ucapan wakil murid hari guru

2

Click here to load reader

Upload: nur-auni-syafiah

Post on 20-Jul-2015

139 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan wakil murid hari guru

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh....

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pn. Juriah Binti Abd.Jalil, Guru Besar SK Jln Hang Tuah 2, , barisan penolong kanan, guru-guru yang diraikan, warga kerja SK Hg Tuah 2 dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah kita bersama-sama pada hari ini, menyambut Hari Guru Tahun 2013 ini.

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah. TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

Tema ini adalah tepat sekali berdasarkan peranan guru dalam mendidik anak bangsa ke arah melahirkan modal insan yang berketerampilan untuk membawa negara kita ke arah negara maju pada tahun 2020 nanti.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi,

Setiap insan di dunia ini belajar daripada seorang guru. Tanpa guru kita tidak akan boleh membaca, menulis dan menguasai ilmu. Guru ibarat lampu yang menerangi kegelapan malam. Guru ialah insan yang mesti kita hormati selepas ibu bapa kita. Menghormati dan mematuhi arahan guru adalah sangat dituntut agar apa yang kita pelajari menjadi berkat dan dirahmati Illahi.

Rakan-rakan sekalian,

Page 2: Ucapan wakil murid hari guru

Marilah kita tanamkan tekad dan azam, untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk diri kita dan ibu bapa kita, tetapi juga untuk guru-guru yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan buah fikiran demi untuk kecemerlangan kita semua. Guru-guru kita akan berasa bangga jika kita berjaya, namun guru juga akan turut kecewa dan berdukacita seandainya kita gagal dalam pelajaran.

Pada kesempatan ini, saya mewakili pelajar-pelajar sekolah ini, mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di SK Jln Hang Tuah 2. Semoga guru-guru terus dianugerahi kekuatan dan ketabahan dalam mendidik kami.

Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, seandainya antara kami telah melakukan kesalahan dan kesilapan kepada guru-guru sama ada kami sedari atau tidak.

Pohon sirih pohon selasihTumbuh merimbun di hujung laman

Kalungan budi junjungan kasihMenjadi kenangan sepanjang zaman

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum wbkh