tugasan3.kpt6044

16
KPT6044.TUGASAN3 2013 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3 KAJIAN TINJAUAN TUJUAN DAN KEKERAPAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DALAM MELAYARI INTERNET : SATU KAJIAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPAR, PERAK DISEDIAKAN OLEH NAMA : IRWANA BINTI MOHD AMIN NO. PELAJAR : M20111000654 ALAMAT E-MEL : [email protected] 1

Upload: wana-irwana

Post on 18-Jun-2015

107 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan3.kpt6044

KPT6044.TUGASAN3 2013

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 3

KAJIAN TINJAUAN

TUJUAN DAN KEKERAPAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DALAM

MELAYARI INTERNET : SATU KAJIAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPAR,

PERAK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA : IRWANA BINTI MOHD AMIN

NO. PELAJAR : M20111000654

ALAMAT E-MEL : [email protected]

NO. TELEFON : 019-5626204

NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR

1

Page 2: Tugasan3.kpt6044

KPT6044.TUGASAN3 2013

ISI KANDUNGAN muka surat

1.0 Pengenalan 3

2.0 Pernyataan Masalah/Latar belakang 3

3.0 Objektif Kajian 4

4.0 Rekabentuk Kajian 4

4.1 lokasi dan sampel kajian 4

4.2 instrumen kajian 4

5.0 analisis dapatan kajian 5

5.1 jantina 5

5.2 umur 6

5.3 penggunaan alatan untuk melayari internet 7

5.4 masa yang digunakan oleh responden melayari internet dalam sehari 8

5.5 jenis-jenis laman web yang selalui dilayari 9-10

5.6 tujuan melayari internet 10-11

6.0 kesimpulan 11

7.0 rujukan 12

1.0 Pengenalan

2

Page 3: Tugasan3.kpt6044

KPT6044.TUGASAN3 2013

Pada zaman kini, era teknologi maklumat telah berkembang begitu pesat. Penggunaan

teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology) tlah

membawa kepada satu perubahan besar dalam kehidupan seharian. Penggunaan internet juga

semakin meluas. Jika pada satu ketika dahulu internet digunakan melalui set komputer peribadi

atau PC, kini internet sudah boleh di akses dengan menggunakan pelbagai peranti seperti

komputer riba atau laptop, komputer tablet atau tablet PC, jam tangan pintar atau smart watch

dan telefon bimbit pintar atau smart phone. Perbelanjaan untuk melayari internet juga telah

menjadi semakin murah dan capaiannya semakin mudah. Terdapat juga perkhidmatan internet

tanpa wayar secara percuma boleh didapati di kebanyakkan tempat (wireless). Antara tempat-

tempatnya adalah di restoren, kafe, lapangan terbang, hotel, pusat membeli belah dan

sebagainya. Penyedia-penyedia perkhidmatan berbayar di Malaysia seperti Celcom, Maxis,

Digi dan sebagainya juga kini hebat menawarkan pelbagai pakej-pakej langganan menarik

yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan kemampuan kewangan pengguna. Justeru,

tidak hairan sekiranya kebanyakkan penduduk sama ada di bandar ataupun di luar bandar

sudah mampu memiliki perkhidmatan internet yang boleh di akses pada bila-bila masa.

2.0 Pernyataan Masalah/Latar Belakang

Internet merupakan satu teknologi dan alat yang berupaya dan memberi banyak

manfaat jika digunakan dengan betul. Walaubagaimanapun, tidak semua kandungan yang

terdapat di internet menjurus ke arah kebaikan. Hal ini membimbangkan apabila sikap ingin

tahu dan keinginan mencuba sesuatu yang baru di kalangan remaja boleh menyebabkan

mereka tersalah langkah. Remaja amnya dan pelajar-pelajar khasnya mudah untuk mengakses

laman yang tidak sihat dan boleh memudaratkan diri. Berdasarkan statistik Majlis Teknologi

Maklumat Kebangsaan yang menyatakan bahawa jumlah pengguna internet di Malaysia pada

tahun 2010 telah mencecah 16.9 juta orang. Dan di Malaysia antara rangkaian sosial yang

paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung.

(Sharizan Salian, 2010)

3.0 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk :

3

Page 4: Tugasan3.kpt6044

KPT6044.TUGASAN3 2013

3.1 mengenalpasti laman web yang di lawati oleh murid-murid

3.2 mengenalpasti tahap kekerapan murid melayari internet

3.3 mengenalpasti tujuan penggunaan internet di kalangan murid-murid

4.0 Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan.

Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan

sesuatu fenomena yang sedang berlaku ataupun menerokai sesuatu bidang yang belum

atau kurang di kaji. (Majid Konting, 1994). Untuk kajian ini, penyelidik menggunakan

penyelidikan deskriptif jenis tinjauan kerana kaedah tinjauan merupakan satu cara yang

spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan besar populasi. Dalam kajian

ini, maklumat murid yang terlibat akan dikumpul melalui penggunaan instrumen berbentuk

soal selidik. Penggunaan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik memudahkan

penyelidik memperolehi kerjasama daripada responden. Penyelidik menggunakan

instrumen berbentuk soal selidik kerana ia senang ditadbir, data mudah di kutip dan di

analisis.

4.1 Lokasi, dan Sampel kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampar, Perak. Sampel kajian terdiri

daripada 58 orang murid aliran perdana darjah 4, 5, dan 6 yang dipilih secara rawak

melalui kaedah pengedaran borang soal selidik.

4.2 Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik di bahagikan

kepada beberapa bahagian. Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat latar

belakang responden. Manakala Bahagian B dan C pula adalah soalan-soalan

kajian.

5.0 Analisis Dapatan Kajian

4

Page 5: Tugasan3.kpt6044

KPT6044.TUGASAN3 2013

5.1 Jantina

Jadual 1 : Taburan Bilangan Responden Mengikut Jantina

Jantina N Peratus %

Lelaki 23 40

Perempuan 35 60

Jumlah 58 100

Jadual 1 menunjukkan bilangan responden yang terdapat dalam kajian ini

mengikut jantina. Jika dilihat murid perempuan merupaka bilangan responden

terbanyak iaitu seramai 35 orang murid ( 60% ) berbanding murid lelaki iaitu seramai 23

orang murid ( 40% ) sahaja. Perkara ini mungkin di sebabkan bilangan murid

perempuan adalah lebih ramai daripada murid lelaki dalam tahun 4, 5, dan 6 di sekolah

tersebut.

5.2 Umur

5

Page 6: Tugasan3.kpt6044

KPT6044.TUGASAN3 2013

Jadual 2 : Taburan umur responden mengikut jantina

umur

Jantina

Lelaki Perempuan

12 tahun ( darjah 6 ) 6 21

11 tahun ( darjah 5 ) 7 7

10 tahun ( darjah 4 ) 10 7

Jumlah 23 35

Jadual 2 menunjukkan taburan responden mengikut umur dan darjah masing-

masing. Bagi murid-murid yang berumur 12 tahun iaitu dalam darjah 6 bilangan

yang menjadi responden dalam kajian ini adalah seramai 27 orang iaitu 6 orang

murid lelaki dan 21 orang murid perempuan. Manakala bagi murid yang berada

pada tahap umur 11 tahun iaitu dalam darjah 5, jumlah murid yang terlibat sebagai

responden adalah seramai 14 orang murid iaitu 7 orang murid lelaki dan 7 orang

murid perempuan. Seterusnya bagi bilangan murid yang berada pada umur 10

tahun iaitu dalam darjah 4, bilangannya adalah seramai 17 orang murid iaitu 10

orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan.

6

Page 7: Tugasan3.kpt6044

KPT6044.TUGASAN3 2013

5.3 Penggunaan alatan untuk melayari internet

Jadual 3 : Taburan jenis alatan yang digunakan untuk melayari internet

Bil. Jenis alatan yang digunakan N Peratus %

1. Komputer peribadi 17 29

2. Komputer riba 18 31

3. Telefon bimbit 15 26

4. Tablet 6 10

5. Lain-lain 2 4

Jumlah 58 100

Jadual 3 pula menunjukkan peralatan yang paling banyak digunakan oleh

responden untuk melayari internet. Jika di lihat pada jadual, alatan yang paling

banyak digunakan adalah komputer riba iaitu seramai 18 orang ( 31% )

menggunakannya. Ini di ikuti dengan penggunaan komputer peribadi iaitu sebanyak

17 orang ( 29% ) menggunakannya, kemudia telefon bimbit seramai 15 orang

( 26% ), tablet seramai 6 orang ( 10% ), dan lain-lain seramai 2 orang ( 4% ).

Penggunaan komputer riba paling ramai adalah mungkin disebabkan pada masa

kini kebanyakkan individu lebih berminat menggunakan komputer riba berbanding

komputer peribadi kerana komputer riba senang dibawa kemana sahaja.

Penggunaan tablet walaupun jika dilihat lebih mudah dibawa tetapi masih kurang

mungkin adalah disebabkan faktor-faktor pendapatan keluarga yang tidak mampu

membelinya atau jika dibandingkan fungsi nya adalah kurang berbanding komputer

riba berbanding dengan telefon bimbit iaitu selain boleh melayari internet ia juga

boleh digunakan sebagai alat komunikasi.

7

Page 8: Tugasan3.kpt6044

KPT6044.TUGASAN3 2013

5.4 Masa yang digunakan oleh responden melayari internet dalam sehari

Jadual 4 : Taburan masa yang digunaka oleh responden melayari internet

dalam sehari.

Masa yang digunakan N Peratus %

Kurang daripada 1 jam 20 34

1 hingga 2 jam 25 43

3 hingga 4 jam 5 9

Lebih daripada 5 jam 8 14

Jumlah 58 100

Jadual 4 pula menunjukkan hasil dapatan mengenai masa yang digunakan oleh

responden melayari internet dalam sehari. Jika di lihat hasil kajian menunjukkan

kebanyakkan responden memilih menggunakan internet dalam tempoh 1 hingga 2

jam sehari iaitu seramai 25 orang ( 43% ) berbanding tempoh masa 3 hingga 4

jam sehari iaitu sebanyak 5 orang ( 9% ) dan lebih daripada 5 jam sehari iaitu

seramai 8 orang ( 14% ). Penggunaan kurang daripada 1 jam dalam sehari pula

adalah seramai 20 orang ( 34% ) ini adalah kerana responden adalah terdiri daripada

kalangan murid-murid sekolah yang masih mempunyai komitmen terhadap pelajaran.

5.5 Jenis-jenis laman web yang selalu dilayari

8

Page 9: Tugasan3.kpt6044

KPT6044.TUGASAN3 2013

Jadual 5 : jenis-jenis laman web yang selalu dilayari oleh responden

Bil. Laman web N Peratus %

1. Berita/isu semasa 5 9

2. Video/online movie 19 34

3. Pendidikan/e-pembelajaran 18 30

4. Rangkaian sosial 15 27

5. Pornografi 0 0

6. Permainan atas talian (online game) 24 41

7. Chatting 20 35

8. e-mel 12 22

9. Memuat turun ( download ) 20 38

10. Hiburan 12 21

11. Blog 8 14

Jadual 5 pula menunjukkan hasil dapatan kajian tentang laman web yang

manakah kerap dikunjungi oleh murid-murid tahun 4, 5, dan 6. Hasil mendapati

laman web yang paling kerap dilayari oleh murid-murid tersebut adalah laman web

permainan atas talian atau online game iaitu seramai 24 orang murid ( 41% ), ini

adalah disebabkan faktor usia kanak-kanak yang sememangnya sukakan

permainan. Laman web yang kurang di layari oleh responden adalah laman web

berita/isu semasa iaitu seramai 5 orang murid ( 9% ). Laman web yang tidak dilayari

9

Page 10: Tugasan3.kpt6044

KPT6044.TUGASAN3 2013

adalah laman wen pornografi , ini adalah kerana laman web ini adalah laman web

egative yang boleh merosakkan minda murid-murid pada usia sebegini.

5.6 Tujuan melayari internet

Jadual 6 : Taburan tujuan melayari internet

Bil. Tujuan N Peratus%

1. Mahirkan diri dalam penggunaan komputer 50 91

2. Membuat kerja sekolah melalui laman web ilmiah 49 85

3. Berkongsi pendapat tentang pelajaran dengan rakan 50 87

4. Motivasi dalam menyiapkan kerja sekolah 44 76

5. Membantu meningkatkan prestasi akademik 45 78

6. Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris 47 82

7. Meluaskan pengetahuan 49 74

8. Menghantar tugasan pada rakan yang jauh 43 73

9. Mendapat kenalan baru 42 72

10. Ada blog sendiri untuk berkongsi maklumat 38 66

11. Sebagai hobi 42 73

10

Page 11: Tugasan3.kpt6044

KPT6044.TUGASAN3 2013

Jadual 6 menunjukkan hasil dapatan kajian tentang tujuan murid-murid melayari

internet. Jika dilihat hasilnya tujuan yang paling utama adalah untuk memahirkan diri

mereka dengan penggunaan komputer iaitu seramai 50 orang murid ( 91% ). Tujuan

yang paling kurang adalah untuk membina blog sendiri dan berkongsi pendapat iaitu

seramai 38 orang ( 66% ). Hasil ini menunjukkan murid-murid dalam tahun 4, 5, dan

6 ada mempunyai usaha dalam meningkatkan kemahiran komputer mereka.

6.0 Kesimpulan

Internet boleh di akses di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam sehari, dengan syarat kita

mempunyai capaian kepada aksesnya. Dengan wujudnya kemudahan internet, dunia kini

seolah-olah tiada sempadan jarak dan waktu. Ini kerana semua maklumat boleh dihantar

dengan sekelip mata kepada penerima tidak kira di mana mereka berada. Semuanya

berada di hujung jari kita dan kita lah yang menentukannya. Walaubagaimanapun jangan

kita lupa bahawa kesan egative internet tetap ada. Penyalahgunaan internet akan

menyebabkan pelbagai implikasi egative dari pelbagai aspek dan bidang. Di Malaysia,

penggunaan internet bukanlah sesuatu yang baru di kalangan para remaja khususnya

murid-murid sekolah. Sehubungan dengan itu, orang-orang yang lebih dewasa perlulah

memantau penggunaan internet di kalangan anak-anak mereka khususnya murid-murid

sekolah.

11

Page 12: Tugasan3.kpt6044

KPT6044.TUGASAN3 2013

7.0 RUJUKAN

Mohd Majid Konting. Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka 1990.

12