tugasan projek kkbi waj 3107 sem2 2011doc

4
TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PISMP- IPGM NAMA GURU PELATIH : TAJUK KURSUS : WAJ 3107 Seni dalam Pendidikan (Arts in Education) SEMESTER : 4 TARIKH MULA 4 Julai 2011 TARIKH HANTAR 3 Okt 2011 Hasil Pembelajaran Kursus 1.Menghuraikan peranan Seni dalam Pendidikan 2.Menjelaskan konsep asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan sebagai cara menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3.Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka,mengalami dan mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak. 4.Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pelbagai mata pelajaran yang lain. 5. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni. Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3, 4 dan 5. Objektif Projek/Kerja Kursus Pendek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut : 1. Membuat hasilan dalam menjalankan aktiviti meneroka, memperoleh pengalaman dan mengekspresi berdasarkan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan Pengajaran dan Pembelajaran Seni dalam Pendidikan 2. Membina satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap untuk pengajaran 60 minit menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Seni dalam Pendidikan berdasarkan tajuk dalam sukatan pelajaran mengikut opsyen. 3. Melaksanakan pengajaran Makro berdasarkan RPH yang dibina.

Upload: cikgu-muda

Post on 25-Sep-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugas projek

TRANSCRIPT

BA (Hons) in Primary EducationTUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PISMP- IPGM

NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : WAJ 3107

Seni dalam Pendidikan

(Arts in Education)

SEMESTER : 4

TARIKH MULA

4 Julai 2011

TARIKH HANTAR

3 Okt 2011

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menghuraikan peranan Seni dalam Pendidikan

2. Menjelaskan konsep asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan sebagai cara menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka,mengalami dan mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak.

4. Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pelbagai mata pelajaran yang lain.

5. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni.

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3, 4 dan 5.

Objektif Projek/Kerja Kursus Pendek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :

1. Membuat hasilan dalam menjalankan aktiviti meneroka, memperoleh pengalaman dan mengekspresi berdasarkan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan Pengajaran dan Pembelajaran Seni dalam Pendidikan

2. Membina satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap untuk pengajaran 60 minit menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Seni dalam Pendidikan berdasarkan tajuk dalam sukatan pelajaran mengikut opsyen.

3. Melaksanakan pengajaran Makro berdasarkan RPH yang dibina.

Tajuk Projek / Kerja Kursus Pendek (100%)

Guru yang berjaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran didorong oleh pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dalam menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran. Ini termasuklah aplikasi aktiviti kreatif yang mengintegrasikan muzik, pergerakan dan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti sedemikian dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai.

Oleh itu SDP adalah penting untuk menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Sub tugasan:

1. Berdasarkan satu topik yang dipilih daripada Sukatan Pelajaran opsyen anda, secara individu,bina satu RPH yang lengkap

2. Berdasarkan topik yang dipilih, secara kumpulan, buatkan hasilan berbentuk:-

Satu alat muzik kreatif buatan anda sendiri.

Satu hasil karya seni visual bagi setiap individu dalam kumpulan ( Berbeza aktiviti )

Hasilan tersebut akan digunapakai dalam pengajaran makro yang mengintegrasikan seni muzik, seni visual dan seni pergerakan

3. Berdasarkan RPH yang telah dibina, setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki melaksanakan aplikasi hasilan kreatif yang telah dibuat dalam pengajaran makro pada sebahagian aktiviti dalam RPH yang dibina serta dirakamkan (audio-visual)

4. Pembentangan menggunakan POWERPOINTsecara berkumpulan berdasarkan tajuk 1 10 dalam nota mengikut kelas bermula pada minggu ke 2. Nota dalam bentuk PDF akan diberi. ( Setiap kelas 4 kumpulan )

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1.Tugasan ini adalah tugasan secara individu dan berkumpulan.

2.Maklumat dipaparkan dalam bentuk visual (grafik) serta audio-visual

(video). Gunakan berdasarkan Windows dan video format avi/ wmv sahaja.

5.Format penulisan tugasan adalah seperti berkut :

i.Fon Arial

ii.Saiz huruf ialah 12

iii.Langkau satu setengah baris

iv.Rujukan mengikut format APA

v.Lampiran

6..Kandungan isi CD/DVD yang dihantar bersama tugasan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:-

Gambar/ Nama peralatan Seni Muzik/Seni Visual setiap ahli dalam kumpulan

Klip video penerangan peralatan Seni Muzik/ Seni Visual

RPH dalam bentuk doc. dan power-point

Klip pengajaran makro dengan penggunaan peralatan Seni Muzik/ Seni Visual

7.Amalan plagiat tidak dibenarkan

8.Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat (termasuk persembahan

visual)

9.Tugasan ini membawa markah 100%, (kerja kumpulan 60% dan Individu 40%) dan wajaran semua tugsan ialah 60% dan Ujian Akhir Kursus (UAK) ialah 40%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1.Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci

2.Tugasan anda secara individu perlu merangkumi perkara berikut :i.Penghasilan bahan untuk kegunaan pengajaran makro iaitu berkaitan dengan seni visual dan seni muzik yang menunjukkan kreativiti sendiri.

3Tugasan anda secara kumpulan perlu merangkumi perkara berikut:

i.Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih mestilah merangkumi

aktiviti :

Seni Visual

Seni Muzik

Seni Pergerakan

Imaginasi

Inkuiri

Perancangan Aktiviti Berasaskan Kecerdasan Pelbagai

ii.Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah

dikemukakan

iii.Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan

sokongan ilmiah

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. (Templet 3).

Markah akan diberi secara kerja kumpulan berdasarkan kepada sub tugasan 2 dan 3, manakala markah kerja individu akan diberikan berdasarkan kepada sub tugasan 1.

Tugasan disediakan olehDisahkan oleh

______________________________________________

( Nama Pensyarah )

( Ketua Jabatan)