ucapan menteri perusahaan perladangan dan … saya juga menyediakan dana sebanyak rm29.5 juta untuk...

4
Ucapan Y.B. Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Di Majlis Perasmian Seminar Pembangunan Industri Sawit Sarawak Pada 17 Mei 2007 (Khamis) Tempat Hotel Tanahmas, Sibu Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Basri Wahid Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Yang Berusaha Encik Wong See Meng Pegawai Daerah Bahagian Sibu, Sarawak Yang Berusaha En. M. Nagarajan Setiausaha Bahagian Bahagian Kemajuan Industri Minyak Sayuran, Lelemak dan Sago Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dif-Dif Kehormat, Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Seminar Pembangunan Industri Sawit Sarawak di Sibu pada pagi ini. Saya gembira kerana dapat hadir bersama dengan pihak-pihak yang terlibat dalam industri sawit termasuk pekebun kecil sawit di sekitar kawasan Sibu pada pagi ini. 2. Saya difahamkan bahawa Seminar Pembangunan Industri Sawit Sarawak julung kalinya dianjurkan oleh MPOB. Seminar ini bertujuan memberi penerangan mengenai pembangunan industri sawit termasuk amalan perladangan berkualiti dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada pengusaha tanaman sawit. Inisiatif MPOB ini adalah amat tepat sekali bagi mendedahkan pekebun kecil kepada konsep pertanian baru dan moden. Kementerian saya melalui MPOB memberi penekanan penting bagi meningkatkan keupayaan pekebun kecil yang mengusahakan tanaman sawit mencapai peningkatan produktiviti pengeluaran hasil ladang dan seterusnya peningkatan taraf sosio-ekonomi. 3. Peningkatan produktiviti industri sawit dapat dicapai melalui penglibatan semua pihak termasuk pekebun kecil dalam mengamalkan kaedah pertanian produktif dan berkualiti serta mengguna pakai teknologi baru seperti yang disarankan oleh pakar agronomi dan MPOB. Saya mengucapkan terima kasih kepada MPOB di atas inisiatif dan pendekatan pro-aktif melaksanakan aktiviti yang melibatkan penyertaan pekebun kecil melalui penganjuran Seminar Pekebun Kecil, Seminar 5 Bandar di Sarawak dan Sabah, penubuhan Kelompok Baja Terselia (KBT) dan perkhidmatan Pegawai TUNAS (Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit) yang menyedia khidmat nasihat penanaman sawit secara percuma kepada pekebun kecil di seluruh negara. Page 1 of 4

Upload: phungmien

Post on 12-May-2018

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Menteri Perusahaan Perladangan Dan … saya juga menyediakan dana sebanyak RM29.5 juta untuk bayaran insentif kepada pekebun kecil sawit yang mengamalkan sistem integrasi sawit

Ucapan Y.B. Datuk Peter Chin Fah Kui,

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Di Majlis Perasmian Seminar Pembangunan

Industri Sawit Sarawak Pada 17 Mei 2007 (Khamis)

Tempat Hotel Tanahmas, Sibu Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Basri Wahid Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Yang Berusaha Encik Wong See Meng Pegawai Daerah Bahagian Sibu, Sarawak Yang Berusaha En. M. Nagarajan Setiausaha Bahagian Bahagian Kemajuan Industri Minyak Sayuran, Lelemak dan Sago Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dif-Dif Kehormat, Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Seminar Pembangunan Industri Sawit Sarawak di Sibu pada pagi ini. Saya gembira kerana dapat hadir bersama dengan pihak-pihak yang terlibat dalam industri sawit termasuk pekebun kecil sawit di sekitar kawasan Sibu pada pagi ini.

2. Saya difahamkan bahawa Seminar Pembangunan Industri Sawit Sarawak julung kalinya dianjurkan oleh MPOB. Seminar ini bertujuan memberi penerangan mengenai pembangunan industri sawit termasuk amalan perladangan berkualiti dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada pengusaha tanaman sawit. Inisiatif MPOB ini adalah amat tepat sekali bagi mendedahkan pekebun kecil kepada konsep pertanian baru dan moden. Kementerian saya melalui MPOB memberi penekanan penting bagi meningkatkan keupayaan pekebun kecil yang mengusahakan tanaman sawit mencapai peningkatan produktiviti pengeluaran hasil ladang dan seterusnya peningkatan taraf sosio-ekonomi. 3. Peningkatan produktiviti industri sawit dapat dicapai melalui penglibatan semua pihak termasuk pekebun kecil dalam mengamalkan kaedah pertanian produktif dan berkualiti serta mengguna pakai teknologi baru seperti yang disarankan oleh pakar agronomi dan MPOB. Saya mengucapkan terima kasih kepada MPOB di atas inisiatif dan pendekatan pro-aktif melaksanakan aktiviti yang melibatkan penyertaan pekebun kecil melalui penganjuran Seminar Pekebun Kecil, Seminar 5 Bandar di Sarawak dan Sabah, penubuhan Kelompok Baja Terselia (KBT) dan perkhidmatan Pegawai TUNAS (Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit) yang menyedia khidmat nasihat penanaman sawit secara percuma kepada pekebun kecil di seluruh negara.

Page 1 of 4

Page 2: Ucapan Menteri Perusahaan Perladangan Dan … saya juga menyediakan dana sebanyak RM29.5 juta untuk bayaran insentif kepada pekebun kecil sawit yang mengamalkan sistem integrasi sawit

Tuan-tuan dan puan-puan, 4. Kerajaan amat maklum bahawa pekebun kecil yang mengusahakan tanaman sawit memerlukan bimbingan, bantuan kewangan dan input pertanian bagi meningkatkan hasil buah tandan segar. Sehubungan ini, Kerajaan telah menyediakan bantuan dan insentif kewangan kepada pekebun kecil sawit. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan, Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM123.4 juta untuk bantuan kepada pekebun kecil sawit. Daripada jumlah ini, sebanyak RM83.9 juta disalurkan melalui Bank Pertanian Malaysia di bawah Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula atau Tanaman Baru, manakala RM39.5 juta disalurkan di bawah Program Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil. 5. Program Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil melibatkan pelaksanaan Skim Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti kepada pekebun kecil Sabah dan Sarawak untuk menanam dengan anak benih sawit baka tulen yang berkualiti. Pelaksanaan skim ini melibatkan dana sebanyak RM10 juta dan bertujuan meningkatkan pengeluaran hasil buah tandan segar yang seterusnya meningkatkan taraf sosio-ekonomi pekebun kecil. Skim Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti akan memberi manfaat kepada hampir 2,000 pekebun kecil di negeri Sarawak dan Sabah melibatkan keluasan 8,000 hektar kebun sawit. Skim Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti terbuka kepada pekebun kecil yang mempunyai kebun kurang 5 hektar bagi Sabah dan Sarawak. 6. Kementerian saya juga menyediakan dana sebanyak RM29.5 juta untuk bayaran insentif kepada pekebun kecil sawit yang mengamalkan sistem integrasi sawit dengan tanaman dan ternakan atau sistem tanaman sawit dua baris. Pekebun kecil yang melaksanakan sistem tanaman sawit dua baris dapat mengoptimum penggunaan tanah kawasan penanaman sawit dan layak mendapat insentif sehingga RM1,500 sehektar. 7. Saya menggesa pekebun kecil supaya mengambil peluang mendapatkan insentif kewangan yang disediakan oleh Kerajaan bagi meningkatkan pendapatan melalui integrasi tanaman dan ternakan di ladang sawit. Justeru itu, saya menyeru pekebun kecil supaya berhubung dengan pejabat MPOB atau Pegawai TUNAS berhampiran bagi mendapatkan penerangan mengenai insentif yang disediakan Kerajaan dan khidmat nasihat penanaman sawit yang sempurna. Suka saya memaklumkan bahawa pemilik tanah NCR di Sarawak juga layak menerima bantuan Kerajaan yang dilaksanakan oleh MPOB. Tuan-tuan dan puan-puan, 8. Pendekatan strategik Kerajaan dan penglibatan pihak industri meningkatkan daya saing industri dan pasaran produk sawit telah meningkatkan sumbangan industri sawit kepada kesejahteraan ekonomi negara. Peningkatan harga dan prestasi eksport produk sawit telah menyumbang peningkatan pendapatan eksport kepada RM32.17 billion pada tahun 2006. Dengan harga komoditi sawit yang stabil, peningkatan produktiviti pengeluaran minyak sawit akan meningkatkan pendapatan industri dan menyumbang kepada peningkatan pendapatan eksport negara. 9. Menyentuh prestasi produktiviti industri, seperti yang selalu saya tegaskan, purata pengeluaran hasil buah tandan segar sektor pekebun masih jauh dari potensi sebenar produktiviti pokok sawit. Purata pengeluaran hasil buah tandan segar sektor pekebun kecil sekitar 13 hingga 14 tan sehektar setahun yang rendah berbanding pencapaian sektor ladang yang melebihi 20 tan sehektar berkait rapat dengan amalan pertanian yang tidak sempurna. Bagi menggerakkan peningkatan produktiviti industri secara menyeluruh termasuk sektor pekebun kecil, Kementerian telah menetapkan sasaran Visi 35:25, iaitu pengeluaran 35 tan buah tandan segar dan 25 peratus kadar perahan minyak sawit. Sebagai permulaan, Kementerian telah menetapkan sasaran peningkatan satu tan buah tandan segar sehektar setahun. Peningkatan produktiviti industri melibatkan tindakan bersepadu di semua peringkat

Page 2 of 4

Page 3: Ucapan Menteri Perusahaan Perladangan Dan … saya juga menyediakan dana sebanyak RM29.5 juta untuk bayaran insentif kepada pekebun kecil sawit yang mengamalkan sistem integrasi sawit

bermula dengan penanaman benih sawit berkualiti, amalan agronomi yang sistematik dan berkualiti, termasuk pembajaan yang sempurna. 10. Melalui pematuhan amalan penanaman dan penyelenggaraan tanaman sawit yang sempurna, terdapat pekebun kecil yang berjaya menghasilkan pengeluaran buah tandan segar melebihi 30 tan sehektar setahun. Pekebun kecil yang menghasilkan pengeluaran buah tandan segar 30 tan sehektar setahun menikmati pendapatan lumayan dan mendapat insentif yang disediakan MPOB melalui penyertaan “Kelab 30 Tan MPOB”. Ahli “Kelab 30 Tan MPOB” berpeluang mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran MPOB serta diskaun pembelian input pertanian syarikat yang mengadakan kerjasama dengan MPOB. Ahli “Kelab 30 Tan MPOB” merupakan juga ‘role model’ atau contoh kepada pekebun kecil lain untuk menimba pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan tanaman sawit yang produktif. 11. Selain aktiviti khidmat nasihat dan amalan perladangan berkualiti, MPOB juga mengawal selia aktiviti industri melalui penguatkuasa peraturan bagi membendung urus niaga buah sawit tidak berkualiti. Pendekatan ‘zero tolerence’ atau bekalan sifar buah sawit muda yang dibekalkan ke kilang adalah untuk memastikan penuaian dan bekalan buah sawit berkualiti oleh pengusaha ladang dan pekebun kecil. Suka saya mengingatkan peniaga dan pengilang yang menjalankan urusniaga buah sawit muda dan yang tidak berkualiti, MPOB akan mengambil tindakan undang-undang yang lebih tegas termasuk mengenakan kompaun dan tindakan mahkamah. Peningkatan produktiviti dan kualiti keluaran produk sawit adalah penting bagi memastikan peningkatan daya saing industri dan penjenamaan minyak sawit Malaysia. Pengeluaran buah tandan segar berkualiti sekaligus memberi tawaran harga yang lebih tinggi kepada pengusaha ladang dan pekebun kecil. Konsep ini wajar diperluaskan bagi penjenamaan produk sawit Malaysia yang dihasilkan melalui jaminan kualiti tinggi untuk meningkatkan keyakinan pengguna. Tuan-tuan dan puan-puan, 12. Menyentuh kemajuan industri di Sarawak, sejajar dengan sasaran Kerajaan Negeri membangunkan 1 juta hektar kawasan penanaman sawit menjelang 2010, penanaman sawit telah meningkat dengan pesat hingga mencecah 591,470 hektar pada tahun 2006. Dengan kedudukan ini, Sarawak merupakan negeri ke-empat terbesar dari segi keluasan penanaman sawit negara. Dengan tanah pertanian yang luas dan sesuai untuk penanaman sawit, Sarawak mempunyai potensi tinggi untuk memajukan tanaman sawit sebagai teras pembangunan sektor pertanian. Penglibatan aktif syarikat perladangan dan agensi pembangunan tanah kerajaan membangunkan perladangan sawit serta lebih ramai pekebun kecil persendirian yang beralih kepada penanaman sawit, Sarawak berpotensi untuk muncul sebagai di antara negeri yang mempunyai kawasan penanaman sawit terbesar dalam tempoh yang singkat. 13. Kementerian saya melalui MPOB akan meningkatkan penyelidikan pengurusan tanaman sawit di kawasan tanah gambut bagi manfaatkan penanaman sawit di tanah gambut di negeri Sarawak. Saya difahamkan, selain Stesen Penyelidikan MPOB Sessang yang menumpukan penyelidikan tanaman sawit di tanah gambut, MPOB juga akan membuka satu lagi stesen penyelidikan bagi penyelidikan penanaman sawit di kawasan tanah mineral di pendalaman Sarawak. Penyelidikan dalam bidang agronomi dan pengurusan tanaman sawit mengikut kesesuaian tanah dan fenomena setempat adalah penting bagi persediaan yang lebih rapi khususnya di tanah gambut yang melibatkan kos dan penyelenggaraan yang lebih tinggi. Bagi memaksimakan penggunaan tanah pertanian khususnya kawasan tanah gambut, Kementerian bersama MPOB akan memajukan tanaman sago sebagai tanaman komoditi bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil di Sarawak. Ini meliputi penyelidikan dalam bidang agronomi dan mempelbagaikan kegunaan produk sago dalam bidang pemakanan dan penggunaannya dalam sektor tenaga.

Page 3 of 4

Page 4: Ucapan Menteri Perusahaan Perladangan Dan … saya juga menyediakan dana sebanyak RM29.5 juta untuk bayaran insentif kepada pekebun kecil sawit yang mengamalkan sistem integrasi sawit

14. Berbalik kepada prestasi industri sawit yang memberangsangkan, pencapaian ini adalah hasil kerjasama semua pihak memajukan industri sawit sejak lebih empat dekad yang lalu. Pembangunan dinamik industri sawit telah melonjakkan Malaysia sebagai pemimpin dalam industri sawit dunia. Kejayaan Malaysia membangunkan industri sawit dilihat sebagai model atau contoh oleh negara lain khususnya negara pengeluar minyak sawit dunia bagi berkongsi kepakaran kita dalam bidang penyelidikan dan pengurusan tanaman sawit. Walaupun demikian, sejajar dengan globalisasi dan liberalisasi perdagangan dunia, industri sawit berhadapan dengan cabaran yang boleh menggugat pasaran produk sawit di pasaran antrabangsa. Ini termasuk usaha berterusan negara pesaing minyak sawit yang memburukkan minyak sawit Malaysia. 15. Kejayaan industri sawit menjana ekonomi negara dan pemain utama di pasaran minyak dan lemak telah menimbulkan perasaan tidak senang oleh negara pesaing khususnya negara maju. Dengan didalangi oleh badan bukan kerajaan dan atas kesedaran pemuliharaan alam sekitar, penanaman sawit di negeri Sabah dan Sarawak telah dikaitkan dengan kepupusan habitat orang utan. Usaha ini sebenarnya adalah propaganda untuk menyekat kemajuan negara membangun seperti Malaysia mencapai kemajuan ekonomi yang lebih tinggi khususnya melalui aktiviti perladangan sawit. Kita maklum bahawa peningkatan kawasan penanaman sawit tertumpu di kawasan tanah pertanian sedia ada iaitu melibatkan pertukaran tanaman lain kepada sawit kerana pulangan ekonomi yang lebih baik. Kemajuan industri sawit telah menyedia peluang perkerjaan kepada lebih 1 juta penduduk dalam aktiviti perladangan dan pengilangan produk sawit. Pembangunan sektor perladangan juga telah membawa kemajuan infrastuktur dan sosio-ekonomi penduduk luar bandar. 16. Akhir kata, sekali lagi saya mengingatkan pihak yang terlibat dalam industri sawit khususnya pekebun kecil supaya berusaha memajukan diri dan bergerak seiringan dengan wawasan kerajaan menjadikan sektor pertanian sebagai sumber kekayaan baru negara. Saya yakin dengan komitmen yang tinggi terhadap amalan perladangan sawit yang produktif, penanaman sawit akan memberi keuntungan dan pendapatan lumayan. Kerajaan melalui agensi seperti MPOB akan terus meningkatkan perkhidmatan dan menyalurkan bantuan kepada pekebun kecil yang mengusahakan tanaman sawit bagi mencapai peningkatan produktiviti dan kualiti hasil buah sawit. Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Pembangunan Industri Sawit Sarawak. Sekian, terima kasih. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Malaysia

Page 4 of 4