ucapan perasmi sukan

5
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia. Saya amat gembira pada petang ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama warga sekolah ini bagi menyaksikan Majlis Penutupan Kojohanan Padang dan Balapan SMK Air Merah Kali Ke-13, 2015. Terima kasih saya ucapkan atas jemputan pihak sekolah untuk merasmikan majlis yang penuh bermakna ini. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga sekolah kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini walaupun dalam keadaan cuaca yang panas terik serta kekangan masa kerana dalam masa yang sama giat menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran serta program-program peningkatan akademik di dalam kelas. Hadirin yang dihormati sekalian, Kejohanan sukan seperti ini bukan hanya semata-mata bertujuan menentukan juara atau pemenang bagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting daripada itu ialah kejohanan ini memberikan pendidikan dan pengajaran secara tidak langsung kepada para pelajar bahawa kejayaan itu tidak datang dengan sendirinya tetapi hanya akan dicapai melalui perancangan yang rapi, usaha berterusan, ketekunan dan sedikit pengorbanan. Kejohanan seperti ini juga diharap menjadi landasan untuk menjalin kerjasama yang tinggi, saling hormat- menghormati seterusnya memperkukuh perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah. Matlamat akhirnya kita dapat membentuk masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan sayang-menyayangi. Kegiatan sukan yang dijalankan secara berterusan dan berdisiplin akan menjadi benteng penghalang yang kukuh serta mampu menghalang para pelajar daripada terlibat atau terpengaruh dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat di sekeliling kita. Melalui kegiatan sukan juga kita mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, insan yang terdidik dan berminda kelas pertama. Inilah ciri-ciri penaraju kepimpinan negara pada masa hadapan. Aktiviti sukan juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia khususnya dalam kalangan pelajar sekalian. Kita tidak harus alpa bahawa membina sebuah masyarakat yang harmoni dan berjaya harus dimulakan di peringkat sekolah yakni melalui bidang sukan. Semangat kerjasama dan toleransi harus menjadi pegangan dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua atlet harus bersatu padu tanpa mengira warna kulit, bangsan dan agama. UCAPAN PERASMIAN

Upload: suaila

Post on 23-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ucapan perasmi sukan

TRANSCRIPT

Page 1: ucapan perasmi sukan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia.Saya amat gembira pada petang ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama warga sekolah ini

bagi menyaksikan Majlis Penutupan Kojohanan Padang dan Balapan SMK Air Merah Kali Ke-13, 2015. Terima kasih saya ucapkan atas jemputan pihak sekolah untuk merasmikan majlis yang penuh bermakna ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga sekolah kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini walaupun dalam keadaan cuaca yang panas terik serta kekangan masa kerana dalam masa yang sama giat menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran serta program-program peningkatan akademik di dalam kelas.Hadirin yang dihormati sekalian,

Kejohanan sukan seperti ini bukan hanya semata-mata bertujuan menentukan juara atau pemenang bagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting daripada itu ialah kejohanan ini memberikan pendidikan dan pengajaran secara tidak langsung kepada para pelajar bahawa kejayaan itu tidak datang dengan sendirinya tetapi hanya akan dicapai melalui perancangan yang rapi, usaha berterusan, ketekunan dan sedikit pengorbanan. Kejohanan seperti ini juga diharap menjadi landasan untuk menjalin kerjasama yang tinggi, saling hormat-menghormati seterusnya memperkukuh perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah. Matlamat akhirnya kita dapat membentuk masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan sayang-menyayangi.

Kegiatan sukan yang dijalankan secara berterusan dan berdisiplin akan menjadi benteng penghalang yang kukuh serta mampu menghalang para pelajar daripada terlibat atau terpengaruh dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat di sekeliling kita. Melalui kegiatan sukan juga kita mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, insan yang terdidik dan berminda kelas pertama. Inilah ciri-ciri penaraju kepimpinan negara pada masa hadapan. Aktiviti sukan juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia khususnya dalam kalangan pelajar sekalian. Kita tidak harus alpa bahawa membina sebuah masyarakat yang harmoni dan berjaya harus dimulakan di peringkat sekolah yakni melalui bidang sukan. Semangat kerjasama dan toleransi harus menjadi pegangan dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua atlet harus bersatu padu tanpa mengira warna kulit, bangsan dan agama.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa pengelola kerana telah menganjurkan Kejohanan Padang dan Balapan SMK Air Merah kali ke-13dengan jayanya. Kepada para atlet yang mengambil bahagian dan meraih kemenangan selepas ini, saya ucapkan tahniah dan kepada yang belum berjaya jangan berputus asa, penyertaan anda sudah pun menunjukkan anda telah mencipta kerjaya.Saya dengan lafaz “bismillahirrahmanirrahim”, saya merasmikan “Kejohanan Padang dan Balapan SMK Air Merah Kali Ke-13”.

UCAPAN PERASMIAN

UCAPAN HARI SUKAN

Page 2: ucapan perasmi sukan

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah swt atas segala limpahan rahmat dan kasih-Nya dapat kita berkumpul pada petang ini untuk sama-sama menyaksikan Kejohanan Padang dan Balapan SMK Air Merah Kali Ke-13 bagi tahun 2015. Terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh warga SMK Air Merah mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua tetamu yang hadir untuk sama-sama merasai dan menyaksikan Kejohanan Padang dan Balapan pada tahun ini.

Para hadirin yang dihormati,

Bidang sukan merupakan platform terbaik untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang dalam pelbagai aspek merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi; sukan mampu membentuk seorang pelajar dan atlet berhemah tinggi, berdisiplin, bertanggugjawab dan mempunyai jati diri dan kepimpinan yang tinggi. Dalam keadaan cuaca yang agak panas ketika ini, saya berdoa dan amat berharap agar para pelajar dan guru-guru mengutamakan kesihatan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini sepanjang kejohanan ini berlangsung.

“Genggam bara api biar sampai menjadi arang”, begitulah kata-kata semangat yang harus dipegang agar kita mendapat kemenangan. Kemenangan memang penting dalam sesuatu pertandingan, namun perkara yang lebih penting adalah mengambil bahagian, mengutamakan semangat kesukanan dan matlamat sukan itu sendiri yang bertujuan untuk memperoleh kesihatan fizikal dan kesejahteraan dalam amalan kehidupan. Semoga kita semua dapat menemui, merasai, menikmati dan mengecapi matlamat yang dicari melalui semangat juang yang tinggi, kerjasama, setiakawan dan persaudaraan antara kita.

Bermula dari mesyuarat jawatankuasa rumah sukan, sesi latihan, sukan tara dan saringan yang telah diadakan, para pelajar dan guru-guru telah membuktikan bahawa kita tidak hanya berhasrat dan menaruh impian untuk cemerlang dalam akademik semata-mata tetapi pada masa yang sama kita juga ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan. Kegigihan dan kesungguhan para pelajar dan guru-guru mengikuti semua aktiviti yang saya sebutkan tadi benar-benar mencerminkan kita semua kental dan kebal menghadapi cabaran walaupun terpaksa berdepan dengan cuaca yang panas dan memenatkan. Pencapaian para pelajar dalam bidang sukan membolehkan kita tidak ketinggalan dalam melahirkan jaguh-jaguh sukan yang hebat malah berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah lain. Beberapa atlet sekolah kita juga turut mengharumkan nama sekolah kerana memenangi acara diperingkat daerah. Syabas dan tahniah.

Para atlet kejohanan sekalian,

Saya menyeru kepada para pelajar semua, bersepakatlah untuk meningkatkan kualiti kejohanan, tunjukkan semangat yang komited untuk memecahkan sebanyak mungkin rekod kejohanan, pamerkan disiplin individu dan kontinjen ke tahap maksimum, inilah peluang untuk mengeratkan silaturahim ke tahap optimum. Kepada pelajar yang terserlah kecemerlangannya dalam bidang sukan diharapkan dapat menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi untuk mewakili daerah, negeri dan negara.

Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan sokongan kepada anak-anak yang bergiat cergas dalam bidang sukan dan kokurikulum. Sokonglah kami untuk membentuk generasi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun:

Pulang kelah sepat beriringanSempat dimakan ikan haruan,Menang kalah adat pertandingan,Semangat kesukanan tonggak kejayaan

LAGU SEKOLAH

Page 3: ucapan perasmi sukan

BERDIRI MEGAH DAN TERSERGAM INDAH

MENGANGKAT MARTABAT BANGSA YANG GAGAH

MELAHIRKAN WARGA GEMILANG DAN BERHEMAH

MAJU LAH SMK AIR MERAH

KAMI LAH PUTRA PUTRI NAN SEJATI

GAGAH BERDIRI BERIKRAR DAN BERJANJI

KESANTUNAN BUDI BIJAK DAN BESTARI

RAJIN USAHA CEKAL DI HATI

MENJANA KECEMERLANGAN SLOGAN KAMI

TEKUN USAHA DAN BERJATI DIRI

CEMERLANG GEMILANG NAMA HARUM TERBILANG

ITULAH WAWASAN KAMI

GURU-GURU PENUH BERDEDIKASI

IKHLAS BERBAKTI CAPAI ASPIRASI

JASAMU MEWANGI MENJADI KEBANGSAAN

KEKAL ABADI SEPANJANG ZAMAN

SMK AIR MERAH ………… SENTIASA CEMERLANG

PANTUN SUKAN

Page 4: ucapan perasmi sukan

Kain cindai bawa berjalan,Buat mengibas nyamuk dan agas;Rajin dan tabah dalam bersukan,

Minda cerdas jasmani cergas.

Harum sungguh bunga kemboja,Disusun dara dari Mandilin;

Sukan membentuk semangat waja,Sentiasa ceria cergas berdisiplin.

Berkhasiat sungguh air halia,Dimasak dengan air telaga;

Beriadah bersukan amalan mulia,Badan sihat tentu bertenaga.

Burung undan burung tempua,Hinggap berehat di pohon kayu;

Sukan amalan untuk semua,Rakyat sihat negara maju.

Sayang Singapura sungainya jernih,Tempat laluan sampan dan kolek;

Segar jasmani jiwa bersih,Aktiviti sukan amalan yang baik