tugasan kumpulan isu 60 40

Upload: shahfiezul-bin-shahaimi

Post on 10-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ISU: KEMEROSOTAN PELAJAR DALAM BIDANG SAINS

ISU: KEMEROSOTAN PELAJAR DALAM BIDANG SAINSDalam usaha kerajaan dalam menggapai matlamat bergelar negara maju menjelang tahun 2020, ia hanya berbaki 5 tahun. Seiring dengan arus pemodenan yang pesat membangun dalam persekitaran ini, maka sains terus diberi penekanan dalam sistem pendidikan masa kini. Ia seiring dengan matlamat pendidikan sains yang menekankan usaha ke arah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan sains dalam setiap demensi kehidupan. Namun demikian, secara realitinya impak yang kita harapkan dari generasi pelajar alaf baru ini masih tidak menampakkan hasilnya. Secara tidak langsung ini juga telah menjejaskan matlamat wawasan negara ke arah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.Melalui Dasar 60:40 yang diterjemahkan berakar umbikan Dasar Pendidikan Kebangsaan ini dilihat masih belum menampakkan impak yang diharapkan oleh kita. Melalui media baru-baru ini telah didedahkan bahawa hanya 29 peratus pelajar menuntut dalam aliran sains di sekolah-sekolah menengah dan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam tempatan. Ini menunjukkan pada kita satu kemerosotan yang amat ketara dan kritikal.Keadaan ini boleh menjejaskan matlamat Hala Tuju Pelan Modal Insan Sains dan Teknologi 2020 yang memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera nampaknya masih belum lagi dapat dicapai. Kewujudan aliran sains bermula apabila pelajar memasuki Tingkatan Empat di sekolah menengah. Mereka boleh memilih salah satu aliran yang ditawarkan iaitu aliran sains, kemanusiaan atau vokasional. Bagi pelajar aliran sains tulen mereka dikehendaki mengambil mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di samping mata pelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Pendidikan Agama Islam atau Pendidikan Moral. Kebiasaannya pelajar yang mengikuti aliran sains ini adalah terdiri daripada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini.Melalui kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar mempunyai minat dan sikap yang positif terhadap sains dan matematik sementara terdapat kepelbagaian yang luas mengenai persepsi pelajar mengenai sains dan matematik (Syed Abdul Hakim, 2007; Ghandiswari, 2009).Kemerosotan bilangan pelajar sekolah menengah yang mengikuti aliran sains ini boleh menjejaskan usaha untuk meramaikan siswa mengikuti subjek kritikal di peringkat universiti. Para siswa perlu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Matrikulasi untuk membolehkan mereka mengikuti bidang perubatan, farmasi, kejuruteraan, akauntansi dan lain-lain. Sebagai sebuah negara sedang memasuki fasa negara maju bilangan tenaga kerja yang ramai berkelulusan dalam bidang tersebut sangat diperlukan. Mereka akan berperanan menjadi penyelidik, saintis, teknologis, jurutera, perekacipta dan tenaga pengajar di universiti.Walaupun prestasi murid di Malaysia meningkat sejak beberapa dekad lalu, namun terdapat risiko jurang pencapaian sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain semakin lebar. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, risiko itu boleh dilihat melalui pentaksiran antarabangsa terbaharu dikeluarkan oleh Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS). Berdasarkan keputusan TIMSS 2011, 35 peratus dan 38 peratus murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu kenaikan dua hingga empat kali ganda berbanding tujuh dan 13 peratus pada 1999. Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam keputusan pada kitaran pentaksiran untuk 2009 PISA (PISA 2009+), penyertaan kali pertama Malaysia, yang mana kedudukan negara terletak di kelompok ketiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta, iaitu di bawah pencapaian purata antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009 gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains.Kemerosotan bilangan pelajar aliran sains ini perlu dilihat secara holistik. Ini bermakna untuk mengatasi isu tersebut perlu dilihat dari semua aspek dan melibatkan semua pihak. Antara faktor-faktor yang dikesan mampu menyumbang kepada permasalah ini adalah seperti :-1. Kurang minat murid terhadap matapelajaran sains

Menurut Robert M.Gagne (1970), didalam The Condition of Learning, beliau mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Woolfolk (1980), didalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran merupakan perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran sains sekolah rendah telah mengalami transformasi secara berperingkat dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan guna tenaga profesional didalam bidang sains dan teknologi di Malaysia. Isu kemerosoton minat para pelajar terhadap bidang sains sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi sering diperdebatkan oleh pakarpakar ilmuan pada masa kini. Masalah ini berlaku disebabkan persepsi negatif daripada kalangan para pelajar itu sendiri terhadap subjek sains sejak dari peringkat tahun 1.Guru sebagai pemudahcara memainkan peranan penting mengikis pandangan negatif murid terhadap subjek sains bermula dari peringkat sekolah rendah. Kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik mampu membuat murid-murid ini kurang minat terhadap subjek sains. Hal ini pasti akan membawa kesan yang sama apabila murid tersebut berada di dalam fasa peralihan sistem pendidikan di sekolah menengah. Kesannya akan lebih ketara apabila keputusan akademik pelajar sekolah menengah tersebut menghadapi kemerosotan dalam PT3. Dalam sistem pendidikan kita penentuan jurusan bermula di Tingkatan 4. Biasanya pelajar yang mendapat gred A atau B mata pelajaran Sains dan Matematik pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini dan Pentaksiran Tingkatan 3(PT3) pada masa sekarang akan dijadikan ukuran kelayakan ke aliran sains.Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang di perkenalkan kementerian juga merupakan satu perubahan baru dalam sistem pendidikan. Murid-murid Tingkatan 3 yang menduduki PT3 mulai tahun lepas ditaksir melalui empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan PT3.Pemilihan ke aliran tersebut (Sekolah Asrama Penuh dan aliran sains atau sastera) dibuat bukan sahaja berdasarkan keputusan PT3 tetapi juga mengambil kira pelaporan keempat-empat komponen PBS. Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan PT3 bagi tahun 2014 menunjukkan kebanyakan sekolah mencatatkan kemerosotan mendadak jumlah pelajar yang mencatat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil di negara ini terutamanya dalam subjek sains. Ini menunjukkan Kemahiran Berfikir Arat Tinggi (KBAT) yang di perkenalkan masih belum menunjukkan impak yang positif. Ini secara tidak langsung menjejaskan laluan pelajar untuk memilih bidang sains semasa di tingkatan 4 kelak.2.Kecenderungan pelajar dalam memilih Kursus Sains dan Matematik Apabila kurang minat pelajar dalam subjek sains di sekolah menengah maka impak yang besar akan dapat dilihat disini. Dorongan atau kecenderungan pelajar dalam memilih kursus sains dan matematik sebagai subjek pilihan akan berlaku pada masa ini. Kecenderungan untuk memilih subjek yang pelajar minati amat jelas sekali sama ada di sekolah menengah mahupun di universiti. Para pelajar lebih berminat untuk melibatkan diri mereka dalam bidang yang tidak memerlukan mereka untuk berfikir atau menghafal konsep-konsep sains dan formula-formula yang tedapat dalam subjek sains dan matematik. Mereka lebih terdorong untuk menceburkan diri dalam bidang kemahiran yang mana lebih mengfokuskan kepada praktikal. Contoh yang dapat kita ambil adalah melalui bidang automotif atau bidang seni grafik. Bidang-bidang tersebut hanya memadai diberikan penerangan melalui medium teks dan grafik tetapi bagi subjek sains pelajar pasti akan menghadapi kesukaran apabila perlu memahami sesuatu konsep teori malah lebih daripada itu apabila perkara yang hendak disampaikan itu sukar untuk digambarkan secara kasar. Sekiranya para pelajar ini berterusan diberikan pendedahan dengan kaedah sedemikian, maka impaknya akan dapat dilihat apabila mereka akan merasa bosan dan sedikit demi sedikit hilang minat terhadap subjek sains.3.Dorongan ibu bapa dan guru

Peranan ibu bapa dan guru dalam membentuk minat murid terhadap sains adalah merupakan salah satu impak yang perlu di beri perhatian. Sedar atau tidak, soal pendidikan masa kini lebih di pertanggungjawabkan ke atas bahu orang lain. Ibu bapa menganggap pendidikan anak-anak mereka hanya perlu di uruskan oleh guru dan pihak sekolah. Hal ini termasuklah mendidik dan menarik minat murid ataupun pelajar terhadap sains. Sebenarnya kesedaran awal kanak-kanak terhadap sains haruslah bermula dari rumah. Para guru juga mempunyai tugas yang besar dalam usaha membentuk sikap dan pemikiran saintifik di kalangan pelajar. Sikap dan pemikiran ini pastinya perlu dipupuk dengan menanam minat pelajar terhadap sains. Murid menjadi kurang fokus dan minat terhadap subjek sains ini adalah disebabkan strategi pengajaran dan pembelajaran guru yang tidak efisien dan kurang berkesan. Dalam subjek sains murid harus diterapkan dengan kaedah eksperimen dan pemerhatian sebagai contoh, namun masih ada lagi guru yang masih menggunakan talk and chalk. Kadangkala murid juga perlukan persekitaran yang baru dalam proses pembelajaran tersebut.

CARA MENGATASI ISU-ISU INIBak kata pepatah Melentur buluh biar dari rebungnya. Begitu jugalah perumpamaan yang boleh kita ambil dalam menarik minat murid terhadap subjek sains. Masih belum terlambat untuk kita merelialisasikan dasar 60:40 itu. Ia perlu di gembeling bersama-sama sama ada oleh ibu bapa, guru, pihak sekolah mahupun kementerian.

Peranan ibu bapa amat penting dalam usaha membentuk minat anak-anak terhadap sains, terdapat banyak kegiatan yang boleh dilakukan bersama-sama anak ketika di rumah. Misalnya, ketika memasak, ibu boleh mengambil kesempatan itu untuk menarik minat anak memerhati dan berfikir. Sebagai contoh, ketika menjerang air, tanyalah kepada anak kenapa wap panas keluar apabila air sudah masak. Atau ketika menggunakan soda bikarbonat ketika membuat kek, tanyakan kepada anak kenapa kek itu naik atau mengembang.Ujikaji mudah ini juga boleh dikembangkan agar anak boleh merasakan keseronokan kegiatan tersebut di rumah. Pengalaman ini pasti akan membantu dalam pembelajaran murid tersebut di sekolah. Secara tidak langsung minatnya akan bercambah.

Peranan guru pula seharusnya bijak dan kreatif merancang kegiatan pembelajaran sains dengan lebih menarik. Seperti yang disebutkan awal tadi, kegiatan pembelajaran itu hendaklah meliputi ciri kegiatan sains iaitu pemerhatian, penerokaan, percubaan ujikaji, penilaian dan pelaporan kajian. Pelajar hendaklah digalakkan dan diberi peluang untuk bertanya soalan dan mencuba sendiri ujikaji yang dijalankan. Ini sangat penting kerana mempelajari sains tanpa berpeluang mencuba atau melakukan kajian sendiri adalah ibarat lagu tanpa irama. Kegiatan hands on' ini sangat penting dalam pendidikan sains. Dari situ akan timbul minat murid terhadap sains dan minat tersebut jika dikekalkan akan berkembang hingga ke peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi.Bagi pihak kementerian, TIMMS dan PISA merupakan satu rujukan penting bagi menilai kedudukan negara dalam pembelajaran sains dan matematik di mana ia turut diberi perhatian dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Perkara ini sekali lagi mempamerkan satu ujian terhadap kemampuan kognatif pelajar di peringkat sekolah. Oleh yang demikian sudah sampai masanya para guru yang terlibat secara langsung khususnya guru Sains dan Matematik mencirikan pembelajaran Sains dan Matematik berakar umbi kepada aspirasi dan keperluan masyarakat masa kini.

Selain itu, untuk memenuhi kuota 60 peratus pelajar aliran sains kita perlu melihat bagaimana majoriti pelajar berprestasi sederhana di sekolah harian dapat ditingkatkan pencapaian mereka khususnya di peringkat menengah rendah. Program yang berkesan termasuk peruntukan dan insentif perlu dijurus ke arah kumpulan sasar pelajar berprestasi sederhana di sekolah harian. Elok juga jika difikirkan suatu bentuk penganugerahan untuk mengiktiraf sekolah yang berjaya meningkatkan pencapaian kumpulan pelajar berprestasi sederhana ke suatu tahap tertentu khususnya di peringkat PMR atau PT3.Hasil daripada keputusan PT3 2014 yang diumumkan baru-baru ini adalah diharap akan ada penambahbaikkan terhadap pentaksiran tersebut. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr Khair Mohamed Yusof soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dinyatakan sebagai penyebab kemerosotan pencapaian murid adalah tidak benar, kerana soalan KBAT menggalakkan calon berfikir secara kreatif dan kritis. Beliau juga turut membuat perbandingan Nisbah aras kesukaran soalan juga adalah berbeza, iaitu PT3 : 3:4:3 (rendah :sederhana:sukar), manakala PMR : 5:3:2 (rendah : sederhana:sukar).Namun minat sahaja tidak cukup jika tidak disertai dengan disiplin belajar yang tinggi. Faktor paling penting ialah wujudnya kesedaran dalam diri individu pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Budaya kesungguhan belajar bermaksud amalan belajar dengan gigih, tekun, memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas, menghormati dan bertanya guru tentang pelajaran, mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan tambahan di rumah, mempunyai jadual belajar dan kerap berbincang dengan rakan tentang pelajaran. Jika dilihat nilai belajar sedemikianlah yang selalu disebut calon cemerlang semasa ditemu bual pemberita sejurus menerima keputusan peperiksaan.