tugasan kh landskap

13
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 Landscape -‘Bahan dapur’ cantikkan halaman jadi sumber makanan MEMILIH tanaman untuk landskap kadang kala menimbulkan masalah kerana ramai yang tidak tahu dan keliru kesesuaian jenis pokok dengan tanah. Ada juga yang tidak kisah membelanjakan duit membeli beraneka jenis tumbuhan untuk menghiasi halaman rumah mereka. Selain tanaman hiasan, sebenarnya anda boleh menghiasi halaman dengan tumbuhan yang boleh dimakan. Jika orang lain memilih tumbuhan berbunga, tiada salahnya anda menimbulkan kelainan dengan menanam pelbagai jenis tumbuhan ‘bahan dapur’. Tanaman itu bukan saja menyuburkan tanah, mencantikkan halaman, malah boleh dijadikan sumber makanan. Konsep menanam tumbuhan boleh makan dipanggil hiasan landskap boleh makan. Memanfaatkan ruang di belakang dapur dengan menanam sayur- sayuran memang usaha yang sangat baik. Tumbuhan seperti serai dan pandan sering menjadi pilihan kerana ia lasak serta mudah ditanam. Ada pelbagai jenis sayur-sayuran yang mudah ditanam. Malah, setiap jenis tumbuhan sayuran dan ulaman itu mempunyai khasiat tersendiri. Tidak perlu kawasan luas untuk menanam tumbuhan terbabit malah saiz kawasan kecil juga boleh dimanfaatkan sebaik mungkin. Misalnya, jika memilih untuk menanam cekur manis dan ulam raja, kedua-dua jenis tumbuhan itu boleh dijadikan pohon pagar yang menarik. Pokok ubi kayu juga pilihan sesuai untuk ditanam sebagai tanaman pagar. Di samping itu, ada beberapa jenis sayur-sayuran memanjat 1

Upload: hapsah-muhammad

Post on 15-Jun-2015

897 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan kh landskap

HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373

Landscape -‘Bahan dapur’ cantikkan halaman jadi sumber makanan

MEMILIH tanaman untuk landskap kadang kala menimbulkan masalah kerana ramai yang tidak tahu dan keliru kesesuaian jenis pokok dengan tanah. Ada juga yang tidak kisah membelanjakan duit membeli beraneka jenis tumbuhan untuk menghiasi halaman rumah mereka.

Selain tanaman hiasan, sebenarnya anda boleh menghiasi halaman dengan tumbuhan yang boleh dimakan. Jika orang lain memilih tumbuhan berbunga, tiada salahnya anda menimbulkan kelainan dengan menanam pelbagai jenis tumbuhan ‘bahan dapur’.

Tanaman itu bukan saja menyuburkan tanah, mencantikkan halaman, malah boleh dijadikan sumber makanan. Konsep menanam tumbuhan boleh makan dipanggil hiasan landskap boleh makan.

Memanfaatkan ruang di belakang dapur dengan menanam sayur-sayuran memang usaha yang sangat baik. Tumbuhan seperti serai dan pandan sering menjadi pilihan kerana ia lasak serta mudah ditanam.

Ada pelbagai jenis sayur-sayuran yang mudah ditanam. Malah, setiap jenis tumbuhan sayuran dan ulaman itu mempunyai khasiat tersendiri. Tidak perlu kawasan luas untuk menanam tumbuhan terbabit malah saiz kawasan kecil juga boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.

Misalnya, jika memilih untuk menanam cekur manis dan ulam raja, kedua-dua jenis tumbuhan itu boleh dijadikan pohon pagar yang menarik. Pokok ubi kayu juga pilihan sesuai untuk ditanam sebagai tanaman pagar.

Di samping itu, ada beberapa jenis sayur-sayuran memanjat atau melilit yang sesuai ditanam pada sisi pagar misalnya pokok kacang panjang, kelisa dan peria.

Jika mencari tanaman yang boleh dijadikan hiasan tutup bumi pula, anda boleh memilih untuk menanam pegaga atau nama saintifiknya `centella asiatica'. Bagi mereka yang mahu menanam pegaga dalam takungan, boleh memilih pegaga air.

Sementara itu, pokok kayu manis pula sesuai untuk dijadikan tanaman teduhan, manakala lebih banyak spesies boleh dijadikan tanaman hiasan. Antaranya, pandan atau nama saintifiknya ‘pandanus odorus’, daun kari, lengkuas, kunyit, limau kasturi dan pelbagai lagi.

Pokok cili juga boleh dijadikan tanaman hiasan, sama ada cili biasa atau cili padi yang juga boleh ditanam pada pasu. Untuk menghasilkan landskap yang menarik, pokok terbabit perlu dijaga dengan baik.

1

Page 2: Tugasan kh landskap

HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373

Landscape -Tip taman berpasu

MEWUJUDKAN taman berpasu sebagai langkah mudah untuk mendapatkan taman idaman dalam kawasan terhad. Ia mudah ditanam, dijaga dan dialihkan terutama bagi mereka yang cepat berubah cita rasa dan mood.

Ia seharusnya bermula dengan mengumpul beberapa set dekoratif dan pokok berbunga sebagai langkah awal membina taman berpasu ini.

Elak guna pasu yang mempunyai muncung mulut yang sempit kerana akan menyukarkan aktiviti menanam, membaja dan menyiram.

Bagi kesan tanaman lebih subur dan cantik, pasu seramik polos adalah antara pilihan bijak dengan dilengkapi beberapa lubang kecil. Pasu plastik menyerap masuk pancaran matahari manakala pasu terracotta (tanah liat) menyebabkan kadar serapan air keluar lebih cepat.

Bagi yang sedia ada memiliki sebuah taman atau koleksi pokok pasuan, pasu berwarna sangat menarik.

Pokok pasuan bukan saja terhad pada pasu jenis terracotta berbentuk bulat. Jika kreatif, dalam penggunaan barangan kitar semula seperti tab mandi lama juga boleh digunakan menggantikan pasu jenis itu.

Perhatikan penggunaan pokok dan pasu yang bersesuaian. Saiz pasu yang kecil akan mengehadkan kadar pertumbuhan dan sebaran akar seterusnya tidak tahan lama. Pokok yang mempunyai akar serabut memerlukan pasu besar dan tinggi.

Berhati-hati menggunakan pasu kayu atau rotan kerana cepat reput dan tidak tahan lama. Gunakan kayu kalis air dan tahan cahaya matahari serta tidak perlu kaedah varnis kerana kandungan kimia akan merosakkan pokok.

Kelebihan menggunakan pasu kayu ialah boleh dibentuk dalam pelbagai saiz dan bentuk sesuai mengikut lokasi keadaan.

Amalkan menggunakan pecahan pasu terracotta atau carikkan helaian surat khabar sebagai asas dasar pasu sebelum memasukkan tanah bagi mengelakkan aliran tanah keluar melalui ce-lah lubang.

2

Page 3: Tugasan kh landskap

HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373

Bagi pokok yang tahan cahaya matahari, gunakan pasu yang berwarna cerah bagi mengurangkan serapan haba dan pertumbuhan yang berlebihan.

Amalkan meletak pokok pasuan di atas kayu atau pelapik batu bagi ruang laluan air dan pertumbuhan akar lebih selesa.

0 comments:

Showing posts with label Landscape -Taman ringkas suasana harmoni. Show all posts

Landscape -Taman ringkas suasana harmoni

DERUAN air terjun buatan sebagai terapi minda.

Keluasan terhad memerlukan pemilhan pokok tahan lasak, berdaun

JIKA hendak seribu daya. Walau apa juga kesukaran yang perlu dihadapi, jika sudah minat dan sanggup memberi komitmen terhadap penjagaan taman peribadi, taman diidamkan pasti menjadi lubuk ketenangan.

Tidak perlu gusar mengenai keluasan kawasan kerana walaupun terhad, ia juga mampu direalisasikan mengikut peruntukan dan selera masing-masing, biarpun hanya sebuah taman ringkas.

Bagi, Maimunah Hassan, 74, pembinaan taman yang ringkas, jika kena dengan gaya mampu mewujudkan suasana harmoni biarpun dengan keluasan terhad.

Beliau berkata, paling penting bagaimana taman itu berfungsi untuk menenangkan jiwa.

TAMAN ringkas tetapi cukup menyenangkan.

Disebabkan beberapa faktor seperti keluasan tanah terhad dan juga kudrat yang tidak seberapa, beliau hanya membina taman ringkas yang mendamaikan dengan pemilihan

3

Page 4: Tugasan kh landskap

HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373

pokok tahan lasak serta berdaun saja.

“Beberapa aspek penting penanaman pokok seperti kadar pencahayaan dan pengudaraan serta sokongan daripada keadaan sekeliling perlu diambil kira, sebelum merealisasikannya,” katanya.

Maimunah berkata, minat berkebun dan menikmati kehijauan di depan mata, sudah sebati dalam dirinya dan tidak hairanlah jika beliau sanggup melupakan kepenatan dan keuzuran dirinya semata-mata menjaga tamannya.

“Saya tidak berapa sihat, tetapi jika dalam satu hari langsung tidak menjenguk taman dan membersihkannya, seolah-olah tidak lengkap rutin harian saya ini. Saya mesti membeleknya dan bercakap setiap hari dengan pokok di taman ini.

“Ketika Aidilfitri lalu, hati tidak se-nang meninggalkan taman ini kerana takut ia mati. Saya bernasib baik kerana pemilihan pokok tahan lasak, memberi kebaikan iaitu pokok tidak mudah mati walaupun ditinggal agak lama,” katanya.

PEMILIHAN pokok yangsesuai redupkan

suasana.

Beliau berkata, jika orang lain lebih senang mengupah pakar landskap, berbeza baginya kerana membina taman sendiri lebih memberikan kepuasan dan menentukan kreativiti pemilik kediaman itu.

“Pada awalnya, tidak seorang pun ahli keluarga saya faham mengapa perlu bersusah payah mengusahakan sendiri taman ini. Bagi mereka bukankah lebih mudah jika mengupah kontraktor, tetapi kenikmatan memiliki taman lebih terasa kepuasannya jika tercipta hasil titik peluh sendiri.

“Kita akan menghargai taman ini seumpama harta paling berharga. Bagi saya, taman ini umpama teman setia sejati sepanjang masa. Tidak pernah sekalipun taman ini mengecewakan saya,” katanya.

Bagi mengelakkan kebosanan dengan taman yang terlalu ringkas itu, katanya, cadangan anaknya supaya membina pergola dipersetujui supaya lebih banyak pokok dapat diletakkan pada taman berkenaan.

“Pada pergola ini, saya letakkan pokok gantung tetapi tidak keterlaluan kerana tidak mahu suasana berserabut dan menyakitkan mata. Bagi saya, cukuplah sekadar sedap mata memandang.

“Kebanyakan pokok di taman ini ditanam dalam pasu bagi memudah-kan mengalihkan kedudukannya jika sudah bosan dengan gaya lama. Ia satu kelebihan kerana kita boleh mencuba pelbagai gaya walaupun keluasan terhad. Jadi, tidaklah bosan,” katanya.

Maimunah berkata, walaupun kawasan kecil, elemen air dalam sebuah taman tidak boleh

4

Page 5: Tugasan kh landskap

HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373

dipinggirkan kerana ia terapi semula jadi yang paling baik bagi minda, sekali gus mengusir keresahan dan tekanan sepanjang hari.

Showing posts with label Landscape -Peraturan asas bina taman idaman. Show all posts

Showing posts with label Landscape -Peraturan asas bina taman idaman. Show all posts

Landscape -Peraturan asas bina taman idaman

TAMAN yang indah tampil dalam pelbagai bentuk dan saiz serta mempunyai personaliti tersendiri.

Menilai sebuah taman seperti menilai hasil seni tinggi. Bagi membantu mewujudkan taman impian, diberikan beberapa panduan asas:

Keluasan

Ia adalah asas penting bagi pembentukan sebuah taman. Warna dan tekstur akan datang dan pergi mengikut musim tetapi apabila menentukan keluasan dan mula membentuk taman, ia tidak mudah untuk diubah lagi.

Sentiasa perhatikan ruang dan persekitaran kediaman serta kawasan taman berdekatan untuk dijadikan panduan.

Sebuah taman herba sangat ideal bagi kediaman kecil tetapi pastinya janggal bagi sebuah rumah teres yang mempunyai kawasan sangat luas.

Tekstur

Ia memberi bentuk dan kesan mendalam bagi sebuah taman. Tanaman berdaun yang bertekstur halus seperti paku-pakis atau ati-ati pastinya menggamit tetamu untuk mendekatinya.

Bagi menghidupkan kombinasi di taman, tanaman berdaun runcing dan rumput hiasan adalah cara terbaik tetapi jika terlalu banyak pokok yang mempunyai tekstur sama, ia

5

Page 6: Tugasan kh landskap

HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373

pasti membosankan.

Kesan bunyi

Kesan bunyi di taman antara elemen penting yang sering diabaikan. Jika ia dimasukkan dalam taman, hasilnya pasti memuaskan.

Fikirkan apa yang lebih praktikal sama ada menanam tumbuhan renek merimbun atau membuat binaan air terjun sebagai terapi tetapi keselamatan jangan diabaikan.

Struktur

Ia bukan melambangkan binaan atau hiasan saja tetapi secara keseluruhan merangkumi laluan, dinding, pokok besar, atau elemen lain yang membentuk taman.

Struktur ini menentukan keluasan taman dan bertindak sebagai penanda arah kawasan persekitaran .

Struktur boleh juga dikategorikan sebagai hiasan pengindahan taman seperti pergola, bangku dan patung.

ragam penyusunan ini menentukan suasana taman sama ada penuh dengan kedamaian atau tidak.

Warna

Faktor ini juga penting bagi mewujudkan sebuah taman yang tidak hambar.

Lakukan sedikit eksperimen bagi menentukan apa disukai. Mungkin boleh mencuba pelbagai warna di kawasan berlainan.

Fikirkan juga aspek warna pada daun, batang pokok, dan buah-buahan yang tidak bermusim selain warna pada hiasan taman.

Pencahayaan

Boleh dihasilkan secara semula jadi atau buatan. Perhatikan pergerakan cahaya matahari. Kedudukan tanaman, struktur dan lampu mempengaruhi pembentukan sebuah taman itu. Anda mungkin berasakan tidak perlu untuk menyediakan lampu taman, kerana jarang ke situ pada waktu malam tetapi sebenarnya jika mempunyai cahaya di situ ia pastinya menarik untuk mendapatkan ketenangan.

Cuba praktikkan penggunaan sumber cahaya dengan sepenuhnya seperti lilin, unggun api, lampu taman, atau cahaya semula jadi seperti matahari dan bulan.

6

Page 7: Tugasan kh landskap

HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373

0 comments

“Saya meletakkan kerusi panjang di depan kolam air ini supaya, sesiapa saja yang bertandang ke sini boleh menikmati keindahan taman ringkas ini sambil mendengar deruan air mendamaikan,” katanya.

0 comments

0 comments:

Beberapa Panduan Asas Mengenai LandskapOleh: Senihias

Dalam arkitektur, bidang landskap bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan menyusunatur sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen-elemen secara terancang dalam suatu plan komprehensif.

Lanskap membabitkan elemen-elemen topografi seperti bukit bukau, lembah, sungai dan kolam atau penanaman pokok, rimbunan hijau, rumput, bunga dan sebagainya.

7

Page 8: Tugasan kh landskap

HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373

Pendek kata, projek landskap di ruang terbatas seperti halaman rumah adalah satu percubaan untuk mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang istimewa pada skala lebih kecil dan terkawal.

Kerja lanskap memang sudah menjadi amalan sejak dulu. Namun pendedahan terhadap konsep-konsep atau seni-seni landskap dari budaya-budaya berlainan, menjadikan ia satu bidang yang lebih menarik.

Lanskap yang direka sesuai dan mendokong kediaman secara keseluruhan pasti akan memberikan kepuasan yang dihajati.

PANDUAN MENYEMPURNAKAN LANDSKAP DIY

Sebagaimana yang telah dikatakan tadi, landskap dan kediaman perlu mendokong antara satu sama lain.

Untuk mencapai keharmonian tersebut, anda perlu menimbang dan menimbang pilihan-pilihan yang ada bagi mendapatkan landskap yang benar-benar hebat dan praktikal.

Gabungan lanskap lembut dan lanskap kejur menyempurnakan laman anda.

Ada beberapa aspek dalam pembinaan landskap secara D-I-Y seperti bajet, kemahiran, iklim, persekitaran, citarasa peribadi dan sumber-sumber yang ada.

Jika anda benar-benar mahu memperindahkan kediaman anda dengan ciptaan landskap sendiri, berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu.

Pastikan konsep landskap yang ingin anda terapkan sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman anda. Ada banyak konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran mahupun budaya kita. Misalnya konsep Bali, Tropika, Melayu, Oriental, Jepun dan sebagainya. Pastikan konsep landskap pilihan anda itu selari dengan rekabentuk rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni.

Jika anda menanam gugusan pokok atau bunga-bungaan, pastikan ia disusun mengikut lapisan ketinggian mereka. Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang, sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian

8

Page 9: Tugasan kh landskap

HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373

hadapan. Ia bukan sahaja bagi membolehkan anda nampak semua tanaman anda, bahkan jika mereka mengeluarkan bunga, anda akan dapat melihatnya dalam susunan yang menarik.

Jangan lupa memasukkan elemen binaan dalam landskap anda. Elemen binaan ini juga dipanggil sebagai landskap kejur, misalnya seperti pagar, pergola, kanopi, trellis, patio dan sebagainya. Pemilihan dan rekabentuk landskap kejur yang tepat akan membantu meningkatkan keindahan serta keunikan landskap anda. Bukan setakat itu, ia juga akan memberi kesinambungan antara ruang dalaman dan luaran kediaman anda.

Jangan takut untuk memiliki landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian landskap basah selalunya mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan landskap. Ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata, malah bunyi percikan air mampu mencipta suatu suasana yang nyaman dan menenangkan. Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk kolam.

Bagaimanapun lebih menarik jika ia dilengkapi pancuran atau terjunan air. Yang ringkas pun sudah memadai. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang telah siap dijual atau membina sendiri sesuatu berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang anda miliki. Semua bahan atau keperluan membina landskap basah boleh diperolehi dengan mudah di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai akuarium.

Pastikan landskap yang anda reka dan bina itu tahan serta mudah diselenggarakan. Misalnya, pilih pokok-pokok yang bukan dari jenis cepat mati atau terlalu manja untuk dijaga. Begitu juga pastikan binaan hardscape anda tahan lasak untuk menangani beban penggunaan dan faktor cuaca. Kalau boleh penyelenggaraan landskap biarlah lebih bermaksud mengawal atau mencorakkan pertumbuhan dan bukan kerana terpaksa membaiki bermacam-macam kerosakan atau menggantikan pokok mati.

Laman Utama

9

Page 10: Tugasan kh landskap

HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373

You must be logged in to post comments on this site - please either log in or if you are not registered click here to signup

10