penyata rasmi parlimen dewan negara · rundingan bersama antara majikan dengan kesatuan sekerja...

54
Bil. 17 Selasa 4 Ogos 1998 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KEDUA

Upload: others

Post on 04-Jan-2020

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bil. 17 Selasa 4 Ogos 1998

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KEDUA

KANDUNGAN

JAW AP AN-JAW APAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998

Diterbit Olch: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 1999

(Ruangan 1)

(Ruangan 16)

DN.4.8.1998

AHLI-AHLI DEW AN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato' Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M.

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

P.M.K., S.P.M.K., Dato' Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Chong Kah Kiat, P.G.D.K., J.S.M., J.P. (Dilantik)

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah bin Gaddam, P.G.D.K., P.S.M., J.S.M. (Dilantik)

Timbalan Yang di-Pertua, Dato' Michael Chen Wing Sum (Dilantik)

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak)

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Dilantik)

Datuk Haji Abdul Majid bin Haji Baba, P.B.M., B.K.T., J.P. (Melaka)

Tuan Haji Abdul Wahid bin Varthan Syed Ghany (Dilantik)

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail, A.M.P. (Perlis)

Dato' Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah)

Dato' Charem Intachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik)

Dato' Chet Singh s/o Karam Singh (Pulau Pinang)

Tuan Chin Kon Tow@ Chin Kong Too, A.M.N., B.K.T., J.P. (Melaka)

Puan Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

Dato' Eng Hoi Choo, A.M.S., P.P.T. (Dilantik- Wilayah Persekutuan)

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik)

Dato' Ghazi@ Hasbullah bin Haji Ramli, D.I.M.P. (Selangor)

Puan Hajah Habshah binti Haji Osman, P.P.T., P.J.K. (Dilantik- Wilayah Persekutuan)

Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain (Dilantik)

Tuan Hanipah bin Ahmad, P.J.K. (Perlis)

Datuk Haji Hashim bin Safm @ Shafm, D.M.S.M. (Dilantik)

ii DN.4.8.1998

Yang Berhorrnat Puan Hajah Hunaizah binti Mohd. Noor (Kelantan)

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Datuk Haji Ibrahim bin Ali, D.M.S.M. (Dilantik)

Tuan Ibrahim bin Daud, J.S.M., K.M.N., P.L.P., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Johor)

Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan)

Tuan Jang Chow Thye@ Yio Chow Thye, A.S.M., S.M.T., P.J.K., J.P. (Dilantik)

Tuan Janggu Anak Banyang, P.B.K. (Sarawak)

Puan Kamilia binti Ibrahim (Dilantik)

Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik)

Puan Hajah Khadijah binti Haji A wang (Terengganu)

Datuk Khoo Keok Hai (Dilantik)

Tuan Khoo Lay Hin (Dilantik)

Dato' P. Krishnan all Pennual (Dilantik)

Tuan Long bin Jidin (Dilantik)

Tuan N. Marimuthu all Nadeson, A.M.P., A.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Dilantik)

Dato' Dr. T. Marimuthu (Dilantik)

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Dilantik)

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin, D.S.A.P. (Dilantik)

Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi, A.M.P., P.P.N., P.J.K. (Perak)

Datuk Norjan binti Khan Bahadar (Dilantik)

Tuan M.G. Pandithan@ Nyana Pandithan@ Ganapandythan all Muthandi (Dilantik)

Tuan S. Parasuraman all Sanasamy@ Sinnasamy (Kedah)

Puan Hajah Rahaiah binti Baheran, P.J.K. (Dilantik)

Puan Hajah Ramlah binti Kassim (Pahang)

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik)

DN.4.8.1998 111

Yang Berhonnat Datuk Haji Sairin bin Karno (Sabah)

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Tuan Haji Salleh@ Hassan bin Ali, P.J.K. (Terengganu)

Puan Sri Sarasa Pasamanickam, A.M.N., P.I.S. (Dilantik)

Puan Rajah Selemiah binti Hashim, P.P.N., A.M.N., P.K.T. (Dilantik)

Puan Tan Ah Eng (Johor)

Tuan Tan Ek Huat (Perak)

Tuan Tan Swee Hueng (Dilantik)

Dato' V.K.K. Teagarajan, D.P.M.S., A.M.N. (Dilantik)

Tuan Tee Thiong Hock, S.S.A., A.M.N., P.J.K. (Selangor)

Dato' Ting Check Sii, D.I.M.P. (Dilantik)

Datin Rajah Wan lntan binti Haji Wan Ahmad Tajuddin, P.J.K., A.M.S. (Dilantik)

To' Puan Wan Seri@ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik)

Datuk Yee Lung Fook Geoffrey (Dilantik)

Dr. Yeow Seng Huat (Pahang)

Tuan Yirn Chee Chong @ Yirn Kok Kheong (Negeri Sembilan)

Datuk Zainudin bin Maidin (Dilantik)

Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

iv

Setiausaha Dewan Rakyat

Ketua Penolong Setiausaha

Penolong Setiausaha

Pegawai Penerbitan

DEWAN NEGARA

PEGA W AI-PEGA W AI KANAN

Abdullah bin Abdul Wahab

Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat

Nor Hayatee binti Abdullah Haji Mustafa bin Abdul Rahman Ruhana binti Abdullah

CAW ANGAN DOKUMENTASI

Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan

DN.4.8.1998

Pelapor Perbahasan Parlimen Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop, P.P.N. Hajah Supiah binti Dewak

Pembaca Pruf

Bentara Mesyuarat

Mohd Saleh bin Mohd. Yusop

Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Sharnsina binti Janor Ramlah binti Mohd Yusuff Nora'ini binti Hetam Miskiah binti Hassan

Abu Bakar bin Hassan

CAW ANGAN BENTARA

Lt. Kol (B) Haji Rahimuddin bin Abdul Mutalib Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali Mejar (B) Zakaria bin Salleh

DN.4.8.1998

MALAYSIA

DEW AN NEGARA

Selasa, 4 Ogos 1998

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

[Tuan Yang di-Pertuamempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERT ANY AAN-PERTANY AAN

1

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan ini ada sedikit pembetulan, Para 3 yang berbunyi "dengan jiran Singapura" bukan dengan "negara-negara jiran Singapura".

POINT OF AGREEMENT (PO A)­SIKAP DAN PENDIRIAN MALAYSIA

1. Tuan Hanipah bin Ahmad minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah isu­isu yang kini menjadi percanggahan dalam perkara-perkara yang dipersetujui (POA) dengan jiran Singapura yang ditandatangani oleh kedua-dua negara pada tahun 1990. Mengapa kini ditimbulkan oleh Singapura dan apakah sikap dan pendirian Malaysia.

Menteri Luar Negeri [Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon izin untuk menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalanjawab lisan oleh Yang Berhormat Puan Rajah Mastika Junaidah binti Rusin dan Yang Berhormat Datuk Zainudin bin Maidin pada 4 Ogos 1998, ini kerana soalan yang dikemukakan adalah mengenai perkara yang sama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan makluman Dewan yang mulia ini ponca percanggahan pendapat antara Malaysia dan Singapura ke atas Point of Agreement (POA) ini mengenai tarikh penguatkuasaan POA ini. Kerajaan Singapura berpendapat ia dikuatkuasakan pada tarikh ia ditandatangani iaitu pada 27 November 1990, tetapi Kerajaan Malaysia tidak bersetuju dengan pendirian ini dan menegaskan bahawa POA cuma akan berkuatkuasa apabila Keretapi Tanah Melayu berpindah dari Tanjong Pagar. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini Malaysia percaya bahawa isu POA ini boleh diselesaikan dengan cara rundingan dua hala dan bukanlah dengan cara dibawa ke ICJ antarabangsa.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pagi tadi saya mengikuti satu berita iaitu KTMB di Tanjong Pagar telah terbakar. Jadi dalam keadaan sebegini dan perkara-perkara seperti ini berlaku, apa pandangan pihak Kementerian Luar Negeri terhadap sikap dan tanggungjawab Kerajaan Singapura.

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi: Memang saya mendapat berita bahawa ada kebakaran berlaku di tempat ito dan pihak berkuasa telah pun cuba mengatasi masalah ini dan menyelidiki, membuat siasatan siapakah yang bertanggungjawab. Memanglah kita berasa sedih kerana berlakunya kebakaran di tempat kita tetapi pada waktu ini kita tidak bolehlah menyatakan apakah sebab-sebabnya maka kebakaran itu berlaku.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya hendak mengetahui mengapa kebelakangan ini timbul banyak sangat

2 DN.4.8.1998

masalah antara Singapura dengan Malaysia. Contohnya Pulau Batu Putih ada sebesar, dengan izin, tennis court, kita telah bawa ke Mahkamah Donia Antarabangsa, KWSP timbul, ini Tanjong Pagar pula timbul. Jadi banyak sangat masalah timbul pada masa kita menghadapi kegawatan ekonomi, tidak bolehkah mereka ini bersabar? Apakah sebab­sebab dan agenda yang tertentu, muslihat yang kami tidak tabu, kemungkinan Dato' Menteri yang saya hormati, mengetabui lebih lanjut lagi tetapi tidak mahu menceritakan kepada kita sebab takut menjadi gawat lagi. Tetapi kami hendak tabu sebenar-benarnya. Adakah sebab Tanjong Pagar itu adakah dari segi military strategy? Adakah dari segi hendak mendekatkan lagi supaya kita dihimpit-himpit lama-lama masuk ke Johor, kemungkinan Johor pun terhimpit lagi dan termasuk ke Pahang.

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak suka hendak membuat sebarang andaian tentang sebab-menyebab yang Singapura hendak menimbulkan masalah-masalah ini. Kalau Yang Berhormat hendak bertanya apa perasaan saya memanglah saya pun rasa tidak wajarlah seperti masalah-masalah yang berkaitan dengan hal keretaapi pada waktu ini kita hendak diheboh-hebohkan. Kalau masalah yang berkaitan dengan Pulau Bato Putih ito memang perkara ini telah timbul awal sebelum kegawatan ekonomi dan kita telah dapat mengadakan perbincangan dan telah sama-sama bersetoju untuk hendak bawa perkara ini ke ICJ dan segala persediaan telah pun dibuat untuk tujuan yang berkenaan.

Perkara yang berkaitan dengan Providend Fund ini, ini adalah sato soalan yang lain dan saya flkir lebih baik jika jawapan diberi pada masa soalan mengenai perkara ini ditimbulkan.

Yang berkaitan dengan keretapi ini memanglah kita harap perkara ini dapat diselesaikan tetapi kita telah menghadapi banyak masalah yang tidak dapat kita selesaikan. Kita cuba menyelesaikan apa juga masalah dengan secepat mungkin dan sebaik-baiknya kerana kita tidak mahu perkara-perkara yang seperti ini mengganggu kita untuk memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap kegawatan ekonomi negara yang kita mahu supaya ekonomi kita dipulihkan dengan segera. Jadi rasa tidak senang hati kerana isu-isu ini timbul memang ada pada kita, tetapi saya tidak mahulah membuat andaian dalam Dewan ini apakah agenda mereka yang lebih besar, kalau ada, ataupun sikap hendak menimbulkan masalah dari masa ke semasa.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat pandangan dari pihak kerajaan, perkara ini berlaku di antara dua negara. Adakah perlu kepada 'orang yang ketiga' untuk menyelesaikan masalah ini?

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi: Kita tidak perlu peranan 'orang ketiga' untuk menyelesaikan masalah kita kerana setakat ini ada masalah-masalah yang kita dapat juga selesaikan setelah kita mengadakan rundingan. Yang pentingnya ialah rundingan ito mesti berjalan dalam suasana yang baik, dalam suasana persahabatan dan dalam suasana memahami bahawa Singapura dan Malaysia adalah dua negara yang berjiran tetangga yang mempunyai banyak kepentingan bersama termasuk kepentingan keselamatan kita. Inilah yang mesti menjadi perkara yang sentiasa mesti ada dalam ingatan sebelah Singapura dan juga sebelah Malaysia kerana kita tabu kalau berlaku perkara yang tidak diingini ketegangan ataupun apa-apa juga yang lebih besar daripada itu ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. Ini adalah penting, sato ingatan yang mesti ada pada kita apabila kita berunding untuk menyelesaikan apa juga masalah yang sama-sama kita hadapi.

DN.4.8.1998

KENAIKAN GAJI PEKERJA-PEKERJA LADANG • PERSETUJUAN KERAJAAN

2. Tuan N. Marimuthu minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:-

3

(a) sama ada kerajaan menyokong permintaan pekerja-pekerja ladang untuk kenaikan gaji; dan

(b) jika sokong nyatakan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melaksanakannya.

Timbalan Menteri Somber Manusia [Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir]: Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan

(a) sukacita saya menjelaskan bahawa perkara-perkara mengenai upah, terma dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja di sektor swasta termasuk pekerja-pekerja ladang adalah ditentukan melalui proses rundingan bersama antara majikan dengan kesatuan sekerja ataupun antara majikan dan individu. Kecuali upah, perkara-perkara mengenai terma dan syarat-syarat perkhidmatan adalah berpandukan kepada standard-standard minimum yang ditetapkan dalam Undang-undang Buruh negara ini, terutamanya Akta Kerja 1995. Justeru itu kerajaan tidak campur tangan dalam perundingan berkenaan melainkan diminta oleh mana-mana pihak, baik pekerja ataupun majikan

(b) Pada dasarnya kerajaan mengalu-alukan kenaikan gaji yang selaras dengan peningkatan produktiviti bagi semua sektor. Oleh itu sebarang permintaan untuk kenaikan gaji hendaklah dibuat atas dasar tersebut. Walau bagaimanapun dalam masa kegawatan ekonomi sekarang pihak pekerja adalah disarankan agar seboleh-bolehnya tidak menuntut kenaikan gaji yang boleh menyusahkan majikan. Bagi syarikat-syarikat yang tidak terjejas akibat kegawatan ekonomi dan berkemampuan untuk menampung kos tambahan bagi kenaikan gaji ianya adalah bergantung kepada proses perundingan bersama yang disebutkan tadi.

Tuan Tee Thiong Hock: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Timbalan Menteri. Adakah kerajaan akan sokong pekerja-pekerja ladang untuk gaji dapat dibayar gaji bulanan, bukan gaji harian yang sekarang ini kerana ini ada satu isu sosio stigma dengan izin, job security dan juga tidak dapat menggalakkan pemuda-pemuda memasuki kerja di ladang-ladang. Adakah kerajaan menyokong gaji bulanan untuk pekerja-pekerja di ladang-ladang dan pada masa sekarang gaji untuk pekerja-pekerja ladang di FELDA, FELCRA dan SEDC. Mereka bayar mengikut gaji bulanan atau gaji harlan. Terima kasih.

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, soal bahawa gaji adalah ditetapkan hasil dari rundingan antara majikan dan juga pekerja adalah satu soal fundamental yang menjadi pegangan kerajaan kita. Jadi setakat ini kita masih akan serahkan kepada proses itulah untuk menentukan gaji.

Tuan Rosli bin Mat Hassan: Soalan tambahan saya. Saya ingin bertanya kepada kementerian dan kerajaan. Oleh kerana kedudukan gaji di ladang-ladang di Malaysia kita ini agak rendah untuk pekerja-pekerja tempatan dan adakah benar bahawa dakwaan yang menyatakan bahawa pekerja-pekerja asing telah memonopoli kebanyakan ladang-ladang yang tidak dapat diurus atau disertai oleh pekerja-pekerja tempatan dan katanya satu kedudukan melalui agensi pekerjaan yang meletakkan gaji-gaji pekerja asing lebih tinggi daripada pekerja-pekerja ladang di kalangan rakyat tempat.

4 DN.4.8.1998

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, undang­undang negara memerlukan supaya gaji ito hendaklah sama kepada kerja yang sama. Jadi yang menyatakan bahawa gaji untuk pekerja asing ito dibayar lebih tinggi daripada pekerja tempatan ito memanglah tidak begito betol. Namun demikian memang kita terdengar bahawa gaji yang diperolehi oleh pekerja-pekerja asing dibanyak tempat didapati sangat lumayan. Ini adalah disebabkan kerana pekerja-pekerja asing ini suka dan bersedia sepanjang masa untuk bekerja lebih masa dan sebagainya. Itolah sebabnya maka gaji-gaji mereka ito didapati tinggi daripada pekerja tempatan. Sedangkan pekerja tempatan ito dia tidak begito minat sangat untuk bekerja over time ataupun bekerja yang berlebihan.

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah kerajaan sedar, majikan-majikan di estate mengeksploitasikan pekerja-pekerja ladang kerana tidak ada gaji bulanan dan apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi problem ini kerana tahun demi tahun ada pihak Union Estate mendesak majikan untuk mendapatkan gaji bulanan tetapi di dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, beliau kata adalah perundingan di antara majikan dan pihak pekerja tetapi sudah lama ini tidak diselesaikan. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untok menyelesaikan masalah ini.

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan pekerja-pekerja ladang kita khususnya di ladang-ladang besar sekarang ini diwakili oleh sato union yang cukup terkenal di negara kita ini iaito NUPW. Dan mereka sepanjang masa ada hubungan dan juga perundingan dengan suato lagi badan yang mewakili majikan iaito Malaysian Agriculture Producers Association (MAPA). Dan saya dapati dalam masa lebih kurang 3 tahun dulu sudah ada suato perjanjian kenaikan gaji dan sebagainya di kalangan pekerja-pekerja ladang dan pada keseluruhannya nampaknya persatoan NUPW ito memang berpuas hati dengan tawaran yang telahpun diberi oleh majikan dan sekarang ini saya dapat sato rundingan yang baru pula sudah bermula di antara mereka dan sedang berlangsung. Kita berharaplah sato tawaran yang lebih lumayan akan diperolehi lebih­lebih lagi berdasarkan harga kelapa sawit khususnya yang kian meningkat.

MAKTABPERGURUAN-SEBABPENUTUPAN

3. Dato' Ting Check Sii minta Menteri Pendidikan menyatakan mengikut laporan pada penghujung Mei tahun ini, kerajaan bercadang untuk menutop tojuh buah maktab perguruan. Mamandangkan negara masih menghadapi kekurangan guru, kenapa maktab­maktab perguruan ini ditotop. Sila berikan nama maktab perguruan yang akan ditotop.

Timbalan Menteri Pendidikan[Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ada enam buah maktab perguruan yang akan ditotop. Maktab-maktab ito ialah Maktab Perguruan Sri Kota, Kuala Lumpur; Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang; Maktab Perguruan Teruntum, Kuantan, Pahang; Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru, Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan Maktab Perguruan Kinta, lpoh, Perak. Penutopan keenam-enam maktab pergurusan tersebut tidak akan menjejaskan pengeluaran guru untok menampung keperluan negara kerana kapasiti di maktab perguruan yang sedia ada akan dioptimumkan.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, saya ingin mendapat penjelasan adakah penutopan enam buah maktab perguruan ini ada hubung kait dengan kegawatan ekonomi yang sedang berlaku sekarang?.

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Tuan Yang di-Pertua, tidak ada, ini memang sudah lama kita rancangkan.

DN.4.8.1998 5

Puan Hajab Mastika Junaidab binti Husin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tam.bahan. Saya ingin mendapat penjelasan dari pihak kementerian setelah maktab-maktab perguruan yang dimaklumkan tadi akan ditotop, apakah rancangan kementerian untuk menggunakan tempat-tempat yang telah sedia ada dan bagaimana pula dengan tenaga pengajar yang ada di maktab-maktab berkenaan? Terima kasih.

Dato' Haji Mobd. Kbalid bin Mobd. Yunus: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, em pat daripada enam buah maktab yang akan ditotop ito nanti iaitu Maktab Perguruan Sri Kota, Maktab Perguruan Sri Pinang, Maktab Perguruan Teruntum di Kuantan dan Maktab Perguruan Mohd. Khalid di Johor Bahru adalah dalam rancangan penswastaan tapak memandangkan kedudukannya yang strategik dari segi komersial dan lokasinya di tengah-tengah kawasan bandar tidak kondusif lagi sebagai pusat latihan. Bagi maktab-maktab yang lain iaitu Maktab Perguruan Pasir Panjang di Kuala Terengganu, kita cadangkan untuk jadikan pusat matrikulasi dan Maktab Perguruan Kinta, di lpoh, Perak akan diambil alih oleh Politeknik Ungku Omar dan pelajar-pelajar yang ada di situ akan diubahsuai tempatnya mengikut pengajian masing­masing.

Tuan Janggu anak Banyang: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan tam.bahan. Kalau menurut perkiraan kita di Sabah dan Sarawak, guru-guru memang masih kekurangan. Sebagai contohnya, SMK Nabawan pernah kekurangan sehingga 9 hingga 12 tenaga pengajar. Jadi saya tidak tahu bagaimana kedudukan kalau sudah enam maktab ini ditutup, bagaimana pula kedudukan Maktab Perguruan Tawau yang dalam perancangan untuk pembinaan dan saya juga ingin memohon penjelasan apakah dengan penutopan maktab ini tidak ada rancangan Kementerian Pendidikan lagi untuk mendirikan maktab­maktab selain daripada maktab yang sedia ada? Terima kasih.

Dato' Haji Mobd. Khalid bin Mobd. Yunus: Tuan Yang di-Pertua, keseluruhannya di negara kita sekarang ini pada peringkat sekolah rendah, kita mempunyai kekurangan seramai 4,163 orang guru. Pada peringkat sekolah menengah, kita mempunyai kekurangan seramai 6,112 orang guru. Bagi sekolah rendah, kekurangan-kekurangan guru terdapat di negeri Johor 300 orang di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, Trengganu 261 orang; Sarawak 153; Sabah 2,573; Selangor 835; dan Melaka 41. Ini melibatkan pengajian Cina dan Tamil.

Di sekolah menengah, Sarawak mempunyai kekurangan guru yang begitu tinggi seramai 2,023 orang dan cuma negeri Melaka sahaja yang tidak menghadapi masalah kekurangan guru ini. Saya sukajelaskan, Tuan Yang di-Pertua, walaupun langkah dibuat untok menutup keenam-enam buah maktab ito tadi tetapi ianya tidak menjejaskan seperti yang saya katakan dari segi pengeluaran guru. Contohnya, untuk tahun 1996 keluaran guru lepasan maktab bulan Jun 1996 seramai 5,228; bulan Disember 8,787; tahun 1997 keluaran bulan Jun 6,859; bulan Disember 6,671. Peringkat sekolah menengah tahun 1996 bulan Disember punya pengeluaran 540 dan 1997 bulan Disember 495. Mengikut pengunjuran kita, tahun depan guru-guru yang akan keluar dari maktab-maktab kita berjumlah 8,881; tahun 2000 - 4,996 dan tahun 2001- 4,402

Akhir sekali tentang kedudukan Maktab di Tawau, kita memang ada rencanakan, kita sama-sama berdoa, kalau keadaan mengizinkan, insya-Allah, kita akan melaksanakan, itu satu maktab yang baru.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya Timbalan Menteri, apakah rancangan jangka pendek untuk menampung kekurangan tenaga pengajar di Sarawak bagi sekolah menengah?. Sekian, terima kasih.

6 DN.4.8.1998

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Rancangan jangka pendek kita, Tuan Yang di-Pertua, ialah dengan menggunakan tenaga-tenaga guru sementara.

PEMBAHAGIAN SAHAM OLEH MITI- KRITERIA

4. Puan Kamilia binti Ibrahim minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan asas pembahagian saham oleh kementerian dan dari senarai pembahagian saham yang te1ah disiarkan di dalam akhbar, nyatakan sama ada analisa pengagihan telah dapat menepati pengagihan yang adil kepada mereka yang dianggap layak dan nyatakan kriteria "layak' kementerian.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri [Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Daria]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Pembahagian saham yang dilaksanakan oleh MITI adalah berpandukan kepada garis panduan yang telah diluluskan oleh kerajaan seperti berikut:

(i) 65% kepada institusi-institusi amanah yang diberi keutamaan seperti Permodalan Nasional Berhad, Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad;

(ii) 25% kepada pemegang-pemegang saham sedia ada dalam syarikat yang menawarkan saham;

(iii) 10% kepada ahli-ahli lembaga pengarah, syarikat yang akan disenaraikan dan pihak-pihak yang berkaitan dengan syarikat yang mempunyai kelayakan.

(b) Berdasarkan statistik peruntukan saham, sebahagian besar peruntukan telah ditawarkan kepada institusi amanah. Misalnya pada tahun 1995 peruntukan kepada institusi-institusi amanah ialah sebanyak 314 juta unit ( 86.7%). Tahun 1996, 241.5 juta saham (88.93%) dan dalam tahun 1997 sebanyak 716.2 juta saham ( 68.5%) daripada jumlah peruntukan.

(c) Bagi peruntukan untuk kategori pemegang saham yang sedia ada yang diiktiraf oleh Ahli Lembaga Pengarah serta bumiputera yang ada kaitan dengan syarikat pada tahun 1995 ialah sebanyak 116.2 juta unit (25.8%), 1996 sebanyak 177.4 juta unit (35.5%) dan 1997 ialah sebanyak 210.1 juta unit (20.1%) daripadajumlah peruntukan.

(d) Bagi peruntukan kepada syarikat dan koperasi yang berdaftar dengan MITI pula ialah 19.5 juta unit(4.3%) pada tahun 1995 dan 8.6 juta unit (2.2%) bagi tahun 1996 dan tahun 1997 pula ialah sebanyak 119.8 juta unit (11.45%) daripadajumlah peruntukan.

Tuan Yang di-Pertua, garis panduan peruntukan saham yang dilaksanakan sekarang telah menetapkan pihak-pihak yang layak diberi peruntukan saham. Garis panduan berkenaan telah mengambil kira kepentingan institusi-institusi Amanah Saham Bumiputera di peringkat nasional dan negeri di samping itu individu bumiputera terlibat secara langsung sama ada sebagai pemegang saham sedia ada yang memegang saham ekuiti syarikat, Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan pihak-pihak yang memberi sumbangan kepada kemajuan syarikat juga dipertimbangkan bagi peruntukan saham. Selain dari itu mereka juga perlu menunjukkan kemampuan untuk membeli saham-saham tersebut. Pegangan saham bumiputera sedia ada dalam syarikat akan hanya diiktiraf sebagai saham bumiputera jika ianya memenuhi, mematuhi kriteria pengiktirafan yang ditetapkan oleh MITI iaitu saham-saham tersebut hendaklah dipegang tidak kurang daripada 1 tahun

DN.4.8.1998 7

sebelum permohonan penyenaraian sesebuah syarikat dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti. Bagi Ahli Lembaga Pengarah pula, bumiputera berkenaan perlulah menjadi Ahli Lembaga Pengarah sekurang-kurangnya untuk tempoh 1 tahun juga sebelum tarikh permohonan penyenaraian.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Terima kasih kerana dapat memberi peluang kepada saya untuk soalan tambahan. Pukul 12.30 tengah hari tadi angka menunjukkan Composite Index (CI) 385.58. Oleh itu saya hendak tanya, bagaimana dengan minat, sambutan individu dan syarikat untuk mendapatkan saham-saham seperti digariskan tadi, adakah garisan ini kita tunggu dua, tiga tahun lagi baru kita laksanakan ataupun minat masih berterusan untuk mendapatkan saham-saham seperti mana yang diperkatakan oleh sahabat saya tadi.

Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria: Tuan Yang di-Pertua, pertama, jumlah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur tidak begitu banyak kalau dibandingkan sebelum kegawatan ekonomi. Oleh yang demikian, kiranya saham yang akan diberikan kepada institusi-institusi amanah mahupun syarikat-syarikat bumiputera tidaklah sebanyak seperti dahulu.

Kedua, oleh kerana keadaan ekonomi yang gawat dan pasaran saham yang jatuh merudum, maka minat yang ditunjukkan khusus oleh syarikat-syarikat bumiputera dan mereka yang layak seperti yang saya nyatakan tadi tidaklah begitu memberangsangkan, ada juga institusi-institusi amanah apabila diberikan saham-saham tersebut, mereka tidak hendak mengambil saham-saham tersebut. Tetapi ini terpulang kepada syarikat-syarikat tertentu yang hendak disenaraikan, ada syarikat yang dirasakan mempunyai potensi yang besar dari segi keuntungan dan sebagainya, maka ianya menarik perhatian institusi-institusi amanah dan juga syarikat-syarikat bumiputera yang lain dan oleh yang demikian dilanggan dengan penuh oleh badan-badan tersebut.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, akibat daripada keadaan kegawatan ekonomi yang melanda negara sekarang ini, sudah tentu banyak institusi kewangan, syarikat-syarikat konsesi termasuk individu yang menghadapi masalah, dan ini sudah tentu melibatkan syarikat-syarikat dan juga individu yang mendapat agihan saham seperti yang dinyatakan tadi. Saya ingin mendapat penjelasan pihak kerajaan, apakah tujuan sebenar agihan saham ini kepada syarikat dan individu bumiputera dan berapakah nilai pegangan semasa sekarang ini, akibat daripada kegawatan ekonomi sekarang.

Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria: Tuan Yang di-Pertua, kita mengagih saham dengan tujuan untuk memberikan keuntungan kepada institusi-institusi amanah dan juga syarikat-syarikat bumiputera. Apabila sesuatu saham itu disenaraikan, maka sebelum kegawatan ekonomi berlaku, keuntungan boleh didapati dari segi capital gains yang didapati daripada harga saham yang meningkat. Jadi ini akan memberikan pada institusi amanah keuntungan dalam bentuk capital gains.

Keduanya, dari segi berapa jumlah yang tinggal, pihak MIT! tidak ada menyimpan angka ini. Kita hanya ada angka, tetapi pada hari ini saya tidak mempunyai angka tersebut, jumlah saham yang dijual apabila kementerian memperuntukkan saham itu kepada institusi amanah mahupun syarikat bumiputera dan apabila mereka ini hendak menjual saham tersebut, dia terpaksa meminta kebenaran daripada kementerian dan angka itu kita boleh dapat. Tetapi ada juga bumiputera yang tidak perlu permohonan untuk menjual saham daripada kementerian kerana mereka ini telah pun mempunyai saham tersebut sebelum syarikat tersebut disenaraikan. Maka kita tidak mempunyai angka terse but.

8 DN.4.8.1998

Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta supaya kerajaan menyatakan mekanisme, apakah mekanisme pemantauan dan pengawalan bagi memastikan pembahagian saham-saham tersebut kekal mencapai matlamat pembahagian.

Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria: Tuan Yang di-Pertua, bagi syarikat ataupun institusi amanah saham-saham kebanyakannya atau hampir kesemuanya tidak dijual walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi ini. Tetapi bagi bumiputera, apabila kita nak kata dia tak boleh jual ataupun kita nak tegah dia daripada penjualan saham pun kita tak boleh buat. Sebagai contoh, kalau mereka ini membeli saham pada harga RMI.50 dan selepas disimpan untuk setahun, kiranya hargajatuh seperti sekarang ini pada 70 sen. Kalau kita kata dia tak boleh jual, maka dia dengan sendirinya akan rugi dengan begitu banyak sekali. Jadi untuk membolehkan dia, ataupun cut his loses, dengan izin, maka kita pun membenarkan penjualan saham-saham tersebut tertakluk kepada jumlah-jumlah maksimum yang dibenarkan, mengikut berapa tahun mereka memegang saham tersebut.

Jadi kita monitor, kita membuat pemantauan dari segi berapa jumlah saham yang dijualkan oleh syarikat-syarikat bumiputera, tetapi kalau kita hendak menegah mereka daripada menjual saham supaya jumlah pegangan saham bumiputera di dalam pasaran sekuriti, pada satu tahap, kita tidak boleh berbuat demikian, oleh kerana ianya akan menyebabkan ramai kaum bumiputera khususnya individu yang mengalami kerugian yang besar di dalam kegawatan ekonomi ini.

SUKAN KOMANWEL- JUALAN TIKET

5. Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan bagaimana dengan persiapan menghadapi Sukan Komanwel. Di samping itu apakah langkah yang dilakukan untuk memperhebatkan jualan tiket Sukan Komanwel ini. Apakah kesan sekiranya tiket-tiket ini tidak dapat habis dijual.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan [Dato' Shahrizat binti Abdul Jalil]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan berhubung dengan persiapan negara untuk menghadapi Sukan Komanwel Ke-XVI, bersama-sama dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Yim Chee Chong, pada 10.8.98 dan Yang Berhormat Datin Hajah Wan Intan binti Haji Wan Ahmad Tajuddin pada 11.8.98. Saya pohon kesabaran Ahli-ahli Yang Berhormat kerana jawapan untuk soalan ini agak panjang demi untuk menerangkan isu-isu berbangkit.

Tuan Yang di-Pertua: Jangan panjang sangat.

Dato' Shahrizat binti Abdul Jalil: Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, semua pihak yang terlibat dengan persediaan Kuala Lumpur 98, sukan Komanwel Ke-XVI sedang rancak menjalankan togas dan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan sukan ini berjalan dengan sempurna dan jaya. Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil telah pun dirasmikan pada 11.7.98 dan kini siap untuk digunakan.

Bagi kemudahan penginapan sembilan blok apartment yang mengandungi 1,567 unit telah siap dibina untuk digunakan bagi penginapan anggaran 6,000 orang pegawai dan atlet yang menyertai sukan ini.

Dari segi pengangkutan, beberapa jenis pengangkutan akan disediakan bagi memudahkan orang ramai menyaksikan sukan ini di semua venue sukan. Ini termasuklah perkhidmatan bas shuttle, teksi, LRT dan komuter. Untuk tenaga petugas menurut Sukom Ninety Eight Berhad, seramai 18, I 06 orang sukarelawan telah pun hadir untuk orentasi.

DN.4.8.1998 9

Kesemua sukarelawan ini telah dilatih sepenuhnya dan akan ditempatkan mengikut aktiviti dan acara sukan yang akan dipertandingkan.

Untuk mengatasi kesesakan lalu lintas sebuah Jawatankuasa Keselamatan dan Traflk yang dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini akan bekerjasama dan menyelaraskan tindakannya dengan dua buah lagi jawatankuasa iaitu untuk pengangkutan dan kecantikan bandar dan venue dalam melaksanakan kerja­kerja yang berkaitan.

Bagi persediaan skuad negara pula, program penyediaan atlet ke Sukan Komanwel ini telah memasuki fasa terakhir latihan, iaitu fasa keempat. Seramai 240 orang atlet daripada 19 acara sukan sedang giat menjalani latihan di bawah bimbingan juralatih­jurulatih luar dan juga tempatan. Dari segi publisiti dan promosi pula kerja-kerja penghebahan maklumat kepada orang ramai telah dibuat melalui media elektronik, media cetak, pameran-pameran, poster, pamphlet, pemasangan bunting dan banners di jalan-jalan tertentu. Bagi promosi di luar negara, kesempatan telah diambil untuk menghebah Kuala Lumpur '98 dalam ersidangan, seminar antarabangsa di luar negara.

Untuk soalan yang berhubung dengan penjualan tiket, izinkan saya menjawabnya bersama-sama dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuan N. Marimuthu pada 6 September, dan Yang Berhormat Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop pada I 0 Ogos. Menurut Sukom Ninety Eight Berhad, setakat 25 Julai 1998, jumlah tiket yang telah dijual ialah 82,346 bemilai RM9,987,475. Kelembapanjualan tiket disebabkan oleh beberapa faktor. Di luar negara jualan tiket adalah atas tanggungjawab Persatuan Sukan Komanwel atau CGA setiap negeri yang telah pun diberi kelulusan oleh Persekutuan Sukan Komanwel atau CGF. Pihak CGA negara-negara berkenaan telah melantik ejen-ejen mereka sendiri untuk menguruskan pengiklanan dan penjualan tiket­tiket Kuala Lumpur '98. Sukom Ninety Eight Berhad tidak boleh berurus terus-menerus untuk melaksanakan penjualan di negara-negara terlibat. Di atas kelemahan ini Sukom Ninety Eight Berhad telah meminta kerjasama CGF bagi mengingatkan setiap CGA yang terlibat supaya mempertingkatkan usaha gigih mereka untuk menjual tiket kepertandingan ini. Sukan ini juga kurang mendapat sambutan di seberang laut kerana terdapatnya sukan­sukan antarabangsa yang lain, seperti Sukan Olimpik Musim Sejuk di Naganu dan Pesta Bola Piala Dunia di Perancis baru-baru ini.

Untuk meningkatkan penjualan dalam negara, langkah-langkah yang diambil oleh Sukom Ninety Eight Berhad ialah:

(i) mengadakan road show;

(ii) mengadakan iklan di radio dan TV;

(iii) memperbanyakan kaunter jualan;

(iv) mengadakanjualan melalui vendor; dan

(v) membuat tempahan melalui telefon.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua soalan.

Tuan Yang di-Pertua: Satu sahaja.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Saya campur sekali satu dan dua. Pertamanya saya hendak tahu Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini jualan tiket 82,336, kalau tak silap yang saya dengar tadilah. Dengan jumlah Iebih kurang RM9 juta, saya hendak tanya berapakah sebenarnya jumlah maksimum kalaulah keseluruhan tiket menyaksikan Sukom ini dapat dijual. Dan sebenarnya mengikut sasaran awal, yang pentingnya ialah

10 DN.4.8.1998

pengunjung daripada luar negara, sebab bukan sahaja bergantung kepada pengunjung­pengunjung dalam negara, tetapi yang disebut oleh Yang Berhonnat Setiausaha Parlirnen tadi, ini tanggungjawab CGF yang melantik CGA, jadi tidak boleh buat apa-apa. Walau bagairnanapun apakah pihak kerajaan, kementerian khususnya, tidak ada cara dan jalan untuk mengatasi masalah ini dengan berusaha supaya dapat kita menjual sendiri dan mempromosikan, tetapi masa sudah tidak banyak hanya beberapa hari lagi, sebab kalau pungutan baru RM9 juta saya rasa kos belanja buat Sukom ini, untuk satu padang RMII juta pun tidak cukup. ltu soalan pertama.

Soalan yang sama juga ini, dari segi soal persiapan yang disebut tadi, saya hendak tabu apakah acara-acara kesenian yang hebat-hebat sewaktu perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tadi tidak disebut oleh Yang Berhonnat. Dan juga majlis penutup oleh Queen Elizabeth, dan Queen Elizabeth itu datang ke sini berapa hari, dan bolehkah saya bawa balik ke Pasir Mas. Kalau ada acara sampinganlah, maknanya apakah acara-acara perasmian dengan penutup. Dan di samping itu juga ialah promosi tiket ini, saya tengok Yang Berhonnat Menteri Belia, ke seluruh negara membuat promosi. Kenapa Yang Berhonnat sendiri Setiausaha Par limen saya tengok dalam TV tidak ban yak hadir di tempat-tempat promosi. [Ketawa] Sebab saya percaya Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhonnat ini pergi dia boleh menarik banyakjualan tiket. [Ketawa] Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhonnat.

Dato' Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan yang last itu frrst. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang diberi oleh Ahli Yang Berhonnat, kalau Yang Berhonnat Menteri sudah keluar buat promosi, kalau tidak Timbalan Menteri tetapi Setiausaha Parlimen kenalah jaga Kementerian. Jadi kalau tiga-tiga sekali turun ke padang mungkin agak susah, tetapi untuk makluman Ahli Yang Berhonnat, saya dan Timbalan Menteri ban yak mengikut Yang Berhonnat Menteri untuk turun ke padang membantu pihak Sukom Ninety Eight Berhad, khususnya Ticket Express, iaitu penjual rasmi tiket ini untuk mempromosikan penjualan tiket.

Saya rasa gembira apabila saya nampak Ahli Yang Berhonnat dapat differentiate di antara tanggungjawab Sukom Ninety Eight Berhad dan Kementerian. Mungkin Ahli­ahli Yang Berhonnat lain tidak menyedari bahawa Kementerian Belia dan Sukan dipertanggungjawabkan untuk penyediaan daripada atlet melalui Majlis Sukan Negara, tetapi venue-venue. Tetapi penganjuran Sukan Komanwel itu tennasuklah promosi dan publisiti adalah di dalam bidang tugas Sukom Ninety Eight Berhad. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Sukan Komanwel ini adalah satu projek nasional dan sukan ini di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, maka Yang Berhonnat Tan Sri Menteri Belia dan Sukan telah pun mengambil inisiatif untuk membantu Sukom Ninety Eight Berhad, untuk menentukan Sukan Komanwel akan menjadi satu acara yang tergemilang di dalam sejarah sukan di negara kita ini.

Jadi untuk pengetahuan Yang Berhonnat, kalau saya hendak cerita tentang acara pembukaan dan penutupan Sukan Komanwel tak ada rahsialah lagi, sebab itu kita hendak Ahli Yang Berhonnat belilah tiket sebanyak-banyak yang boleh, supaya datang, you will be suprise Ahli Yang Berhonnat. Dan saya boleh kata di sinilah banyak artis kita tennasuk teledera yang dinamakan 'aur di tebing' akan dipamerkan untuk pembukaan. Tiketnya begitu murah sekali, daripada RM30 dan untuk Ahli-ahli Yang Berhonnat yang ada di sini hinggalah RM450 sahaja. Dan penutupannya RM45 hinggalah RMSOO, jadi oleh kerana saya faham sangatlah rakan-rakan perjuangan saya Tuan Yang di-Pertua, jadi saya bawa pada hari ini 1,000 penempahan tiket, saya akan letak sourvenir shop nanti, supaya Ahli Yang Berhonnat semua dapat menempah tiket, if the mountain will not go to Muhammad

---------------------------------------- ----------

DN.4.8.I998 II

Tuan Yang di-Pertua, Muhammad will come to the mountain. Jadi kalau ini pun rasa susah Tuan Yang di-Pertua, bolehlah visit Website www.c.ticketexpress.com.my. Kalau yang itu pun tak boleh Tuan Yang di-Pertua, telefonlah hotline 4454455.

Jadi last sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin maklumkan apabila kita berdialog dengan pihak Ticket Express, kenapa kita menerima rungutan daripada semua rakyat Malaysia, tentang penjualan, tentang kelembapan penjualan ini dan tempat-tempat atau kaunter-kaunter yang mereka hendak beli, misalnya kenapa tidak dijual melalui Pos Malaysia, jawapan yang diberi ialah kerana pertama jumlah tiket Ahli Yang Berhormat adalah I.2 milion dan masalahnya tiket ini harus ditempah pertama melalui acara, ada I6 acara. Jenis tiket misal kata renang ada 22 jenis, hendak pergi tengok saringan ke akhir diving, synchronize swimming, badminton 25 jenis misal kata, dan venuenya 23 tempat. Jadi agak susah bagi mereka untuk membeli kepada sesiapa sahaja, untuk menjual atau menempah tiket-tiket ini. Jadi, saya harap Ahli Yang Berhormat maklum dan bagi kami di kementerian is not to late, kalau lepas ini silalah buat penempahan bukan hanya untuk diri keluarga tetapi mungkin untuk mereka di kawasan. Sekian terima kasih.

Tuan Vim Chee Chong: Terima kasih, Tuan Yang di Pertua. Soalan tambahan berkenaan dengan Kompleks Sukan Negara. Oleh kerana mengikut laporan berita baru­baru ini yang mengatakan di dalam Kompleks Sukan Negara itu ada anasir jahat yang tidak diingini dan merosakkan barang-barang di Kompleks Sukan Negara. Apakah maksud mereka itu, dan apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mencegah orang-orang yang jahat itu merosakkan barang-barang negara kita dan adakah sesiapa yang ditahan dan dibawa ke mahkamah setakat ini.

Dato' Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di Pertua, sebenarnya tidak ada anasir-anasir jahat yang mengambil tindakan-tindakan negatif. Apa yang berlaku ada pihak-pihak tertentu telah mengambil tindakan peribadi untuk merosakkan beberapa kelengkapan di stadium. Tetapi, alhamdullillah sejak itu pihak kontraktor dan juga pihak kementerian telahpun meningkatkan kawalan di sekeliling Kompleks Sukan Negara, insya­Allah, dengan izin, everything is under controlled.

CPF- DASAR SINGAPURA TERHADAP PEKERJA SEMENANJUNG DAN SABAH/SARA WAK

6. Datuk Zainuddin bin Maidin minta Menteri Luar Negeri menyatakan adakah dasar Singapura yang berbeza tentang tempoh masa bagi pengeluaran wang CPF antara pekerja-pekerja Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak boleh ditafsirkan sebagai Singapura mengamalkan dasar 'menduakan' negara Malaysia.

Timbalan Menteri Luar Negeri (Datuk Dr. Leo Micheal Toyad]: Tuan Yang di Pertua, saya ingin memohon izin untuk menjawabkan soalan ini bersama-sama dengan soalan jawab lisan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad Ismail pada 3 Ogos, Yang Berhormat Datuk Zainuddin Maidin pada 4 Ogos, Yang Berhormat Tuan Tan Ek Huat pada 4 Ogos, Yang Berhormat Dato' Ghazi Haji Ramli pada 6 Ogos, Yang Berhormat Datuk Zainuddin Maidin pada 6 Ogos dan Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail pada I3 Ogos, kerana soalan yang dikemukakan ialah mengenai isu yang sama.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini kerajaan Malaysia telah pun mengemukakan secara rasmi untuk membantu para pencarum ini secara rasmi semasa lawatan Perdana Menteri Singapura ke Malaysia pada bulan Februari 1998. Pada ketika itu, Perdana Menteri Goh Chok Tong telah menyatakan bahawa kerajaan Singapura akan menimbangkan permintaan Malaysia. Kerajaan Malaysia merasakan adalah wajar rakyat Malaysia yang telah berhenti bekerja di Singapura dan kini kembali ke Malaysia diberi kebenaran mengeluarkan caruman CPF mereka itu. Jadi di bawah skim KWSP kita di

12 DN.4.8.1998

Malaysia warganegara asing termasuk rakyat Singapura yang telah berhenti kerja dibenarkan mengeluarkan caruman mereka apabila meninggalkan negara ini. Peraturan yang sama sepatutnya diberikan kepada semua rakyat Malaysia termasuk mereka daripada Semenanjung Malaysia, yang mempunyai simpanan di Singapura. Kerajaan Malaysia berpendapat Kerajaan Singapura haruslah bersikap 'reciprocal' dan mengenakan peraturan yang serupa dengan syarat KWSP Malaysia.

Tuan Yang di Pertua, wang caruman ini adalah wang pekerja-pekerja Malaysia dan kerajaan Malaysia menyokong hak mereka mengeluarkan wang simpanan tersebut apabila mereka berhenti kerja dan juga meninggalkan negara Singapura. Kerajaan Malaysia juga ingin memaklumkan bahawa ianya tidak akan bersetuju dengan usaha Singapura untuk mengaitkan isu CPF ini dengan mana-mana isu yang lain dalam hubungan dua hala Malaysia Singapura.

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih Tuan Yang di Pertua, kalau boleh saya kembali kepada soalan Datuk Zainuddin Maidin. Ayat akhirnya berbunyi "adakah keadaan ini ditafsirkan sebagai Singapura mengamalkan menduakan negara Malaysia" Jadi kita ingin mendapat daripada Timbalan Menteri sama ada Singapura tidak mengiktiraf kesatuan negara Malaysia di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kalau ini timbul masalah pengiktirafan mungkin banyak lagi dasar-dasar lain yang akan cuba memecahbelahkan Malaysia dan kita juga akhirnya nanti bo1eh mempersoalkan pengiktirafan kita ke atas kewujudan Singapura itu sendiri.

Dato Dr. Leo Micheal Toyad: Tuan Yang di Pertua, untuk manjawab soalan itu kita boleh katakan perkara seperti ini adalah boleh juga ditafsirkan begitu kalau kita katakan syarat-syarat itu adalah berbeza di antara negeri-negeri di Malaysia ini yang berasingan cara-cara mereka meluluskan penarikan balik wang CPF itu mengenai kerana yang telah dinyatakan tadi ialah untuk Semenanjung Malaysia lain, dan untuk Sabah dan Sarawak lain. Dan ini adalah satu tafsiran yang boleh dikatakan nampaknya begitu jugalah.

OPERASI PENERBANGAN MAS DAN SWASTA DI LTSAAS -JUMLAHDANPERANCANGAN

7. Puan Sri Sarasa Pasamanickam minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) bilangan syarikat penerbangan swasta yang beroperasi di Lapangan Terbang Subang, dan

(b) Apakah MAS bercadang untuk memindahkan penerbangan domestik ke Lapangan Terbang Subang supaya mengurangkan kos perbelanjaan pengangkutan dari Sepang ke Kuala Lumpur yang ditanggung oleh penumpang domestik.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Wira Mohd Ali bin Mohd. Rustam: Tuan Yang di Pertua,

(a) Pada masa sekarang terdapat 11 syarikat penerbangan swasta yang beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, iaitu;

(i) Air Asia Sdn. Bhd.

(ii) Transmile Air Service

(iii) Pelangi Air Sdn. Bhd.

DN.4.8.1998 13

(iv) Pan Malaysian Air Transport Sdn. Bhd.

(v) Wirakris Udara Sdn. Bhd.

(vi) Berjaya Air Sdn. Bhd.

(vii) Nusantara Sakti Sdn. Bhd.

(viii) :MHS Aviation Sdn. Bhd.

(ix) Mafrra Air Charter

(x) Sigma Aviation Sdn. Bhd.

(xi) Boskym Udara Sdn. Bhd.

(b) Buat masa sekarang penerbangan Malaysia masih menjalankan perkhidmatan penerbangan untuk sektor domestik dan antarabangsa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun pihak MAS merancang bagi memindahkan beberapa perkhidmatan sektor domestik dari KLIA Sepang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan tarikh perlaksanaannya masih lagi belum ditetapkan. Untuk kemudahan penumpang tempatan kita boleh menggunakan penerbangan Pelangi Air, Air Asia dan juga Transmile untuk pengangkutan tempatan seperti dalam Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak.

Datuk Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Saya bukan hendak soalan tambahan. Hanya saya hendak ucapkan tahniah kepada kerajaan, dan Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik, Menteri Pengangkutan yang telah akur kepada pandangan dan nasihat rakyat supaya dipindahkan penerbangan MAS ke Subang sebabnya pada suatu masa dahulu Yang Berhormat Menteri ada menyatakan tidak boleh dipindahkan disebabkan dari segi kajian kewangan dan keuntungan telah pun diambil kira, oleh itu MAS tidak boleh dipindah balik ke Subang. Sekarang ini dipindah balik. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan yang 'kendor' kepada kehendak rakyat dan orang ramai.

Datuk Wira Mohd Ali bin Mohd. Rustam: Terima kasihlah, lebih-lebih lagi hila Datuk Haji Mohd Zuki minta, kita mesti tunaikan. [Ketawa]

Tuan Yang di Pertua: Yang Berhormat Datuk Norjan binti Khan Bahadar

MAHASISWA BERKEMPEN DALAM PILIHAN RAYA-PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

8. Datuk Haji Sairin bin Karno [Di bawah S.O. 23(2)] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tidakkah kerajaan bercadang untuk mewujudkan peruntukan undang­undang untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang membenarkan dan membawa para mahasiswa untuk turut serta dalam kempen pilihanraya.

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd Ghazali: Tuan Yang di Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan undang-undang baru bagi mengawal kegiatan pelajar-pelajar yang terlibat dalam memberi sokongan, simpati atau pun bangkangan terhadap mana-mana parti politik serta berkempen dalam pilihanraya. Undang-undang yang sedia ada seperti Aleta Universiti dan Ko1ej Universiti 1971 ada1ah mencukupi bagi menangani perkara-perkara tersebut sekiranya diperlukan.

Datuk Haji Sairin bin Karno: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dalam kegawatan ekonomi yang kita hadapi hari ini dan kemungkinan besar terutama di negeri

14 DN.4.8.1998

Sabah, pilihan raya tidak lama lagi akan dilansungkan. Apakah kerajaan berhasrat untuk mengubah dengan cara mengurangkan kos semasa pilihan raya dijalankan. Sebagai contoh, dari segi poster, dari segi peralatan yang akan digunakan oleh parti-parti yang akan bertanding?

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kerajaan tidak berhasrat untuk menukar cara-cara dan kita akan tetap mengikut cara-cara yang sedia ada.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan pilihan raya kecil di Arau, negara Perlis baru sahaja berlalu dan Barisan Nasional terpaksa akur kepada keputusan itu. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada pihak kementerian sedar penglibatan pelajar, termasuklah pelajar ITM dan pelajar-pelajar sekolah juga, termasuk pegawai-pegawai kerajaan dan anggota keselamatan dalam negeri yang memihak kepada parti pembangkang. Kita tidak mahu mendengar ada akta, ada undang-undang. Tetapi yang penting di sini penguatkuasaan. Sejauh manakah kita mampu untuk memberi pemantauan terhadap penglibatan pihak-pihak yang tidak patut. Kalau mereka itu menjadi ahli parti politik dan mereka terlibat dalam kern pen pilihan raya kita tidak kisah. Yang penting di sini ialah penglibatan orang-orang yang tidak sah dari segi undang-undang. Kalau kerajaan tidak melihat dari sudut itu, saya nampak ini satu masalah yang besar hila kita menghadapi pilihan raya kelak.

Kita tahu masalah yang kita hadapi sekarang ini rata-rata kalau kita lihat dalam komentar di TV sekalipun sekarang sudah berubah pemikiran orang terhadap kerajaan sendiri, masalah birokrasi dan sebagainya, masalah dalam syarikat, tambah-tambah lagi keadaan kegawatan ekonomi sekarang ini. Oleh sebab itu, kementerian perlu memberi perhatian yang serius mengadakan suatu pemantauan dan penguatkuasaan yang berkesan. Ini tidak boleh lagi diadakan tolak ansur. Pegawai di SPR sendiri terlibat. Kita boleh buktikan dalam masa pilihan raya itu.

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang di-Pertua, dari segi pengamatan kementerian, kita dapati lebih ramai pelajar, mahasiswa, pegawai kerajaan, anggota keselamatan menyokong kerajaan daripada menentang kerajaan. Atas sebab itulah maka hari ini Barisan Nasional masih memerintah negara kita. Bagaimanapun kita akan membuat penilaian semula berkenaan dengan perkara-perkara yang berlaku di Parlimen Arau baru-baru ini.

HARTAKERAJAANDILAPANGANTERBANG SULTAN ABDULAZIZ,SUBANG-JUMLAH

9. Datin Rajah Wan Iotan binti Haji Wan Ahmad Tajuddin minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) jumlah harta kerajaan yang berada di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang setelah KLIA diwujudkan dan beroperasi sejak 27 Jun, 1998; dan

(b) apakah rancangan kerajaan untuk memastikan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang tidak menjadi gajah putih yang merugikan pelaburan negara di masa yang lampau.

Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd. Rustam: Tuan Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan,

-

DN.4.8.1998

(a)

(b)

15

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang adalah satu daripada lapangan terbang yang telah diperbadankan pada penghujung tahun 1992 dengan penubuhan MAB yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Adalah dianggarkan bahawa jumlah aset Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah adalah lebih kurang sebanyak RM1.5 bilion, iaitu tanah dan juga bangunan.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah tidak akan menjadi 'gajah putih', kerana beberapa aktiviti penerbangan akan terus dikekalkan di lapangan terbang ini seperti berikut:

(i) sebagai pusat pameran antarabangsa serta pusat industri aero angkasa. Di samping itu, Terminal Tiga akan terus kekal menjadi pusat penerbangan am dan juga haji di samping mengenda1ikan penerbangan-penerbangan domestik dari syarikat-syarikat penerbangan seperti Transmail, Berjaya Air, Pelangi, Mafrra, Air Asia dan lain-lain. Di samping itu, lapangan terbang ini juga akan dijadikan pusat penyelenggaraan berat (heavy maintenance) bagi pesawat Malaysian Airline System.

(ii) juga sebagai pusat kawalan traftk udara, pusat penyelenggaraan Airod, operasi TUDM yang menggunakan landasan terbang, pusat unit kaliberasi Jabatan Penerbangan Awam; dan

(iii) di samping itu juga akan dimajukan sebagai pusat operasi penerbangan am (general aviation), pembangunan aerospace park bagi aktiviti penyelenggaranan pesawat dan pembuatan komponen-komponen pesawat dan juga penempatan aviation business park bagi aktiviti research and development. Yang tadi itu adalah pusat pameran antarabangsa.

INSIDEN DI HOSPITAL BESAR SEREMBAN­LANGKAH KA WALAN KESELAMATAN

10. Tuan S. Parasuraman minta Menteri Kesihatan menyatakan insiden seorang pesakit telah jatuh dari tingkat 6 di Hospital Besar Seremban. Mengapakah ini berlaku dan bagaimana kawalan keselamatan di hospital tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesibatan [Dato' M. Mabalingam): Tuan Yang di-Pertua, pesakit itu adalah seorang wanita berumur 48 tahun dari Kuala Kelawang, Jelebu yang telah dimasukkan ke Hospital Seremban pada 4 Julai 1998 kerana telah mengelar kedua-dua pergelangan tangan sendiri dalam percubaan membunuh diri, cutting her own wrist with view to commit suicide, dengan izin. Beliau di'diagnosis' sebagai para suicidal with underline psychiatrist, dengan izin, dan telah menjalani tendon repair di dewan bedah pada 5 Julai 1998. Beliau diawasi dengan rapi semasa di wad.

Malangnya, pada 7 Julai 1998 semasa doktor-doktor dan jururawat sedang membuat rondaan wad dan memberi rawatan kecemasan kepada seorang pesakit lain dan pekerja swasta sedang membersihkan balcony, pesakit ini telah meluru keluar melalui pintu balcony di wad dan terus melompat dari balcony di tingkat 6. Walaupun rawatan kecemasan telah diberi dengan segera kepada pesakit, namun beliau tidak dapat diselamatkan. Semua pintu di balcony di setiap tingkat hospital ini dikunci pada setiap

16 DN.4.8.1998

masa dan hanya dibuka apabila pekerja swasta keluar ke balcony untuk menjalankan tugas pencucian dan pembersihan enam kali sehari. Pesakit ini telah mengambil peluang tersebut untuk membunuh diri. Untuk mengetatkan lagi lagi kawalan keselamatan, pihak pengurusan hospital kini telah memasang selak di setiap pintu balcony dan pekerja swasta dikehendaki menyelak pintu balcony dari luar semasa menjalankan tugas pembersihan di balcony supaya pesakit tidak dapat keluar ke balcony.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi pertanyaan­pertanyaan Jawab Lisan telah pun selesai.

[Masa untuk pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. II hingga 66 akan dijilid da/am buku berasingan]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." [3 Ogos I998]

Tuan Yang di-Pertua: Perbahasan disambung semula. Minta Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin.

3.36 ptg.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang untuk menyambung ucapan saya semalam, sebab memberi peluang lagi kepada saya untuk berucap. Kemungkinan saya akan memberi penjelasan lebih lanjut sedikit.

Tuan Yang di-Pertua, saya .....

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

Timbalan Yang di-Pertua: Sila, Yang Berhormat.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Saya berasa syukur, iaitu Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah menggariskan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) sebagai satu tindakan yang amat wajar dan tepat pada masa untuk memulihkan ekonomi negara daripada kegawatan pada masa ini. Saya penuh yakin dengan usaha ini sungguhpun terlambat sedikit, tetapi biarlah lambat asalkan selamat. Ini menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional kita betul-betul komited dalam menangani krisis ekonomi yang tidak pemah terjadi dalam sejarah kita hayati setakat ini.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada Danaharta Nasional Berhad 1998, saya ada persoalan-persoalan yang saya hendak bangkitkan. Dalam kita mengambil alih syarikat­syarikat di bawah NPL ini, bagaimana dengan syarikat yang mempunyai pengurusan yang lemah? Adakah pihak syarikat Danaharta Nasional Berhad ini mengambil alih syarikat itu sahaja dengan meninggalkan kakitangan dan pengarah-pengarah dan pengurusannya? Apabila diberhentikan pengurusan-pengurusan ini bagaimana dari segi implikasi undang­undangnya, dari segi pampasan yang harus kita beri kepada pengarah-pengarah dan kakitangan ini? Kita mesti ingat kakitangan dan pengarah-pengarah ini pada satu masa dahulu apabila syarikatnya begitu maju adalah orang-orang yang berpengaruh. Oleh itu,

DN.4.8.1998 17

kita kena ambil tabu keadaan dari segi undang-undang dan lembaga ini mestilah lembaga yang bebas secara terbuka dan mestilah menguruskan urusannya dengan cara ikhlas.

Tuan Yang di-Pertua, dapatkan kakitangan-kakitangan yang akan menjawat jawatankuasa ini mengikut seksyen 51 (d) dan (e) di mana saya mencadangkan supaya tiga orang anggota daripada sektor swasta itu mestilah orang-orang yang betul-betul layak, boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan dari segi dua orang anggota daripada masyarakat antarabangsa, saya berharap pihak kerajaan akan memilih betul-betul tokoh yang terkenal. Apa salahnya kita mengambil tokoh-tokoh dari Eropah atau Amerika yang mana mereka pun ada juga danaharta - asset management - Jepun pun ada, dua negara yang telah pun mewujudkan asset managementnya ataupun danahartanya. Janganlah kita kaji dari segi bayaran dan ongkosnya itu banyak, biar kita ambil, dengan izin, the best nothing but the best untuk menguruskan bersama-sama dalam lembaga pengarah perbadanan ini sebab ini amat penting sekali kepada kejayaannya Danaharta Nasional Berhad ini untuk memulihkan ekonomi negara kita.

Kita kena berhati-hati dari segi undang-undang terhadap pelaksanaan yang Danaharta Nasional Berhad ini akan mengkajinya. Sebabnya perkara ini kita kena jalankan dengan serta-merta, dengan cepat. Sebab itulah saya tengok bill ini adalah satu bill yang luar biasa iaitu kalau kita tengok pada akhimya di mana kuasa am diberi iaitu apa-apa juga yang dibuat oleh seksyen 69 iaitu "benda yang dilakukan dengan menjangkakan akta ini akan diperbuat" bermaknanya boleh dilakukan sebelum akta ini diluluskan oleh Parlimen. Bak kata orang Putih, restrospective effect, ada tetapi ini sudah lulus sekiranya apa-apa yang diperbuat untuk melaksanakan tanggungjawab mereka tidak boleh disoal dari segi undang-undang. Oleh itu bermaknanya belum dilulus oleh Parlimen lagi mereka ini sudah terpelihara. Sebab apa? Sebab kita hendak mempercepatkan bill ini - untuk diluluskan cepat supaya kerajaan boleh bertindak dengan serta-merta, dengan izin, time is of essence untuk tugas yang diambil oleh Danaharta Nasional Berhad ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebabnya kalau kita Jambat, sekarang ini sahaja sudah RM40 bilion non-performing loan dengan bunganya dahulu 10.6%, ia akan meningkat daripada sehari ke sehari. Biarlah kita korbankan insan untuk menyelamatkan syarikat dan negara, jangan kita berasa sedih, jangan kita berasa bersimpati dengan pengarah-pengarah dalam syarikat-syarikat yang kita hendak ambil alih itu, mereka ini akan dikorbankan, negara lebih penting Jagi daripada seseorang individu.

Kembali kepada seksyen 176. Sekarang ini lebih kurang seratus syarikat beratur untuk berlindung di bawah seksyen 176 dan untuk mendapat perlindungan ini. ....

Timbalan Yang di-Pertua: Ini Company Act, you refer?

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua: Ini Company Act.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua- seksyen 176 di bawah Akta Syarikat 1965. Jikalau mereka ini menunggu, mahkamah tidak ada pengurusan untuk mengendalikannya dan syarikat-syarikat yang mendapat perlindungan di bawah seksyen 176 ini adalah syarikat-syarikat yang berupaya mengadakan auditan­auditan korporat-korporat yang besar seperti Coopers & Lybrand, Pent Marwick, Price Waterhouse- mereka akan kena membayar duit yang begitu banyak untuk menyediakan kertas untuk dibawa ke mahkamah tetapi selain daripada mendapat perlindungan ini, syarikat-syarikat kecil boleh menyaman syarikat-syarikat ini seperti Syarikat MBf yang telah pun mendapat perlindungan di bawah seksyen 176. Jikalau banyak lagi syarikat ini pergi di bawah seksyen 176 bagaimana kedudukan dengan Danaharta Nasional Berhad?

18 DN.4.8.1998

Untuk perlindungan ini enam bulan, boleh disambung lagi enam bulan - setahun. Danaharta Nasional Berhad hendak ambil alih selepas itu? Jadi oleh itu, kita kena kaji seksyen 176 ini.

Dulu kalau saya tidak lupa pada I 0 Julai mengikut New Straits Times, Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar, Timbalan Menteri Kewangan - sahabat saya telah pun berkata bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk meminda seksyen 176. Mengapa seksyen 176 tidak dapat dipindakan lagi setakat ini? Banyak perkara kita telah pinda tetapi seksyenl76 tidak dipinda? Amerika Syarikat ada pindaannya, England dan Australia ada, makna memperluaskan seksyen 176 itu memberi kaedah pengurusan kehakiman dapat diwujudkan. Dalam keadaan sekarang ini adalah sakit untuk Danaharta Nasional Berhad bersaing di bawah seksyen 176 Akta Syarikat 1965.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kita kena ambil alih syarikat yang boleh dipulihkan khususnya syarikat-syarikat yang tersiar di Bursa Saham sekarang ini. Syarikat-syarikat yang boleh diselamatkan ini boleh bersekutu dengan syarikat-syarikat asing tetapi saya suka ingatkan kita kena berhati-hati - non strategic companies sahaja yang boleh kita sekutukan ataupun cantumkan dengan syarikat-syarikat asing. Saya suka menegaskan di sini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pemah menegaskan, quote:

"Malaysia tidak akan menerima seharang bentuk bantuan dalam bentuk wang panas ataupun dana spekulatif."

Jadi, ini memang tepat betul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita mengatakan dan kita tidak hendak wang-wang seperti ini. Kita tidak hendak kuasa pasaran akan dikuasai seratus peratus oleh orang asing dan syarikat tempatan menjadi pekerja­pekerja biasa sahaja. Kita tidak hendak itu wujud. Ambil contoh, Korea Selatan, konglomerat Korea Selatan hak mereka telah dirampas. Korea Exchange Bank telah diambil alih oleh Bank Perdagangan Jerman. Bank Pertama Korea dan Bank Seoul sedang diuruskan penjualannya. Kita tidak hendak bank-bank kita khususnya Bank Bumiputera, Maybank- bank-bank utama ini diambil alih oleh pelabur-pelabur asing dan kita menjadi kakitangan sahaja. Dasar sistem kapitalis Barat selalu memberi tekanan ekonomi terhadap negara-negara mundur di Asia, kemungkinan termasuk juga Malaysia pada suatu masa nanti apabila kita tidak berhati-hati. Sebabnya kebanyakan bank kita, Tuan Yang di­Pertua, adalah dalam keadaan bermasalah. Bank kita kebanyakan yang ada sekarang ini adalah dalam masalah, kalau tidak ada masalah pihak kerajaan tolonglah beri pendapat mereka.

Janganlah selamatkan syarikat-syarikat yang tidak boleh diselamatkan, jual harta yang ada dengan cepat mungkin untuk bayar hutang kepada bank. Jangan tunggu lagi sebab aset-aset dan harta-harta yang boleh alih ini nanti akan dijual oleh peminjam­peminjam dan akhirnya bank tidak dapat balik duit-duit ini. Kita terlalu banyak memberi pinjaman dan terlalu banyak meminjam sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, pasaran bon tidak begitu baik sepertimana saya perkatakan semalam, sekarang ini bukan sahaja untuk dibuat oleh rating agency baru-baru ini, sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua rating ini dua tahap sahaja atas pada dengan izin 'junk bond'. 'Junk bond' ini tidak berguna benar, hampas punya bonlah kiranya, kita duduk dua tahap sahaja di atas. Saya tidak tahu, boleh jadi saya salah, jadi Timbalan Menteri akan menjawabnya.

Kepercayaan terhadap bon kita terhakis, saya dukacita menyatakan di sini iaitu dahulu Time Engineering ada mengapungkan bon dan letak pilihan, dengan izin 'put on option' RMI.S bilion bon dengan harga beli balik RM2.34 sen sedangkan pukul 12.30 tengahari tadi, 4 Ogos 1998, harga Time Engineering adalah 31 ~ sen jualan - 3 89 lot

DN.4.8.1998 19

sahaja dijual tadi. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, flkirkan daripada RM2.34 sen jatuh 31 sen, bagaimana mereka hendak bayar balik bon. Inilah kepercayaan yang telah terhakis disebabkan syarikat-syarikat macam ini mengeluarkan bonnya 'put an option' kemudian tidak dapat membayar balik. Kepercayaan negara-negara lain terhadap bon Malaysia akan terhakis dan jatuh. Oleh itu macam mana kita hendak mengatasinya, inilah satu daripada usaha Danaharta ini.

Sekarang ini untuk mengadakan engine of growth, dengan izin, seperti mana dalam ucapan saya semasa membahaskan Titah Diraja dahulu saya ada mengatakan kita penting sekali menghidupkan 'engine of growth'. Kalau tidak, tidak bergerak seperti kata Perdana Menteri kita, kalau ada RM10 jangan taruh bawah bantal, gunakan duit itu untuk diguling-gulingkan (roll-over) supaya dapat balik. Tuan Yang di-Pertua, pinjaman mesti diberi kepada urusniaga yang sesuai dan produktif. Insya-Allah, kita akan berjaya dan ekonomi akan pulih, diharap apa yang telah berlaku akan menjadi pengajaran dan kesedaran kepada kita semua.

Tuan Yang di-Pertua, ada lagi sedikit saya hendak sentuh di sini, sedikit sahaja saya hendak tanya bagaimana Melear ldaman tidak dapat membayar RM570 juta? Bagaimana dengan Puncak Besta Sdn. Bhd. anak syarikat UEM tidak dapat membayar hutang RM390.8 juta? Perkara ini berlaku bagaimana, adakah kerajaan sedar, adakah kawal selia, adakah mereka tahu? Saya harap perkara-perkara seperti ini - Time Engineering hutang sekarang ini RM4.5 bilion, RM3.2 bilion adalah hutang tempatan -syarikat ini rugi RM170 milion sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, itulah perkara-perkara yang saya hendak bangkitkan dan saya harap benar Danaharta ini akan berjaya. Jikalau tidak berjaya dengan bantuan PETRONAS, tidak tahu berapa, RM5 bilion atau RM10 bilion dan bon tempatan RM5 bilion barangkali, bon luar negara RM10 bilion kemungkinan tidak dapat kita kumpulkan duit ini. Jikalau ini tidak dapat diatasi, tidak dapat diperbetulkan, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak berkata di sini apa akan terjadi kepada negara kita. Saya berdoa benar urusan kerajaan yang cukup baik sekarang ini dilakukan seperti mana saya katakan tadi tepat pada masanya akan berjaya, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu.

3.55 ptg.

Dato' Dr. T. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang berbahas atas Rang Undang-undang Pengurusan Danaharta Nasional Berhad. Rang Undang-undang ini adalah satu usaha yang penting untuk memulihkan ekonomi negara kita dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga Yang Berhormat Tun Daim Zainuddin, Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang telah mencari beberapa strategi dan pelan bagi memulihkan ekonomi negara kita.

Danaharta ini ditubuhkan untuk mengambil alih NPL (Hutang Tidak Berbayar) dari bank-bank tempatan untuk menyelamat dan mengukuhkan sistem perbankan negara kita. Jika tindakan tidak diambil, hutang lapuk ataupun NPL dalam bank-bank kita dijangka mencapai RM74 bilion ataupun 15.7% daripada keseluruhan pinjaman bank-bank kita. Peratusan NPL ini ada1ah sangat tinggi jika dibandingkan dengan 4.7% pada tahun 1997 dan 8.5% pada bulan Mei 1998.

Tuan Yang di-Pertua, apabila Danaharta Nasional Berhad ini dilaksanakan, bukan sahaja NPL akan dikurangkan tetapi sistem perbankan kita akan diperkuatkan dan saya harap taraf ataupun rating oleh Standard and Poor juga akan dipertingkatkan. Jika kita

----------------------------------------

20 DN.4.8.1998

mengukuhkan lagi sistem perbankan negara kita melalui Danaharta ini akan mencetuskan dan mencepatkan proses pemulihan ekonomi negara kita. Kita diberitahu bahawa Danaharta ini memerlukan RM25 bilion untuk membeli NPL dan asetnya. Saya juga difahamkan pinjaman bagi Danaharta akan dibuat melalui terbitan bon di pasaran domestik dan antarabangsa. Adakah usaha ini akan terjejas terbitan bon kerajaan bemilai RM20 bilion seperti yang disyorkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

Tuan Yang di-Pertua, apabila Danaharta ini dilaksanakan transparency, akauntabiliti dan profesionalisme harus diutamakan. Saya ingin menegaskan di sini seperti rakan-rakan saya di Dewan yang mulia ini bahawa pegawai-pegawai yang menjalankan tugas mereka harus mematuhi profesionalisme yang tinggi, kalau tidak, kredibiliti akan menurun lagi. Saya ingin tabu apakah kriteria yang akan digunakan untuk mengambil alih NPL dan juga aset-aset sesuatu syarikat yang mengalami masalah? Bagaimanakah keadaan SMI (Industri Kecil dan Sederhana) yang mengalami beberapa masalah kewangan? Adakah keutamaan diberi kepada SMI dan saya berpendapat bahawa industri ini juga harus diberi perhatian.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap Danaharta Nasional Berhad ini akan mempertingkatkan lqedibiliti terhadap sistem perbankan kita. Kekurangan kredibiliti merupakan salah satu halangan terbesar untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pelabur-pelabur. Masalah ini juga telah dibincangkan dalam pelan tindakan MTEN. Walaupun negara kita mengalami kegawatan ekonomi, rakyat kita mempunyai keyakinan atau harapan yang tinggi. Dalam satu kajian yang dilaporkan dalam majalah Economist, rakyat Malaysialah mempunyai harapan (hope) yang tinggi. Di antara 29 negara yang telah dikaji, Malaysia menjadi negara pertama dengan 66 skor dibandingkan dengan Jepun yang menjadi nombor 29 dengan skor 12. South Korea mencapai nombor 4 dengan skor 62, Thailand nombor 6 dengan skor 60, China nombor 7 dengan skor 58 dan Taiwan nombor 8 dengan 50 skor. Rakyat Malaysia mempunyai hopelk:eyakinan yang tinggi terhadap pemulihan ekonomi negara kita.

Dengan harapan (hope) yang tinggi, saya menyokong Rang Undang-undang Pengurusan Danaharta Nasional Berhad. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Zainudin bin Maidin.

4.02 ptg.

Datuk Zainudin bin Maidin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana membenarkan saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Pengurusan Danaharta Nasional Berhad. Tidak syak lagi bahawa langkah ini adalah merupakan satu lagi langkah yang menunjukkan bahawa kita mempunyai keupayaan, kepakaran, kepintaran dan kebolehan untuk menjalankan reformasi ekonomi sesuai dengan kehendak kita dan juga kehendak-kehendak antarabangsa malah lebih imaginatif dan lebih inovatif daripada IMF sendiri. Langkah ini sebenamya telah menimbulkan pandangan luar yang tidak menyenangkan daripada reaksi yang telah kita lihat dan terutamanya dari negara jiran kita sendiri yang telah cuba untuk memperkecil-kecilkannya dan cuba untuk tidak memahaminya. Saya kemukakan sebagai contoh iaitu akhbar Straits Times Singapura dalam keluaran hari Sabtu, telah melihat langkah-langkah yang kita ambil bagi reformasi ekonomi kita ini dianggapnya sebagai suatu, katanya "sejak krisis kewangan Asia bermula kuasa-kuasa yang kuat di Malaysia, peliknya telah mengambil sikap agresif terhadap dunia, walaupun pada hakikatnya negara itu memerlukan bantuan pasaran modal antarabangsa". Katanya lagi, "beberapa orang menteri Malaysia telah bercakap seolah­olah semua masalah Malaysia berpunca daripada luar, diharap keradangan nasionalisme Malaysia adalah sementara sahaja".

DN.4.8.1998 21

Bagi saya, saya tidak menganggap ini sebagai keradangan nasionalisme Asia tennasuk dalam soal pembentukan Danaharta ini tetapi ia adalah sebenarnya satu nasionalisme Asia yang patut disertai tidak hanya oleh ahli-ahli politik Malaysia, pemimpin-pemimpin politik Malaysia tetapi juga oleh institusi-institusi kewangan Malaysia tennasuk kalangan yang berada di Bank Negara sendiri. Sebab dalam beberapa hal adakalanya kita melihat di pihak Bank Negara sendiri telah tidak begitu menghayati nasionalisme yang cuba dijuarai oleh pemimpin politik kita, oleh hasrat daripada rakyat sendiri dan sebaliknya telah menimbulkan masalah-masalah yang kurang meyakinkan dan telah menimbulkan seolah-olah tidak memahami keadaan-keadaan yang timbul yang dialami oleh ahli-ahli pemiagaan di kalangan korporat kita dan sebagainya. Walaupun masalah ini tidak menyeluruh sikap ini juga telah menyebabkan masalah-masalah pendekatan sosial dan ekonomi telah dilihat sebagai mempunyai signal yang berlainan. Signal yang tidak sama terutamanya kepada pihak luar yang selalunya ingin mengambil kesempatan untuk menimbulkan keraguan dan ketidakyakinan terhadap negara kita. Apa yang telah kita perkatakan tentang umpamanya, Agensi Penarafan dan Penilai Kredit Antarabangsa yang berpusat di New York iaitu yang telah kita sebutkan pihak Moody's dan S&P yang telah menjatuhkan rating kita dan bon kita umpamanya Moody Investive Service telah menurunkan penarafan seperti yang telah disebutkan oleh beberapa Ahli terdahulu iaitu penarafan bon mata wang asing kerajaan Malaysia kepada BA2 daripada A2 dan Standard and Poor tidak mahu ketinggalan telah juga turut menurunkan mata wang asing Malaysia kepada BA+ daripada A-.

Penarafan ini dibuat selepas Tun Daim memaklumkan dalam pembentangan PPEN bahawa pelabur luar masih benninat mendapatkan terbitan kerajaan kerana ia masih diberikan penarafan A. Ekoran dari itu Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dan Tun Daim membatalkan lawatan ke luar negara bagi mendapatkan dana yang diperlukan bagi Danaharta Nasional untuk menjana ekonomi kita tetapi walau apa pun gambaran yang diberikan oleh kita mengenai pembatalan lawatan itu tetapi ia adalah telah memberikan satu rasa tidak senang, telah sedikit sebanyak menghakiskan keyakinan kita sendiri dan juga pihak luar terhadap apa yang dihasratkan oleh kita pada mulanya.

Saya kira pihak agensi ini tentulah bergembira di atas pembatalan pihak kita tetapi dalam pada itu suatu kesan yang mungkin baik juga untuk kita ialah bahawa ia telah mendedahkan sikap Amerika sendiri telah menelanjangkan ketidakjujuran mereka dalam usaha untuk membantu kita bagi membangunkan dan memulihkan semula ekonomi. Mereka telah menimbulkan perasaan kebencian yang tidak perlu di kalangan rakyat Malaysia dan Asia lainnya kecuali Singapura, terhadap pihak Amerika sendiri, hal ini adalah agak menyedihkan dan tidak seharusnya berlaku jika kita melihat latar belakang hubungan antara kita dengan pihak negara ini. Tetapi dalam soal ini apa yang boleh kita lakukan kecuali kalau kita dapat mempunyai keupayaan untuk menunjukkan keyakinan kepada diri kita sendiri tetapi dalam soal ini dalam cuba untuk menjual bon ini kita lebih banyak menimbulkan seolah-olah kita hanya menjualkan bon ini kepada pihak luar, tidak kepada pihak domestik.

Suatu strategi yang jelas dan nyata yang boleh meyakinkan rakyat terhadap usaha untuk membantu dana ini masih tidak dirasai dan tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya oleh rakyat kerana mereka merasakan seolah-olah pihak kerajaan hanya menjadikan matlamat luar negara untuk mendapatkan dana ini tetapi sedangkan mungkin rakyat Malaysia, kita yakin bahawa rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang banyak yang boleh mendorong mereka jika kita mempunyai strategi yang meyakinkan umpamanya kalau kita melihat dalam masa keadaan kemakmuran kita. Kalau saya tidak silap seorang yang telah melancarkan skim cepat kaya telah dapat mengumpulkan walaupun itu merupakan penipuan tidak kurang dari RM4 juta dengan dalam masa yang singkat dan

22 DN.4.8.1998

demikian juga baru-baru ini seorang ustaz juga telah melancarkan suatu skim cepat kaya juga telah dapat menipu hampir RM 1 juta juga.

Jadi ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai wang yang banyak, itu hanya di kalangan orang Melayu. Tetapi di kalangan orang-orang yang bukan Melayu tentulah mempunyai simpanan yang lebih besar lagi yang boleh kita cuba dan usahakan untuk memberikan tumpuan kepada usaha untuk pembelian bon ini. Walaupun mungkin pembelian bon yang dihasratkan hanya sebanyak RM25 bilion itu tidak mungkin akan dapat dibeli oleh rakyat Malaysia seluruhnya, tetapi apa juga sumbangan dalam soal ini akan sekurang-kurangnya menunjukkan atau membangunkan kesedaran rakyat dan menunjukkan keupayaan mereka dalam membantu usaha kerajaan ini dalam masa yang kegawatan ini. Hal ini adalah sangat penting dalam kita cuba untuk memperbaiki keadaan ekonomi ini.

Selain daripada itu, saya rasa kita juga harus memikirkan atau menyokong usaha­usaha pihak Jepun sendiri dalam melihat semula agensi-agensi seperti Moody's dan S&P ini. Apakah sebenarnya mereka merupakan agensi yang berkredibel yang boleh diyakini. Pihak Jepun sendiri telah, kalau saya tidak silap, telah mencadangkan penubuhan sebuah pusat kewangan antarabangsa bagi menilai semula Moody's dan S&P ini. Jepun menganggap bahawa pusat ini telah menghakiskan keyakinan terhadap keadaan kewangan di negaranya sendiri.

Di dalam akhbar tidak lama dulu ada menyebutkan, Jepun menganggap penubuhan pusat yang baru iaitu sebuah pusat kewangan atau agensi penarafan sendiri bagi Asia adalah penting, oleh kerana penarafan yang telah dibuat oleh Moody's dan S&P, dua buah agensi penarafan yang paling berpengaruh di dunia boleh menjejaskan keupayaan sesebuah syarikat mahupun negara yang mahu mendapatkan dana. Jadi eloklah pihak Malaysia, langkah Jepun ini seharusnya disokong kerana tanpa penyeliaan agensi-agensi penarafan yang kita tubuhkan sendiri maka kita akan terus terdedah kepada penarafan­penarafan penilaian yang dibuat oleh agensi-agensi yang mempunyai prejudis _terhadap Asia.

Saya sekali lagi menyatakan keyakinan bahawa rakyat Malaysia akan dapat membantu usaha ini. Selain daripada itu saya juga ingin menyatakan hasrat rakan-rakan yang lain agar Danaharta dalam mekanismenya dan juga dalam pentadbirannya seharusnyalah melambangkan satu integriti dan satu keupayaan dari pihak kerajaan sendiri dan juga memenuhi hasrat rakyat. Tuan Yang di-Pertua, sekian dan terima kasih.

4.15 ptg.

Puan Hajah Hunaizah binti Mohd Noor: Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi laluan kepada saya untuk menyampaikan sedikit pandangan saya mengenai Rang Undang-Undang Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998.

Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, saya tidaklah berhasrat untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan ini tetapi memandangkan hasrat kerajaan berusaha dengan begitu bersungguh-sungguh mencari suatu altematif baru untuk memperbaikpulih keadaan kegawatan ekonomi negara yang melanda kita sejak beberapa bulan kebelakangan dan sehingga ke hari ini. Tuan Yang di-Pertua, hasrat mumi ini patut diberi sokongan tetapi peringatan juga saya ingin bersama-sama dengan sahabat-sahabat di dalam Dewan ini untuk menyatakan kepada pihak kerajaan supaya harus berhati-hati dan berjaga-jaga agar hasrat yang begitu baik dan hala tuju yang dicita-citakan itu akan dapat dihasilkan dengan jayanya.

DN.4.8.1998 23

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya peringatkan di sini bagi mengendalikan pengurusan Danaharta Nasional ini yang terpaksa melibatkan pinjaman kewangan yang begitu besar. Maka kebimbangan saya di dalam bidang pengurusan dan pengendaliannya nanti, oleh itu mestilah anggota-anggota yang terlibat di dalam pengurusan ini nanti meletakkan iman, taqwa dan menjadikan Allah dan Rasul sebagai kota dan pagarnya serta penyaksian.

Tuan Yang di-Pertua, kerana dalam satu ayat Al-Quran, surah Fushshilat ayat 31, Allah memberitahu kepada kita bahawa di mahk:amah Allah nanti semua anggota tubuh badan akan menyampaikan saksi mereka dengan memberitahu kepada Allah apa sahaja yang mereka lakukan di dalam dunia ini.

Memandangkan Al-Quran telah memberi peringatan awal kepada kita, jangan sama sekali melakukan kerja-kerja penyelewengan semasa kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Kebimbangan saya, setelah lama saya mendengar, kita hendaklah bersih, cekap, amanah tetapi kenapa kita terpaksa meminda Akta Rasuah pada penggal lalu dan rasuah sentiasa diperkatakan di sana sini.

Tuan Yang di-Pertua, semalam saya mengikuti ucapan-ucapan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Dewan ini, masing-masing meletakkan harapan dan berdoa kepada Allah, mudah-mudahan kita diberi kejayaan. Oleh itu saya dapat merasakan keadaan yang berlaku ini ujian dari Allah. Oleh kerana kegawatan ekonomi melanda negara dan menjadikan kita semua sedar dan ingin kembali kepada Allah. Dan inilah merupakan fitrah manusia, di mana dalam surah Fushshilat juga Allah memberitahu rahsia ini, ayat 51 yang bermaksud:

"Dan apabila Kami beri nikmat ke atasmu, wahai manusia! Kamu berpaling dan menjauhkan diri tetapi sebaliknya apabila Kami (Allah) menguji kamu berada di dalam kesusahan, maka kamu merayu-rayu kepada Ku dengan panjang Iebar (berdoa) ".

Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan dengan ujian yang kita hadapi sekarang menjadikan hati-hati kita lebih dekat untuk bergantung dan meletakkan harapan kepada Allah. Maka inilah pokok pangkal yang mesti kita sedar bahawa di dalam hidup kita sebagai hamba ciptaan tidak ada pilihan lain selain daripada kita menyedari hakikat hidup melakukan setiap perkara apa sahaja di muka bumi ini. Hendaklah kita lakukannya mengikut perintah yang telah diarah oleh Allah dan jauhkanlah perkara larangan yang telah dilarang oleh Allah. Mudah-mudahan setiap gerak kerja kita lakukan di dalam dunia ini akan dapat keredaannya dan kita tidak menjadi golongan yang rugi semasa berada di perantauan dunia ini. Sekian, terima kasih.

4.20 ptg.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama membahas akta yang ada kaitan dengan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan di atas keberaniannya mewujudkan Akta Danaharta ini demi mengembalikan balik status ekonomi negara kepada tahap yang akan dapat penghormatan dan penilaian yang begitu tinggi dari semua rakyat sama ada daripada pihak yang terdiri daripada penyokong kerajaan atau pun golongan yang menentang kerajaan. Dan saya mempercayai usaha yang telah dibuat oleh kerajaan ini dengan sendiri melambangkan sesuatu yang baik, kerana kita difahamkan ada pemimpin parti pembangkang yang sama-sama telah memberi sokongan kepada usaha baik kerajaan yang sedang dilaksanakan dan saya juga mengharapkan ungkapan atau ucapan itu

24 DN.4.8. I 998

janganlah menjadi 'cakap tak serupa bikin'. Kerana kita akan dipersoalkan pada satu dunia yang lain terhadap hujahan dan percakapan kita samada ucapan itu suatu ucapan yang ikhlas ataupun ucapan yang mempunyai putar belit-putar belit yang boleh merosakkan keadaan masyarakat kita hari ini.

Saya juga bersama dengan rakan-rakan Yang Berhormat lain menghayati kehendak dan seruan yang telah disuarakan supaya Danaharta ini dapat dilaksanakan. Semua pihak yang telah diberi tanggungjawab akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab menghayati kehendak-kehendak yang telah dirangka oleh pihak kerajaan supaya Danaharta ini dapat berjalan dengan baik dan mencapai matlamat dan cita-cita murni yang telah dikemukakan oleh pihak kerajaan.

Walau bagaimanapun saya ingin menyuarakan pandangan, pendapat dan persoalan untuk diperjelaskan fasal-fasal yang ada dalam akta yang berkenaan. Pertama sekali saya ingin menyarankan Fasal 5(7) iaitu tentang Lembaga Pengarah Perbadanan yang akan diwujudkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Saya ingin mencadangkan supaya komposisi Lembaga Pengarah Perbadanan ini dapat melambangkan komponen rakyat Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum. Kerana ini perlu, ini akan melambangkan status atau imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Yang kedua, saya ingin mendapat penjelasan fasal 5(I)(e) iaitu yang berbunyi "dua orang anggota daripada masyarakat antarabangsa'. Apakah keperluan pihak kerajaan ingin memasukkan fasal 5(7)(e) dalam Lembaga Pengarah Perbadanan. Walau bagaimanapun saya ingin menasihati pihak kerajaan supaya lebih berhati-hati, kita jangan salah pilih nanti wujud konco-konco Soros semasa kerajaan membuat perlantikan fasal 5(1)(e) yang tersebut. Ini adalah harapan saya kerana kita tidak ingin lagi ada orang-orang yang akan cuba mesabotajkan usaha-usaha baik yang sedang dibuat oleh pihak kerajaan.

Saya juga mengharapkan seperti mana yang telah dipercakapkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat lain supaya Danaharta ini dapat menyelesaikan NPL yang dikatakan berjumlah RM20 bilion dan ini akan menghayati satu daripada enam objektif yang telah disarankan oleh MTEN iaitu kemungkinan ke arab memulihkan semua sektor yang terjejas teruk sekarang. Dan saya percaya dana ini akan menghayati MTEN yang telah menyarankan sesuatu yang baik harus diperlakukan untuk mengembalikan balik status ekonomi negara kita sekarang.

Saya dapat mengikuti satu rencana NABC yang meletakkan negara Malaysia ini di antara tiga buah negara yang masih baik dalam urusan kewangan dan lain-lain sektor yang berkaitan dengan ekonomi negara. Yang mengatakan Malaysia adalah lebih baik daripada Thailand dan Thailand baik daripada negara Indonesia. Kita mengharapkan dengan penubuhan Danaharta ini Malaysia akan terus baik dan akan mendapat kepercayaan daripada rakan-rakan kita yang ingin membantu Malaysia dalam menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi negara yang ada sekarang.

Yang Keempat, saya ingin mendapat pandangan daripada Timbalan Menteri Kewangan. Tempoh hari dalam satu media tempatan ada dimuatkan kartun, yang mengatakan Menteri Kewangan dan Tun Daim sedang terbang untuk mencari dana-dana mengisikan tabung Danaharta ini. Apakah pandangan pihak Timbalan Menteri saranan saya ini supaya penerbangan ini terbang bersama dan landing juga mestilah bersama supaya jangan pula terbangnya bersama tetapi landingnya berlainan tempat dan destinasi kerana kita difahamkan Menteri Kewangan dan juga Penasihat Kewangan Negara dan sekarang ini telah diberi satu jawatan Menteri Tugas-tugas Khas akan terbang untuk mencari dana ini di negara-negara EU, Amerika Syarikat, Britain. Saya menyarankan penerbangan ini juga meliputi negara-negara OIC yang mana negara-negara OIC ini terdiri

DN.4.8.1998 25

daripada negara yang kaya-raya dan saya ingin mendapat penjelasan mengapa dalam rangka penerbangan ini tidak termasuk negara-negara OIC.

Sayajuga ingin mendapat penjelasan seperti mana yang dipercakapkan oleh Yang Berhormat Dato' tadi mempersoalkan mengapa cadangan awal untuk mencari Danaharta mengisi tabung ini terpaksa ditangguhkan dan ini menimbulkan berbagai pertikaian di peringkat antarabangsa.

Adakah kedudukan bon-bon yang akan kita iklankan ini sudah tidak mendapat keyakinan dan kepercayaan yang bersabit dengan kedudukan ekonomi negara kita sekarang. Ini satu penjelasan yang saya minta supaya ini akan dapat menghapuskan kekaburan yang telah timbul di kalangan antarabangsa. Saya mengharapkan pihak kerajaan tidak akan memilih bulu dalam mengenakan hukuman-hukuman seperti mana yang tercatit dalam akta ini kepada pihak-pihak yang menyalahgunakan atau mempersalahkan kepercayaan-kepercayaan yang telah dianugerahkan dengan perlantikan­perlantikan untuk mengisi beberapa jawatan yang penting. Pada pandangan saya perlu diawasi dan tindakan-tindakan berpandukan kepada peraturan-peraturan yang ada mengenakan hukuman-hukuman yang tertentu amatlah bersesuaian jika pegawai-pegawai atau kakitangan yang diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan menyalahgunakan kuasa dari satu masa ke satu masa. Itulah sahaja perkara yang saya ingin menyarankan untuk mendapat penjelasan dan saya juga seperti rakan-rakan Yang Berhormat yang lain mengharapkan Danaharta yang baik ini akan mendapat kejayaan demi ke arah pemulihan keadaan kegsawatan ekonomi negara yang ada sekarang. Sekian terima kasih.

4.30 ptg.

Tuan Tee Thiong Hock: Terima kasih Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Pengurusan Danaharta Nasional Malaysia Berhad 1998 dan juga ambil bahagian dalam perbahasan

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang ini adalah untuk menubuh sebuah syarikat namanya Pengurusan Danaharta Nasional Berhad. Tujuannya ialah untuk pengurusan, perolehan, pembiayaan dan pelupusan aset dan tanggungan.

Tuan Yang di-Pertua, di bidang bisnes hartanah ini, yang berkaitan dengan Rang Undang-undang ini hanya ada dua parti. Pihak pertama ialah pemaju atau tuan punya aset. Pihak kedua ialah institusi kewangan kebanyakannya ialah bank-bank. Mereka bersama­sama jalankan bisnes untuk cari keuntungan. ltu sahaja. Tetapi oleh kerana konflik dan kelemahan mereka, institusi-institusi ini membebankan kerajaan dan rakyat. Itu pandangan saya. Oleh keranajum1ah dan bilangan NPL begitu besar jum1ahnya, kalau kerajaan tidak ambil tindakan untuk membantu mereka implikasi ekonomi boleh jadi - would be very very serious, dengan izin.

Di sini saya ingin minta penjelasan dari Kementerian Kewangan. Berapa industri ada berkaitan dengan harta dan hartanah dan berapa orang yang makan gaji dalam industri pembinaan dan perumahan dan hartanah ini.

Tuan Yang di-Pertua, tdi saya telah kata inilah masalah di hadapan kita adalah kerana dua parti. Pada masa ekonomi yang berkembang dengan begitu cepat, begitu hebat tak kurang dari 8% tiap-tiap tahun, pada masa itu pemaju-pemaju hila mereka tukar syarat, untuk kegunaan tanah, mereka tak buat lagi untuk 100 ekar, 1,000 ekar tapi mereka minta tukar syarat beribu-ribu ekar, melebihi dari 10,000 ekar pun ada. Bila mereka buat pembinaan, mereka tak buat sahaja 500 unit, tapi beribu-ribu unit. Tak kira apa jenis. Bila mereka membuat pusat beli belah, iaitu shopping complex, mereka kata berapa juta kaki persegi.

26 DN.4.8.1998

TuanYang di-Pertua, narnpaknya ini ada satu pertandingan di antara syarikat­syarikat pemaju, pada masa empat, lima tahun yang telah lepas, mereka hanya suka apa yang besar, giant, mega. Adakah ini satu perlawanan ego ataupun untuk mencari keuntungan untuk satu nafsu yang tidak dapat dipenuhi? Saya rasa, ini adalah satu perkataan yang boleh describe iaitu greed, tamak, cukup tamak. Tetapi sekarang musical chair itu sudah berhenti. Pembeli baru pun tak datang lagi.

TuanYang di-Pertua, saya ingin tanya di sini berapakah banyaknya atau nilai harta dan hartanah yang ada di pasaran sekarang yang tak laku pada tahun ini, 1997, 1996 dan 1995, kerana selalunya sesuatu proses pemajuan atau development memakan masa tiga, empat tahun. Jadi kita patutlah boat satu kiraan.

Selain dari pemaju, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan sedikit berkenaan sikap bank-bank. Bank-bank pada masa yang lepas empat, lima tahun yang saya katakan tadi itu hanya saya boleh sifatkan bank-bank curahkan minyak ke dalarn api. The bank pour oil to the fire. The fire of creak, dengan izin. Pada tahun 80 an bank-bank kalau ada tanah akan pinjarn, have land will lend. Tapi pada tahun 90 an bank kalau ada projek will lend, have project will lend Tanah dan projek penilaian tak serupa. Penilaian tanah,saya ikutlah pakar-pakar yang kata, penilaian seekar tanah itu kalau dibandingkan dengan nilai projek, selalunya ada melebihi nilai tanah 20 kali ganda. Jadi hila tuan tanah yang mahu buat projek itu dia bawa projek untuk pinjarnan wang, tentulah dapat bilangan yang cukup besar.

TuanYang di-Pertua, jadi kita patut kaji cara bank macarn mana mereka meminjarn wang. Adakah mereka meminjarn wang sahaja ikut valuation iaitu penilaian atau ikutfeasibility atau viability. Feasibility di atas paper memang senang di boat, tapi viability di atas tanah is not that easy, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini bank menghadapi masalah NPL. Tetapi kalau ikut cara yang biasa, dia ada avenue, dia ada jalan, bank boleh arnbil tindakan dengan prosedur dan langkah yang sedia ada. Adakah kerana bilangan NPL yang begitu besar, begitu banyak, bank tak dapat mengarnbil tindakan dengan cara biasa. Ini saya mahu tanya, hari ini di depan Dewan yang mulia ini, isunya ialah NPL. NPL sebenamya adalah isu bank. Kalau kita kena pump in dengan izin, lebih kurang RM 20 billion atau pun RM 25 billion.

Saya ingin bertanya kementerian kalau bon ini dianggap sebagai satu pinjarnan as a public debt, pada puratanya, saya kena tanggung berapa? I think is a big figure. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 85, 86 negara kita juga menghadapi juga recession pada masa itu juga ada masalah berkenaan dengan harta dan hartanah, tetapi pada masa itu kita bela jar juga. Kalau tak salah sangka saya oleh kerana masalah yang kita hadapi pada masa itu, kerajaan menubuhkan satu akaun untuk menjarninkan buyers interest, dengan izin, housing developer account. Saya ingin bertanya di sini adakah housing developer account ini berkesan pada waktu sekarang? Saya juga ingin bertanya di sini kebanyakan NPL ini yang berkaitan dengan harta dan hartanah, adakah ini berkaitan dengan macarn mana break down NPL ini dalarn proportion, dengan izin pejabat pemiagaan, resort, golf dan berapa peratus ada berkaitan dengan perumahan, khasnya kondominium.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bukan semua bank yang menjadi culprint kali ini, juga bukan semua syarikat pemaju yangjadi culprint kali ini. Di antara bank-bank, di antara pemaju-pemaju ada juga yang cukup sihat, bila kita baca laporan tahunan syarikat­syarikat itu kita narnpak syarikat-syarikat itu masih lagi ada keuntungan. Jadi di negara kita sekarang juga ada pemaju yang boleh dapat mereka menentang kemerosotan ekonomi ini dan juga ada bank-bank yang dapat berbuat demikian. Adakah syarikat-syarikat

DN.4.8.1998 27

pemaju dan bank-bank yang jadi masalah hari ini akan belajar cara-cara kejayaan syarikat­syarikat pemaju dan bank-bank yang saya sebut tadi. Yang saya takut pada amnya we never learn, Tuan Yang di-Pertua, kerana apa yang saya nampak tahun 1984, 1985 dan 1986, dan hari ini lebih kurang kalau mereka telah belajar philosophy itu tentulah masalah hari ini would not be that scale.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bercakap sedikit berkenaan dengan Pengurusan Danaharta iaitu Fasal 5(1) dan juga Fasal 23. Nampaknya di dalam Lembaga Pengarah itu tadi berapa orang Yang Berhormat telah pun cakap berkenaan kita patut ambil orang yang have a good standard and good experience, dengan izin. Jadi saya hanya ingin sentuh sahaja iaitu Pengarah Eksekutif, jawatan Pengarah Eksekutif itu kalau tak salah ialah Managing Director ataupun Ketua Eksekutif. Itu nampaknya the key person untuk Danaharta ini. Saya rasa kerana Danaharta ini jumlah wang yang akan diuruskan bukan RM2 juta, RM5 juta, RM20 juta RM200 juta tetapi RM20 billion, RM25 bilion, jadi kalau jawatan ini di 'offer to me I also dare not think'.

Tuan Yang di-Pertua, saya cakap benar-benar, pengalaman saya di bidang politik, di bidang business kalaulah siapa yang beri satu jawatan saya berani sahaja menguruskan wang RM5 juta sahaja maksimum. Jadi kerana ini jumlah wang yang kita akan menjalankan business ini begitu besar, saya haraplah kerajaan dapat dengan cara meneliti consider background candidate, pengalaman yang mana kalau boleh umurnya tentulah mahu tinggi sedikit, kerana umur adalah satu ukuran bukan sahaja pengalaman dan pendidikan, umur adalah satu ukuran business expertise juga dan kerana key post.

Lagi satu Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan Fasal 23 iaitu Pentadbir Khas, Pentadbir Khas ini selalunya kalau tak salah, saya baca saya boleh gunakan perkataan seperti 'doctor coprate', tetapi 'doctor coprate' selalunya take over, dia bukan mengurus, dia suka-suka sahaja cepat habiskan kerja, dia cuai sahajalah. Jadi perkara yang di hadapan kita ini, nampaknya sebagai satu perkara yang macam kita patut buat satu bypass, bypass untuk kita punya jantung, jadi we need the surgeon, dengan izin, somebody really know the job. Jadi memang ini susah mahu carl, saya harap kementerian dapat give attention, dengan izin, dengan teliti.

Tuan Yang di-Pertua, lagi satu ialah berkenaan pemerolehan dan cara memilih harta iaitu kriteria-kriteria dan juga kerana saya nampak dari akta ini sesuatu penjualan dapat dijalankan di antara dua party yang saya katakan itu iaitu bank dan Danaharta di antara mereka dapat satu persetujuan kalau tak salah saya. Jadi ada provision untuk valuation dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap mengikut pengalaman saya ada projek-projek yang tidak boleh kita harap boleh bemafas lagi, is totaly dead - not possible, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, ada yang boleh, ada yang tak boleh. Jadi kerana ini adalah wang, ada dari bon dan kiranya ada satu public debt saya harap bila kita memilih harta untuk diterima dan di bawah Pengurusan Danaharta ini kementerian dapat menjaminkan hanya harta sahaja yang ada yang boleh kita pulihkan dipilih, apa yang telah beyond rescue or beyond recitation, dengan izin, saya haraplah kita biarkan sahaja kerana di dalam formula ini di sebelah kanan ada pemaju, di sebelah kiri bank. Mereka bersama-sama carl keuntungan, mereka bersama-sama tanggung apa-apa risiko juga, itu pandangan saya.

Tuan Yang di-Pertua, kalau RM25 bilion- the figure frighten me, RM20 bilion itu dapat kita uruskan with great care dan tidak terima semua harta yang bank mahu syarikat ini terimanya, memang kita ada dana atau wang yang berlebihan kita boleh buat projek­projek lain yang akan mendatangkan faedah keuntungan untuk rakyat, seperti infrastructure dan expansion board dan lain-lain.

28 DN.4.8.1998

Tuan Yang di-Pertua, lagi satu ialah bila syarikat ini mengambil harta dari bank dengan persetujuan, ada satu kos implikasi, iaitu ada satu holding cost, jadi tak mestinya kalau property kita hold itu, appreciate kita akan untung kerana holding cost selalunya melebihi apa-apa appreciation, kalau hartanah itu tidak ada satu hartanah yang selalunya disebut 'is a good project'. Dengan itulah saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, dan merakamkan sokongan ke atas Rang Undang-undang ini.

Tuan Yang di Pertua: Yang Berhormat Dato' Chet Singh

4.50 ptg.

Dato' Chet Singh : Tuan Yang di Pertua, terima kasih kerana diberi peluang untuk turut mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-Undang Pengurusan Danaharta Nasional Berhad.

Saya ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan, pemimpin Barisan Nasional atas inisiatif dan usaha gigih dalam menangani masalah hutang tidak dibayar institusi-institusi kewangan dengan menubuhkan sebuah syarikat Pengurusan Danaharta Nasional Berhad.

Saya menaruh penuh harapan bahawa dengan tertubuhnya Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, sedikit sebanyak masalah sistem pengurusan kewangan dalam menangani masalah hutang tidak dibayar institusi-institusi kewangan akan dapat diatasi dengan sebaik-baiknya dan sempurna serta licin.

Sehubungan dengan itu dalam menangani masalah ini kerajaan juga harus menitikberatkan usaha-usaha tertentu dengan mengambil langkah-langkah wajar agar masalah liquidity ini diselesaikan. Institusi-instiusi kewangan juga harus menanggung sedikit sebanyak beban berkenaan dan seterusnya mengambil tindakan untuk, dengan izin, recapitalised apabila hutang tidak dibayar itu diserahkan kelak kepada Danaharta Nasional Berhad. Institusi-institusi kewangan harus bergiat dalam pemiagaannya, iaitu memberi pinjaman. Dengan demikian ianya akan menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi dan bukannya kini tertumpu kepada bagaimana mendapat balik pinjaman. Kerajaan perlu memastikan bahawa apabila Danaharta Nasional Berhad mengambil alih hutang tidak dibayar, institusi-institusi kewangan perlu dan mesti memberi pinjaman tanpa keadaan di mana syarat-syaratnya begitu dan terlalu ketat sehingga susahnya galakan ekonomi secara langsung telah dimatikan.

Tuan Yang di Pertua, pada masa kini adalah penting untuk kerajaan supaya menggalakkan keyakinan dan kepercayaan penuh di kalangan masyarakat Malaysia terhadap tindakan-tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara kita. Kejayaan kita yang silam memberikan kita keyakinan tetapi kita harus sedar bahawa kita perlu bekerja keras menjadi Iebih berdisiplin dan sedia berkorban. Kita akan perlukan satu usaha yang menyeluruh daripada kerajaan, sektor swasta dan rakyat. Usaha kita hendaklah disatukan. Kita tidak boleh membazirkan sumber-sumber kita. Jika kita yakin bahawa tempat tujuan kita adalah milik bersama, maka kita hendaklah berkerja sebagai satu negara.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus sedar bahawa akan menghadapi tekanan luar daripada negara-negara maju, dan boleh juga daripada negara jiran. Mujurlah perkara ini tidak baru kepada Malaysia oleh kerana kita sudah pun menghadapi sebahagian daripada tekanan ini. Walau bagaimanapun, kita haruslah bersedia menempuh perjalanan yang lebih sukar dan persaingan yang lebih hebat. Kita hendaklah menetapkan matlamat kita dan kini memandang ke hadapan dengan keazaman politik dan keiltizaman yang Iebih

DN.4.8.1998 29

dengan satu sistem penyampaian yang berkesan lagi cekap dan dengan sokongan penyertaan aktif daripada rakyat.

Tuan Yang di Pertua, masa sekarang maklumat-maklumat adalah penting dan saya ingin bertanya sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan dapat memberi anggaran tentang jumlah pinjaman yang tidak berjaya iaitu dengan izin, non­performing loan. Maklumat ini amat penting kerana ini akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang masalah kewangan yang negara kini hadapi.

Saya juga ingin bertanya rasional dan faktor-faktor yang diambil kira dalam memutuskan jangka masa untuk menentukan sama ada pinjaman itu NPL atau tidak. Oleh kerana jangka masa tiga bulan yang digunakan untuk menentukan NPL itu amat ketat dan telah membawa masalah serta menurunkan rating bank-bank di Malaysia. Jadi saya ingin bertanya sama ada kerajaan berhasrat mengalih balik ke jangka masa enam bulan seperti yang diamali dahulu. Berkaitan dengan maklumat-maklumat seperti mana yang dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan semasa membentangkan rang undang-undang ini di Dewan Rakyat unjuran pertubuhan negara telah juga disemak semula dengan kadar yang agak merunsingkan iaitu dengan izin - 1% atau -2% bagi tahun ini.

Dalam pada itu, institusi-institusi kewangan memerlukan tambah modal, dengan izin, recapitalization dalam lingkungan RM16 bilion. Sementara itu, defisit Belanjawan negara dijangkakan. Maklumat-maklumat ini amat mengejutkan kita semua. Namun saya yakin dengan semangat gigih dan usaha bersepadu serta sokongan rakyat jelata, kerajaan tentu akan dapat mengatasi kegawatan ekonomi negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong supaya Danaharta Nasional Berhad diberi kuasa-kuasa tertentu agar ianya dapat beroperasi serta bertindak dengan cekap, cepat dan berkesan. Saya harap kerajaan perlu memastikan tindakan Danaharta Nasional Berhad telus kerana segala pinjaman yang akan dibuat oleh Danaharta Nasional Berhad mahupun melalui terbitan bon ataupun sebagainya adalah dijamin oleh kerajaan. Tambahan pula Danaharta Nasional Berhad adalah dikecualikan dari Akta Pemberi Pinjaman Wang Tahun 1951 serta seksyen 132G Akta Syarikat Tahun 1965. Saya yakin dengan kawal selia oleh sebuah Jawatankuasa Selia yang dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, Danaharta Nasional Berhad tidak akan menimbulkan sebarang syak prasangka ataupun penyelewengan dalam operasinya.

Dalam hubungan ini, saya harap kerajaan dapat memberi jaminan Danaharta Nasional Berhad akan dapat menjalankan operasinya dengan memberangsangkan tanpa menimbulkan masalah kelak dan dengan tujuan "interest of the nation must prevail", dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu, saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas langkah sedemikian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajah Mastika.

5.02 ptg.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Saya bangun untuk turut mengambil bahagian dalam membahaskan bil yang amat penting dalam situasi masa kini, iaitu Rang Undang-undang Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998. Pembentangan bil ini agak luar biasa daripada bil-bil yang lain kerana ia diwujudkan berdasarkan keperluan semasa dalam keadaan yang luar biasa akibat

30 DN.4.8.1998

daripada keme1esetan ekonomi basil daripada spekulasi sistem kewangan yang menimpa Asia baru-baru ini.

Bil yang dibentangkan memberi implikasi kewangan yang akan dijamin oleh kerajaan bemilai RM25 bilion. Angka ini adalah angka yang besar dan jaminan kerajaan merupakan tanggungan ataupun guarantor, dengan izin, oleh negara. Dengan kata lain juga adalah tanggungan rakyat Malaysia.

Menyedari betapa besarnya implikasi ke atas bill Danaharta Nasional Berhad ini saya berpendapat bill ini perlu diteliti, dihalusi dan dikaji secara mendalam, diteropong dan disuluh dari setiap sudut agar keputusan yang kita buat pada hari ini tidak menjadi bebanan dan juga kerosakan kepada generasi di hari esok. Sebaik-baiknya biarlah keputusan getir yang kita laksanakan hari ini akan menjadi sejarah kenang-kenangan keupayaan kita melahirkan satu tindakan menyelamat ekonomi negara untuk genarasi yang akan datang sebagai salah satu landasan untuk mereka merealisasikan Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum meneruskan ucapan, amat !alai saya jika tidak merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kewangan yang begitu prihatin dan bertindak pantas mencari formula untuk menggerak ataupun untuk generate dan memacu ekonomi supaya kembali berkembang untuk dapat mewujudkan kemakmuran kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut faham saya melalui penjelasan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, semasa membentangkan bil pada petang semalam, penubuhan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 bertujuan untuk menguruskan NPL dan harta syarikat yang menghadapi kegawatan ekonomi. Peningkatan NPL dalam syarikat di Malaysia memberi implikasi yang jelas kepada dua faktor, iaitu pemiagaan syarikat merosot sehingga tidak mampu membayar kredit mengikut terma yang dipersetujui, dan yang kedua institusi yang memberi pinjaman jem, ataupun menghadapi masalah cashflow kerana siberhutang tidak menjelaskan pinjaman mereka. Ini mengakibatkan kredit dikekang secara ketat dan faedah mungkin meningkat, mengakibatkan pusingan dan gerakan ekonomi keseluruhan menjadi perlahan. Akibatnya kek ekonomi menjadi kecil maka KDNK dalam negara menguncup.

Gerakan spekulator wang baru-baru ini telah menjejaskan keadaan ekonomi negara-negara Asia dengan teruk. Mengikut bacaan saya, kajian semula unjuran penubuhan KDNK negara-negara Asia Timur telah pun mencatatkan di mana keseluruhan negara-negara di Asia menghadapi masalah, bukan sahaja di Malaysia, malah semua negara di Asia, seperti mana Hong Kong, unjuran pertama mereka KDNK berkembang pada 5.3%, tetapi sebenarnya menguncup kepada 3%; Cina- 8.8% kepada 8%, Jepun-1.1% kepada -1.5%; Taiwan - 6.9% kepada 5.5% dan 6% agak baik keadaan ekonomi di Taiwan; Korea- 5.5% kepada - 4%; Singapura kepada 4.8% kepada 0.5% hingga 1.5%; Filipina 3.8% kepada 2.5%; Thailand 0.4% kepada -4% sehingga -5.5%; Indonesia- 2% kepada -13%. Ini keadaan yang paling gawat di dalam Asia. Malaysia daripada 2% seperti mana disebut oleh rakan saya tadi kepada -1% hingga -2%.

Ini merupakan pengalaman kita menghadapi keadaan KDNK yang negatif sejak daripada 13 yang lalu, inilah kali pertama kita menghadapi keadaan yang negatif. Keadaan ini perlu diatasi. Tidak dapat dinaflkan stimulasi ekonomi mempunyai kaitan yang rapat di antara pengusaha dan pemberi modal, iaitu institusi kewangan. Kerana dalam banyak keadaan pengusaha mempunyai idea, projek dan produk. lnstitusi kewangan sebagai punca dana untuk membiayai pengusaha bagi merealisasikan impiannya. Usaha sama ini akan menghasilkan peluang kerja kepada rakyat. Inilah yang ingin kita selamatkan, saya kira, Tuan Yang di-Pertua, keuntungan untuk pengusaha itu sendiri dan pemberi modal juga

----------------------------------------·----- ·--

DN.4.8.1998 31

mendapat sebahagian daripada keuntungan. Malah kerajaan mendapat pendapatan dalam bentuk cukai yang dipungut dan cukai-cukai ini akhirnya diagihkan kembali kepada rakyat melalui pelbagai program. Jika keadaan yang berlaku sekarang ini di mana pihak-pihak bank menghadapi masalah mereka dalam memberikan kredit kepada pemohon-pemohon baru dan mereka yang telah pun mendapat pinjaman tidak dapat menjalankan pemiagaan mereka, maka berertilah bahawa keuntungan yang bakal dijana oleh negara akan berkurangan kerana cukai yang akan didapati oleh negara akan berkurangan. Begitu juga dengan keuntungan yang dibuat oleh syarikat-syarikat yang sebelum ini telah pun membantu negara dalam kita mengembangkan kek ekonomi negara.

Melihat kepada kaitan tersebut, maka Iangkah kerajaan mewujudkan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 sebagai usaha mengatasi cashflow perekonomian seluruh negara secara amnya bagi menggerak dan memacu gerakan ekonominya agar tidak terhenti akibat NPL yang tinggi.

Mengikut rekod yang saya baca, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat daripada Asiaweek 31 Julai 1998, tajuknya menyebutkan "The State of Play- How East Asia is Tackling Banking ills". Kita dapati bahawa disebutkan di sini empat buah negara yang disebutkan, saya kira ada lagi negara-negara lain yang tidak dicatatkan di sini menghadapi masalah. Di Indonesia masalah mereka begitu meruncing - 75% daripada total outstanding landing akan berlaku sehingga akhir tahun 1999 dan recapitalization sebanyak RM35 bilion dan daripada laporan ini menyebutkan bahawa bank restructure agency yang ditubuhkan hanya mampu mengambil alih 24 buah bank dan mengawal selia 21 buah lagi sedangkan 175 bank di Indonesia dijangka akan ditutup dalam jangka masa tiga tahun lagi. Keadaan ini dapat kita bayangkan dan kita bandingkan dengan apa yang berlaku di negara kita. Alhamdulillah, di negara kita keadaan tidak segawat sebagaimana di Indonesia.

Di Jepun, problem loans sebanyak 15% dan recapitalization sebanyak RM200 bilion. Walaupun Jepun pada suatu ketika pemah menjadi sebuah negara yang begitu maju dalam bidang pemiagaan tetapi hari ini Jepun menghadapi keadaan kemelesetan yang Iebih gawat lagi daripada apa yang kita hadapi di negara kita. Mengikut kajian yang dibuat oleh Spencer Stuart iaitu Excutive Search Firm mendapati bahawa di Jepun tidak ada syarikat yang dijangka pulih dalam jangka masa setahun. 40% syarikat dijangka akan pulih dalam masa dua tahun dan 60% dijangka akan pulih lebih daripada jangka masa tiga tahun sedangkan di Malaysia yang mana pada hari ini kita menghadapi problem loan sebanyak 30% sehingga akhir tahun 2000 - saya tidak tahulah mungkin angka ini tepat atau tidak, Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti dapat menjelaskan kerana ini bacaan saya daripadaAsiaweek dan recapitalization sebanyak RM15 bilion- ada rakan-rakan menyebut tadi RM20 bilion. Kita dapati bahawa keadaan di Malaysia daripada kajian yang dibuat didapati bahawa 4% syarikat di Malaysia yang bermasalah akan pulih dalam masa setahun. 63% akan pulih dalam masa dua tahun dan cuma 33% yang dijangka akan masih menghadapi masalah selepas melebihi masa dua tahun. Dari angka-angka ini daripada apa yang saya lihat- saya ingin menyebutkan juga, Tuan Yang di-Pertua, di South Korea, problem loan 30% pada akhir tahun 1999 dan recapitalization sebanyak RM50 bilion dan kita dapati di Korea mereka tidak cukup modal untuk membantu dan memulihkan keadaan ekonomi syarikat mereka. Kita bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana keadaan di negara kita walaupun kita merasakan begitu gawat tetapi keadaannya tidaklah segawat negara­negara jiran dan juga negara-negara yang telah pun maju dalam bidang pemiagaan dan juga perindustrian.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebutkan dalam Dewan ini sebagai bahan rujukan dan bahan pemikiran kita bahawa bank-bank di Thailand sekarang ini, kesemua bank mengikut laporan di sini menghadapi kerugian. Kita berharap di dalam

32 DN.4.8.1998

Dewan yang mulia ini sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat rakan saya kelmarin, kita tidak tabu bagaimana keadaan bank di Malaysia, kita harap pihak kementerian dapat memaklurnkan kepada kita. Saya ingin memak1umkan melalui apa yang disebutkan daripada laporan Asiaweek bank di Thailand - Bangkok Bank yang dahulunya, pada tahun 1997 untung sebanyak RM134.3 milion sekarang rugi RM391.5 milion dan saya tidak hendak membaca semuanya tetapi semua bank di Thailand menghadapi kerugian fenomena ini di mana sebagaimana yang saya sebutkan tadi kegiatan ekonomi kita bergantung kepada pengusaha dan dapat diusahakan ataupun dapat dimajukan dengan adanya modal yang diberi pinjam oleh institusi kewangan. Institusi kewangan adalah merupakan satu sumber yang penting di mana kekukuhan dan keupayaan mereka di dalam pemiagaan mereka sebenamya adalah sebagai satu sumber untuk menentukan perkembangan ekonomi dalam negara.

Tuan Yang di-Pertua, dana yang terkurnpul yang dicadangkan di bawah pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 yang dijamin oleh kerajaan akan digunakan untuk melepaskan institusi kewangan daripada belenggu NPL dan dalam masa yang sama Danaharta yang berkenaan juga akan digunakan untuk menguruskan harta-harta syarikat yang bermasalah. Tugas ini adalah merupakan tugas yang amat berat, mencabar dan penuh risiko dan permasalahan. Pada pemahaman saya, ringkasnya, penubuhan Danaharta Nasional Berhad ini adalah memindahkan masalah yang sedia ada daripada pihak-pihak institusi kewangan, pihak pengusaha syarikat dan sebagainya kepada satu pihak yang mana kerajaan mengambil tanggungjawab sepenuhnya menjamin usaha-usaha membaik pulih dan dalam masa yang sama mewujudkan suasana ekonomi yang dinamik yang membolehkan ekonomi terns berkembang.

Tuan Yang di-Pertua, demikianlah getimya pengalaman yang kita lalui dan kerajaan tidak ada pilihan melainkan memikul tanggungjawab ini dan dengan doa dan harapan daripada seluruh rakyat Malaysia agar usaha-usaha ini akan berhasil. Kita bersyukur kerana Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mempunyai keupayaan melahirkan program yang bemas dan bertanggungjawab. Saya amat kesal dengan sikap setengah rakyat terutamanya pemimpin pembangkang yang mengeksploitasikan keadaan ekonomi yang menimpa negara. Mereka membutakan mata, memekakkan telinga dan melemparkan tohmahan kepada kerajaan seolah-olah kerajaan bertanggungjawab kepada perkara-perkara yang berlaku sedangkan semasa kerajaan bertungkus-lurnus berusaha untuk memulihkan keadaan, PAS dan pihak pembangkang yang lain menangguk di air yang keruh, memutarbelitkan isu kegawatan ekonomi dan mereka berpesta di atas kesusahan dan juga serangan ekonomi yang dicipta oleh Barat yang sedang dihadapi oleh rakyat dan negara.

Di kampung-kampung, di luar bandar berhadapan dengan rakyat mereka mengapi-apikan perasaan rakyat agar menentang kerajaan dengan memberi gambaran bahawa kerajaan adalah penyebab kepada keadaan yang dihadapi. Apakah mereka sedar perbuatan mereka ini seolah-olah memberi ruang kepada pihak luar untuk tidak menghormati negara. Apakah benar mereka boleh menegakkan Islam di atas kelemahan urnat Islam yang lain atau usaha mereka sekadar merebut seteguk air untuk menghilangkan dahaga semasa sehingga memecahkan sekedi air yang boleh menghilangkan dahaga semua urnat dalam masa yang panjang. Saya berharap pihak pembangkang fikirlah sedalam­dalamnya dan seikhlas-ikhlasnya kepada diri sendiri dan tanyalah apakah perjuangan mereka sebenamya.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengulas dengan panjang Iebar rasionalnya saya menyokong penubuhan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998. Saya ingin mengulangi telahan saya bahawa kerajaan mempunyai sikap yang ikhlas, bertanggungjawab, sanggup memikul bebanan yang berat. Saya bersetuju apa yang

DN.4.8.1998 33

disebutkan oleh Yang Berhormat Dato' Tan yang menyebutkan beliau jika diberi peluang untuk menjadi sebagai Pengurus Eksekutif Syarikat Danaharta beliau tidak sanggup. Kerja ini, Tuan Yang di-Pertua, memang kerja yang amat payah. Kita bukan hendak menjalankan pemiagaan di dalam urus niaga yang maju tetapi kita hendak mengambil masalah-masalah. Kerajaan sanggup mengutip semua masalah yang ada dalam negara kita, kerajaan sanggup memikul tanggungjawab ini semata-mata untuk menentukan supaya ekonomi negara tidak akan menjadi sakit dengan terjangkitnya barah yang telah ada dalam ekonomi. Ini yang saya rasa dan saya flldrkan sedang dibuat oleh pihak kerajaan dan saya percaya tanggungjawab yang berat ini sanggup dipikul oleh kerajaan kerana kerajaan berhasrat dan bercita-cita dan telah pun membuktikan selama ini Kerajaan Barisan Nasional berusaha apa sahaja untuk rakyat mengecap kemakmuran melalui usaha-usaha yang telah dijalankan.

Oleh yang demikian, kita berharap pihak pengurusan Danaharta Nasional Berhad, jawatankuasa seliaan dan penasihat bebas perlulah mengikut lunas-lunas yang bersih dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Sebagai manusia biasa kita bersifat baharu dan tidak maksum dan tidak dapat lari daripada kelalaian dan kelemahan. Walaupun demikian, kita bersyukur kerana selama ini apa usaha-usaha yang telah pun dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional telah diberkati oleh Allah S.W.T. Saya tadi mendengar Yang Berhormat rakan saya menyebutkan apabila kita menghadapi kegetiran dan kegawatan ekonomi, barulah kita hendak kembali kepada Allah S.W.T. Saya sebagai pendokong Kerajaan Barisan Nasional merasakan bahawa setiap masa, setiap ketika sejak kita lepas merdeka, walaupun saya pada waktu itu masih kecil tetapi saya membaca kebanyakan saranan dan juga sikap kerajaan pada masa itu sehingga sekarang ini, Kerajaan Barisan Nasional yang bertulang belakangkan UMNO yang di dalam Perlembagaannya meletakkan Islam sebagai agama rasmi, kita sentiasa dekat dengan Allah swt., sentiasa berdoa dan sentiasa memohon keredhaan Allah swt. dalam segala apa jua usaha yang kita jalankan dalam negara kita yang tercinta. Demikian juga dengan rakan-rakan yang lain melalui agama, fahaman masing-masing juga mereka dekat dengan Tuhan mereka dan mereka juga berusaha mengikut lunas-lunas dan juga landasan-landasan yang terbaik untuk ummah kerana kita bekerja untuk kesejahteraan dan juga kebahagiaan umat di negara kita.

Untuk itu saya juga bersetuju dengan semua teguran rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang telah banyak memberi pandangan dan panduan. Tuan Yang di-Pertua, walaupun niat kerajaan ikhlas tetapi sekiranya pelaksanaan tidak dijalankan dengan baik maka kebaikan yang diharapkan tidak akan berhasil cuma dengan niat sahaja. Tambahan pula kerja yang berhadapan dengan kita mempunyai risiko yang tinggi, kita hams berhati­hati kerana di za.man yang ramai opportunist ini yang setengahnya berpegang kepada prinsip. Risiko yang tinggi biasanya membuahkan basil yang lumayan, maka ramailah yang akan cuba mengambil peluang daripada program yang diwujudkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita berharap dan juga memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak kerajaan dan juga Kementerian Kewangan untuk mereka menyelia, meneliti, memantau Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 ini dan kita berharap dengan niat yang jujur dan ikhlas ini kita akan dapat menggunakan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad ini sebagai satu elemen ataupun sebagai satu alat untuk kita mengatasi kegawatan yang sedang kita hadapi ini. Kita berharap lunas-lunas 'Bersih, Cekap dan Amanah' akan diamalkan oleh semua pihak yang terlibat dan juga kita mengamalkan sikap-sikap yang disebutkan oleh rakan-rakan saya tadi iaitu pengurusan yang sihat, telus dan teguh di atas akidah Islam dan moral yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Dato' Zuki, dia ada di sini - supaya kita mengelakkan semua red tape dan tindakan-

34 DN.4.8.1998

tindakan yang diambil untuk kita melaksanakan usaha-usaha untuk menyelamat, dapat dijalankan dengan segera. Kerana dalam perniagaan, masa begitu penting, kalau kita tidak dapat memenuhi hasrat kita untuk menyelamatkan keadaan ini dalam masa yang tepat kemungkinan walaupun usaha-usaha menyelamat ini dibuat tetapi dengan masa yang merupakan kos kepada perniagaan ia mungkin pula akan menjadi satu kos tanggungan kepada Danaharta sekiranya usaha-usaha ini dilewat-lewatkan.

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa kepercayaan yang penuh perlu diberi kepada pihak kerajaan. Sokongan yang penuh perlu diberi kepada pihak kerajaan, sambil kita memantau dan menentukan supaya arab tuju kita mencapai matlamat yang kita harapkan.

Yang ketiganya, Tuan Yang di-Pertua, saya berharap usaha-usaha pemilihan yang diberikan kepada institusi-institusi kewangan dan syarikat-syarikat hendaklah meliputi seluruh negara. Kita bimbang nanti ada orang yang jauh, macam saya jauh di Perlis ini, tetapi saya tidak ada syarikatlah- kalaulah ada pihak-pihak yang terlibat terlepas pandang. Biarlah pemberian ini dapat diagihkan menyeluruh ke seluruh negara supaya usaha-usaha menyelamat ini dapat dijalankan dengan seadil-adilnya kerana sikap kita yang adil akan diberkati oleh Allah S.W.T. Sikap kita yang zalim walaupun kita boleh melakukan apa saja tetapi kita harus ingat dan saya rasa tidak perlulah parti pembangkang mengingatkan saya, saya sendiri pun sebagai orang Islam, sebagai penyokong kerajaan, kita tabu Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Setiap yang baik kita lakukan, kita akan mendapat balasan yang baik sebagaimana kerajaan Barisan Nasional selama ini telah pun diberikan suasana, ruang dan juga keupayaan, kemampuan yang begitu baik daripada Allah S.W.T.

Satu perkara lagi, Tuan Yang di-Pertua, mengenai NPL ini kemungkinan ada di antara syarikat-syarikat yang terlibat ini mendapatkan pinjaman daripada pihak luar. Saya

· tidak tahulah sama ada Danaharta ini juga akan memberikan peluang ataupun akan mengambil kira institusi-institusi kewangan luar yang terlibat dengan peniaga-peniaga tempatan. Walau bagaimanapun jika kita memikirkan sebagaimana Soros. sanggup mengucar-ngacirkan ekonomi kita, saya merasakan bahawa keutamaan haruslah diberi kepada institusi kewangan dalam negara supaya dapat kita gunakan institusi-institusi kewangan ini untuk membantu kita menjana dan menggerakkan ekonomi kita.

Perkara yang keempat, Tuan Yang di-Pertua, saya meminta kepada pihak kerajaan semasa menentukan syarikat-syarikat yang akan dipilih dan juga institusi-institusi kewangan yang akan dibantu hendaklah diukur ketaatsetiaaan mereka kepada negara dan kerajaan. Mereka yang tidak mempunyai ketaatsetiaan kepada negara dan kerajaan, mereka yang sentiasa menikam kerajaan daripada belakang, saya flkir perlulah dilihat dan dinilai dengan lebih teliti sebelum permohonan mereka dapat dipertimbangkan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuaratj

Demikian juga syarikat-syarikat yang selama ini telah pun bersama-sama dengan kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan juga kepada rakyat haruslah mereka ini diberi keutamaan dalam pertimbangan pihak Pengurusan Danaharta Nasional Berhad.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kelima, kita terdiri daripada berbilang kaum-1969 detik hitam pernah berlaku di negara kita kerana pengagihan ekonomi yang tidak adil.. Usaha-usaha untuk kita menyelamatkan negara dengan penyusunan semula masyarakat dalam dasar ekonomi baru harus tidak dilupakan. Saya berserulah kepada pihak kementerian supaya menentukan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1999 supaya mereka mengambil kira agenda nasional negara iaitu pegangan bumiputera sebanyak 30% dalam 'kek' ekonomi negara. Sekarang ini saya kira pegangan ini telah

DN.4.8.1998 35

jauh merosot kerana keadaan kegawatan ekonomi tetapi usaha-usaha harus terns dijalankan untuk: menentuk:an supaya perpaduan kaum di negara kita akan dapat terns dikekalkan. Dengan itu kita harus melihat rinti4an-rintihan bumiputera yang kita beri galakan untuk mereka terlibat dalam IKS, sekarang ini mereka terkapai-kapai menunggu bantuan daripada pihak-pihak yang berwajib.

Perkara yang akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, mengenai sikap peniaga-peniaga di negara kita. Beberapa kali dalam penghujahan di Dewan ini saya telah menyatakan bahawa kadang-kadang hila melihat soal orang menyebutkan terlibat dalam perniagaan tetapi ada setengahnya tidak pun tahu berniaga, tidak ada pun pengeluaran, tidak ada produk, tidak tahu mengira kos pengeluaran tetapi kita lihat kereta mereka menjalar di jalan-jalan raya. Kita lihat ramai anak muda sekarang ini yang kononnya terlibat dalam bisnes tetapi tidak tahu apa itu erti bisnes dan ini berlaku, Tuan Yang di-Pertua, kerana banyak manipulasi yang berlaku apabila pinjaman dibuat, pinjaman bukanlah digunakan untuk menguruskan perniagaan malah dia ambil kesempatan untuk kegunaan-kegunaan yang lain.

Saya berharap kepada pihak kementerian dan juga seluruh rakyat Malaysia terntamanya rakyat bumiputera supaya mengambil pengalaman ini sebagai satu pengajaran. Kita berharap pihak kementerian dapat mengambil peluang ini untuk kita dapat menjana satu generasi peniaga yang mempunyai etika perniagaan. Melibatkan diri dalam perniagaan dan dapat mengembangkan diri mereka ataupun syarikat mereka dalam perniagaan dan pemiagaan itu digunakan sebagai satu usaha untuk meningkatkan ummah. Bukan adu semata-mata, ada pihak yang konon terlibat dalam perniagaan, ada duit dalam bank, belanja sesenang hati tetapi sebenarnya tidak pemah check banyak mana pinjaman yang kena bayar, banyak mana interest loan yang kena service dan sebagainya mengakibatkan apabila menghadapi kegawatan segala-galanya menjadi gawat.

Ini memang menjadi satu fenomena dalam masyarakat kita satu kesakitan sosial yang harus kita perbaiki jika kita ingin melihat rakyat di negara kita yang berbilang kaum ini, semua pihak dapat menggunakan peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk kita memajukan negara, memajukan diri, keluarga, malah memajukan negara kita dalam arena perdagangan dalam negeri dan juga perdagangan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, dengan enam saranan itu saya dengan penuh rasa terharu mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kementerian yang sanggup memikul tanggungjawab yang begini berat dan kita berdoa kepada Allah S.W.T. supaya usaha-usaha yang kita jalankan ini dan juga pertimbangan dan perbincangan yang diberikan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini tidak sia-sia supaya usaha-usaha ini dapat digunakan sebagai satu elemen untuk kita generate kembali ekonomi negara kita supaya cita-cita generasi yang kita lahirkan pada masa kini untuk mencapai Wawasan 2020 dapat dilaksanakan. Dengan harapan dan kata-kata itu saya turnt menyokong Rang Undang­undang Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998. Terima kasih.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Belum bercakap lagi?

5.30 ptg.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahas Rang Undang-undang Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah sangat penting dan menunjukkan betapa pandangan serius kerajaan dalam usaha memulihkan kegawatan

36 DN.4.8.1998

ekonomi yang melanda negara pada masa ini. Rang undang-undang ini mengandungi I 0 bahagian yang merangkumi 70 Fasal dan saya ucap tahniah kepada pihak kerajaan kerana menegaskan peruntukan khas ini adalah diperlukan demi kepentingan awam untuk membantu institusi kewangan dengan mengalihkan aset yang berkurangan nilainya untuk membantu sektor pemiagaan dengan berurusan secara segera dengan perusahaan­perusahaan yang mengalami masalah kewangan dan untuk menggalakkan pencergasan semula ekonomi negara dengan menyuntik kecairan ke dalam sistem kewangan dan matlamat sedemikian hendak dicapai melalui pemerolehan, pengurusan, pembiayaan dan pelupusan aset dan tanggungannya.

Tuan Yang di-Pertua, kita telah pertama kali mendengar pengumuman kerajaan menubuhkan MTEN yang Pengarah Eksekutifnya ialah Menteri Tugas-tugas K.has sekarang yang juga bekas Menteri Kewangan yang dilantik sebagai penasihat ekonomi negara kita. Kita berharap rakyat, terutamanya parti-parti politik pembangkang tidak menyalah tafsirkan tindakan kerajaan melantik Tun Daim sebagai Menteri Tugas-tugas K.has yang diberi peranan penting dalam usaha memulihkan ekonomi memandangkan kita juga ada Menteri Kewangan iaitu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya yakin penuh perlantikan ini tidak mempunyai satu niat politik ataupun sebagainya tetapi semata-mata memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam usaha memulihkan kegawatan ekonomi mengikut cara (style) kita sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, setelah kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan MTEN ini telah menubuhkan pula iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) dan PPEN ini mempunyai matlamat dan pelan tindakan iaitu menstabilkan nilai Ringgit, mengembalikan keyakinan pasaran, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan, memperkukuhkan asas-asas ekonomi, meneruskan agenda, ekuiti dan sosial ekonomi, memulihkan kembali sektor-sektor yang terjejas. Saya percaya pelan tindakan PPEN ini terutamanya bahagian yang akhir itu adalah mempunyai kaitan dengan Akta yang kita bahaskan di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh fasal-fasal yang bagi saya mungkin agak penting iaitu Bahagian III Fasal 9 yang berkaitan dengan pemerolehan modal syer oleh Menteri Kewangan, Bahagian V Fasal 13 hingga 20 iaitu 8 Fasal berkenaan dengan pemerolehan dan pelupusan oleh perbadanan dan Bahagian VI yang terdiri daripada 36 Fasal, Fasal 21 hingga 56 yang berkaitan dengan pengurusan aset dan tanggungan.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya pergi kepada Fasal-fasal yang saya sebutkan tadi secara umum, perbadanan ini iaitu Danaharta ini juga adalah diuruskan, ditadbirkan oleh Lembaga Pengarah Perbadanan yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan dan selepas itu Lembaga ini akan menubuhkan Jawatankuasa Selia yang akan terdiri daripada seorang wakil dari Kementerian Kewangan, seorang wakil Bank Negara dan seorang wakil Suruhanjaya Sekuriti.

Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang dibuat ini memanglah wajar dan kalau kita dengar salah seorang daripada wakil dari parti pembangkang dan sekarang ini tidak ada dalam Dewan yang pada peringkat awal semalam turut membahaskan iaitu mengatakan janganlah kita beri 'Robin Hood' dia kata kutip duit dari orang miskin dan beri kepada orang kaya, saya tidak tahulah falsafah mana parti pembangkang ini dapat, mungkin dia dapat ilham dari pemimpin-pemimpin parti pembangkang ini apabila buat ceramah-ceramah dia keluar kopiah dengan ketayap untuk hendak kutip duit daripada orang miskin, mungkin 'Robin Hood' yang macam inilah yang keadaan sekarang ini menjadi semakin gawat.

DN.4.8.1998 37

Tuan Yang di-Pertua, saya sama sekali tidak bersetuju dengan pandangan itu yang mengatakan yang mengaitkan cadangan pembentangan rang undang-undang ini bersangkut dengan cara 'Robin Hood' kutip wang daripada orang miskin untuk diberi kepada orang kaya. Seperti yang saya sebut tadi Akta ini telah memberi penekanan kepada pengurusannya, maknanya kerajaan begitu teliti sekali dan kita taholah dalam keadaan kegawatan ekonomi ini apabila timbul masalah yang berkaitan dengan ekonomi pada suatu masa dahulu semasa ekonomi kita baik ramai orang yang menjadi kaya raya menikmati segala kemudahan yang boleh mereka perolehi tetapi malangnya apabila negara mengalami kegawatan ekonomi orang-orang yang pada suatu masa dahulu mendapat nikmat, mendapat banyak kemudahan menjadi orang kaya, menjadi pengusaha, menjadi pengimport dan pengeksport tetapi orang-orang ini telah dapat dibuktikan tidak setia kepada negara ini dan ini perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan supaya mereka yang tidak kenang kepada jasa kerajaan dan juga kesetiaan kepada negara ini diambil tindakan yang sewajarnya supaya rakyat mempunyai keyakinan terhadap langkah-langkah yang diambil dan kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha membantu rakyat miskin di negara kita. Kita tabu sekarang ini keadaan kegawatan ini telah mula dapat dirasai oleh rakyat biasa di kampung-kampung sudah tentulah kegawatan ekonomi ini tidak begitu dirasai oleh mereka yang mengumpul harta pada masa keadaan ekonomi yang baik.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut tadi saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan berkenaan dengan Fasal 9 iaitu Sahagian III berkenaan dengan pemerolehan. Kita memang bersetuju dengan pandangan kerajaan iaitu kerajaan mewujudkan Akta ini supaya kerajaan boleh menjual dana-dana untuk mendapatkan modal-modal daripada dalam mahupun daripada Iuar. Tetapi saya ingin tabu sama ada dengan adanya Fasal ini kerajaan boleh dengan cara yang tertentu supaya wang yang disimpan di Iuar negara oleh rakyat negara kita ini dapat dibawa balik dahulu. Sekarang ini kerajaan telah memberi beberapa insentif dan juga kemudahan pengecualian cukai dan sebagainya tetapi mengikut pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri jumlah yang dibawa balik wang daripada penyimpan-penyimpan dalam negeri tidak menggalakkan berbanding dengan jumlah wang yang mereka simpan di luar negara dan ini sudah tentu melibatkan orang-orang yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan sendiri kita tidak kecuali dalam hal ini. Kerajaan hendaklah telus, kerajaan tidak boleh membuat pengumuman secara umum begitu sahaja kalau kita dapat kenai pasti pemimpin-pemimpin di negara kita juga ada wang di Iuar negara dan mereka ini tidak membawa balik wang itu, kita hendaklah dedahkan kepada rakyat supaya perkara ini dapat diketahui oleh rakyat.

Saya juga ingin menyeru kepada pihak kerajaan supaya menggunakan dana dalaman misalannya salah satu punca yang kita telah kenai pasti ialah dana yang ada pada Petronas kepada syarikat-syarikat yang mempunyai simpanan yang banyak malah daripada badan-badan amanah yang wujud di dalam negara ini seperti Tabung Haji, Amanah­amanah Saham, KWSP dan sebagainya dan ini adalah salah satu daripada sumbangan yang boleh kita perolehi untuk menjadi modal bagi dana ini. Dana ini saya percaya kita tidak perlu meragui lagi sebab diberi jaminan oleh pihak kerajaan, sudah tentu kalau kerajaan ini sudah tidak ada lagi di negara kita dengan kita sekalilah, dengan bank-bank tidak berfungsi lagi, sebab itu jaminan kerajaan adalah penting, siapa juga yang menjadi kerajaan perlu memberi jaminan kepada pengurusan dana ini.

Kemudian berkenaan dengan Fasal 4 iaitu pemulihan dan pelupusan oleh Perbadanan yang mana peranan ini sudah tentu Iebih diberi tanggungjawab kepada pihak yang saya sebut tadi iaitu Lembaga Pengarah Perbadanan, Jawatankuasa Selia, Pentadbir Khas dan juga Penasihat Bebas. Struktur pengurusan yang dibuat di bawah akta ini iaitu pengurusan dana ini oleh Lembaga Pengarah Perbadanan, Jawatankuasa Selia yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Perbadanan kemudian dia ada juga Pentadbir Khas. Saya

38 DN.4.8.1998

ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut berkenaan dengan tugas dan peranan Pentadbir Khas sebab mengikut di dalam akta ini, Pentadbir Khas ini dibayar elaun, dibayar elaun harian, dibayar imbuhan dan sebagainya.

Jadi kalau sekiranya Pentadbir Khas ini terdiri dari orang-orang yang sudah terlibat di dalam mana-mana institusi yang mendapat gaji dan berkhidmat di dalam Danaharta ini dan dibayar pula maka sudah tentulah kita mempunyai satu guide line, satu panduan supaya panduan, supaya orang yang diberi tugas mengurus Danaharta yang mempunyai syer, modal berbilion ringgit ini juga diberi satu tanggungjawab supaya tidak ada loophole yang dia boleh seleweng duit. Kita tabu sekarang ini kebanyakan punca­punca yang menyebabkan keadaan lebih gawat lagi ialah pengurusan pihak swasta dan termasuklah badan-badan kerajaan sendiri, banyak berlaku penyelewengan. Misalanya agensi-agensi kerajaan yang ditubuhkan di peringkat negeri, membelanjakan wang secara yang tidak ekonomi, secara yang agak membazir, apabila syarikat-syarikat ini rugi seolah­olah orang yang diberi tanggungjawab dilantik sebagai Lembaga Pengarah diberi tanggungjawab untuk mengurus itu boleh lepas dan tinggalkan badan-badan itu dalam keadaan yang merugikan. Selepas itu syarikat-syarikat ini pula ditutup dan hapus kira begitu sahaja. Tindakan ini sedikit sebanyaknya menimbulkan keraguan di pihak rakyat

Tuan Yang di-Pertua, sayajuga ingin mendapat penjelasan berkenaan fasal22(3);

"22(3) Orang-orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) boleh dibayar apa-apa honorarium dan e/aun perjalanan dan elaun sara hidup oleh Perbadanan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. "

ltu yang saya sebut tadi dan saya harap penjelasan yang lebih lanjut diberi berkenaan dengan jumlah amaun bayaran ini dianggap sebagai apa, adakah ditakluk di bawah satu peraturan tertentu.

Kemudian saya juga ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan berkenaan dengan fasal30.

"30 Pentadbir Khas hendaklah mempunyai kuasa yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. "

Oleh kerana saya tidak dapat cari Jadual Kedua di sini saya tidak tabu apakah bidang kuasa yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua itu.

Kemudian sayajuga ingin mendapat penjelasan berkenaan dengan fasal28 (4).

"28(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang sesuatu tindakan atau prosiding lain oleh mana-mana pihak kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan

"

Dato' Haji Mohd Zuki bin Kamaluddin: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, ada yang minta laluan.

Dato' Haji Mobd. Zuki bin Kamaluddin: Maaf. Saya mencadangkan pertanyaan tentang clause-clause ini patut dibuat dalam Jawatankuasa, mudah sikit pihak kerajaan menjawabnya. Tidak dalam ucapan ini.

Tuan Yang di-Pertua: Pendekkanlah.

Tuan Haji Abu Bakar bin Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua di atas pandangan sahabat saya tadi tetapi bagi saya, saya hendak kemukakan terus sebab saya

DN.4.8.1998 39

tidak mahu huang masa hendak tunggu peringkat Jawatankuasa pula dan sebagainya kalau tidak dihalang oleh peraturanlah. Kalau peraturan kata boleh, saya akan teruskan. Kalau peraturan kata kena bawa dalam mesyuarat peringkat Jawatankuasa, terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Peraturannya kalau sudah detail pada satu bahagian itu, lebih baik dibawa ke Jawatankuasalah.

Tuan Haji Abu Bakar bin Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kalau begitu saya akan teruskan pandangan saya secara umum. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhajat untuk mengambil masa panjang dalam membahaskan rang undang-undang ini kerana ramai sahabat saya yang terdahulu telah menyentuh berkenaan dengan banyak hal. Saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa pembentangan Rang Undang-undang Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 ini adalah bukti Kerajaan Barisan Nasional begitu bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi. Kita perlu memberi keyakinan kepada pihak kerajaan, kita tidak perlu meragui apa yang kerajaan buat sekarang ini. Lebih-lebih lagi parti pembangkanglah, kalau mereka dapat nikmati keadaan yang sekarang ini agak terjamin dan tenteram berbanding dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan lain-lain sebagainya maka tidak syak lagi mereka hams memberi sokongan dan saya percaya sahabat-sahabat saya daripada parti pembangkang sekurang-kurangnya menyokong rang undang-undang ini. Berilah kepercayaan kepada pihak kerajaan, yakinlah kalau sekiranya tindakan-tindakan yang dibuat ini mendapat sokongan semua pihak, termasuk parti pembangkang, insya-Allah kerajaan akan berjaya bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi yang dialami oleh negara sekarang. Dengan kata-kata itu saya menyokong rang undang-undang Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Oh, ada lagi. Maaftidak nampak. Ya, Datuk Haji Abdul Majid.

5.45 ptg.

Datuk Haji Abd. Majid bin Haji Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengambil peluang membahaskan Rang Undang-undang Danaharta. Ramai kawan telah pun memberikan pandangan dan penjelasan yang begitu baik sekali. Maka saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah menggubal undang-undang ini dengan begitu baik sekali.

Tetapi saya hendak mengingatkan supaya untuk penjelasan dan keyakinan kepada rakyat, kepada orang ramai pada keseluruhannya sepatutnya hendaklah memberikan taklimat kepada semua badan/pihak di seluruh negara supaya tidak diragukan oleh orang ramai dapat berjalan dengan baik perkara tersebut. Saya terbaca dalam akhbar, penggubalan undang-undang yang telah diambil kira berbagai 'import' termasuk contoh yang terdapat terdahulu termasuk dari Amerika, United Kingdom dan Australia. Jadi pada pandangan saya, sekalipun kita mengambil contoh daripada barat sama ada Amerika ataupun Australia kita hendaklah juga cara kita, cara kebudayaan kita. Kita tidak terpengaruh sangat dengan cara yang dijalankan oleh barat. Kalau boleh sebagaimana yang dijalankan Bank Islam. Saya hendak tahu daripada Timbalan Menteri Kewangan, Danaharta ini ada mengambil contoh atau perjalanan operasinya membuat cara-cara Bank Islam

40 DN.4.8.1998

Jadi kalau boleh kita selaraskan yang sedemikian supaya keyakinan kepada keseluruhannya. Sekarang ini Bank Islam juga bukan sahaja digunakan oleh orang Islam bahkan bukan Islam juga. Kalau kita tinjau lebih ramai orang bukan Islam menggunakan Bank Islam. Jadi apakah salahnya kalau kita mengambil contoh dan garis panduan yang serupa itu. Satu perkara lagi, Danaharta ini ia boleh melantik pentadbiran khas untuk menguruskan pengambilalihan pinjaman ataupun aset.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pelantikan sebagaimana yang disuarakan oleh rakan-rakan saya hendaklah betul-betul, benar-benar kita melantik kepada orang yang kena pada tempatnya, yang berpengalaman ataupun yang tidak melakukan penyelewengan, bagaimana berlaku sebelum ini, banyak bank yang kita tabu, banyak berlaku penyelewengan di mana berjuta-juta wang rakyat, wang bank ini lesap begitu sahaja. Saya teringat lagi kata orang tua-tua "Pilih-pilih tempat bermandi, pertamanya teluk, keduanya pantai, pilih-pilih tempat menjadi, pertama yang elok, kedua yang pandai." Jadi pilih yang elok, bukan kita pilih yang pandai. Kerana kita tabu kalau kita pilih yang pandai, belum tentu lagi dapat menguruskan dengan baik, kalau kita pilih elok dan pandai itu kita yakin boleh melakukan yang baik. Sebab itu pegangan itu hendak juga kita ambil kira supaya kita pilih yang elok, bukan kita pilih yang pandai. Pandai macam-macam boleh berlaku, pandai putar belit, pandai pusing, pandai memperdayakan hal-hal. Jadi saya fikir kita tidak ada masa, saya setakat itu sahaja. Saya menyokong penuhlah rang undang-undang tersebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, sahabat-sahabat saya yang telah bangun membahaskan Rang Undang-undang, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dengan memberi berbagai pandangan dan kritikan yang sungguh membina.

Sejumlah 14 orang Ahli Yang Berhormat yang telah bercakap semalam sehingga ke hari ini dan kebanyakannya telah memberi sokongan, boleh dikatakan semua memberi sokongan dan ada yang memberi cadangan-cadangan tertentu dan saya pasti pihak kerajaan akan mengambil note mengenai cadangan-cadangan yang baik ini.

Saya akan cuba menjawab seberapa yang boleh ke atas soalan-soalan yang diajukan oleh Ahli Yang Berhormat. Cuma sebelum saya menjawab soalan-soalan dan juga isu-isu yang dibangkitkan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menyatakan di sini bahawa saya telah mendapati ada sedikit salah tanggapan ke atas penubuhan Danaharta ini iaitu pertama, saya ingin mengulang balik, Syarikat Danaharta Nasional Berhad ini ditubuhkan semata-mata untuk dengan tujuan membantu meningkatkan kecairan bank dan justeru itu memperkuatkan sistam perbankan negara yang menjadi nadi kewangan kita. Cara untuk meningkatkan kecairan bank ini ialah satu daripadanya ialah mengambil alih Non-Performing Loan ini daripada bank-bank itu dan ini akan memerdekakan bank-bank itu daripada beban menguruskan segala aset-aset yang menjadi sandaran kepada pinjaman yang tidak berbayar.

Jadi di sini perlulah kita memahami bahawa BPL hutang yang tidak berbayar bukan bererti kerugian sebab NPL hanya hutang yang tertangguh dan apabila hutang ini diuruskan dengan baik ianya akan didapatkan balik dengan pulangan-pulangan daripada faedah. Jadi Danaharta ditubuhkan ialah untuk primarily, dengan izin, Tuan Yang di­Pertua, untuk meningkatkan kecairan bank.

Apa yang berlaku ke atas syarikat-syarikat yang mana terlibat dengan NPL adalah incidental iaitu segala NPL itu diambil oleh Danaharta daripada bank dan apa yang perlu

DN.4.8.1998 41

dibuat oleh bank itulah yang akan dilakukan oleh Danaharta dari segi pengurusan. Saya juga ingin menyatakan sekali lagi, Tuan Yang di-Pertua, ialah mengenai dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tee Thiong Hock mengenai mungkin salah tanggapan di sini, kita hanya mengambil NPL daripada bank dan Institusi-institusi kewangan. Kita tidak mengambil segala hutang-hutang daripada pemaju (developers), kita hanya mengambil daripada institusi-institusi kewangan, tidak kena-mengena dengan pemaju.

Jadi, dengan penjelasan itu ingin saya meneruskan, jadi apa Yang Berhormat tanyakan tadi tidaklah dapat saya jawab kerana ia terlalu tinggi, berapa orang yang terlibat dalam syarikat-syarikat pemaju kerana ia agak terkeluar sedikit daripada apa yang kita bincangkan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai permulaan saya bercadang untuk mengulas isu-isu am yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat sebelum saya memberi penjelasan ke atas isu-isu spesiftk yang berkaitan dengan Rang Undang-undang ini. Kebanyakan isu­isu am ini telah disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat banyak kali dan yang saya tertarik ialah mengenai perlunya Danaharta ini diuruskan dengan baik seperti Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Majid sebutkan tadi pilihlah orang yang baik, kalau boleh saya hendak tambah pilihlah orang yang pandai dan baik, dua-dua sekali. Kalau pilih orang bodoh dan baik, tidak boleh juga Datuk. Jadi persoalan ini pilihlah orang yang pandai dan baik dan memastikan bahawa ia dapat menguruskan dan juga segala ingatan-ingatan yang diberi mengenai dengan perlu kita menjadi Danaharta ini daripada diselewengkan. ltu kita ambil ingatan dengan serius.

Beberapa Ahli Yang Berhormat ada membangkitkan mengenai tahap pinjaman yang tidak berbayar ataupun NPL serta kenapa ianya telah dibenarkan meningkat. Yang Berhormat Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zuki, Dato' Abdul Aziz dan lain-lain lagi ada membangkitkan hal ini ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga akhir bulan Mei 1998, nisbah NPL dalam sistem perbankan kepada jumlah pinjaman ialah 8.5% berbanding dengan 7.6% pada bulan April 1998, kenaikan dalam masa sebulan dekat dengan 1%. Pada akhir bulan Mei 1998 jumlah NPL bersih sistem perbankan ialah sebanyak RM34.1 bilion, bukan RM70 bilion, bukan RM20 bilion yang disebut oleh dua, tiga orang Ahli Yang Berhormat tadi.

Walau bagaimanapun, menurut peruntukan kerahsiaan Bank Negara tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai institusi perbankan secara individu termasuk maklumat NPL. Sebab ada Ahli-ahli Yang Berhormat meminta bank mana yang mempunyai NPL yang paling tinggi, itu tidak dapat kita mendedahkan kerana Bank Negara tidak beri kepada saya sebab Akta Kerahsiaan.

Berkaitan dengan tahap NPL, bank asing yang dikatakan rendah, menurut statistik yang dikumpul, Bank Negara mendapati tidak ke semua institusi perbankan asing mempunyai NPL yang rendah, ada yang mempunyai NPL yang tinggi. Suka saya tegaskan di sini bahawa peningkatan tahap NPL ini bukanlah disebabkan oleh kecuaian yang tidak disedari tetapi adalah akibat dari kegawatan ekonomi yang melanda, bukan sahaaja negara ini malahan keseluruhan ratau ini. Kita sedia maklum bahawa masalah yang kita hadapi sekarang atau trend ke arab recession yang kita hadapi sekarang ini adalah berlainan dengan apa yang kita hadapi pada tahun 1986 dahulu. Dulu tahun 1986 disebabkan oleh penguncupan ekonomi dan juga permintaan di dalam pasaran dunia menurun tetapi sekarang disebabkan oleh kejatuhan mata wang dan juga penguncupan dan permintaan yang rendah akibat daripada kejatuhan mata wang ini. Ini adalah dua perkara yang berlainan. Sebab itu sekarang kita rasa cukup lebih perit daripada tahun 1980an dahulu.

42 DN.4.8.1998

Suka saya tegaskan di sini, seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, pihak kerajaan amat menyedari risiko yang wujud di dalam industri perbankan, malahan kerajaan telah mengambil langkah awal sebelum kegawatan ekonomi melanda kita untuk mengehadkan pinjaman kepada sektor-sektor tertentu seperti sektor hartanah dan pembelian sekuriti. Adalah juga tidak tepat untuk menyatakan bahawa NPL yang tinggi ini disebabkan oleh pemberian pinjaman dalam jumlah yang besar kepada individu-individu yang kemudiannya tidak berupaya untuk menjelaskannya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ibrahim bin Ali.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pinjaman yang maksimum kepada seseorang adaklah tertakluk kepada garis panduan Bnank Negara Malaysia berhubung had kredit kepada seseorang pelanggan atau dengan izin, single customer limit. Ini semestinya akan menehadkan pendedahan sesuatu institusi perbankan terhadap seseorang pelanggan.

Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Aziz dan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mohd. Zuki pula telah membangkitkan mengenai penggabungan bank-bank dan institusi-institusi kewangan lain. Seperti yang diumumkan bilangan syarikat kewangan yang akan dikekalkan selepas proses penggabungan adalah sebanyak 8 buah syarikat kewangan atau fmance company, dengan izin.

Bank Negara tidak mempunyai target untuk penggabungan bank-bank perdagangan atau commercial bank, dengan izin, namun demikian Bank Negara tetap menggalakkan institusi-institusi perbankan untuk bergabung, guna untuk membentuk entiti yang lebih besar dari modal. Sekarang sebanyak 4 buah bank perdagangan yang telah bergabung manakala penggabungan syarikat kewangan masih dalam proses.

Yang Berhormat Sen tor Datuk Abdul Aziz bin Abdul Rahman telah membangkitkan mengenai penurunan penarafan kredit oleh agensi-agensi penarafan antarabangsa terutama sekali pada masa kerajaan yang berusaha untuk mengeluarkan bon­bon di pasaran antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan merasa amat kecewa dengan tindakan agensi-agensi ini. Namun demikian, kerajaan telah menangguhkan hasrat untuk mengeluarkan bon ini bukan hanya kerana penurunan penarafan ini tetapi juga kerana keadaan pasaran yang tidak menggalakkan pada masa ini. Penangguhkan pemergian Yang Amat berhormat Dato Seri Anwar dan Yang Berhormat Tun Daim telah dibuat sebelum agensi-agensi ini menurunkan rating negara kita.

Saya ingin menyatakan di sini ada beberapa orang Ahli Yang Berhormat mencadangkan supaya dibuat unjuran kepada institusi atau pun badan-badan dunia seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Mastika Junaidah tadi supaya mengikut apa yang pihak Jepun mencadangkan supaya diadakan satu agensi yang bebas kerana Moody's, Standard and Poor ini adalah syarikat. Mereka membuat rating ini daripada kaca mata sendiri dan kita mengesyaki ada agendanya masing-masing. Jadi, di sini kita pun telah membuat unjuran kepada Bank Dunia dan IMF supaya diwujudkan institusi yang membuat rating di bawah badan-badan ini supaya ianya lebih objektif dan lebih dipercayai oleh negara-negara membangun. Cadangan Yang Berhormat Senator Abdul Aziz dan kawan­kawan yang lain itu telah pun dimasukkan dalam usaha kita menginstitusi the new fmancial architecture yang disebut semalam.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya akan memperjelaskan isu-isu spesiftk berkaitan dengan rang undang-undang ini yang telah ditanya oleh Ahli Yang Berhormat.

DN.4.8.1998 43

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ibrahim Ali dan beberapa Ahli Yang Berhormat lain telah membangkitkan betapa pentingnya Danaharta diuruskan dengan telus dan amanah. Pandangan-pandangan ini sememangnya wajar dibangkitkan memandangkan kepada kuasa-kuasa luas yang diberi kepada Danaharta. Kerajaan menyedari hakikat ini, tetapi di masa yang sama kuasa-kuasa ini adalah diperlukan bagi membolehkan Danaharta bergerak dengan cepat, cekap dan berkesan, dalam keadaan ekonomi semasa.

Dengan itu kerajaan telah memastikan Rang Undang-undang ini digubal dengan mengandungi mekanisme kawalan dan imbangan atau dengan izin, check and balance bagi menangani kekhuatiran yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Bagi tujuan memastikan operasinya telus dan kepentingan awam terpelihara Rang Undang-undang ini memperuntukkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Selia yang banyak ditanya oleh Ahli­ahli tadi yang be bas untuk mengawasi perjalanan fungsi Danaharta. Semalam ada Yang Berhormat yang mencadangkan supaya jangan dimasukkan ahli-ahli pemiagaan di dalam Jawatankuasa Selia ini. Memang tidak ada ahli-ahli pemiagaan dalam Jawatankuasa Selia ini. Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh wakil-wakil dari Kementerian Kewangan, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. Dengan itu tidak ada pihak awam akan dilantik di dalam jawatankuasa ini dan dengan cara ini pertindihan kepentingan ataupun conflict of interest seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ibrahim Ali dapat kita elakkan.

Jawatankuasa Selia ini pula akan memastikan Pentadbir-pentadbir Khas yang akan menyediakan rancangan untuk pengambilalihan NPL dan pemulihan hak aset-aset dan penasihat bebas yang akan menilai rancangan pengambilan alih dan pemulihan tersebut dilantik oleh pihak-pihak yang benar-benar layak dan bersifat bebas seperti mana ban yak Ahli Yang Berhormat cadangkan. Sebagai tambahan segala rancangan pentadbir khas perlu mendapat persetujuan penasihat bebas, badan-badan kawal selia yang berkenaan dan juga pemiutang bercagar supaya kepentingan semua pihak dilindungi.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai nilai harga pembelian NPL oleh Danaharta pula, ingin saya menjelaskan bahawa Danaharta akan membeli NPL mengikut, dengan izin,Jair market value semasa merundingkan pengambilalihan NPL dengan pihak penjual. Danaharta tidak akan mengambil kesempatan membeli NPL atau aset dengan harga paksa ataupun, dengan izin, for sale value. Danaharta akan hanya membayar harga yang berpatutan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Dengan itu cadangan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ibrahim Ali supaya tiga penilai dilantik tidak diperlukan.

Sehubungan dengan inijuga, Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Aziz telah membangkitkan mengenai risiko pembelian NPL oleh Danaharta. Untuk makluman Ahli­ahli Yang Berhormat, Danaharta akan menetapkan harga sesuatu NPL yang akan dibelinya pada nilai pasaran adil iaitu nilai yang mencerminkan nilai pemulihan yang dijangka. Jika risikonya tinggi Danaharta akan menilai NPL sewajamya dengan mengambil kira risikonya. Dalam hal ini Danaharta akan menggunakan kaedah penilaian yang bertaraf antarabangsa dengan konsep ketelusan.

Danaharta juga tidak akan menjadi sebuah badan penyelamat syarikat atau, dengan izin, bail out vehicle kerana misinya khusus untuk mencergaskan semula sektor perbankan seperti mana saya sebutkan awal tadi. Misi ini tidak akan tergugat dan operasi Danaharta akan bersifat telus dan adil. Antara lain Danaharta akan mengisytiharkan:

(i) kaedah dan pendekatan penilaian asetyang akan digunapakai;

(ii) statistik kewangannya akan memenuhi protokol komersial antarabangsa; serta

44 DN.4.8.1998

(iii) Danaharta akan menerbitkan laporan tahunan aktivitinya.

Sebagai tambahan, pentadbiran korporat Danaharta akan berpandukan amalan­amalan terbaik antarabangsa. Sebuah Lembaga Pengarah yang bebas akan dibentuk untuk mengawal perjalanan Danaharta dan beberapa Jawatankuasa Eksekutif, contohnya Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Aset dan Liabiliti akan diwujudkan untuk meneliti perjalanan operasi Danaharta itu sendiri.

Beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai jumlah dana RM25 billion yang diperlukan serta modal dibayarnya sebanyak RM250 juta.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Danaharta menjangkakan pembiayaan dalam lingkungan RM25 billion adalah mencukupi dengan andaian:

(i) ada kemungkinan sesetengah bank yang kukuh tidak akan menjual NPL mereka kepada Danaharta;

(ii) Danaharta hanya akan membeli NPL pada nilai pasaran yang adil; dan

(iii) Danaharta tidak akan memasukkan pinjaman-pinjaman berkaitan kredit pengguna ataupun, dengan izin, consumer credit dan pinjaman-pinjaman kecil dalam portfolio NPL yang akan diambil alih olehnya.

Tuan Yang di-Pertua, anggaran jumlah RM25 billion itu dijangka masih mencukupi walaupun tahap NPL meningkat ke paras 20 hingga 25% daripada jumlah pinjaman yang diberikan. Sehubungan dengan ini Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Aziz tidak. perlu bimbang bahawa terbitan bon-bon sebanyak RM25 billion ini di luar negara akan membebankan negara. Ini adalah kerana tidak semua dana yang diperlukan itu akan diperolehi melalui pinjaman asing.

Danaharta akan berusaha untuk memperolehi sebanyak yang boleh dana yang diperlukan dari sumber tempatan. Namun demikian, Danaharta perlu berhati-hati di dalam usaha ini bagi memastikan ianya tidak mengaut terlalu banyak dana tempatan sehingga tidak memberi peluang kepada peminjam tempatan lain yang memerlukan pembayaran, ataupun dengan izin, mewujudkan recrowding out effect. Pihak Bank Negara kini sedang mengkaji kaedah yang paling efisien untuk memperolehi dana bagi Danaharta.

Berkaitan dengan soal bilakah wang boleh diperolehi dan Danaharta memulakan operasinya. Kerajaan telah menetapkan matlamat supaya ia bermula operasi pada bulan ini juga. ltulah sebabnya pembentangan Rang Undang-undang ini telah disegerakan supaya boleh diperkenankan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong secepat mungkin.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga Pengurusan Danaharta telah pun ditubuhkan pada 15 Julai, tahun ini, dan sebanyak RM50 juta diberi sebagai modal berbayarnya oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Jamilah telah membangkitkan mengenai seksyen 16 Rang Undang-undang ini yang telah dikatakan membenarkan Danaharta menolak caveat. Ingin saya menjelaskan bahawa Danaharta ini tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau meluluskan caveat. Seksyen 16 hanya membenarkan Danaharta mengambil tempat bank yang menjual NPL kepadanya. Dengan perkataan lain selepas Danaharta membeli sesuatu NPL itu, ia akan mengambilalih tempat dengan izin, step into the shoes of the bank serta menerima segala hak dan obligasi berkaitan NPL berkenaan.

DN.4.8.1998 45

Tuan Yang di-Pertua, pacta hari ini Yang Berhormat Dato' Mohd. Zuki telah menyambung ucapannya mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara, iaitu mengenai dengan pengambilalihan NPL telah pun saya jawab dan telah menghuraikan segala kaedahnya tadi.

Yang Berhormat Senator Datuk Zainudin Maidin membangkitkan mengenai nasionalisma ini adalah satu perkara yang sedang diperjuangkan sekarang. Dan ingin saya nyatakan di sini untuk saya memberi komen dalam hal ini soal ini, isu ini atau polemic ini telah lama di bangkitkan kalau Ahli Yang Berhormat sedia maklum di dalam, di masa Perang Dingin (Cool War) yang dulu berlaku satu peperangan intelektual iaitu mengenai dengan apa yang dipanggil dependency economy. lanya adalah satu peperangan yang lama dan sekarang dilanjutkan oleh Perdana Menteri kita yang .lantang mengkritik negara­negara maju yang menekan negara-negara membangun. Yang Berhormat Datuk Zainudin Maidin juga membangkit mengenai dengan Standard and Poor yang telah pun menjawab mengenai agensi-agensi rating ini.

Yang Berhormat Rajah Runaizah telah mengingatkan kita mengenai dengan perlunya kita mengingati Allah selalu memanglah kita sebagai seorang Islam, dan kita mengingati Allah, dan terima kasih di atas ingatan itu, dan jawapan-jawapannya telah diberi oleh Yang Berhormat 'adik' saya daripada Pedis Senator Rajah Mastika Junaidah tidaklah ingin saya ulangkan.

Yang Berhormat Ranipah membangkit fasal 5(1) mengenai Perbadanan hendaklah komposisi melambangkan rakyat yang terdiri dari beberapa kaum. Ini akan kita lakukan, tetapi komposis Lembaga Pengarah dan lain-lain badan kita akan mengambil mengikut keupayaan di dalam hal ini, ciri-ciri dan keupayaan akan digunakan sebagai ciri utama bukan mengikut perkauman. Dan mengenai dua anggota dari masyarakat antarabangsa, saya ingin menyatakan kita memerlukan linkages ataupun kaitan dengan dana-dana antarabangsa dan ingin memastikan bahawa Danaharta menjalankan operasi telusnya, bukan telus untuk rakyat Malaysia sahaja, malah telus un,tuk masyarakat kewangan antarabangsa, untuk pasaran antarabangsa. Mengenai kartun yang menyatakan Tun Daim memanglah kedua-dua menteri ini sedang menjalankan tugas mereka, dan yang pentingnya, bukan Yang Berhormat Ranipah sahaja yang menyebut tentang perlunya kita pergi ke OIC. Sebenarnya kalau kita hendak menerbitkan bon kita tidak pergi ke negara­negara, apa yang kita tuju ialah pengurus dana. Dan kebanyakan pengurus dana kewangan moden ini, mereka duduk di Eropah Barat dan Amerika Utara, dan kebanyakan Pengurus Dana di Amerika Utara menguruskan dana-dana daripada Timur Tengah. Jadi tak perlulah pergi ke Saudi Arabia kerana dana ada di sana, macam-macam syarikat dan kebanyakan dimiliki oleh orang-orang Yahudi, itu kita tahulah.

Jadi kita menumpukan ke situ kerana kebanyakan dana dunia sekarang tertumpu ke situ. Apabila berlaku kegawatan di Asia dan ASEAN, kebanyakan modal kewangan mengalir ke Amerika Utara dan juga Amerika Selatan, tetapi kebanyakannya kepada Amerika Utara di mana Amerika Syarikat sendiri menunjukkan pembangunan begitu pesat dan mereka sendiri tidak mimpikan. Jadi ini terlingkup di bawah itu, kita tidak perlulah bagi ke Kuwait dan mana-mana negara OIC kerana kebanyakan wang Kuwait, wang Saudi Arabia, wang United Arab Republic semuanya ada di sana.

Yang Berhormat Dato' Chet Singh membangkitkan mengenai penggalakan keyakinan. Kita sedia maklum, bahawa satu daripada kesan Danaharta ini ialah meningkatkan keyakinan dan beliau bertanya berapa banyak NPL saya telah jawab tadi RM34.1 bilion pacta masa ini.

46 DN.4.8.1998

Yang Berhonnat Puan Haijah Mastika Junaidah memuji bank-bank di Malaysia, dan saya pun mengambil akur tentang hal itu, memanglah bank-bank kita masih kuat. Walaupun ada bank-bank yang memerlukan recapitalization. Kerajaan akan menyatakan ini, bukanlah tugas saya menyatakan di sini berapa bank yang memerlukan recapitalization, tunggulah. Saya pun tak tahu, Yang Berhonnat tanya bank mana saya pun tidak tahu, jawabnya saya tak tahu.

Di sini Dato' Zuki juga ada membangkit mengenai pampasan untuk kakitangan syarikat yang diberhentikan, kakitangan syarikat yang ada kaitan dengan pengambilan NPL. lngin saya nyatakan di sini Danaharta sekiranya perlu akan mengambilalih pengurusan syarikat. Pampasan kepada kakitangan yang akan diberhentikan akan bergantung kepada beberapa faktor:

i. Undang-undang Buruh, iaitu kita mengikut Undang-undang Buruh yang memboleh ataupun tidak membolehkan;

ii. Prestasi syarikat itu sendiri; dan

iii. Prestasi pengurusan syarikat itu.

Itu kita ambil sebagai kriteria-kriteria untuk kita memastikan apa-apa pampasan yang perlu kita lakukan.

Yang Berhonnat Dato' Zuki juga menyebut tentang seksyen 176 Akta Syarikat iaitu mengikat dan membebankan Danaharta. Ingin saya nyatakan kepada Yang Berhonnat sahabat saya Dato' Mohd. Zuki bahawa seksyen 41 Danaharta, membolehkan Danaharta mengetepikan perlindungan seksyen 176, sekiranya pennohonan syarikat belum memperolehi persetujuan pemiutang-pemiutang supaya Danaharta boleh bertindak menguruskan syarikat secara efisien. Jadi boleh dalam seksyen 41 Akta yang sedang kita bincangkan ini boleh mengetepikan perlindungan seksyen 176 Akta Syarikat yang kita sebut tadi. Tadi ada Yang Berhonnat .....

Dato'Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Seksyen 176 Akta Syarikat 1965, iaitu bagaimana dengan NPL yang telah pun dibawa ke mahkmah, dan mahkamah telah memberikan arahan supaya pengisian semula itu dilakukan, dan bagaimana pula dengan permohonan-pennohonan yang telah dibawa ke mahkamah tetapi menunggu keputusan. Adakah pennohonan-pennohonan ini ditolak ataupun hanya berlaku kepada pennohonan yang baru sahaja?

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa Danaharta akan hanya mengambil permohonan yang baru sahaja. Yang mana telah masuk ke mahkamah, masuk dalam proses perundangan ini kita tak akan kacau. Jadi itujawapan saya Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhonnat Dato' Dr. T. Marimuthu telah mengeluarkan isu mengenaijenis NPL yang akan dibeli oleh Danaharta dan kriteria-kriteria pembelian NPL ini. Saya ingin menyatakan di sini bahawa Danaharta akan membeli NPL dari mana-mana institusi kewangan pada nilai pasaran yang adil. Seterusnya menguruskan NPL itu bagi memaksimumkan nilai pemulihannya. Dalam memilih NPL mana untuk dibeli, Danaharta akan mengetepikan pinjaman-pinjaman yang berasaskan pengunaan ataupun consumption base loan seperti beli motokar, seperti membeli barang penggunaan yang boleh diuruskan secara lebih efisien oleh bank-bank itu sendiri.

Yang Berhonnat Dato' Marimuthu dan beberapa orang ahli juga bertanya bagaimana Danaharta boleh membantu Industri Kecil Sederhana (IKS). ObjektifDanaharta ialah untuk meringankan beban NPL yang ditanggung oleh bank-bank Tuan Yang di-

DN.4.8.1998 47

Pertua, bukannya membantu industri-industri secara langsung. Mana-mana industri yang dapat dibantu apabila NPLnya diambil itu secara incidental tetapi saya tekankan tadi ia mengambil NPL bank-bank. Bagaimanapun apabila sistem perbankan cergas semula, liquiditynya meningkat, industri-industri yang berdaya maju termasuk IKS dan patut menerima bantuan boleh mendapatkan pembiayaan pada kos yang serendah mungkin.

Datuk Haji Ibrahin bin Ali: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua : Ada minta laluan.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Tuan Yang di Pertua, saya rasa terkilan sedikit sebab saya rasa ini penting sebab Yang Berhormat Dato Timbalan Menteri ada menyebut NPL yang sekarang ini berada di mahkamah itu tidak diambil kira, manakala tujuan Danaharta ialah untuk membantu bank-bank tetapi kalau NPL sudah ada di mahkamah sekarang ini tetapi didapati bahawa ada potensi dan kebetulan sahaja dia sudah masuk mahkamah tetapi kenapa tidak diambil kira. Saya rasa ini tidak adillah kalau tidak diambil kira sebab walaupun ada di mahkamah dia boleh memakan masa yang panjang lama, jadi boleh dipertimbangkan, saya punya pendapatlah, saya hendak bertanya Yang Berhormat.

Dato' Dr. Affifuddin bin Haji Omar: Tuan Yang di Pertua, jawapan sedang datang dari pihak pengurusan. Saya diberi pengetahuan awal bahawa mengenai dengan ada kaitan dengan seksyen 176. Di sini dijawabnya, walaupun mahkamah telah memberi keputusan dan perlindungan di bawah seksyen 176, Danaharta boleh mengetepikan perlindungan ini. Ini jawapan baik mujur Yang Berhormat tanya. Sekiranya persetujuan sipemiutang belum diterima, iaitu persetujuan creditors belum diterima jadi di sini saya ftkir dapat dipertimbangkan. Tetapi pada awalnya saya diberitahu bahawa segala NPL baru sahaja yang akan diambil alih.

Tuan Yang di Pertua, mengenai dengan Lembaga Pengarah yang telah pun disebutkan tadi yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, penangguhan penerbitan bon saya telah jawab, dan mengenai dengan kesalahan anggota Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Hanipah yang juga ditanya oleh Senator Abu Bakar Ismail tadi, dalam seksyen-seksyen yang dibangkit tadi ingin saya nyatakan di sini bahawa seksyen 7 Akta Danaharta iaitu ianya menyatakan anggota Lembaga dan jawatankuasa mesti mendedahkan kewujudan kepentingan secara langsung atau tidak langsung berhubung apa-apa perkara yang dibincangkan.

Kalau tidak melakukan pendedahan ini, adalah ianya bersalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali. Jadi tanggungjawab ahli-ahli yang dilantik untuk menjalankan governing of Danaharta, dengan izin, adalah tinggi, Tuan Yang di Pertua.

Senator Mastika Junaidah bertanya adakah Danaharta akan membeli NPL yang dialami oleh bank-bank asing yang memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua keutamaan Danaharta ialah untuk mengurangkan beban NPL kepada bank-bank yang beroperasi di dalam negara kita. Sekiranya NPL bank-bank asing dibeli oleh Danaharta ianya hanyalah cuma untuk memudahkan proses pengurusan asset sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Haji Abu Bakar bertanya mengenai dengan pembiayaan Danaharta, ingin saya menjawab bahawa pembiayaan keseluruhan Danaharta dijangka mencapai RM25 bilion. Pada peringkat awal Danaharta akan memerlukan pembiayaan hanya sebanyak RM10 bilion dan jumlah ini berserta dengan RM250 juta modal permulaan akan disumbangkan oleh kerajaan Malaysia dalam

48 DN.4.8.1998

bentuk modal dan juga pinjaman. Daripada jumlah RM I 0 bilion yang saya sebutkan tadi iaitu pembiayan awal RM2.25 bilion akan dikumpulkan pada tahun 1998, tahun ini, dan bakinya akan dikumpulkan pada tahun hadapan. Baki pembiayaan keseluruhan sebanyak RM15 bilion akan dikumpulkan oleh Danaharta mengikut keperluan semasa. Dan dana akan dikumpulkan di dalam dan di luar negara mengambil kira keadaan pasaran wang di dalam dan di luar negara.

Ahli Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar juga menanya dapatkah Danaharta memperbanyakkan kemasukan wang kepunyaan warganegara Malaysia yang disimpan di luar negara. Jawabnya kita tak tabu. Kalau warganegara menyimpan di luar negara, atau di mana-mana dana pengurusan itu ia masuk secara tidak direct, tetapi dana itu hendak melakukan atau menyebabkan orang-orang kita yang menyimpan di luar negara masuk, ini saya tak berani hendak menjawab, kerana ia tidak berkaitan dengan Danaharta.

Yang Berhormat juga bertanya mengenai pentadbir khas dalam seksyen-seksyen tadi, saya jawab, sekarang tidak payah kita bangkitkan sebab Yang Berhormat bangkitkan dalam perbahasan umum. Pentadbir Khas hanya boleh dilantik selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Selia apabila peminjam berada di dalam keadaan tidak solvent dan Pentadbir Khas diperlukan bagi mempastikan nilai pada asset tersebut dapat dikekalkan. Sebaik sahaja dilantik Pentadbir Khas akan menyediakan sebuah cadangan skim penyusunan semula yang akan mengambil kira kepentingan semua pemiutang bercagar dan tidak bercagar serta pemegang-pemegang saham. Kemunasabahan cadangan ini akan dikaji oleh penasihat khas sebelum ianya boleh dilaksanakan. Cadangan itu juga perlu menerima kelulusan pemiutang-pemiutang bercagar dan badan-badan kawal selia. Pentadbir Khas mestilah saorang Juruaudit syarikat yang diluluskan di bawah Akta Syarikat 1965 atau seorang yang mempunyai pengalaman yang dikehendaki seperti mana tersebut di bawah seksyen 51(2).

Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar juga tanya mengenai kuasa-kuasa Pentadbir Khas yang seterusnya saya minta Yang Berhormat bacalah di muka surat 60, Jadual Kedua, saya nak sebut banyak sangat di sini, rang undang-undang ada pada Yang Berhormat. Yang Berhormat akhirnya, mengenai dengan apa yang dicadangkan oleh Datuk Abdul Majid mengenai prinsip-prinsip Islam, Danaharta akan juga menggunakan prinsip-prinsip Islam, di dalam pengambilan NPL dari Bank Islam, dan juga skim perbankan tanpa faedah.

Dengan itu sekian jawapan saya, Tuan Yang di Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat oleh kerana masa sudah cukup, kita tangguh sehingga esok. Majlis ditangguhkan esok, jam 2.30 petang.

Dewan ditangguhkan pada puku/6.30 petang.