ucapan pengerusi puspanita sempena · pdf fileucapan penghargaan kepada bekas pengerusi...

5
UCAPAN YBHG. DATIN RUZAINA WAN HANIFF PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPWKM SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KE-5 PUSPANITA CAWANGAN KPWKM 29 APRIL 2008 (SELASA), 10 PAGI, DEWAN NUR, KPWKM Puan Pengerusi Majlis Yang Berbahagia Datuk Norhayati Sulaiman, TKSU Dasar KPWKM Yang Berusaha Encik Saripuddin Kasim, TKSU Operasi KPWKM Ahli Jawatankuasa Puspanita Cawangan KPWKM Puan-puan rakan seperjuangan dalam Puspanita sekelian Assalamualaikum dan salam sejahtera 1. Pertama sekali bagi pihak ahli Puspanita saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datuk Norhayati Sulaiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kerana sudi melapangkan masa untuk bersama- sama dengan semua ahli PUSPANITA yang hadir pada hari ini dan sekali gus untuk merasmikan Mesyuarat Agung kali ini. Kehadiran YBhg. Datuk menunjukkan sokongan pihak pengurusan Kementerian kepada Puspanita. 2. Izinkan saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada bekas Pengerusi PUSPANITA iaitu Puan Hajah Rafaiah binti Haji Ibrahim di atas jasa baik dan kecemerlangan beliau memimpin PUSPANITA selama setahun yang lepas. Terima kasih 1

Upload: phamkiet

Post on 06-Feb-2018

312 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN PENGERUSI PUSPANITA SEMPENA · PDF fileucapan penghargaan kepada bekas Pengerusi PUSPANITA iaitu Puan ... yang hadir memeriahkan Majlis pada pagi ini. Terima kasih sekali lagi

UCAPAN YBHG. DATIN RUZAINA WAN HANIFF

PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPWKM

SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KE-5 PUSPANITA CAWANGAN KPWKM

29 APRIL 2008 (SELASA), 10 PAGI, DEWAN NUR, KPWKM

Puan Pengerusi Majlis

Yang Berbahagia Datuk Norhayati Sulaiman, TKSU Dasar KPWKM

Yang Berusaha Encik Saripuddin Kasim, TKSU Operasi KPWKM

Ahli Jawatankuasa Puspanita Cawangan KPWKM

Puan-puan rakan seperjuangan dalam Puspanita sekelian

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Pertama sekali bagi pihak ahli Puspanita saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada YBhg. Datuk Norhayati Sulaiman, Timbalan

Ketua Setiausaha (Dasar) kerana sudi melapangkan masa untuk bersama-

sama dengan semua ahli PUSPANITA yang hadir pada hari ini dan sekali

gus untuk merasmikan Mesyuarat Agung kali ini. Kehadiran YBhg. Datuk

menunjukkan sokongan pihak pengurusan Kementerian kepada Puspanita.

2. Izinkan saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan

ucapan penghargaan kepada bekas Pengerusi PUSPANITA iaitu Puan

Hajah Rafaiah binti Haji Ibrahim di atas jasa baik dan kecemerlangan

beliau memimpin PUSPANITA selama setahun yang lepas. Terima kasih

1

Page 2: UCAPAN PENGERUSI PUSPANITA SEMPENA · PDF fileucapan penghargaan kepada bekas Pengerusi PUSPANITA iaitu Puan ... yang hadir memeriahkan Majlis pada pagi ini. Terima kasih sekali lagi

juga kepada YBhg. Datuk Faizah Mohd Tahir, Ketua Setiausaha

Kementerian kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin

Puspanita Cawangan yang cukup penting kepada warga dan suri

Kementerian ini. Sebagai muka baru dalam Puspanita, izinkan saya

menghulurkan salam perkenalan kepada puan-puan semua, ahli Puspanita

Cawangan KPWKM. Selain dapat beramah mesra sebagai ahli dalam

persatuan, dapatlah juga kita menjalin hubungan yang mungkin jika tidak

kerana persatuan ini, tidaklah kita berkesempatan untuk saling kenal

mengenal antara satu sama lain.

Hadirin yang saya hormati sekelian

3. Besarlah harapan saya agar selepas ini, PUSPANITA dapat bergerak

dengan lebih aktif dan dapat memenuhi permintaan ahli-ahli dalam

menyediakan aktiviti dan program yang lebih menyeluruh. YBhg. Dato’

KSU telah berpesan kepada saya dalam pertemuan dengan beliau baru-

baru ini agar PUSPANITA ini dapat disertai oleh lebih ramai isteri atau suri

kepada anggota lelaki di Kementerian ini. Penyertaan mereka ini

merupakan satu langkah yang amat penting bagi menjamin

kesinambungan aktiviti yang dirancang oleh PUSPANITA. Ini juga

sebenarnya memberi kelebihan untuk mereka mengenali rakan-rakan serta

tempat kerja suami masing-masing. Selain dapat berkenalan, dapatlah juga

kita bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran masing-masing.

4. Selain itu, Puspanita Cawangan kini berhasrat mengembangkan

sayap dengan lebih kukuh lagi apabila kita mengkehendaki setiap Jabatan

dan Agensi di bawah Kementerian mempunyai organisasi PUSPANITA

peringkat Jabatan dan Agensi masing-masing yang dipayungi oleh

2

Page 3: UCAPAN PENGERUSI PUSPANITA SEMPENA · PDF fileucapan penghargaan kepada bekas Pengerusi PUSPANITA iaitu Puan ... yang hadir memeriahkan Majlis pada pagi ini. Terima kasih sekali lagi

Kementerian. Dengan itu, saya yakin lebih ramai ahli dapat bergiat aktif di

peringkat Jabatan dan Agensi masing-masing dengan merangka dan

mengatur pelbagai program bersesuaian dengan kehendak dan matlamat

organisasi.

5. Memandangkan tahun ini merupakan tahun pemilihan AJK, saya

percaya ia penanda yang baik dalam memastikan terdapat mandat baru

kepada muka-muka baru, untuk sama-sama mengembleng usaha dan

tenaga dalam menjamin Puspanita terus aktif dan relevan. Sebagai

penentu kejayaan Puspanita Cawangan, semua AJK yang dipilih

bertanggungjawab kepada ahli yang telah memilih puan-puan untuk

menjayakan program Puspanita Kebangsaan dan Cawangan. Meskipun

wanita masa kini sangat sibuk, baik yang bekerja di pejabat mahupun di

rumah, harap dapatlah kita cuba mencari sedikit masa untuk membantu

menjayakan segala akitiviti Puspanita. Tentunya dalam hal ini, ahli

jawatankuasa yang dipilih perlu lebih sibuk daripada ahli biasa kerana

kesibukan itu datang dengan jawatan yang dipikul.

Para hadirin sekelian

6. Pada pendapat saya, perjalanan sesuatu persatuan tidak bermakna

jika maklumat yang sewajarnya tidak disampaikan kepada ahli, dalam

waktu yang munasabah. Terutama bagi persatuan yang mempunyai ramai

bilangan ahli dan ahli pula berada di lokasi yang berbeza. Meskipun

persatuan boleh merancang dan mengadakan “the best of activities”, ia

tidak memberi makna jika tiada sambutan ahli secara total. Sambutan

lazimnya diperoleh jika maklumat disampaikan dengan cepat, tepat dan

menyeluruh. Jadi perancangan yang awal serta maklumat tentang aktiviti

3

Page 4: UCAPAN PENGERUSI PUSPANITA SEMPENA · PDF fileucapan penghargaan kepada bekas Pengerusi PUSPANITA iaitu Puan ... yang hadir memeriahkan Majlis pada pagi ini. Terima kasih sekali lagi

itu sangat perlu dan merupakan aspek penting dalam memastikan

kejayaan persatuan. Oleh itu, untuk memastikan program Puspanita

berjaya dan mendapat sokongan dan selari dengan konsep kekeluargaan,

Puspanita akan melaksanakan program sebanyak mungkin secara

kerjasama dengan KESKEB.

7. Saya percaya dalam era teknologi maklumat masa kini, perkara ini

dapat diatasi. Cuma ia memerlukan AJK yang lebih proaktif dan ahli yang

berminat, ditambah dengan penyampaian maklumat yang terkini agar tidak

ada seorang pun ahli yang tertinggal. Puspanita Cawangan akan

memikirkan cara terbaik untuk menyampaikan maklumat dengan cepat,

tepat dan menyeluruh kepada setiap seorang ahli.

8. Selain itu, Puspanita Cawangan akan berusaha memastikan tindakan

dan keputusannya konsisten dengan undang-undang penubuhannya iaitu

Perlembagaan Puspanita. Sebagai tunggak utama dalam memastikan

perjalanan persatuan ini berada di atas landasan perundangan yang betul,

maka sangat perlu setiap tindakan, hala tuju dan perjalanan Puspanita

mengikut apa yang termaktub dalam Perlembagaannya. Saya akan

sentiasa mengingatkan diri saya dan AJK sekelian mengenai amanah yang

dipegang ini dan berusaha agar sentiasa berpandukan kepada

Perlembagaan dan undang-undang dalam setiap tindakan. Diharapkan

dengan cara ini, setiap ahli yang mempunyai harapan yang besar kepada

Puspanita, akan merasa manfaat berpersatuan.

9. Kepada semua Ahli Jawatankuasa sesi 2006-2008, terima kasih di

atas segala jasa baik, sumbangan idea dan tenaga serta penat lelah

membawa PUSPANITA sehingga ke tahap pada hari ini. Jasa baik dan

4

Page 5: UCAPAN PENGERUSI PUSPANITA SEMPENA · PDF fileucapan penghargaan kepada bekas Pengerusi PUSPANITA iaitu Puan ... yang hadir memeriahkan Majlis pada pagi ini. Terima kasih sekali lagi

pengorbanan semua amatlah dihargai. Selain itu, saya turut berharap agar

dengan pemilihan anggota jawatankuasa yang baru selepas ini akan

meneruskan kecemerlangan jawatankuasa yang lepas dan mampu untuk

memberi nafas baru kepada PUSPANITA bagi tahun mendatang. Saya

juga amat berharap agar puan-puan semua dapat memberi sokongan dan

membantu saya dan semua Jawatankuasa yang bakal menerajui

PUSPANITA. Saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan demi

manfaat kita bersama.

10. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua

yang hadir memeriahkan Majlis pada pagi ini. Terima kasih sekali lagi

kepada Y.Bhg. Datuk Norhayati Sulaiman dan kepada semua ahli

jawatankuasa yang bertungkus lumus menyiapkan segala acara pada hari

ini.

Terima kasih.

5