ucaptama yang berhormat pehin orang kaya johan
Post on 04-Feb-2017
239 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
UCAPTAMA
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN
PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN
BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA
AWANG HAJI MOHD YUSOF
MENTERI KESIHATAN
DAN PERASMIAN
PERSIDANGAN KEBANGSAAN KEJURURAWATAN
SEMPENA 30 TAHUN PENGISYTIHARAN NEGARA
MELAYU ISLAM BERAJA
MELAYU ISLAM BERAJA MEMPERKUKUH
PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN
ANJURAN
MAJLIS TERTINGGI MELAYU ISLAM BERAJA &
PERSATUAN JURURAWAT BRUNEI DARUSAALAM
(PENJURU)
SELASA, 8.45 PAGI
27 RABIULAWAL 1435 / 28 JANUARI 2014
BERTEMPAT
GOLDSTONE BALLROOM
THE CENTREPOINT HOTEL
GADONG
1
Yang Mulia Datin Paduka Hajah Suraya Noraidah binti Abdullah, Yang
Di Pertua Persatuan Jururawat Negara Brunei Darussalam (Penjuru),
dan
Yang Mulia Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong,
Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Setiausaha Urusetia Majlis Tertinggi
Melayu Islam Beraja
selaku Pengerusi Bersama Persidangan Kebangsaan Kejururawatan,
Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji
Abdul Jalil, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan
Yang Mulia Dayang Hajah Siti Mariam binti Haji Mohd Jaafar,
Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan)
Yang Mulia Dr Hajah Rahmah binti Haji Md Said,
Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional & Teknikal)
Yang Mulia Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-
pegawai Eksekutif, Ahli-Ahli Persatuan Jururawat Negara Brunei
Darussalam, peserta-peserta Persidangan serta hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian.
2
Salam Sejahtera
1. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wataala
kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua kita dapat bersama-
sama hadir di majlis yang sangat bermakna pada pagi ini iaitu
Persidangan Kebangsaan Kejururawatan yang bertajuk
Melayu Islam Beraja Memperkukuh Perkhidmatan
Kejururawatan yang disempenakan dengan 30 Tahun
Pengisytiharan Negara Melayu Islam Beraja. Selawat serta
salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wassalam, para sahabat, kaum keluarga dan pengikut-
pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.
2. Terlebih dahulu saya sangat mengalu-alukan serta mengucapkan
setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada penganjur bersama iaitu
pihak Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan Persatuan Jururawat
Negara Brunei Darussalam (PENJURU) di atas inisiatif dalam
menjayakan persidangan ini yang saya anggap sangat penting, apatah
lagi ianya mempunyai sejarah yang signifikan bagi Negara Brunei
Darussalam disempenakan 30 tahun pengisytiharan Negara Melayu
Islam Beraja di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
semasa permasyhuran pada 1 Januari 1984 telah bertitah dengan
mengisytiharkan secara rasminya:-
Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta
limpah kurnia Allah Subahanahu Wataala, akan untuk selama-
3
lamanya kekal menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang
Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada
ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
3. Sejak zaman-berzaman iaitu lebih 600 tahun hingga sekarang
negara kita di bawah pemerintahan dan pentadbiran beraja secara
berterusan menunjukkan kedayatahanan yang telah terbukti
berupaya mengukuhkan kedaulatan, kesatuan, pembangunan,
kesejahteraan, kebajikan, keselamatan dan keamanan sekalian
rakyat dan penduduk yang bernaung lagi diredhai oleh Allah
Subhanahu Wataala di bawah sistem pemerintahan ini. Konsep
yang berasaskan Melayu Islam Beraja meliputi aspek semua ciri-ciri
yang mencerminkan nilai-nilai budaya melayu, kemurniaan adat
istiadat Brunei, keunggulan dan penyerapan ajaran agama Islam
serta kedudukan raja sebagai pemimpin tertinggi dan payung
kepada negara serta rakyat dan penduduk yang bernaung.
Pemerintahan Melayu Islam Beraja diperkukuhkan
dengan lantang dan jelas sepertimana yang dititahkan
oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam dalam permasyhuran kemerdekaan Negara
Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 yang bermakna
meletakkan asas yang kukuh dan kuat bagi menuju peta
jalan masa depan yang lebih mantap dan dinamik demi
4
survival bangsa dan negara yang merdeka lagi berdaulat
serta diredhai oleh Allah Subhanahu Wataala.
4. Sejak kemerdekaan negara 30 tahun yang lalu khususnya di bawah
era pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, Sultan dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah melakar berbagai
kemajuan dan pembangunan yang begitu pesat yang meletakkan
Negara Brunei Darussalam di peta dunia sebagai sebuah negara
maju dan moden, dengan masih lagi mengekalkan ciri-ciri
kebruneian yang diwarisi dari turun temurun yang berlandaskan
konsep Melayu Islam Beraja. Rakyat dan penduduk negara ini
Alhamdulillah dapat menikmati pelbagai perkembangan,
kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh
Kerajaan dan seterusnya mengecapi sosio ekonomi
kehidupan yang berkualiti, kesejahteraan, keharmonian,
keselamatan, keamanan, kemakmuran yang dirahmati lagi
diredhai Allah Subhanahu Wataala. Kita semua harus
bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana
akan kedudukan Negara kita yang stabil, aman damai dan
harmoni dimana dapat menjalankan aktiviti harian dengan
tidak ada gangguan dan selamat jika dibandingkan dengan
Negara-negara lain yang berkeadaan tidak stabil,
peperangan dan konflik dalam Negara. Baginda sangat-
sangat mengambil berat bukan sahaja terhadap hal ehwal
5
keugamaan, pendidikan, keselamatan, sosio ekonomi,
kebajikan dan kesejahteraan malahan tidak ketinggalan
juga dalam bidang kesihatan. Bidang kesihatan adalah
merupakan salah satu agenda penting dalam
pembangunan negara. Keprihatinan yang sangat mendalam,
pemedulian, kesungguhan serta komitmen Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam yang mementingkan hal ehwal kesihatan
termasuk perkhidmatan dan penjagaan kesihatan di kalangan rakyat
dan penduduk di negara ini dapat dibuktikan dengan jelasnya dari
petikan titah Baginda semasa Majlis Perasmian Majlis Ilmu 2012
Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-66 Tahun di Pusat
Persidangan Antarabangsa yang antara lainnya Baginda bertitah:-
Ugama Islam telah meletakkan kesihatan dan
kesejahteraan itu di tempatnya yang tinggi selepas
keimanan. Ini selaras dengan sabda Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat ibnu Majah yang
bermaksud: Mintalah kepada Allah kesihatan dan
kesejahteraan, kerana sesungguhnya tidak ada perkara
yang lebih baik daripada kesihatan selepas iman. Demikian
nilai kesihatan itu. Ia adalah asas untuk penghidupan yang
sempurna. Nikmat sihat membolehkan seseorang dapat
memenuhi hajatnya dengan baik, seperti mencari ilmu dan
beramal ibadat dengan selesa. Kesihatan yang optima tidak
syak lagi akan membolehkan seseorang individu itu
menunaikan kewajipan dunia dan akhiratnya dengan
6
sempurna.
5. Ini bermakna rakyat dan penduduk yang sihat sama ada dari segi
fizikal atau mental sudah setentunya akan dapat menjalankan
aktiviti-aktiviti harian dan ibadah yang disuruh oleh Allah Subhanahu
Wataala dengan lebih sempurna, lebih cergas, lebih produktif dan
efektif di samping dapat melahirkan generasi yang berkemahiran
dan berpendidikan tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan
sosio ekonomi individu, keluarga, masyarakat dan negara. Ianya
akan sekaligus akan meningkatkan kehidupan yang lebih berkualiti,
kesejahteraan dan kemakmuran negara ke arah yang lebih mantap
lagi berdayatahan.
Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
6. Seperti kita sedia maklum, Profesion Kejururawatan adalah antara
profesion kesihatan yang terawal dan telah wujud sekian lama.
Walaupun sektor penjagaan kesihatan telah melalui arus
perkembangan pesat, namun demikian, profesion kejururawatan
sehingga kini masih lagi bertahan teguh malahan ia diiktiraf sebagai
profesion berpiawaian tinggi dan dihormati di seluruh dunia, tidak
terkecuali oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini adalah
salah satu satu perkara yang sewajarnya menjadi
kebangaan kepada para Jururawat sendiri termasuk di
Negara Brunei Darussalam dan pengiktirafan seperti ini
seharusnya dimartabatkan dan dipertahankan tidak lain
7
tidak bahkan oleh profesion Jururawat itu sendiri dan
bertanggungjawab mengenainya.
7. Perkhidmatan kejururawatan saya anggap adalah menjadi tulang
belakang dalam sama-sama memberikan perkhidmatan dan
penjagaan kesihatan yang komprehensif dengan lebih cemerlang dan
berkualiti. Dalam sektor penjagaan kesihatan, profesion
kejururawatan adalah peratus yang tinggi dibandingkan dengan
pr