ucapan ketua pergerakan umno cawangan usj 2 sempena ... ucapan ketua pergerakan umno... ·...

4
Disediakan Oleh Azmi Shahrin Ucapan Ketua Pergerakan Umno Cawangan Usj 2 Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Ke-2 Bismillah irrahman irrahiiim. Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang berbahagia Pengerusi Majlis MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN KE-2, Yang berbahagia Dato’ Fatih Bin Dato’ FD Iskandar, Naib Ketua PERGERAKAN UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang berhormat Datin Paduka Seripah Noli binti Syed Hussin, Ketua PERGERAKAN WANITA UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang berbahagia Saudara Abdul Halim Bin Abdul Samad, Ketua PERGERAKAN PEMUDA UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang berbahagia Puan Norazlin, Naib Ketua PERGERAKAN PUTERI UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang berbahagia En. Abu Hassan Asha'ari bin Alang Jaman, Naib Ketua PERGERAKAN UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang berusaha pemerhati-pemerhati mesyuarat dari PERGERAKAN UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang berusaha barisan exco PERGERAKAN UMNO, PERGERAKAN WANITA UMNO, PERGERAKAN PEMUDA UMNO dan PERGERAKAN PUTERI UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang dihormati Ketua-ketua Cawangan, ketua-ketua Pergerakan wanita cawangan, ketua-ketua Pergerakan Pemuda Cawangan dan ketua-ketua pergerakan puteri cawangan, Pergerakan UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang dihormati Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan USJ2; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan USJ2; Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan USJ2; barisan exco serta ahli-ahli Pergerakan UMNO dan Sayap-sayap Pergerakan UMNO Cawangan USJ2; serta tidak ketinggalan Para jemputan dan hadirin yang setiasa dirahmati Allah. Syukur dan alhamdulillah kita panjatkan kepada Allah swt, Tuhan Alam Semesta, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, maka dapatlah kita berhimpun untuk mesyuarat yang mulia ini pada tanggal 17 Jun, 2006 Masihi bersamaan dengan 20 Jamadil Awal 1427 Hijrah. 1

Upload: duongmien

Post on 16-Apr-2018

360 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Ketua Pergerakan Umno Cawangan Usj 2 Sempena ... Ucapan Ketua Pergerakan Umno... · Disediakan Oleh Azmi Shahrin Ucapan Ketua Pergerakan Umno Cawangan Usj 2 Sempena Mesyuarat

Disediakan Oleh Azmi Shahrin

Ucapan Ketua Pergerakan Umno Cawangan Usj 2 Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Ke-2 Bismillah irrahman irrahiiim. Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang berbahagia Pengerusi Majlis MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN KE-2, Yang berbahagia Dato’ Fatih Bin Dato’ FD Iskandar, Naib Ketua PERGERAKAN UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang berhormat Datin Paduka Seripah Noli binti Syed Hussin, Ketua PERGERAKAN WANITA UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang berbahagia Saudara Abdul Halim Bin Abdul Samad, Ketua PERGERAKAN PEMUDA UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang berbahagia Puan Norazlin, Naib Ketua PERGERAKAN PUTERI UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang berbahagia En. Abu Hassan Asha'ari bin Alang Jaman, Naib Ketua PERGERAKAN UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang berusaha pemerhati-pemerhati mesyuarat dari PERGERAKAN UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang berusaha barisan exco PERGERAKAN UMNO, PERGERAKAN WANITA UMNO, PERGERAKAN PEMUDA UMNO dan PERGERAKAN PUTERI UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang dihormati Ketua-ketua Cawangan, ketua-ketua Pergerakan wanita cawangan, ketua-ketua Pergerakan Pemuda Cawangan dan ketua-ketua pergerakan puteri cawangan, Pergerakan UMNO Bahagian Kelana Jaya; Yang dihormati Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan USJ2; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan USJ2; Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan USJ2; barisan exco serta ahli-ahli Pergerakan UMNO dan Sayap-sayap Pergerakan UMNO Cawangan USJ2; serta tidak ketinggalan Para jemputan dan hadirin yang setiasa dirahmati Allah. Syukur dan alhamdulillah kita panjatkan kepada Allah swt, Tuhan Alam Semesta, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, maka dapatlah kita berhimpun untuk mesyuarat yang mulia ini pada tanggal 17 Jun, 2006 Masihi bersamaan dengan 20 Jamadil Awal 1427 Hijrah.

1

Page 2: Ucapan Ketua Pergerakan Umno Cawangan Usj 2 Sempena ... Ucapan Ketua Pergerakan Umno... · Disediakan Oleh Azmi Shahrin Ucapan Ketua Pergerakan Umno Cawangan Usj 2 Sempena Mesyuarat

Disediakan Oleh Azmi Shahrin

Syabas dan tahniah kepada ahli-ahli UMNO cawangan USJ 2 kerana telah beramai-ramai hadir dalam mesyuarat ini untuk melunaskan tanggungjawab sebagai ahli UMNO. Sesungguhnya keinsafan akan tanggungjawab sebagai ahli UMNO adalah begitu berharga kerana kebanyakan orang Melayu tidak insaf akan tanggungjawab ini, serta saya kira di kalangan Orang Melayu yang menjadi ahli UMNO; tidak sedikit juga yang masih tidak insaf justeru tidak menunjukkan kesungguhan sebagai ahli maka tidak menghadiri mesyuarat Agung tahunan cawangan walaupun ianya diadakan hanya sekali setahun. Namun alhamdulillah dan saya amat berbangga sekali dengan semangat waja ahli-ahli UMNO Cawangan USJ 2 kerana telah sanggup mengorbankan masa yang amat bernilai untuk menghadiri mesyuarat pada petang ini. Pengorbanan ini amat penting sekali kerana jika kita tidak mengambil berat dan menunjukkan keperihatinan terhadap Orang Melayu, maka tiada orang lain yang akan memikul tanggungjawab ini. Apabila tiada lagi orang Melayu yang insaf maka padamlah api perjuangan Melayu untuk selama-lamanya. Sidang hadirin yang saya hormati sekalian, Pergerakan UMNO yang telah ditubuhkan pada tahun 1946 telah selamat menyambut ulang-tahunnya yang ke 60 baru-baru ini. Jika dibandingkan dengan seorang insan yang berumur 60 tahun, maka boleh kita katakan bahawa insan ini sudah memasuki jangka hidupnya dimana semua keperluannya sudah lestari hasil daripada banting usahanya. Walaubagaimanapun, setelah UMNO berjuang selama 60 tahun, keperluan Orang Melayu masih belum lestari malahan pincang, tenat dan kerap ke hospital untuk berubat. Dalam bidang pendidikan, kita menyaksikan bagaimana dalam tahun pertama perlaksanaan system meritokrasi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pengambilan anak-anak Melayu bidang-bidang kritikal seperti perubatan dan sains telah tercicir akibat anak-anak Melayu kurang bijak berbanding anak-anak China dan India. Jika disorot bidang ekonomi pula, sasaran Dasar Ekonomi Baru supaya orang Melayu memegang 30 peratus ekuiti negara masih belum dicapai akibat orang Melayu kurang daya dan upaya untuk bersaing dengan Orang China dan India merebut peluang-peluang ekonomi di negara Melayu berdaulat. Orang Melayu terlalu mudah alpa disogok kemewahan picis. Orang Melayu mudah senanghati apabila milik sebuah kereta kancil dan sebuah rumah teres, walhal Orang Cina tidak pernah puashati dengan 3 kereta Mercedes dan 5 buah rumah bungalow. Tidak perlu disebut tentang jurang pendapatan antara orang Melayu dan Orang Cina yang semakin lebar, kerana ini ketahuan ramai. Yang lebih perlu diteliti adalah jurang pendapatan antara orang Melayu terkaya dan Orang Melayu termiskin yang terus menokok perbezaannya. Martabat Bahasa Melayu pula kian hari terhakis dengan omokan gelombang ganas globalisasi yang kononnya memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Nyaris-nyaris warisan nenek moyang orang Melayu tulisan jawi dikuburkan dalam liang lahat tanpa nesan. Inilah sebenarnya, keadaan Orang Melayu. Maka timbul persoalan berbunyi mampukah Orang Melayu mencapai matlamat supaya dikenali sebagai satu umat yang cemerlang, gemilang dan terbilang apabila nyata lagi terang bahawa keupayaan Orang

2

Page 3: Ucapan Ketua Pergerakan Umno Cawangan Usj 2 Sempena ... Ucapan Ketua Pergerakan Umno... · Disediakan Oleh Azmi Shahrin Ucapan Ketua Pergerakan Umno Cawangan Usj 2 Sempena Mesyuarat

Disediakan Oleh Azmi Shahrin

Melayu terus pincang serta tidak mampu menangani tekanan-tekanan dan terjahan Orang Cina dan India. Bagaimana orang Melayu menghadapi cabaran globalisasi dengan tantangan Orang Amerika, Eropah, Afrika, Jepang dan Korea di gelanggang anatarabangsa walhal di gelanggang kampong pun belum tentu menang sorak? Semua masalah-masalah Orang Melayu adalah berpunca akibat sikap orang Melayu yang tidak sedar dan insaf bahawa Orang Melayu kini berhadapan dengan satu suasana yang amat genting dan runcing. Salah langkah maka Orang Melayu akan tergelincir ke dalam gaung yang menganga bagai singa kelaparan menanti mangsa. Kerana tidak insaflah maka Orang Melayu terus bercakaran dalam politik lantas sanggup mempolitikkan Agama Islam demi kepentingan peribadi dan juga parti. Kerana hanyut dalam impian mat jeninlah maka Orang Melayu alpa bahawa harta yang diperolehi masih picisan berbanding dengan Orang China. Kerana sikap tidak pedulilah maka Bahasa Melayu semakin terpinggir dan terus menjadi Bahasa pasar dan kedai mamak. Orang Melayu juga kurang keyakinan diri, mudah mengalah dan terlampau suka pada hiburan. Maka akibatnya Orang Melayu asyik berhadapan dengan masalah dalaman berkaitan dengan motivasi dan jatidiri. Ketandusan motivasi mengakibatkan hakisan jatidiri yang menjadi penyumbang utama kepada masalah dan gejala sosial seperti penagihan dadah, penyelaran penyakit AIDS, sumbang mahram, jenayah kecil dan berat, keruntuhan rumahtangga, pecah amanah dan lain-lain gejala. Tidak menghairankan jika statistik menjajarkan bahawa Orang Melayu lah menjadi pendahulu dan nombor satu dalam setiap gejala-gejala yang disebutkan tadi. Tidak mengejutkan bahawa orang melayulah yang menjadi penghuni teramai dalam pusat-pusat serenti, orang melayulah yang paling ramai jadi banduan penjara-penjara, orang melayulah yang paling ramai melakukan sumbang mahram, orang melayulah yang paling ramai runtuh rumahtangga, orang melayulah yang paling ramai pecah amanah. Demi masa hadapan dan keunggulan Orang Melayu maka ingin saya cadangkan agar - Pertama, kerajaan membuat penelitian secara khusus dalam penggunaan kaedah meritokrasi di IPTA supaya anak-anak Orang Melayu tidak tercicir peluang untuk belajar dalam bidang-bidang kritikal. Kedua, UMNO perlu memainkan peranan yang lebih aktivis dalam memperjuangkan kemajuan ekonomi Orang Melayu. Konsep Jihad Ekonomi yang baru diketengahkan adalah satu usaha yang baik. Namun, ianya perlu disusuli dengan perancangan yang lebih innovatif dan teratur agar berjaya. Penekanan khusus perlu dibuat supaya jurang pendapatan dapat dihapuskan agar pemilikan harta lebih saksama. Konsep jihad Ekonomi memainkan peranan yang penting kerana Jihad bermaksud kesungguhan dalam menjalankan tugas, berbeda dengan naluri Orang Melayu yang tiada kesungguhan. Ketiga, strategi dan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu perlu dijalankan dengan pendekatan baru yang seharusnya lebih berkesan daripada kaedah masakini. Dewan Bahasa Dan Pustaka harus diberi lebih otonomi serta mandat untuk menjalankan aktiviti-akiviti seperti menterjemahkam buku-buku terpilih terutama

3

Page 4: Ucapan Ketua Pergerakan Umno Cawangan Usj 2 Sempena ... Ucapan Ketua Pergerakan Umno... · Disediakan Oleh Azmi Shahrin Ucapan Ketua Pergerakan Umno Cawangan Usj 2 Sempena Mesyuarat

Disediakan Oleh Azmi Shahrin

dalam bidang kritikal, serta menjana program-program yang berdaya untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Sidang hadirin yang dirahmati Allah. Sebagai ahli-ahli UMNO, kita sebenarnya adalah segelintir Orang Melayu yang sedar bahawa Orang Melayu punya masalah maka kita terpanggil untuk bertindak memperkasakan Orang Melayu. Pada hemat saya, peranan kita sebagai segelintir yang sedar adalah sebagai pemangkin perubahan sikap dan pembawa anjakan paradigma Orang Melayu. Peranan ini adalah rumit kerana ia memerlukan kita untuk menyiapkan diri dengan bekalan ilmu yang secukupnya. Malahan, kita juga perlu menunjukkan bahawa kita sendiri telah berubah sikap dan beranjak paradigma sebelum mangajak Orang Melayu yang lain. Tugas ini adalah tugas yang berat kerana ia melibatkan amanah dan tanggungjawab, maka perlu kita laksanakannya dengan kebijaksanaan dan keluhuran sahsiah. Paling utama sekali adalah kita perlu yakin bahawa tugas kita adalah amat penting sekali berlandaskan cinta kita pada Orang Melayu. Maka saya ingin mengajak ahli-ahli UMNO cawangan USJ 2 untuk menetapkan hati, sabar berhadapan dugaan kerana sesungguhnya kita berjihad dan InsyaAllah dengan niat yang betul, usaha kita akan menerima keredhaan Allah swt. Marilah kita bersama-sama berganding usaha dan tenaga demi cita-cita yang murni ini. Saya berdoa dan memohon agar Allah swt, Rabbul A’lameen, memberkati dan mempermudahkan usaha kita. Hidup Melayu! Sekian Wabillah Taufeek wal Hidayah. Saya kembalikan kepada Tuan/Puan Pengacara Majlis.

4