nota kursus haji (ust shapizan)
DESCRIPTION
Nota Kursus Haji (Ust Shapizan)TRANSCRIPT
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
1
KURSUS HAJI & UMRAH (Di Yayasan Ta‟lim pada 7 dan 14 September 2013)
Disediakan Oleh:
Ustaz Shapizan Johari Pembimbing Haji & Umrah
Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd
Disunting Oleh:
Yayasan Ta’lim [email protected]
03-7728 2393 | 019-282 1100 (sms)
©Hakcipta adalah milik setiap Umat Islam. Boleh disebar luaskan dengan syarat menyatakan
sumber dan penulisnya.
KANDUNGAN
1. Nasihat Dan Peringatan Penting…………………………………………………2
2. Pengenalan Ringkas Ibadah Haji & Umrah (Ta‟rif, Dalil, Hukum, Rukun, Wajib
dan lain-lain)……………………………………………………………………….2
3. Ringkasan Adab-Adab Bermusafir……………………………………………...10
4. Tatacara Mengerjakan Haji & Umrah Menurut Sunnah……………………….11
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
2
1. Beberapa Nasihat Dan Peringatan Penting
a) Ikhlas; Bukan mencari gelaran, populariti atau tunjuk kekayaan
b) Meninggalkan ma‟siat dan segera bertaubat
c) Membayar hutang
d) Menulis pesanan atau amanat
e) Memastikan perbelanjaan dari sumber yang halal
f) Memilih teman yang soleh/solehah i.e amanah
g) Bersungguh-sungguh mendalami ilmu berkenaan manasik haji, umrah dan
adab perjalanan
2. Pengenalan Ringkas Ibadah Haji & Umrah
2.1 Ta’rif Haji:
Dari segi bahasa: maksud atau tujuan.
Istilah: Mengunjungi Baitullah secara khusus pada bulan-bulan haji1 dengan tujuan
untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan syarat-syarat tertentu berdasarkan
tatacara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.
2.2 Ta’rif Umrah2:
Bahasa: ziarah (kunjungan).
Istilah: Mengunjungi Baitullah secara khusus untuk beribadah kepada Allah S.W.T
dengan bertawaf di Ka‟bah (setelah berihram dari miqat), bersa‟ie di antara Safa
dan Marwah, kemudian bergunting atau mencukur rambut (bertahallul).
1 Bulan-bulan haji ialah Syawal, Dzul Qa’dah dan sepuluh hari pertama bulan Dzul Hijjah. 2 Tidak ada waktu tertentu untuk mengerjakan umrah, boleh dilakukan di bulan-bulan haji atau pun di luar
bulan tersebut.
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
3
2.3 Dalil-Dalil disyariatkan Haji & Umrah:
a. Al-Qur‟an:
وا ٱلحج وٱلعمرة وأتم “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” 3
b. Hadith:
ل غههههههههههه –صهههههههههههسل غس ههههههههههه هههههههههههس –لولههههههههههه فهههههههههههر ئول ههههههههههه ل ل هههههههههههو ل ههههههههههه ههههههههههه
: "لإل ههههههههههه لال إلههههههههههه لال لههههههههههه -صهههههههههههسل غس ههههههههههه هههههههههههس –لإل ههههههههههه لههههههههههه للصههههههههههههه ا إههههههههههههه إر لل هههههههههههههه ا إحههههههههههههه لال مح ههههههههههههه ل ر هههههههههههههو إكههههههههههههه
لل هههههههههههههههل إػا ههههههههههههههه إواصهههههههههههههههو مههههههههههههههه لل ههههههههههههههه إههههههههههههههها للو هههههههههههههههو إصهههههههههههههههو رمضههههههههههههه ال" لة ئههههههههههههه ل ههههههههههههه ة ههههههههههههه للههههههههههههه لرل ر مههههههههههههه ههههههههههههه غ ههههههههههههه ههههههههههههه
. ل لل لرل ر: هذل د ث ل صح ح -ر ر غ –للخ ب
“Sabda Nabi S.A.W dalam jawapannya kepada Jibril apabila baginda ditanya tentang
Islam, sabda S.A.W: Islam ialah bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan
Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan
haji dan umrah di Baitullah, mandi junub, menyempurnakan wudhu dan berpuasa di
bulan Ramadhan.” 4
2.4 Hukum Mengerjakan Haji dan Umrah:
Mengerjakan haji adalah WAJIB sekali seumur hidup bagi mereka yang
berkemampuan. Umrah juga hukumnya WAJIB menurut pendapat yang rajih.
3 Surah al-Baqarah:196 4 Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah dan Daruqatni dari hadith Umar bin al-Khattab r.a dan kata Daruqatni
isnadnya thabit sahih
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
4
2.5 Sejarah Haji & Umrah Yang Disyariatkan Kepada Rasulullah saw.
Pelaksanaan haji yang wajib ke atas Rasulullah saw dan umat Islam sehingga
ke hari ini telah disyariatkan pada akhir tahun ke 9 hijrah setelah turun ayat ke 97
dari Surah Ali Imran:
قام إبرٲ ت م ـ ن بي ت ـ هيمفيه ءاي ه ا وم ۥ كان ءامن ج ا ٱلن و مي ٱلبيت م ٱستطاع إليه سبيل ـ ن ٱلع ن ٱ ر ف وم ك
“Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di
antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman
tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan
mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang
kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
(tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” 5
Namun `ibadah haji hanya dapat dilaksanakan pada tahun berikutnya (10
Hijriah) kerana musim haji telah pun berlalu ketika ayat ini diturunkan.
Rasulullah saw dan para sahabat melaksanakan umrah pertama pada bulan
Dzul Qa‟dah pada tahun ke-6 hijrah. Walau bagaimana pun, mereka terhalang di
Hudaibiyah lalu bertahallul, namun dikira sebagai umrah. Rasulullah saw dan para
sahabat kemudian mengerjakan umrah berikutnya pada bulan Dzul Qa‟dah tahun 7
Hijrah iaitu umrah qadha yang merupakan umrah kedua baginda.
2.6 Syarat Wajib Menunaikan Haji & Umrah
1. Islam
2. Beraqal (tidak gila)
3. Baligh
4. Merdeka (bukan hamba)
5. Berkemampuan dari segi kewangan, fizikal, pengangkutan dan sosial
(mahram bagi wanita)
5 Surah Ali-Imran: 97
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
5
2.7 Cara Melaksanakan Haji
1) Haji Tamattu‟:
Berihram (berniat) untuk menunaikan umrah di bulan-bulan haji dan
menyelesaikan umrah (bertahallul) pada waktu-waktu tersebut. Kemudian
pada hari Tarwiyah (8 Dzulhijjah) berihram kembali dari Makkah untuk
menunaikan haji sehingga sempurna.
2) Haji Qiran:
Berihram untuk menunaikan umrah dan haji secara serentak pada bulan-
bulan haji, dan berada dalam keadaan berihram (tidak bertahallul) hingga hari
nahr (10 Dzulhijjah). Kemudian menyelesaikan semua amalan-amalan yang
berkaitan haji. Umrah dikira selesai apabila selesai haji, atau berniat umrah di
bulan-bulan haji tetapi sebelum memulakan tawaf umrah, berniat untuk
menunaikan haji.
* Bagi jamaah yang melaksanakan Haji Tamattu’ dan Qiran diwajibkan
menyembelih haiwan korban (hadyu).
3) Haji Ifrad:
Berihram haji sahaja pada bulan-bulan haji dan melaksanakan semua amalan
berkaitan dengan haji hingga selesai, kemudian baru mengerjakan umrah
setelah selesai menunaikan haji.
*Haji Ifrad tidak diwajibkan menyembelih hadyu
* Persoalan: Cara manakah yang paling utama (afdhal)?
Ringkasan pandangan ulama mazhab yang empat:
1. Hanafiyyah: Qiran afdhal dari Tamattu‟ dan Ifrad dan Tamattu‟ afdhal dari
Ifrad.
2. Malikiyah: Ifrad afdhal dari Tamattu‟ dan Qiran
3. Syafi‟iyyah: Ifrad dan Tamattu‟ afdhal dari Qiran
4. Hanabilah: Tamattu‟ afdhal dari Qiran dan Ifrad.
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
6
Pandangan yang rajih (Allah SWT lebih mengetahui) iaitu TAMATTU’
sebagaimana pandangan mazhab Hanbali.
Keterangan:
1. Allah SWT hanya menyebutkan tentang haji Tamattu‟ di dalam al-Quran:
فم تمت ع بٱلعمرة إل ٱلحج
“Maka bagi sesiapa yang ingin mengerjakan `umrah sebelum haji (di dalam bulan
haji)” 6
2. Rasulullah saw sendiri ingin melaksanakannya dengan cara tamattu‟.
3. Rasulullah saw memerintahkan para sahabatnya untuk menunaikan haji tamattu‟
dan tidaklah baginda memilih untuk para sahabatnya kecuali yang paling utama.
ل ق لل
ل م لم ى م ل ا ت ل
ل ل اك س و لن
ا غ ا ف ل
ى ئػس
غ ا ػس حو ل
س مػ ه ى فس
ه ال م ن ل
“Jikalau aku mengetahui apa yang akan terjadi pada diriku maka aku tidak akan
membawa haiwan hadyu dan aku akan jadikan ihramku ini umrah, maka barangsiapa
dari kalian yang tidak bersamanya haiwan hadyu maka hendaklah dia bertahallul dan
menjadikannya sebagai umrah” 7
2.8 Rukun Haji
Rukun ialah amalan atau perbuatan yang mesti ditunaikan dan jika
ditinggalkan sama ada sengaja ataupun tidak maka haji tidak sah.
1. Ihram (niat) ( لإل ل) 2. Wuquf di Arafah ( للولوف ػ ف) 3. Tawaf Ifadhah ( طولف لإلف) 4. Sa‟ei antara Safa dan Marwah (للصػر للصف لل ا)
6 Surah Al Baqarah: 196 7 Hadith riwayat Muslim
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
7
2.9 Wajib Haji
Wajib haji ialah amalan atau perbuatan yang wajib dilaksanakan ketika haji dan jika
ditinggalkan haji tetap sah namun dikenakan dam menurut syarat-syaratnya.
1. Berihram di Miqat
2. Mabit di Muzdalifah
3. Mabit di Mina pada hari-hari Tasyriq
4. Melontar Jamrah
5. Bergunting atau bercukur
6. Tawaf Wada‟
* Perhatian:
Selain dari perkara rukun dan wajib, semua amalan dalam haji dan umrah di
kira sebagai Sunat.
Kebanyakkan rukun dan wajib haji dilaksanakan mengikut tertib manakala
rukun umrah mesti dilaksanakan menurut tertib.
Sebahagian fuqaha meletakkan bercukur atau bergunting dan tertib sebagai
rukun.
2.10 Rukun Umrah
1. Ihram (niat)
2. Tawaf
3. Sa‟ie
4. Bergunting/bercukur
* Rukun umrah mestilah dilakukan secara TERTIB, tidak tertib dalam amalan
umrah tidak membatalkan umrah tetapi rukun itu tidak sah dan mesti diulangi
balik.
2.11 Wajib Umrah
1. Ihram di miqat
2. Meninggalkan perkara yang dilarang
* Tidak berniat di miqat dan melanggar larangan ihram diwajibkan membayar dam,
namun umrahnya sah.
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
8
2.12 Miqat (Sempadan, Batasan)
1) Miqat Zamani: iaitu batasan atau sempadan waktu untuk melakukan ibadah
haji. Sempadan waktu tersebut adalah bulan-bulan haji (Syawal, Dzul Qa‟dah, dan
10 hari pertama dari bulan Dzul Hjjah). Sebagaimana firman Allah SWT:
ت ـ عوم أشهر م ٱلحج “Haji itu pada bulan-bulan yang telah ditentukan.”8
2) Miqat Makani: iaitu sebuah tempat yang telah ditentukan dalam syariat, untuk
memulakan niat ihram haji dan umrah.
Miqat Makani ada lima:
(a) Qarn al-Manazil
Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan
sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jamaah Malaysia
yang terus ke Makkah apabila mendarat di Jeddah.
(b) Dzul Hulaifah (disebut juga sebagai Bir Ali)
Lebih kurang 10km dari bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah.
Miqat ini adalah untuk jemaah Malaysia yang terus ke Madinah dan dari sana
berniat ihram sebelum bergerak menuju Makkah. Ia juga menjadi Miqat untuk
penduduk bandar Madinah itu sendiri.
(c) Yalamlam
Sekarang dinamakan Al-Sa’diyyah, yang jaraknya lebih kurang 120 km dari kota
Makkah (jika diukur melalui jalur selatan Tihamah). Ini adalah miqat penduduk
negara Yaman
(d) Al-Juhfah
Lebih kurang 190km dari Makkah. Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria),
Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
(e) Zat ‘Irqin
Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.
8 Surah Al Baqarah: 197
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
9
Peta kawasan Miqat Makani
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
10
3. Ringkasan Adab- Adab Bermusafir
Antara lain:
a. Berdoa ketika meninggalkan/keluar rumah
س ل للسس ل لغوذ م لال ل و ل ل و ل لز ل لز ل لظ
لظ
لئ و ل و غسر
b. Mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga, saudara mara dan sahabat.
ذي إض ع دل ػ لل ل اودغم للس
Keluarga, saudara atau sahabat pula harus mengucapkan
د ن لم نان ةولإ لغ لن ل اودع للس
c. Dilarang membawa anjing dan loceng
ل غ غس س ل للس صس ر ه ا لال ر و للس إصحب " : ل
ب ئ س ن رفك ف هس
" لل
d. Sunat bermusafir pada pagi hari Khamis
خ ج هػب م لم ل غ غس س ل للس صس ه ال ر و للس لس
خ س و لل
فر ف
e. Berdoa apabila menaiki kenderaan
ه ال ذل ل اوى ل غ لال غس س ل للس صس لال ر و للس غسث ث ل غ
ث ل ف ه
" : سل ػ ه ة رئ ل
ل ذي خ
ح ال لل
م فر ن نص ل كس وال للس
ل ل ر
مك ن ن ل
هذل م ه ل
كوى للاال غس ف ن ف ن هذل لل هو
ػ و م إ ل للس م لل
هو خس ف فر ل
ف لل لنل للص ب فر للص و غ ػ ه للس
هذل لط
ظ للف ه ر لغوذ م م غث للص ن
كسب للس و لل
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
11
وال إ وال هو ذل رئع ل : " ه زلد ف ل
ل
فر لل
م ال . " غ ال ل
f. Bertakbir ketika sampai di tempat tinggi dan bertasbih ketika turun
ئ غ غ ل غ للس ن " : ر ر للس ه ذل صػ ن ه ح
. " ذل ن ل
g. Melantik ketua jika bermusafir 3 orang atau lebih
خ ري غ غس ل ر ػ لل ل للس صس ل لال ر و للس ذل " : س
ل ل ه مث فر ف فس
. " ة ج ث
h. Wanita MESTI mempunyai mahram
ل ر ه ا غ غس س ل للس ر صس غ ل : ل لل " : ر ر للس حو م لا إ
س
س لة لال إص ف مص ا و ل
و ل
لل م لس
مػ م
4. Pelaksanaan Ibadah Haji & Umrah Menurut Manasik
Rasulullah SAW
Apabila seseorang itu ingin melaksanakan haji atau umrah, maka sunat melakukan
amalan-amalan berikut sebelum berihram (niat):
o mencukur bulu kemaluan
o menipiskan misai
o memotong kuku
o mencabut bulu ketiak
o mandi
o memakai wangi-wangian di badan
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
12
Pakaian Ihram
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
13
1 - NIAT IHRAM (RUKUN)
Definisi: berniat ihram untuk umrah, haji atau umrah dan haji sekaligus dengan
menyebut lafaz-lafaz berikut:
م غ ا ل
"Kusambut panggilanMu untuk melakukan umrah"
م ل
"Kusambut panggilanMu untuk melakukan haji"
م غ ا ل
"Kusambut panggilanMu untuk melakukan umrah dan haji"
* Sunat berihram selepas solat dan apabila sudah berada di atas kenderaan
sebagaimana Nabi S.A.W berihram setelah solat Zohor dan berada di atas kenderaan
baginda ketika hajjatul wada’. Boleh juga berihram selepas solat fardhu yang lain atau
solat sunat seperti solat sunat wudhu. Ini bergantung kepada waktu kita berada di
miqat.
Bagi mereka yang bimbang tidak dapat melaksanakan ibadah umrah hingga
selesai, terdapat keharusan untuk kita (isytirat atau istisna') bersyarat atau
berkecuali ketika mahu berniat ihram agar kita selamat daripada sebarang denda
jika kita terpaksa meninggalkan ihram dalam keadaan-keadaan tertentu seperti
sakit, haidh (bagi wanita),dihalang atau tersekat, Maksudnya, para jamaah umrah
atau haji membatalkan umrahnya atau hajinya jika darurat tanpa dikenakan apa-apa
denda. Para jamaah dianjurkan untuk menyebut bersama niat ihram mereka:
ر صا ر ال ص ر س ف حسMaksudnya: Jika berlaku sesuatu yang menghalangku (daripada menyelesaikan
ibadah ini) maka tempat tahallulku ketika aku terhalang.
** Perhatian!!! Jamaah dingatkan agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan niat
bersyarat ini jika tidak berhadapan dengan situasi-situasi yang dinyatakan di atas.
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
14
Kemudian disusuli dengan Talbiyah:
م ػ ل ح لل
م ال لل
م ل م ش م ل
م ل
ل م للس
ل
م ش سم لل
م ل
“Kusambut panggilanMu Ya Allah, ku sambut panggilanMu tiada sekutu bagiMu, ku
sambut panggilanMu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan hanyalah
milikMu tiada sekutu bagiMu.”
Perbanyakkan bacaan talbiyah ini dengan suara yang lantang (bagi lelaki
sahaja, manakala wanita tidak dibolehkan (makruh) mengeraskan talbiyahnya),
sepanjang perjalanan ke Makkah, dan berhenti dari talbiyah ketika menjelang tawaf.
Para jamaah hendaklah bertalbiyah secara bersendirian tanpa perlu menunggu
untuk dipimpin oleh mutawwif.
Larangan Ihram (WAJIB)
Larangan bagi Lelaki dan Perempuan:
1. Tidak boleh menggunting atau mencukur rambut
2. Tidak boleh memotong kuku
3. Tidak boleh memakai wangi-wangian baik pada tubuh ataupun kain ihram.
Tidak mengapa jka ada bekas wangian yang dikenakan sebelum niat ihram.
4. Tidak boleh meminang, menikah, atau pun menikahkan
5. Melakukan hubungan suami isteri (berjima‟)
6. Tidak boleh berburu atau pun membantu orang yang berburu.
7. Tidak boleh mencabut atau memotong tanaman yang ada di tanah suci.
Larangan Khusus Bagi Lelaki:
1. Tidak boleh menutup kepala dengan sesuatu yang menyentuh (kepala
tersebut)
2. Tidak boleh memakai pakaian yang berjahit seperti baju, serban, seluar dan
sebagainya
Larangan Khusus Bagi Wanita:
Wanita tidak boleh menutup muka dan memakai sarung tangan.
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
15
Perkara yang dibolehkan ketika Ihram:
i. Memakai sandal, capal dan tali pinggang
ii. Menukar atau mengganti kain ihram bagi lelaki atau pakaian lain bagi wanita
iii. Boleh mandi atau membersihkan dirinya, termasuklah mencuci kepalanya
iv. Dibolehkan mencium benda-benda yang wangi atau wangi-wangian walaupun
dilarang memakainya.
v. Bernaung di bawah bangunan, khemah, pokok atau payung
vi. Dibolehkan menyikat rambut, menggaru kepala (rambut) atau janggut walaupun
ada beberapa helai yang gugur atau tercabut, kerana bukan bertujuan untuk
mencabutnya.
vii. Dibolehkan berbekam walaupun terpaksa memotong sedikit dari rambutnya
viii. Dibolehkan mencabut atau memotong kuku yang patah.
2 - TAWAF Definisi: mengelilingi Ka‟bah sebanyak 7 keliling bermula dari penjuru Hajar Aswad
dan berakhir di sudut yang sama berdasarkan syarat-syarat tertentu.
- Tawaf Umrah bagi Tamattu‟ (rukun) & Tawaf Qudum bagi Ifrad dan Qiran
(sunat)
- Bila tiba di Masjidil Haram maka hendaklah dipastikan telah berwudhu dan aurat
tertutup dengan sempurna
- Masuk dengan mendahulukan kaki kanan dan membaca doa masuk masjid.
Contoh doa:
ئ , ال لل ك م للل ن لل
ن س
ػظ وئ لل
لل لغوذ لس لفاح لر ل ولب ر ام للس
- Sebaik melihat ka‟bah, dibaca doa berikut:
نل للص م م للص فح ر لص للس ل
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
16
- Selempangkan pakaian atas ke bawah ketiak kanan, dengan menjadikan bahu
kanan terbuka dan bahu kiri tertutup (ل ع idhtiba‟). Lihat gambar dibawah.
- Tidak ditunaikan Solat Tahiyat al-masjid sebaik masuk ke dalam Masjid al-Haram
jika masuk dengan tujuan untuk bertawaf. Tawaf ialah pengganti kepada Solat
Tahiyat al-Masjid
- Namun boleh ditunaikan apabila masuk dengan tujuan-tujuan yang lain. Contoh:
masuk untuk solat lima waktu.
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
17
- Bila berada pada posisi menghadap Hajar Aswad, isyaratkan tangan kanan ke arahnya dan mengucapkan ه
ه atau ل
tangan tersebut tidak perlu) ص ل
dicium)
Hajar Aswad
- Kemudian berjalan mulai dari Hajar Aswad mengelilingi Ka‟bah sebanyak 7
putaran/keliling dengan posisi Ka‟bah di sebelah kiri. Dari Hajar Aswad sampai ke
Hajar Aswad, dikira 1 putaran.
- Hendaklah berjalan dengan cepat di tiga pusingan (raml) bagi lelaki dan berjalan
seperti biasa dipusingan keempat sehingga pusingan terakhir.
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
18
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
19
*** Perhatian:
Sunnah mencium Hajar Aswad apabila sampai kepadanya (namun berebut-
rebut, mendesak atau berasak-asak untuk mencium Hajar Aswad adalah
dilarang)
Tiada doa khusus dibaca ketika mencium
Boleh menyentuh dengan sesuatu (seperti dengan tongkat) atau juga
memberi isyarat dengan tangan kanan jika tidak dapat menyentuh atau
menciumnya (istilam).
Termasuk sunnah juga ialah menyentuh atau mengusap rukun Yamani jika ada
ruang untuk melakukannya
Tidak disunnahkan mencium atau memberi isyarat dengan tangan setiap kali
melintasinya jika tidak dapat menyentuh atau mengusapnya
Setiap kali sampai di Hajar Aswad, hendaklah bertakbir, iaitu dengan mengucapkan:
لهلل له Allah Maha Besar.
Tiada bacaan khusus yang diwajibkan semasa tawaf mahu pun sai‟e. Berdoa semasa
tawaf adalah sunat, bukan wajib, sama ada semasa mengerjakan tawaf wajib atau
tawaf sunnah.
Boleh dibaca apa sahaja yang diinginkan termasuk membaca ayat-ayat al-Qur‟an,
selawat, doa dan zikir (afdhalnya yang sahih atau ma’tsur dari Rasulullah S.A.W)
sebagaimana keumuman hadis di bawah ini:
ر إل ا رمر لل
ف لل ػر للص ل للص
ولف ل ئػو لل ل م ن
ذه
“Sesungguhnya dijadikan tawaf di sekeliling Baitullah, sa’i di antara Safa dan Marwah
dan melontar Jamrah adalah untuk mengingati (berdoa kepada) Allah”. 9
9 Hadith riwayat Ahmad dan Abu Daud
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
20
Sebagai panduan jamaah, berikut dinyatakan beberapa contoh doa dan zikir untuk
dibaca ketika tawaf:
1.Ketika istilam Hajar Aswad
للس ن م إص ك نها م لإ ع ن م 2. Ketika raml pada 3 pusingan yang pertama
للس لئػس م رل ذن موفورل ػ ملنورل
*Bacaan ayat-ayat al-Qur’an, doa, zikir dan selawat boleh diteruskan pada baki 4
pusingan yang terakhir.
- Kecuali apabila sampai diantara Rukun Yamani dan Hajar Aswad, disunnahkan
membaca doa:
إ ل ة ا ص ر
ن ص فر ل ل غذلب لل ر فر لل
- Tidak sah tawaf apabila masuk (melalui/melintasi) Hijr Ismail/al-Hatim (lihat gambar
di bawah).
Hijr Ismail/Al-Hatim
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
21
- Bila berlaku keraguan tentang jumlah putaran tawaf, maka ambillah kiraan yang
paling sedikit.
- Sekiranya wudhu‟ terbatal, maka tawaf juga terbatal. Dikehendaki keluar
berwudhu‟ dan kembali menyempurnakan tawaf10
3 - SOLAT DI BELAKANG MAQAM IBRAHIM DAN MINUM
AIR ZAMZAM (SUNAT)
Maqam Ibrahim
- Selesai Tawaf, tutup kembali bahu kanan dengan pakaian atas dan berjalan
menuju ke Maqam Ibrahim sambil membaca:
ـم مص ه قام إبرٲ وا م م وٱت خذ 11 “..dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang..”
10 Tawaf termasuk dalam hukum solat 11 Surah Al Baqarah: 125
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
22
- Kemudian lakukan solat dua rakaat sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim
(tempat berdirinya Nabi Ibrahim ketika membangunkan Ka‟bah). Jika tidak
mendapat tempat di belakang Maqam Ibrahim (disebabkan kesesakan) maka boleh
solat di mana-mana bahagian dalam Masjidil Haram.
- Disunnahkan pada rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah dan Al-Kafirun dan
pada rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas.
- Kemudian minumlah air zam-zam dalam keadaan berdiri dan siramkan
sebahagiannya di kepala.
Air Zam Zam
4 - SA’IE (RUKUN)
- Definisi: berjalan secara ulang alik di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah
menurut syarat-syaratnya.
- Sa‟ie Umrah bagi Tamattu‟
- Sa‟ie Haji bagi Ifrad dan Qiran (* boleh ditunda setelah selesai Tawaf
Ifadhah)
*Bagi yang mengerjakan Haji Ifrad dan Qiran boleh memilih sama ada untuk
meneruskan sa’ie haji selepas tawaf Qudum atau menetapkan diri dalam ihram.
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
23
Setelah selesai minum air zamzam, jamaah akan bergerak ke Bukit Safa untuk
bersa‟i. Semasa mendaki Bukit Safa sunnnah membaca:
ا وٱلمروة م شعاٮ ر ٱ يه إن ٱلص نا ج ٱلبيت أو ٱتمر فل فم ف بهما شاكر يم أن يط و ن ٱ يرا ف ع وم تطو
“Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang)
agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau
mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-
alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan,
maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui”12
Diikuti dengan bacaan berikut:
ل ل ل
“Aku memulai (Sa’ie) dengan apa yang dimulai oleh Allah (iaitu bermula dari Safa
dahulu kemudian ke Marwah).”
Kemudian menghadap ke arah Ka‟bah (dalam keadaan posisi di Bukit Safa) dan
membaca:
م له له له س لل ل ل ه ش م ل
ر ل هو غسل هو شر ل ل ه لن ح ح هه لل ل
لب ه غ ه نص غ ه ه ل
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tidak ada yang berhak
disembah kecuali Allah tiada sekutu bagiNya, hanya milikNya segala kerajaan dan
pujian, Zat yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan serta Maha Kuasa atas
segala sesuatu. Tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah semata-mata, yang telah
menepati janjiNya, memenangkan hambaNya dan menghancurkan bala tentara kafir
tanpa bantuan sesiapa pun.”
- Dibaca sebanyak 3 kali. Setiap kali selesai dari salah satunya, disunnahkan untuk
berdoa memohon kepada Allah S.W.T segala apa yang diinginkan.
12 Surah Al Baqarah: 158
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
24
SA’IE
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
25
Bukit Safa
Bukit Marwah
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
26
- Setelah itu turun dan bergerak menuju Bukit Marwah, dan ketika melalui antara
dua tanda hijau (lihat gambar di bawah) percepatkan perjalanan (wanita tidak
disyariatkan)
- Tiba di Marwah lakukanlah seperti apa yang dilakukan di Safa. Saie dilakukan
sebanyak 7 kali, dimulai dari Safa dan diakhiri di Marwah. (Safa ke Marwah dikira
satu perjalanan, begitu juga dari Marwah ke Safa dan seterusnya)
- Disunnahkan memperbanyakkan zikir dan doa yang mudah bagi kita sepanjang
perjalanan antara dua bukit tersebut. Contoh bacaan:
ه م لنل ل غ ل رب لغف لر ن
- Sa‟ie tidak mensyaratkan bersuci dan sa‟ie sah namun sunat bersa‟ie dalam
keadaan suci.
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
27
5 - BERTAHALLUL DENGAN MEMENDEKKAN RAMBUT @
BERCUKUR - Selesai Sa‟ie, jamaah yang mengerjakan Haji Tamattu‟ akan bertahallul iaitu
menggunting atau mencukur rambut kepala secara merata (bagi lelaki) dan bagi
wanita dengan memotong sepanjang ruas jari dari rambut yang telah disatukan.
- Bagi jamaah lelaki dianjurkan untuk memendekkan sahaja rambut sekiranya
waktu haji sudah hampir supaya bercukur bersih dapat dilakukan untuk tahallul
haji.
- Apabila sudah bertahallul maka sempurnalah ibadah umrah dan dibolehkan segala
mahzhuratil Ihram (larangan ketika berihram).
- Bagi yang mengerjakan Haji Qiran dan Ifrad, mereka tidak bertahallul selepas
sa‟ei dan tetap berada dalam keadaan ihram dan menjaga larangannya.
Bercukur
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
28
6 - HARI TARWIYYAH (8 Dzulhijjah) - Bagi yang mengerjakan Haji Tamattu‟ dikehendaki memakai pakaian ihram semula
(amalannya sama seperti ketika ihram umrah dahulu). Adapun bagi Haji Ifrad dan
Qiran, jamaah telah pun berada dalam keadaan ihram sebelumnya.
- Berniat ihram haji (bagi Tamattu’) di tempat tinggal di Makkah (hotel) dengan
mengucapkan:
م ل
“Kusambut panggilanMu untuk melakukan ibadah haji.”
- Larangan ihram berkuatkuasa kembali
- Kemudian disusuli dengan Talbiyah
- Kemudian berangkat menuju ke Mina untuk mabit (bermalam) di sana.
- Sunat memperbanyakkan talbiyah hingga menjelang waktu melontar Jamrah
Aqabah - Di Mina tunaikan solat-solat yang 4 rakaat (Zohor, Asar, dan „Isya‟) menjadi 2
rakaat (qasar) dan dikerjakan pada waktunya masing-masing (tanpa jama‟).
Mina
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
29
7 - WUQUF DI ARAFAH (9 Dzulhijjah)
- Berangkat dari Mina menuju ke Arafah setelah matahari terbit
- Sunnah singgah di Masjid Namirah sampai tergelincir matahari
- Mendengar Khutbah Arafah
- Selesai khutbah, tunaikan solat Zohor dan Asar secara qasar dan jama‟ (jama‟
taqdim)
- Meneruskan wuquf; mengadap kiblat dan Jabal Arafah (kalau berada dari arah
timur), atau memadai hanya mengadap qiblat
*** Perhatian:
- Manfaatkan waktu di Arafah dengan memperbanyakkan doa dan zikir sambil
menghadap qiblat dan mengangkat tangan ke langit. Sebaik-baik bacaan yang dibaca
pada hari itu adalah:
ح هو غسل هو للم ل س لل ل ه ش م ل
ل
شر ل “Tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah tiada sekutu bagiNya, hanya milikNya
segala kerajaan dan pujian, dan Dia adalah Zat yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
- Boleh juga bertalbiyah dan membaca al-Qur‟an
- Amalan-amalan di atas dilakukan hingga matahari terbenam
- Tidak disunnahkan berpuasa arafah bagi mereka yang menunaikan haji.
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
30
Arafah
Masjid Namirah
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
31
8 - BERANGKAT KE MUZDALIFAH UNTUK BERMALAM
(Malam ke 10 Dzulhijjah)
- Berangkat menuju Muzdalifah sambil melaungkan talbiyah.
- Tiba di Muzdalifah, tunaikan solat Maghrib dan „Isya di waktu „Isya (jama‟ ta`khir)
dan diqasar (Maghrib 3 rakaat, „Isya 2 rakaat), dengan satu azan dan dua iqamah.
Kemudian bermalam di sana hingga waktu Subuh.
- Manfaatkan malam di Muzdalifah untuk berehat dan tidak disunnahkan
menghidupkannya
- Selesai mengerjakan solat Subuh (sebaiknya solat di masjid Masya’ir al-Haram) ,
perbanyakkan doa dan zikir sambil menghadap kiblat dan mengangkat kedua
tangan, hingga hari nampak mulai terang (sebelum matahari terbit).
- Dianjurkan mengutip 7 biji batu untuk melontar Jamrah Aqabah sebelum
meninggalkan Masya’ir al-Haram
Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
32
9 - KEMBALI KE MINA (10 Dzulhijjah/Eid al-Adha)
- Bertolak dari Muzdalifah ke Mina apabila matahari terbit
- Sunnah memperbanyakkan talbiyah
- Mempercepatkan perjalanan apabila tiba di Lembah Muhassir.
- Berhenti talbiyah apabila sampai ke tempat melontar (Jamrah Aqabah)
- Terus melontar di Jamrah Aqabah dengan 7 biji batu; satu demi satu sambil
membaca “ ه هلل ل ”ل
- Sunnah melontar dari tengah jamrah dengan posisi arah Kaabah di sebelah kiri
dan Mina di sebelah kanan
- Sah melontar dari arah mana sekalipun dengan syarat batu yang dilontar jatuh ke
dalam jamrah
- Selesai melontar, sembelih Hadyu (haiwan qurban), sunat makan sebahagian
dagingnya serta sedeqahkan kepada orang yang faqir bahagian selebihnya.
- Waktu menyembelih adalah pada Hari Nahr (10 Dzulhijjah dan hari-hari tasyriq)
- Penyembelihan juga boleh diwakilkan kepada petugas rasmi pemerintah Arab
Saudi yang ada di Makkah dan sekitarnya atau pihak pengelola haji dari tanah air.
- Apabila tidak mampu membeli atau menyembelih haiwan qurban, maka wajib
puasa tiga hari di hari-hari haji (afdhal dilakukan sebelum 9 Dzulhijjah/hari Arafah)
dan tujuh hari setelah pulang ke kampung halaman.
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
33
Tempat melontar (Jamrah Aqabah)
Jarak antara Mekah, Mina, Muzdalifah dan Arafah
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
34
10 - TAHALLUL AWAL
- Selesai penyembelihan jamaah akan bercukur atau memendekkan rambut; afdhal
bercukur (Rasulullah mendoakan 3X untuk mereka yang bercukur dan sekali untuk
yang memendekkan rambut)
- Selesai bercukur, dihalalkan larangan bagi orang yang berihram kecuali “bersama”
dengan isterinya.
11 - TAWAF IFADHAH, SA’IE DAN TAHALLUL THANI
- Setelah mendapat Tahallul Awal, pakai pakaian biasa dan wangi-wangian
kemudian bertolak ke Makkah (Masjid al-Haram)
- Sempurnakan Tawaf Ifadhah (Tawaf Haji)(tiada raml pada tiga pusingan pertama)
- Selesai Tawaf, lakukan solat 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim dan minum air
zamzam.
- Teruskan dengan Sa‟ie (Sa‟ie Haji) termasuk yang mengerjakan haji Qiran dan
Ifrad yang belum bersa‟ei. Selesai Sa‟ie, maka dapatlah Tahallul Thani dan semua
larangan ihram dibolehkan termasuk “bersama” dengan isteri.
* Afdhal bagi para jamaah ialah melakukan keempat-empat amalan haji pada 10
Dzulhijjah (Hari Nahr) secara berurutan:
1. Melontar Jamrah Aqabah
2. Menyembelih haiwan qurban
3. Mencukur bersih rambut
4. Melakukan Tawaf Ifadhah dan diikuti Sa‟ie
Namun jika mendahulukan atau mengakhirkan salah satu dari yang lain, amalan
tersebut dikira sah
Kesempurnaan tahallul (Tahallul Thani) diperolehi setelah melakukan tiga amalan
berikut:
1. Melontar Jamrah Aqabah
2. Bercukur bersih
3. Tawaf Ifadah serta Sai‟e
Jika hanya dua dari tiga amalan di atas, maka jamaah hanya mendapat Tahallul
Awal.
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
35
12 - MABIT DI MINA PADA HARI TASYRIQ (11, 12 &13
Dzulhijjah)
Setelah melakukan Tawaf Ifadhah dan Sa‟ie pada 10 Dzulhijjah, kembali semula ke
Mina untuk mabit (bermalam) pada 11, 12 dan 13 Dzulhijjah (hari-hari tasyriq).
Selama dalam tempoh berada di Mina, jamaah akan melakukan lontaran pada 3
jamrah iaitu Sughra, Wusta, dan Aqabah (Kubra). Lontaran jamrah pada hari-hari
tersebut dimulai setelah tergelincirnya matahari (masuk waktu Zohor) dan
tempohnya hingga waktu malam.
Tatacara Melontar Ketiga-tiga Jamrah:
Pastikan ada 21 biji batu
Kemudian bergerak ke Jamrah Sughra dan lontarkan ke arahnya 7 biji batu
(satu demi satu) dengan bertakbir pada setiap kali lontaran. Pastikan
lontaran tersebut masuk ke dalam sasaran. Bila ternyata tidak masuk, maka
ulangi lontaran tersebut walaupun dengan batu yang didapati di sekitarnya
Setelah selesai, bergerak sedikit ke arah kanan, lalu berdiri menghadap qiblat
dan angkat kedua tangan untuk memohon (berdoa) kepada Allah SWT
segala yang diinginkan.
Kemudian terus menuju Jamrah Wusta. Tiba di Jamrah Wusta, lakukan
seperti yang dilakukan di Jamrah Sughra. Setelah selesai, bergerak sedikit ke
arah kiri, berdiri menghadap qiblat, dan angkat kedua tangan untuk
memohon (berdoa) kepada Allah SWT.
Seterusnya bergerak menuju Jamrah Aqabah (Kubra) dan apabila tiba di
Jamrah Aqabah, lakukan seperti apa yang dilakukan di Jamrah Sughra dan
Wusta.
Setelah selesai, tinggalkan Jamrah Aqabah tanpa melakukan sebarang
pergerakan ke kiri atau ke kanan dan tiada doa di baca di sini.
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
36
Nafar Awal dan Nafar Thani
Setelah melontar jamrah pada hari 11 dan 12 Dzulhijjah, bagi yang ingin
meninggalkan Mina, harus keluar sebelum matahari terbenam (Nafar Awal)
Namun jika matahari telah terbenam dan masih berada di Mina, maka wajib untuk
bermalam lagi dan melontar 3 jamrah di hari ke-13 (afdhal adalah mabit 3 malam di
Mina (Nafar Thani)
Dengan selesainya lontaran 3 jamrah pada hari-hari tersebut (baik mengambil
Nafar Awal ataupun Nafar Thani), bermakna telah selesai kewajipan mabit di Mina
dan jamaah boleh meninggalkan Mina untuk kembali ke hotel atau maktab masing-
masing di Makkah.
13 - TAWAF WADA’: Hukumnya wajib ketika haji, siapa yang tidak melakukan Tawaf Wada‟ maka
dikenakan dam ke atasnya.
Hukum sunat bagi umrah namum para jemaah dianjurkan untuk
melakukannya berdasarkan keumuman hadith yang diucapkan oleh
Rasulullah ketika haji wada‟ seperti yang diriwayatkan dari Ibn Abbas R.A:
ل ة غ ه ل
ل نوال ل ف ال ل ا
“Jangan seorang pun balik sehingga menjadikan akhir perbuatannya ialah (tawaf) di
Kaabah”13
- Tawaf dengan pakaian biasa (tak perlu pakai kain ihram), 7 pusingan dan diakhiri
dengan solat sunat 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim.
- Kewajipan ini gugur ke atas wanita yang haidh dan nifas; tidak perlu ke Masjid al-
Haram dan mengintai dari pintu serta melambai-lambai tangan sebagai wada‟
- Selesai tawaf, berjalan menuju ke pintu masjid untuk keluar dan tidak perlu
berjalan dengan cara mengundur.
13 Hadith riwayat Muslim
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
37
Beberapa Permasalahan Khusus bagi Wanita
1. Wanita yang haidh dan nifas boleh berniat ihram kerana tidak disyaratkan
bersuci
2. Boleh memakai apa saja pakaian dengan syarat tidak ada perhiasan, tidak
menyerupai lelaki, tidak ketat hingga menampakkan bentuk tubuh. Tidak
juga disyaratkan warna-warna tertentu.
3. Bertalbiyah hanya dengan qadar suara yang hanya didengari diri sendiri
4. Tiada raml (berlari-lari anak) bagi wanita ketika tawaf dan sa‟ie
5. Semua amalan manasik umrah dilakukan oleh wanita yang haidh kecuali
tawaf dan solat
6. Sekiranya datang haidh sebelum tawaf, maka tidak dibenarkan tawaf dan
sa‟ie, tetapi jika datang haidh selepas tawaf, boleh meneruskan sa‟ie
7. Tidak boleh bagi wanita menutup muka
8. Wanita haidh dan nifas tidak dilarang membaca al-Qur‟an, berzikir atau
berdoa. Namun dilarang menyentuh al-Qur‟an
9. Diharuskan mengambil ubat atau suntikan menangguh haidh. Namun
dilakukan atas nasihat doktor dan tidak mendatangkan mudharat
Penutup Sabda Nabi sallallahu „alaihi wa sallam:
ئ ل س ل ر ل
ح للف را ل لل ػ ا هه
ل للػ ا ل
لل
لل
“Antara satu umrah dengan umrah berikutnya merupakan penebus dosa-dosa yang ada
di antara keduanya, dan haji mabrur itu tidak ada balasan baginya kecuali Al-Jannah.”14
14 Hadith riwayat Muslim
NOTA KURSUS HAJI INTENSIF[ ] September 14, 2013
38
Senarai Rujukan
1. Al-Albani, Muhammad Nasiruddin, Haji Dan Umrah Mengikut Sunnah
Rasulullah S.A.W, Terjemahan Uthman Mahrus dan Endy Muhammad
Astiwara, Cetakan ke 2, 2001, Perniagaan Jahabersa.
2. Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, م مص و للح للػ ا لل را للاحك ق لإل ض ح لنهث
Kementerian Urusan Keislaman, Wakaf, Dakwah dan Penyuluhan, Kerajaan
Arab Saudi 1428H
3. Al-Utsaimin, Muhammad Saleh, Manasik Haji Dan Umrah Dan Beberapa
Kesalahan Yang Dilakukan Sebahagian Jama‟ah, Ter. Aman Nader Saleh (E-
book)
4. Mandili, Muhammad Abdul Qadir, Haji: Penjelasan Beberapa Kesilapan
Jemaah Haji, Cetakan 1, 1997, Perniagaan Jahabersa.
5. Al-Jibrin, Abdullah bin Abdul Rahman, Sifat Al-Haj (E-book)
6. Al-Shalhub, Fuad, Adab al-Safar, Dar al-Qasim, Riyadh.
7. http://www.hajinformation.com/
8. http://hajj.al-islam.com/
9. http://www.asysyariah.com/
رك ف ن