tv unjuran-belakang dengan input hd 43pp8545 50pp8545

28
TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545 Panduan pengguna 3141 085 20061

Upload: others

Post on 20-Nov-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP854550PP8545

Panduan pengguna

3141 085 20061

Page 2: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

2

Penetapan dan PemasanganKeterangan Produk ................................................................................................... 3

Memasang TV .............................................................................................................. 4

Menggunakan kekunci TV ..................................................................................... 5

Menggunakan Kekunci Alat Kawalan Jauh ...............................................6-7

OperasiMenggunakan Menu ..........................................................................................7-17

Gambaran Keseluruhan ................................................................................... 7

Memasang .........................................................................................................8-10

Gambar ........................................................................................................... 11-13

Bunyi .........................................................................................................................14

Ciri-ciri ............................................................................................................. 15-17

Menggunakan Lungsur Bijak ...............................................................................18

Menggunakan Gambar Bijak dan Bunyi Bijak ...........................................19

Menggunakan Teleteks (jika disediakan) ............................................ 20-21

Peralatan PersisianMenyambung Peralatan Persisian ........................................................... 22-24

Memilih Peralatan yang Disambungkan untuk Tontonan .................24

Maklumat AmPenjagaan, Pembersihan, dan Tip ...................................................................25

Sebelum Mendapatkan Khidmat Pembaikan ...........................................26

Spesifikasi ......................................................................................................................27

• Jangan letakkan sumber api terdedah, misalnya lilin yang bernyala, di atas TV atau berdekatan dengannya.

• Jangan letakkan peti TV anda terdedah kepada panahan matahari atau haba.

• Adakan ruang kira-kira 5 cm di setiap sisi peti TV bagi pengudaraan yang sempurna.

• Elakkan daripada meletak peti TV yang terdedah kepada tempias hujan atau air (misalnya dekat tingkap).

• Untuk mengelakkan TV daripada terkena titisan atau tumpahan air, jangan letak sebarang benda (misalnya pasu) di atas peti TV.

Putuskan sambungan palam utama apabila:• lampu merah di bawah skrin TV berkelip secara berterusan

• satu garisan putih yang terang dipaparkan secara melintang di skrin

• membersihkan skrin TV (jangan sesekali menggunakan agen penggosok pembersihan; gunakan ‘chamois’ yang lembab sedikit atau kain lembut)

• dalam keadaan ribut petir

• televisyen ditinggalkan begitu sahaja untuk jangkamasa yang lama.

Jangan cuba untuk membaiki TV yang rosak sendirian. Selalulah merujuk kepada pegawai perkhidmatan yang mahir.

LANGKAH BERJAGA-JAGA semasa Menggunakan BateriUntuk mengelak kebocoran bateri yang mungkin akan menyebabkan kecederaan pada badan atau kerosakan pada alat kawalan jauh:

• Pasangkan SEMUA bateri dengan betul, + dan – seperti ditandakan pada alat kawalan jauh.

• Jangan campurkan bateri: (LAMA dan BARU atau KARBON dan ALKALIN, dll).

• Keluarkan bateri apabila alat kawalan jauh tidak digunakan untuk jangka masa yang lama.

Terima kasih kerana telah membeli peti televisyen ini. Anda sekarang boleh berbangga kerana memiliki sebuah TV Philips, yang menjanjikan nilai yang penuh kepada anda sebagai pembeli. Sila baca buku panduan ini dengan teliti dan sepenuhnya untuk membantu anda memasang dan mengendalikannya.

Kandungan

Maklumat Keselamatan

Page 3: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

3

Keterangan Produk

Melihatnya sebagai seorang saksi• Skan Progresif - gandakan garisan gambar yang kelihatan untuk resolusi yang lebih baik• Skan Digital 100Hz menghilangkan kerlipan dan getaran garisan untuk gambar yang seimbang• Monitor HDTV – HDTV adalah isyarat televisyen yang terkini dan terbaik yang boleh didapati• Optik Digital Acclearium™ memaksimumkan kualiti gambar pada semua input• Skrin Saphlon™ – gambar yang lebih baik dan tahan calar

Teknologi dipermudahkan• Kawalan Aktif mengukur isyarat untuk mengeluarkan gambar yang terbaik• Auto IntelliSense™ Focus – penumpuan automatik satu-sentuhan tiub CRT• APAC – Penggantian Automatik Penuaan Fosfor

Pengalaman Bunyi yang Kaya (Rich sound experience)• Virtual Dolby®* Surround – bunyi sekeliling tanpa tambahan speaker belakang

Keterangan ProdukImbas Digital 100HzTV konvensional melahirkan gambar dengan mengimbas 50 kali sesaat (50Hz). Frekuensi ini dapat dikesan oleh mata manusia dalam bentuk gambar medan berkerlipan. 100 Hz menetapkan imbasan 100 kali sesaat, menghilangkan medan berkerlipan.

Skan ProgresifBingkai gambar mengandungi dua medan: medan yang mempunyai garisan ganjil (medan A) dan medan yang mempunyai garisan genap (medan B). Selain daripada menghantar medan A ke skrin dahulu, diikuti medan B, medan A dan B ditulis pada satu masa. Dalam satu saat, bayangan penuh terjadi dengan menggunakan resolusi maksimum. Pada kelajuan ini, mata manusia melihat satu gambar tajam tanpa struktur garisan.

Monitor HDTVKemampuan Paparan HDTV (1080i). Monitor HDTV membolehkan anda menonton definisi tinggi atau definisi dipertingkatkan untuk memprogram TV di dalam format isyarat 1080i atau 480p. Untuk melakukannya, TV mesti disambung melalui komponen video atau input RGB ke kotak atas penetapan, yang ditetapkan untuk mengendalikan mod DTV. Isyarat DTV mesti ada di kawasan anda dan kotak atas penetapan mesti ditala ke saluran yang betul. Antena luar atas-udara mungkin dikehendaki. Satu lagi pilihan adalah khidmat satelit siaran HDTV. Realisme luarbiasa dalam kedua-dua gambar dan bunyi akan dihasilkan!

Optik Digital Acclearium™CRT mikro fosfor Philips mempamerkan kemajuan optik untuk bayangan yang terang, lebih terperinci dan fosfor hijau yang dipertingkatkan, yang menjadikan warna-warna yang terang, lebih asli. Lensa unjuran kacukan bertindak bersama-sama dengan setiap CRT untuk memperbaiki fokus dan memperbetulkan kesalahan-kesalahan optikal,menghilangkan herotan dan menjadikan gambar tajam hingga ke pinggir skrin. Skrin “lenticular” mempunyai hampir satu pertiga kelangsingan yang lebih halus (.515mm) berbanding skrin tradisional dalam memperbaiki butir-butir gambar dan resolusi. Amplifier Video Jalur Lebar Philips mengeluarkan lebar jalur yang paling tinggi boleh dilihat dalam kelasnya - menjadikan ia lebih bererti dari segi butir-butir gambar dalam HD tulin.

Skrin Saphlon™Teknologi skrin Saphlon™ diperbuat dengan bahan-bahan dan proses yang melahirkan lebih kecerahan dan kontras gambar. Ia melindungi skrin daripada kebanyakan kesan calar dan tanda-tanda cap jari dan menghilangkan silau yang berkaitan dengan skrin perlindungan berasingan.

Fokus Auto IntelliSense™ Penderia (sensor) di dalam TV mengimbas corak ujian yang telah ditetapkan lebih awal dan melaraskan semula isyarat pada CRT untuk memastikan merah, hijau dan biru adalah sejajar.

Kawalan AktifDengan lebih 3,000 penyesuaian gambar seminit, “sistem kawalan proaktif ” ini terus-menerus menganalisa kualiti isyarat video yang masuk untuk Mengurangkan Bunyi Bising Dinamik serta ketajaman dan kemudian secara automatik memperbaikinya supaya menjadi seperti penetapan yang telah anda pilih sebelum ini di menu gambar.

APACAPAC direka untuk mengurangkan keberkesanan penahanan bayang daripada bayang tidak bergerak pada skrin. Ini adalah kerana kedua-dua sumber analog (kabel TV dan DVD) dan sumber digital (HD dan skan progresif DVD) mempunyai berlainan nisbah bidang (4:3, 16:9, 21:9, dll), gambar pada televisyen digital mungkin mempunyai bar hitam di sisi atau atas dan bawah. Apabila bar hitam dikenalpasti pada samada mod menonton 4:3 atau 16:9, APAC secara automatik mengalihkan gambar televisyen piksel-demi piksel, cukup untuk melembutkan ketahanan bayang. APAC bertindak dalam kedua-dua mod analog dan digital, jadi ia memberikan perlindungan yang cukup baik.

Kawalan Aktif dan APAC, adalah tanda niaga Elektronik Pelanggan Philips Amerika Utara. IntelliSense adalah tanda niaga berdaftar Elektronik Pelanggan Philips Amerika Utara.

*Dikilang di bawah lesen daripada Makmal Dolby. “Dolby” dan simbol D-berganda adalah tanda-tanda niaga Makmal Dolby.

Page 4: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

4

INTELLISENSECHANNELVOLUME MENU POWER

Memasang TV

Faedah utama televisyen unjur adalah skrin tontonanya yang luas. Untuk melihat skrin yang luas dengan cara terbaik, uji beberapa lokasi di dalam bilik untuk mencari sudut optimum tontonan.

Pastikan untuk memberi ruang minimum 15 cm di sekeliling TV.

Untuk mengelakkan kabinet meleding (warping), perubahan warna kabinet, dan peluang yang tinggi untuk kerosakan TV, jangan letakkan TV di mana suhu boleh menjadi terlalu panas - contohnya, di bawah cahaya matahari terik atau berdekatan alat pemanas.

Medan magnet, seperti yang terdapat di speaker luaran, boleh menyebabkan gambar menjadi herot jika speaker diletakkan terlalu dekat dengan televisyen. Jarakkan sumber medan magnet jauh daripada TV sehingga tiada lagi herotan gambar.

Masukkan palam aerial ke dalam soket ANTENA MASUK 75Ω di belakang TV.

Masukkan palam utama ke dalam soket tembok. Rujuk pada belakang TV untuk operasi voltan yang betul. Minta nasihat penjual tempatan jika bekalan utama anda berlainan. Untuk mengelakkan daripada kerosakan kord utama (AC), yang boleh menyebabkan kemalangaan, jangan letakkan TV anda di atas kord.

Buka penutup petak bateri pada alat kawalan jauh. Masukkan kedua-dua bateri yang dibekalkan. (Jenis R6-1.5V).

Bateri-bateri yang dibekalkan tidak mengandungi logam berat seperti merkuri dan kadmium. Walau bagaimanapun, di dalam kebanyakan negara, bateri yang sudah tidak berfungsi tidak patut di buang bersama sampah-sarap biasa. Pastikan cara-cara menghapuskan bateri ini mengikut peraturan kerajaan tempatan.

Sila lihat kenyataan penjagaan bateri pada mukasurat 2.

Nota: Alat kawalan jauh ini boleh berfungsi dengan televisyen yang menggunakan piawai isyarat RC5.

Hidupkan TV: Tekan suis kuasa utama di hadapan TV. Jika kekunci Sedia dinyalakan, tekan kekunci CH +/–, kekunci angka, atau kekunci Kuasa pada alat kawalan jauh. Atau tekan kekunci Sedia atau CH di hadapan TV.

Soket ANTENA MASUK 75Ω di belakang TV

75

KUASA

Suis Kuasa Utama

Jangan meletakkan TV pada cahaya matahari terik atau berdekatan alat pembakar.

15 cm

15 cm15 cm

Page 5: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

5

Menggunakan Kekunci TV

KEKUNCI KUASA UTAMA

Menghidup atau mematikan kuasa utama.

VOLUME %Kekunci memperlahan bunyi suara. Kekunci % menguatkan bunyi suara.

CHANNEL %Kekunci memilih saluran mengikut susunan menurun. Kekunci % memilih saluran mengikut susunan menaik. Apabila menu pada skrin dipamerkan, dengan menekan atau % akan memilih perkara seterusnya pada menu. Juga, gunakan salah satu daripada kekunci ini untuk menghidupkan TV dari mod Sedia.

KUASA

Menghidupkan TV atau mengaktifkan mod sedia.

MENU

Tekan untuk mendapatkan menu pada skrin.

INTELLISENSE

Apabila ditekan, secara automatik mengubah penumpuan gambar TV menggunakan ciri fokus Auto IntelliSense®.

PENDERIA KAWALAN JAUH

Menerima perintah infra-merah untuk mengaktifkan kawalan apabila alat kawalan jauh ditujukan kepadanya dan kekunci kawalan jauh ditekan.

Page 6: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

6

Using the Remote Control Keys

. (SEDIA) • Mematikan set TV buat sementara ke mod siap-sedia.

(Penunjuk lampu merah akan bernyala apabila TV berada pada mod sedia).

• Untuk menghidupkan TV daripada mod sedia, tekan Sedia, Saluran +/–, atau kekunci Angka (0-9).

Membenarkan anda untuk bertukar daripada bunyi stereo

kepada mono semasa hantaran stereo atau untuk memilih antara bahasa atau bahasa semasa hantaran dwi bunyi.

A/CH (Saluran Berselang-seli) Membenarkan anda berselang-seli antara saluran terakhir yang

anda tonton dengan saluran semasa.

TELETEKS Membenarkan anda untuk menggunakan maklumat Teleteks

(jika ada). Lihat mukasurat 20-21.

BUNYI BIJAK Membenarkan anda untuk memilih daripada tiga penetapan

optimal yang telah ditentukan – Voice (Suara), Music (Musik), dan Theatre (Teater) – dan penetapan Peribadi berdasarkan pemilihan anda sendiri melalui menu Bunyi di screen. Tekan kekunci berulangkali untuk memilih sesuatu penetapan. Lihat muka surat 19.

DOLBY V. (dengan Isyarat Surround Dolby*) Membenarkan anda untuk memilih beberapa mod mendengar

bunyi surround yang ditetapkan oleh kilang:

Dolby Maya (Surround Dolby Maya) Dolby maya mempunyai dua pembesar suara untuk meniru

kesan sekeliling yang dihasilkan oleh sistem berbilang saluran.

Incredible Surround™(Surround Menakjubkan) • Dalam mod bunyi Stereo – apabila dihidupkan, ciri-ciri

Incredible Surround™ menakjubkan memberi perasaan bahawa speaker berjarak jauh untuk meninggikan kesan panggung-dalam-rumah.

• Dalam mod bunyi Mono – apabila dihidupkan, ciri-ciri Incredible Surround membolehkan anda untuk mendengar kesan bunyi yang mempunyai ruang.

MENU Menunjukkan menu utama. Juga membenarkan anda untuk

undur dalam sistem menu.

KURSOR KE ATAS Membenarkan anda untuk memilih perkara sebelum atau

sesudah pada menu dan untuk memilih format skrin.

KURSOR KE KIRI Membenarkan anda untuk mencari menu dan mengubah

penetapan.

” +/– (VOLUME) Meninggi atau menurunkan volum.

DIGIT (0-9) Membenarkan anda untuk memilih satu saluran. Nota: Untuk

nombor dua-angka, angka yang kedua mesti dimasukkan sebelum tanda “–” hilang. *Dikilangkan di bawah lesen daripada Makmal Dolby. “Dolby”

dan simbol D-berganda adalah tanda niaga Makmal Dolby.

Page 7: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

7

OSD (STATUS/KELUAR) • Menunjukkan nombor saluran, bunyi dan mod penghantaran

warna, status penggera tidur, nama saluran (jika saluran itu telah dinamakan), dan masa sekarang (jika masa telah ditetapkan).

• Membenarkan anda untuk mengemudi atau membuat perubahan dalam mod penumpuan berbilang titik.

• Membenarkan anda mematikan menu.

LUNGSUR Membenarkan anda untuk memilih sebanyak 10 saluran dan

melihatnya dengan cepat. Lihat mukasurat 18.

Tidak berkenaan.

GAMBAR BIJAK Membenarkan anda untuk memilih daripada empat penentuan

optimal yang telah ditetapkan – Rich (Kaya), Natural (Semula Jadi), Soft (Lembut), Multimedia – dan penentuan Personal (Peribadi) berdasarkan pilihan yang anda buat melalui menu Picture (Gambar) pada skrin. Lihat mukasurat 19.

KAWALAN AKTIF™ Membenarkan anda untuk menghidup atau mematikan ciri-ciri

Kawalan Aktif. Apabila Kawalan Aktif dihidupkan, ia mengukur dan memperbaiki semua isyarat yang masuk untuk memberikan penetapan kualiti gambar terbaik, mengawal Ketajaman dan Mengurangkan Bunyi Bising secara terus-menerus dan secara automatik. Perkara yang dipaparkan oleh Kawalan Aktif di skrin tidak boleh dipilih. Lihat muka surat 17.

∏ (FORMAT) Setiap tekanan memilih format gambar seterusnya. Untuk AV1,

CVI, AV2, atau AV3, pilihannya adalah 4:3, Auto, dan Expand 4:3. Untuk sumber isyarat AV4 dan AV5 1080I, pilihannya adalah 4:3 dan Compress 16:9. Untuk sumber isyarat AV4 dan AV5 480p atau 576p, tiada pilihan format skrin boleh didapati melalui TV. Kendalikan format dari sumbernya (pemain DVD atau kotak atas penetapan digital).

KURSOR KE KANAN Membenarkan anda untuk menggunakan menu dan mengubah

penetapan.

KURSOR KE BAWAH Membenarkan anda untuk memilih perkara seterusnya atau

sebelumnya pada menu atau untuk memilih format skrin.

CH +/– (SALURAN) Membenarkan anda untuk memilih saluran dalam tertib menaik

dan menurun.

[ (SENYAP) Membenarkan anda untuk melenyapkan bunyi. Untuk

mengembalikan bunyi, tekan kekunci ini sekali lagi.

AV Membenarkan anda memilih sumber isyarat lain yang

disambung ke TV.

Menggunakan Menu: Gambaran Keseluruhan

Tekan kekunci MENU untuk papar/batal menu utama.

Gunakan kursor dalam arah ke atas/ke bawah untuk memilih perkara menu.

Nota: Kadangkala tidak semua perkara menu kelihatan pada skrin; tekan kursor ke atas/ke bawah sehingga anda dapat melihat perkara yang anda inginkan.

Gunakan kursor dalam arah ke kiri/ke kanan untuk papar menu dan ubah penetapan.

Tekan kekunci MENU untuk kembali.

Tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.

Nota: Jika tiada tindakan dilakukan, menu akan hilang secara automatik selepas 20 saat.

MENU Pilih perkara menu

Matikan menu

Page 8: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

8

Menggunakan Menu: Memasang

Memilih Bahasa MenuNota: Bahasa menu yang ada akan berubah mengikut model.

Tekan kekunci MENU.

Pilih MEMASANG dengan kursor ke bawah.

Tekan kursor ke kanan untuk pilih BAHASA.

Tekan kursor ke kanan sekali lagi.

Pilih bahasa anda dengan kursor ke atas/ke bawah.

Dari sini, semua paparan pada skrin akan muncul dalam bahasa yang anda pilih.

Sekarang anda boleh mencari dan menyimpan saluran TV dalam dua cara yang berbeza: dengan Simpan Auto atau Simpan Manual (tukar dari satu saluran ke satu saluran).

Menala Saluran Secara Automatik Pilih SIMPANAN AUTO pada menu MEMASANG.

Tekan kursor ke kanan untuk mula mencari. Semua saluran TV dicari dan disimpan secara automatik.

Apabila penalaan sudah selesai, tekan kekunci MENU untuk kembali ke menu MEMASANG atau tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.

Nota: Nombor saluran akan sentiasa ditulis dalam huruf Latin, walaupun bahasa yang menggunakan huruf lain telah dipilih.

Menala Saluran Secara ManualPenalaan manual membenarkan anda untuk menyimpan saluran demi saluran. Anda mesti melalui setiap langkah menu menyimpan secara manual.

Pilih SIMPAN MANUAL pada menu INSTALL.

Tekan kursor ke kanan untuk masuk ke menu.

Pilih SUHU WARNA dan tekan kursor kanan.

Jika AUTO dipilih, sistem warna tersebut akan dipilih secara automatik mengikut sistem penghantaran.

Nota: Jika penerimaan lemah, pilih satu lagi sistem warna dengan kursor ke atas/ke bawah.

Tekan kekunci MENU atau kursor ke kiri.

Pilih SISTEM BUNYI dan tekan kursor ke kanan.

Jika AUTO dipilih, sistem bunyi tersebut akan secara automatik dipilih mengikut sistem hantaran.

Nota: Jika penerimaan lemah, pilih satu lagi sistem bunyi dengan kursor ke atas/ke bawah.

Tekan kekunci MENU atau kursor kiri.

Pilih MENCARI dan tekan kursor ke kiri atau kanan untuk mula mencari. Mencari berhenti apabila saluran penghantaran ditemui.

Nota: Jika penerimaan lemah, pilih satu lagi warna dan/atau sistem bunyi.

Page 9: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

9

Pilih SALURAN.

Tekan nombor saluran yang diingini dengan kekunci angka atau dengan kursor ke kiri/kanan.

Tekan kursor ke bawah.

Jika penerimaan lemah, anda boleh memperbaiki penerimaan dengan mengubah frekuensi menggunakan TALAAN HALUS.

Pilih TALAAN HALUS dan tekan kursor ke kiri/kanan untuk mengubah.

Dalam kes yang jarang berlaku, sesuatu saluran TV mungkin mengeluarkan gambar yang berubah-ubah atau tidak stabil.

Pilih PLL (Fasa Gelung Terkunci) untuk bertukar kepada penetapan 2 dengan kursor ke kiri/kanan untuk mengembalikan gambar bagi penghantaran tersebut.

Pilih SIMPANAN.

Tekan kursor kanan.

Mesej DISIMPAN akan muncul dan perkara menu yang dicari, dicerahkan lagi.

Sekarang ulang langkah 7-14 untuk terus mencari satu lagi saluran yang dihantar.

Tekan kekunci MENU untuk kembali ke menu MEMASANG atau tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.

Mengatur SaluranMengikut pilihan anda, anda boleh menukar susunan saluran TV yang disimpan.

Pilih MENGASINGKAN dalam menu MEMASANG.

Tekan kursor kanan untuk masuk ke menu.

Masukkan nombor saluran dalam ruang DARIPADA yang anda ingin tukarkan. Gunakan kekunci angka atau kursor ke kiri/kanan.

Tekan kursor bawah dan pilih KEPADA.

Masukkan nombor saluran ke dalam ruang KEPADA yang anda ingin tukar.

Tekan kursor ke bawah dan pilih TUKAR.

Tekan kursor ke kanan.

Mesej DITUKAR akan muncul dan saluran yang dipilih bertukar.

Ulangi langkah 3-7 sehingga kesemua saluran TV diperuntukkan seperti yang anda gemari.

Tekan kekunci MENU untuk kembali ke menu MEMASANG atau tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.

Page 10: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

10

Menyunting SaluranCiri ini membenarkan anda untuk menyunting atau meloncat saluran daripada senarai saluran yang mempunyai isyarat buruk atau lemah atau saluran yang anda tidak selalu tonton.

Nota: Sebaik saja saluran diloncat, anda tidak boleh memilihnya dengan kekunci CH – atau +. Anda hanya boleh mengakses ke saluran itu dengan kekunci angka.

Pilih SALURAN EDIT dalam menu MEMASANG.

Tekan kursor ke kanan untuk masuk ke senarai saluran.

Pilih saluran yang anda ingin meloncat dengan kursor ke atas/bawah.

Tekan kursor ke kanan untuk meloncat saluran yang dipilih.

Mesej LANGKAU dipaparkan.

Tekan kursor ke atas/bawah untuk memilih saluran lain dan ulangi langkah ke 4.

Tekan kursor ke kiri atau kekunci MENU untuk kembali ke menu MEMASANG atau kekunci OSD untuk mematikan menu.

Nota: Untuk menambah semula saluran ke senarai, ulangi langkah 1-4 dan tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.

Menamakan SaluranAdalah mungkin untuk anda memberikan nama pada sesuatu saluran TV. Ciri ini membenarkan anda untuk masuk ke nama atau menukarkan nama sesuatu saluran yang ada, termasuk persisian.

Nota: Walaupun anda telah memilih bahasa lain pada menu LANGUAGE, huruf bahasa Inggeris sahaja yang ditawarkan untuk saluran TV yang disimpan.

Pilih satu saluran TV atau persisian yang anda ingin berikan nama atau menukarkan nama yang sedia ada.

Pilih NAMA pada menu MEMASANG.

Tekan kursor ke kanan untuk masuk ke menu.

Masukkan huruf yang dipilih dengan kursor ke atas/bawah.

Beralih ke huruf seterusnya dengan kursor ke kanan dan masukkan huruf seterusnya. Anda boleh memasukkan sehingga maksimum lima huruf.

Tekan kekunci MENU untuk menyimpan saluran yang telah dinamakan.

Menggunakan Menu: Memasang

Page 11: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

11

Menggunakan Menu: Gambar

Mengakses Menu Tekan kekunci MENU untuk paparkan menu utama.

Pilih GAMBAR.

Tekan kursor ke kanan untuk memasuki submenu GAMBAR.

Gunakan kursor pada arah atas/bawah untuk memilih satu perkara.

Gunakan kursor dalam arah kiri/kanan untuk membuat perubahan atau penetapan.

Tekan kekunci MENU untuk kembali atau tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.

Perkara Menu GambarBrightness (Kecerahan)Membenarkan anda untuk mengubah kadar kecerahan gambar.

Colour (Warna)Membenarkan anda mengubah ketepuan warna gambar.

Contrast (Kontras)Membenarkan anda mengubah paras kontras gambar.

Sharpness (Ketajaman)Membenarkan anda mengubah definisi hujung gambar untuk membaiki secara terperinci.

Hue (hanya dengan isyarat NTSC)Membenarkan anda mengubah campuran warna gambar.

Suhu WarnaMenawarkan pilihan-pilihan Normal, Warm, dan Cool. Buat pilihan anda dengan kursor ke kiri/kanan. Normal menjadikan putih kelihatan putih. Warm menjadikan putih kemerah-merahan. Cool menjadikan putih kebiru-biruan.

Pilihan DigitalDigital Scan (Skan Digital) termasuk 100Hz serta Digital Scan, yang bersama-sama menghilangkan gambar yang berkelip-kelip dan garisan bergetar, menawarkan satu gambar yang stabil untuk menonton dengan relaks (tiada terikan mata). 100Hz menawarkan medan kelip yang berkurangan. Progresif menggandakan garisan gambar yang boleh dilihat pada setiap medan dengan memaparkan semua garisan bingkai gambar sekali imbas. Ini mengurangkan garisan imbas daripada dilihat. Auto mendapatkan isyarat input dan menyediakan mod yang sesuai untuk prestasi gambar terbaik. Pilih Digital Scan (Skan Digital) untuk isyarat PAL50Hz dan Progressive Scan (Skan Progresif) untuk isyarat NTSC 60Hz.

Kontras DinamikSecara automatik membuat kontras pada kawasan gambar yang lebih gelap dan cerah boleh dilihat setiap kali imej pada skrin berubah. Biasanya, pilih MED. Dalam keadaan yang lain anda mungkin lebih gemar untuk memilih MIN, MAX, atau OFF.

IntelliSenseApabila diaktifkan, secara automatik mengubah penumpuan gambar dalam masa 20 saat atau kurang.

Penumpuan ManualMembenarkan anda untuk membuat perubahan penumpuan gambar tambahan untuk menyesuaikan kehendak peribadi untuk menala-halus gambar dengan lebih lanjut.

Nota: Penumpuan gambar Brightness (Kecerahan), Colour (Warna), Contrast (Kontras), Sharpness (Ketajaman) [Hue], dan Colour Temperature (Suhu Warna) disimpan secara berasingan untuk saluran 0-11 dan untuk sumber luar.

Page 12: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

12

Menggunakan Auto IntelliSense®

TV unjur anda mempunyai tiga tiub unjur warna: satu untuk merah, satu untuk hijau, dan satu lagi untuk biru. Apabila dicampurkan dalam kadar yang betul, alur warna yang datang daripada tiub boleh mengeluarkan sebarang warna. Untuk membuat gambar yang terang, walau bagaimanapun, alur warna ini mesti disejajarkan dengan tepat. Pensejajaran ini dipanggil ‘convergence’ (penumpuan). Hentakan dan getaran, menggerakkan TV, atau kehadiran lapangan magnetik boleh menyebabkan alur warna tidak disejajar dengan betul, atau tidak tetumpu, hasilnya ialah gambar yang tidak jelas. Dengan menggunakan cirri Auto IntelliSense®, anda boleh secara automatik melaraskan penumpuan dalam masa 20 saat atau kurang.

Nota: Benarkan TV untuk panas selama 20 minit sebelum menggunakan AutoIntelliSense®.

Mengaktifkan AutoIntelliSense® Melalui Menu di Skrin

Tekan INTELLISENSE di menu MEMASANG.

Tekan kursor ke kiri atau kanan untuk mengaktifkan AutoIntelliSense®. Penumpuan gambar akan diselasaraskan secara automatik dalam masa 20 saat.

Mengaktifkan AutoIntelliSense® Menggunakan Kekunci TVDengan TV dihidupkan, tekan kekunci Intellisense di hadapan TV. Penumpuan gambar akan diselaraskan dalam masa 20 saat.

Nota: Anda juga boleh melaras penumpuan gambar untuk menyesuaikan kehendak peribadi anda atau untuk memperhalusi penalaan gambar. Lihat bahagian yang seterusnya menggunakan kawalan PUSAT MANUAL.

Menggunakan Menumpukan Secara Manual:Merah/Biru TertumpuDengan menggunakan ciri Auto IntelliSense®, anda boleh secara automatik melaras penumpuan dalam masa 20 saat atau kurang (lihat muka sebelum ini). Juga, jika anda inginkan, anda boleh menggunakan kawalan Menumpukan Secara Manual untuk membuat pelarasan penumpuan tambahan untuk menyesuaikan dengan kehendak peribadi anda atau untuk memperhalusi penalaan gambar.

Nota: Benarkan TV untuk panas selama 20 minit sebelum melaras penumpuan.

Pilih PUSAT MANUAL di menu GAMBAR.

Tekan kursor ke bawah dan pilih sama ada TUMPUAN MERAH atau TUMPUAN BIRU.

Nota: Jika pelbagai imej di dalam gambar mempunyai garisan luar berwarna merah, pilih TUMPUAN MERAH. Jika pelbagai imej di dalam gambar mempunyai garisan luar berwarna biru, pilih TUMPUAN BIRU.

Gunakan kursor ke kanan, kiri, atas, atau bawah untuk melaras ‘rerambut’ berpangkah sehingga garisan luar warna sudah tiada lagi. Pelarasan secara automatik disimpan di dalam memori TV apabila anda keluar daripada mod pelarasan.

Tekan kekunci MENU untuk kembali atau kekunci OSD untuk mematikan menu tersebut.

Periksa gambar TV. Jika sebarang garisan luar kekal di sekeliling imej, gunakan kawalan MULTIPOIN MERAH (untuk garisan luar merah) atau MULTIPOIN BIRU (untuk garisan luar biru). Lihat bahagian selanjutnya untuk arahan menggunakan kawalan-kawalan ini.

Menggunakan Menu: Gambar

Tekan untuk memulakan penumpuan gambar secara automatik

Kekunci TV

Page 13: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

13

Menggunakan Penumpuan Secara Manual Berbilang Titik Merah/BiruKawalan Berbilang Titik Merah/Biru membenarkan anda untuk melaras pemusatan gambar pada titik tertentu di skrin TV.

Nota: Benarkan TV untuk panas selama 20 minit sebelum melaras penumpuan. Laraskan Menumpukan Merah atau Menumpukan Biru sebelum menggunakan kawalan Berbilang Titik Merah/Biru. Lihat muka surat sebelum ini.

Pilih MULTIPOIN MERAH atau MULTIPOIN BIRU di menu PUSAT MANUAL.

Tekan kursor ke kanan untuk memasuki mod kemudi.

Gunakan kursor ke kiri, kanan, atas atau bawah untuk menggerakkan rerambut berpangkah yang mempunyai garisan luar berwarna.

Tekan kekunci OSD (Status/Keluar) untuk kembali ke mod kemudi.

Gunakan kursor ke kiri, kanan, atas, bawah untuk melaras rerambut berpangkah sehingga garisan berwarna sudah tiada.

Tekan kekunci OSD untuk kembali ke mod kemudi.

Ulangi langkah 3-6 sehingga semua rerambut berpangkah yang tidak sejajar telah diselaraskan. Kemudian tekan kekunci MENU.

Untuk pelarasan berbilang titik anda disimpan di dalam memori TV, anda mesti mengaktifkan SIMPANMULTIPOIN.

Nota: Jika anda tidak puas hati dengan pelarasan yang anda baru saja lakukan, dan ingin memulakan semula, anda boleh menggunakan kawalan BATAL MULTIPOIN. Kawalan ini membenarkan anda untuk membatalkan pelarasan tadi, tetapi hanya jika anda melakukannya sebelum menyimpannya dalam memori.

Untuk menyimpan pelarasan berbilang titik: Pilih SIMPANMULTIPOIN dan tekan kursor ke kiri atau kanan.

Untuk membatalkan pelarasan berbilang titik: Pilih BATAL MULTIPOIN dan tekan kursor ke kiri atau kanan.

Untuk mengekalkan semula penumpuan gambar TV kepada penetapan kilang, pilih KE KEADAAN ASAL dan tekan kursor ke kiri atau kanan.

Tekan kekunci MENU untuk kembali atau kekunci OSD untuk mematikan menu.

Page 14: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

14

Menggunakan Menu: Bunyi

Mengakses Menu Tekan kekunci MENU untuk memaparkan menu utama.

Tekan BUNYI dengan kursor ke bawah.

Tekan kursor ke kanan untuk mengakses submenu BUNYI.

Gunakan kursor dalam arah atas/bawah untuk memilih perkara.

Gunakan kursor dalam arah kiri/kanan untuk membuat pelarasan atau penetapan.

Tekan kekunci MENU untuk kembali atau tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.

Perkara-perkara Menu BunyiTrebel

Melemah atau menguatkan tindak balas frekuensi rendah isyarat output audio.

Bes

Melemah atau menguatkan tindak balas frekuensi rendah isyarat output audio.

Keseimbangan

Melaras keseimbangan output bunyi speaker kanan dan kiri.

AVL (Automatic Volume Leveller)

Secara automatik mengawal paras volum untuk mengelak perbezaan paras yang keterlaluan, terutama sekali apabila menukar kepada saluran lain semasa iklan.

Fonkepala

Membenarkan anda untuk melaras volum dan keseimbangan headfon.

Pilih FONKEPALA.

Tekan kursor ke kanan.

Pilih VOLUM atau KESEIMBANGAN dengan kursor ke atas/bawah.

Tekan kursor ke kiri/kanan untuk melaras.

Tekan kekunci MENU untuk kembali.

Page 15: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

15

Menggunakan Menu: Ciri Ciri

Mengakses Menu Tekan kekunci MENU untuk memaparkan menu utama.

Pilih CIRI dengan kursor ke bawah.

Tekan kursor ke kanan untuk mengakses submenu CIRI.

Gunakan kursor dalam arah ke atas/bawah untuk memilih perkara.

Gunakan kursor dalam arah ke kiri/kanan untuk membuat penetapan.

Tekan kekunci MENU untuk kembali atau tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.

Mengaktifkan PemasaCiri Pemasa membenarkan anda untuk menetapkan pemasa untuk menukar ke saluran lain pada masa yang ditentukan semasa anda sedang menonton saluran atau apabila TV berada di dalam mod sedia. Anda juga boleh menetapkan TV untuk dimatikan secara automatik pada masa yang ditetapkan dengan menetapkan Masa Berhenti.

Pilih PENENTU MASA di dalam submenu CIRI.

Tekan kursor ke kanan untuk memasuki Pemasa.

Menetapkan Pemasa Tekank kursor ke kanan sekali lagi untuk memasuki mod MASA.

Masukkan masa semasa dengan kekunci angka. Anda mesti menggunakan 24-jam, atau waktu tentera. Misalnya : 2:15 petang ialah 14:15.

Jika anda memasukkan angka yang salah: Lengkapkan masa sebenar dengan nombor arbitrari, kemudian mula semula.

Tekan kursor ke kiri untuk keluar mod MASA.

Menetapkan Masa Mula Pilih MASA BERMULA dengan kursor ke bawah.

Tekan kursor ke kanan untuk memasuki mod MASA BERMULA.

Masukkan masa untuk mematikan program mengikut kehendak anda.

Tekan kursor ke kiri untuk keluar daripada mod MASA BERHENTI.

Menetapkan Masa Berhenti Pilih MASA BERHENTI dengan kursor ke bawah.

Tekan kursor ke kanan untuk memasuki mod MASA BERHENTI.

Masukkan masa untuk mematikan program mengikut kehendak anda.

Tekan kursor ke kiri untuk keluar daripada mod MASA BERHENTI.

Memilih Saluran

Pilih SALURAN dengan kursor ke bawah.

Pilih saluran yang ingin ditukarkan.

Mengaktifkan Pemasa Pilih MENGAKTIFKAN dengan kursor ke bawah.

Tekan kursor ke kanan untuk memasuki mod MENGAKTIFKAN untuk mengaktifkan pemasa.

Page 16: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

16

Dengan menggunakan kursor ke kanan, pilih SATU KALI atau HARIAN, mengikut kehendak anda sama ada ingin megaktifkan pemasa pada saluran yang dipilih dan masa yang dipilih setiap hari atau sekali saja.

Memaparkan Masa Pilih PAPARAN dengan kursor ke bawah.

Tekan kursor ke kanan untuk memilih PASANG atau PADAM, mengikut kehendak sama ada anda ingin memaparkan masa semasa pada skrin atau tidak.

Tekan kekunci MENU atau kekunci OSD kekuncimuntuk mematikan menu.

Mengaktifkan Kunci daripada Kanak-kanakCiri Kunci daripada Kanak-kanak membenarkan anda untuk mengunci saluran untuk mencegah kanak-kanak daripada menonton program tertentu.

Memasuki Kod Akses Pilih PENGUNCI di dalam menu CIRI.

Tekan kursor ke kanan untuk memasuki KOD MASUK.

Masukkan kod akses 0711 (kod akses ‘default’) Mesej TDK BETUL akan muncul.

Masukkan kod akses 0711 untuk kali kedua. Mesej BETUL akan muncul dan membuat menu Child Lock boleh diakses.

Menukar Kod Akses Pilih MENUKAR KOD untuk memasukkan kod akses pilihan anda.

Tekan kursor ke kanan untuk memasuki mod MENUKAR KOD.

Masukkan kod akses pilihan anda dan sahkannya semula. Mesej BETUL akan muncul.

Mengaktifkan Kunci Daripada Kanak-kanak Pilih SALURAN KUNCI di dalam menu PENGUNCI.

Nota: Masukkan kod akses jika diminta. Lihat di atas.

Tekan kursor ke kanan untuk memasuki mod SALURAN KUNCI.

Gunakan kursor ke atas/bawah untuk memilih saluran yang anda ingin kunci.

Tekan kursor ke kanan untuk mengunci saluran. Simbol kunci kekunci akan muncul sebelah saluran yang dikunci.

Mulai sekarang, saluran(-saluran) yang dikunci boleh diakses hanya melalui alat kawalan jauh.

Ulangi langkah 1-4 untuk membuka kunci saluran yang dikunci.

Untuk memadam semua saluran yang dikunci sekali, pilih PADAM SEMUA di dalam menu PENGUNCI dan tekan kursor ke kanan. Mesej DIPADAMKAN akan muncul.

Tekan kekunci MENU untuk kembali atau kekunci OSD untuk mematikan menu.

Menggunakan Menu: Ciri Ciri

Page 17: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

17

Memilih Format SkrinPilihan Format Skrin TV memberikan anda flesibiliti di dalam menonton sumber video. Pilih format skrin menggunakan kekunci kursor ke atas/bawah atau menu di skrin. Untuk menggunakan menu di skrin:

Pilih FORMAT di dalam menu CIRI.

Tekan kursor ke kanan berulang kali untuk memutar melalui format skrin yang berbeza dan pilih format yang anda ingini. Pilihan berbeza dari segi sumber input (lihat penentuannya di sebelah kanan):

• Format 4:3 memaparkan gambar 4:3 menggunakan permukaan penuh skrin.

• Format AUTO membuat gambar memenuhi skrin sebera pa banyak yang mungkin.

• Format MENGEMBAND 4:3 mengembangkan imej tayangan gambar yang dirakam dalam format peti surat. Bar hitam di atas dan bawah skrin dikembangkan, dengan itu memenuhi keseluruhan skrin.

• MEMAMPAT 16:9 membenarkan anda untuk menunjukkan skrin luas, sumber video berdefinisi tinggi kerana ia bertujuan untuk gambar yang lebih semula jadi. Bar hitam dipaparkan di atas dan bawah skrin.

Menghidupkan Blue MuteCiri Blue Mute menandakan kepada anda isyarat tidak hadir di dalam penghantaran apabila BISU BIRU diaktifkan.

Pilih BISU BIRU di dalam menu CIRI.

Tekan kursor ke kanan untuk memilih PASANG untuk mengaktifkan ciri blue mute.

Tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.

Menghidupkan Active Control™ (Kawalan Aktif)Hidupkan Active Control™ dengan menggunakan kekunci ACTIVE CTRL atau menu di skrin. Untuk menggunakan menu di skrin:

Pilih KAWALAN AKTIF di dalam menu CIRI.

Tekan kursor ke kanan untuk memilih PASANG untuk mengaktifkan kawalan automatik Ketajaman dan Pengurangan Bunyi Bising.

Tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.

Nota: Sekiranya alat kawalan jauh anda hilang atau pecah, anda masih boleh menukar beberapa penetapan asas gambar dan bunyi dengan kekunci di hadapan TV. Lihat muka surat 5.

Untuk AV4 dan AV5 Sumber 480p atau 576p:

Tiada pilihan format gambar yang ada melalui TV. Kawal format skrin dari sumber (pemain DVD atau kotak atas penetapan digital)

Untuk sumber AV1, CVI, AV2, atau AV3:

Untuk sumber AV4 dan AV5 1080i:

Page 18: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

18

Menggunakan Lungsur Bijak

Menambah Saluran Kepada Senarai LungsurAnda boleh memilih senarai atau siri saluran yang ditonton sebelum ini dengan kekunci SURF. Ciri ini membenarkan anda untuk menukar di antara program TV yang anda minati pada masa ini. Anda boleh mempunyai sehingga 10 saluran di dalam senarai SURF. Lima saluran ditunjukkan di dalam senarai pada satu masa. Tekan kursor ke bawah/atas seperti yang diperlukan untuk melihat semua saluran di dalam senarai.

Pilih saluran yang anda ingin tambah kepada senarai Surf. (Lungsur)

Tekan kekunci MELUNCUR.

Tekan kursor ke kanan untuk menambah saluran yang dipilih ke senarai Surf. Saluran ditambah apabila “delete?” (padam?) muncul, mewakili tindakan yang ada selanjutnya.

Ulangi langkah 1-3 untuk menambah lebih banyak saluran kepada senarai Surf.

Tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.

Tekan kekunci MELUNCUR berulang kali untuk melihat saluran.

Memadam Saluran kepada Senarai Surf Tekan kekunci MELUNCUR.

Tekan kekunci MELUNCUR sekali lagi seberapa banyak kali yang diperlukan untuk memilih saluran yang anda ingin padam daripada senarai Surf.

Tekan kursor ke kanan untuk memadam saluran daripada senarai.

Untuk memadam lebih banyak saluran, ulangi langkahlangkah di atas.

Page 19: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

19

Menggunakan Gambar Bijak Dan Bunyi Bijak

Ciri Gambar Bijak menawarkan anda pilihan sebanyak lima penetapan gambar: Personal (Peribadi), Rich (Garang), Natural (Semula jadi), Soft (Lembut) dan Multimedia. Bunyi bijak menawarkan anda pilihan empat penetapan bunyi: Personal (Peribadi), Voice (Suara), Music (Musik) dan Theatre (Teater).

Tekan kekunci GAMBAR BIJAK (SMART `) atau BUNYI BIJAK (SMART±) pada alat kawalan jauh berulang kali untuk melihat penetapan dan pilih mod yang diingini.

Nota: Ketetapan PERIBADI dibuat dengan menggunakan menu GAMBAR atau BUNYI. Kedua-duanya merupakan satu-satunya ketetapan Gambar Bijak dan bunyi Bijak yang boleh diubah. Semua ketetapan lain sudah ditetapkan oleh kilang pengeluar.

Pilihan Gambar Bijak (SMART `)PeribadiPenetapan gambar berdasarkan kehendak anda.

GarangMenekankan warna yang lebih ceria. Pilihan ini sesuai untuk mod AV di dalam bilik yang dicerahkan dengan terang.

Semula jadiMenekankan semua penetapan yang dipancarkan, secara sama rata.

LembutMenekankan warna “hangat”. Pilihan ini sesuai untuk bilik yang kelam dan memberi kesan seperti dalam panggung apabila lampu dipadamkan.

MultimediaMenekankan warna “lembut”. Pilihan ini sesuai untuk memainkan permainan komputer.

Pilihan Bunyi Bijak (SMART±)PeribadiPenetapan bunyi berdasarkan kehendak anda.

JuaraMembawa suara ke hadapan, menekankannya. Menggerakkan musik sebagai latar belakang.

MusikMenekankan musik lebih daripada suara.

TeaterMemberi keseimbangan di antara suara dan musik.

Nota: Penetapan PERIBADI adalah yang anda buat menggunakan menu GAMBAR atau BUNYI. Ini hanyalah penetapan Gambar Bijak dan Bunyi Bijak yang boleh ditukar. Semua yang lain ditetapkan di kilang.

Page 20: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

20

Menggunakan Teleteks (Jika Disediakan)

Kebanyakan saluran TV menyiarkan maklumat melalui Teleteks. Setiap saluran yang menyiarkan teleteks menghantar muka surat dengan maklumat bagaimana untuk menggunakan sitem teleteksnya. Cari muka surat teleteks di dalam indeks utama (biasanya muka. 100).

Bergantung kepada saluran TV, teleteks dihantar dalam system yang berbeza. Warna yang digunakan di dalam baris pilihan sepadan dengan kekunci warna pada alat kawalan jauh anda.

Mengenai TeleteksTeks Mudah mengurangkan masa menunggu dengan banyaknya (dengan syarat penyiaran teleteks bagi saluran TV tertentu diterima untuk sekurang-kurangnya setengah minit) dengan:

• pilihan terus muka surat sebelum dan selanjutnya yang dihantar dan muka surat yang dirujuk di dalam baris pilihan di bawah skrin teleteks.

• Senarai penonton bertabiat: muka surat yang kerap digunakan diletakkan secara automatik dalam senarai yang digemari supaya ia boleh diperolehi dengan segera.

• Pracatatan nombor muka surat yang dirujuk di muka surat yang dipaparkan; dan

• Pracatatan semua sub muka surat.

Menghidup dan mematikan Teleteks Tekan kekunci b untuk menghidupkan teleteks.

Muka surat indeks utama muncul di skrin bersama dengan dua baris maklumat di atas dan bawah baris pilihan di bawah skrin.

Tekan kekunci b sekali lagi untuk menindih muka surat teleteks di atas programTV.

Tekan kekunci b sekali lagi untuk mematikan teleteks..

Memilih Muka Surat teleteks

Dengan kekunci angka

Masukkan nombor muka surat yang diingini dengan kekunci angka.

Kaunter muka surat meminta muka surat tersebut atau muka surat muncul dengan segera apabila nombor muka surat telah disimpan di dalam memori.

Mesej muncul apabila anda telah memasukkan muka surat yang tidak wujud atau yang salah. Nombor muka surat bermula dengan 0 atau 9 tidak wujud. Pilih nombor lain.

Dengan baris pilihan

Gunakan kekunci berwarna - yang sepadan dengan pilihan berwarna di bawah skrin - untuk memilih subjek yang diingini.

Jika baris pilihan tidak berada di skrin, tekan kekunci warna yang dipilih sebanyak DUA KALI.

Kekunci warna untuk dipilih

OSD

b

Page 21: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

21

Melihat-lihat Muka Surat Teleteks dengan PantasTekan kursor ke atas/bawah atau kekunci CH +/– untuk melalui muka surat sebelum atau selanjutnya.

Memilih Muka Surat Teleteks IndeksTekan kekunci OSD untuk kembali ke indeks utama (biasanya muka. 100).

Memilih sub muka suratApabila muka surat teleteks yang dipilih terdiri daripada pelbagai sub muka surat, satu daripada sub muka surat tersebut akan muncul di skrin.

Anak panah di hadapan nombor muka surat menandakan sub muka surat lain wujud.

Sub muka surat lain boleh dipilih dengan dua cara:

Dengan kursor ke kiri/kanan

Nombor sub muka surat yang lain muncul berwarna putih sebaik saja penghantaran telah menemuinya. Ia disimpan di dalam memori supaya ia ada apabila muka surat teleteks berada di skrin.

Gunakan kursor ke kiri/kanan untuk memilih sub muka surat sebelum atau selanjutnya.

Menggunakan Fungsi Teleteks Khas

Perbesarkan

Tekan h berulang kali untuk memaparkan bahagian atas dan bawah, dan kemudian kembali ke saiz muka surat biasa. Apabila bahagian atas dipaparkan, anda boleh menggelung teks, sebaris demi sebaris menggunakan kursor ke atas/bawah.

Dedahkan

Tekan e untuk mendedah/menyembunyikan maklumat yang tersembunyi, seperti penyelesaian kepada teka teki.

Kursor untuk memilih muka

surat

OSD

h

f

e

Untuk memilih

muka surat

f Untuk kegunaan akan datang

Page 22: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

22

Menggunakan Peralatan Persisian

Anda boleh menyambungkan pelbagai jenis peralatan video dan audio ke TV anda dengan banyak cara. Muka surat ini dan yang berikutnya memberi gambaran keseluruhan tentang kesesuaian dan jenis peralatan yang anda boleh sambungkan ke soket. Contoh sambungan menyusuli pada muka surat seterusnya. Jika perlu, rujuk kepada buku panduan peralatan persisian juga.

Gambaran Keseluruhan: Input/Output Standard

Soket ANTENA MASUK (ANTENNA IN) 75Ω – sesuai dengan standard penyiaran di kawasan anda. Guna

untuk menyambung isyarat frekuensi radio (RF) dari antena VHF/UHF atau sistem kabel.

YPbPr (soket input video komponen [CVI]) – sesuai dengan isyarat 480i dan 576i. Gunakan untuk

menyambung peralatan yang mempunyai output video komponen, seperti pemain DVD, pemain cakera laser, pemain permainan video, penerima satelit, atau peralatan lain. Gunakan soket Audio INPUT-AV 1 L(Kiri) dan R(Kanan) untuk sambungan bunyi.

Soket S-VIDEO (super video) – sesuai dengan isyarat 480i dan 576i. Gunakan untuk

menyambung persisian yang mempunyai output Siper VHS (S-VHS), seperti pemain VCR, DVD, pemain cakera laser, pemaian permainan video, penerima satelit, atau peralatan lain.

Soket VIDEO(komposit) (INPUT-AV 1, INPUT-AV 2, dan panel soket sisi TV [AV3])

– sesuai dengan isyarat 480i dan 576i. Guna untuk menyambung persisian yang mempunyai output video komposit, seperti VCR, pemain permainan video, atau peralatan lain.

Input AUDIO (INPUT-AV 1, INPUT-AV 2, dan panel soket sisi TV [AV3])

– guna untuk menyambung soket output audio pada VCR, DVD, atau persisian lain.

MONITOR OUT(VIDEO/AUDIO) – guna untuk menyambung kepada VCR untuk merekod

program dari TV. Atau guna output AUDIO untuk menyambung kepada sistem hi-fi audio.

Soket Fonkepala n (stereo, 3.5 mm) – guna untuk menyambung headfon kepada penetapan

peribadi. Galangan headfon mesti di antara 8 dan 4000 Ohms.

Output SUBWOOFER – guna untuk membuat sambungan pilihan ke subwoofer yang

dikuasi dari luar.

Gambaran Keseluruhan: Input Berdefinisi TinggiSoket AV4 dan AV5 membenarkan anda untuk menyambung peralatan digital dengan output isyarat 1080i/480p(60Hz) atau 576(50Hz).

AV4 – gunakan untuk menyambung peralatan digital dengan output

isyarat 1080i/480p (60Hz) atau 576p(50Hz), seperti kotak atas penetapan digital atau pemain DVD dengan keupayaan skan progresif. Anda boleh menyambungkan peralatan

TEPI TV

Nota: Panel tepi ialah AV3

BELAKANG TV

Page 23: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

23

Input

AV4, AV5

Menerima Video Sync mengikut:

Keterangan Video

EIA/CEA-770.2-C

EIA/CEA-770.3-C

ITU-R BT.1358

480p (60Hz)

1080i (60Hz)

576p (50Hz)

Input Berdefinisi Tinggi – Rujukan ‘Synchronizing’ Videodengan video komponen output YPbPr atau RGB ke soket AV4. Sambungan H dan V Sync mungkin atau mungkin tidak diperlukan untuk sambungan RGB. Gunakan soket AUDIO AV4 L(Kiri) dan R(Kanan) untuk sambungan bunyi.

Lihat buku panduan untuk peralatan digital yang anda sambungkan.

AV5 – gunakan untuk menyambung peralatan digital dengan

output isyarat 1080i/480p (60Hz) atau 576 (50Hz), seperti kotak atas penetapan digital atau pemain DVD. Soket AV5 menerima penyambung DB15. Perhatikan, walau bagaimanapun, penyesuai (adaptor) juga boleh digunakan untuk menyambung output video komponen ke soket DB 15 ini. Gunakan soket AV5 L(Kiri) dan R(Kanan) untuk sambungan bunyi.

Lihat buku panduan untuk peralatan digital yang anda sambungkan.

Input Definisi tinggi Digital AV4 dan AV5Apabila anda mempunyai peralatan digital dengan output isyarat 1080i atau 480p (60Hz) atau output isyarat 576p (50Hz), sambungkannya kepada input AV4 atau AV5 TV anda. Contoh-contoh peralatan sepertinya ialah kotak atas penetapan digital dan skan progresif pemain DVD.

Menyambung kepada AV 4Sambungkan peralatan digital dengan output video komponen (biasanya dilabelkan Y-Pb-Pr) atau dengan output RGB (penyambung jenis fono) ke input AV4 bagi video dan audio kiri dan kanan. Juga sambungkan ke input H dan V Sync di TV jika diperlukan untuk peralatan digital anda.

Nota: Soket AV4 adalah bersesuaian dengan peralatan digital yang mempunyai output RGB dengan “sync on green” atau RGB dengan “H dan V sync yang berlainan”. Standard output untuk peralatan digital, walau bagaimanapun, mungkin berlainan mengikut pengeluar. Tiada standard industri ditetapkan untuk sistem isyarat RGB television HD, masa, penyelarasan, dan kekuatan isyarat. Jika peralatan digital yang anda ingin sambung ke TV menawarkan kedua-dua komponen video dan output RGB, komponen video adalah penyambung yang disarankan untuk digunakan. Lihat buku panduan untuk peralatan digital.

Menyambung ke AV5Sambungkan peralatan digital ke output RGB atau Y-Pb-Pr ke input untuk video AV5 dan audio kiri dan kanan. Kabel DB 15 atau kabel penyesuai dengan penyambung DB15 diperlukan.

Nota: Input AV5 tidak boleh digunakan untuk menyambung komputer atau lain-lain peranti VGA.

Nota berkenaan menyambung ke AV4 atau AV5:• Untuk menyambung ke samada AV4 atau AV5, pastikan bahawa

penetapan ruang-warna TV sepadan dengan output (Y-Pb-Pr atau RGB) untuk peralatan digital yang anda telah sambungkan ke input AV4 atau AV5. Lihat arahan untuk penetapan ruang warna TV pada mukasurat 22.

• Lihat buku panduan untuk peralatan definisi-tinggi.

• Jika anda perasan imej yang bergelung, salah warna atau tiada warna, tiada gambar atau kemungkinan campuran semua ini pada skrin anda, periksa untuk mengetahui

BELAKANG TV

Page 24: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

24

Menyambung Peralatan Persisian

Menetapkan Ruang Warna AV4 dan AV5Istilah colour space merujuk kepada bagaimana warna didefinisikan dan timbul pada TV anda. Apabila membuat sambungan pada soket AV4 atau AV5, anda perlu memastikan bahawa ruang warna TV ditetapkan untuk disamakan dengan output persisian yang telah anda sambung.

Tekan kekunci AV pada alat kawalan jauh seberapa banyak kali yang perlu untuk memilih input definisi-tinggi yang anda inginkan, soket AV4 atau AV5.

Tekan kekunci MENU untuk paparkan menu.

Pilih MEMASANG dengan kursor ke bawah..

Tekan kursor ke kanan untuk memasukkan menu MEMASANG.

Kursor ke bawah sehingga input definisi-tinggi (AV4 atau AV5) dipilih.

Penetapan ruang-warna semasa muncul ke kanan AV4 atau AV5. Untuk menukar penetapan, kursor ke kiri atau ke kanan.

Tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.

Memilih Peralatan Yang Disambung Untuk Melihat

Peralatan yang Disambung dengan Kabel Aerial SahajaPilih nombor saluran di mana anda telah simpan isyarat ujian dengan kekunci angka.

Peralatan yang Disambung ke belakang atau ke tepi TV (AV3)Tekan kekunci AV berulangkali untuk memilih AV1, CVI, AV2, AV3, AV4, atau AV5, mengikut di mana anda menyambungkan peralatan samada di belakang atau di tepi TV.

Pilih CVI untuk melihat main-semula cakera DVD jika anda ingin menggunakan komponen input soket video INPUT-AV1 (Y-Pb-Pr dan AUDIO L [mono] dan input R)

Saluran TVMasukkan nombor saluran bagi saluran TV yang anda ingin tonton dengan kekunci angka atau CH +/–.

AV

Page 25: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

25

Penjagaan, Pembersihan Dan Tip

AMARAN Mengenai Imej tidak bergerak di skrin TV:

Jangan biarkan imej tidak bergerak atau “peti surat” di skrin untuk jangka masa yang lama. Ini boleh menyebabkan penuaan tiub gambar tidak rata.Penggunaan biasa TV harus melibatkan tayangan gambar yang mengandungi imej yang sentiasa bergerak dan bertukar yang memenuhi skrin. Berhati-hati supaya tidak membiarkan imej di skrin untuk jangka masa yang lama atau terlalu kerap memaparkan imej yang sama di skrin, kerana imej kabur yang lembut boleh ditinggalkan di tiub gambar. Elak daripada menunjukkan imej tidak bergerak yang sama lebih dari 15 peratus daripada jumlah tontonan di dalam satu minggu. Sumber imej tidak bergerak mungkin daripada cakera DVD, cakera laser, permainan video, cakera CD-i, pita video, peti televisyen digital, saluran yang dipancarkan, saluran kabel, saluran satelit, dan lain-lain.

Berikut adalah beberapa contoh imej tidak bergerak (ini bukanlah senarai yang merangkumi semua; anda mungkin akan menghadapi yang lain semasa tontonan anda):

• Menu DVD – menyenaraikan kandungan cakera DVD.

• Sempadan hitam “Petisurat” – bar hitam ditunjukkan sepanjang hujung gambar apabila tayangan skrin lebar (16:9) dimainkan di TV.

• Imej dan papan markah permainan video.

• Logo stesyen televisyen – mendatangkan masalah jika ia terang dan tidak bergerak; grafik yang berkontras rendah atau bergerak kurang untuk menyebabkan penuaan tiub gambar yang tidak rata.

• Panduan pasaran saham – disampaikan di bawah skrin TV.

• Paparan logo saluran membeli-belah dan harga – terang dan ditunjukkan dengan kerap atau berulangkali di lokasi yang sama di skrin TV.

Semua tiub gambar menjadi ‘tua’ dengan penggunaan, dengan output cahayanya mula hilang dengan perjalanan masa. Tetapi dengan mengekalkan penggunaan biasa – mencampurkan jenis gambar televisyen - anda akan mewujudkan keadaan untuk tiub menjadi tua pada kadar yang sama. Hasilnya ialah gambar TV yang sama terang di seluruh skrin.

Meletakkan TV• Lihat muka surat 4.

Membersihkan• Untuk mengelakkan bahaya kejutan yang mungkin berlaku, pastikan untuk mencabut palam dari salur elektrik sebelum membersihkan.

• Bersihkan habuk TV dengan kerap menggunakan pemadam yang kering, tidak calar untuk memastikan kebersihan TV.

• Apabila membersihkan TV, pastikan tidak mencalar atau merosakkan permukaan skrin. Elak daripada memakai barang kemas atau menggunakan sesuatu yang kasar. Jangan gunakan pembersih rumah. Lapkan bahagian hadapan skrin dengan kain bersih yang lembab menggunakan air. Gunakan strok yang rata, mudah dan menegak apabila membersihkan.

• Dengan perlahan lap permukaan peti TV dengan menggunakan kain atau span yang bersih yang dilembabkan dengan larutan air yang dingin, jernih dan sabun atau detergen tidak kasar apabila membersihkan.

• Sekali-sekala vakum lubang-lubang udara atau slot di belakang penutup TV.

• Jangan sekali-kali menggunakan ‘thinner’, semburan racun serangga, atau kimia lain di atas atau berdekatan dengan peti TV, kerana ia mungkin akan mencalarkan kemasan peti TV secara kekal.

Tip• Jangan alih atau gerakkan peti di sekeliling apabila ia masih dihidupkan. Warna yang tidak sama rata pada beberapa bahagian skrin

mungkin akan berlaku.

Pembuangan TV Yang Tamat HayatnyaPhilips memberi perhatian kepada produknya yang mesra alam. TV baru anda mengandungi bahan yang boleh dikitar dan diguna semula. Syarikat-syarikat khusus boleh menanggalkan TV anda yang dibuang pada penghujung hayatnya, menumpukan kepada bahan yang boleh diguna semula dan mengurangkan jumlah bahan untuk dibuang. Pastikan untuk membuang TV lama anda mengikut peraturan tempatan.

Pembuangan Bateri Yang Sudah KehabisanBateri yang dibekalkan tidak mengandungi logam berat merkuri dan kadmium. Walau bagaimanapun, di kebanyakan negara bateri yang sudah kehabisan tidak boleh dibuang bersama dengan sampah biasa anda. Pastikan anda membuang bateri yang kehabisan mengikut peraturan tempatan.

Page 26: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

26

Sebelum Mendapatkan Khidmat Pembaikan

Gambar bersalji dan bunyi bising • Periksa sambungan antena.

Tanda Apa yang perlu dilakukan

Alat Kawalan Jauh Tidak berfungsi • Periksa bateri dipasang dengan betul.• Gantikan bateri, jika perlu.• Bersihkan alat kawalan jauh dan tetingkap sensor alat kawalan jauh di TV.• Tidak melebihi 6 meter dari TV apabila menggunakan alat kawalan jauh dan tujukan alat kawalan

jauh ke arah tetingkap sensor alat kawalan jauh TV.• Jika alat kawalan jauh masih tidak boleh berfungsi, gunakan kekunci di TV.

Tiada kuasa • Periksa kod kuasa TV dipalamkan ke soket utama. Jika masih tiada kuasa, cabut palam. Tunggu selama 60 saat dan masukkan semula palam kemudian hidupkan TV semula.

• Lihat sama ada salur keluar dikawal oleh suis dinding.• Jika anda menggunakan jalur kuasa AC, pastikan fius di jalur kuasa tidak rosak.

Tiada gambar • Periksa sambungan antena di belakang TV untuk melihat sama ada ia disambungkan ke terminal input TV.

• Stesyen pemancar mungkin sedang mengalami kesukaran. Cuba saluran lain.• Selaras penetapan kontras dan kecerahan atau pilih penetapan gambar lain dengan kekunci

Gambar Bijak di alat kawalan jauh.• Jika menggunakan peralatan persisian melalui input A/V, pastikan ia telah disambung dengan

sempurna.• Pastikan anda telah memilih sumber isyarat yang betul untuk tontonan.• Jika anda cuba untuk menonton gambar daripada pemain DVD berupaya skan progresif yang

disambungkan ke soket AV4 atau AV5, pastikan outputnya ditetapkan dengan betul (kepada HD atau SD) berdasarkan sambungan ke TV yang telah dilakukan.

• Jika anda menggunakan penerima HD, pastikan outputnya ditetapkan dengan betul (kepada HD atau SD), berdasarkan sambungan ke TV yang telah anda lakukan.

Gambar baik tetapi tiada bunyi • Tinggikan volumnya.• Periksa TV tidak disenyapkan; tekan kekunci [ di alat kawalan jauh.• Apabila tiada isyarat yang dikesan, TV secara automatik akan mematikan bunyi. Ini adalah operasi

yang sempurna dan tidak menunjukkan kerosakan.• Periksa penetapan bunyi sistem penghantaran di TV

Bunyi baik tetapi warna kurang baik atau tiada gambar

• Laraskan penetapan kontras dan kecerahan atau pilih penetapan gambar lain dengan kekunci Gambar Bijak di alat kawalan jauh.

• Periksa penetapan warna sistem penghantaran di TV ini.

Gambar kurang baik • Kualiti gambar kurang baik kadang-kala berlaku apabila kamera S-VHS atau camcorder telah disambungkan ke panel sisi (AV3) TV apabila satu lagi persisian disambungkan ke AV1 dan AV2 secara serentak. Di dalam keadaan ini, matikan salah satu daripada persisian ini.

Tompok berwarna (tidak rata) • Matikan TV menggunakan kekunci kuasa utama. Tunggu selama 20 minit sebelum menghidupkannya semula.

• Pastikan anda telah membuat penyambungan dengan betul.• Jika anda telah menyambungkan peralatan digital ke soket AV4 atau AV5, periksa penetapan

ruang warna di peralatan atau TV dan tukarkan penetapan di salah satu jika perlu.• Periksa untuk memastikan TV tidak diletakkan terlalu dekat dengan speaker atau objek magnetik.• Laraskan penumpuan TV.

Garisan berbintik mendatar • Ini mungkin disebabkan oleh gangguan elektrik dari perkakas seperti pengering rambut atau hampagas atau sumber lain seperti lampu neon. Matikan perkakas atau gerakkan TV.

Imej berganda atau imej “berhantu” (kabur) • Bangunan tinggi atau bukit mungkin menghalang penerimaan. Cuba menggunakan antena berarah tinggi untuk memperbaiki gambar.

Satu garisan putih merentasi skrin • Matikan TV dengan segera dan rujuk kepada pegawai perkhidmatan yang bertauliah.

Gangguan bunyi NICAM (bunyi geresek) • Ini mungkin disebabkan oleh kedudukan antena atau isyarat yang dipantulkan.• Tukar kepada “MONO” dengan menekan kekunci pada alat kawalan jauh.

Jika masalah anda tidak diselesaikan, matikan TV dan kemudian hidupkan semula sekali lagi. Jangan cuba untuk membaiki sendiri TV yang rosak. Periksa dengan penjual anda atau hubungi teknisyen TV.

Page 27: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545

27

Spesifikasi

Gambar/Paparan

• Nisbah Aspek: 4:3

• Teknologi Paparan:TV unjur, CRT, 7” didinginkan oleh cecair

• Peningkatan Gambar ‘Acclearium Digital Optics’, Active Control,APAC, Auto Intellisense, Black Stretch, Blue Stretch, Digital Comb Filter, Suhu Warna, Digital Crystal Clear, Pengurangan Bunyi Bising Digital, Kontras Dinamik, Skan Progresif, 100Hz Skan Digital

• Peningkatan Skrin: Skrin Saphlon, Litar Anti-Penuaan, Anti- Pantulan, Kecerahan Tinggi, Kontras Tinggi

• Saiz: 43PP8545, 43˝: 50PP8545, 50˝

Resolusi Paparan yang Disokong

• Format komputer: 640 x 480, 60Hz

• Format Video: 480i 60Hz, 480p 60Hz, 576i 50Hz, 576p 50Hz, 1080i 60Hz

Bunyi

• Peningkatan Bass: Bass Boost

• Kuasa Output (RMS): 30 watta RMS (50 Hz-10kHz pada 5% THD)

• Peningkatan Bunyi: Perata Volum Automatik

• Saiz Speaker: 4” x 6”

• Bilangan Speaker: 2

• Jenis Speaker: lonjong berkadar penuh

Penala/Penerimaan

• Input Aerial: Jenis 75 Ohm IEC

• Simpanan Auto: Ya

• Piawaian: NTSC M(3.58-4.5), NTSC (4.43-5.5), PAL B/G. PAL D/K, PAL 1, SECAM B/G, SECAM D/K, SECAM K I

Penyambungan

• AVI: 480i 60Hz, 576i 50Hz, CVBS in,YPbPr,Audio L/R in

• AV2: 480i 60Hz, 576i 50Hz, CVBS in, S-Video Y/C,Audio L/R in

• AV3:Tepi, 480i 60Hz, 576i 50Hz, CVBS in, S-Video Y/C, Audio L/R in, Fonkepala out

• AV4: 1080i 60Hz, 480p 60Hz, 576p 50Hz, YPbPr, RGB+H/V

• AV5: 1080i 60Hz, 480p 60Hz, 576p 50Hz, DB15, RGB+H/V

• Output Belakang: Subwoofer out, CVBS out,Audio L/R out

Kemudahan

• Perlindungan Kanak-kanak: Kunci daripada Kanak-kanak, Kawalan Ibubapa

• Fungsi Jam: Jam

• Peningkatan yang Memudahkan: Mod Auto Program,Auto Gambar, Mod Bunyi Auto

• Bahasa Menu: /93 Bahasa Cina Mudah, Inggeris /69 dan /79: Bahasa Cina Mudah, Inggeris, Melayu

• Fungsi Gambar: Beku

• Teleteks: 100 muka surat Easyteks (tiada pada /93)

• Alat kawalan jauh: RCS82D, Bateri

Dimensi

43PP8545

• Dimensi Produk (LxTxD): 96 sm x 115 sm x 53 sm

• Berat Produk: 57kg

• Dimensi Karton: 106 sm x 125 sm x 62 sm

• Berat termasuk Bungkusan: 65 kg

50PP8545

• Dimensi Produk (LxTxD): 113 sm x 148 sm x 62 sm

• Berat Produk: 82kg

• Dimensi Karton: 125 sm x 154 sm x 71 sm

• Berat termasuk Bungkusan: 94 kg

Kuasa

• Mematuhi Bintang Tenaga, kurang dari 1 watt sedia

• Kuasa Utama: /69, 79: 90-276V, 50/60Hz /93: 160-276V, 50/60 Hz.

• Penggunaan Kuasa: Purata 180 watt

Spesifikasi teknikal ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Page 28: TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545