ucaptama pengarah institut aminuddin baki · pdf fileciri kajian konvensional kajian tindakan...
TRANSCRIPT
1
UCAPTAMA PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KOLOKIUM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KALI PERTAMA 2016
9 – 10 OKTOBER
PENYELIDIKAN PEMANGKIN KECEMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULAHI WABAROKATUH, SALAM SEJAHTERA
DAN SALAM SEHATI SEJIWA.
1. Latar Belakang Kolokium
Kolokium Penyelidikan Pendidikan ini merupakan satu usaha berterusan
IAB Cawangan Genting Highlands untuk mengembangkan pengetahuan
dalam bidang penyelidikan pendidikan. Melalui kolokium ini, pengamal-
pengamal pendidikan di bilik darjah dan organisasi akan dapat
mengetengahkan dapatan penyelidikan, berkongsi maklumat,
pengetahuan dan amalan terbaik, menyebarkan dapatan kajian terkini,
membina jaringan serta berbincang secara profesional untuk
memantapkan kualiti pendidikan negara.
2
Melalui penganjuran kolokium seumpama ini juga dapat
membantu IAB meningkatkan peranannya sebagai institusi yang
menjadi sumber utama penyebaran maklumat dalam bidang kepimpinan
pendidikan di Malaysia, serta mewujudkan interaksi profesional sesama
pemimpin pendidikan serta pihak-pihak lain yang berkepentingan.
2. Tema Kolokium Penyelidikan
Tema kolokium penyelidikan yang diadakan buat pertama kalinya ini
ialah “Penyelidikan Pemangkin Kecemerlangan Institusi
Pendidikan”. Mengapakah dikatakan penyelidikan itu sebagai
mangkin kepada kecemerlangan sesebuah institusi? Dalam proses
tindak balas kimia, mangkin digunakan untuk mempercepat atau
menyegerakan berlakunya tindakbalas bagi mendapat hasil. Oleh yang
demikian, sekiranya segala dapatan penyelidikan yang dihasilkan
diambil tindakan yang sewajarnya, dapatan penyelidikan itu akan
menjadi seperti mangkin dalam proses tindak balas kimia, iaitu akan
mempercepat atau menyegerakan sesebuah institusi pendidikan itu
mencapai kecemerlangan.
Kolokium Penyelidikan ini turut memasukkan beberapa subtema
iaitu: pengurusan dan kepimpinan pendidikan; pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21; kepemimpinan guru; inovasi dalam
pendidikan; pembangunan sumber manusia; serta kajian tindakan dan
pembangunan organisasi pendidikan.
3
3. Peranan Guru dalam Penyelidikan
Hadirin yang dihormati sekalian,
3.1 Masyarakat guru adalah masyarakat berpendidikan mengikut
norma keilmuan. Guru seringkali menjadi rujukan masyarakat
dalam semua aspek kehidupan. Justeru, masyarakat guru perlu
sentiasa berada di hadapan dalam konteks penerokaan,
pencarian dan pengamalan ilmu baharu. Pemerolehan ilmu
yang bersifat dinamik boleh diperoleh melalui pembudayaan
kajian dan penyelidikan.
3.2 Penyelidikan ialah satu proses sistematik yang mengumpul dan
menganalisis maklumat untuk menerang dan memahami
sesuatu topik, masalah atau isu. Proses yang dilalui dalam
pelaksanaan sesuatu penyelidikan merupakan suatu prosedur
penyelesaian masalah atau pencarian jawapan kepada sesuatu
masalah atau tanda tanya.
3.3 Penyelidikan bukan sahaja memerlukan kesabaran, ketekunan
dan ketabahan malahan masa yang terancang juga diperlukan
supaya prinsip, proses dan kaedah yang dijalankan mampu
menghasilkan bukti-bukti empirik yang dapat menyokong
sesuatu tindakan yang dilaksanakan. Dalam proses ini,
pentadbir perlu memainkan peranan penting untuk menyokong
dan menggembleng kepimpinan ke arah pembudayaan
penyelidikan di organisasi masing-masing. Dapatan
penyelidikan akan memberi impak yang positif jika disusul
dengan tindakan yang terancang dan kesannya akan
4
menghasilkan dan merealisasikan matlamat pendidikan secara
umumnya. Peranan dan impak inilah yang disesuaikan dengan
tema kolokium kita pada kali ini iaitu “Penyelidikan
Pemangkin Kecemerlangan Institusi Pendidikan” .
4. Penyelidikan Konvensional atau Penyelidikan Tindakan?
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kolokium penyelidikan kali ini menggabungkan pembentangan dapatan
penyelidikan daripada Penyelidikan Konvensional dan Penyelidikan
Tindakan. Mari sama-sama kita meneliti secara ringkas, apakah yang
membezakan antara dua jenis penyelidikan ini.
Jadual 1: Perbezaan antara Kajian Konvensional dan Kajian Tindakan
Ciri Kajian Konvensional Kajian Tindakan
Tujuan Menguji teori sedia ada
atau menghasilkan teori
baharu yang boleh
digeneralisasikan
Memperbaik amalan
sendiri dan organisasi
Kaedah mengenal
pasti masalah
Sorotan terhadap
kajian-kajian yang lalu
Masalah yang sedang
dihadapi
Prosedur kajian
literatur
Ekstensif, penekanan
kepada sumber primer.
Sepintas lalu,
menggunakan sumber
sekunder
5
Reka bentuk
kajian
Prosedur kajian yang
tetap dan tidak boleh
diubah suai
Boleh diubah suai
mengikut keadaan dan
keperluan.
Subjek kajian Penyelidik bukan subjek
kajian. Subjek kajian
ialah sampel yang
dipilih oleh penyelidik
Penyelidik adalah
sebahagian subjek
penyelidikan. Subjek
kajian berkaitan dengan
kerja pengkaji
Analisis data Menggunakan perisian khas seperti SPSS
-deskriptif
-inferensi
Data biasanya berbentuk
kualitatif/kuantitatif dan
dianalisis secara
deskriptif dan naratif.
Penyebaran
maklumat
Kepada golongan
profesional dalam
keadaan yang berbeza
Secara khusus kepada
individu dan organisasi
5. Peranan Pemimpin Pendidikan Membudayakan Penyelidikan
Peranan Pengetua dan Guru Besar sangat penting untuk
menyemarakkan budaya menyelidik dalam kalangan guru. Ia amat
bersesuaian dengan teori-teori pengurusan yang berkesan kerana:
i) Penglibatan guru penting terhadap proses membuat keputusan.
ii) Proses membuat keputusan yang demokratik perlu ada.
iii) Nilai, kepercayaan dan matlamat perlu disebarkan.
6
iv) Peserta diberi hak yang sama dalam perbincangan.
v) Hak yang sama dalam menentukan dasar.
vi) Hak yang sama dalam pemilihan keputusan.
vii) Akauntabiliti dan tanggungjawab dipikul bersama.
Sama ada Penyelidikan Konvensional mahupun Kajian Tindakan,
kedua-duanya bertujuan untuk mencari jawapan kepada masalah yang
diselidiki. Setelah punca masalah dikenal pasti, intervensi dilakukan
untuk penambahbaikan terhadap masalah yang dihadapi. Intervensi
perlu disertakan dengan kreativiti dan inovasi, jika tidak, hasilnya tetap
sama.
Inovasi yang dilakukan seringkali menambahkan kos walaupun
nilainya bertambah. Dalam keadaan ekonomi yang tidak
memberangsangkan, inovasi yang dilakukan sepatutnya tidak
menambahkan kos. Kini, kita beralih kepada inovasi bernilai
menggunakan Strategi Lautan Biru atau Blue Ocean Strategy atau
ringkasnya BOS.
6. Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy/ BOS)
Strategi Lautan Biru merupakan strategi untuk memberikan nilai unik
(differentiation) kepada pelanggan dan pada masa yang sama
mengurangkan kos untuk organisasi. Dengan nilai unik ini, sama ada
dalam sesuatu perkhidmatan atau produk yang sebelum ini bukan
pelanggan akan berubah menjadi pelanggan. Namun begitu, tiada
7
kompromi dengan kualiti. Kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan
mesti tinggi.
Mengurangkan kos sahaja tidak cukup untuk dipanggil sesuatu
strategi itu sebagai Strategi Lautan Biru. Begitu juga dengan
meningkatkan nilai untuk pelanggan sahaja tidak cukup untuk sesuatu
strategi itu dipanggil Strategi Lautan Biru. Apabila kos dikurangkan dan
nilai ditingkatkan yang berlaku serentak, barulah sesuatu strategi layak
dipanggil Strategi Lautan Biru.
Apabila kedua-dua aspek, KOS dikurangkan, NILAI pelanggan
ditingkatkan berlaku serentak maka berlakulah “INOVASI BERNILAI”.
Inovasi bernilai bukan bermaksud inovasi yang menjadikan sesuatu
produk itu lebih canggih, sebaliknya inovasi ini memberi nilai baharu
(unik) kepada pelanggan.
Strategi Lautan Biru bukan semata-mata satu strategi untuk
meningkatkan keuntungan sesebuah firma, malah setiap individu
manusia boleh menggunakannya bagi menjadikan kehidupan masing-
masing lebih bermakna.
Persoalannya, apakah yang boleh dimanfaatkan daripada konsep
Strategi Lautan Biru kepada:
1. Institusi Latihan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan seperti IAB?
2. Institut Pendidikan Guru yang melatih guru praperkhidmatan?
3. Pengetua dan Guru Besar selaku pemimpin di sekolah?
8
4. Guru-guru di bilik darjah?
Apakah Inovasi Bernilai yang boleh disediakan oleh IAB terhadap
produk latihan dan pelanggannya?
Apakah Inovasi Bernilai yang boleh disediakan oleh IPG terhadap
produk latihan dan pelanggannya (guru-guru praperkhidmatan)?
Apakah Inovasi Bernilai yang boleh disediakan oleh pemimpin sekolah
terhadap proses pembelajaran dan pengajaran dan pelanggannya
(murid dan guru)?
Apakah Inovasi Bernilai yang boleh disediakan oleh guru terhadap
pelanggannya (murid)?
Apakah Inovasi Bernilai yang boleh kita cipta, daripada Strategi Lautan
Biru, yang boleh digunakan bagi menjadikan kehidupan kita lebih
bermakna?
7. Kepimpinan Lautan Biru (Blue Ocean Leadership / BOL)
Sehubungan dengan Konsep Strategi Lautan Biru, munculnya Konsep
Kepimpinan Lautan Biru (Blue Ocean Leadership / BOL). Apakah
perbezaan antara BOS yang bersifat umum dan BOL yang lebih
spesifik?
9
Jadual 2: Perbandingan antara BOS dan BOL
Bil Strategi Lautan Biru
(Blue Ocean Strategy, BOS)
Kepimpinan Lautan Biru
(Blue Ocean Leadership, BOL)
1 Mengejar aspek pembezaan (nilai unik) dan kos rendah bagi membuka ruang pasaran (permintaan untuk produk) baharu
Mengejar aspek impak tinggi dan kos rendah bagi memberi akses kepada bakat-bakat baharu sebagai tenaga
2 Mencipta permintaan baharu dengan menukarkan bukan pelanggan kepada pelanggan
Mencipta bakat baharu dengan menukarkan tenaga pekerja yang tidak terlibat kepada terlibat
3 Menawarkan alat-alat visual dan proses yang sitematik serta yang boleh dihasilkan semula bagi memformulasi dan melaksanakan dengan efektif Strategi Lautan Biru
Menawarkan alat visual dan proses yang sistematik serta yang boleh dihasilkan semula bagi memformulasi dan melaksanakan dengan efektif Kepimpinan Lautan Biru
Dengan memindahkan konsep Strategi Lautan Biru, Kepimpinan
Lautan Biru mencadangkan perubahan profil kepimpinan untuk tiga
kumpulan pengurusan yang terlibat dalam sesebuah organisasi.
i) Kumpulan pengurusan kanan (senior management) hendaklah
berubah daripada memberi tumpuan kepada operasi (rutin)
kepada mencartakan dan mendeligasikan masa depan organisasi.
ii) Kumpulan pengurusan pertengahan (middle management)
hendaklah berubah daripada “bertindak dan mengawal dari dalam
10
zon selamat” kepada menjadi “bebas memberi coaching,
mengupayakan dan menguasai orang”.
iii) Kumpulan pengurusan barisan hadapan (frontline management)
hendaklah berubah daripada “mengipas bos” kepada “sanggup
berkhidmat untuk pelanggan pada apa jua keadaan”.
Sesungguhnya kecemerlangan organisasi sangat bergantung
kepada perubahan profil tiga kumpulan tersebut. Saya yakin dan
percaya bahawa tuan-tuan dan puan-puan dapat mengimplementasikan
Strategi Lautan Biru dan Kepimpinan Lautan Biru di organisasi
berdasarkan posisi masing-masing.
8. Rumusan dan penutup
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pihak Institut Aminuddin Baki selaku peneraju latihan kepimpinan dan
pengurusan pendidikan di negara ini akan terus menyokong dan
menggalakkan pelaksanaan penyelidikan dan kajian tindakan serta
membudayakan penyelidikan dalam kalangan warga pendidikan. Pihak
Institut Aminuddin Baki juga akan terus berusaha untuk menganjurkan
kolokium seumpama ini pada masa akan datang supaya hasil
penyelidikan dapat dikongsi dan dimanfaatkan.
Kajian Tindakan dapat menonjolkan amalan terbaik dalam
pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Kami juga yakin
kajian tindakan yang dijalankan mampu menghasilkan penemuan yang
11
dapat menambah baik dan memperkukuh organisasi pendidikan secara
menyeluruh.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diberikan
kepada para pembentang kertas kerja yang bersama-sama
menyumbang kepada kejayaan kolokium ini. Bagi para peserta, saya
percaya banyak maklumat dan pengalaman dapat dikutip dan
dikongsikan dalam kolokium ini. Sesungguhnya, kolokium sebegini
dapat menjadi wahana penting untuk memacu budaya penyelidikan
kajian tindakan dalam organisasi masing-masing. Saya juga ingin
mencadangkan agar semua institusi pendidikan berusaha menganjurkan
kolokium kajian tindakan ini di peringkat negeri masing-masing supaya
dapatan kajian dapat dikongsikan, disebarluaskan dan dimanfaatkan
bersama.
Pihak Institut Aminuddin Baki berharap semoga kolokium ini dapat
memberi maklumat berguna dan membuka minda warga pendidik untuk
menterjemahkan pengetahuan yang diperoleh bagi diimplimentasikan di
organisasi masing-masing.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah sekali
lagi kepada pihak IABCGH dan semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam memastikan kejayaan
pengendalian kolokium ini. Semoga komitmen dan kerja keras anda
semua diberkati oleh Allah Swt.
12
Dengan lafaz Bismilahirahminirrahim, dengan sukacitanya saya
merasmikan pembukaan KOLOKIUM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
KALI PERTAMA 2016.
Wabillahitaufik walhidayah wasalammuaalaikum wrt. wbrkt.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh,
Abd Wahab bin Muda, Phd.