mereka tidak menguasai kemahiran yang diuji dan tidak dapat menghasilkan jawapan dengan baik dan bernas. Kebanyakan calon tidak faham apa-apa yang diuji dan lemah dalam pengolahan ayat. Terdapat sebahagian kecil calon yang tidak menjawab soalan yang diuji dan lebih kepada menyalin soalan dan petikan sahaja. Sebahagian besar calon menulis ayat yang tidak lengkap.

Page 4: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

PRESTASI TERPERINCI Bahagian A

Soalan ini berkehendakkan calon membina lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di kebun sayur. Calon boleh menulis lima ayat tentang lima aktiviti atau menggabungkan aktiviti dan suasana daripada grafik.

Page 5: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Tinggi Bagi Bahagian A, calon dapat menulis ayat yang lengkap dengan memindahkan maklumat daripada bahan grafik. Calon juga dapat mengemukakan ayat dan mentafsir bahan grafik menggunakan ayat yang sesuai. Calon menggunakan ayat yang gramatis dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan soalan yang diuji. Selain itu, aspek tatabahasa seperti penggunaan kosa kata, imbuhan, kata majmuk, kata ganda, tanda baca dan ejaan yang betul dapat dikuasai oleh calon. Terdapat kesalahan yang tidak menjejaskan ayat. Calon dapat menjawab tugasan mengikut tema yang dikehendaki. Sebahagian besar daripada calon mempunyai pengalaman sedia ada tentang suasana di kebun sayur.

Calon dapat memberikan lima suasana, lima aktiviti atau menggabungkan suasana dan aktiviti yang tepat berdasarkan grafik. Ayat-ayat yang dibina gramatis tanpa sebarang kesalahan bahasa.

Contoh jawapan yang cemerlang dengan ayat yang gramatis dan peluasan yang mantap.

Page 6: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Jawapan diterima sebagai cemerlang kerana penggunaan bahasa yang jelas, mudah difahami dan masih menarik serta tiada kesalahan bahasa.

Page 7: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Sederhana Kesalahan calon tidak ketara. Isi yang dikemukakan masih berkaitan dengan tugasan. Ayat-ayat yang dibina mudah dan ringkas serta tidak menarik. Calon dalam kumpulan ini juga menggunakan kosa kata yang terhad dan maksudnya tidak jelas. Kesalahan struktur ayat tidak ketara tetapi terdapat kesalahan imbuhan dan ejaan. Terdapat juga calon yang masih tidak memahami kehendak soalan dan maksud aktiviti serta suasana yang tertera dalam gambar.

Contoh jawapan calon yang menggunakan kosa kata yang terhad dan maksudnya tidak jelas

Jawapan calon yang menggunakan kosa kata yang tidak meluas

Page 8: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon menjawab tanpa peluasan ayat Calon Dalam Kumpulan Rendah Calon kumpulan ini tidak menguasai kemahiran bahasa seperti struktur ayat, penggunaan kata, ejaan dan tanda baca. Penggunaan kata calon sangat terhad. Tulisan calon sukar difahami serta menggunakan kata yang tidak jelas maksudnya.

Kosa kata terhad, penggunaan kata yang tidak tepat dan pengulangan subjek

Page 9: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon menggunakan kata yang tidak difahami

Page 10: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Bahagian B

Soalan 1

Calon dikehendaki menyatakan cara-cara dia dan rakan-rakannya menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah. Calon Dalam Kumpulan Tinggi Calon dapat mengemukakan lebih daripada tiga isi dengan baik dan cemerlang serta menjawab soalan dengan tepat. Pengolahan isi serta penyampaian yang menarik dengan laras bahasa yang baik. Olahan ayat gramatis, menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas sesuai menepati tugasan.

Page 11: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Page 12: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Page 13: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Sederhana Calon mengemukakan isi dengan huraian yang mudah dan ringkas. Terdapat juga calon yang memberikan satu isi sahaja berserta huraian diulang-ulang sehingga dua atau tiga perenggan. Calon banyak melakukan kesalahan bahasa yang menjejaskan ayat. Tiada peluasan ayat menyebabkan karangan calon kurang menarik dan pencapaian peringkat memuaskan.

Page 14: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Contoh karangan calon yang menggunakan ayat mudah dan ringkas.

Page 15: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Rendah Calon tidak memahami kehendak soalan. Isi yang dikemukakan menjurus kepada perancangan untuk membersih dan menceriakan bilik darjah. Penggunaan isi yang tidak tepat, olahan dan penyampaian yang tidak menarik serta penggunaan kosa kata yang sangat terhad.

Page 16: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Page 17: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Soalan 2

Bagi menjawab soalan ini, calon perlu menceritakan persiapan yang dilakukan oleh calon sekeluarga sebelum hari perayaan. Calon Dalam Kumpulan Tinggi Calon memahami kehendak tugasan yang diberikan. Calon juga dapat membina karangan yang menepati tugasan dengan olahan dan penyampaian cerita yang menarik serta tepat. Selain itu, calon dapat menguasai kemahiran bahasa dengan baik dan meluas.

Page 18: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Berdasarkan skrip jawapan, calon dapat menulis persiapan sebelum menyambut perayaan. Calon Dalam Kumpulan Sederhana

Page 19: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon masih dapat memberikan isi mengikut kehendak tugasan. Olahan isi dan penyampaian calon tidak menarik kerana tiada peluasan ayat. Terdapat beberapa penggunaan kata yang tidak tepat.

Page 20: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon mengemukakan isi tetapi tidak mengolah dengan jelas

Page 21: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Rendah Calon tidak memahami kehendak tugasan kerana calon menulis tentang persiapan perayaan dan peristiwa semasa perayaan secara ringkas. Pengolahan isi juga tidak menarik.

Page 22: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Soalan 3

Calon dikehendaki menjawab dengan memberikan format ucapan yang betul tentang cara-cara menghormati guru. Calon Dalam Kumpulan Tinggi Calon memahami kehendak tugasan dengan baik, iaitu ucapan sempena Hari Guru tentang cara-cara menghormati guru. Isi yang dikemukakan sangat baik dan mantap serta dihuraikan dengan jelas. Pengolahan dan penyampaian isi juga sangat menarik serta dapat menguasai penulisan format ucapan dengan tepat.

Page 23: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Page 24: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Contoh jawapan calon yang mengemukakan isi yang bernas berserta huraian yang mantap tentang cara-cara menghormati guru menggunakan laras ucapan yang tepat. Pengolahan isi dan penyampaian yang sangat menarik. Penguasaan format karangan ucapan calon amat tepat.

Page 25: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Sederhana Calon mengemukakan isi yang masih relevan dengan tugasan tetapi pengolahan dan penyampaian kurang menarik. Calon melakukan kesalahan bahasa tetapi tidak menjejaskan keseluruhan karangan. Calon tidak menggunakan format ucapan yang lengkap dan sesuai dengan ucapan.

Contoh jawapan calon yang penyampaian dan pengolahan isi kurang menarik

Page 26: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Rendah Isi yang dikemukakan oleh calon kurang menepati tugasan. Pengolahan dan penyampaian isi tidak menarik. Calon banyak melakukan kesalahan bahasa, iaitu struktur ayat, penggunaan kata, imbuhan, ejaan dan tanda baca. Calon langsung tidak menguasai format ucapan.

Contoh jawapan calon yang banyak melakukan kesalahan bahasa dan tidak menguasai format ucapan

Page 27: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Bahagian C

Calon dikehendaki menjelmakan lima nilai daripada petikan serta memberikan contoh (huraian) yang sesuai berdasarkan petikan. Jawapan calon perlulah ditulis tidak lebih daripada 50 patah perkataan dalam satu perenggan .

Page 28: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Tinggi Calon dapat menjelmakan nilai dan huraian daripada petikan dengan tepat selain mengulas dengan ayat yang gramatis dan menjurus kepada petikan. Calon menggunakan kata dan kosa kata yang mantap serta sesuai dengan tugasan. Di samping itu, calon juga dapat menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Contoh jawapan calon yang menepati tugasan dengan nilai dan huraian yang tepat

Page 29: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Sederhana Calon dalam kumpulan ini dapat memberikan antara dua hingga empat nilai berserta huraian yang tepat atau dua hingga empat nilai berserta huraian yang tidak tepat. Huraian mudah dan ringkas serta terdapat beberapa kesalahan bahasa yang tidak menjejaskan jawapan calon.

Page 30: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Rendah Calon dalam kumpulan ini dapat menjelmakan satu nilai sahaja dan ada juga calon yang tidak dapat menjelmakan nilai. Huraian nilai tidak tepat malahan terdapat calon yang menulis huraian umum. Ada juga calon yang menyalin petikan sahaja.

Contoh jawapan calon yang tidak menghuraikan nilai berdasarkan petikan

Page 31: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

SARANAN KEPADA CALON Bahagian A

1. Calon membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan. 2. Calon mengenal pasti kehendak soalan sama ada aktiviti, suasana ataupun

tentang gambar sebelum menulis ayat. 3. Calon mengenal pasti aktiviti atau suasana yang terdapat dalam gambar dengan

cara membulatkan maklumat yang terdapat pada gambar. 4. Seterusnya, calon mencatat kata kerja yang tepat berkaitan gambar yang telah

dibulatkan. 5. Kemudian, calon dikehendaki membina lima ayat yang lengkap. 6. Banyakkan membaca serta menjawab latihan bagi meningkatkan tahap penguasaan

kosa kata. 7. Jadikan buku teks yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian

Pendidikan Malaysia sebagai sumber rujukan dan bahan pembelajaran. 8. Calon boleh menggunakan nama pada watak atau pelaku yang terdapat dalam

gambar atau bahan rangsangan. 9. Calon digalakkan membina pelbagai ayat dengan keterangan yang meluas. 10. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami Bahagian B 1. Calon membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan. 2. Baca ketiga-tiga soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. 3. Pilih soalan yang bersesuaian dengan kebolehan calon untuk menjawab. 4. Garisi kata kunci dan kata tugas soalan yang dipilih. 5. Bagi karangan yang berformat, pastikan calon menguasai format yang betul sebelum

menulis karangan. 6. Calon digalakkan membina peta minda atau kerangka karangan berdasarkan soalan

ataupun tajuk. 7. Mulakan karangan dengan pendahuluan, isi-isi dan diakhiri dengan penutup

mengikut jenis karangan. 8. Kemukakan sekurang-kurangnya tiga isi bagi setiap karangan dengan huraian yang

mantap berserta contoh dengan pengolahan ayat yang gramatis dan penyampaian yang menarik.

9. Setiap perenggan mesti dimulakan dengan ayat topik diikuti ayat-ayat huraian serta contoh.

10. Guna penanda wacana untuk merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan untuk menunjukkan kesinambungan atau pertautan.

11. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami.

Page 32: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Bahagian C 1. Calon perlu membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan. 2. Fahami petikan yang diberi dan garisi ayat yang menjurus kepada nilai atau

pengajaran yang terdapat dalam teks. 3. Calon mencatat nilai atau pengajaran yang tepat berdasarkan ayat yang telah

digarisi. 4. Nilai atau pengajaran yang sedia ada dalam petikan tidak boleh dijelmakan sebagai

jawapan. 5. Calon juga tidak boleh memberikan nilai yang sinonim dengan pernyataan yang

terdapat dalam petikan. 6. Calon dikehendaki menulis lima nilai atau pengajaran daripada petikan. 7. Pastikan nilai atau pengajaran dan huraian berkaitan dengan pernyataan yang

terdapat dalam petikan. 8. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan antara

nilai atau pengajaran yang terdapat dalam petikan. 9. Calon dikehendaki menulis jawapan dalam satu perenggan sahaja. 10. Bagi menghasilkan penulisan yang baik, calon perlu banyak menjawab latihan serta

rujukan daripada pelbagai sumber. 11. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami.

Page 33: BAHASA MELAYU SK 012.pdf

Bahasa Melayu SK 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

SARANAN KEPADA GURU

1. Setiap guru perlu mengajar dan membimbing murid menggunakan buku teks dan huraian sukatan pelajaran serta sukatan pelajaran yang dibekalkan.

2. Jadikan buku teks, huraian dan sukatan sebagai panduan. 3. Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum

hendaklah dijadikan bahan rujukan bagi menambahkan lagi peluasan kosa kata murid.

4. Bimbing murid untuk menguasai teknik menjawab dengan baik dan jelas mengikut garis panduan peperiksaan.

5. Pelbagaikan strategi, kaedah dan teknik dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi menarik minat murid.

6. Bagi memantapkan lagi penulisan murid, guru perlu menerangkan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh murid untuk memperbaiki kelemahan dan kesalahan murid.

7. Guru perlu memberi perhatian kepada murid yang belum menguasai penulisan dengan memberi latih tubi dan pendedahan pelbagai teknik mengarang seperti latihan karangan berpandu, karangan terkawal serta karangan bebas mengikut tahap kemampuan murid.

8. Kepelbagaian jenis karangan haruslah didedahkan kepada murid sebagai latihan bagi memantapkan karangan murid mengikut format yang betul.

9. Guru disarankan agar mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber yang sahih.

10. Guru wajib memantapkan pengetahuan dan kemahiran bahasa agar proses pembelajaran dan pengajaran lebih baik, jelas dan terancang.

11. Bagi Bahagian C, guru perlu tahu menjelmakan nilai berserta huraian yang tepat daripada petikan.

12. Guru sepatutnya membuat pertimbangan yang sewajarnya ketika menilai hasil kerja murid.