tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin

6
JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669 JURNAL PENDIDIKAN (III) TZ20106b : ISU ISU PENILAIAN 1.0 PENGENALAN JURNAL : ISU ISU PENILAIAN Serentak dengan pengisytiharan FPN, sistem pendidikan negara beranjak daripada sistem yang lebih berpusat pada pencapaian akademik kepada sistem yang berpusat pada pembinaan sahsiah secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kurikulum Bersepadu diperkenalkan dan menjadi tunjang sistem pendidikan negara. Transformasi itu merupakan pelaksanaan yang berdasarkan Laporan Kabinet Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang terbit pada tahun 1979. Ramai orang awam sependapat dalam pemansuhan ini, dan kebanyakkannya memberikan respon terhadap UPSR dan PMR di mana penggunaan sijil yang terhad untuk memohon sebarang pekerjaan. “ Ibu Bapa Pedalaman Setuju Mansuh UPSR, PMR KENINGAU: Rata-rata ibu bapa di kawasan pedalaman bersetuju terhadap cadangan pemansuhan, Ujian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tetapi menegaskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih diperlukan. (www.keningaukini.com )” Pelajar yang berlatar belakangkan keluarga yang kurang mampu dan mendesak mereka bersekolah setakat peringkat rendah sama ada UPSR atau PMR tidak mempunyai banyak kelayakan untuk mendapatkan pekerjaan walaupun pencapaian akademik dalam penilaian rendah itu adalah baik. Hakikatnya, mereka hanya dapat menyara kehidupan dengan mengikut jejak orang tuanya. Pemansuhan UPSR dan PMR tidak banyak mempengaruhi dalam menilai tahap penguasaan pelajar secara menyeluruh pada tahun-tahun pelajar tersebut bersekolah. Kebanyakkan pelajar yang cemerlang dalam UPSR atau PMR tidak dapat mengekalkan kecemerlangan tersebut atas sebab perubahan aras dalam item soalan, perubahan diri pelajar mahupun permasalahan luar dan dalam pelajar. Pada masa kini, ibu bapa seakan-akan berlumba-lumba dan mendesak anak-anak mereka untuk mendapatkan gred terbaik dalam UPSR dan PMR tanpa melihat kesan-kesan negative yang boleh mempengaruhi pelajar disebabkan tekanan tersebut. Kesan yang paling ketara apabila pelajar menunjukkan tiada minat dalam pembelajaran di peringkat SPM dan secara langsung mendorong pelajar tersebut gagal. Selain itu, tekanan dari pihak sekolah untuk mencapai reputasi baik dalam pemerolehan data sekolah yang terbaik sedikit sebanyak memfokuskan ke arah akademik semata-mata tanpa mengambilkira masalah pelajar tersebut. Harapan yang tinggi menggunung terhadap pelajar tersebut boleh menyebabkan kegagalan jika pelajar tidak mampu untuk mengangkat subjek-subjek yang mencabar. Oleh kerana keputusan peperiksaan terlalu dititikberatkan, kebanyakan sekolah rendah akan memberi sumber daya yang lebih banyak kepada pelajar yang berprestasi tinggi, akibatnya pelajar yang kurang maju diabaikan. Masalah golongan yang diabaikan ini menjadi semakin teruk, menyebabkan peratusan yang tinggi antara mereka berhenti sekolah apabila sampai pada peringkat sekolah menengah.

Upload: jenry-saiparudin

Post on 30-Jun-2015

690 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669

JURNAL PENDIDIKAN (III) TZ20106b : ISU – ISU PENILAIAN

1.0 PENGENALAN JURNAL : ISU – ISU PENILAIAN

Serentak dengan pengisytiharan FPN, sistem pendidikan negara beranjak daripada sistem yang lebih berpusat pada pencapaian akademik kepada sistem yang berpusat pada pembinaan sahsiah secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kurikulum Bersepadu diperkenalkan dan menjadi tunjang sistem pendidikan negara. Transformasi itu merupakan pelaksanaan yang berdasarkan Laporan Kabinet Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang terbit pada tahun 1979.

Ramai orang awam sependapat dalam pemansuhan ini, dan kebanyakkannya memberikan respon terhadap UPSR dan PMR di mana penggunaan sijil yang terhad untuk memohon sebarang pekerjaan.

“ Ibu Bapa Pedalaman Setuju Mansuh UPSR, PMR

KENINGAU: Rata-rata ibu bapa di kawasan pedalaman bersetuju terhadap cadangan pemansuhan, Ujian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tetapi menegaskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih diperlukan.

(www.keningaukini.com )”

Pelajar yang berlatar belakangkan keluarga yang kurang mampu dan mendesak mereka bersekolah setakat peringkat rendah sama ada UPSR atau PMR tidak mempunyai banyak kelayakan untuk mendapatkan pekerjaan walaupun pencapaian akademik dalam penilaian rendah itu adalah baik. Hakikatnya, mereka hanya dapat menyara kehidupan dengan mengikut jejak orang tuanya.

Pemansuhan UPSR dan PMR tidak banyak mempengaruhi dalam menilai tahap penguasaan pelajar secara menyeluruh pada tahun-tahun pelajar tersebut bersekolah. Kebanyakkan pelajar yang cemerlang dalam UPSR atau PMR tidak dapat mengekalkan kecemerlangan tersebut atas sebab perubahan aras dalam item soalan, perubahan diri pelajar mahupun permasalahan luar dan dalam pelajar.

Pada masa kini, ibu bapa seakan-akan berlumba-lumba dan mendesak anak-anak mereka untuk mendapatkan gred terbaik dalam UPSR dan PMR tanpa melihat kesan-kesan negative yang boleh mempengaruhi pelajar disebabkan tekanan tersebut. Kesan yang paling ketara apabila pelajar menunjukkan tiada minat dalam pembelajaran di peringkat SPM dan secara langsung mendorong pelajar tersebut gagal.

Selain itu, tekanan dari pihak sekolah untuk mencapai reputasi baik dalam pemerolehan data sekolah yang terbaik sedikit sebanyak memfokuskan ke arah akademik semata-mata tanpa mengambilkira masalah pelajar tersebut. Harapan yang tinggi menggunung terhadap pelajar tersebut boleh menyebabkan kegagalan jika pelajar tidak mampu untuk mengangkat subjek-subjek yang mencabar.

Oleh kerana keputusan peperiksaan terlalu dititikberatkan, kebanyakan sekolah rendah akan memberi sumber daya yang lebih banyak kepada pelajar yang berprestasi tinggi, akibatnya pelajar yang kurang maju diabaikan. Masalah golongan yang diabaikan ini menjadi semakin teruk, menyebabkan peratusan yang tinggi antara mereka berhenti sekolah apabila sampai pada peringkat sekolah menengah.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila para pelajar hanya tahu menghafal untuk menghadapi peperiksaan, akhirnya mereka tidak berkemampuan menyelesaikan masalah kehidupan kerana tidak tahu berfikir. Sistem pendidikan yang sedia ada telah membazirkan banyak sumber pendidikan, justeru tidak efektif dalam pembentukan bakat professional yang sanggup dan mampu menghadapi cabaran globalisasi abab ke 21.

2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata Kementerian Pelajaran perlu memastikan bahawa pelajar di sekolah rendah mahir dalam 3M (membaca, menulis dan mengira) sebelum memansuhkan dua peperiksaan awam berkenaan.

Kerajaan diminta membuat kajian secara terperinci dan mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkepentingan sebelum memansuhkan peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.

Sesi Meja Bulat Bincang Cadangan Mansuh UPSR Dan PMR

Kementerian Pelajaran akan mengadakan sesi meja bulat bagi membincangkan secara mendalam maklumbalas terhadap cadangannya memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak berkepentingan akan dipelawa mengambil bahagian dalam sesi itu untuk memberi pandangan masing-masing.

Beliau yang berterima kasih kepada saranan-saranan yang diberikan pelbagai pihak terhadap cadangan itu melalui media massa, meminta agar perdebatan mengenai cadangan itu dihentikan bagi memberi peluang kepada kementerian itu meneliti segala pandangan yang telah dikemukakan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata seluruh pimpinan pendidikan negara telah menunjukkan minat besar terhadap perkara itu dan majoriti respons yang diterima bersetuju dengan cadangan itu, walaupun ada sebahagiannya mencadangkan supaya sistem peperiksaan itu hanya ditambah baik dalam bentuk penilaian.

3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL

Sistem pendidikan negara kita yang memusatkan (centralized) telah menyebabkan kandungan pendidikan diputarbelit di bawah faktor politik. Apabila dasar-dasar diputuskan bukan merujuk kepada faktor pendidikan, akan melahirkan keadaan yang tidak adil, seperti kekurangan guru di sekolah rendah aliran Cina. Kesatuan-kesatuan dari aliran pendidikan Cina atau Tamil meluahkan rasa terpinggir dalam daya saing dasar pendidikan tersebut.

Manakala, pentadbiran pendidikan birokrasi yang mementingkan keuntungan dan keputusan prestasi sendiri pula akan menjadikan peperiksaan sebagai alat pengurusan utama mereka untuk menguasai pengetua dan guru - guru di sekolah. Pihak pentadbiran

sebegini tidak professional dan akan menjadikan pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semakin teruk. Kesannya, ramai ketua-ketua jabatan hanya memandang keputusan di atas kertas iaitu peperiksaan dalam menilai pelajar walaupun pelajar berikut mempunyai bakat dan kecenderungan dalam sukan tetapi demi reputasi yang dikejar dan kebanggaan setiap ketua-ketua jabatan, bakat pelajar tersebut dinafikan,selain menyebabkan pelajar tersebut berkemungkinan akan tercicir dalam akademik.

Hakikatnya, pendidikan yang berorientasikan peperiksaan turut menyusahkan mereka yang kurang berpendapatan atau golongan yang miskin. Menurut Coleman Report, 1966, kebanyakan keputusan pengajian pendidikan menunjukkan bahawa latar belakang dan keadaan sosio-ekonomi keluarga seseorang pelajar ada kaitan yang rapat dengan keputusan peperiksaannya. Penguasaan pelajar dalam pelajarannya banyak dipengaruhi oleh peredaran zaman yang pantas sekarang ini, Malahan faktor keluarga lebih mempengaruhi pelajar jika dibanding dengan faktor sekolah. Lain kata, pelajar yang berprestasi maju biasanya datang daripada keluarga yang berpendapat sederhana atau tinggi. Secara tersirat,kita telah membahagikan kategori terhadap kehidupan pelajar; contoh, murid yang miskin tidak akan mampu mengubah nasib dirinya jika ia tidak dapat mencapai akademik yang baik.

Namun demikian, kesemua fokus media, biasiswa yang diberi oleh pertubuhan serta pengumuman keputusan baik atau pemujian oleh pihak kerajaan mahupun masyarakat adalah kepada golongan pelajar yang berprestasi maju sahaja dalam pencapaian akademik semata-mata. Segala fokus dan kebaikan diberi kepada golongan ini mengakibatkan golongan lemah yang sepatutnya mendapat tumpuan telah diabaikan. Ketidak adilan pemberian sumber pembelajaran kepada mereka yang lemah dan berprestasi rendah akhirnya tidak mendapat bantuan yang secukupnya.

Masyarakat dan pihak pentadbiran pendidikan birokrasi menganggap peperiksaan sebagai piawaian utama pengajaran guru dan pentadbiran pengetua, adalah tidak adil. Fungsi peperiksaan telah disalahgunakan justeru mempengaruhi pengajaran para guru. Guru cenderung mengajar pelajar yang bagus sahaja dan mengabaikan mereka yang lemah. Walaupun diatur untuk membimbing pelajar yang lemah, guru juga tidak berusaha bersungguh untuk mengajar. Objektif untuk membentuk dan melahirkan modal insan hanya tertumpu kepada pelajar yang berprestasi tinggi dalam akademik namun tidak jika pelajar tersebut berprestasi dalam kegiatan sukan.

4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL

Setelah peninjauan yang mendalam,berdasarkan penghormatan terhadap profesionalisme pendidikan, menimbangkan keburukan pendidikan berorientasikan peperiksaan dan kekecohan selepas pemansuhan peperiksaan awam, jika mengekalkan UPSR dan PMR, sistem baru mungkin sukar didirikan. Dengan ini, kita mengharap agar Kementerian Pelajaran menyediakan dan mengumumkan rancangan pentaksiran alternatif yang selaras dengan kehendak membentuk modal insan yang seimbang.

Rancangan alternatif Kementerian Pelajaran harus memastikan orientasi peperiksaan sekarang diubah dan digantikan dengan pendidikan humanistik yang mementingkan pembangunan dan pembelajaran keseluruhan murid, memelihara modal insan yang diperlukan oleh negara dan masyarakat. Bakat dan kemahiran murid dapat diasah dan boleh membantu pelajar dalam kelangsungan kehidupan yang semakin mencabar kini.

Selain itu, objektif pendidikan adalah utama, sistem pentaksiran ialah sampingan, rancangan alternatif juga sama. Jika rancangan alternatif Kementerian Pelajaran tidak sempurna, ia mesti terbuka kepada pihak berkepentingan masyarakat untuk memberi

cadangan lain bagi menyempurnakannya. Sekurang-kurangnya masyarakat diberi kebebasan atau dapat memberikan idea yang sesuai untuk mereka dalam arena global.

Sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran sedia ada hendaklah dilakukan hanya setelah kajian terperinci dilakukan. Pengalaman yang lalu di mana perubahan-perubahan yang dilakukan secara tergesa-gesa dan tanpa kajian terperinci telah membawa kesan yang amat buruk kepada sistem pendidikan negara. Segala keperluan asas dan infrastruktur hendaklah disiapkan dengan sempurna sebelum sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran dilakukan.

Profesionalisme dan kebijaksanaan guru memang penting, tetapi yang paling penting bagi guru ialah dorongan misi. Oleh itu, Kursus KPLI kini perlu dikaji semula untuk mengelakkan pelatih menerusi saluran ini memilih kerjaya ini kerana tidak dapat pekerjaan lain, ini akan memberi kesan kepada kualiti pendidikan dari jangka masa panjang. Selain pertindihan penempatan dari Institut Perguruan atau Universiti Pendidikan, kita memerlukan kualiti dalam mendidik anak bangsa supaya mereka memperoleh ilmu yang berkualiti secara langsung dapat bersaing dalam dunia global.

Sistem pendidikan nasional harus didesentralisasikan, kerajaan perlu meletakkan kuasa pendidikan, menyelaraskan sistem birokrasi yang rigid, menambahkan keelastikan serta mengurangkan simptom-simptom ketidakadilan dan tidak munasabah. Kementerian Pelajaran tidak harus mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan demi menuntut keseimbangan kemahiran dalam masyarakat. Justeru, fokus dalam melaksanakan sesuatu dasar tetap konsisten tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor yang tidak berkaitan untuk melahirkan dan membentuk modal insan yang berdaya saing.

Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru, bukan sahaja masalah prestasi guru besar dan sekolah. Tetapi juga masalah budaya suatu masyarakat. Maka kita patut menyarankan agar masyarakat sivil menubuhkan pakatan reformasi pendidikan yang merangkumi ahli pakar, ahli akademik, pendidik, ibubapa dan ahli masyarakat, supaya membincang dan mengutarakan pendapat berhubung dengan reformasi pendidikan, memantau rancangan dan pelaksanaan pemansuhan kedua-dua peperiksaan tersebut. Sudah semestinya golongan yang berlatar-belakangkan pendidikan atau perguruan dapat menyelami sedikit sebanyak kaedah-kaedah yang dikenalpasti bagi meningkatkan aras pencapaian diri pelajar. Selain itu, dalam menjalankan penyelidikan hendaklah lebih mendalam setelah mendapat maklumbalas daripada perbincangan dengan LPM untuk memurnikan lagi SPPM, agar ia dapat disesuaikan dengan hasrat dan kehendak KPM untuk perlaksanaan pada skala yang lebih besar di seluruh negara.

Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklamat sistem pendidikan nasional ialah mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih meneliti peluang pendidikan kanak-kanak kelas menengah dan rendah, ia termasuk pengagihan sumber dalaman sekolah, umpamanya cara menyusun kelas-kelas, pengagihan guru-guru dan lain. Dengan ini, semangat mengajar tanpa kira jenis dan kebolehan pelajar boleh direalisasikan.

Maka jelaslah, pendidikan berorientasikan peperiksaan sekarang tidak mampu lagi mencapai objektif pendidikan seperti yang dirancang, sebaliknya menghasilkan generasi baru yang hilang keseimbangan antara jasmani dan mental dan hilang daya saing. Ini bukan sahaja tidak mendatangkan kebaikan bagi sendiri dan masyarakat, ia sebenarnya menyebabkan banyak masalah sosial, termasuk masalah penggangguran mahasiswa, jenayah belia dan lain-lain.

Selain daripada itu, pendidikan negara kita sentiasa dipergunakan sebagai alat memajukan dasar pendidikan bahasa tunggal, ia terlalu dipolitikkan dan pendapat professional tidak dititikberatkan. Ini menyebabkan Kementerian Pelajaran hilang fungsinya.

Memandangkan begitu, kita mengharapkan isu ini menarik perhatian semua pihak untuk memikir semula sistem pendidikan nasional termasuk Akta Pendidikan 1996. Kementerian Pelajaran sendiri juga harus mengkaji semula dasar-dasar sedia ada untuk memastikan sistem pendidikan negara kita boleh merentasi halangan politik, birokrasi dan kepentingan kaum yang sempit, ia harus kembali kepada intipati pendidikan.

5.0 PENUTUP

Kementerian Pelajaran kembali meneliti dan bertindak dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah:

“Memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Sehubungan dengan ini, kita harus menggunakan peluang polemik ini yang mungkin merealisasikan reformasi pendidikan, meninjau dari segi profesionalisme pendidikan, dari teori hingga ke sistem, dari pusat ke tempat, mengadakan pengajian semula keseluruhan terhadap semua aspek sistem pendidikan negara kita. Kita bertanggungjawab mengusulkan dasar yang profesional, berharap ia akan meningkatkan kualiti warganegara, meluaskan dan membangunkan kekuatan negara kita iaitu kepelbagaian budaya dan kepelbagaian bahasa, memperkasakan daya saing negara dalam ombak globalisasi. Dengan ini, kita pasti akan boleh mengorak langkah ke Wawasan 2020, negara maju dan berpendapatan tinggi.

Akhir sekali, peralihan paradigma yang cuba dilakukan oleh Kementerian Pelajaran hendaknya tidak semata-mata berlangsung dalam bentuk pemansuhan dua peperiksaan umum itu, tetapi hendaklah benar-benar kembali kepada terasnya, iaitu pelaksanaan sistem pendidikan yang dapat membina insan yang baik, sesuai dengan matlamat pendidikan yang digariskan oleh Islam (dan agama lain), dan telah pun diisytiharkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

RUJUKAN

Utusan Malaysia; 20hb JUN 2010 ; Pemansuhan UPSR dan PMR

Coleman Report ("Equality of Educational Opportunity"), 1966.

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG

http://pmr.penerangan.gov.my ; Isu pemansuhan UPSR dan PMR

www.keningaukini.com : Ibu Bapa Pedalaman Setuju Mansuh UPSR, PMR

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan ; Penguasan 3M.