ucapan guru bertugas

3
Ucapan Guru Bertugas:- Yang berusaha Guru Besar SK.Sri Gaya,En.Abdul Gahni Hj.Md.Kassim,Penolong Kanan Satu Pn.Quin Maslinah,Penolong Kanan H.E.M ,En.Nordin ,Penolong Kanan Kokurikulum Pn.Sopiah Hj.Nor,Guru-guru ,ustaz dan Ustazah serta murid –murid yang dikasihi sekalian.Assalamuzlaikum dan Selamat pagi semua. Berikut adalah merupakan laporan guru bertugas minggu lepas,yang meliputi 3 aspek penting iaitu : a. kehadiran b. kebersihan c. Disiplin. a.kehadiran Kehadiran secara keseluruhan pada minggu lepas adalah memuaskan iaitu secara purata ialah 95 peratus.Antara penyebab kepada ketidakhadiran murid pada minggu lepas adalah disebabkan beberapa faktor di antaranya ialah seperti masalah kesihatan iaitu seperti demam,batuk ,sakit perut justeru itu murid – murid dinasihat agar menjaga kesihatan diri. b.Kebersihan Sepanjang minggu lepas, kebersihan kelas tidak begitu memuaskan kerana ada sesetengah kelas yang masih tidak dibersihkan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.Walaupun jadual bertugas telah disediakan namun murid masih tidak menjalankan tugas seperti yang diarahkan.Guru bertugas terpaksa memantau setiap pagi dan mengarahkan murid baharulah murid – murid bertindak malah terdapat murid yang baharu menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru di sekolah yang sepatuhnya disiapkan dirumah dan bukannya disekolah pada keesokkan harinya.Selain itu,Sampah-sarap bertaburan dan tidak dibuang ke dalam tong sampah walaupun sudah disediakan. Kebersihan di kantin juga tidak begitu memuaskan kerana pinggan dan mangkuk tidak dimasukkan ke dalam besen yang disediakan

Upload: assrey-gasin

Post on 26-Jun-2015

4.734 views

Category:

Documents


36 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Guru Bertugas

Ucapan Guru Bertugas:-

Yang berusaha Guru Besar SK.Sri Gaya,En.Abdul Gahni Hj.Md.Kassim,Penolong Kanan Satu Pn.Quin Maslinah,Penolong Kanan H.E.M ,En.Nordin ,Penolong Kanan Kokurikulum Pn.Sopiah Hj.Nor,Guru-guru ,ustaz dan Ustazah serta murid –murid yang dikasihi sekalian.Assalamuzlaikum dan Selamat pagi semua.

Berikut adalah merupakan laporan guru bertugas minggu lepas,yang meliputi 3 aspek penting iaitu :

a. kehadiranb. kebersihan c. Disiplin.

a.kehadiran

Kehadiran secara keseluruhan pada minggu lepas adalah memuaskan iaitu secara purata ialah 95 peratus.Antara penyebab kepada ketidakhadiran murid pada minggu lepas adalah disebabkan beberapa faktor di antaranya ialah seperti masalah kesihatan iaitu seperti demam,batuk ,sakit perut justeru itu murid – murid dinasihat agar menjaga kesihatan diri.

b.Kebersihan

Sepanjang minggu lepas, kebersihan kelas tidak begitu memuaskan kerana ada sesetengah kelas yang masih tidak dibersihkan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.Walaupun jadual bertugas telah disediakan namun murid masih tidak menjalankan tugas seperti yang diarahkan.Guru bertugas terpaksa memantau setiap pagi dan mengarahkan murid baharulah murid – murid bertindak malah terdapat murid yang baharu menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru di sekolah yang sepatuhnya disiapkan dirumah dan bukannya disekolah pada keesokkan harinya.Selain itu,Sampah-sarap bertaburan dan tidak dibuang ke dalam tong sampah walaupun sudah disediakan.

Kebersihan di kantin juga tidak begitu memuaskan kerana pinggan dan mangkuk tidak dimasukkan ke dalam besen yang disediakan tetapi sebaliknya terbiar di atas meja. Sisa-sisa makanan juga bertaburan di atas meja dan menyebabkan keadaan persekitaran kantin kotor.Pengawas yang bertugas di kawasan kantin, sila jalankan tugasan anda.

Selain itu sikap murid terhadap kebersihan,diharapkan murid – murid dapat menanamkan sikap suka menjaga kebersihan sekolah dan sekiranya terlihat sampah ,sila kutip dan buanglah kedalam tong sampah dan jangan dibiarkan.

Penggunaan tandas:

Makluman kepada semua murid yang menggunakan tandas sama ada membuang air kecil ataupun air besar dinasihat agar mengepam selepas menggunakan tandas tersebut.Ini bagi menggelakkan bauan yang tidak menyenangkan kepada murid yang menggunakan tandas tersebut.

c.Displin

Disiplin murid – murid secara keseluruhan adalah terkawal dan mengikut arahan dan peraturan yang disediakan.Namun beberapa kecacatan dapat dilihat terutamanya yang melibatkan arahan kawad kaki

Page 2: Ucapan Guru Bertugas

semasa murid berbaris diluar kelas masing – masing sama ada sebelum dan selepas sesi pembelajaran dijalankan.Murid – murid didapati tidak mengikuti arahan kawad kaki dengan baik malah terdapat murid yang masih melengah-lengahkan aktiviti tersebut,sebagai contoh bercakap,tolak - menolak dan bercerita walaupun dihadapan mereka guru sedang memerhatikan mereka.

Justeru pemantauan akan dibuat dan diharapkan tidak akan berlaku lagi selepas ini.

Kesimpulannya,sepanjang minggu lepas masih terdapat kelemahan yang ketara di kalangan murid terutamanya yang melibatkan kebersihan dan disiplin murid,justeru diharapkan kelemahan – kelemahan ini dapat diatasi.

Jadi itu sahaja,laporan guru bertugas pada minggu lepas kembali kembali kepada pengacara majlis perhimpunan.