peranti-peranti input & output

16
PERANTI-PERANTI INPUT & OUTPUT

Upload: rosmahjeff

Post on 08-Nov-2015

179 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

penerangan bergambar mengenai peranti input dan output.

TRANSCRIPT

PERANTI-PERANTI INPUT & OUTPUT

Merupakan peranti yang digunakan untuk memasukkan data dan arahan.

Terdapat berbagai bentuk, gaya, saiz, bentangan (susun atur), "rasa/sentuhan" dan bilangan kekunci.

Kebiasaannya bilangan kekunci ialah 101.

Bentangan yang selalu digunakan ialah susun atur qwerty kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik ialah huruf q,w,e,r,t dan y.

KEYBOARDMesin Pengimbas

Peranti in menukarkan imej teks, lukisan, gambar dan yang serupa dengannya pada helaian kertas kepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke komputer.

Imej yang telah diproses boleh dipaparkan di skrin, disimpan di peranti storan dan dihantar kepada komputer lain.

Kamera Digital Kamera digital adalah sama dengan kamera tradisi kecuali imej direkod secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera dan bukan filem.

Anda boleh mengambil gambar, melihat dan meletakkannya di halaman web dalam masa beberapa minit sahaja.

Pengimbas Kod Bar Kod bar adalah set garisan yang berbeza ketebalannya yang mewakili nombor. Pengimbas bar kod digunakan untuk input data dari kod bar ke dalam komputer.

Kebanyakan barang-barang sekarang menggunakan kod bar sebagai maklumat produk.

MIKROFON Peranti input audio digunakan untuk merekod atau memainkan muzik analog kepada bentuk digital.

Amnya, ia boleh menerima berbagai bentuk bunyi seperti input. Sedangkan peranti pengecam suara hanya boleh menerima satu jenis input audio sahaja iaitu input suara.

Skrin SesentuhPeranti ini bertindak sebagai peranti input dan pada masa yang sama sebagai peranti output.

Ia membenarkan pengguna memberikan arahan atau membuat pilihan dengan hanya menyentuh pada skrin.

Contoh perkakasan yang mempunyai skrin sesentuh adalah mesin ATM bank, telefon pintar, mesin kiosk dan mesin juruwang.

Peranti PenunjukPeranti ini digunakan untuk memberi arahan berdasarkan kursur penunjuk (pointing cursor).

Kayu Ria

TetikusPeranti OutputPeranti output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh unit pemprosesan pusat (CPU) untuk dilihat, digunakan atau didengar oleh pengguna.

Data yang diinput menerusi peranti input perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. MonitorMemaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin.

Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan komputer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya.

Antara jenis-jenis monitor adalah CRT (cathode ray tube, LCD (liquid crystal display) dan plasma display.

Projektor LCDFungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di sebuah bilik atau kawasan yang luas.

PencetakPencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat dalam bentuk cetakan pada kertas. Juga dikenalai salinanhard copy.

Manakala salinan dalam disket dikenali sebagaisoft copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat dipasaran. Antaranya ialah pencetak bubble-jet, pencetak laser, pencetak dot-matrix dan pencetak plotters.

Speaker AudioSpeaker ataupun lebih dikenali dengan nama pembesar suara. Ia mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio.