u diari krimdiari krim l - remajaisma.files.wordpress.com€¦ · sidang editor penaung: ust...

6
Sidang Editor Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mohd Nor Azib Asmangi, Shahrir Rizal Kasjoo, Yudi Kurniawan Budi, Ust Mohd Azrin Samsudin, Grafik: Shahrir Rizal Kasjoo http://remajaisma.wordpress.com/ Kelab Remaja ISMA (KRIM) No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor [email protected] DIARI KRIM DIARI KRIM DIARI KRIM DIARI KRIM 2 - 4 Disember 2007 KERIS N. Sembilan Hubungi Ust Azmi (019 6585171) 6 Disember 2007 Kem Generasi Soleh Anjuran ISMA, Masjid Jamek Pekan Johol dan Masjid Tam Tuan Raden Kuala Pilah Hubungi Ust Azmi (019 6585171) 6 - 8 Disember 2007 KERIS Zon Timur Di Kembara Resort, Merang, Setiu, Trg Hubungi Sdr Jamil Sakmin (019 9846968) atau Sdr Nasrul Muhaimin (013 9821983) 8 - 10 Disember 2007 KERIS Zon Tengah (Jom Camping II) Di REBUTIA Training Camp Hubungi Sdr Lizal Wady (012 3988731) atau Sdri Ida Suzana (019 6500117) 20 Disember 2007 Hari Raya Aidil Adha 25 - 27 Disember 2007 KERIS Zon Utara Di Keda Resort Bendang Man, Sik, Kedah Hubungi Sdr Muhd Luttfi (019 4726140) 12 Tahun 1 / Bil. 2 November 2007 http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja B B B ahang peperiksaan dirasai oleh pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara yang telah mula meduduki peperiksaan SPM pada 12 November yang lalu. Hari pertama SPM dilalui oleh para pelajar dengan pelbagai perasan dan reaksi yang berbeza. Ada yang memperlihatkan wajah yang berkeyakinan tinggi, ada yang berkerut dahi dan ada juga yang “no komen”. Walau apa pun keadaan, para pelajar perlu ingat sebagai seorang mus- lim kita sebenarnya mempunyai senjata rahsia yang tidak dimiliki oleh orang lain. Tidak dinafikan bahawa seluruh pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara telah me- merah otak dan keringat mengulangkaji pelajaran. Namun, pelajar-pelajar muslim mempunyai Allah yang akan sentiasa mendengar hajat, rintihan dan permin- taan selagi mana kita berdoa kepada- Nya. Jadi di sini disertakan doa ketika meng- hadapi kesulitan, yang ma’thur daripada Rasulullah SAW. Berdasarkan sebuah hadis, yang mana Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa; ن إذا ا و أ إ ا Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza shi’ta sahla “Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan” - Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Sinni dan juga Ibnu Hibban Z U L K A E D A H 1 4 2 8 SPM, Oh SPM…. Menarik Di Dalam Muka 2: SMS - Pembaziran Muka 3: Qudwah Kepada Remaja Muka 4 - 5: Membentuk Personaliti Remaja Muka 8: Petua Membaca Muka 10 - 11: Berita KRIM Muka 12: Diari KRIM 1

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: U DIARI KRIMDIARI KRIM L - remajaisma.files.wordpress.com€¦ · Sidang Editor Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mohd Nor Azib

Sidang Editor Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mohd Nor Azib Asmangi, Shahrir Rizal Kasjoo, Yudi Kurniawan Budi, Ust Mohd Azrin Samsudin, Grafik: Shahrir Rizal Kasjoo

http://remajaisma.wordpress.com/

Kelab Remaja ISMA (KRIM) No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor [email protected]

DIARI KRIMDIARI KRIMDIARI KRIMDIARI KRIM 2 - 4 Disember 2007

KERIS N. Sembilan

Hubungi Ust Azmi (019 6585171)

6 Disember 2007

Kem Generasi Soleh

Anjuran ISMA, Masjid Jamek Pekan Johol dan Masjid

Tam Tuan Raden Kuala Pilah

Hubungi Ust Azmi (019 6585171)

6 - 8 Disember 2007

KERIS Zon Timur

Di Kembara Resort, Merang, Setiu, Trg

Hubungi Sdr Jamil Sakmin (019 9846968) atau Sdr

Nasrul Muhaimin (013 9821983)

8 - 10 Disember 2007

KERIS Zon Tengah (Jom Camping II)

Di REBUTIA Training Camp

Hubungi Sdr Lizal Wady (012 3988731) atau Sdri Ida

Suzana (019 6500117)

20 Disember 2007

Hari Raya Aidil Adha

25 - 27 Disember 2007

KERIS Zon Utara

Di Keda Resort Bendang Man, Sik, Kedah

Hubungi Sdr Muhd Luttfi (019 4726140)

12

Tahun 1 / Bil. 2 November 2007

h t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o m

Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja

BBBB ahang peperiksaan dirasai oleh pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara yang telah mula meduduki peperiksaan

SPM pada 12 November yang lalu. Hari pertama SPM dilalui oleh para pelajar dengan pelbagai perasan dan reaksi yang berbeza. Ada yang memperlihatkan wajah yang berkeyakinan tinggi, ada yang berkerut dahi dan ada juga yang “no komen”. Walau apa pun keadaan, para pelajar perlu ingat sebagai seorang mus-lim kita sebenarnya mempunyai senjata rahsia yang tidak dimiliki oleh orang lain. Tidak dinafikan bahawa seluruh pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara telah me-merah otak dan keringat mengulangkaji pelajaran. Namun, pelajar-pelajar muslim mempunyai Allah yang akan sentiasa mendengar hajat, rintihan dan permin-taan selagi mana kita berdoa kepada-Nya. Jadi di sini disertakan doa ketika meng-hadapi kesulitan, yang ma’thur daripada Rasulullah SAW. Berdasarkan sebuah hadis, yang mana Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa;

اDMN U VMQC إLMN OPQER ST U و أDEFG HI اABCن إذا LMN HWX

Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza shi’ta sahla

“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan” - Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Sinni dan juga Ibnu Hibban

Z

U

L

K

A

E

D

A

H

1

4

2

8

SPM, Oh SPM….

Menarik Di Dalam

Muka 2: SMS - Pembaziran Muka 3: Qudwah Kepada Remaja

Muka 4 - 5: Membentuk Personaliti Remaja Muka 8: Petua Membaca

Muka 10 - 11: Berita KRIM Muka 12: Diari KRIM 1

Page 2: U DIARI KRIMDIARI KRIM L - remajaisma.files.wordpress.com€¦ · Sidang Editor Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mohd Nor Azib

KKKK enyataan yang dikeluarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, 07 Nov 2007 yang lepas amat membimbang-kan kita. Rakyat Malaysia sanggup membelanjakan berbilion ringgit untuk menghantar khidmat pesanan

ringkas (SMS) terutamanya kepada rancangan berbentuk hiburan di kaca televisyen. Statistik menunjukkan pengguna telefon bimbit menghantar lebih 11.7 bilion SMS antara Januari hingga Mac lalu, peningkatan 4.3 bilion SMS untuk tempoh sama tahun lalu. Berdasarkan jumlah pemilik telefon bimbit yang mencecah 20.8 juta orang sekarang, secara puratanya seorang pengguna menghantar sejumlah 563 SMS sepanjang tempoh tiga bulan tersebut. Rata-rata pengguna telefon bimbit yang menghantar SMS kepada rancangan hiburan ini terdiri daripada golongan remaja. Trend ini amat meresahkan kita lebih-lebih lagi keadaan kos hidup sekarang yang kian meningkat. Kepada golongan remaja, fikir dahulu sebelum menghantar SMS kepada perkara-perkara yang tidak memberikan faedah. Pada hari ini, terlalu banyak rancangan-rancangan hiburan berorientasikan SMS yang melalaikan serta merosakkan pemikiran, kehidupan dan jatidiri kita khususnya golongan remaja. Alangkah baiknya, jika berbi-lion ringgit ini disalurkan kepada fakir miskin yang lebih memerlukan ataupun kepada saudara seIslam kita yang sedang berjuang di Pa-lestin, mempertahankan bumi Al-Quds tercinta! Fikir-fikirkanlah!

SMS - PEMBAZIRAN

20.8 juta 20.8 juta 20.8 juta 20.8 juta - Peng-guna telefon bimbit

583 SMS 583 SMS 583 SMS 583 SMS - Dihantar oleh setiap pengguna

dalam 3 bulan.

Statistik Penggunaan SMS (Jan - Mac)

0

2

4

6

8

10

12

14

2006 2007

Tahun

Bilangan SMS (bilion)

2

SHAH ALAM, 4 November SHAH ALAM, 4 November SHAH ALAM, 4 November SHAH ALAM, 4 November - Alhamdulillah pada 4 No-vember yang lalu ISMA Shah Alam Klang (SAK) telah mengadakan Majlis Aidilfitri dan Hari Keluarga bertem-pat di padang rekreasi Seksyen 27. Seramai kira-kira 170 orang telah menghadiri majlis tersebut.

Program Remaja Cemerlang

- KRIM Bersama Pelajar BATU BERENDAM, 26 Oktober BATU BERENDAM, 26 Oktober BATU BERENDAM, 26 Oktober BATU BERENDAM, 26 Oktober - ISMA dijemput oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Ab-dullah Batu Berendam untuk menganjurkan Program Remaja Cemerlang kepada kira- kira 200 orang pelajar lepasan PMR. Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka telah diamanahkan untuk melak-sanakan program tersebut pada 26 October 2007 bermula dari 8.00 pagi sehingga 12 tengah hari. Bertemakan “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Serikandi Agama“, program dimulakan dengan tayangan video “Kisah Si Penguin” dan “Proses Kejadian Manusia” untuk menyedarkan pelajar akan hakikat kehidupan yang bersifat sementara dan erti pengorbanan. Perkongsian men-genai realiti umat Islam dan cabaran remaja hari ini diselangi dengan video dan gambar-gambar telah berjaya menarik perhatian dan memberi kesedaran kepada para pelajar. Akhirnya, penceramah mengakhiri program dengan menerangkan petua-petua untuk menjadi remaja muslim cemerlang. Kesimpulan daripada aktiviti-aktiviti berkumpulan yang telah dijalankan pelajar telah berjaya memahami konsep usaha dan tawakkal. Ketika sesi soal jawab, penceremah telah menerangkan mengenai hala tuju selepas SPM serta perkongsian pengalaman sewaktu belajar di luar negara.

BANGI, 8 November BANGI, 8 November BANGI, 8 November BANGI, 8 November - Majlis sambutan hari raya ISMA DHL telah berlangsung secara sederhana tetapi meriah dan bermakna di Pejabat ISMA Pusat, Bandar Baru Bangi. Pada waktu paginya telah diadakan sesi ramah mesra di antara ahli-ahli ISMA DHL bersama AJK ISMA Pusat. Masa telah dimanfaatkan sepenuhnya dengan sesi pembentan-gan dan perkongsian oleh AJK ISMA Pusat tentang hala tuju dan perkembangan dakwah ISMA terkini. Majlis jamuan raya menyusul selepas solat Zohor dengan para ahli bekerjasama menyediakan jua-dah dan hidangan. Majlis didahului oleh ucapan ringkas Yang Dipertua ISMA DHL, Ustaz Annuar Salleh, dan dise-lang-seli dengan persembahan nasyid oleh adik-adik di sekitar daerah Hulu Langat. Adik-adik juga turut meneri-ma duit raya yang disampaikan oleh Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL. Majlis bersurai di sekitar jam 3.00 petang.

BERITA KRIMBERITA KRIMBERITA KRIMBERITA KRIM

11

Page 3: U DIARI KRIMDIARI KRIM L - remajaisma.files.wordpress.com€¦ · Sidang Editor Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mohd Nor Azib

... Sambungan dari muka 3

Adakah kamu kenal al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra?

Seorang sahabat yang menjadi sebutan semua umat Islam, kerana dia sanggup menjadikan rumahnya seba-

gai markaz dakwah selama 3 tahun. Dia dari kabilah bani Makhzumi, kabilah yang bersaing dengan bani

Hasyim untuk memegang panji panglima perang. Rumahnya dijadikan markaz gerakan dakwah Islam yang

dipimpin oleh Rasulullah saw dari bani Hasyim, apa akan berlaku kepadanya jika ia diketahui oleh pembesar-

pembesar kabilah atau diketahui oleh kaum kerabatnya. Tentulah dia dituduh sebagai pengkhianat kerana

bersubahat dengan kabilah seterunya. Jangan kita lupa bahawa 'Fir’aun umat', Abu Jahl dari kabilah bani

Makhzumi adalah merupakan musuh nombor 1 dakwah Islam pimpinan Rasulullah saw. Semua halangan dan

cabaran ini dapat diatasi oleh al Arqam bin Abi Arqam dan beliau sanggup mengambil segala risiko, dan

sanggup berkorban demi kerana Islam. Dia hanya baru berusia 16 tahun.

Cuba bayangkan apakah remaja yang seusia dengannya fikirkan, apa yang dimimpikan, mungkin mahu men-

jadi juara Akademi Fantasia, Gangstarz, One In a Milion dan sebagainya.

Kita ketika membaca kisah pahlawan-pahlawan seperti Zubair bin al A’wam ra, Talhah bin Ubaidullah ra,

Saad bin Abi Waqas ra, al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra dan ramai lagi seolah-olah kita membicara-

kan kisah pahlawan-pahlawan agung. Memang mereka semua pahlawan-pahlawan yang agung dalam usia

remaja. Mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sejarah umat Islam dari segi aspek pengetahuan,

kesungguhan, keimanan, akhlak dan amal. Sepatutnya remaja hari ini bangga menjadi mereka sebagai qud-

wah, ikutan dan impian, lebih lebih lagi mereka adalah sahabat-sahabat kepada junjungan besar Rasulullah

saw yang merupakan generasi terbaik bagi umat Islam.

KLANG, 3 November KLANG, 3 November KLANG, 3 November KLANG, 3 November - Pasukan Klang 3 (Hishamudin) telah merangkul kejuaraan Kejo-hanan Bolasepak Remaja 9 Sebelah setelah menewaskan pasukan Shah Alam 2 (Bukit Lan-chong). Jaringan di saat akhir perlawanan telah menjulang nama Pasukan Hishamudin sebagai juara kejohanan yang julung kali dianjurkan oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam Klang. Selain itu adik Suhaidi Ahmad Wakid telah dino-batkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Tempat ketiga dan ke empat dimenangi oleh Pasukan Jeram B dan C.

PAKA, 5 November PAKA, 5 November PAKA, 5 November PAKA, 5 November - Bertempat di Sek Men Sri Paka telah diadakan sesi kauseling dan motivasi untuk para pelajar Tingkatan 5 sebelum men-duduki peperiksaan SPM. Program ini dikelolakan bersama oleh KRIM Terengganu dan BAKIP PPTSB. Motivasi dan kata-kata semangat diberi-kan kepada para pelajar akan meneruskan usaha walaupun SPM hanya tinggal lebih kurang sem-inggu dari sekarang. Program kemudiannya dite-ruskan dengan tayangan video dan makan tenga-hari bersama para pelajar dan guru.

BERITA KRIMBERITA KRIMBERITA KRIMBERITA KRIM

10

A langkah besarnya peranan remaja dalam Islam, jika kita mengkaji sejarah Islam.

Kebanyakan gerakan perubahan yang berlaku dalam sejarah umat, sebahagian be-

sarnya melalui peranan remaja, ianya berlaku bukan secara spontan, bahkan ia meru-

pakan sunnah dan peristiwa yang berulang-ulang.

Marilah kita sama-sama merujuk kepada sejarah Islam..

Ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw…

Siapakah yang menjadi sasaran wahyu? Siapakah yang menanggung bebanan risalah Islam? Sia-

pakah yang memikul tanggung jawab risalah Islam dengan amanah? Siapakah yang menjadi sanda-

ran Rasulullah saw dalam merubah sistem hidup di Mekah bahkan dalam perubahan sistem hidup

umat manusia keseluruhannya, bukan pada zaman Rasulullah saw sahaja malah sehingga hari

kiamat? Siapakah golongan digelar ‘as-sabiqun’ dalam sejarah Islam.? Siapakah generasi terbaik

di kalangan umat manusia?

Rasulullah saw menyifatkan dengan sabdanya yang bermaksud; "Sebaik baik manusia adalah yang

sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup sezaman generasi sahabat dan kemudian mereka

yang hidup sezaman dengan generasi tabien” hadis dari Abdullah bin Mas’ud ra diriwayatkan oleh

Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Siapakah yang berhadapan dengan taghut di Mekah dan di semenangjung tanah Arab? Siapakah

yang menewaskan empayar Parsi dan Rom? Siapakah yang berjuang menentang aliran aliran me-

musuhi Islam dan menyengutukan Allah?

Wahai Para Remaja!!!

Rujuklah sejarah. Bacalah buku-buku sejarah. Kamu akan dapati contoh-contoh dan qudwah

kepada para remaja.

Siapakah Zubair bin al A’wam ra?

Beliau digelar hawari Rasulullah saw dan Farisul Islam. Berapa umur beliau ketika memeluk Is-

lam? Beliau berumur 15 tahun ketika memeluk Islam.. sebaya dengan usia remaja tingkatan 3!

Adakah pelajar pelajar tingkatan 3 sekarang berfikir, bermimpi, bercita-cita dan berusaha

seperti Zubair bin al A’wam?

Siapakah Talhah bin Ubaidullah ra?

Di antara anggota asasi dalam Jamaah Islam yang baru lahir di kota Mekah, sebagai seorang

tokoh da'ie, seorang pahalawan yang mahir, gagah dan ke hadapan dan seorang dermawan fi

sabililLah, sehinggakan Rasulullah saw memberi kurniaan ‘Talhah Al Khair’. Beliau hanya berusia

16 tahun ketika ia memeluk Islam.

Adakah kamu kenal Saad bin Abi Waqas ra?

Seorang sahabat yang besar….orang yang pertama darahnya mengalir kerana Islam, doanya

mustajab. Satu-satunya sahabat yang Rasulullah saw tebus dengan kedua ibubapanya, ketika

mana Rasulullah saw berkata kepada Saad bin Abi Waqas dalam peperangan Uhud "irmi Saad

fida’ka abi wa ummi" yang bermaksud "Wahai Saad panah! Ganti kamu bapaku dan ibuku" yang

diriwayatkan oleh Imam at Tarmizi. Beliau berusia 17 tahun ketika memeluk Islam.

Bersambung ke muka 10…

QUDWAH KEPADA REMAJA

3

Page 4: U DIARI KRIMDIARI KRIM L - remajaisma.files.wordpress.com€¦ · Sidang Editor Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mohd Nor Azib

P eringkat remaja merupakan suatu proses membesar dan menjadi individu matang serta

mempunyai sikap yang positif dalam pergaulan masyarakat di peringkat

dewasa. Bagi golongan kanak-kanak, mereka akan memasuki tahap remaja pada usia 13 tahun. Manakala remaja pula akan melangkah ke alam dewasa dalam lingkungan umur 19 tahun. Ini bermakna, seseorang manusia akan berada di alam remaja selama lebih kurang tujuh tahun. Di peringkat inilah remaja akan melalui pelbagai perubahan sama ada dari sudut mental, fizikal, emosi, dan personaliti. Pembentukan personaliti remaja merupakan hasil dari interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran. Faktor-faktor genetik datangnya daripada ibu bapa yang melahirkan remaja tersebut. Manakala faktor-faktor perse-kitaran terdiri daripada pengaruh rakan sebaya dan sistem sosial dalam masyarakat, corak asuhan, didikan agama dan gaya hidup. Dalam konteks ini, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-nilai akhlak serta kepercayaan remaja. Keseim-bangan beragama dengan mengisi kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan remaja muslim hen-daklah sentiasa berpandukan al-Quran dalam mencapai matlamat hidup mereka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Sesiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-Nya, rasul-rasulNya dan hari kiamat, sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (An-Nisa’ : ayat 136) Sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w., para sahabat dan tabi’en hingga kurun ketiga hijrah memperlihatkan bahawa mereka menja-lani hidup berasaskan roh Islam yang bukan sahaja berjaya membentuk mereka menjadi ‘insan rabbani’ malah berjaya menjadi benteng yang kukuh dalam melayari hidup di dunia yang penuh dengan ujian. Kehidupan Rasulullah s.a.w. sendiri baik semasa remajanya atau setelah dilantik sebagai rasul memperlihatkan kepada umat manusia bahawa baginda mempunyai akhlak dan keimanan yang tinggi yang telah memba-wanya ke maqam (kedudukan) manusia yang teragung. Pengiktirafan ini bukan sahaja dinilai oleh para sahabat baginda bahkan diakui sendi-ri oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang ber-maksud :

“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muham-mad) mempunyai akhlak yang sangat terpu-ji.” (Al-Qalam : ayat 4) Dalam konteks kehidupan yang semakin berubah hari ini, remaja muslim perlu memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu dari segi kepe-ribadian, kemahiran, penguasaan ilmu dan pengetahuan agama. Perubahan dan evolusi kehidupan masa kini sebenarnya membuka ruang yang begitu luas kepada remaja untuk menentukan dan mencorakkan apa yang mere-ka inginkan. Kemudahan teknologi masa kini telah menambah nilai sedemikian ke tahap di mana kawalan tidak lagi dapat dilakukan secara menyeluruh terutama aspek-aspek negatif yang dibawa dari kemajuan itu. Namun demikian, remaja muslim perlu menjadikan keadaan dan perubahan sedemikian bukan sebagai asas untuk mereka terjerumus ke lembah masalah sosial yang tidak mendatangkan faedah. Maka dengan sebab itulah para remaja perlu menjadikan asas-asas agama, akhlak dan menghormati ibu bapa sebagai sesuatu yang wajib untuk dipenuhi. Di samping itu, keindahan budi bahasa dan kesantunan masyarakat kita amat sesuai dijadikan sebagai pakaian dan amalan yang amat digalakkan oleh agama Islam. Budaya moden hari ini bukanlah semuanya tidak baik tetapi biarlah ianya sesua-tu yang bersesuaian dengan kehendak agama dan cara hidup kita. Jangan kita terlalu mudah untuk mengambil jalan pintas semata-mata mencari keseronokan segera yang hanya seketi-ka dapat dinikmati. Setiap remaja harus memahami tujuan mereka dilahirkan di dunia ini dengan mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah. Mereka harus mempunyai tujuan dan kesung-guhan sebagai insan yang taat dan kreatif. Matlamat hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seseorang remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang unggul, cemer-lang dan diberkati. Remaja muslim juga memerlukan kemahiran pengendalian diri kerana mereka belum mempunyai pengalaman yang cukup

MEMBENTUK PERSONALITI REMAJA

4

Soal Jawab

Soalan: Apakah pendapat syara' terhadap orang yang telah berpisah den-gan kedua ibu bapanya dengan sebab kematian yang masih belum sempat menunaikan rukun haji? Adakah anak tersebut boleh menunaikan haji untuk keduanya? Jawapan: Pada asalnya di dalam Islam setiap ibadah itu mesti dilakukan oleh orang itu sendiri, lebih-lebih lagi ibadah yang berkaitan dengan tubuh badan. Jika dia tidak sempat lakukanya sendiri maka dia boleh dilakukan oleh anak-anaknya selepas kematianya kerana terdapat sabda Nabi S.A.W, "Sesungguhnya anak-anak kamu adalah daripada usaha kamu”. Di dalam hadith yang lain berbunyi, "Apabila mati anak Adam itu maka semua ama-lanya akan terputus kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. Maka di sini menunjukkan bahawa anak soleh itu adalah penerus kepada amal orang tunya yang telah tiada, dan bolehlah bagi anak tersebut menunaikan haji untuk orang tuanya yang telah meninggal. Jika anak tersebut tidak mampu menunaikanya sendiri maka boleh juga mereka mewakilkan kepada orang lain sebagai ganti untuk orang tua mereka. Seo-rang wanita pernah bertanya Nabi S.A.W tentang ayahnya yang telah tua dan tidak mampu untuk menunggang kenderaan untuk melakukan haji, "Adakah aku boleh tunaikan haji untuknya?". Lantas baginda men-jawab, "Tunaikanlah haji untuknya". Di dalam hadith yang lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, seo-rang wanita menceritakan bahawa ibunya pernah bernazar utuk menunai-kan haji, akan tetapi ibunya mati dalam kedaan tidak sempat menunai-kannya, "Adakah aku mesti tunaikanya untuk ibuku?". Maka baginda men-jawab, "Ya tunaikanlah untuknya, adakah kamu melihat sekiranya ibumu menanggung hutang adakah kamu yang akan membayar untuknya?". Jawab wanita tadi, "Ya". Maka baginda bersabda, "Tunaikanlah haji untuk ibumu kerana hutang dengan Allah lebih utama untuk kamu mem-bayarnya". Dalam hal ini boleh bagi anak lelaki atau anak perempuan yang menunai-kan ibadah tersebut untuk ibu atau ayahnya yang telah meninggal tetapi dengan syarat pengganti itu mesti dahulu menunaikannya.

Bersama Sheikh Yusuf AlBersama Sheikh Yusuf AlBersama Sheikh Yusuf AlBersama Sheikh Yusuf Al----QardhawiQardhawiQardhawiQardhawi

9

Page 5: U DIARI KRIMDIARI KRIM L - remajaisma.files.wordpress.com€¦ · Sidang Editor Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mohd Nor Azib

Petua

Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku

dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata.

Pilih suasana yang sesuai iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun.

Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklu-mat. Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk. Akibatnya mereka mengha-dapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca. Kese-daran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pela-jar. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.

Persediaan Sebelum Membaca.Persediaan Sebelum Membaca.Persediaan Sebelum Membaca.Persediaan Sebelum Membaca. Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan

pelajar mampu membaca secara berkesan.

Pilih masa belajar yang sesuai. Waktu belajar yang paling se-suai ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan, ba-dan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang. Waktu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.

Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.

Pelbagai Cara Membaca.Pelbagai Cara Membaca.Pelbagai Cara Membaca.Pelbagai Cara Membaca. Terdapat tiga cara membaca bergantung kepada tujuan satu-satu sessi pembacaan itu dilakukan.

Membaca untuk hiburan.Membaca untuk hiburan.Membaca untuk hiburan.Membaca untuk hiburan. Membaca untuk tujuan berhibur tidak memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Bahan-bahan yang biasa dibaca ialah majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan sebagainya.

Membaca untuk mencari maklumat tertentuMembaca untuk mencari maklumat tertentuMembaca untuk mencari maklumat tertentuMembaca untuk mencari maklumat tertentu. Ada ketikanya anda membaca semata-mata untuk

mencari maklumat yang tertentu sahaja. Anda boleh membaca seimbas dan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang dicari. Anda perlu merujuk kepada isi kandungan dan indeks bagi mendapatkan maklu-mat dengan lebih cepat. Anda boleh terus membelek muka surat yang berkaitan dan memlambatkan

bacaan anda bagi menyaring maklumat yang ada.

Membaca secara kritikalMembaca secara kritikalMembaca secara kritikalMembaca secara kritikal. Membaca cara ini perlu apabila anda membaca untuk memahami konsep, istilah, logik dan sebagainya. Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul ketika menelaah mata pelajaran anda. Dengan menggunakan pendekatan ini, belajar nyata lebih seronok dan tidak membo-

sankan. Minat juga mula terbit apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca.

8

untuk memastikan diri mereka betul-betul berada di landasan yang benar. Ini kerana, zaman keremajaan banyak menyentuh pera-saan seseorang remaja sehingga menimbul-kan jiwa yang sensitif dan peka terhadap diri dan persekitarannya. Perkembangan ini ditun-jukkan dengan cepatnya pertumbuhan fizikal dan seksual. Akibat dari pertumbuhan fizikal dan seksual yang cepat itu maka timbullah pergolakan dalam diri remaja khususnya da-lam memahami hubungan antara berlainan jantina. Remaja yang merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehing-ga dia merasa perlu untuk bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya yang sebenar harus memahami bahawa ang-gapannya itu hanyalah sekadar imaginasi atau peniruan. Justeru, remaja harus bijak mengen-dalikan diri dalam menghadapi dunia yang penuh dengan aneka godaan dan dugaan ini. Hindarilah diri dari hanya mengikut kehendak hati, tapi gunakanlah fikiran agar setiap kepu-tusan yang diambil benar-benar mengikut aspirasi ibu bapa, masyarakat dan agama. Al-Quran mengemukakan penjela-san bahawa manusia terdiri dari dua unsur iaitu unsur rohani dan jasmani. Rohani diang-gap sebagai teras dan pemandu manakala jasmani sebagai kenderaan dalam melayari kehidupan di dunia ini. Inilah identiti keinsa-nan yang dijelaskan oleh al-Quran. Namun apa yang berlaku ialah berlakunya pemisahan dua unsur tersebut dalam kehidupan remaja pada hari ini dan yang lebih parah lagi berlakunya penyelewen-gan terhadap fungsi bagi kedua-dua unsur tersebut dengan menjadikan unsur jasmani sebagai alat utama dalam menjalani hidup di dunia. Akibatnya, kehidupan remaja mengala-mi pelbagai gejala yang buruk dan timbul krisis sosial yang hebat. Justeru itu, tumpuan harus diberikan kepada pembinaan rohani remaja yang meliputi asas-asas didikan agama yang sempurna. Kehidupan Rasulullah s.a.w. yang berasaskan tarbiah Islam telah menjadikan seluruh kehidupan baginda sebagai ibadat dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Keadaan

ini membawa erti bahawa nilai-nilai akhlak, peribadi, sikap, tindakan, percakapan dan wawasan hidup baginda ialah berasaskan nilai-nilai Islam yang dididik oleh Allah s.w.t. sesuai dengan kedudukan baginda sebagai kekasih Allah. Jelas sekali ketinggian peribadi Islam ini telah membawa satu perjalanan hidup yang positif. Oleh sebab itulah Rasulu-llah s.a.w. merupakan contoh teladan yang abadi di sepanjang zaman dan generasi manu-sia. Setiap manusia akan melalui pro-ses pembelajaran dalam kehidupannya. Pro-ses pembelajaran ini akan membentuk perso-naliti manusia. Menurut Imam al-Ghazali, personaliti manusia adalah berasaskan sifat-sifat kerohanian dan kejiwaan. Jiwa remaja terdapat unsur-unsur seperti hati, roh, nafsu dan akal yang mempengaruhi pemikiran mere-ka. Akal secara fizikal merupakan otak dan dari sudut kerohaniannya mempunyai kemam-puan untuk menyerap ilmu melalui organ-organ deria dan menjalani proses pembelaja-ran. Akal merupakan suatu unsur yang istimewa dalam tubuh remaja. Unsur penting dalam akal ialah ia mempunyai daya kekuatan untuk menganalisis sesuatu perkara dan menghasilkan persepsi sama ada ia suatu kebaikan atau keburukan. Manusia yang tidak berakal akan rosak personalitinya seperti orang gila. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ber-maksud : “Tidak adalah usaha seseorang seperti keuta-maan akal yang memberi petunjuk kepada tuannya itu dan mengelakkan dari jalan yang hina. Tidak sempurnalah iman seseorang dan tidak berdiri tegak agamanya sebelum akalnya itu sempurna.” Akal berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati yang boleh mem-pengaruhi atau menyucikannya dan mengham-pirkannya kepada Allah s.w.t. Menurut Imam al-Ghazali, jasad dihubungkan dengan roh melalui hati. Hati menjadi sumber kerohanian yang terpancar untuk seluruh diri manusia. Hati mengatur tingkahlaku remaja dan me-mainkan peranan penting dalam tingkahlaku mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermak-sud : “Ingatlah, dalam jasad kamu itu ada seketul daging, jika ia sihat maka sihatlah jasad selu-ruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati.”

MEMBENTUK PERSONALITI REMAJA

5

Page 6: U DIARI KRIMDIARI KRIM L - remajaisma.files.wordpress.com€¦ · Sidang Editor Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mohd Nor Azib

ASY SYAMS (MATAHARI)ASY SYAMS (MATAHARI)ASY SYAMS (MATAHARI)ASY SYAMS (MATAHARI)

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari.

Dan bulan apabila mengiringinya.

Dan siang apabila menampakkannya.

Dan malam apabila menutupinya.

Dan langit serta pembinaannya.

Dan bumi serta penghamparannya.

Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya).

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan

dan ketakwaannya.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.

Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

(Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) kerana mereka melampaui batas.

Ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka.

Lalu Rasul Allah (Saleh) berkata kepada mereka: “(Biarkanlah)

unta betina Allah dan minumannya”.

Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka,

lalu Allah menyama-ratakan mereka (dengan tanah).

Dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakan-Nya itu. 6

CINTAKAN ALLAH

Cinta muslim pada tuhannya

Ibarat air yang mengalir… tidak pernah putus Tumbuhnya cinta dari peribadi seorang muslim

Peribadi sempurna itulah benih Berdedaun kehijaun jiwa yang mulia

Berakar tunjangkan darjat kesempurnaan Berbuahkan keyakinan yang ranum

Saat itu… Manisnya iman dikecapi hati

Cinta muslim pada tuhannya Kerana kebaikan yang terserlah

Keagungan kuasa Yang Maha Besar Perlindungan penuh pengasih Dan petunjuk cahaya kebenaran

Cinta Allah

Berputikkan cahaya keimanannya Berbungakan keihsanan sifatnya Berbuahkan ketaqwaan peribadinya

Kala itu… kemantapan iman

Tiba saat cinta kepada Allah melebihi segalanya Cinta yang membuahkan kesedaran, keimanan

Jauh daripada sifat kikisan harta Atau kemewahan hidup

Nukilan: Rosidah Ali (1992)

7