pembinaan perisian multimedia interaktif bagi · pdf filedan pembelajaran topik unjuran...

32

Upload: duonganh

Post on 07-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,
Page 2: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,
Page 3: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN TOPIK UNJURAN ORTOGRAFIK DI DALAM

LUKISAN KEJURUTERAAN.

ISMI BIN BACHOK

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Jentera )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,
Page 5: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

iii

DEDIKASI

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Untuk ayah dan Ibu,

Bachok Bin Latamah & Mistinah Bte Othman

Hj. Zainal Bin Ibrahim & Hjh. Norsidah Binti Hj. Mohd. Amin

serta

Isteri dan anak tersayang,

Nor Azleen Binti Zainal

Fikri & Faris

Iringan doa restu serta segala pengorbanan dari kalian semua adalah merupakan

azimat utama dalam mengharungi liku-liku di sepanjang pengajian ini.

Semoga DiRahmati Allah hendaknya.

Page 6: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah

kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat

untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan

Jentera ).

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Tn. Hj. Dr.

Abdul Wahid Bin Mukhari di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta

teguran di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Ucapan ribuan terima kasih

juga kepada Pengetua, semua guru-guru Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri

dan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru yang telah memberi

kerjasama dan bantuan dalam menyiapkan kajian ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan

seperjuangan, pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama secara langsung

atau tidak langsung untuk menyiapkan kajian ini. Semoga mendapat keberkatan di

dunia dan akhirat hendaknya.

Sekian, Terima Kasih.

Ismi Bin Bachok

Mac 2004.

Page 7: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

v

ABSTRAK

Perkembangan teknologi multimedia yang semakin pesat membangun hari ini

telah memberi kelebihan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang

pendidikan. Teknologi multimedia merupakan alat bantuan mengajar yang boleh

diterapkan dalam strategi-strategi pengajaran untuk menjadikan persekitaran

pembelajaran suatu pengalaman yang aktif dan menyeronokkan. Sehubungan dengan

itu projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian pembelajaran

multimedia interaktif bagi matapelajaran "Lukisan Kejuruteraan" di dalam topik

"Unjuran Ortografik". Topik ini dipilih bagi membantu guru-guru mata pelajaran ini

mengajar konsep-konsep bagi memantapkan kefahaman pelajar. Perisian multimedia

ini dibangunkan dengan gabungan perisian aplikasi Authorware Attain 5.2,

Macromedia Flash MX, Uleed Cool 3D, AutoCAD R14 dan Sound Forge 4.5.

Integrasi antara imej sebenar, animasi dan video yang digunakan boleh membantu

pelajar dan pengguna memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan dengan

lebih mendalam. Adalah diharapkan perisian ini dapat dimanafaatkan oleh para guru

dan pelajar.

Page 8: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

vi

ABSTRACT

The rapid development of multimedia technology today has provided several

advantages in the teaching and learning process. Multimedia technology has indeed

lend itself as a tool in teaching by making the learning environment an active and

enjoyable experience. The purpose of this project was to develop an interactive

multimedia courseware for the subject of “Engineering Drawing” in the topic of

“Orthographic Projection”. This topic was selected for teachers of this subject to

help students understand the difficult concepts in engineering drawing. The

courseware was developed using Authorware Attain 5.2, Macromedia Flash MX ,

Uleed Cool 3D, AutoCAD R14 and Sound Forge 4.5. The intergration of real image,

animation and video may help students and users to understand the subject better. It

is hoped that the interactive multimedia courseware will benefit teachers and

students.

Page 9: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xvi

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI SINGKATAN xviii

SENARAI LAMPIRAN xviv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Objektif Projek 8

Page 10: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

viii

1.5 Kepentingan Projek 8

1.6 Skop Projek 9

1.7 Definisi Istilah 9

1.7.1 Pembelajaran Berbantukan

Komputer 10

1.7.2 Perisian 10

1.7.3 Multimedia 10

1.7.4 Interaktif 10

1.7.5 Lukisan Kejuruteraan 11

1.7.6 Unjuran Ortografik 11

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Teori Pengajaran dan Pembelajaran 13

2.2.1 Pendekatan Tingkahlaku 14

2.2.2 Pendekatan Kognitif 15

2.2.3 Pendekatan Konstruktif 15

2.3 Pembentukan Konsep dan

Pemasalahannya Di dalam

Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan 17

2.4 Penggunaan Komputer Dalam

Pendidikan 18

2.5 Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) 19

2.6 Jenis-jenis PBK 19

Page 11: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

ix

2.7 Perkara-perkara Penting Dalam

Multimedia 20

2.7.1 Teks 20

2.7.2 Grafik 21

2.7.3 Bunyi 21

2.7.4 Video 22

2.7.5 Animasi 22

2.7.6 Interaktiviti 23

2.7.7 Hipertext (Hypertext) 24

2.8 Ciri-ciri Perisian Yang Baik 24

2.9 Multimedia Dan Aplikasinya Dalam

Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan 25

2.10 Pembinaan Perisian Multimedia

Pendidikan 26

2.10.1 Analisis 27

i. Terhadap Pengguna Dan

Pelajar 27

ii. Terhadap Persekitaran

Pembelajaran 27

iii. Terhadap Kandungan

Pelajaran Atau Tingkah

Laku 27

iv. Terhadap Matlamat

Pengajaran 28

2.10.2 Reka bentuk 28

i. Pembentukan Objektif

Yang Khusus 28

ii. Pembinaan Latihan 29

Page 12: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

x

iii. Pemilihan Strategi

Pengajaran 29

2.10.3 Pembangunan 29

2.10.4 Perlaksanaan 29

2.10.5 Penilaian 30

BAB III REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka bentuk Bersistematik Perisian

Pengajaran Dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer Multimedia

Interaktif 32

i. Takrif

ii. Pandangan

iii. Format Pandangan

iv. Pembinaan Unjuran

v. Latihan.

3.3 Model Reka bentuk Perisian 34

3.3.1 Analisis 35

3.3.1.1 Analisis Terhadap

Guru Dan Pelajar 36

3.3.1.2 Analisis Terhadap

Keperluan Peralatan

Dan Kos 38

Page 13: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

xi

3.3.1.3 Analisis Terhadap

Keperluan Masa Dan

Tenaga Pakar 39

3.3.1.4 Analisis Terhadap

Perlaksanaan Sukatan

Pelajaran 40

3.3.1.5 Analisis Terhadap

Penentuan Kandungan

Pelajaran 40

3.3.1.6 Keputusan 40

3.3.1.7 Perkakasan 42

a.Perisian 42

b.Bahasa Pengarangan 42

c.Ciri-ciri Authoware

Attain 5.2 43

d.Ikon-ikon Authoware

Attain 5.2 43

3.3.2 Reka bentuk

3.3.2.1 Pembentukan Objektif 45

3.3.2.2 Pembentukan Latihan 46

3.3.2.3 Pemilihan Strategi 46

(a) Latih Tubi 47

(b) Tutorial 47

(c) Penemuan Atau

Pencarian 48

3.2.2.4 Kesesuaian Sistem

Multimedia 48

(a) Teks 49

(b) Grafik 49

(c) Video 50

Page 14: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

xii

(d) Animasi 50

(e) Audio 51

3.3.3 Pembangunan 51

3.3.3.1 Carta Alir Reka bentuk

Perisian 52

(a) Menu Utama 52

(b) Takrif 54

(c) Pandangan 55

(d) Format

Pandangan 56

(e) Pembinaan

Unjuran 57

(f) Latihan 59

(g) Keluar 60

3.3.3.2 Pembinaan Papan

Cerita 61

3.3.3.3 Keserasian Perkakasan 61

3.3.3.4 Sistem Penggubahan 62

3.3.4 Perlaksanaan 63

3.3.5 Penilaian 63

BAB IV PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF LUKISAN

KEJURUTERAAN TOPIK UNJURAN ORTOGRAFIK

4.1 Pengenalan 64

4.2 Pakej perisian 64

Page 15: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

xiii

4.3 Panduan Penggunaan 65

4.3.1 Bahagian Ikon Permulaan 66

4.3.2 Bahagian Menu Utama 67

4.3.3 Bahagian Takrif 68

4.3.4 Bahagian Pandangan 69

4.3.5 Bahagian Format Pandangan 71

4.3.6 Bahagian Pembinaan Unjuran 72

4.3.7 Bahagian Latihan 74

4.3.8 Bahagian Keluar 75

4.4 Penilaian Awal Perisian 77

4.4.1 Bahagian A 77

4.4.1.1 Rumusan Bahagian A 78

4.4.2 Bahagian B 79

(a) Elemen Multimedia 79

(b) Isi kandungan 80

4.4.2.1 Rumusan Bahagian B 80

(a)Elemen Multimedia 80

i. Teks

ii. Audio

iii. Grafik

iv. Animasi

v. Video

(b)Isi kandungan 82

i. takrif

ii. Pandangan

iii. Format

pandangan

iv. Pembinaan

Page 16: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

xiv

Unjuran

v. Latihan

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 84

5.2 Perbincangan 84

5.3 Rumusan 86

5.4 Kesimpulan 88

5.5 Cadangan 89

5.6 Penutup 91

BIBLIOGRAFI 92

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A 96

Lampiran B 97

Lampiran C 98

Page 17: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

xvi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Sekolah–sekolah yang menawarkan mata 4

pelajaran elektif KBSM Lukisan

Kejuruteraan 1992-1998.

3.1 Maklumat Awal Analisa 37

3.2 Bilangan Komputer Di sekolah 38

4.1 Peratusan Pengalaman Mengajar

Lukisan Kejuruteraan di sekolah 70

4.2 Peratusan Menghadiri Kursus

Berkaitan Lukisan Kejuruteraan 71

4.3 Peratusan Keseluruhan Penilaian

Awal Elemen Multimedia 72

4.4 Peratusan Keseluruhan Penilaian

Awal Isi Kandungan 73

Page 18: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

xvii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model Pembangunan Lima Peringkat ADDIE 35

3.2 Carta Alir Menu Utama 53

3.3 Carta Alir Bahagian Takrif 54

3.4 Carta Alir Bahagian Pandangan 55

3.5 Carta Alir Bahagian Format Pandangan 56

3.6 Carta Alir Bahagian Pembinaan Unjuran 58

3.7 Carta Alir Bahagian Latihan 59

3.8 Carta Alir Bahagian Latihan 60

4.1 Paparan Permulaan 66

4.2 Ikon yang terdapat di Menu Utama 67

4.3a Paparan Takrif 68

4.3b Isi kandungan yang terdapat pada

bahagian takrif. 69

4.4a Paparan Pandangan 70

4.4b Paparan Di dalam Contoh Bahagian

Pandangan 70

4.5a Paparan Format Pandangan 71

4.5b Paparan Unjuran Sudut Ke Tiga 72

4.6a Paparan utama Pembinaan Unjuran 73

4.6b Paparan Jenis Pembinaan dalam

Pembinaan Unjuran 73

4.7a Paparan Utama Bahagian Latihan 74

Page 19: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

xviii

4.7b Paparan Latihan yang disediakan 75

di bahagian latihan

4.8a Paparan Keluar 76

4.8b Paparan Penghargaan 76

Page 20: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

xix

SENARAI SINGKATAN

ADDIE A (Analysis), D (Design), D (Development), I (Implement),

E (Evaluate)

CD Compact Disk

CD ROM Compact Disk Read Only Memory

JPEG Joint Photographic Expert Group

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

MB RAM MegaBait Random Access Memory

PBK Pembelajaran Berbantu Komputer

SMA Sekolah Menengah Atas

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SMS Sekolah Menengah Sains

SMT Sekolah Menengah Teknik

SMTP Sekolah Menengah Teknik Perdagangan

SMTTP Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri

Page 21: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

xx

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Maklumat Kajian Rintis Pelajar 96

B Maklumat Kajian Rintis Peralatan dan Perisian 97

C Soal Selidik Penilaian Awal 98

Page 22: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan boleh diibaratkan sebagai kunci kepada usaha membangunkan

masyarakat dan negara. Dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran yang berkualiti,

strategi pengajaran guru disifatkan sebagai sumber yang amat diperlukan oleh pelajar

terutamanya dalam usaha membantu mereka menggerak kejayaan dan melicinkan

proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pendidikan yang berkualiti dan

dinamik dapat disampaikan oleh seorang guru yang mempunyai kemahiran yang

tertentu selaras dengan perkembangan media yang pelbagai bagi menyumbang

kearah pengajaran yang sempurna.

Menurut Crow,L.D.& Crow,A (1983 ) dalam Mohd. Zambandi Mohd. Said,

yang menjelaskan bahawa guru yang efektif adalah guru yang memiliki sifat

seperti :-

- mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajar

yang membawa makna pengkhususan di dalam sesuatu mata pelajaran yang

tertentu memainkan peranan yang penting.

Page 23: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

2

- mempunyai imaginasi yang tinggi yang membolehkannya

memberikan pelbagai contoh yang dapat membantu pelajar

memahami sesuatu konsep dengan mudah dan berkesan.

- mahir menggunakan alatan dan bahan pengajaran yang baik dan

berkesan dalam proses pengajaran.

Untuk membantu guru-guru dalam pengajaran mereka, penyediaan bahan

yang sesuai adalah multimedia berbentuk interaktif yang mempunyai pelbagai

fungsi dan penggunaannya.Menurut Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan,

Kementerian Pendidikan, Hamidah Baba; “kebaikan perisian multimedia dalam

pendidikan, bahan multimedia sebenarnya merujuk kepada atribut bahan yang

menyatukan dua media ataupun lebih, iaitu teks, gambar, grafik, bunyi, tayangan

serta animasi, menjadikannya satu persembahan yang jelas dan mudah difahami.”

(Mingguan Malaysia 26 jun 2000 ; Mohd. Ali 2002, m/s 6 ).

Di dalam bidang kejuruteraan sekarang, kebanyakkannya telah mengunakan

teknologi terkini dengan bantuan komputer disamping perisian multimedia yang

pelbagai. Oleh yang demikian, di peringkat sekolah seharusnya telah didedahkan

dengan penggunaan alat bantuan mengajar yang berasaskan multimedia telah

tersedia. Sasaran utama yang perlu dilihat dahulu adalah guru. Ini kerana gurulah

yang akan membentuk anak didiknya menuju kearah kejayaan.

Menurut Mohd. Ramzan Mainal, et al. (1998) m/s 1; “ Lukisan kejuruteraan

adalah satu mata pelajaran asas yang sangat penting kepada para pelajar kejuruteraan.

Ia merupakan bahasa kejuruteraan atau bahasa grafik yang digunakan sebagai media

penghubung utama dalam bidang kejuruteraan”. Berikutan dengan itu, kini lukisan

kejuruteraan telah digunapakai sebagai penghubung kepada para juruteknik, arkitek,

jurutera dan sebagainya disebabkan lukisan kejuruteraan adalah

Page 24: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

3

berasaskan pengetahuan asas, asas lakaran, merekabentuk sehinggalah ke kerja lebih

jitu dan tepat seperti pembaikpulihan dan pengubahsuaian.

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah cabang salah satu mata pelajaran

elektif KBSM dalam kumpulan II iaitu kumpulan Vokasional dan Teknologi. Ianya

dikelompokkan bersama-sama dengan mata pelajaran Matematik Tambahan, Sains

Pertanian, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga,

Teknologi Kejuruteraan dan Rekacipta. Sekarang ini mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan telah diperluaskan kesekolah-sekolah agar dapat memenuhi keperluan

dari segi perkembangan dunia sains dan teknologi.

Menurut Nor Fadila (1999), mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah mula

diperkenalkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) pada tahun 1992, diikuti

di 29 buah Sekolah Menegah Atas (SMA) pada tahun 1993 dan seterusnya di sebuah

Sekolah Menengah Sains (SMS) pada tahun 1995. Jadual 1.1 menunjukkan bilangan

sekolah yang telah melaksanakan Lukisan Kejuruteraan sehingga tahun 1998

(Jabatan Pendidikan Teknikal, 1998)

Page 25: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

4

Jadual 1.1 : Sekolah–sekolah yang menawarkan mata pelajaran elektif KBSM

Lukisan Kejuruteraan 1992-1998. (Nor Fadila, 1999).

Sekolah 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 Jumlah

Sek. Men. Teknik. 9 20 31 18 78

SMA (Pilihan JPN). 29 43 40 17 10 139

SMA (RM 6). 5 14 9 6 34

SMA Primier. 20 20

Sek. Men. Sains. 1 16 17

Sek. Men. Keb. Agama. 1 7 8

Jumlah 9 29 43 47 67 50 51 296

Bagi aliran kejuruteraan, lukisan kejuruteraan adalah satu kemestian yang

perlu di ajar di sekolah. Oleh yang demikian, guru-guru haruslah disediakan bahan

yang sesuai dan sejajar dengan kehendak semasa. Di sini ia membawa erti bahan

tersebut haruslah dapat menarik minat pelajar dan menjadi satu panduan kepada guru

untuk melaksanakan proses pengajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam usaha untuk membantu guru lebih cemerlang dalam proses

pengajaran, semestinya juga guru disediakan bahan yang sesuai dan efektif, tetapi

seringkali menjadi satu batasan di mana bahan pengajaran dan peralatan yang

hendak digunapakai adalah terhad dan kurang menepati kehendak pelajar dalam

menarik minat dalam pembelajaran. Oleh yang demikian, satu kaedah untuk

Page 26: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

5

membantu guru adalah dengan menyediakan bahan pengajaran yang berbentuk

multimedia.

Menurut Zawiyah Mohamad Yusuf, et al. (2002), Kurikulum pengajaran dan

pembelajaran di Sekolah Menengah memerlukan tranfomasi dan kaedah yang lebih

efektif supaya berupaya menarik serta meningkatkan minat pelajar kerana dengan

bantuan teknologi dapat mengumpul input yang maksima kepada individu. Di sini

dapat dikaitkan bahawa guru perlu di bantu dalam kaedah pengajaran mereka supaya

ianya lebih menarik dan tidak menjemukan.

Selain itu, selaras dengan perlaksanaan sukatan mata pelajaran lukisan

kejuruteraan yang baru. Ini mungkin mendatangkan sedikit masalah kepada guru

untuk menyampaikan mengikut sukatan pelajaran tersebut walaupun ianya hampir

sama dengan asas lukisan kejuruteraan sebelum ini. Oleh yang demikian, satu bahan

pengajaran perlu disediakan mengikut sukatan baru bagi memudahkan lagi

perlaksanaan pengajaran guru tersebut.

Di dalam masalah ini, hala tuju utama adalah untuk membantu para guru

dalam proses pengajaran lukisan kejuruteraan. Ini disebabkan guru digalakkan

mempelbagaikan strategi pengajaran mereka untuk mengelakkan kebosanan kepada

pelajar. Menurut Marten, McElwin dan Garcia (1980) dalam Mohd. Zambandi

Mohd. Said, pendidikan teknik dan vokasional ialah pendidikan yang membentuk

kemahiran, kebolehan sikap, tabiat kerja dan penghargaan terhadap pengetahuan dan

maklumat yang diperlukan untuk membolehkan seseorang individu itu dapat

memajukan dirinya dalam pekerjaan secara berguna dan berhasil.

Page 27: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

6

Selain dari perkara yang dinyatakan, pembinaan multimedia untuk

pendidikan adalah satu tugas yang perlu dilaksanakan dari sekarang khasnya di

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan kerana memandangkan negara masih di

tahap percambahan dalam penghasilan bahan multimedia, maka timbul kekurangan

dalam pembinaan perisian yang berbentuk interaktif kepada guru dan pelajar.

Dengan itu, ianya juga menjadi salah satu punca bahan perisian tempatan tiada

dibangunkan.

Oleh yang demikian, satu kaedah dirancang untuk membantu para guru bagi

merealisasikan pengajarannya ketahap yang maksimum dan menarik. Ini adalah

kerana, walau pun kaedah penyampaian pelajaran menggunakan alat bantu mengajar

yang menarik, ianya belum tentu dapat menarik perhatian pelajar. Bagi

menyampaikan pengajaran ianya juga memerlukan pembimbing setiap masa, tetapi

dengan menggunakan alat bantuan pengajaran berbantukan komputer, pengawasan

dan bantuan pembimbing dapat dikurangkan.

Kefahaman diatas berkemungkinan boleh diatasi dengan pembinaan perisian

Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) untuk guru yang boleh diadaptasikan dan

digunakan untuk pelajar dalam pengajaran lukisan kejuruteraan. Alat bantu mengajar

ini adalah berbentuk multimedia yang mempunyai pelbagai maklumat dalam

pengajaran guru. Selain itu dapat meningkatkan kemahiran guru dalam proses

pengajaran mereka juga.Daripada tinjauan di dua buah sekolah teknik di sekitar

Johor Bahru, hanya terdapat perisian multimedia di dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains sahaja dengan kadaran yang terhad.

Bagi mata pelajaran Lukisan kejuruteraan, tiada perisian yang dapat membantu

pengajaran dan pembelajaran di dalam bentuk multimedia.

Page 28: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

7

Untuk mencapai matlamat di atas, proses pengajaran seharusnya

dikemaskinikan dengan pelbagai kaedah. Dengan itu, perisian multimedia perlu

disediakan bagi mempermudahkan proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar

supaya lebih cemerlang. Dengan itu, pelajar juga mendapat satu suasana

pembelajaran yang baru dan seterusnya dapat digunakan secara berulang-ulang bagi

memahaminya dengan lebih tepat. Ini kerana di dalam perisian tersebut akan

mengandungi pelbagai unsur-unsur yang menarik seperti berinteratif semasa belajar

dan yang menjadi bahan utama adalah dapat membantu para guru dalam pengajaran

mereka agar pengajaran tersusun dan menarik.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu perisian Pembelajaran Berbantu

Komputer untuk topik Unjuran Ortografik dalam Sukatan Pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Tingkatan Empat bagi kegunaan guru-guru dan pelajar sekolah-sekolah

di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga adalah bagi menjalankan penilaian awal

projek yang telah dibangunkan disamping menjadikan satu usaha ke arah

menampung akan kekurangan perisian berunsurkan tempatan dan ianya sebagai

bahan tambahan kepada perisian-perisian yang telah sedia ada.

Page 29: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

8

1.4 Objektif Projek

Di antara objektif yang menjadi teras perisian ini adalah seperti berikut :-

i. Menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer

Multimedia dalam topik Unjuran Ortografik mengikut Sukatan

Pelajaran Tingkatan Empat yang dapat menggabungkan elemen

multimedia bagi memudahkan pengguna.

ii. Menyediakan reka bentuk yang memuatkan bahan pengajaran dan

pedagogi supaya dapat menghasilkan perisian pendidikan yang akan

menarik minat dalam pembelajaran Lukisan Kejuruteraan.

iii. Menyediakan sebuah perisian interaktif dan selari dengan masalah-

masalah pembelajaran yang sering dihadapi bagi tajuk ini.

1.5 Kepentingan Projek

Projek ini mempunyai beberapa kepentingan, diantaranya adalah :-

i. Menyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih

berkesan dengan penggunaan multimedia sebagai alat bantuan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Page 30: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

9

ii. Sebagai pemangkin dan menjadi panduan kepada pembinaan perisian

yang lain mengikut kehendak semasa khasnya di dalam Lukisan

Kejuruteraan.

iii. Membantu serta menyumbang kepada industri perisian multimedia

berbentuk lukisan kejuruteraan yang berunsur pendidikan di dalam

Bahasa Melayu.

1.6 Skop Projek

Pembinaan perisian ini merujuk kepada keperluan guru-guru dan para pelajar

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi topik Unjuran Ortografik untuk

pengajaran guru di sekolah dan menjadi bahan kepada pelajar untuk pembelajaran

panduan.

1.7 Definisi Istilah

Untuk tujuan kajian ini, beberapa definisi telah dgunakan untuk menerangkan

perbendaharaan kata tertentu di dalam had penggunaannya.

Page 31: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

10

1.7.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer

Di dalam projek ini Pembelajaran Berbantu Komputer bermaksud satu

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dibantu oleh perisian komputer untuk

menyampaikan maklumat, melatih dan membimbing secara keseluruhan atau

sebahagian pembelajaran yang diikuti.

1.7.2 Perisian

Satu program atau satu pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk

membantu sesiapa yang menggunakannya dan ianya boleh digunakan dalam

komputer berasaskan IBM.

1.7.3 Multimedia

“ Suatu proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi

penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.”

(Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2000,m/s 4).

1.7.4 Interaktif

“Kaedah yang membenarkan seseorang pengguna meneroka sesuatu

maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan yang tersendiri.

Pengguna boleh mencapai sebarang topik atau meninggalkan bahagian-bahagian

yang tidak begitu menarik atau diperlukan oleh mereka.” (Jamalludin Harun dan

Zaidatun Tasir, 2000.m/s 7) .

Page 32: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF BAGI · PDF filedan pembelajaran topik unjuran ortografik di dalam lukisan kejuruteraan. ismi bin bachok ... unjuran v. latihan bab v rumusan,

11

1.7.5 Lukisan Kejuruteraan

“Ia merupakan suatu bahasa kejuruteraan atau lebih dikenali sebagai bahasa

grafik yang digunakan sebagai media penghubung utama dalam bidang kejuruteraan

untuk menyampaikan sesuatu maksud yang diperlukan untuk sesuatu tujuan.”

(Mohd. Ramzan Mainal, et al.,1998.m/s 1).

1.7.6 Unjuran Ortografik

“Satu kaedah untuk menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau

lebih pandangan pada satah-satah yang biasanya bersudut tepat di antara satu dengan

yang lain”,( Mohd. Ramzan Mainal, et al.,1998. m/s 33).