ucapan alu-aluan yang berhormat datuk haji … sups... · izinkan saya untuk membacakan serangkap...

22
UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI SUKARTI WAKIMAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH DI MAJLIS SEMEKAR KASIH SEKALUNG BUDI SEMPENA PERSARAAN Y.BHG. DATUK ISMAIL BIN HAJI WADIN TARIKH : 18 OGOS 2009 (SELASA) MASA : 7.30 MALAM TEMPAT : GRAND BALLROOM, PACIFIC SUTERA KOTA KINABALU Bismillahir Rahmanir Rahim

Upload: lyhuong

Post on 02-Feb-2018

299 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

UCAPAN ALU-ALUANYANG BERHORMAT DATUK HAJI SUKARTI WAKIMAN

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAHDI MAJLIS SEMEKAR KASIH SEKALUNG BUDI

SEMPENAPERSARAAN Y.BHG. DATUK ISMAIL BIN HAJI WADIN

TARIKH : 18 OGOS 2009 (SELASA)MASA : 7.30 MALAMTEMPAT : GRAND BALLROOM, PACIFIC SUTERA

KOTA KINABALU

Bismillahir Rahmanir Rahim

Page 2: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Menjunjung kasih

Yang Amat Berbahagia

Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah

Tuan Yang Terutama Negeri Sabah

Dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah

Dayang Masuyah Binti Awang Japar

2

Page 3: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

Terlebih dahulu, saya menjunjung kasih di atas keberangkatan tiba Yang

Amat Berbahagia Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan ke Majlis

malam ini. Sesungguhnya Kesudian Yang Amat Berbahagia Tun dan

Yang Amat Berbahagia Toh Puan membuktikan keprihatinan dan

merupakan satu penghargaan kepada kami semua. Semoga dengan

kehadiran Yang Amat Berbahagia Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh

Puan akan menyerikan lagi majlis pada malam ini.

Mohon izin Yang Amat Berbahagia Tun untuk saya meneruskan ucapan

kepada sidang hadirin pada malam ini.

Yang Amat Berhormat

3

Page 4: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

Ketua Menteri Sabah dan

Yang Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Faridah Tussin

Yang Berhormat Datuk Haji Juhar Haji Mahiruddin

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan Datin

Yang Berhormat Timbalan-timbalan Ketua Menteri

Yang Berhormat Menteri-menteri dan Pembantu-pembantu Menteri

4

Page 5: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan

Negeri Sabah

Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Hatta Abdul Aziz

Setiausaha Persekutuan Sabah

Yang Diraikan, Yang Berbahagia Datuk Ismail Haji Wadin dan Y.Bhg.

Datin Norsiah binti Mohd. Yusuf

Yang Berusaha Tn. Hj. Mohammad bin Mentek

Pengarah Kampus INTAN Sabah

5

Page 6: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Semekar Kasih,

Sekalung Budi sempena persaraan Yang Berbahagia Datuk Ismail Hj.

Wadin

Ketua-ketua Jabatan, Badan Berkanun, Persekutuan dan Negeri

Seterusnya Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Datin-datin, tuan-tuan, puan-

puan hadirin yang saya hormati sekalian.

UCAPAN SELAMAT DATANG DAN MEMAKLUMKAN TUJUAN MAJLIS

6

Page 7: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

1. Pertama sekali marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran

ke hadhrat Allah S.W.T., kerana dengan limpah kurnia dan izin-NYA jua,

dapat kita sama-sama berkumpul di majlis yang penuh bermakna pada

malam ini.

2. Selamat datang ke majlis Jamuan Makan Malam sempena

persaraan Yang Berbahagia Datuk Ismail Bin Haji Wadin, sebagai

Setiausaha Persekutuan Sabah yang Ke-Sebelas yang telah bersara

dari perkhidmatan awam dengan jawatan terakhir sebagai Setiausaha

Persekutuan Sabah pada 29 Julai 2009. Untuk makluman hadirin

7

Page 8: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

sekalian, tema majlis pada malam ini ialah Semekar Budi, Sekalung

Kasih adalah merupakan majlis yang dianjurkan secara bersama oleh

Kerajaan Negeri Sabah dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

Majlis ini diadakan sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada

segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan oleh Y.Bhg.

Datuk Ismail Haji Wadin sepanjang perkhidmatan beliau selama 4 tahun,

1 bulan, 29 hari di negeri Sabah.

3. Saya mewakili anggota perkhidmatan awam negeri dan

persekutuan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih atas kesudian Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa

8

Page 9: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri

Panglima Faridah Tussin kerana sudi meluangkan masa menerima

undangan hadir ke majlis pada malam ini. Sesungguhnya dengan

kehadiran Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima dan Yang Amat

Berbahagia Datin Seri Panglima serta dif-dif jemputan sekalian,

membuktikan keprihatinan dan satu pengiktirafan kepada perkhidmatan

awam di negeri Sabah.

4. Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya

meneruskan ucapan saya.

9

Page 10: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

Malam yang tenang bermandi seri

Kenangan lalu kekal di hati

Semekar Kasih Sekalung Budi

Di majlis indah tuan dirai

5. Tanggal 1 Mei 2005 pastinya akan kekal segar dalam ingatan Yang

Berbahagia Datuk Ismail Wadin, kerana ia merupakan tarikh beliau mula

berkhidmat di negeri Sabah. Dengan latar belakang dan pengalaman

beliau yang luas dalam bidang pentadbiran dan pembangunan, beliau

telah dilantik mengisi jawatan Pengarah Jabatan Pembangunan

Persekutuan Sabah (JPPS) sehingga 15 September 2007. Dalam

tempoh 16 bulan berkhidmat di JPPS, beliau telah banyak memberikan

10

Page 11: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

sumbangan bermakna dalam pengurusan projek-projek Persekutuan di

negeri Sabah. Beliau berjaya memperbaiki dan mengukuhkan lagi

hubungan kerjasama dengan stakeholders di peringkat negeri dengan

mengadakan pertemuan dan membincangkan isu dan masalah secara

terbuka, seterusnya mencari penyelesaian yang terbaik bagi semua

pihak. Keadaan ini telah mewujudkan rapport yang baik di antara JPPS

dengan stakeholders di negeri Sabah.

6. Sepanjang lima (5) tahun perkhidmatan Yang Berbahagia Datuk,

beliau telah terlibat secara langsung dalam memantau dan

melaksanakan projek-projek pembangunan di negeri Sabah.

11

Page 12: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

7. Sifat Yang Berbahagia Datuk yang adventurous dan gemar turun

padang melihat sendiri projek-projek pembangunan di negeri Sabah

telah membawa Yang Berbahagia Datuk ke segenap pelusuk negeri

seperti Pensiangan, Nabawan, Pulau Sipadan, Pulau Layang-Layang,

Pulau Banggi dan banyak lagi tempat yang mana mungkin rakyat negeri

Sabah sendiri belum berpeluang untuk melawat.

Hadirin yang dihormati.

8. Atas prestasi cemerlang Yang Berbahagia Datuk Ismail Wadin

semasa menjawat jawatan Pengarah JPPS, beliau telah diberikan

kepercayaan untuk memegang jawatan Setiausaha Persekutuan Sabah

yang Ke-Sebelas pada 16 September 2007.

12

Page 13: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

9. Tidak dapat dinafikan, jawatan ini merupakan satu jawatan yang

besar tanggungjwabnya. Namun begitu, to his credit, saya percaya dan

penuh yakin bahawa beliau telah melaksanakan tugas dan

tanggungjawab beliau dengan cemerlang sekali. Saya juga

mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh

Yang Berbahagia Datuk kepada saya sehingga memudahkan urusan

antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Sikap Yang

Berbahagia Datuk yang sentiasa terbuka dan sedia untuk berbincang

dengan saya telah membuahkan hasil dimana beberapa isu yang

berkaitan dengan kerjasama Persekutuan dan Negeri dapat

diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Hubungan baik ini bukan sahaja

13

Page 14: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

diterjemahkan diperingkat kami tetapi telah direntasi sehingga ke

peringkat jabatan dan agensi Persekutuan serta Negeri. Jalinan

hubungan yang akrab ini sedikit sebanyak telah dapat meningkatkan lagi

sistem penyampaian perkhidmatan awam di negeri Sabah.

Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung

10. Saya percaya kita semua, khususnya Ketua-ketua Jabatan

Persekutuan dan Negeri yang pernah berurusan dengan beliau akan

ingat bagaimana Yang Berbahagia Datuk sentiasa bersedia pada bila-

14

Page 15: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

bila masa sahaja untuk menghulurkan bantuan dan khidmat nasihat.

Prinsip beliau yang mengamalkan keterbukaan dalam hubungan dengan

semua pihak menjadikan beliau mudah didekati dan disenangi oleh

pelbagai pihak.

11. Pengalaman dan pengetahuan Yang Berbahagia Datuk dalam

pengurusan dan pentadbiran khususnya pembangunan telah

menjadikan beliau sebagai pakar rujuk kepada stakeholders. Atas

kelebihan yang dimiliki oleh beliau inilah, Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan beliau

sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah sebanyak dua kali mulai 29

15

Page 16: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

Julai 2007 hingga 29 Julai 2009. Ini merupakan satu lakaran sejarah,

kerana buat pertama kalinya tempoh perkhidmatan Setiausaha

Persekutuan Sabah dilanjutkan. Ini juga merupakan satu pengiktirafan

atas khidmat cemerlang beliau. Kejayaan Yang Berbahagia Datuk ini

wajar dijadikan contoh dan teladan supaya semua ketua jabatan dapat

memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada stakeholders dan

pelanggan, seterusnya meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan awam

secara keseluruhan.

16

Page 17: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

Hadirin yang dihormati sekalian,

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATUK

12. Saya mewakili semua penjawat awam Persekutuan dan Negeri

mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada

Yang Berbahagia Datuk atas bantuan dan kerjasama yang diberikan

sepanjang perkhidmatan Yang Berbahagia Datuk di Sabah negeri di

bawah bayu. Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua

17

Page 18: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

perkara yang Yang Berbahagia Datuk ceburi, Insya Allah di lain

kesempatan dan masa kita akan berjumpa lagi. Saya berharap Yang

Berbahagia Datuk sudi melapangkan masa untuk berkongsi

pengalaman dengan pegawai-pegawai baru dan muda dalam

perkhidmatan awam di Negeri Sabah.

PENUTUP

13. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan

penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah

menyumbang kepada penganjuran majlis pada malam ini. Saya juga

18

Page 19: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua Dif Jemputan,

Ketua-Ketua Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri.

Saya bagi pihak semua anggota perkhidmatan awam persekutuan dan

negeri di Sabah mengucapkan selamat menempuh alam persaraan

kepada Yang Berbahagia Datuk Ismail Haji Wadin dan berdoa semoga

Yang Berbahagia Datuk sekeluarga akan sentiasa dilimpahkan

keberkatan dan kesihatan serta kebahagian di dunia dan akhirat.

Sirih kuning gangganya kuningTepak bersalut tembaga merahSekian lama tuan bersanding

19

Page 20: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

Masa berpisah menjelang sudah

Teluk Likas airnya tenangTempat berehat di Tanjung Lipat

Jasamu tuan akan dikenangDi dalam hati sentiasa terpahat

14. Saya sekali lagi bagi pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri

Panglima Musa Haji Aman dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri

Panglima Faridah Tussin atas kesudian untuk hadir ke majlis pada

20

Page 21: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

malam ini. Kehadiran Yang Amat Berhormat membuktikan keperihatinan

dan pengiktirafan Yang Amat Berhormat kepada sumbangan anggota

perkhidmatan awam amnya dan kepada Yang Berbahagia Datuk Ismail

Wadin khususnya.

Yang Amat Berbahagia Tun,

15. Demikianlah tadi ucapan alu-aluan saya kepada sidang hadirin.

Saya bagi pihak penganjur, sekali lagi menjunjung kasih kepada Yang

Amat Berbahagia Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan atas

kehadiran Yang Amat Berbahagia Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh

21

Page 22: UCAPAN ALU-ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI … SUPS... · Izinkan saya untuk membacakan serangkap pantun sebelum saya meneruskan ucapan saya. 9. Malam yang tenang bermandi seri

Puan ke majlis pada malam ini. Saya bagi pihak penganjur memohon

maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penganjuran majlis pada

malam ini.

Sekian

Wabillahit taufik walhidayah

Wassalam mua’laikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam

Sejahtera

22