tutorial m3

Upload: adrience-loh

Post on 01-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tutorial 3

TRANSCRIPT

Slide 1

Tutorial Minggu 3Nama Kumpulan : Adrience Loh Yee Shuen Lim Cee Feng Poh Yen Xian Tajuk TutorialSetiap pelajar diminta memilih seorang guru yang mereka sayangi dan menyeranaikan sebab-sebab guru itu disayangi. Kaitkan dengan topi ciri-ciri guru yang efektif.

Membincangkan juga implikasi apabila guru gagal menjadi guru yang efektif.

Perbincangan berhubung peranan guru sebagai pembentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif.Guru yang disayangi (Karangan seorang pelajar tahun 6)Kini,cikgu Laili mengajar saya mata pelajaran Bahasa Melayu.Baliau seorang guru yang rajin dan sentiasa mengambil berat tentang pelajaran saya dan kawan-kawan.Beliau juga selalu menasihati saya supaya tekun belajar dan sentiasa menghormati guru-guru serta ibu bapa.

Di samping itu,cikgu Laili juga mengadakan kelas bimbingan secara percuma selepas waktu persekolahan. Saya dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang itu kerana kami agak lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutama bahagian penulisan karangan. Cikgu Laili juga selalu memberi kami latihan-latihan untuk disiapkan di rumah. Pada hujung minggu,cikgu Laili akan berjoging bersama-sama ahli keluarganya di taman berhampiran rumah saya.Rupa-rupanya cikgu Laili ialah jiran saya. Saya sangat sayang akan cikgu Laili kerana beliau seorang guru yang baik dan prihatin terhadap murid-muridnya terutama murid yang lemah.Saya berharap cikgu Laili sentiasa sihat dan terus mencurahkan baktinya di sini.Saya juga mendoakan agar cikgu Laili sentiasa berbahagia bersama keluarganya.

Sebab-sebab guru disayangi oleh muridGuru yang penyayangBersedia untuk membantu muridMengambil berat tentang pelajaran murid Sayang akan anak murid menasihati anak murid rajin belajar supaya menjadi keputusan yang baik.

Guru yang memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Antaranya :Rajin memberi kelas tambahan selepas persekolahan, memberi latihan kepada murid-murid untuk murid buat di rumah. Baik dan prihatin mengambil berat tentang kesihatan murid murid. Adil Ganjaran dan dendaan diberikan secara adil. Yakin Persediaan untuk P&P sangat mencukupiGuru yang Bersemangat dan ProaktifMemotivasi muridnya keinginan beliau untuk mengajar dapat dirasa akan mempengaruhi muridnya.Ini dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran.Murid akan beasa selamat dan menaruh kepercayaan terhadap seseorang guru keyakinan dan ketabahan Guru yang sensitifPeka terhadap perbezaan cara belajar dan keperluan murid.Mengubahsuai cara pengajarannya mewujudkan peluang pembelajaran kepada semua murid.Murid terdorong untuk mengambil bahagian dalam P&P

Guru yang bersikap peramah, mesra dan berusaha mengenali muridMementingkan murid memanggil nama berasa dirinya pentingMenjalinkan hubungan antara guru dengan murid

Guru yang mempunyai daya kreativiti dan inovatif Kebolehan untuk :mencipta dan menghasilkan sesuatu idea barumengubahsuai sesuatu idea menjadi lebih menarik

Mempelbagaikan kaedah mengajar menarik minat pelajar untuk belajar

Implikasi apabila guru gagal menjadi guru yang efektifKelastidakterkawalGuru tidak mampu menangani situasi kelas yang bising.Jika guru tersebut tidak efektif, maka guru tersebut akan gagal dalam mengawal kelas yang bising.Pembelajaran tidak dapat diteruskan.Tidakdapatmengesanperkembangan muridGurutidakmenilaiperkembangan muriddenganberkesan.Guru tidak dapat memastikan sama ada murid dalam mengikuti pembelajaran yang disampaikan.Wujud jurang antaraguru danmuridGuru yang tidak efektif akan menyebabkanwujudnya masalah komunikasi gurudenganmurid.Guru tidak dapat berkomunikasi dengan murid dengan cara yang betul dan baik.PotensimuridsukardikenalpastiDisebabkangurutidakmengesankanpencapaianmuriddenganbaik.Guru tidak dapat mengetahui potensi murid tertentu.Guru tidak dapat mencungkil potensi murid ke arah yang betul.Proses pengajarandan pembelajaran tidakberjalanlancarGurutidakmeyampaikanilmupengetahuan yanglengkapkepadamurid.Kelas yang terlalu bising juga akan menjejeskan proses pengajaran dan pembelajaran.Guru tidak dapat menyampaikan ilmu manakala murid juga tidak dapat mempelajari sesuatu.

MasalahdisiplinmeningkatKes-kes seperti tidak menghadiri kelas, melanggar peraturan sekolah dan lain-lain.Masalah displin dalam kalangan murid akan semakin serius.Perbincangan berhubung peranan guru sebagai pembentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif.Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang KondusifPersekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam menghadapi tingkah laku.

Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri.

Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari mempunyai perasaan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya.Persoalannya, bagaimanakah seseorang guru itu membentuk persekitaran yang kondusif? Hw??

1.Guru harus mewujudkan persekitaran fizikal yang kondusif.

Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.

Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan ,dan pengudaraan serta kebersihan. Susunan kelas harus memudahkan interaksi murid dan guru.Jarak murid dan guru menentukan kadar tumpuan murid terhadap pengajaran guru.

Persekitaran fizikal kelas yang kondusif.2.Guru harus mewujudkan persekitaran psikososial yang sihat.Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya.

Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti : suasana selesa dan mesra,bebas daripada ancaman suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif memberi peluang yang sama untuk semua murid..

Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajarangaya kepimpinan gurubentuk komunikasicorak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah.

Guru harus mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid.

Guru seperti ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial muridMewujudkan iklim bilik darjah terbuka, iaitu menggalakkan murid bebas berinteraksi antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah.

Mesra dalam berinteraksi dengan murid, nilai penyayang dan prihatin guru dapat menarik minat murid untuk belajar.

Mewujudkan pembelajaran koperatif untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai berkerjasama, toleransi, saling menghormati dalam kalangan pelajar.

Guru harus memberi penghargaan dan ganjaran atas usaha serta sikap positif murid.

Guru harus mewujudkan persekitaran psikososial yang sihat.3. Guru harus menetapkan peraturan dan rutin bilik darjah.Guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid.

Murid memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjahGuru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. TERIMA KASIH