tugasan projek pkp 3173-templat & rubrik

Upload: jidinalfredo

Post on 05-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Contoh

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU TUGASAN PROJEK

NAMA PELAJAR:TAJUK PROGRAM : PISMP

NAMA KURSUS : SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN KOD KURSUS : PKP3173KOD : BMM 3103SEMESTER: 8TAHUN : 4

TARIKH HANTAR: 24 Ogos 2015TARIKH MULA : 13 Julai 2015

HASIL PEMBELAJARAN:1. Menghuraikan konsep keindahan bahasa dalam pelbagai genre.2. Memilih unsur-unsur bahasa yang santun dalam aktiviti lisan dan penulisan dalam kelas pemulihan.3. Mengaplikasi kemahiran penggunaan bahasa mengikut konteks dalam situasi formal dan tidak formal.4. Menganalisis ciri-ciri genre sastera Melayu yang sesuai untuk kelas pemulihan.5. Mempraktikkan amalan nilai murni dalam aktiviti berbahasa.Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3.

OBJEKTIF:

Pada akhir tugasan ini, pelajar dapat:

1. Membincangkan konsep keindahan bahasa dalam pelbagai genre dan memilih unsur-unsur bahasa yang santun dalam aktiviti lisan dan penulisan dalam kelas pemulihan.1. Mengaplikasi kemahiran penggunaan bahasa mengikut konteks dalam situasi formal dan tidak formal.3. Menjelaskan genre sastera Melayu yang sesuai untuk kelas pemulihan dan mempraktikkan amalan nilai murni dalam aktiviti berbahasa.

1

Tugasan Projek (100%)

Kursus ini merupakan kursus yang ditawarkan untuk pelajar PISMP Pendidikan Pemulihan. Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan ciri, bentuk dan fungsi penggunaan bahasa yang indah dalam karya kesusasteraan Melayu berbentuk prosa dan puisi tradisional dan moden. Penekanan diberikan juga pada perkaitan karya kesusasteraan dengan pembinaan penguasaan kemahiranberbahasa yang baik dalam kalangan murid pemulihan.

Berdasarkan pernyataan di atas, pelajar dikehendaki:

1. Mendapatkan maklumat tentang aspek penggunaan bahasa yang indah dalam karya sastera Melayu iaitu Prosa tradisional dan moden serta Puisi tradisional dan moden dalam bentuk persembahan grafik ( 20 % )2. Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian kelas Pemulihan dengan mengintegrasikan elemen sastera ( 30 % )3. Menjelaskan kepentingan mengintegrasikan bahan sastera tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan kanak-kanak. ( 30 % )4. Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi. ( 20 % )

Panduan Pelaksanaan Projek

1.Tugasan ini ialah tugasan individu.2.Format penulisan tugasan anda adalah seperti yang berikut: 2.1Muka depan hendaklah mengikut templat terkini 2.2Fon Arial 2.3Saiz huruf - 11 2.4Langkau 1.5 baris.2.5Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association).4. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat (termasuk persembahan visual).5. Hasil tugasan perlu diserahkan kepada pensyarah mengikut format berikut:5.1 RPH, bahan ransangan dan rakaman perlu diserahkan juga dalam bentuk soft copy5.2 Hasil tugasan perlu dijilidkan dan bahagian kulit hadapan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: i. Nama Pelatih dan No. Kad Pengenalan ii. Nama Pensyarah2

iii. Nama Kursus iv Tahun Pengajian6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.7. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.8. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan ( sekurang kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain).

Kriteria PentaksiranTugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh,Disemak oleh,

____________________________________________( MAZANIA BIN KASIMIN ) ( ) Penyelaras Kursus PKP3173 Pakar Bidang (SME) Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Melayu,IPG Kampus Tawau. IPG Kampus Tawau.

Disahkan oleh,

( )

3

BORANG PENERIMAAN TAKLIMAT TUGASAN / PENERIMAAN TUGASAN / PENYERAHAN TUGASANPISMP PEMULIHAN : SEMESTER 8PKP 3173 : SENI BAHASA DAN SATERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHANTARIKH TAKLIMAT :

BilNamaTarikh Terima & Tanda TanganTarikh Serah & Tanda tangan

1.

2.

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

RUBRIK PEMARKAHANPKP 3173 : SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

SkalaDeskriptor

Amat Cemerlang90 - 100Kandungan Menunjukkan pengetahuan yang sangat luas Liputan yang menyeluruh. konsisten dan terperinci

Perbincangan Kritikan dan Reflektif Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan sangat berkesan. Hujah disokong dengan bukti yang kukuh dan tepat serta menunjukkan keupayaan membincangkan penyelidikan terkini yang berkaitan. Perbincangan yang amat jelas dan kritikan dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensentisis berserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan berkesan.

Organisasi Organisasi maklumat yang cemerlang. Struktur yang sangat jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara logik.

Bahasa Sangat lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang pelbagai, luas dan bersesuaian. Struktur ayat betul dengan gaya bahasa yang menarik dan menepati isi yang hendak disampaikan. Ejaan betul Sebutan jelas dan betul.

Kemahiran Merujuk Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang sangat luas daripada pelbagai sumber. Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvokesyen penulisan akademik. Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang amat sesuai.

Cemerlang80 - 89Kandungan Menunjukkan pengetahuan yang menyeluruh dan terkini. Liputan yang cukup, konsisten dan memenuhi keperluan tugasan

Perbincangan Kritikan dan Reflektif Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan berkesan. Hujah disokong dengan bukti yang sesuai dan menunjukkan adanya keupayaan membincangkan penyelidikan. Perbincangan yang jelas dan kritikan dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensentisis berserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan baik.

Organisasi Organisasi maklumat yang baik. Struktur dan perkembangan idea jelas keseluruhan walaupun terdapat kekurangan pada beberapa bahagian. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan baiknya.

Bahasa Lancar , penggunaan perbendaharaan kata yang luas dan bersesuaian. Struktur ayat betul dan menepati isi yang hendak disampaikan. Sedikit kesilapan ejaan. Sebutan betul walaupun terdapat sedikit pengaruh bahasa lain/loghat.

Kemahiran Merujuk Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang luas daripada pelbagai sumber. Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvokesyen penulisan akademik. Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang amat sesuai.

Kepujian65 - 79Kandungan Menunjukkan pengetahuan yang memuaskan. Memenuhi kriteria kandungan tetapi terdapat bahagian yang tidak jelas.

Perbincangan Kritikan dan Reflektif Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan memuaskan. Cuba membuat hujahan dan cuba membincangkan penyelidikan tetapi kurang sesuai pada beberapa bahagian. Wujudkan elemen perbincangan kritis pada beberapa bahagian, ada menunjukkan keupayaan menganalisis dan mensentisis berserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan memuaskan.

Organisasi Organisasi maklumat yang memuaskan. Struktur ada tetapi kurang jelas. Sebahagian isi sahaja dalam sesuatu bahagian yang dikaitkan dengan bahagian lain. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan memuaskan.

Bahasa Agak Lancar , penggunaan perbendaharaan bersesuaian. Sebahagian besar struktur ayat betul dan sesuai dengan isi yang disampaikan walaupun terdapat kesalahan pada beberapa bahagian. Kesalahan ejaan ketara. Sebutan betul tetapi pengaruh bahasa lain/loghat ketara.

Kemahiran Merujuk Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang memuaskan. Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvokesyen penulisan akademik. Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang memuaskan.

Lulus50 - 64Kandungan Menunjukkan pengetahuan berkaitan yang terhad. Kandungan tidak lengkap.

Perbincangan Kritikan dan Reflektif Perbincangan menunjukkan pemahaman konseptual yang terhad. Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan penyelidikan. Perbincangan terhad, kurang kritis, kurang keupayaan menganalisis dan mensentisis. Kurang mencungkil pemikiran pembaca.

Organisasi Organisasi maklumat yang kurang memuaskan. Struktur yang tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas. Pengurusan dan pelaksanaan aktiviti yang kurang memuaskan.

Bahasa Keseluruhan kurang lancar, Penggunaan perbendaharaan kata terhad. Struktur ayat banyak yang perlu dibetulkan. Kesalahan ejaan yang sangat ketara. Seringkali terdapat sebutan yang salah.

Kemahiran Merujuk Hanya beberapa rujukan yang relevan . Hasil penulisan kurang menjurus dan kurang menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvokesyen penulisan akademik. Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang terhad.

Gagal0 - 49Kandungan Menunjukkan pengetahuan berkaitan yang sangat terhad. Kandungan tidak lengkap.

Perbincangan Kritikan dan Reflektif Jelas menunjukkan tiada pemahaman konsep. Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan penyelidikan. Perbincangan sangat terhad, tidak kritis, tiada keupayaan menganalisis dan mensentisis. Kurang mencungkil pemikiran pembaca.

Organisasi Organisasi maklumat yang lemah. Struktur tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas. Gagal mengurus dan melaksanakan aktiviti.Bahasa Keseluruhannya tidak lancar. Penggunaan perbendaharaan kata amat terhad. Seringkali penyampaian tidak difahami. Hampir keseluruhan struktur ayat perlu dibetulkan. Kesalahan ejaan yang sangat ketara. Sebahagian besar sebutan salah.

Kemahiran Merujuk Kurang atau hampir tiada rujukan. Tiada menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvokesyen penulisan akademik. Kurang atau hampir tiada bahan sokongan.

1