tulis satu karangan naratif tentang ingatan seseorang atau sesuatu yang mempunyai pengaruh ke atas...

5
‘Tulis satu karangan naratif tentang ingatan seseorang ATAU sesuatu yang mempunyai pengaruh ke atas anda apabila anda muda. Karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan Anda boleh dengan menulis nama-nama beberapa orang ATAU perkara- perkara yang mempunyai pengaruh ke atas anda apabila anda muda. Kemudian berfikir tentang kenangan yang berkaitan dengan orang-orang ATAU sesuatu Tuliskan nota tentang kenangan dan butir-butir tertentu seperti orang, masa, dan tempat-tempat yang berkaitan untuk kenangan. Peristiwa yang menjadi kenangan dan memberi kesan kepada saya sehingga sekarang apabila saya didenda oleh cikgu.Waktu itu saya berada di darjah lima, di sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Sabak Bernam, Selangor. Ketika itu umur aku baru 11 tahun. Di dalam kelas, aku antara murid yang sederhana pandai dan cuma lulus sahaja setiap kali peperiksaan dijalankan. Guru kelas aku adalah Cikgu Jinal yang juga merupakan guru disiplin yang terkenal dengan garangnya di sekolah. Mendengar bunyi tapak kasutnya berjalan menuju ke kelas sahaja akan menyebabkan semua murid senyap. Macam tikus ternampak kucing. Sunyi dan sepi satu kelas. Tetapi yang paling merisaukan aku adalah waktu mata pelajaran matematik. Ini kerana Cikgu Jinal jugalah yang mengajar aku matematik di kelas tahun lima Melur. Sudahlah matapelajaran matematik yang paling aku tidak minat, yang mengajarnya pula adalah cikgu Jinal. Ini ditambahpula aku cukup tidak suka dalam hal kira mengira. Apa yang pasti bila tiba waktu matematik Cikgu Jinal akan menyuruh murid-murid menghafal sifir. Hal ini yang merisaukan aku. Aku tahu, aku merupakan orang yang terakhir akan dapat menghafal sifir tersebut walaupun sifir yang mudah-mudah. Setiap hari aku akan menjadi mangsa didenda Cikgu Jinal. Kalau mata pelajaran matematik pada waktu akhir, akulah orang yang paling lambat balik dan pasti air mataku akan mengalir deras. Bagi mengelak aku didenda macam-macam alasan yang aku berikan kepada cikgu apabila ia menyuruh aku menghafal sifir. Sakit

Upload: aan-samad

Post on 04-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Karangan Naratif

TRANSCRIPT

Page 1: Tulis Satu Karangan Naratif Tentang Ingatan Seseorang ATAU Sesuatu Yang Mempunyai Pengaruh Ke Atas Anda Apabila Anda Muda

‘Tulis satu karangan naratif tentang ingatan seseorang ATAU sesuatu yang mempunyai pengaruh ke atas anda apabila anda muda.

Karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan

Anda boleh dengan menulis nama-nama beberapa orang ATAU perkara-perkara yang mempunyai pengaruh ke atas anda apabila anda muda. Kemudian berfikir tentang kenangan yang berkaitan dengan orang-orang ATAU sesuatu

Tuliskan nota tentang kenangan dan butir-butir tertentu seperti orang, masa, dan tempat-tempat yang berkaitan untuk kenangan.

Peristiwa yang menjadi kenangan dan memberi kesan kepada saya sehingga sekarang apabila saya didenda oleh cikgu.Waktu itu saya berada di darjah lima, di sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Sabak Bernam, Selangor. Ketika itu umur aku baru 11 tahun. Di dalam kelas, aku antara murid yang sederhana pandai dan cuma lulus sahaja setiap kali peperiksaan dijalankan.

Guru kelas aku adalah Cikgu Jinal yang juga merupakan guru disiplin yang terkenal dengan garangnya di sekolah. Mendengar bunyi tapak kasutnya berjalan menuju ke kelas sahaja akan menyebabkan semua murid senyap. Macam tikus ternampak kucing. Sunyi dan sepi satu kelas.

Tetapi yang paling merisaukan aku adalah waktu mata pelajaran matematik. Ini kerana Cikgu Jinal jugalah yang mengajar aku matematik di kelas tahun lima Melur. Sudahlah matapelajaran matematik yang paling aku tidak minat, yang mengajarnya pula adalah cikgu Jinal. Ini ditambahpula aku cukup tidak suka dalam hal kira mengira. Apa yang pasti bila tiba waktu matematik Cikgu Jinal akan menyuruh murid-murid menghafal sifir. Hal ini yang merisaukan aku.

Aku tahu, aku merupakan orang yang terakhir akan dapat menghafal sifir tersebut walaupun sifir yang mudah-mudah. Setiap hari aku akan menjadi mangsa didenda Cikgu Jinal. Kalau mata pelajaran matematik pada waktu akhir, akulah orang yang paling lambat balik dan pasti air mataku akan mengalir deras. Bagi mengelak aku didenda macam-macam alasan yang aku berikan kepada cikgu apabila ia menyuruh aku menghafal sifir. Sakit perutlah, hendak ke tandaslah dan seribu macam alasan yang aku berikan. Namun semua itu tidak diendahkan oleh Cikgu Jinal. Sebab dia tahu, aku cuma mengelak dari menghafal sifir yang disuruhnya.

Masih kuingat pada satu hari, iaitu hari Isnin pukul 10.00 pagi waktu sebelum rehat adalah waktu matematik. Cikgu Jinal akan masuk mengajar. Hati aku mula berdebar-debar. Apabila cikgu Jinal masuk sahaja, ke dalam kelas, dia meminta semua murid berdiri di atas kerusi untuk menghafal sifir. Badan aku mula seram sejuk rasa macam hendak demam. Memang aku tahu aku langsung tidak hafal sifir terutama sifir Sembilan. Cepat-cepat aku mencari alasan untuk keluar dari kelas. Sedang aku berfikir-fikir untuk mencari alasan, namaku disebut untuk membaca sifir Sembilan. Rasa hendak pengsan dan pitam dibuatnya apabila namaku disebut. Hampir-hampir aku terjatuh dari kerusi kerana terkejut dan takut.

Page 2: Tulis Satu Karangan Naratif Tentang Ingatan Seseorang ATAU Sesuatu Yang Mempunyai Pengaruh Ke Atas Anda Apabila Anda Muda

Aku diminta ke hadapan untuk membaca sifir. Aku menuju ke hadapan kelas dan cuma berdiri tegak sambil menundukkan kepala. Aku tahu aku tidak hafal sifir Sembilan dan pasti akan di denda. Manakala rakan-rakanku Azam, Rizal dan Azizul yang duduk sebaris denganku semuanya sudah rehat di kantin sekolah. Mereka semua memang mahir dalam menghafal sifir.

Oleh kerana aku tidak boleh hafal sifir, aku diminta mengikut cikgu Jinal ke kantin sekolah. Lega hatiku. Walaupun tidak hafal sifir aku tidak didenda dan boleh pergi ke kantin sekolah untuk rehat. Rupa-rupanya apabila aku sampai di kantin sekolah aku diminta membaca sifir Sembilan dengan kuat dihadapan semua murid-murid yang ada dikantin. Rasa geram, marah kepada cikgu Jinal tidak dapat kutahan. Aku juga malu kepada rakan-rakanku yang berada di kantin termasuklah adikku Aina yang berada di darjah dua.

Mulai hari itu, aku bertekad akan menghafal sifir. Akhirnya aku berjaya menghafal sifir dalam masa tidak sampai sebulan. Malah aku jadi berminat untuk belajar matematik. Setiap hari, aku rasa tidak sabar menunggu waktu mata pelajaran matematik. Akhirnya aku menjadi seorang guru matematik di sekolah yang sama aku di denda. Setiap kali aku ke kantin sekolah, kenangan aku didenda akan sentiasa segar dalam ingatanku. Terima kasih kepada Cikgu Jinal kerana mengajar aku sehingga aku Berjaya menjadi seorang guru matematik dan menjadi penggantinya mengajar matematik di sekolah yang sama.

Page 3: Tulis Satu Karangan Naratif Tentang Ingatan Seseorang ATAU Sesuatu Yang Mempunyai Pengaruh Ke Atas Anda Apabila Anda Muda

Into a memorable occasion and affect me until now when I was fined by the teacher. At that time I was in primary five, at the National School Pasir Panjang, Sabak Bernam, Selangor. When I was just 11 years of age. In the classroom, I was among those who simply clever and just pass the examinations carried out at a time.

I was a teacher classroom teachers Jinal who is also a professor known for its fierce discipline in schools. Listen to the sound track running shoes to the classroom alone will cause all pupils silent. Wide rats spotted cat. Quiet and lonely one class.

But the most troubling me is when mathematics. This is because Mr Kunal too, who taught me math in grades five budget years. Instead of mathematics does not interest me the most, is the teacher who taught Similarly Jinal. Added to this I simply do not like the things about count. What is certain when it comes time math teacher Jinal will send pupils to memorize multiplication tables. This is worrying me.

I know, I was the last person to be able to memorize the multiplication tables even simple multiplication tables. Every day I would become a victim fine teacher Jinal. If mathematics at the end of time, I am the most slowly and surely back my tears would flow profusely. I avoid a fine for all sorts of reasons that I gave to the teacher when he asked me to memorize the multiplication tables. Abdominal pain, going to the toilet, and a thousand kinds of reasons that I gave. But all that is ignored by Ms Richa. Because she knows, I just avoid memorizing multiplication tables which charged him.

I remember one day, to Monday 10.00am before the break time is the time in mathematics. Ms Richa will enter teaching. My heart started pounding. When the teacher entered only Jinal, into the classroom, he asked all the students to stand on a chair to memorize the multiplication tables. Body chills I began to feel like a fever. I know I did not memorize the multiplication tables, especially tables nine. Quickly I look for excuses to get out of class. I'm thinking to find a reason, mentioned my name to read the table of nine. Feeling faint and blackouts made when my name was called. I almost fell off the chair as shocked and scared.

I was asked to forward to reading tables. I headed to the front of the class and just stood there as he bowed his head. I know I have not memorized the multiplication tables at nine and will definitely fine. While fellow-in-arms Azam, Rizal and Azizul that

Page 4: Tulis Satu Karangan Naratif Tentang Ingatan Seseorang ATAU Sesuatu Yang Mempunyai Pengaruh Ke Atas Anda Apabila Anda Muda

sits inline with me everything is resting in the school cafeteria. They are all very adept at memorizing multiplication tables.

Because I can not memorize the multiplication tables, I was asked by the teacher to the school cafeteria Jinal. Relieved my heart. Although I did not memorize multiplication tables and can be fined not go to the school cafeteria to rest. Apparently when I arrived at the school cafeteria tables of nine I was asked to read aloud in front of all the pupils who have dikantin. Resentment, anger Jinal teacher can not help it. I'm also ashamed to friends-in-arms who were in the cafeteria including Aina my sister who was in primary two.

From that day on, I was determined to memorize the multiplication tables. Finally I managed to memorize multiplication tables in less than a month. I even became interested in learning mathematics. Every day, I feel impatient waiting time mathematics. Eventually I became a mathematics teacher at the same school I'm fine. Every time I go to the school cafeteria, fine memories I will always be fresh in my memory. Thanks to Ms Richa for teaching me so I'm successful as a teacher of mathematics and teaching mathematics to be his successor at the same school.