m3. prinsip dan kaedah penyelarasan istilah.ppt

19
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia PRINSIP PERISTILAHAN DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH (PM.DR. S. VIJAYALETCHUMY) MINGGU 3

Upload: vijayaletchumysubram

Post on 10-Aug-2015

310 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

PRINSIP PERISTILAHAN DAN KAEDAH PENYELARASAN

ISTILAH(PM.DR. S. VIJAYALETCHUMY)

MINGGU 3

Page 2: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Objektif

1. Menyenaraikan prinsip-prinsip peristilahan dari segi definisi, konsep, dan ciri konsep.

2. Mengenal pasti peraturan prinsip-prinsip pembentukan istilah.3. Mengenal pasti kaedah-kaedah penyelarasan istilah dari segi

definisi, dan jenis-jenis penyelarasan istilah.

Page 3: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

PENGENALAN

Ketepatan istilah hendaklah berdasarkan konsep, bukan simbol perkataan.

Sebagai peraturan, konsep mesti dihuraikan sejelas-jelasnya sebelum istilahnya dibentuk dengan jelas dan tepat.

Mengikut kamus linguistik istilah sebagai kata atau gabungan kata yang dengan cermat mengungkapkan konsep, proses, dan keadaan sifat yang khas dalam bidang tertentu.

secara umum pula, peristilahan ialah satu proses membentuk golongan kata yang mengandungi sesuatu konsep yang khas dalam bahasa tertentu dan bentuknya disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang tertentu.

Page 4: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

PRINSIP-PRINSIP PERISTILAHAN

DEFINISI

Prinsip peristilahan ialah penjelasan suatu konsep olehkonsep lain yang berkaitan. Pertalian konsep disebut sebagai sistem konsep. Prinsip peristilahan ini merupakan titik bermulanya kerja peristilahan

KONSEP

Merujuk kepada kandungan atau hubungan sesuatu istilah itu dengan bentuk pemikiran yang berasal daripada benda (objek), oleh itu satu simbol perlu diberikan kepada konsep yang dilambangkan, justeru istilah dapat diwujudkan.

Page 5: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

CIRI-CIRI KONSEP Ciri konsep disebut sebagai intensi dan setiap konsep merupakan ahli

sistem konsep. Ciri-ciri konsep ini dapat membantu kita mengelaskan konsep dan

membina sistem konsep. Bagi penyelarasan, ciri-ciri ini berguna untuk melihat hubungan antara

benda dengan benda melalui bentuk, saiz, rekabentuk, fungsi dan kegunaannya.

PERHUBUNGAN KONSEP Konsep berhubungan di antara satu perkara dengan perkara yang

lain, maka setiap konsep tersebut perlu diberi penjelasan tentang kedudukan konsep itu.

Page 6: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

SISTEM KONSEP Keseluruhan hubungan konsep ini dapat dinyatakan oleh sistem

konsep dalam rajah berikut : Rumah

Rumah sebuah Rumah berkembar Rumah teres

Konsep yang berkedudukan selari (rumah sebuah, rumah teres dan rumah berkembar) mempunyai taraf yang sama dengan pelbagai ciri daripada jenis yang sama (sebuah berkembar dan teres)

Page 7: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

PRINSIP PEMBENTUKAN ISTILAH

I) Penghindaran ketaksaanII) Perubahan maknaIII) Penghindaran sinonim IV) Kepatuhan kepada penggunaan yang mantapV) Kesepadanan dengan takrif

Page 8: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Penghindaran ketaksaan

Dalam bahasa khusus, usaha utama adalah ditumpukan ke arah ketidaktaksaan.

Usaha ini bertujuan memberikan jaminan dalam perhubungan antara pakar dengan pemindahan ilmu dalam pendidikan. Ia harus dapat mengelakkan salah faham.

Namun begitu, perhubungan hanya mungkin terjadi satu istilah apabila dipadankan kepada satu konsep secara tetap atau sebaliknya, dengan cara ketidaktaksaan

Page 9: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Perubahan makna

Perubahan makna agak sukar untuk diterima umum. Dalam kebanyakan kes perubahan yang sedemikian hanya akan menimbulkan taksa.

Oleh sebab itu, lebih baik istilah baru diperkenalkan bagi menandakan konsep baru yang lebih disukai.

Sekiranya dalam proses pembangunan ideal terdapat satu istilah teknikal atau saintifik yang berubah makna, maka intensif baru bagi konsep yang berkaitan dengan istilah ini haruslah ditakrifkan dengan berhati-hati dan tepat.

Page 10: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Penghindaran sinonim

Sebarang penggunaan sinonim hendaklah dielakkan. Sinonim (kata seerti) boleh membebankan ingatan, menimbulkan

kekeliruan dan tanggapan palsu iaitu wujudnya lebih daripada satu konsep.

Oleh sebab itu, sinonim mesti dielakkan dalam bahasa khusus. Perhubungan teknikal lebih mengutamakan kejelasan bukannya kepelbagaian.

Walau bagaimanapun istilah kebangsaan dan antarabangsa sebagai sinonim hendaklah dibenarkan. Hal ini kerana istilah-istilah tersebut digunakan bagi memudahkan perkembangan komunikasi yang lebih luas.

Page 11: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Kepatuhan kepada penggunaan yang mantap

Penggunaan istilah yang sudah mantap hendaklah diteruskan dan tidak boleh ditukar istilahnya tanpa alasan yang kuat.

Oleh itu, sebaik sahaja istilah atau konsep telah diterima umum, ia tidak harus diubah tanpa sebab yang menyakinkan dan kemungkinan yang munasabah bagi perubahan itu diterima.

Jika tidak diterima umum, penyimpangan dalam penggunaan istilah akan menimbulkan penghasilan sinonim baru atau istilah taksa.

Dengan ini, untuk memperkenalkan ubahsuaian memerlukan banyak masa dan usaha.

Page 12: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Kesepadanan dengan takrif Istilah mesti terdiri daripada ciri yang paling penting tentang

konsep yang hendak dipadankan. Ia seharusnya tidak mengandungi unsur yang boleh menimbulkan

penentangan dengan takrif. Istilah yang kompleks bolehlah dianggap setara dengan takrif yang dipendekkan.

Selain itu takrif juga tidak seharusnya meliputi setiap juzuk gabungan konsep yang ditunjukkan dalam takrif, tetapi cukup hanya juzuk yang diperlukan untuk membezakan konsep yang dimaksudkan itu daripada konsep yang sehubungan.

Justeru itu, prinsip yang paling penting perlu diikuti dalam membentuk istilah yang kompleks ialah prinsip yang mengawal pembentukan takrif dan konsep.

Page 13: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

13

Mula-mula menyediakan senarai istilah. Senarai tersebut dikumpulkan dan direkodkan. (selalunya dilakukan oleh pakar-pakar bidang contoh: Pensyarah dsbnya) Istilah-istilah yang diperuntukkan kepada konsep-konsep tertentu seperti sains dan teknologi harus disertakan. Istilah yang telah dikumpul kemudian diteliti dari segi

kesesuaian masing-masing dengan prinsip peristilahan.

KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH

Page 14: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Istilah diteliti mengikut kesesuaian bidang dan selaras dengan prinsip peristilahan (dalam ciri-ciri istilah)

Istilah yang jelas dan sesuai diterima Istilahnya perlu tempat lebih-lebih bidang teknikal

Kejuruteraan Istilah baru diselaraskan (sesuai) sekiranya tidak tepat,

keliru/ mudah disalah tafsir. Penelitian rapi dan proses pembentukan dilakukan agar

semua istilah jelas dan tepat serta mudah digunakan. Bagi istilah yang selaras, ertinya disusun ikut definisi dan

makna istilah / mengikut abjad.

14

Page 15: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Piawai peristilahan tersusun dan mengikut abjad Istilah dikelaskan dan dikumpulkan berasaskan konsep. piawainya: konsep, kosa kata dan indeks berabjad. mempunyai 4 jenis:

1) Konsep khusus bidang tertentu (ikut pada bidang)2) Konsep melampaui bidang tertentu

Contohnya:

Sel Sel pokok Sel manusia bukan kepunyaan satu

Sel (penjara) bidang

3) Konsep Pinjaman bidang lain 4) Konsep bahasa umum

K/S : 4 konsep piawai Khusus Melampaui bidang PinjamanUmum

Page 16: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH

Senarai istilahnya perlu disediakan terlebih dahulu agar istilah dalam bidang yang berkenaan dikumpul dan direkodkan.

Istilah yang dikumpul kemudiannya diteliti dari segi kesesuaian dengan prinsip peristilahan.

Istilah yang sedia ada tidak harus diterima tanpa diperiksa terlebih dahulu kerana linguistik sering bercanggah dengan istilah yang sepatutnya.

Hanya satu istilah yang jelas perlu dipilih bagi satu konsep supaya prinsip ketepatan yang dikehendaki diperolehi, terutamanya dalam bahasa teknik.

Page 17: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Jika terdapat istilah yang menimbulkan kekeliruan mestilah diperbetulkan dengan cara penyelarasan istilah baharu.

Bagi istilah yang selaras, entri adalah terdiri daripada istilah dan definisi yang disusun mengikut makna istilah.

Oleh sebab itu, piawai peristilahan lebih mengutamakan susunan yang bersistem. Jika pengelasan penuh tidak dapat dilakukan semasa melakukan penyediaan istilah, sekurang-kurangnya pengelasan kasar bagi kumpulan konsep harus diusahakan.

Dalam piawai peristilahan bersistem, jadual konsep harus didahului dengan pebendaharaan kata menurut susunan berkelas, kemudian diikuti oleh indeks berabjad.

Konsep yang akan dimasukkan ke dalam piawai peristilahan dapat dikelaskan kepada empat jenis iaitu konsep yang khusus kepada bidang tertentu, konsep yang melampaui bidang tertentu, konsep yang dipinjam daripada bidang lain dan konsep bahasa umum.

Page 18: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Jenis penyelarasan istilah

Penyelarasan istilah meliputi dua bahagian iaitu:

I) Penyelarasan prinsip peristilahan kaedah peristilahan perkamusan

II) Penyelarasan kosa kata teknikal (istilah) dalam bidang ilmu tertentu atau penyelarasan makna istilah yang menggunakan piawai khusus.

Page 19: M3. PRINSIP DAN KAEDAH PENYELARASAN ISTILAH.ppt

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

KESIMPULAN

Prinsip peristilahan ini merupakan titik bermulanya kerja peristilahan.

Setiap kerja peristilahan mestilah berdasarkan konsep yang dirujuk kepada perkara dalaman dan luaran.

Manakala ciri-ciri konsep, dapat membantu kita mengelaskan konsep dan membina sistem konsep.

Terdapat dua jenis penyelarasan istilah iaitu penyelarasan prinsip peristilahan kaedah peristilahan perkamusan dan penyelarasan kosa kata teknikal (istilah) dalam bidang ilmu tertentu atau penyelarasan makna istilah yang menggunakan piawai khusus.