th pt son pelengkap kepada projek perladangan … · kegunaan dwi-fungsi, iaitu bagi tujuan...

4
BIL. 2, 2009 K ilang penapis minyak sawit PT Synergy Oil Nusantara (PT SON) yang terletak di Kabil, Batam, Indonesia adalah merupakan pelaburan Lembaga Tabung Haji yang menjadi peleng- kap kepada projek perladangannya yang terletak di Riau, Indonesia. Kilang yang mula beroperasi pada bulan Mei 2007 itu merupakan anak syarikat milik penuh PT THIP, iaitu syarikat per- ladangan Lembaga Tabung Haji yang memiliki kawasan perladangan seluas 82,000 hektar di Riau. Kilang ini diambilalih daripada syarikat Indonesia, PT Perkebunan Agrin- tara yang telah menamatkan operasinya pada tahun 2002. Setelah mengambilalih, PT SON telah membaikpulih serta me- ningkatkan kapasiti pengeluaran kilang tersebut dari 1,000 tan metrik sehari kepada 1,500 tan metrik sehari. PT SON PELENGKAP KEPADA PROJEK PERLADANGAN DI RIAU (Atas) Kilang penapis minyak sawit PT SON, Batam. (Kiri) Kedudukan kilang betul-betul bersebelahan pelabuhan amat strategik . (Bawah) Proses pengilangan dikawal secara berkomputer. Produk yang dihasilkan oleh kilang ini adalah RBD Palm Oil, RBD Palm Olein, RBD Palm Stearin dan Palm Fatty Acid Distillate. Produk-produk ini adalah untuk kegunaan sebagai min- yak masak, marjerin, shortenings dan specialty fats. Produk-produk ini dieksport ke negara-negara seperti China, India, Ukraine, Filipina dan negara-negara timur tengah seperti Mesir dan Arab Saudi. Kedudukan kilang ini yang terletak betul-betul bersebelahan dengan pelabuhan Kabil, merupakan lokasi yang amat strategik sekali, di mana produk yang dihasilkan di kilang ini akan dipam terus dari tangki sim- panan kilang ke kapal-kapal kargo di pelabuhan. Sejak beroperasinya kilang PT SON ini suasana pelabuhan Kabil yang dulunya agak sepi kini sudah rancak, apabila beberapa syarikat lain turut membuka kilang di sini seperti kilang oleochemical, kilang simen dan sebagainya. Beberapa projek baru kelihatan sedang rancak dibangunkan yang mana kelak akan turut mening- katkan lagi nilai pelaburan di sini. Buletin THP Mac-April 2009 Bil. 2, 2009 Projek Riau Tingkat Sosio-ekonomi 1 THPB Sertai Perarakan Maulidur Rasul 5 “Highway” Air di Ladang Riau 6 Kursus Team Building Siri 1/2009 7 PTSON Pelengkap Projek Ladang Riau 8 MENARIK DI DALAM TH Plantations Berhad D engan keluasan kira-kira 82,000 hek- tar, iaitu melebihi keluasan negara Singapura, sudah pasti dapat kita ba- yangkan seluas manakah kawasan perladangan PT TH Indo Plantations (PT THIP) milik Lem- baga Tabung Haji yang dibangun dan diuruskan oleh THP. Kawasan perladangan atau dalam Ba- hasa Indonesia disebut perkebunan ini terletak di Kabupaten (daerah) Indragiri Hilir dan seba- hagian kecil daripadanya terletak di Kabupaten Pelalawan, Riau, Indonesia, iaitu kira-kira tiga setengah ke empat jam perjalanan menaiki bot laju dari Kota Batam. Sejak dibangunkan pada tahun 1997, iaitu kira-kira 12 tahun yang lalu, kawasan yang asalnya adalah merupakan hutan belantara ber- tanah gambut, kini berubah menjadi kawasan yang dipenuhi dengan ladang-ladang, kilang- kilang memproses kelapa sawit, serta kom- pleks perumahan dan pejabat serba moden. Tidaklah keterlaluan jika diungkap- kan bahawa projek perladangan ini bukan sekadar telah berjaya merubah lanskap muka bumi daerah terpencil ini, malahan berjaya pula merubah tahap sosio-ekonomi penduduk persekitarannya. Dengan memiliki 36 buah ladang, lima buah kilang memproses minyak sawit mentah serta lima buah kompleks pejabat pentadbiran, ianya telah menawarkan pe- luang pekerjaan kepada kira-kira 12,500 rakyat Indonesia yang tinggal di kawasan persekitaran. Sehingga kini, kawasan per- ladangan ini mempunyai kira-kira 31,000 LADANG LEMBAGA TABUNG HAJI DI RIAU BERJAYA TINGKAT SOSIO-EKONOMI PENDUDUK Pemandangan salah sebuah ladang PT THIP di kawasan Saka Pasir, Riau, Indonesia. Kanal atau terusan merupakan ciri khas kawasan perladangan di sini. Bersambung ke muka surat 3 dan 4

Upload: ngobao

Post on 10-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BIL. 2 , 2009

K ilang penapis minyak sawit PT Synergy Oil Nusantara (PT SON) yang terletak di Kabil, Batam,

Indonesia adalah merupakan pelaburan Lembaga Tabung Haji yang menjadi peleng-kap kepada projek perladangannya yang terletak di Riau, Indonesia. Kilang yang mula beroperasi pada bulan Mei 2007 itu merupakan anak syarikat milik penuh PT THIP, iaitu syarikat per-ladangan Lembaga Tabung Haji yang memiliki kawasan perladangan seluas 82,000 hektar di Riau. Kilang ini diambilalih daripada syarikat Indonesia, PT Perkebunan Agrin-tara yang telah menamatkan operasinya pada tahun 2002. Setelah mengambilalih, PT SON telah membaikpulih serta me-ningkatkan kapasiti pengeluaran kilang tersebut dari 1,000 tan metrik sehari kepada 1,500 tan metrik sehari.

PT SON PELENGKAP KEPADA PROJEK PERLADANGAN DI RIAU

(Atas) Kilang penapis minyak sawit PT SON, Batam.

(Kiri) Kedudukan kilang betul-betul bersebelahan pelabuhan amat strategik .

(Bawah) Proses pengilangan dikawal secara berkomputer.

Produk yang dihasilkan oleh kilang ini adalah RBD Palm Oil, RBD Palm Olein, RBD Palm Stearin dan Palm Fatty Acid Distillate. Produk-produk ini adalah untuk kegunaan sebagai min-yak masak, marjerin, shortenings dan specialty fats. Produk-produk ini dieksport ke negara-negara seperti China, India, Ukraine, Filipina dan negara-negara timur tengah seperti Mesir dan Arab Saudi. Kedudukan kilang ini yang terletak betul-betul bersebelahan dengan pelabuhan Kabil, merupakan

lokasi yang amat strategik sekali, di mana produk yang dihasilkan di kilang ini akan dipam terus dari tangki sim-panan kilang ke kapal-kapal kargo di pelabuhan. Sejak beroperasinya kilang PT SON ini suasana pelabuhan Kabil yang dulunya agak sepi kini sudah rancak, apabila beberapa syarikat lain turut membuka kilang di sini seperti kilang oleochemical, kilang simen dan sebagainya. Beberapa projek baru kelihatan sedang rancak dibangunkan yang mana kelak akan turut mening-katkan lagi nilai pelaburan di sini.

Buletin THP Mac-April 2009

Bil. 2, 2009

Projek Riau Tingkat Sosio-ekonomi

1

THPB Sertai Perarakan Maulidur Rasul

5

“Highway” Air di Ladang Riau

6

Kursus Team Building Siri 1/2009

7

PTSON Pelengkap Projek Ladang Riau

8

MENARIK DI DALAM

TH Plantations

Berhad

D engan keluasan kira-kira 82,000 hek-tar, iaitu melebihi keluasan negara Singapura, sudah pasti dapat kita ba-

yangkan seluas manakah kawasan perladangan PT TH Indo Plantations (PT THIP) milik Lem-baga Tabung Haji yang dibangun dan diuruskan oleh THP. Kawasan perladangan atau dalam Ba-hasa Indonesia disebut perkebunan ini terletak di Kabupaten (daerah) Indragiri Hilir dan seba-hagian kecil daripadanya terletak di Kabupaten Pelalawan, Riau, Indonesia, iaitu kira-kira tiga setengah ke empat jam perjalanan menaiki bot laju dari Kota Batam. Sejak dibangunkan pada tahun 1997, iaitu kira-kira 12 tahun yang lalu, kawasan yang asalnya adalah merupakan hutan belantara ber-tanah gambut, kini berubah menjadi kawasan

yang dipenuhi dengan ladang-ladang, kilang-kilang memproses kelapa sawit, serta kom-pleks perumahan dan pejabat serba moden. Tidaklah keterlaluan jika diungkap-kan bahawa projek perladangan ini bukan sekadar telah berjaya merubah lanskap muka bumi daerah terpencil ini, malahan berjaya pula merubah tahap sosio-ekonomi penduduk persekitarannya. Dengan memiliki 36 buah ladang, lima buah kilang memproses minyak sawit mentah serta lima buah kompleks pejabat pentadbiran, ianya telah menawarkan pe-luang pekerjaan kepada kira-kira 12,500 rakyat Indonesia yang tinggal di kawasan persekitaran. Sehingga kini, kawasan per-ladangan ini mempunyai kira-kira 31,000

LADANG LEMBAGA TABUNG HAJI DI RIAU BERJAYA TINGKAT SOSIO-EKONOMI PENDUDUK

Pemandangan salah sebuah ladang PT THIP di kawasan Saka Pasir, Riau, Indonesia. Kanal atau terusan merupakan ciri khas kawasan perladangan di sini.

Bersambung ke muka surat 3 dan 4

A lhamdulillah, BULETIN THP Bil. 2/2009, iaitu keluaran untuk bulan Mac dan April 2009 dapat diterbitkan untuk menemui para pembaca seke-

lian, dengan topik utamanya adalah berkaitan projek-projek perladangan dan pengilangan kelapa sawit milik Lembaga Tabung Haji di Riau, Indonesia yang dibangun dan diuruskan oleh THP. Dewasa ini projek tersebut bolehlah dianggap sebagai “mercu tanda” Lembaga Tabung Haji dan juga THP .Projek ini juga adalah merupakan projek perintis pelaburan Lembaga Tabung Haji di luar negara bagi menjana pulangan yang op-tima, dan secara tidak langsung dapat pula meningkatkan taraf sosio-ekonomi saudara serumpun kita di Indonesia, sesuai dengan konsep Islam iaitu setiap Muslim itu bersaudara.....

BULETIN THPB diterbitkan setiap dua bulan sekali

oleh Unit Projek Khas, Bahagian Perkhidmatan Korporat

TH Plantations Berhad.

Phone: 03-2687 6666 Fax: 03-2681 0511

Emel: [email protected]

TH PLANTATIONS BERHAD

Pengarang

TINTA PENGARANG Buletin THP

SIDANG PENGARANG

Penaung

Dato’ Rashidi Omar

Penasihat

Hj. Zainal Azwar b. Zainal Aminuddin

Haji Hassan Fikri bin Mohamad

Maizura binti Mohamed

Pengarang

Haji Mohamad Zaini bin Hassan

Pembantu Penerbitan

Nor Sabri bin Abd. Karim

Salwa binti Darus

BIL. 2 , 2009

K ursus “Team Building” yang dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia THP dengan kerjasama Bright Future Services dilihat mampu memantapkan kekuatan mental dan fizikal serta meningkat-kan daya pemikiran strategik para peserta. Kursus yang dijalankan selama 5 hari 4 malam dalam perse-kitaran yang asing dan mencabar itu juga bermatlamat untuk meningkat-kan kesedaran pengawalan emosi, mampu bekerja sebagai satu pasu-kan dalam menghadapi cabaran, dan seterusnya dapat pula melahirkan individu yang berketrampilan yang bakal menjadi aset penting kepada syarikat. Kursus Siri 1/2009 yang berlangsung pada 10 hinga 14 Mac

KURSUS TEAM BUILDING MANTAPKAN MENTAL DAN FIZIKAL PESERTA

Page 7

lalu di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang jelas sekali memaparkan kegigihan para peserta mengharungi modul-modul lasak dan mencabar ketahanan mental dan fizikal di samping menuntut kemahiran mengatur strategi berpasukan ketika menghadapi saat-saat genting. Peserta kursus seramai 22 orang dari kalangan pengurusan peringkat rendah dari beberapa ladang, kilang dan ibu pejabat telah berjaya mengharungi modul-modul lasak seperti jungle trekking, ikhtiar hidup, wall climbing, flying fox dan sebagainya.

Aspek-aspek keagamaan dan kepimpinan turut ditekankan dalam kuliah-kuliah dan tazkirah yang diadakan sepanjang kursus ini berlangsung. Suasana persekitaran di tengah-tengah hutan yang berbukit bukau turut menambahkan lagi cabaran peserta kursus. Majlis penutup kursus dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Sumber Manusia THP, Kapt. (B) Haji Fadzil bin Abdullah pada hari terakhir.

Para peserta kursus diberikan panduan khusus sebelum melakukan aksi “Wall Climbing”.

(Dari kiri) 1. Modul survival 2. Abseiling 3. Penyampaian sijil penyertaan oleh Kapt.(B) Haji Fadzil.

Ketika berucap, Kapt. Haji Fadzil antara lain menjelaskan bahawa tujuan kursus ini diadakan adalah bagi melahirkan kumpulan modal insan yang berwibawa dan dapat memberi manfaat kepada syarikat dan juga diri masing-masing. Beliau berharap para pe-serta kursus dapat menerap segala ilmu dan pendedahan yang mereka terima sepanjang menjalani kursus di sini dan seterusnya dapat di-manfaatkan pula ketika kembali bertugas di tempat masing-masing.

BIL. 2 , 2009

K alau di kota-kota raya atau bandar-bandar besar pasti kita saban hari melusuri jalan-jalan atau lebuh-raya

yang bersimpang siur, yang kadang kala merangkak-rangkak akibat “trafik jem” , tetapi di kawasan perlada-ngan atau dalam bahasa Indonesia disebut perkebunan, PT THIP yang terletak di Riau, Indonesia, laluan air adalah merupakan pengangkutan utama dan terpenting. Terusan-terusan atau kanal yang dibina untuk kegunaan dwi-fungsi, iaitu bagi tujuan mengawal sistem pengairan dan saliran ladang-ladang kelapa sawit tanah gambut di sini, juga turut menjadi jaringan sistem trafik utama. “Highway” air bersimpang siur yang melatari pemandangan kompleks perladangan seluas 82,000 hektar ini merupakan salah satu keunikan lanskapnya. Cuma yang tiada ialah traffic light bagi mengawal lalu lintasnya! Kanal utama dan kanal cabang bolehlah dianggap sebagai lebuh raya dan lorong-lorong jalan di sini. Kesibu-kan lalu lintas air ini boleh dirasakan hampir setiap hari mulai dari awal pagi di mana bot-bot pancung hilir mudik membawa penumpang yang terdiri daripada para pegawai dan pekerja ladang serta kilang, sehinggalah ke tengah malam di mana tongkang-tongkang yang membawa buah-buah sawit (BTS) dan minyak sawit mentah (CPO) pula mengambil laluan (macam lori balak kat Malaysialah...). Malahan “bas sekolah” untuk anak-anak pekerja ladang juga merupakan bot pancung. Tidak keterlaluan boleh dikatakan satu-satunya jenis kenderaan darat yang biasa kelihatan di kompleks perladangan ini ialah motosikal atau disebut speda motor oleh pekerja tempatan. Dan mungkin juga bagi anak-anak yang lahir dan membesar di sini, mereka hanya mengenali sampan, bot pancung, tongkang dan sejenis dengannya sahaja sebagai alat pengangkutan. Kereta, bas, keretapi dan sebagainya mungkin hanya mereka kenali di kaca tele-visyen dan gambar-gambar. Kawasan perladangan ini juga hanya terhubung dengan dunia luar melalui jalan air semata-mata, sekurang-kurangnya buat masa ini. Untuk sampai ke kawasan terse-but dari Kota Batam, sama ada ke Guntung atau Saka Pasir, kita terpaksa menempuh perjalanan selama tiga setengah ke empat jam menaiki bot laju, dengan panorama di sekelilingnya adalah hutan, kampung-kampung dan pekan-pekan kecil di pinggir laut dan sungai. Laluan yang agak sibuk hanya apabila kita melalui kawasan “pasar air” di pekan kecil Guntung di mana kadang kala kesibukan para pedagang dan pembeli berurusan di atas air menye-babkan laluannya menjadi agak “macet” (jalan jem kata orang Malaysia). Mungkin satu ketika nanti para pengurus ladang kita di sana akan menggunakan jet ski untuk melawat ladang-ladang. Cuma, mudah-mudahan jangan terjadi gejala “merempit” menggunakan jet ski dan bot pancung sudah-lah .... Gawat deh....

“HIGHWAY” AIR MELATARI LADANG TABUNG HAJI DI RIAU

Page 6

Buah-buah kelapa sawit (BTS) diangkut melalui jalan air.

“Bas sekolah” untuk anak-anak pekerja ladang.

Ambulan air “Putri Kenanga”.

BIL. 2 , 2009

penduduk yang terdiri daripada para pekerja dan keluarga masing-masing. Peningkatan tahap sosio-ekonomi bukan sekadar kepada para pekerja PT THIP dan keluarga mereka sahaja, malahan tempiasnya turut dirasakan oleh komuniti usa-hawan tempatan Indonesia beriku-tan wujudnya peluang-peluang per-niagaan dalam bidang seperti penye-lenggaraan ladang, pemungutan BTB dan logistik. Di samping itu, dengan pe-ningkatan jumlah penduduk akibat daripada penghijrahan penduduk daripada daerah lain yang mencari peluang pekerjaan dan perniagaan di

Kompleks Ibu Pejabat atau Kantor Pusat PT TH Indo Plantations .

Page 3

PT THIP ini, disertai pula dengan pen-ingkatan kedudukan ekonomi mereka, maka kegiatan perdagangan juga ber-tambah rancak di kawasan ini teruta-manya di Pasar Air Guntong, yang secara tidak langsung turut merang-sang pertumbuhan ekonomi di daerah ini. Bagi memenuhi keperluan warga PT THIP yang begitu ramai, sudah pastilah keperluan-keperluan asas dan prasarana yang lengkap perlu disediakan supaya kualiti hidup mereka terpelihara dan terbela. Langkah ini adalah juga bagi memenuhi tanggung-jawab sosial korporat syarikat kepada para pekerja dan keluarga mereka.

Seoalah-olah seperti mem-buka sebuah negeri baru, sudah tentu kemudahan-kemudahan asas dan prasarana seperti perumahan, sekolah, masjid, klinik, bekalan le-trik dan air, serta lain-lain kemuda-han perlu disediakan. Gaji guru, doktor, kakitangan hospital, ubat-ubatan, semuanya ditanggung oleh PT THIP. Sehingga kini sebanyak sembilan tadika, sembilan sekolah dasar (SD) dan empat sekolah me-nengah pertengahan (SMP) telah dibuka untuk kemudahan anak-anak pekerja mendapatkan pendidikan yang sempurna. PT THIP turut me-nubuh dan membiayai Yayasan Mu-tiara Gambut bagi mengendalikan semua hal-ehwal yang berkaitan dengan persekolahan seperti pe-nyediaan guru, penyelenggaraan sekolah dan sebagainya. Bagi menjamin kualiti hidup para pekerja dan keluarga mereka di sini, sebanyak sembilan buah klinik telah dibuka, di samping 30 buah masjid dan sembilan surau. S i s tem pengangkutan utama di sini pula adalah melalui “lebuhraya” dan “jalan raya” air,

Kilang Sawit Suntai berkapasiti 10 tan metrik sejam, salah sebuah kilang sawit yang dibina secara terapung.

BIL. 2 , 2009 Page 4

Kilang Sawit Pulai yang berkapasiti 120 mt/jam merupakan kilang yang terbesar di sini.

Minyak sawit mentah (CPO) yang dihasilkan oleh ladang-ladang di sini dihantar ke kilang penapis minyak PT SON di Batam dengan menggunakan tongkang.

Salah sebuah sekolah dasar (SD) yang dibina dan dibiayai oleh PT THIP.

iaitu melalui terusan atau kanal yang dibina untuk dwi-fungsi iaitu sebagai sistem saliran dan juga untuk pen-gangkutan serta perhubungan. Prestasi penghasilan ladang dan kilang juga terus meningkat setiap tahun. Penghasilan Buah Tan-dan Segar (BTS) pada tahun 2002 mencatatkan 5.21 mt/ha, telah ber-jaya ditingkatkan ke 14.26 mt/ha pada tahun 2008. Syarikat mensasarkan penghasilan BTS dapat ditingkatkan ke 18.17 mt/ha pada tahun ini. Begitu juga dengan Kadar Perahan Minyak (% OER) yang men-catatkan sekadar 15.78 peratus pada tahun 2002 telah meningkat ke 21.80 peratus pada tahun 2008, dan sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2009 ialah 22.15 peratus.

Minyak sawit mentah (CPO) yang dihasilkan daripada kilang-kilang di sini akan dihantar ke kilang penapis minyak sawit, PT Synergy Oil Nusan-tara (PT SON) yang terletak di Kabil, Batam, iaitu anak syarikat milik penuh PT THIP, untuk menjalani proses pe-ngilangan seterusnya. Sementara isirong (PK) pula, ketika ini dihantar ke kilang-kilang luar kerana Kernel Crushing Plant kepu-nyaan PT THIP masih dalam proses pembinaan, yang dijangka dapat disiap-kan menjelang Ogos 2009. Apabila beroperasi sepenuh-nya kelak, kilang ini berupaya mem-proses isirong sawit dengan kapasiti 400 tan metrik sehari. Produk utama yang akan dihasilkan ialah minyak isi-rong kelapa sawit (CPKO), yang digunakan antara lainnya untuk

menghasilkan confectionery fats yang digunakan dalam industri makanan di samping produk sampingan iaitu palm kernel cake/meal yang diguna-kan untuk menghasilkan makanan haiwan. Di samping itu, sebuah lagi kilang memproses minyak sawit mentah turut dibina bagi me-menuhi keperluan penghasilan ladang yang semakin meningkat iaitu Kilang Sawit Jati berkapasiti 30 tan metrik sejam yang dijangka dapat disiapkan pada bulan Jun nanti.

BIL. 2 , 2009

Lembaga Tabung Haji dan anak-anak syarikat yang lain bagi memulakan perarakan ke Dataran Merdeka. Perarakan kontinjen THP telah diketuai oleh Timbalan Penga-rah Urusan, Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin dan turut disertai pegawai-pegawai kanan yang lain. Majlis sambutan turut dimeriahkan dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, dan diiringi oleh YAB Per-dana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, menteri-menteri kabinet dan pembesar-pembesar negara yang lain.

Page 5

S ebagai tanda rasa syukur dan berbangga menjadi umat Islam dan dinaungi pula oleh sebuah organisasi

yang berteraskan Islam, THP telah menghantar kontinjen seramai 50 ang-gota menyertai ribuan umat Islam lain dari pelbagai agensi dan pertubuhan bagi memeriahkan acara perarakan sempena majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah yang diadakan pada 9 Mac lalu di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Dengan berpakaian sut baju melayu lengkap berwarna hijau, kontin-jen THP mula bergerak dari per-karangan Ibu Pejabat seawal jam 5 pagi menuju ke Masjid Jamek Kuala Lumpur bagi menunaikan solat subuh dan se-terusnya bergabung dengan kontinjen

KONTINJEN THP TURUT SERTAI PERBARISAN MAULIDUR RASUL

Bersiap sedia untuk memulakan perarakan.

Sebahagian pegawai-pegawai kanan THP yang turut menyertai perarakan.

Segak bergaya dengan baju “sponsor” THP ....